Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Zakat Harta Yang Bercampur

Zakat Harta Yang Bercampur

1725
0
Iklan

Bismillah…
Note 8 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

ZAKAT HARTA YG BERCAMPUR

Pengertian Harta yang Bercampur:
– harta yang wajib zakat dimiliki oleh dua orang atau lebih, disatukan untuk tujuan perkongsian atau seumpamanya.

Bahagian Harta yang Bercampur:
i. Harta bercampur secara nyata atau bercampur secara bersama yang maksudnya ialah dua orang yang layak mengeluarkan harta yang sama jenisnya, cukup nisabnya atau lebih dan genap setahun.

ii. Percampuran bergabung ataupun percampuran secara zahir bermaksud dua orang yang masing-masing memiliki nisab harta tidak dikongsikan, namun kedua dua harta dicampur dalam bentuk gabungan.

Cara Mengeluarkan Zakat Dua Harta yang Bercampur:
– dari segi hukum zakatnya dianggap sebagai harta milik seorang. Jumlah percampuran harta tersebut mencapai nisabnya dan telah genap setahun zakat wajib dikeluarkan.
Rasulullah SAW brrsabda:
“Jangan dihimpunkan harta yang berasingan dan jangan diasingkan harta yang bercampur kerana mengelakan zakat.”
Riwayat Al Bukhari : 1450

Syarat dikira Dua Harta Bercampur Menjadi Satu:
Pertama:
i. Kedua-dua harta sama jenis.
ii. Jumlah harta itu cukup nisab atau lebih. Sekiranya jumlah kedua-dua harta itu 35 ekor kamben, ia tidak wajib zakat.
iii. Percampuran harta tersebut berterusan selama setahun jika ia daripada jenis yang diisyaratkan haul. Jika setiap mereka memiliki kamben sebanyak 40 ekor pada awal bulan Muharram, kemudian dicampurkan kedua-duanya pada awal bulan safar, masing-masing wajib mengeluarkan zakat seekor kamben apabila genap Muharran pada tahun berikutnya.

Kedua:
i. Binatang ternakan disyaratkan tidak berasingan kandang-kandangnya, tempat berkumpulnya, tempat meragut rumput dan memerah susunya. Jika setiap pemilik membawa kambennya ke tempat berasingan maka perkongsian tersebut tidak memberi sebarang kesan.
ii. Bagi tanam-tanaman, disyaratkan pekebunnya tidak berlainan tempat mengering buahnya pula tidak diasingkan.
iii. Harta perniagaan yang disyaratkan tidak diasingka  kedai, stor dan peralatan urusniaganya seperti alat timbangan dan sebagainya.

Zakat yang Wajib Bagi Pemilik Harta Pengongsian:
– harta pengongsian yang dianggap sebagai harta seorang, setiap pemilik dikenakan zakat mengikut kadar bahagia  yang dimiliki.

Komen dan Soalan