Utama Blog Halaman 337

Penetapan Bulan Puasa

0

Bismillah…
Note 15 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PENETAPAN BULAN RAMADHAN

– Melihat anak bulan pada malam 30 Sya’ban. Cukup bilangan bulan Sya’ban 30 hari.

Berdasarkan hadith Nabi SAW bersabda: “Berpuasala kamu kerana telah kelihatan anak bulan dan berbukalah (berhari raya) juga kerana telah kelihatan anak bulan. Jika anak bulan itu terlindung daripada pandangan mata kamu, cukupkanlah bilangan bulan Sya’ban 30 hari.”

Riwayat Al Bukhari : 1810
Muslim : 1080

Tazkirah – Haji Rahim Mahmood

0

Bakr bin Abdullah rahimahullah berkata:

 

» “Jika engkau melihat orang yang lebih tua darimu, maka katakanlah (di dlm dirimu): “Dia telah mendahuluiku dlm memeluk agama Islam dan melakukan amal sholih. Oleh karenanya, dia lebih baik dariku.”

 

» Jika engkau melihat orang yang lebih muda darimu, maka katakanlah (di dlm dirimu); “Aku telah mendahuluinya dengan perbuatan dosa n maksiat. Oleh karenanya, dia lebih baik dariku.”

 

» Jika engkau melihat teman-temanmu memuliakan n menghormatimu, maka katakanlah (di dlm dirimu); “Mereka telah melakukan suatu nikmat.”

 

» Dan Jika engkau melihat kekurangan atau kelalaian dari mereka terhadap dirimu, maka katakanlah (di dlm dirimu); “Hal ini disebabkan dosa yang aku lakukan.” (Lihat ‘Uyuunu Al-Akbaar, karya Ibnu Qutaibah, I/267).

Fiqh Wanita 4

0

Soalan 1 : Mengenai puasa wanita yang datang haid waktu hampir berbuka puasa tapi yang keluar hanya darah awal warna coklat saya.Saya pernah dapat info dari satu pogram boleh terus puasa sehingga keluar darah merah.Mohon pencerahan.Jzkk

Jawapan 1 Thtl :
Ini khilaf
hadithnya:
darah nifas(215)Abu daud(304)

Hadith fateemah Hubaish,”Nabi kata kalau darah yang dikenali oleh kaum wanita.”
disahihkan oleh syaikh Albani.

Maksud hadith ini, Nabi S.A.W berkata.wanita sudah kenal darah haid erdasarkan pattern sebelum ini,Seseorang wanita tahu bila dia akan haid dan macamana pattern darah dia.Maka kalau dia yakin itu bukan darah haid,maka puasanya sah,Jika dia yakin,memang permlaan haid dia,maka batallah puasanya.Jangan sedih itu memang fitrah wanita.

 

Soalan 2 : Dalam solat,wanita perlukah dikuatkan suara hanya untuk didengar sendiri?Baca dalam hati tak boleh ke?

Jawapan 2 Thtl :
Bacaan dalam solat ialah kena qauli yakni kena disebut oleh bibir.Bukan dalam hati.Ini berdasarkan hadith masyhur,”Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”maksudnya,solat yang mutawatir menurut riwayat, nabi S.A.W menggerakan bibirnya ketika membaca dalam solat.WA

 

Soalan 3 : Bila waktu yang sesuai untuk mandi wiladah?

Jawapan 3 Thtl :
Wiladah=bersalin
Jumhur=Wajib mandi kerana bersalin walaupun tidak melihat darah,contohnya dia bersalin melalui ceaserian .Mahzab Hanbali,tidak wajib mandi jika tidak ada darah,mandi itu kerana melihat darah nifas.
Menjadi kekeliruan orang mahzab Syafiiy,sebaik sahaja melahirkan anak,ketika masih lemah,maka kena mandi wiladah.ini tiada asalnya.
Mandi yang asal ialah mandi bila darah nifas kering atau mandi selepas selesai pantang.Mandi sebaik sahaja selesai bersalin itu,tak ada dalam agama.

 

Soalan Tambahan 3a : Maksud Thtl,kita nak sekalikan niat mandi wiladah dan nifas?

Jawapan Tambahan 3a Thtl
mana ada dua,satu sahaja….
i)Puan bersalin tapi tidak kelihatan darah.Maksudnya berlaku keajaiban bersalin tanpa darah nifas.Maka ini mandi wiladah,mandi kerana bersalin tanpa melihat darah.
ii)Puan bersalin keluar dan darah nifas selama 40 hari,hanya niat mandi saja,tanpa sebut spesifik apa jenisnya, sebab prosedur sama saja.* 40 hari pantang

 

Soalan Tambahan 3b : Betul tak fahaman saya antara sebab mandi wajib ialah a}bersalin b}keluar darah nifas?
2 perkara itu berasingan atau sekali?

Jawapan Tambahan 3b Thtl
Betul dan berasingan.
wiladah =tanpa darah nifas=mandi kering nifas

 

Soalan Tambahan 3c : i)maknanya pada kebiasaan bersalin yang ada darah nifas.jadi kita niat mandi kering darah nifas ? ii)Selepas mandi nifas,hari yang ke 43,dapati ada darah,adakah darah itu darah period?

Jawapan Tambahan 3c Thtl
i)Ya,setelah kering darah nifas,lebih kurang 40 hari kebiasaanya.
ii)Ya,maksima darah nifas 60 hari.
Sekarang ni berlegar di FB dan Web,wanita kena mandi 2kali,mandi pertama,mandi wiladah,mandi kerana selamat bersalin.yang ini tidak tahu siapa yang ajar, mandi kedua,mandi kerana tamatnya pantang atau kering darah nifas,ini yang mashyur dalam semua kitab fiqh,sebab majoriti kaum ibu bersalin dan keluar darah.

 

Soalan 4 : Apakah hukum khitan bagi perempuan?

Jawapan 4 Thtl
Hukum khitan perempuan khilaf ulama.
Pendapat yang rajih,harus hukumnya dengan syarat.
i)kita tahu apa yang nak di khitankan
ii)kita tahu pakar atau bidan yang yang mahir melakukannya dan mereka tahu apa yang perlu dikhitankan
Kalau tak tahu dan tak yakin dengan bidan,maka tidak perlu usah buat.sebab takut jatuh dalam FGU atau female genital mutilation disudan dan mesir atau bidan yang melakukan berlebih-lebihan kepada kemaluan wanita.
Kalau ada mana-mana klinik pakar yang sediakan dan ada kepakaran dalam hal khitan wanita ini,maka OK,ini kerana khitan lelaki memang prosedur standard dan kita lelaki tahu apa yang perlu dipotong.

 

Soalan 5 : Hukum merancang untuk menjarakkan anak dan hukum untuk terus tidak mendapatkan zuriat dengan cara mengikat rahim(BTL)

Jawapan 5 Thtl
i)Hukum family planning,hukunya harus kerana tak ada nas khusus,melarangnya.maka balik kepada hukum asal,asal setiap sesuatu adalah harus.

AQ Ahqaf:15 “Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya,Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkandengan susah payah (pula).Masa mengandung sampai menyapihnya selama 30 bulan”.

Maka jarak 30 bulan adalah baik.Al Qardhawi kata sekitar 33 bulan adalah yang ideal untuk merihatkan ibu dan pembesaran baby.
ii)Mengikat atau membuang rahim,yakni tak mahu anak ini,dilarang secara indirect.

Surah Al-An’am:151
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan,KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.”AQ 6:151.
Jika ada sebab yang disahkan oleh doktor,maka tak ada masalah.

*Jawapan 5ii DR Sharul
Proses family planning dengan mengikat,sebenarnya tidak melibatkan pembuangan rahim,hanya tiub fallopio di ikat.Pembuangan rahim dilakukan dengan sebab penyakit seperti fibriod yang terlalu besar atau kanser rahim.Para doktor tidak simply buang rahim kerana rahim berperanan besar dalam regulatory hormon estrogen dan progesteron bagi wanita.WA.

Zakat Hutang

0

Bismillah…
Note 13 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

ZAKAT HUTANG

Wajib Zakat Hutang:

Pemuitang (selepas ni disebut dengan pemberi hutang) yang cukup nisab hutangnya bersama harta yang lain, wajib mengeluarkan zakatnya apabila genap tempoh setahun. Wajiblah zakatnua dikeluarkan.

Masa Dikeluarkan Zakat Hutang

1. Hutang yang cukup tempoh.
i. Pemberi hutang boleh mendapatkannya semula daripada penghutang yang mampu melunaskannya, dan dia wajib segera mengeluarkan zakatnya, sekalipun hutangnya belum diterima.

ii. Pemberi hutang tidak mampu mendapatkan hutangnya semula kerana kesusahan penghutang atau dia tidak mengakuinya, maka dia tidak wajib mengeluarkan zakatnya ketika itu.

2. Hutang Yang Belum Cukup Tempoh : tidak wajib dikeluarkan zakat sampai tempoh berkenaan sama ada pemberi hutang itu telah menerima hutangnya semula ataupun belum, sedangkan dia mampu mendapatkannya.

Wajib Zakat Harta Orang Yang Berhutang :

i. Pemilik harta zakat yang cukup nisabnya, wajib mengeluarkan zakat mengikut cara-cara yang telah dinyatakan, sekalipun mempunyai hutang yang sama nilai dengan hartanya atau mengurangi nisab.

ii. Kewajiban berzakat tidak terhalang oleh tanggungan hutangnya sendiri.

Berdasarkan hadis Uthman b. Affan RA : “Ini adalah bulan kamu berzakat. Sesiapa yang berhutang, tunaikan hutangnya supaya kamu mendapat harta kamu dan dapat pula menunaikan zakat daripadanya.”
Riwayat Malik dalam At Muwatta :1/253

Pengagihan Zakat 2

0

Bismillah…
Note 12 : sambungan

Syarat Golongan yang Berhak Menerima Zakat:
i. Islam : Zakat yang wajib tidak sah diberikan pada orang kafir. Zakat dipungut dari orang Islam yang kaya dan diagihkan kepada golongan fakir.

ii. Tidak Mampu Berusaha : seseorang fakir atau miskin yang mampu melakukan sebarang kerja yang sesuai dengannya dan dapat menampung keperluannya, tidak harus menerima zakat.

iii. Bukan Tanggungan Pembayar Zakat: tidak harus memberi zakat kepada ibu, bapa, datuk, nenek, kerana nafkah mereka adalah tanggungjawab yang wajib ke atas anak dan cucunya.

Memberi Zakat kepada Penanggung Nafkah
– tidak harus memberi zakatnya kepada orang yang dibawah tanggungannya sama ada isteri, ibu, bapa dan ke atas atau anak.

i. Jika pendapatan penanggung nafkah mencukupi untuk menanggung mereka, zakat yang diberikan kepadanya tidak kira kerana dia dianggap kaya dengan nafkah yang dimilikinya.

ii. Sekiranya nafkah penanggung tidak mencukupi, zakat harus diberikan kepadanya kerana keadaan fakir atau miskin.

Isteri Memberikan Zakat Hartanya kepada Suami : Isteri yang kaya wajib berzakat, sunat memberi zakat hartanya kepada suaminya yang fakir.

iii. Zakat kepada Keluarga yang Bukan Tanggungan : Pemilik harta yang wajib berzakat harus memberi zakatnya kepada saudara mara yang bukan dibawah tanggungannya, seperti adik beradik lelaki dan perempuan dan saudara mara yang tidak mampu / fakir.

iv. Bukan keturunan Bani Hasyim dan Al Muttalib.

Pengagihan Zakat 1

0

Bismillah…
Note 11 : ruj Al Fiqh Manhaji 1

PENAGIHAN ZAKAT

Huraian Tentang Penerima Zakat:
i. Golongan fakir : orang yang tidak mempunyai harta.

ii. Golongan Miskin : orang yang mempunyai harta, tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan.

iii. Amil : pengutip hasil yang ditugaskan oleh pemerintah untuk mengumpul dan menagihkan zakat.

iv. Muallaf : mereka yang memerluk agama islam.

v. Hamba : layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan dirinya daripada perhambaan.

vi. Orang Yang Berhutang : mereka yang dibebani hutang dan tidak mampu melunaskannya dengan syarat mereka berhutang untuk tujuan yang halal.

vii. Untuk Jalan Allah SWT : sukarela yang berjuang mempertahankan umat Islam tanpa imbuhan atau gaji.

viii. Musafir : orang yang dalam perjalanan dengan tujuan yang diharuskan oleh syara’, sekalipun untuk melancung.

Cara Pembahagian Zakat Kepada Mereka yang Berhak :
– golongan yang berhak didapati ditempat tersebut, zakat wajib diagihkan kepada semua dibahagikan samarata dengan golongan yang ada kecuali golongan amil.

Memindahkan Zakat Dari Tempat Wajibnya:
Zakat yang diwajibkan disebuah negeri, yang ada golongan penerimanya tidak harus dipindahkan ke negeri lain.

Nisab Zakat 4

0

Bismillah…
Note 4 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

NISAB ZAKAT

Nisab bermaksud jumlah minimum yang dikira sebagai syarat bagi harta yang wajib dikeluarkan zakat.

Nisab Emas dan Perak:
– emas sehingga jumlahnya 20 mithqal, manakala perak pula 200 dirham.

Pengertian Mithqal:
– timbangan bagi emas.
i. Mithqal ‘Ajami
– satu mithqal ‘ajami menyamai 4.8 gram. 20 mithqal ‘ajami bersamaan 96 gram.

ii. Mithqal ‘Iraqi:
– bersamaan 5 gram. 20 mithqal ‘iraqi bersamaan 100 gram.

Pengertian Dirham:
– 10 dirham menyamai berat 7 mithqal , iaitu 33 6/10 gram mengikut timbangan mithqal ‘ajami.

Syarat Wajib Zakat Pada Nisab Emas dan Perak :
– cukup nisab emas dan perak tidak wajib zakat, sehinggala dimiliki genap setahun qamariyah (hijrah) tanpa kekurangan nilai sepanjang tempoh setahun.

Kadar Wajib Zakat Emas dan Perak:
– seorang mukalaf memiliki nisab emas dan perak atau lebih, selama setahun hijrah qamariyah, dia wajib mengeluarkan zakat 1/40 atau 2.5% daripada harta yang dimilikinya.

Zakat Harta Yang Bercampur

0

Bismillah…
Note 8 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

ZAKAT HARTA YG BERCAMPUR

Pengertian Harta yang Bercampur:
– harta yang wajib zakat dimiliki oleh dua orang atau lebih, disatukan untuk tujuan perkongsian atau seumpamanya.

Bahagian Harta yang Bercampur:
i. Harta bercampur secara nyata atau bercampur secara bersama yang maksudnya ialah dua orang yang layak mengeluarkan harta yang sama jenisnya, cukup nisabnya atau lebih dan genap setahun.

ii. Percampuran bergabung ataupun percampuran secara zahir bermaksud dua orang yang masing-masing memiliki nisab harta tidak dikongsikan, namun kedua dua harta dicampur dalam bentuk gabungan.

Cara Mengeluarkan Zakat Dua Harta yang Bercampur:
– dari segi hukum zakatnya dianggap sebagai harta milik seorang. Jumlah percampuran harta tersebut mencapai nisabnya dan telah genap setahun zakat wajib dikeluarkan.
Rasulullah SAW brrsabda:
“Jangan dihimpunkan harta yang berasingan dan jangan diasingkan harta yang bercampur kerana mengelakan zakat.”
Riwayat Al Bukhari : 1450

Syarat dikira Dua Harta Bercampur Menjadi Satu:
Pertama:
i. Kedua-dua harta sama jenis.
ii. Jumlah harta itu cukup nisab atau lebih. Sekiranya jumlah kedua-dua harta itu 35 ekor kamben, ia tidak wajib zakat.
iii. Percampuran harta tersebut berterusan selama setahun jika ia daripada jenis yang diisyaratkan haul. Jika setiap mereka memiliki kamben sebanyak 40 ekor pada awal bulan Muharram, kemudian dicampurkan kedua-duanya pada awal bulan safar, masing-masing wajib mengeluarkan zakat seekor kamben apabila genap Muharran pada tahun berikutnya.

Kedua:
i. Binatang ternakan disyaratkan tidak berasingan kandang-kandangnya, tempat berkumpulnya, tempat meragut rumput dan memerah susunya. Jika setiap pemilik membawa kambennya ke tempat berasingan maka perkongsian tersebut tidak memberi sebarang kesan.
ii. Bagi tanam-tanaman, disyaratkan pekebunnya tidak berlainan tempat mengering buahnya pula tidak diasingkan.
iii. Harta perniagaan yang disyaratkan tidak diasingka  kedai, stor dan peralatan urusniaganya seperti alat timbangan dan sebagainya.

Zakat yang Wajib Bagi Pemilik Harta Pengongsian:
– harta pengongsian yang dianggap sebagai harta seorang, setiap pemilik dikenakan zakat mengikut kadar bahagia  yang dimiliki.

Hadis ke 9 hingga Hadis ke 11

0

Hadis 9
وَعَنْ رَجُلٍ صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ أَوْ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ

Dan dari seorang laki-laki yang bersahabat dengan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam berkata:


Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam melarang perempuan mandi dari lebihan sisa air lelaki atau lelaki dari lebihan sisa air perempuan, dan manakala (boleh pula jika) keduanya mengambil air bersama-sama. 

Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa’i, dan isnad nya sohih.

sila teliti matan arab dan baca.

Penerangan darjat hadis:

hadis ini sohih. walaupun tidak di kenali siapa nama sahabat Nabi pada hadis ini tetapi tetap di anggap sohih hadis ini mengikut ahlil hadis antaranya imam Ahmad,ibn hajar dan lain2 lagi di kalangan ahlil hadis.

Alasan mereka kerana jika sohih rantaian sanad sampai kepada tabien yang tsiqah(boleh dipercayai) lalu tabien itu berkata “ada seorang di kalangan sahabat Nabi berkata..”,maka sanad itu di anggap sohih.sbb itu lah juga ibn hajar berkata isnad nya sohih.iaitu tiada masalah dalam rantaian sanad rowi kerana rawi2 nya adalah tsiqah.

hanya sahaja hadis ini ada masalah dalam text hadisnya seolah berlawanan dgn hadis yg lebih sohih.


Penerangan lafaz.

1-Air lebihan sisa ini adalah sisa air di dalam bekas air setelah ia di guna.bukan sisa yg menitis dari tubuh semasa membasuh anggota ketika bersuci.

2- lafaz وَلْيَغْتَرِفَا bermaksud saling mencedok air.iaitu mandi bersama lelaki dgn perempuan.

3- Manakala maksud perintah agar lelaki dengan perempuan yg mencedok bersama hanya pada yang ada hubungan suami isteri.

Penjelasan hukum.

1- Hadis ini seolah bermaksud menghukum haram atau tak sah bersuci dengan air lebihan sisa dari berlawanan jantina. yang benarnya tidak haram dan sah bersuci,dengan berdalilkan hadis selepas ini.

jadi apakah hukumnya?

Jawapannya: 


  1. a) larangan di sini hanya untuk elak dari berlaku percampuran bilik mandi awam atau tandas awam antara jantina lain.Hikmahnya agar dapat elak fitnah dan penyumbang ke arah maksiat.
  1. b) Mengelak terbangkit perasaan nafsu syahwat yg mungkin berlaku jika bercampur jantina di bilik air atau tandas.

Seperti hukum lelaki pakai baju atau selipar perempuan lain yang tiada hubungan satu sama lain.maka begitu juga percampuran penggunaan bekas air yang kadangkala boleh membangkitkan perasaan nafsu oleh orang2 tertentu.

Ini antara jawapan dari syeikhul hadis tempat ana belajar dulu.

2- Suami isteri molek mandi bersama agar bertambah kasih sayang dan perbuatan ini juga berupa tuntunan dari sunnah Nabi SAW.(lihat hadis lepas ni)

habis di sini.

soalan di buka

______________________________________________________________________________

Hadis 10
وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ بِفَضْلِ مَيْمُونَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ


Dari Ibnu Abbas r.a: Bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah mandi dari air lebihan sisa Maimunah r.a. Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Penerangan.


Ini dalil perbincangan mandi antara suami isteri tadi.bahkan di dalam sohih albukhari dan muslim menyebut yg bermaksud “sungguhnya Nabi SAW dan Maimunah mereka berdua mandi bersama dgn air dlm bekas besen.

2-Ini dalil yg jelas boleh lelaki mandi dgn air lebihan sisa perempuan dan begitu juga perempuan dgn air lebihan sisa lelaki.

Penerangan lain hukum hadis ini sama hukum dengan hadis sebelumnya.

________________________________________________________________________________

Hadis akhir malam ni.

Hadis 11
وَلِأَصْحَابِ السُّنَنِ : اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ فَجَاءَ يَغْتَسِلُ مِنْهَا فَقَالَتْ : إنِّي كُنْت جُنُبًا فَقَالَ : إنَّ الْمَاءَ لَا يَجْنُبُ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَةَ

dan di riwayat oleh ashab kitab Sunan(dari riwayat ibn ‘abbas): Sebagian isteri Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mandi dengan (menggunakan air dari) bekas tempayan/besen , lalu Nabi datang hendak mandi dengan air itu, maka berkatalah isterinya: Sesungguhnya aku dalam keadaan junub. Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak menjadi junub.” Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Darjat hadis ini sohih

Penerangan lafaz hadis.

1- maksud جَفْنَةٍ : bekas air yang biasa di guna untuk basuh kain. di buat dari kayu atau batu.orang Kelantan sebut besen.

2- lafaz لَا يَجْنُب ini boleh di baca ” la yujnib atau la yajnib atau la yajnab” maknanya sama iaitu “tidak berjunub/tidak datang janabah.


Penerangan hukum hadis.

1- boleh dan juga tuntunan dari sunnah mandi bersama isteri

2- air lebihan isteri tidak beri mudharat kepada suami dan begitu juga sebaliknya.bahkan umum kepada semua jantina tidak merosakkan air yang digunakan oleh jantina berlainan.cuma jika di nilai hadis yg larang maka kembali kepada hukum makruh tanzih terhadap berlawanan jantina yg ajnabi(tiada hubungan mahram atau pernikahan) mengelak masalah fitnah dan maksiat yg mungkin berlaku antara berlawanan jantina yg ajnabi.jika aman maka boleh.

makruh tanzih iaitu makruh yg tidak mendatang dosa.

contoh makruh yg mendatangkan dosa tu mcmana ustaz?

satu lg makruh tahrim boleh mendatangkan dosa.

tapi jika di nilai lebih kurang sama saja..sbb tanzih isyarat molek tinggal manakala tahrim lebih molek tinggal.

nota: qaedah fiqh “perkataan larangan adalah asalnya hukum ke arah haram” cumanya selama mana tiada nas menunjukkan maksud hukum sebaliknya..oleh itu di sini hukum makruh tahrim mengikut jumhur ulama.

rasanya habis di sini shj.

Wallahu a’lam.

wallahu a’lam.Dia lah Allah yg Maha tahu segala sesuatu..

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Hadis ke 6 hingga Hadis ke 8

0

Assalamualaikum warahmatullah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،


Hadis 6


وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلْ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam air yang tenang ketika dalam keadaan junub.” 

Dikeluarkan oleh Muslim.

Penerangan darjat hadis.

Hadis sohih riwayat muslim.

Note: hadis jika diriwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim tidak dibahaskan darjatnya kerana sudah sepakat di kalangan ulama Ahlil Hadis riwayat dari mereka sohih.

Penerangan makna lafaz hadis:

1 – Air tenang iaitu air tidak mengalir. di sini maksudnya air tenang yang jumlahnya sedikit seperti kolah kecil,tab mandi dll. atau air tenang yg banyak jumlahnya seperti kolam,paya atau tasik dll.

2 – Lafaz junub bermaksud : orang yg datang hadas besar disebabkan jimak atau keluar air mani.

Penjelasan hukum hadis:


1- Di larang merendamkan tubuh di dalam air yang tidak mengalir ketika ber”junub” kerana bila sedikit jumlahnya itu boleh merosakkan air itu,hingga menyebabkan orang lain tidak dapat gunakan lagi air itu.samada kerana air itu jadi air musta’mal atau air bernajis atau menjijikan orang lain yg nak guna.

*Air musta’mal : air yg sudah di guna utk bersuci hadas.


*Hadas : hadas kecil seperti kencing,kentut dll. dan hadas besar seperti ber junub.

2- Hadis ini seolah melarang merendam tubuh di dalam segala jenis air tenang yg sedikit jumlahnya dan banyak jumlahnya.

tetapi hukum yg benar ialah jumlah air yang banyak seperti kolam besar,tasik dan seumpamanya hukumnya sama dgn air mengalir seperti laut atau sungai.iaitu kerana ada persamaan dari segi kuantiti dan berlaku juga arus kecil yang seakan air laut atau sungai atau air telaga.

3-Jika di rendam tubuh utk mandi junub di dalam air yang sedikit ada tiga pendapat hukum:

a) Air ini sudah di anggap air musta’mal.jadi tak sah utk digunakan oleh orang lain.

b)Air ini jadi air bernajis kerana ada najis yang melekat di badannya.jadi tak sah utk digunakan oleh orang lain.

c)Air tak jadi musta’mal dan tak jadi bernajis sebab tidak berubah sifat asal air.cuma pendapat ini kurang kuat sebab tidak menghilangkan keraguan terhadap air itu dan boleh menyebabkan rasa jijik utk orang lain gunakannya.(cuma mungkin hukum ini boleh amal jika dharurat ketiadaan air lain)

wallahu a’lam.

4- Jika tak di anggap sebagai air musta’mal(bagi sebahagian ulama) atau tidak di hukum sebagai air bernajis (mungkin kerana tiada najis pada tubuhnya ketika mandi itu)maka tetapnya perbuatannya adalah makruh atau haram..

a)Hukum makruh jika air itu tak seberapa banyak jumlahnya (contoh jumlah air cukup-cukup sekadar 2 qullah atau kurang) sehingga menyebabkan orang lain pula rasa jijik hendak gunakannya.

b)Hukum haram jika orang lain langsung tidak dapat guna air itu kerana kotor atau bernajis.

Habis di situ.

Soalan :

 

_________________________________________________________________________________

Hadis 7 


لِلْبُخَارِيِّ لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ الَّذِي لَا يَجْرِي ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ

Menurut Riwayat Imam Al Bukhari:

 “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu kencing dalam air tenang iaitu yang tidak mengalir, lalu kemudian dia nak mandi pula di dalamnya.”

Penerangan lafaz.

1 – Lafaz “kencing” merangkumi makna kencing dan berak. kencing makna lafaz manakala kencing dan berak adalah makna isyaari iaitu isyarat kepada najis yg dikeluarkan dari 2 jalan(qubul dan dubur)

Penjelasan hukum hadis.


Hukumnya sama dengan hukum hadis 6 dengan tambahan:

1- sebahagian ulama memilih hukum larangan pada hadis ni hanya jika ada dua hal dalam satu keadaan.iaitu kencing dan mandi.ini kerana bagi mereka perkataan ثم dalam text hadis hanya bermaksud tertib/susunan (iaitu kencing dan mandi ada dalam satu keadaan).

Tapi yang benarnya adalah boleh hukum pada ثم tidak semestinya dengan makna tertib susunan bahkan boleh juga sebagai makna susunan yang terpisah satu sama lain serta tidak semestinya dalam satu masa atau keadaan baru boleh jalankan hukum hadis.

wallahu a’lam.

2- Haram kencing dalam air yang tenang.

3- Air bernajis tidak di guna pakai untuk bersuci.

4- Haram buat aniaya kepada manusia dengan kencing atau berak ke dalam air yang tenang.tak kira la samada air sedikit atau banyak.cuma bagi setengah ulama anggap makruh jika air itu banyak seperti tasik dll.

Habis di situ..

_____________________________________________________________________________

Hadis 8


وَلِمُسْلِمٍ مِنْهُ وَلِأَبِي دَاوُد : وَلَا يَغْتَسِلُ فِيهِ مِنْ الْجَنَابَةِ


Menurut riwayat Muslim

(ada tambahan ganti perkataan فيه dgn perkataan) منه iaitu (ambil air) darinya(air bercampur kencing itu)

dan riwayat Abu Dawwud: “Dan janganlah dia mandi janabah di dalamnya.”


Penerangan lafaz hadis.

1- Riwayat muslim semakna dgn riwayat Al-Bukhari melainkan pada perkataan فيه di ganti dgn منه . beza antara dua riwayat ini ialah dalam :

i) Riwayat Al-Bukhari:“jangan mandi dalam air najis itu”

manakala

ii) Riwayat Muslim: “jangan mandi dengan menggunakan air dari air najis itu”.

Walaubagaimana pun perbezaan ini hanya pada lafaz sahaja bukan pada makna.kerana setiap satu dari kedua kalimah itu memberi makna sama.

2-Janabah iaitu kata sifat dari orang yang berjunub iaitu datang hadas besar kerana keluar mani atau jimak.


Penjelasan hukum.

Hukumnya sama dengan hadis 6 dan 7. Cuma ada tambahan:

a)Air yang sudah menjadi air bernajis tidak boleh di ambil untuk bersuci.

b)Pada hadis abi daud mengukuhkan pendapat ulama yg menetapkan hukum hadis ini secara “susunan terpisah”.

iaitu hukum kencing dan mandi boleh di asingkan hukumnya tanpa disatukan secara “tertib susunan”.maka tidak lah di tetapkan mesti ada kencing dgn mandi dulu baru lah dapat berhukum dgn hadis ini.

*Maksud di asingkan dua hukum : 

1)Hukum haram kencing dalam air tenang dan

2) Hukum haram guna air bercampur kencing untuk bersuci.

Habis di situ 

 

 

SOALAN :

1. S : Kencing dlm kok jamban?
J : boleh.sbb air lubang jamban tu tak di guna utk bersuci.

2. S : jika berada di tasik (air yg tenang) atas bot, bagaimana hendak berwudhu? kerana air itu
juga digunakan utk mandi dan DLL
j : cedok air tu atau terjun pun boleh..
]
3. S : Assalamualaikum..boleh tak guna air bekas wuduk untuk mandi biasa dan air yg digunakan
untuk mandi tetapi digunakan kembali untuk mandi?
J : wa alaikumussalam.. boleh.. asalkan tidak merubah sifat air tu dgn syampu yg byk atau sabun dan seumpamanya

4. S : Tahi cicak dlm sebaldi air dikira air bernajis?
J : tahi cicak najis tapi najis ringan..jd boleh di guna utk bersuci.

5. S : Saya nelayan, atas sampan.. apakah hukum buang air kecil atau besar dalam sungai?
J : Boleh.. sbb semua najis tu akan lenyap hilang tanpa memudaratkan sesiapa dan tak berubah

6. S : Macammana dengan percikan air kncing yg sedikit msuk kedalam air wuduk
J : jika nampak zahirnya masuk maka air tu najis.tapi jika sangkaan shj tidak najis.

7. S : Hukum kencing dlm air sms trperangkp dlm banjir
J : sama dgn hukum air sungai.

8. S : jika kita melihat dgn jelas najis di air mengalir cth air terjun, adakah air brdekatan dgnnya sah dibuat bersuci
J : boleh asalkan tak cedok najis..itu pun bukan jenis najis macam bangkai sbb kadang2
sekitarnya juga ada bau atau warna atau rasa..sebaiknya jauh sikit agar dpt elak
terambil najis.

9. S : Macammana dengan percikan air kncing yg sedikit msuk kedalam air u wuduk?
J : jika nampak zahirnya masuk maka air tu najis.tapi jika sangkaan shj tidak najis.

10. S : Sy pernah tgk satu cerita dokumentari mgenai bkteria e coli iaitu bakteria dr najis kita…eksperimen dan kajian dibuat dlm bilik air mnunjukkan e coli tu merebak ke seluruh pelusuk bilik air termasuk air dlm tadahan serta seluruh peralatan dlm toilet termasuk berus gigi dn lain2 dicemari bakteria tersebut walaupon hnya buang najis dlm mgkuk tndas…mknanye merebak melalui udara.. adakah dikira najis?
J : zahir tidak najis..seperti hadis lalat di celup dlm air..cumanya hal ini termasuk bab dharurat
bahaya shj

11. S : cara berwuduk ni adakah ratakan air(ambik air gosok) pada anggota badan @ jirus pada anggota?
J : ratakan dgn tangan, sunnah..jirus pada shj anggota boleh

12. S : Komen ustaz bilik air zaman sekarang? Dlm 1 bilik kecil ada mangkok tandas dan tempat mandi dan wudhu’ ..
J : seeloknya di asingkan..tapi jika tidak boleh,tak mengapa berwudhu di situ.

13. S :⃣: Jika air basuhan/lebihan wudhu itu jatuh kemudian masuk kembali ke dalam bekas air utk berwudhu itu bagaimana?
J : boleh..

Popular

Iklan

Iklan