Utama Blog Halaman 43

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-258 dan Ke-259

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafsir Ayat 258

Allah ‎ﷻ memberikan tiga contoh golongan yang beriman kepada tauhid iaitu dua kisah daripada Nabi Ibrahim عليه السلام dan satu kisah Nabi Uzair عليه السلام. Sebelum ini Allah ‎ﷻ telah memberikan teori tentang akidah, dan sekarang Allah ‎ﷻ berikan contoh pula supaya kita lebih faham dan boleh ikut mereka.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذي حاجَّ إِبرٰهِـۧمَ في رَبِّهِ أَن ءَاتَٮٰهُ اللَهُ المُلكَ إِذ قالَ إِبرٰهِـۧمُ رَبِّيَ الَّذي يُحيي وَيُميتُ قالَ أَناْ أُحيي وَأُميتُ ۖ قالَ إِبرٰهِـۧمُ فَإِنَّ اللَهَ يَأتي بِالشَّمسِ مِنَ المَشرِقِ فَأتِ بِها مِنَ المَغرِبِ فَبُهِتَ الَّذي كَفَرَ ۗ وَاللَهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Dia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat.” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذي حاجَّ إِبرٰهِـۧمَ في رَبِّهِ

Tidakkah engkau memikirkan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim mengenai Tuhannya,

Pertama akan disampaikan adalah kisah Nabi Ibrahim عليه السلام dan Namrud. Namrud itu adalah raja dunia dan tidak sama dengan Firaun yang hanya Raja kepada negara Mesir sahaja.

Walaupun dia seorang raja dunia, tetapi dia tidak berapa cerdik. Sampaikan nama dia pun tidak disebut didalam Al-Qur’an. Allah ‎ﷻ hanya sebut dia dengan lafaz mubham sahaja (orang yang berhujah) menunjukkan betapa dia tidak cerdik dan namanya tidak layak disebut pun. Sedangkan Firaun disebut berkali-kali dalam Al-Qur’an kerana dia hebat berhujah.

Namrud membantah Nabi Ibrahim عليه السلام dalam perkara ketuhanan, iaitu tentang Allah ‎ﷻ.

أَن ءَاتَٮٰهُ اللَهُ المُلكَ

kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan?

Walaupun dia tidak berapa cerdik, tetapi Allah ‎ﷻ telah takdirkan yang dia dapat memerintah dunia. Oleh kerana dia rasa diri dia besar kerana memerintah dunia, maka dia berani melawan Nabi.

Dalam psikologi, ini dinamakan “God Complex’. Mereka rasa mereka ada kuasa dan perangai mereka jadi lain macam. Padahal bukan banyak pun kuasa mereka. Sebagai contoh, doktor pun ada rasa macam itu sebab mereka rasa mereka menyelamatkan nyawa manusia. Jangan kata mereka, “guard” yang jaga pintu masuk pun ada masalah ini juga kadangkala.

إِذ قالَ إِبرٰهِـۧمُ رَبِّيَ الَّذي يُحيي وَيُميتُ

Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”.

Dia membantah Nabi Ibrahim عليه السلام itu semasa baginda berdakwah kepadanya. Dalam ayat Kursi, Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia lah yang Maha Hidup. Dan dalam ayat ini, Allah ﷻ beritahu yang Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim عليه السلام tekankan tentang salah satu sifat terpenting Allah ‎ﷻ.

قالَ أَناْ أُحيي وَأُميتُ

Dia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”.

Namrud pun kata dia pun Tuhan juga kalau begitu, kerana dia boleh menghidupkan dan mematikan juga. Dalam riwayat ada disebut bagaimana dia panggil dua orang lelaki yang telah dihukum bunuh, bawa ke hadapan Nabi Ibrahim عليه السلام dan dia. Maka dia kata dia ampunkan seorang lelaki dan teruskan hukuman bunuh kepada seorang lagi lelaki itu.

Melalui kejadian itu, Namrud kata dia telah menghidupkan seorang lelaki dan mematikan seorang lagi. Ini hujah yang bodoh. Kita pun boleh tahu bahawa lain apa yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim عليه السلام itu, bukan?

قالَ إِبرٰهِـۧمُ فَإِنَّ اللَهَ يَأتي بِالشَّمسِ مِنَ المَشرِقِ

Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur,

Disebabkan kebodohan Namrud, maka Nabi Ibrahim عليه السلام bawakan hujah yang satu lagi. Allah ‎ﷻ yang takdirkan matahari naik dari arah timur. Ini mengingatkan kepada kita yang perjalanan matahari, bulan dan segala planet adalah dalam takdir Allah ‎ﷻ. Bukanlah semua itu berjalan sendiri.

فَأتِ بِها مِنَ المَغرِبِ

oleh itu terbitkanlah dia dari barat

Kalau kamu, Namrud, rasa yang kamu pun tuhan juga, maka tolong naikkan matahari dari barat pula esok. Sebelum ini dia berhujah dengan keupayaan menghidupkan dan mematikan. Nah kali ini kita tengok dia boleh ubah perjalanan matahari ke tidak.

فَبُهِتَ الَّذي كَفَرَ

Maka tercenganglah orang yang kafir itu

Maka, dengan hujah itu, Namrud bungkam tidak berkata apa-apa lagi.

Mungkin timbul satu persoalan. Apa kata kalau Namrud berhujah balik? Dia mungkin boleh kata: “baiklah, aku memang tak boleh nak terbitkan matahari dari barat. Kamu kata Tuhan kamu boleh terbitkan matahari dari barat. Suruhlah Tuhan kamu itu terbitkan dari barat!”

Dalam kitab tafsir ada disebutkan, kalaulah Namrud berhujah macam itu, Allah ‎ﷻ akan terbitkan matahari dari barat esoknya sebagai hujah. Tetapi tidak berlaku perkara itu sebab Namrud mengalah dan tidak menyambung perbalahan itu. Namrud tidak ada hujah apa-apa lagi. Namun selepas itu Namrud telah melempar Nabi Ibrahim عليه السلام ke dalam api. Biasalah, kalau tidak ada hujah, ramai yang gunakan kuasa kekerasan.

Nabi Ibrahim عليه السلام tentu sedar yang kalau baginda cakap macam itu, boleh menyebabkan baginda dibunuh. Tetapi baginda yakin yang Allah ‎ﷻ lah al-hayyul qayyum, Allah ‎ﷻlah sahaja yang boleh mematikan, maka baginda tidak takut untuk menyatakan kebenaran.

وَاللَهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ini adalah perbuatan manusia yang zalim kerana degil. Allah ‎ﷻ tidak memberi hidayah kerana mereka memang tidak mahu menerima kebenaran. Tidak ada keinginan dalam hati mereka untuk mengetahui apakah yang benar.

Tafsir Ayat Ke-259

Ini adalah contoh kedua maksud al-hayyul qayyum. Ini pula adalah kisah Nabi Uzair عليه السلام.

أَو كَالَّذي مَرَّ عَلىٰ قَريَةٍ وَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها قالَ أَنّىٰ يُحيي هٰذِهِ اللَهُ بَعدَ مَوتِها ۖ فَأَماتَهُ اللَهُ مِائَةَ عامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ ۖ قالَ كَم لَبِثتَ ۖ قالَ لَبِثتُ يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ ۖ قالَ بَل لَّبِثتَ مِائَةَ عامٍ فَانظُر إِلىٰ طَعامِكَ وَشَرابِكَ لَم يَتَسَنَّه ۖ وَانظُر إِلىٰ حِمارِكَ وَلِنَجعَلَكَ ءآيَةً لِّلنّاسِ ۖ وَانظُر إِلَى العِظامِ كَيفَ نُنشِزُها ثُمَّ نَكسوها لَحمًا ۚ فَلَمّا تَبَيَّنَ لَهُ قالَ أَعلَمُ أَنَّ اللَهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Dia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging “. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

أَو كَالَّذي مَرَّ عَلىٰ قَريَةٍ

Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri

Dikatakan yang negeri yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah BaitulMaqdis, iaitu negara Palestin. Waktu itu setelah Babylon menyerang BaitulMaqdis. Puak itu telah membunuh 600 ribu orang dalam kalangan Bani Israel dan jadikan hamba lagi 600 ribu.

Ini adalah satu tempat yang banyak kali makmur dan banyak kali ranap zaman berzaman. Apabila naik agama Islam, maka ia kembali makmur dan kemudian ditakluk oleh bangsa kafir dan meranapkannya kembali. Begitulah nasib yang dialami oleh Bani Israel dan tempat tinggal mereka, kerana umatnya banyak yang degil.

Sampai sekarang tidak pernah aman penempatan mereka. Itulah juga nasib negara Palestin. Padahal itu adalah tempat paling ramai Nabi dibangkitkan. Semua ini terjadi kerana umatnya yang degil dan banyak menentang.

وَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها

yang telah runtuh di atas bumbungnya,

Perkataan yang digunakan kalau diterjemahkan: ‘Dinding jatuh timpa bumbung’. Agak pelik, bukan? Ini kerana kalau bangunan yang sudah lama, tiada ada siapa yang menjaganya, tentunya bumbung yang jatuh dahulu. Selalunya bahagian rumah yang rosak dahulu adalah bumbung kerana bumbunglah bahagian yang paling lemah.

Oleh kerana itu, bumbung yang akan jatuh dulu. Kemudian baru dinding runtuh dan apabila ia jatuh, ia akan jatuh atas bumbung yang telah jatuh itu. Ini adalah bahasa kiasan memberi isyarat lama sangat kawasan dan rumah-rumah itu ditinggalkan.

Jadi hendak menunjukkan betapa lama sangat kota itu ditinggalkan. Kalau sampai bangunan pun sudah runtuh, manusia yang tinggal di situ, tentulah lagi lama sudah tiada. Begitulah Allah ‎ﷻ hendak menunjukkan bagaimana keadaan BaitulMaqdis itu pada waktu itu. Allah ‎ﷻ sebut pendek sahaja tetapi kita boleh bayangkan.

قالَ أَنّىٰ يُحيي هٰذِهِ اللَهُ بَعدَ مَوتِها

Orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?”

Ini adalah Nabi Uzair عليه السلام yang berkata dalam hati. Baginda bercakap begitu bukan kerana baginda tidak yakin dengan kuasa Allah ‎ﷻ. Tidak mungkin Nabi tidak yakin pula.

Namun baginda cakap begitu sebab hendak tahu cara sahaja. Baginda tengok teruk sangat keadaan kota itu, baginda tidak dapat bayangkan bagaimana caranya Allah ‎ﷻ akan membinanya kembali. Jadi baginda terfikir-fikir bagaimanakah caranya?

فَأَماتَهُ اللَهُ مِائَةَ عامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ

Lalu dia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula

Allah ‎ﷻ memang betul-betul mematikan Nabi Uzair عليه السلام, bukan tidurkan. Allah ‎ﷻ memang boleh buat begitu kerana Allah ‎ﷻ yang menghidupkan dan mematikan. Kemudian Allah ‎ﷻ boleh hidupkan semula. Tidak ada masalah bagi Allah ‎ﷻ.

قالَ كَم لَبِثتَ

lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?”

Selepas Nabi Uzair عليه السلام dihidupkan kembali, Allah ‎ﷻ tanya kepada Nabi Uzair عليه السلام berapa lama baginda tinggal di situ. Tubuh baginda memang nampak biasa sahaja.

قالَ لَبِثتُ يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ

Dia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”.

Oleh kerana tubuhnya nampak biasa sahaja, baginda kata baginda tentu tidak tinggal lama – sehari atau setengah hari sahaja (ikut kebiasaan). Baginda tertidur sahaja dan kadang-kadang kita bangun tidur, tidak tahu berapa lama kita tidur, bukan?

Ini menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu semua perkara. Mereka juga tidak tahu hal ghaib melainkan yang telah diberitahu oleh Allah ‎ﷻ. Sekarang Allah ‎ﷻ tanya baginda kerana Allah ‎ﷻ hendak beritahu.

قالَ بَل لَّبِثتَ مِائَةَ عامٍ

Allah berfirman:”bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun.

Mungkin Nabi Uzair عليه السلام terkejut apabila dikatakan yang baginda telah tinggal selama seratus tahun di situ.

فَانظُر إِلىٰ طَعامِكَ وَشَرابِكَ لَم يَتَسَنَّه

perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya,

Allah ‎ﷻ tunjuk contoh qudrat-Nya dengan menyuruh baginda lihat kepada makanan yang baginda bawa sebagai bekal. Selalunya makanan senang rosak, tetapi Allah ‎ﷻ jadikannya masih baik lagi.

وَانظُر إِلىٰ حِمارِكَ

dan perhatikanlah pula kepada keldaimu

Makanan yang cepat basi, Allah ‎ﷻ boleh kekalkan. Namun binatang yang tentunya lambat reput, sudah tinggal tulang sahaja. Menunjukkan memang lama baginda tidur di situ.

وَلِنَجعَلَكَ ءآيَةً لِّلنّاسِ

dan Kami jadikan engkau sebagai tanda bagi umat manusia;

Allah ‎ﷻ menghidupkan Nabi Uzair عليه السلام semula sebagai tanda kepada manusia. Menjadi inspirasi kepada manusia yang lain. Menjadi tanda bahawa Allah ‎ﷻ itu maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja. Allah ‎ﷻ boleh hidupkan, matikan, hidupkan balik tidak kira berapa lama.

وَانظُر إِلَى العِظامِ كَيفَ نُنشِزُها ثُمَّ نَكسوها لَحمًا

dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging “.

Allah ‎ﷻ jadikan keldai itu hidup dengan segera di depan matanya. Kita boleh bayangkan kejadian itu sebab kita yang hidup zaman moden ini selalu tengok special effect dalam media. Jadi kita boleh bayangkan bagaimana tulang keldai itu bercantum kembali, dan kemudian dagingnya bercantum semula.

فَلَمّا تَبَيَّنَ لَهُ قالَ أَعلَمُ أَنَّ اللَهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Maka apabila telah jelas kepadanya, berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Telah jelas kepada Nabi Uzair عليه السلام yang Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja. Baginda sudah yakin dengan sebenar-benar yakin yang mati dan hidup adalah dalam tangan Allah ‎ﷻ dan baginda sudah tahu bagaimana cara Allah ‎ﷻ melakukannya.

Selepas itu baginda tidak akan tanya lagi. Baginda dinampakkan dengan ilmu musyahadah – baginda lihat sendiri dengan matanya. Sebelum ini ilmu makrifat sahaja. Apabila nampak dengan mata kepala sendiri, maka tentulah yakin sangat.

Kelebihan ini Allah‎ ﷻ berikan kepada para Nabi kerana mereka bawakan hujah yang besar dan kena berhadapan dengan masyarakat penentang. Maka kekuatan iman mereka kena lebih kuat daripada manusia biasa. Maka jangan kita pun hendak minta ditunjukkan kejadian ‘luar adat’ ini.

Allahu a’lam.

La Tahzan 206: Kepada-Nyalah Kalimah- kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

0

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-1: Kepadanyalah Kalimah- kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

Pohonlah kepada Allah ‎ﷻ dengan kalimah kalimah yang baik lagi indah

كان للصحابةِ كنوزٌ من الكلماتِ المباركاتِ الطَّيِّباتِ ، التي عَّمهم إياها صفوةُ الخلْقِ – صلى الله عليه وسلم – .
وكلُّ كلمةٍ عند أحدِهم خيرٌ من الدنيا وما فيها ، ومِنْ عظمتِهمْ معرفتُهم بقيمةِ الأشياءِ ومقاديرِ الأمورِ .
أبو بكرٍ يسألُ الرسول – صلى الله عليه وسلم – أنْ يُعلِّمه دعاءً ، فقال له : (( قلْ : ربِّ إني ظلمتُ نفسي ظُلماً كثيراً ، ولا يغفرُ الذنوب غلا أنت ، فاغفرْ لي مغفرةً منْ عندِك وارحمني ، إنك أنت الغفورُ الرحيمُ )) (متفق عليه: البخاري، كتاب الأذان، باب الدعاء قبل السلام، برقم 834، مسلم، كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار، باب استحباب خفض الصوت بالذكر، برقم 2705.)

“Para sahabat memiliki perbendaharaan kalimah-kalimah yang diberkahi dan tayyibah (baik) yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. Setiap kalimah yang mereka miliki jauh lebih baik daripada dunia dan seisinya, sejajar dengan luasnya pengetahuan mereka tentang nilai dan urusan segala urusan. Misalnya Abu Bakar رضي الله عنه pernah meminta Rasulullah ﷺ agar mengajarnya sebuah doa, lantas baginda mengajarkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah untukku dengan ampunan yang ada di sisimu serta rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan maha penyayang.”

(HR Bukhari, 834, Muslim 2705 — Muttafaq ‘alaih)

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-2: Kepadanyalah Kalimah kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

Pohonlah kepada Allah ﷻ dengan kalimah-kalimah yang baik lagi indah

Rasulullah ﷺ mengajar al Abbas رضي الله عنه akan kalimah doa yang indah:

((ويقولُ – صلى الله عليه وسلم – للعباسِ : (( اسألِ الله العفو والعافية ))

Takhrij/tahqiq:
Versi al Abbas (bapa saudara Nabi ﷺ) yang sahih ialah:

عن العباس بن عبد المطلب رضي الله عنه قال: قلت: “يا رسول الله علمني شيئًا أسأله الله”، قال: «سل الله العافية»
Daripada al ‘Abbas bin abdul Mutthalib رضي الله عنه, “Ya Rasulullah, ajarkan akan daku suatu permohonan untukku pohon dari Allah.” Nabi ﷺ mengajarkan, “Mintalah dari Allah ‎ﷻ keselamatan.”

(HR Tirmidzi 3514, Syaukani, Fathu ar Rabani) Tirmidzi berkata hadith hasan kerana perawi Yazid bin Abi Ziyad. Dinilai sahih oleh al Albani dalam sahih Tirmidzi dan Silsilah al Sahihah.

رواه الترمذي في سننه، كتاب الدعوات رقم 3514، والشوكاني في الفتح الرباني 11/5516 وقال روي بأسانيد ورجال بعضها رجال الصحيح – غير يزيد بن أبي زياد وهو حسن الحديث، والحديث صححه الألباني في صحيح الترمذي والسلسلة الصحيحة 4/29.

Versi Abdullah bin al Abbas رضي الله عنهما:

يا رسولَ اللهِ ما أسأَلُ اللهَ ؟ قال : ( سَلِ اللهَ العفوَ والعافيةَ )
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الموارد
الصفحة أو الرقم: 2052 | خلاصة حكم المحدث : صحيح لغيره

Ibn Abbas رضي الله عنهما bertanya akan Rasulullah ﷺ, “Apakah yang aku kena minta dari Allah ‎ﷻ?” Sabda baginda ﷺ, “Mintalah dari Allah ‎ﷻ keampunan dan keselamatan.”

(Sahih al Mawarid (ta’aliq atas sahih Ibn Hibban) No 2052).

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-3: Kepadanyalah Kalimah kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

Pohonlah kepada Allah ﷻ dengan kalimah-kalimah yang baik lagi indah

ويقولُ لعليٍّ : (( قلْ : اللَّهمَّ اهدنِي وسدِّدْني )) ( أخرجه مسلم، كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار، برقم 2725

Nabi ﷺ mengajar doa indah kepada Ali رضي الله عنه, “Ya Allah, tunjukilah aku dan dan mantapkanlah pendirianku.”

(HR Muslim, Kitab az Zikir, Du’a, Taubat dan Istighfaar, No. 2725)

ويقولُ لعبيدِ بنِ حصينٍ : (( قلْ : اللهمَّ ألهمْنِي رُشدي ، وقِنِي شرَّ نفسْي )) (رواه أحمد، 33/ 197، برقم 19992، والترمذي، كتاب الدعوات، باب حدثنا أحمد بن معاوية ، برقم 3483)

Nabi ﷺ mengajar Hushain bin Ibad* “Ya Allah, bimbinglah aku menuju petunjuk, dan jagalah daku daripada keburukan diriku sendiri.”

(HR Ahmad, Tirmidzi)

Tahqiq: al Albani, dhaif, dhaif at Tirmidzi, no 3483

Komen Abu Isa at Tirmidzi, dhaif kerana perawi Syabib bin syaibah.

الراوي : عمران بن الحصين | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3483 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه الترمذي (3483) واللفظ له، والبزار (3580)، والطبراني (18/174) (396)

Disahihkan oleh Ibn Qayyim, wabil as sayyib, Ibn Hajar, takhrij al Misykah
————————————
*Ubaid bin Hushain. Silap cetak atau silap pengarang. Nama sepatutnya ialah Hushain bin Ubaid, ayahanda kepada Imran bin Hushain.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-4: Kepadanyalah Kalimah kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

(Pohonlah kepada Allah ﷻ dengan kalimah kalimah yang baik lagi indah)

Nabi ﷺ mengajar Syaddad bin Aus:

ويقولُ لشدَّادِ بن أوسٍ : (( قلْ : اللهمَّ إني أسالُك الثبات في الأمر ، والعزيمة على الرشدِ ، وشُكرَ نعمتِك ، وحُسْنَ عبادتِك ، وأسألُك قلباً سليماً ، ولساناً صادقاً ، وأسألُك مِنْ خَيْرِ ما تعْلمُ ، وأعوذُ بك منْ شرِّ ما تعلمُ ، وأستغفرُك لما تعلمُ ، إنك أنت علاَّمُ الغيوبِ )) (أحمد، برقم 17114، والترمذي، برقم 3407، والنسائي، برقم 1304، ومصنف ابن أبي شيبة، 10/ 271، برقم 29971، والطبراني في المعجم الكبير بلفظه، برقم 7135،وأخرجه ابن حبان في صحيحه، 3/ 215، برقم 935)

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu keteguhan dalam urusan agama, dan kekuatan di atas petunjuk, mensyukuri nikmat-Mu, dan kebagusan dalam beribadah pada-Mu. Aku mohon pada-Mu qalbu yang suci dan lisan yang jujur. Aku mohon pada-Mu kebaikan yang Engkau ketahui dan aku berlindung daripada kejelikan yang Engkau ketahui dan aku meminta ampun daripada segala dosa yang Engkau ketahui kerana Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib.”

(HR Ahmad, Tirmidzi, an Nasa’iy, Musyannaf Ibn Abi Syaibah, Tabrani, Mu’jam al Kabir, Ibn Hibban dalam sahihnya).

Tahqiq

وحسنه شعيب الأرنؤوط في صحيح ابن حبان، 5/ 312، وحسنه بطرقه محققو المسند، 28/ 338، وذكره الألباني سلسلة الأحاديث الصحيحة في المجلد السابع، برقم 3228، وفي صحيح موارد الظمآن، برقم 2416، 2418، وقال: ((صحيح لغيره)).

Dihasankan oleh Syeikh Syu’aib al Arnaout, sahih Ibn Hibban, hasan dalam tahqiq al Musnad, juga sahih lighairihi oleh al albani silsilah al sahihah no 3228.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-5: Kepadanyalah Kalimah kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

Pohonlah kepada Allah ﷻ dengan kalimah-kalimah yang baik lagi indah

Nabi ﷺ mengajar Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه akan doa ini:

ويقولُ لمعاذٍ : (( قلْ : اللهمَّ أعني على ذكرِك وشُكْرِك وحُسْنِ عبادتِك )) رواه أبو داود(1522) وصححه الألباني في صحيح أبي داود(1522 )

“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur untuk-Mu, dan beribadah dengan baik bagi-Mu.”

(HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al Albani, sahih Abu Daud, no 1522)

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 206-6/akhir: Kepadanyalah Kalimah kalimah Indah itu dipanjatkan (إليهِ يصعدُ الكلِمُ الطَّيَّبُ)

Pohonlah kepada Allah ﷻ dengan kalimah-kalimah yang baik lagi indah

ويقولُ لعائشة :  قولي : اللهم إنك عفُوٌّ تحبُّ العَفْوَ ، فاعْفُ عنِّي 

Nabi ﷺ mengajar isterinya tercinta Aisyah رضي الله عنها pada malam lailatul qadar, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Pemurah, maka maafkanlah kesalahanku.”

(HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850). Imam Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih.

✍ Tahqiq: Syeikh Muqbil Hadi:

وقال في كتاب [ أحاديث معلةٍ ظاهرها الصحة ] ( ص 253) ما نصه : كذا قال الترمذي رحمه الله وظاهره أنه حسن بهذا الإسناد ولكن في تهذيب التهذيب في ترجمة عبد الله بن بريدة وقال الدارقطني في كتاب النكاح من السنن : لم يسمع من عائشة

Syeikh Muqbil dalam kitabnya “Ahaadith Mu’allah Dzhohiruha as Sihah” (hadith- hadith cacat yang nampaknya sahih). Hasan sanadnya di sisi Imam Tirmidzi, tetapi penjelasan perawi Abdullah bin Buraydah dalam Tahzib (Ibn Hajar) komentar al-Daruqutni, Abdullah bin Buraydah tidak mendengar daripada Aisyah رضي الله عنها.

Muktamad: Hadith ni dhaif menurut Imam Daruqutni, Syeikh Muqbil Hadi, Syeikh Marzuq At Thorifi, Maher Yasin al Fahl, Syeikh Tareq Iwadullah. Namun boleh diamalkan kerana ia adalah doa.

Kesalahan Di dalam Salat / 30 – Sambungan

0

Salat dengan pakaian yang dicelup dai (pewarna) – الصَّلاة في الثَّوب المعَصْفَر 

وعن أنس ـ رضي الله عنه ـ قال : نهى النّبيُّ (ص) أن يتزعفر الرّجل  (أخرجه : البخاري : كتاب اللباس : باب النّهي عن التزعفر للرّجال : (10/304) رقم (5846) .)

Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata, “Nabi ﷺ melarang menggunakan za’faran,” 

(HR Bukhari no. 5846 dan juga Muslim no. 2101).

وعن عليّ ـ رضي الله عنه ـ قال : نهى النّبيُّ (ص) عن لباس المُعَصْفَر (أخرجه : مسلم : كتاب اللباس والزينة : باب النهي عن لبس الرجل الثوب المعصفر : (3/1648) رقم (2078) . والنسائي : كتاب الزينة : باب النهي عن لبس المعصفر : (8/204) ، وأبو داود : كتاب اللباس : باب من كره لبس الحرير : (4/47) رقم (4044) و (4048) .

“Daripada Ali رضي الله عنه, Nabi ﷺ melarang memakai busana yang dicelup dengan za’faran (safron)”. 

(HR Muslim no. 2078, HR an-Nasa’ie, HR Abu Daud no. 4044 dan 4048)

✍️ Syarah:

نقل البيهقي عن الشافعي أنه قال : أنهى الرجل الحلال بكل حال أن يتزعفر، وآمره إذا تزعفر أن يغسله ، وأرخص في المعصفر ، إلا ما قال علي : ((نهاني ولا أقول نهاكم)) .قال البيهقي : وقد ورد ذلك عن غير علي ، وساق حديث عبد الله بن عمرو السابق ، قال : فلو بلغ ذلك الشافعي لقال به ، اتّباعاً للسنّة ، كعادته

Al-Baihaqi (w. 458H) menukilkan daripada as-Syafi’iy (w.204H) yang berfatwa: “Aku melarang kaum lelaki daripada memakai busana yang dicelup dengan za’faran dalam apa jua situasi dan segera menghilangkan warna tersebut jika mereka ada memilikinya. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada kaum wanita. Imam Syafi’iy menyebut hadith Ali di mana Saidina Ali رضي الله عنه menjelaskan larangan pakaian za’faran adalah khusus untuk beliau bukan untuk umat Islam yang lain”.

 

▶️ Ulasan al-Baihaqi: selain hadith Ali, ada juga hadith Abdullah bin Amru di atas, dan jika hadith ini sampai kepada Imam Syafi’iy sudah tentu fatwa beliau akan berbeza.

فتح الباري : (10/304) وشرح النووي على مسلم : (14/54) وصدّر كلام البيهقي فقال : ((وأما البيهقي ـ رضي الله عنه ـ فأتقن المسألة في كتابه ((معرفة السنن)) ونقل كلامه المذكور . وقال : ((وقال : وقد كره المعصفر بعضُ السلف ، وبه قال أبو عبد الله الحليمي من أصحابنا ، ورخّص فيه جماعة ، والسنّة أولى بالاتّباع ، والله أعلم)) 

Dalam Fathul Bari (10/304), syarah Imam Nawawi رحمه الله atas kitab Sahih Muslim, (14/54) yang merumuskan perbahasan al-Baihaqi di dalam kitabnya Ma’rifatus Sunan, rumusan seperti berikut: Memakai baju yang dicelup dengan za’faran (safron) adalah makruh menurut sebahagian salaf, ini juga pendapat imam mazhab kami, Abu Abdillah al-Halimi (wafat 403, Bukhara, faqih mazhab Syafi’iy) dan menurut sebahagian lagi salaf sebagai rukhsah (dimaafkan).

 

▶️ Ulasan Syaikh Salim al-Hilali (murid Syaikh al-Albani):

“Dilarang kaum lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan za’faran (safron) kerana ia merupakan perhiasan wanita dan larangan kaum lelaki menyerupai wanita”.

(Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, terjemahan Abu Ihsan al-Atsari, Pustaka Imam Syafi’i, 2006, halaman 3/238-239)

قال ابن قدامة : ((وأما الصّلاة في الثّوب الأحمر ، فقال أصحابنا : يكره للرّجال لبسه والصّلاة فيه (المغني : (1/624) 

Berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi (w. 620H), berkata “Ashab kami (fuqaha’ Hanabilah), kaum lelaki dihukumkan MAKRUH memakai baju warna merah murni ketika melakukan salat”. 

(Al-Mughni, 1:624)

 

Salah seorang ulama Hanabilah ialah Imam Ibn Qayyim رحمه الله (w.754H):

وقال ابن القيم : ((وفي جواز لبس الأحمر من الثّياب والجوخ وغيرها ، نظرٌ ، وأما كراهته : فشديدة جدّاً ، فكيف يُظنّ بالنّبيّ (ص) أنه لبس الأحمر القاني ، كلا ، لقد أعاذه اللهُ منه ، وإنما وقعت الشبهةُ من لفظ الحلّة الحمراء))

Berkata beliau, “Memang isu ini khilaf akan tetapi hukum makruh (dalam mazhab Hanbali) ialah makruh yang berat (makruh tahrim). Memang ada di sana yang faham Nabi ﷺ pernah memakai pakaian warna merah murni, namun sebenarnya mereka salah faham dengan istilah “hullah al hamra’ “(الحلّة الحمراء)”.

وقال عند كلامه على حلّة النبي (ص) الحمراء ،(*) ما نصّه : ((وغلط مَنْ ظنّ أنها كانت حمَراء بحتاً ، لا يخالطها غيره ، وإنما الحلّة الحمراء : بردان يمانيان ، منسوجان بخطوط حمر مع الأسود ، كسائر البرود اليمنية ، وهي معروفة بهذا الإسم ، باعتبار ما فيها من الخطوط الحمر ، وإلا فالأحمر البحتُ منهي عنه أشدّ النّهي)

(*) أخرج الطبراني في ((الأوسط)) : (53/2 ـ زوائده ) بسندٍ رجاله ثقات ، كما في ((المجمع)) : (2/198) عن ابن عباس مرفوعاً : ((كان يَلْبَسُ يوم العيد بُرْدَةً حمراء)) ، وانظر : ((السلسلة الصحيحة)) : رقم (1279) .   

Ibn Qayyim رحمه الله mengulas isu hullah al-hamra (busana warna merah) yang disebut dalam hadith Ibn Abbas رضي الله عنهما, dikeluarkan oleh at-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsath, dinilai sahih oleh al-Haithami dan al-Albani (Silsilah as-Sahihah, no. 1279) daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, Nabi ﷺ mengenakan jubah berwarna merah pada hari raya.” Kata Ibn Qayyim رحمه الله jubah tersebut bukanlah berwarna merah murni (100% merah) cuma ada corak-corak berwarna merah yang ditenun di Yemen. 

(Zaadul Ma’ad. 1:137)

وردّه الشوكاني في ((شرح المنتقى)) بأن الصحابي قد وصف حلته  بأنها حمراء : وهو من أهل اللسان ، والواجب الحمل على المعنى الحقيقي ، وهو الحمراء البحت ، والمصير إلى المجاز ، أعني : كون بعضها أحمر دون بعض ، لا يحمل ذلك الوصف عليه دون لموجب ، فإن أراد إن ذلك معنى الحلة الحمراء لغة فليس في كتب اللغة ما يشهد لذلك ، وإن أراد أن ذلك حقيقة شرعة فيها ، فالحقائق الشرعيّة لا تثبت بمجرد الدّعوى ، والواجب حمل مقالة ذلك الصحابي على لغة العرب لأنها لسانه و لسان قومه

“Radd atau bantahan ilmiah asy-Syaukani رحمه الله dalam syarah al-Muntaqa mengenai isu Nabi ﷺ pernah memakai pakaian merah murni (hullah al-hamra’). Menurut Ibn Qayyim رحمه الله, pakaian tersebut bukan merah murni (100% merah) tetapi cuma corak berwarna merah sahaja. Akan tetapi Imam asy-Syaukani رحمه الله menjelaskan memang Nabi ﷺ pernah memakai pakaian berwarna merah keseluruhannya. Itulah maksud sebenar hullah al-hamra’, juga bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh para sahabat mengenai pakaian Nabi ﷺ dan menepati tatabahasa Arab” 

(Nail al-Authar 2:92)

 

▶️ Rumusan Imam asy-Syaukani رحمه الله:

ولقد لخص الشوكاني هذه المسألة ، فأفاد وأجاد ، فقال رحمه الله تعالى : ((هذا المقام من المعارك ، والحق : أنّه يتوجّه النّهي عن المعصفر إلى نوع خاص من الأحمر ، وهو المصبوغ بالعصفر ، لأن العصفر يصبغ صِباغاً أحمر ، فما كان من الأحمر مصبوغاً بالعصفر ، فالنهي متوجه إليه ، وما كان من الأحمر غير مصبوغ بالعصفر فلبسه جائز (السيل الجرار : (1/165) .)

Asy-Syaukani رحمه الله berkata, “Masalah pakaian yang dicelup dengan pewarna (merah murni) menjadi perdebatan dalam kalangan fuqaha’. Yang dilarang keras ialah memakai busana yang dicelup dengan pewarna merah. Jika tidak dicelup, didai, maka jika bukan dengan teknik celupan, maka tidaklah dilarang.”

(al-Sail al-Jaraar, 1:165).

Pada zaman sekarang, manusia tidak lagi mencelup pakaian, ini cuma berlaku di zaman dahulu sahaja. Manakala kini semua fabrik sudah siap sedia dan tidak ada lagi orang melakukan celupan atau aktiviti mewarnakan pakaian. 

Allahu a’lam.

Buku UiTO: 131 Tanda Kecil Kiamat – Dunia Semakin Berakhir Persiapkan Diri

0

SINOPSIS 131 TANDA KECIL KIAMAT

Kiamat. Kiamat adalah batas waktu yang telah Allah ‎ﷻ tentukan untuk semua makhluk-Nya. Berbicara tentang hari kiamat memang sangat menyeramkan. Namun, sebagai seorang Muslim kita harus senantiasa mengimani tentang datangnya hari Kiamat. Firman Allah ‎ﷻ dalam surah [ Al-A’raaf: 187 ]:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Datangnya Kiamat diawali dengan tanda-tandanya. Berdasarkan Al-Qur’an dan hadith, tanda-tanda hari Kiamat dibezakan menjadi dua petanda iaitu tanda kecil dan tanda besar.

Tanda-tanda kecil Kiamat ialah tanda-tanda sebelum berlakunya Kiamat dengan tempoh yang agak lama, ia mungkin berulang, sudah pun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat. Tanda-tanda kecil Kiamat sangat banyak, malah tanda-tanda itu boleh dijumpai dalam kehidupan kita saat ini. Bahkan beberapa tanda-tanda tersebut sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabatnya.

Buku ini menghimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat.

Sebuah terbitan: 

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)

1B-1-MG2, Taman D’Menara, Kg Bukit Changgang, 42700 Banting Selangor

E-MEL : [email protected]       FB: UiTO.Malaysia

LAMAN WEB: uito.org                           NO. TEL: 0192831337/

Dengan kerjasama: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.

KOD ISBN: 9789671822500

Cetakan Pertama: Julai 2020

HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang cetak mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk can cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalongan-dalam-penerbitan

Jumlah Mukasurat 290 termasuk kulit buku

Penulis: Tuan Hassan Tuan Lah

Penyunting:  Hanan Halim/Roxana Aziz/Norsiah M

Penyemak:  Syafiq  Hadzir

Penilai: Daud Dalib

Grafik Kulit: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.

Tipografi & Rekabentuk: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.

 

Dicetak oleh:

Firdaus Press Sdn. Bhd. (986966-A)

No. 28, Jalan PBS 14/4

Taman Perindustrian Bukit Serdang

43000 Seri Kembangan

Selangor Darul Ehsan

 

PENAFIAN:

Buku ini diterbitkan berdasarkan kepada nota-nota syarah kuliah yang diberikan oleh Penulis secara atas talian dalam bilik telegram dan diolah untuk menjadi bahan bacaan serta rujukan bersifat santai dan mudah difahami khusus kepada ahli bilik Universiti Islam Telegram Online (UiTO)  dan ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia serta masyarakat amnya.  Ini adalah versi awal yang dikeluarkan atas permintaan ahli untuk memudahkan mereka membaca semula nota kuliah tersebut dalam bentuk  buku. Segala cadangan pembetulan yang dilakukan terhadap buku ini adalah bersumberkan daripada kitab-kitab syarah hadith yang mu’tabar. Penulis dan penerbit akan menyemak isi kandungan buku ini secara berkala untuk penambahbaikan. Sebarang kesilapan dan kesalahan yang didapati di dalam buku ini juga akan diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.

Untuk memberi dengan memiliki.

Salam Ukhuwah dan selamat membaca.

Allahu a’lam.

PROMOSI BUKU UITO 
Harga Asal – RM30.00
Harga Promosi – RM20.00* (sehingga 31 Ogos 2020)
Harga Diskaun – RM25 (selepas 31 Ogos hingga stok habis)
*Pos Laju – RM7.00 (Semenanjung)
RM12.00 (Sabah&Sarawak)
Tarikh edaran: selepas 25 Julai 2020

Info lanjut:
http://www.wasap.my/60192831337/131TKK

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan – Bahagian 2/2020

0

Permasalahan Ibu dan Anak

Soalan 1:

Adakah ‘Extra light olive oil’ sesuai untuk ibu hamil?

Jawapan:

Tiada pengetahuan dan maklumat lanjut mengenai makanan tambahan tersebut.

Soalan 2:

Doktor menasihatkan saya supaya tidak menyusui bayi ketika dalam tempoh pengambilan ubat hospital.  Oleh itu, saya bercadang untuk memberi susu kambing sebagai ganti penyusuan.  Adakah jenama tertentu yang sesuai untuk bayi terutamanya untuk kecerdasan minda?

Jawapan:

IQ dan kecergasan minda perlu dilatih dan genetik hanya 10%, sebaliknya kecergasan minda bergantung kepada kaedah pendidikan yang diterapkan oleh ibubapanya.   Susu kambing tiada kaitan dengan IQ dan kecergasan minda. Jika anak berumur di bawah 2 tahun hendaklah diberi susu formula yang diadun menghampiri komposisi susu ibu dan semua jenama susu formula boleh digunakan.

Soalan 3:

Benarkah tempoh 3 tahun pertama anak perlu dijaga pemakanannya kerana proses tumbesaran dan perkembangan otak yang sedang berkembang. Adakah makanan juga menjadi penyebab kecerdasan minda kanak-kanak?

Jawapan:

Pemakanan perlu dijaga sepanjang hayat, ia merupakan komponen penting untuk kehidupan yang sihat. Setiap peringkat umur ada keperluan diet tersendiri.

Soalan 4:

Anak buah saya berusia setahun diserang sawan kerana suhu badan yang terlalu tinggi.

  1. Apakah langkah-langkah pencegahan supaya sawan tidak berulang?
  2. Apa tindakan yang perlu dilakukan ketika berlaku sawan?
  3. Kesan akibat serangan sawan, anak saudara saya tidak boleh menggerakkan sebelah tangan dan kakinya. Mohon pandangan doktor untuk masalah tersebut.

Jawapan:

  1. Bawa anak berjumpa doktor bagi mengesahkan tahap serangan sawan dan kesihatan kanak-kanak tersebut.
  2. Sentiasa menyimpan ubat demam sebagai langkah berjaga-jaga dan berikan pada anak apabila demam supaya suhu tidak terlalu tinggi untuk megelakkan serangan sawan.
  3. Ketika sawan letakkan anak di tempat yang selamat dan cuba turunkan suhu badan dengan cara meletakkan tuala basah di badan bayi.

Soalan 5:

Adakah normal jika suhu badan bayi yang baru dilahirkan sering naik dan turun? Ibu bimbang jika suhu badan bayi terlalu tinggi akan menyebabkan doktor melakukan saringan covid-19 pada bayinya.

Jawapan:

Mungkin suhu badan bayi tinggi disebabkan oleh bayi tadi dipakaikan dengan pakaian yang berlapis atau tebal.

Soalan 6:

  1. Isteri saya baru lepas melahirkan anak ke-5 secara pembedahan dan sebelum ini tiada masalah penyakit darah tinggi tetapi kelahiran kali ini telah menyebabkan tekanan darahnya naik mendadak setelah seminggu bersalin. Boleh doktor beri pencerahan atau punca yang menyebabkan kenaikan pada bacaan tekanan darah.
  2. Isteri berusia 41 tahun dan tiada sejarah ‘hypertension’. Bolehkah pengambilan ubat darah tinggi dihentikan jika tekanan darah telah menurun?

Jawapan:

  1. Tekanan darah tinggi memang boleh berlaku selepas bersalin dan akan turun kembali selepas habis tempoh berpantang, iaitu 6 minggu selepas bersalin. Tetapi jika melihat daripada umur isteri mungkin berlakunya ‘essential hypertension’ iaitu tekanan darah tinggi yang tiada sebab jelas dan akan berterusan. Oleh itu amatlah penting untuk mengawal tekanan darah dengan memakan ubat, menjaga pemakanan dan melakukan senaman.
  2. Pengambilan ubat boleh dihentikan dengan pengawasan dan arahan doktor yang merawat.

Soalan 7:

Adakah bayi yang berusia 4 bulan boleh menghidap ekzema ringan disebabkan pengambilan susu formula Isomil?

Jawapan:

Risiko untuk alah pada protein lembu adalah lebih tinggi, sebaiknya bayi diberikan susu ibu sahaja.

Permasalahan Bisul dan Alahan

Soalan 8:

Bahagian pusat saya telah ditumbuhi bisul, nanah tidak dapat dikeluarkan sebaliknya hanya darah yang keluar.  Adakah jika pernah atau kerap ditumbuhi bisul di bahagian tersebut, saya perlu juga ke klinik untuk mengeluarkan nanah?

Jawapan:

Mungkin belum ada nanah lagi tetapi perlu berjumpa doktor untuk dipastikan keperluan mengeluarkan nanah atau hanya sekadar dirawat dengan pemberian antibiotik sahaja.

Permasalahan Sendi dan Tulang

Soalan 9:

Semenjak tahun 2017 saya mengalami sakit belakang (lower back pain) dan sakit di tapak kaki serta kebas dan tidak selesa di bahagian tangan hingga ke siku. Kesakitan ini mengganggu tidur kerana saya tidak boleh meluruskan tulang belakang dan terpaksa membengkokkan kaki ketika berbaring. Mohon pencerahan dan penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi?

Jawapan:

Kemungkinan disebabkan ‘lumbar spondylosis’ dan perlu ke hospital berjumpa doktor  untuk melihat struktur dan ‘architecture spine’.

Soalan 10:

Saya mengalami kesakitan di bahagian lutut secara tiba-tiba ketik ketika duduk agak lama di atas kerusi sehingga tidak berupaya untuk meluruskan kaki.  Apakah penyakit saya ini?

Jawapan:

Kebiasaannya jika menghidap penyakit ‘chronic osteoarthritis’, sendi lutut akan sakit dan tidak berupaya diluruskan jika berada dalam keaadaan bengkok atau duduk yang lama.

 

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Perihal Kesudahan yang Buruk dan Amalan dinilai

0

At-Tazkirah Qurthubi W.671H
Kod 14 Bab Perihal Kesudahan yang Buruk dan Amalan dinilai pada Penutupnya (باب ما جاء في سوء الخاتمة و ما جاء أن الأعمال بالخواتيم )

Bahagian 1: Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه sahih

مسلم عن أبي هريرة عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن الرجل ليعمل الزمان الطويل يعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل أهل النار ، و إن الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل النار ثم يختم له بعمل أهل الجنة

Maksudnya;
“Sesungguhnya ada lelaki yang beramal dengan amalan ahli syurga dalam jangka masa yang panjang, lalu dia tutup amalannya dengan amalan ahli neraka. Dan sesungguhnya ada juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli neraka dalam jangka masa yang panjang, lalu dia tutup amalannya dengan amalan ahli syurga”.

✍️ Takhrij:

إنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ، ثُمَّ يُخْتَمُ له عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، وإنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، ثُمَّ يُخْتَمُ له عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2651

(HR Muslim No 2651)

Bahagian 2: Hadith Sahl bin Saad, Sahih

و في البخاري عن سهل بن سعد ، عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن العبد ليعمل عمل أهل النار و إنه من أهل الجنة ، و يعمل عمل أهل الجنة و إنه من أهل النار ، و إنما الأعمال بالخواتيم

Maksudnya;
“Sesungguhnya ada hamba itu, yang beramal dengan amalan ahli neraka, tetapi dia dari kalangan ahli syurga. Dan ada juga hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga, tetapi dia dari kalangan ahli neraka. Ini kerana, semua amalan itu bergantung kepada yang terakhir”.

✍️ Takhrij:

الراوي : سهل بن سعد الساعدي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري , الصفحة أو الرقم: 6607

(HR Bukhari, No 6607)

Bahagian 3: Kisah su’ul khatimah

قال أبو محمد عبد الحق : اعلم أن سوء الخاتمة ـ أعاذنا الله منها ـ لا تكون لمن استقام ظاهره و صلح باطنه ، ما سمع بهذا و لا علم به ـ الحمد لله ـ و إنما تكون لمن كان له فساد في العقل ، أو إصرار على الكبائر ، و إقدام على العظائم . فربما غلب ذلك عليه حتى ينزل به الموت قبل التوبة ، فيصطلمه الشيطان عند تلك الصدمة ، و يختطفه عند تلك الدهشة ، و العياذ بالله ، ثم العياذ بالله ،

Pesan Abu Muhammad Abdul Haq (ulama’ Andalus, w. 581H) “Ketahuilah bahawa su’ul khatimah (kesudahan yang buruk) semoga dijauhi Allah ‎ﷻ, tidak akan terjadi kepada orang yang istiqamah lahir dan terpelihara batinnya. Itu yang sering kita dengar. Akan tetapi, su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) selalu terjadi kepada orang yang rosak akalnya, berterusan melakukan dosa besar dan bergelumang dengan perlanggaran.”

Mungkin kerana sulit untuk meninggalkan dosa sehingga maut datang menjemputnya. Maka syaitan akan mengambil kesempatan untuk mengganggu ketika kegawatan maut. Minta dijauhkan lah daripada semua itu.

ممن كان مستقيماً ، ثم يتغير عن حاله و يخرج عن سننه ، و يأخذ في طريقه ، فيكون ذلك سبباً لسوء خاتمه و شؤم عاقبته ، كإبليس الذي عبد الله فيما يروى ثمانين ألف سنة ، و بلعام بن باعوراء الذي آتاه الله آياته فانسلخ منها بخلوده إلى الأرض ، و اتباع هواه ، و برصيصا العابد الذي قال الله في حقه كمثل الشيطان إذ قال للإنسان اكفر

Atau pada mulanya dia orang jenis istiqamah, tetapi kemudian tergelincir, keluar daripada sunnah dan ikut jalan yang buruk, ia menjadi penyebab kepada su’ ul khatimah dan penyudahan yang buruk, seperti yang terjadi kepada Iblis yang beribadah selama 80,000 tahun (komen muhaqqiq, ia tidak ada asalnya, Israeliyat), atau nasib Bal’am bin Baura’ (orang alim di zaman Nabi Musa عليه السلام, lihat tafsir Ibn Kathir, surah al A’raf ayat 175) orang alim yang akhirnya kecundang kerana tarikan dunia dan hawa nafsu atau seperti Barshisha (Rahib Yahudi yang berzina, lihat tafsir Ibn Kathir surah al Hasyr ayat 16-17)

Bahagian 4: Hadith al Bukhari رحمه الله dari Salim رحمه الله

قال المؤلف رحمه الله : روى البخاري عن سالم عن عبد الله قال : كان كثيراً ما كان النبي يحلف : لا و مقلب القلوب و معناه يصرفها أسرع من مر الريح على اختلاف في القبول و الرد و الإرادة و الكراهية و غير ذلك من الأوصاف . و في التنزيل و اعلموا أن الله يحول بين المرء و قلبه قال مجاهد : المعنى يحول بين المرء و عقله حتى لا يدري ما يصنع . بيانه : إن في ذلك لذكرى لمن كان له قلب أي عقل ، و اختار الطبري أن يكون ذلك إخباراً من الله تعالى بأنه أملك لقلوب العباد منهم و أنه يحول بينهم و بينها إذا شاء ، حتى لا يدرك الإنسان شيئاً إلا بمشيئة الله عز و جل

Pengarang (al Qurthubi) رحمه الله: al Bukhari رحمه الله meriwayatkan daripada Salim (bin Abdullah رضي الله عنه) daripada Abdullah (bin Umar رضي الله عنه), “Ucapan sumpah yang sering diucapkan oleh Nabi ﷺ ialah (لا و مقلب القلوب ) “Tidak, demi Tuhan yang membolak balikkan hati” (HR Bukhari رحمه الله, no 6617 daripada Ibn Umar رضي الله عنه)

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6617

Fiqh hadith: perubahan hati lebih cepat dari tiupan angin, pergolakan hati yang sukar diramal sebagaimana firman Allah ﷻ (و اعلموا أن الله يحول بين المرء و قلبه) – [dan ketahuilah, sesungguhnya Allah‎ ﷻ mendindingi antara manusia dan hatinya sendiri] 8:24
Menurut Mujahid رحمه الله(fuqaha’ makkah, w. 104H): “ia juga bermaksud Allah ‎ﷻ menghalangi seseorang dengan akalnya sehingga dia tidak sedar apa yang dia perbuat. Firman Allah ‎ﷻ lagi: (ان في ذلك لذكرى لمن كان له قلب) “sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati” [ Qaf: 37 ].

Kata at Tabari رحمه الله (w.310H): Allah ‎ﷻ menguasai hati manusia, menguasainya, mendindinginya sehingga manusia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan dengan kehendak Allah ﷻ jua.

Bahagian 5: Hadith Aisyah رضي الله عنها (Sahih)

و قالت عائشة رضي الله عنها : كان النبي صلى الله عليه و سلم يكثر أن يقول يا مقلب القلوب ثبت قلبي على طاعتك فقلت : يا رسول الله إنك تكثر أن تدعو بهذا الدعاء فهل تخشى ؟ قال : و ما يؤمنني يا عائشة و قلوب العباد بين أصبعين من أصابع الجبار إذا أراد أن يقلب قلب عبده قلب

Aisyah رضي الله عنها berkata, Nabi ﷺ sering berdoa, “Wahai Tuhan yang membolak balik hati, teguhkan hatiku untuk mentaati-Mu (يا مُقلِّبَ القلوبِ ثبِّت قلبي على طاعتك ) Lantas aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah ﷺ anda sering sangat membaca doa ini, apakah anda merasa khuatir?’ Sabda baginda ﷺ, “Bagaimana boleh aku rasa aman ya Aisyah رضي الله عنها sedangkan hati manusia manusia berada di antara dua jari daripada jari-jari Yang Maha Kuasa? Jika Dia mahu membalikkan hati hamba-Nya, maka Dia akan balikkan.” (HR an Nasa’iy, sunan al Kubra 7737, Musnan Ahmad 26,133)

✍️ Tahqiq al Arnaout رحمه الله

الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج
المسند
الصفحة أو الرقم: 26133 | خلاصة حكم المحدث : صحيح لغيره
التخريج : أخرجه النسائي في ((السنن الكبرى)) (7737) بنحوه، وأحمد (26133) واللفظ له

Tahqiq Syaikh Syuaib al Arnaout, Sahih Lighairihi.

Bahagian 6: Atsar Khalifah Uthman al Affan رضي الله عنه (sahih Mauquf)

روى النسائي عن عثمان رضي الله عنه قال : [ اجتنبوا الخمر فإنها أم الخبائث إنه كان رجل ممن كان قبلكم تعبد ، فعلقت امرأة غوية فأرسلت إليه جاريتها فقالت له : إنا ندعوك للشهادة ، فانطلق مع جاريتها فطفقت الجارية كلما دخل باباً أغلقته دونه حتى أفضت إلى امرأة وضيئة أي جميلة عندها غلام و باطية خمر فقالت : إني و الله ما دعوتك للشهادة و لكن دعوتك لتقع علي ، أو تشرب من هذه الخمر كأساً أو تقتل هذا الغلام قال فاسقني من هذه الخمر ؟ فسقته كأساً قال : زيدوني فلم يزل يشرب حتى وقع عليها و قتل الغلام . فاجتنبوا الخمر فإنه و الله لا يجتمع الإيمان و إدمان الخمر إلا ليوشك أن يخرج أحدهما صاحبه ]

Daripada Uthman bin ‘Affan رضي الله عنه , beliau menyatakan, “Jauhilah arak, kerana arak itu merupakan induk segala keburukan. Lantas Uthman رضي الله عنه bercerita,

Dahulu ada seorang ‘abid (ahli ibadah) yang konsisten pergi ke masjid di antara orang-orang sebelum kalian dan ia disukai oleh seorang pelacur. Pelacur tersebut mengutus pembantunya untuk menyampaikan pesan, “Kami mengundang engkau untuk suatu kesaksian.”

Ahli ibadah itu pun pergi bersama pembantu tersebut. Ketika dia sudah sampai dan masuk ke rumah sang pelacur, segera pelacur itu menutup rapat semua pintu rumahnya, dan tidak ada orang lain. Mata sang abid tertuju ke susuk seorang wanita yang amat cantik, sambil membawa segelas arak dan dekatnya ada bayi yang masih kecil.

Wanita tersebut berkata, “Demi Allahﷻ, aku tidak mengundangmu untuk sebuah kesaksian, tetapi aku mengundangmu agar engkau bersetubuh denganku, atau engkau ikut minum arak bersamaku, atau engkau harus membunuh bayi ini.” (Kalau engkau menolaknya, maka saya akan menjerit dan berteriak, ‘ada orang memasuki rumahku.’)

Akhirnya sang ahli ibadah bertekuk lutut dan dia berkata, “Zina, saya tidak mahu. Membunuh juga tidak.” Lalu dia memilih untuk meminum arak seteguk demi seteguk hingga akhirnya dia mabuk. Dan setelah mabuk hilanglah akal sihatnya yang pada akhirnya dia berzina dengan pelacur tersebut dan juga membunuh bayi itu.

Lantas Uthman رضي الله عنه berkata,

فَاجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا وَاللَّهِ لا يَجْتَمِعُ الإِيمَانُ وَإِدْمَانُ الْخَمْرِ إِلا لَيُوشِكُ أَنْ يُخْرِجَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ

Kerana itu jauhilah khamar (miras), kerana demi Allah ﷻ, sesungguhnya iman tidak dapat menyatu dengan khamar dalam dada seseorang, melainkan harus keluar salah satunya

(HR. An-Nasa’i, no. 5669; 5670. Dinilai Sahih oleh Ibn Hibban)

✍️ Tahqiq:

الراوي : عثمان بن عفان | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 5348 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف، والصواب وقفه\
لراوي : – | المحدث : ابن رجب | المصدر : ذم الخمر
الصفحة أو الرقم: 1/273 | خلاصة حكم المحدث : روي مرفوعا والصحيح وقفه

Syaikh Syuaib al Arnaout, takhrij Sahih Ibn Hibban No 5348, sanadnya dhaif, yang betul ia adalah mauquf. Ibn Rajab al Hanbali رحمه الله, Zamm al Khamr, 1:273, mauquf.

Bahagian 7: Kisah Israeliyat/Nasrani (dhaif)

و يروى أن رجلاً أسيراً مسلماً ، و كان حافظاً للقرآن ، خص بخدمة راهبين ، فحفظا منه آيات كثيرة لكثرة تلاوته فأسلم الرهبان و تنصر المسلم . و قيل له : ارجع إلى دينك فلا حاجة لنا فيمن لم يحفظ دينه . قال : لا أرجع إليه أبداً فقتل ، و في الخبر قصته ، و الحكايات كثيرة في هذا الباب نسأل الله السلامة و الممات على الشهادة

Diriwayatkan pula akan seorang Islam yang menjadi tawanan kafir, dia adalah penghafaz Al-Qur’an. Dia ditugaskan berkhidmat kepada dua orang rahib (paderi). Oleh kerana dia sering membaca Al-Qur’an, maka kedua paderi tersebut memeluk Islam. Namun yang anehnya, si Muslim hamba tadi pula memeluk Kristian. Maka paderi tadi berkata, “Kembalilah kamu kepada agama asal kamu (Islam), kerana kami tidak lagi memerlukan kepada manusia yang tidak menjaga agamanya. Dia menjawab dengan angkuh, aku tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Maka dia pun di bunuh.*

Banyak kisah seperti ini supaya kita berwaspada dan minta keselamatan daripada gejala seperti ini (murtad selepas beriman)
————————

Hikayat seperti ini tidak ada asalnya. Tidak ada sanad dan sumber.

Allahu a’lam.

At-Tazkirah Qurthubi: Hadirnya Syaitan ketika Kematian dan Gerun kepada Su’ul Khatimah

0

At-Tazkirah al-Qurthubi (w.671H)
Kod 13 Bab Hadirnya Syaitan Ketika kematian dan gerun kepada Su’ul Khatimah (باب ما جاء أن الميت يحضر الشيطان عند موته و جلساؤه في الدنيا و ما يخاف من سوء الخاتمة)

Bahagian 1: Hadith al Qabisi (Palsu)

روي عن النبي صلى الله عليه و سلم أن العبد إذا كان عند الموت قعد عنده شيطانان الواحد عن يمينه و الآخر عن شماله ، فالذي عن يمينه على صفة أبيه ، يقول له : يا بني إني كنت عليك شفيقاً و لك محباً ، و لكن مت على دين النصارى فهو خير الأديان ، و الذي على شماله على صفة أمه ، تقول له : يا بني إنه كان بطني لك وعاء ، و ثديي لك سقاء ، و فخذي لك وطاء ، و لكن مت على دين اليهود و هو خير الأديان ، ذكره أبو الحسن القابسي في شرح رسالة ابن أبي زيد له ، و ذكر معناه أبو حامد في كتاب كشف علوم الآخرة (قال الألباني في ” السلسلة الضعيفة والموضوعة ” ( 3/645) :
قال السيوطي : لم أقف عليه في الحديث ” انتهى .)

Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ , “Apabila seseorang di ambang maut, maka duduklah dua ekor syaitan, seekor di sebelah kanan dan seekor di kirinya. Syaitan di sebelah kiri berupa dalam bentuk ayahnya dan dia berkata, “Aku sentiasa menyayangimu, wahai anakku, maka matilah dikau dalam agama Kristian, kerana agama kristianlah yang terbaik.”

Manakala syaitan di sebelah kiri merupai ibunya, yang kemudian berkata, “Wahai anakku, dulu, akulah yang mengandungkanmu, menyusui dan paha inilah yang meribaimu. Oleh itu, matilah dalam agama Yahudi, kerana ia sebaik-baik agama.” (HR Abu al Hasan al Qabisi (w. 403, Morocco, faqih mazhab Maliki), syarah Risalah ibn Abi Zaid, juga oleh Imam al Ghazali dalam Kasyaf al Ulum al Akhirah).

✍️ Tahqiq al Albani dalam silsilah al Dhaifah (3:645), mengutip penilaian al Suyuti, aku tidak temui hadith ini yakni (palsu).

Bahagian 2: Tafsir Surah Ali Imran ayat ke-8 (Syadz iaitu diragui kesahihannya)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia) [3:8]

🗯 Tafsir Qurthubi:

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هب لنا من لدنك رحمة أي لا تزغ قلوبنا عند الموت و قد هديتنا من قبل هذا زماناً ، فإذا أراد الله بعبده هداية و تثبيتاً جاءته الرحمة ، و قيل : هو جبريل عليه السلام فيطرد عنه الشياطين و يمسح الشحوب عن وجهه فيبتسم الميت لا محالة ، و كثير من يرى متبسماً في هذا المقام فرحاً بالبشير الذي جاءه من الله تعالى فيقول : يا فلان أما تعرفني ؟ أنا جبريل و هؤلاء أعداؤك من الشياطين مت على الملة الحنيفية و الشريعة الجليلة . فما شيء أحب إلى الإنسان و أفرح منه بذلك الملك ، و هو قوله تعالى : و هب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب ثم يقبض عند الطعنة على ما يأتي .

Berkata al Qurthubi رحمه الله:
Jika Allah ‎ﷻ kehendaki keteguhan kepada orang yang sedang sakarat, maka datanglah rahmat kepadanya, maksud rahmat ialah kedatangan Jibril عليه السلام saat kematian orang soleh. Jibril عليه السلام akan menghapuskan kegawatan pada wajah orang nazak dan muncullah senyuman padanya. Jibril عليه السلام berkata, “Hai fulan, apakah kamu tidak mengenal daku, akulah Jibril, dan itulah syaitan musuh kamu. Maka matilah kamu dalam agama yang hanif dan syari’at yang agung.” Tiadalah yang lebih menggembirakan manusia dengan kehadiran malaikat (Jibril عليه السلام).

✍️ Tahqiq: Muhaqqiq Dr Sadiq, ini diambil daripada kitab al Ghazali, Kasyaf Ulum al Akhirah ms 20. Tiada asalnya.

Bahagian 3: Kisah kewafatan Imam Ahmad رحمه الله (indikasi dhaif)

و قال عبد الله بن أحمد بن حنبل : حضرت وفاة أبي أحمد ، و بيدي الخرقة لأشد لحييه ، فكان يغرق ثم يفيق و يقول بيده : لا بعد لا بعد . فعل هذا مراراً فقلت له : يا أبت أي شيء ما يبدو منك ؟ فقال : إن الشيطان قائم بحذائي عاض على أنامله يقول : يا أحمد فتني و أنا أقول لا . بعد لا . حتى أموت

Diceritakan oleh Abdullah putra Imam Ahmad, aku menghadiri saat meninggalnya bapaku, (Imam) Ahmad. Aku membawa selembar kain untuk mengikat janggut beliau. Beliau kadangkala pengsan dan sedar kembali. Lalu beliau berisyarat dengan tangannya, sambil berkata, “Tidak, pergi kau…. Tidak, pergi kau…” Beliau lakukan hal itu berulang kali.

Maka aku tanyakan kepada beliau, “Wahai ayahanda, apa yang anda lihat? Beliau menjawab,

إن الشيطان قائم بحذائي عاض على أنامله يقول: يا أحمد فُتَّنِي، وَأَنـاَ أَقُولُ: لَا بُعْدٌ لَا بُعْدٌ

“Sesungguhnya syaitan berdiri di sampingku sambil menggigit jarinya, dia mengatakan, ‘Wahai Ahmad, turutilah aku . Aku katakan: “Tidak sama sekali, tidak sama sekali.”

✍️ Takhrij:
Abu Nu’aim, Hilyah, 9/183; Ibn Jauzi, Manaqib Imam Ahmad, ms 495; az Zahabi, siyar a’lam an Nubala’, 11/341; Sifatus Shafwah, 2/357

✍️ Tahqiq az Zahabi, Gharib (pelik/asing hikayat ini, hanya daripada sanad Ibn Ilm (محمد بن عبد الله بن عمرويه البغدادي الصفار المعروف:بابن علم) yakni Muhammad bin Abdullah bin Amruwih al Baghdadi al Shafar al Maaruf atau Ibn Ilm, wafat 349Hijrah.

Bahagian 4: Kisah kewafatan Abu Jaafar al Qurthubi (tidak sahih)

قلت : و قد سمعت شيخنا الإمام أبا العباس أحمد بن عمر القرطبي بثغر الإسكندرية يقول : حضرت أخا شيخنا أبي جعفر أحمد بن محمد بن محمد القرطبي بقرطبة و قد احتضر . فقيل له : قل : لا إله إلا الله ، فكان يقول : لا . لا . فلما أفاق ذكرنا له ذلك فقال : أتاني شيطانان عن يميني و عن شمالي . يقول أحدهما : مت يهودياً فإنه خير الأديان ، و الآخر يقول : مت نصرانياً فإنه خير الأديان فكنت أقول لهما : لا لا إلي تقولان هذا ؟ و قد كتبت بيدي في كتاب الترمذي و النسائي عن النبي صلى الله عليه و سلم إن الشيطان يأتي أحدكم عند موته فيقول : مت يهودياً مت نصرانياً فكان الجواب لهما لا لكما

Imam Qurthubi رحمه الله menceritakan kisah peribadinya. Aku mendengar kisah guru kami, * Imam Abu al Abbas Ahmad bin Umar al Qurthubi di pelabuhan Iskandariah (Egypt), beliau berkata, “Aku pernah menyaksikan kematian saudara guru kami Abu Jaafar Ahmad al Qurthubi di Cordova, ketika dia di ambang maut, dikatakan kepadanya “Mengucap..La ilaha illalah”. Beliau tidak mahu mengucap dan menyebut “tidak’ tidak”. Apabila beliau pulih sedikit, kami bertanyakan kenapa beliau tidak mahu mengucap, maka beliau menjelaskan, “Ada dua syaitan datang kepadaku dari sebelah kanan dan kiriku, keduanya berkata, matilah dalam agama Yahudi kerana ia agama terbaik, yang satu lagi berkata, “Matilah dalam agama Nasrani, kerana ia agama terbaik.” Maka aku katakan kepada syaitan itu “Tidak, tidak!” Mana mungkin aku akan berkata demikian kerana aku pernah mencatat dengan tanganku dalam kitab Tirmidzi dan an Nasa’iy akan sabda Nabi ﷺ

( إن الشيطان يأتي أحدكم عند موته فيقول : مت يهودياً مت نصرانياً )

Sesungguhnya syaitan akan datang kepada salah seorang kalian (ketika hampir mati) dan berkata, “Matilah dalam Yahudi , matilah dalam Nasrani.” Maka apa yang aku ucapkan tadi (tidak, tidak) adalah ditujukan kepada syaitan bukan kalian.

✍️ Komen al Qurthubi akan hadith yang didakwa ada dalam jami’ Tirmidzi dan Sunan an Nasa’iy:

قلت : و مثل هذا عن الصالحين كثير يكون الجواب للشيطان لا لمن يلقنه الشهادة ، و قد تصفحت كتاب الترمذي أبي عيسى ، و سمعت جميعه ، فلم أقف على هذا الحديث فيه ، فإن كان في بعض النسخ فالله أعلم . و أما كتاب النسائي فسمعت بعضه و كان عندي كثير منه . فلم أقف عليه و هو نسخ . فيحتمل أن يكون في بعضها . و الله أعلم .

“Memang aku sering mendengar kisah sebegini, tetapi aku tidak pernah jumpa hadith tersebut dalam Abu Isa at Tirmidzi atau sunan an Nasa’iy”.

  • Imam Syamsudin al Qurthubi pengarang al Tazkirah dan gurunya Abu al Abbas Umar al Qurthubi walaupun berasal dari kota Cordova, kemudian terpaksa berhijrah ke Iskandariah Egypt kerana perang di Sepanyol, di mana tentera Eropah bangkit untuk merampas semula bumi Sepanyol daripada tangan Islam.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-256 dan Ke-257

0

Tafsir Surah Al-Baqarah 

Tafsir Ayat Ke-256

لا إِكراهَ فِي الدّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَيِّ ۚ فَمَن يَكفُر بِالطّٰغوتِ وَيُؤمِن بِاللَّهِ فَقَدِ استَمسَكَ بِالعُروَةِ الوُثقىٰ لَا انفِصامَ لَها ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

لا إِكراهَ فِي الدّينِ

Tidak ada paksaan dalam ugama

Selepas Allah ‎ﷻ memberitahu Sifat-sifat-Nya, Allah ‎ﷻ kata tidak ada paksaan dalam agama. Kalau selepas diberitahu sifat-Nya sebegitu hebat, tetapi masih tidak mahu beriman, tidak ada gunanya untuk memaksa sesiapa. Sepatutnya selepas tahu sifat Allah ‎ﷻ, siapakah Allah ‎ﷻ itu, manusia kena datang taat kepada Allah ‎ﷻ dengan rela.

Memang tidak boleh paksa sesiapa pun untuk masuk agama Islam. Tidak boleh tangkap orang dan suruh mereka mengucap. Tidak ada gunanya kalau iman itu dipaksa. Maknanya, bukan dia beriman pun.

Tetapi apabila telah masuk agama Islam, mereka boleh dipaksa dalam perkara-perkara hukum. Maka kita kena bezakan dua jenis paksaan ini. Perumpamaan kalau sudah masuk sekolah, kena taat kepada guru. Selagi belum masuk sekolah, guru tidak boleh paksa pelajar itu untuk masuk kelas atau mendendanya untuk mengutip sampah yang berselerakan di padang.

Tetapi apabila pelajar sekolah itu sudah mula belajar di sekolah itu, maka guru-guru boleh memaksa pelajar itu untuk melakukan sesuatu kerana telah ada perjanjian daripada pelajar itu untuk taat kepada guru. Sememangnya pelajar kena ikut undang-undang sekolah.

Oleh kerana itu tidak boleh paksa sesiapa pun masuk Islam tetapi apabila sudah masuk Islam, ada undang-undang yang perlu ditaati. Jangan pula bila kita suruh anak kita salat, dia jawab tidak boleh paksa salat pula. Atau ada yang kata tidak boleh paksa pakai Hukum Hudud kerana ‘tidak ada paksaan dalam agama’. Apabila sudah masuk Islam, maka kewajipan beramal dengan undang-undang suruh dalam Islam sudah menjadi wajib bagi orang itu.

Allah ‎ﷻ tidak mahu manusia beriman kepada-Nya jika di atas dasar paksaan. Ini kerana iman adalah perkara hati dan hati itu tidak boleh dipaksa oleh manusia lain. Yang kena paksa masuk Islam ini, dan katakanlah mereka mengaku masuk Islam, ia adalah seumpama telur yang luarnya nampak cantik tetapi di dalamnya sudah busuk iaitu telur tembelang.

Mungkin ada hujah yang kata bukankah Islam mengembangkan agama dengan pedang? Ini kerana mereka baca dalam sejarah, umat Islam banyak menjalankan jihad perang semenjak zaman Nabi Muhammad ﷺ lagi. Kalau ada yang berkata begitu, mereka telah mendapat maklumat yang salah tentang peperangan dalam Islam.

Nabi ﷺ dan Islam tidak pernah memaksa manusia masuk Islam. Nabi ﷺ berperang untuk menegakkan keadilan. Agama Islam menjalankan jihad perang untuk membebaskan rakyat yang ditindas, bukannya memaksa mereka masuk Islam. Yang selalu menghalang dakwah Islam sampai adalah para pemimpin mereka, maka mereka itu yang kena ditentang supaya dakwah Islam boleh sampai.

Tetapi selepas negara itu dibebaskan daripada cengkaman pemerintah zalim, kerajaan Islam tidak paksa rakyat negara itu beriman. Terpulang kepada mereka sama ada hendak beriman atau kekal dalam agama asal mereka. Islam tidak perlukan manusia masuk Islam dalam paksaan. Allah ‎ﷻ mahu hamba-Nya yang ikhlas hati menyembah dan taat kepada-Nya.

Buktinya, kita boleh lihat dalam sejarah. Memang ramai yang masuk Islam selepas negara mereka dibebaskan tetapi selepas negara itu bebas daripada kerajaan Islam, mereka tidak pula tukar agama, bukan? Ini menunjukkan memang mereka masuk Islam kerana ikhlas dan mereka tidak tinggalkan Islam kerana mereka tahu yang Islam itu adalah agama yang benar.

قَد تَّبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَيِّ

kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan

Fahaman tauhid ini sangat jelas kebenarannya sampai tidak perlu dipaksa manusia untuk masuk Islam. Sangat jelas yang petunjuk tauhid itulah yang benar, kalau dibandingkan dengan kesesatan syirik.

Mereka yang tidak jelas itu adalah kerana mereka jahil tidak belajar. Maka hendaklah mereka itu belajar tafsir Al-Qur’an barulah jelas. Ataupun mereka sudah nampak tetapi mereka menutup hati mereka kepada Islam. Ini kerana mereka tetap hendak ikut hawa nafsu mereka.

Apabila tauhid sudah jelas, maka syirik itu juga jelas sepertimana juga apabila hitam telah jelas maka putih pun jelas. Namun kalau yang tidak belajar ilmu wahyu, mereka tidak akan tahu mana satu tauhid dan mana satu syirik. Oleh itu, apabila kita memberitahu tentang apakah akidah yang benar dan lawannya syirik, masyarakat Islam banyak yang jadi keliru kerana tidak biasa mendengar tentangnya.

فَمَن يَكفُر بِالطّٰغوتِ

Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Taghut,

Taghut itu bermaksud segala apa yang dipuja selain daripada Allah ‎ﷻ. Tidak kira apa benda pun. Boleh jadi manusia, kerajaan, fahaman, wang dan sebagainya. Orang yang beriman akan menolak taghut itu. Mereka tidak akan sembah selain daripada Allah ‎ﷻ.

Definisi taghut dijelaskan dalam [ Nisa’: 51 ].

وَيُؤمِن بِاللَّهِ

dan dia pula beriman kepada Allah,

Kena benar-benar beriman dengan Allah ‎ﷻ. Itulah ‘iman yang sempurna’ iaitu tidak menyembah dan taat kepada selain daripada Allah ‎ﷻ. Ini penting kerana manusia ada yang beriman dengan Allah ‎ﷻ, namun dalam masa yang sama, mereka beriman dengan ilah-ilah yang lain lagi. Boleh rujuk [ An’am:82 ] dan [ Yusuf: 106 ].

Lihatlah susunan dalam ayat ini – Kena tolak taghut dahulu baru sebut beriman dengan Allah ‎ﷻ. Macam kalimah la ilaaha illallah – kena tolak ilah selain Allah ‎ﷻ dahulu. Selepas sudah tolak, barulah kita terima masuk iman itu.

Begitulah kalau kita hendak memasukkan air ke dalam gelas, kita kena pastikan yang gelas itu bersih daripada kekotoran dahulu. Jangan terus masukkan air yang baru kerana itu akan menyebabkan air itu akan bercampur dengan kekotoran yang sudah ada.

Malangnya, masyarakat Islam kita sekarang banyak yang mencampur adukkan iman dan fahaman syirik. Ini adalah kerana mereka itu jahil dengan wahyu dan tidak dapat membezakan mana tauhid dan mana syirik.

فَقَدِ استَمسَكَ بِالعُروَةِ الوُثقىٰ لَا انفِصامَ لَها

sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus.

Kalimah عُروَةِ bermaksud sesuatu yang boleh dipegang. Macam stereng kereta pun boleh dikatakan sebagai salah satu عُروَةِ juga kerana kita pegang padanya. Allah ‎ﷻ berikan perumpamaan tali yang disimpul kuat sampaikan boleh dipegang.

Begitulah dalam keadaan yang bergolak, seperti kapal yang dilanda badai lautan, kita kena pegang kepada sesuatu yang boleh meneguh dan menyelamatkan kita. Antaranya adalah tali tetapi tali yang boleh dipegang mestilah yang ada simpul, baru senang dipegang.

Ada tafsir yang mengatakan bahawa عُروَةِ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Al-Qur’an. Maknanya kita kena berpegang dengan Al-Qur’an. Maka, kenalah belajar sampai habis tafsir Al-Qur’an ini dan terus mempelajari dan mendalami pemahamannya.

وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ini satu lagi sifat Allah ‎ﷻ yang Dia beritahu kepada kita. Dia Maha Mendengar segalanya. Kita pun mendengar juga, tetapi tidaklah pendengaran kita seperti pendengaran Allah ‎ﷻ. Kalau orang jauh sedikit, kita pun sudah tidak dengar.

Allah ‎ﷻ Maha Mengetahui apa sahaja yang kita lakukan. Maka kita kena sedar dan berhati-hati dengan kata-kata kita kerana Allah ‎ﷻ tahu. Kalau kata-kata dan perbuatan kita itu salah, maka Allah ‎ﷻ akan buat penilaian dan buat pembalasan di akhirat kelak.

Tafsir Ayat Ke-257

اللَهُ وَلِيُّ الَّذينَ ءآمَنوا يُخرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۖ وَالَّذينَ كَفَروا أَولِياؤُهُمُ الطّٰغوتُ يُخرِجونَهُم مِّنَ النّورِ إِلَى الظُّلُمٰتِ ۗ أُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

اللَهُ وَلِيُّ الَّذينَ ءآمَنوا

Allah Pelindung orang-orang yang beriman.

Apabila seseorang itu telah berpegang dengan akidah tauhid, sudah betul-betul beriman, tidak menyembah dan memuja taghut dan tidak melakukan syirik, maka Allah ‎ﷻ akan menjadi wali (pelindung) kepada orang yang beriman itu. Ini adalah sesuatu yang kita amat-amat harapkan.

يُخرِجُهُم مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ

Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya.

Kelebihan Allah ‎ﷻ sebagai pelindung adalah, Dia akan mengeluarkan orang yang beriman itu daripada segala kegelapan syirik kepada cahaya tauhid. Maka mereka tidak lagi akan melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat.

Perkataan الظُّلُماتِ itu dalam bentuk jamak (plural) yang bermaksud bermacam-macam jenis kegelapan. Lihatlah bagaimana perkataan النّورِ pula dalam bentuk singular – maknanya, kegelapan kufur ada banyak jenis, tetapi cahaya tauhid hanya ada satu sahaja, tidak ada yang lain.

Perkataan يُخرِجُ itu adalah dalam bentuk present continuous tense, maksudnya Allah ‎ﷻ akan sentiasa melakukannya. Ini penting kerana walaupun kita telah beriman, namun sekali sekala kita akan ada masalah dengan iman kita kerana iman akan turun dan naik. Tambahan pula dalam zaman sekarang yang banyak gangguan dan pujukan dunia.

Maka kalau kita beriman, Allah ‎ﷻ akan sentiasa menyelamatkan kita daripada masalah kita yang sekali sekala akan berlaku. Kita mungkin tersasar sekejap, tetapi Allah ‎ﷻ akan selamatkan kita balik. Allah‎ ﷻ akan tarik kita kembali ke jalan yang benar. Asalkan kita terus beriman dan mahu kepada kebenaran.

Daripada segi bahasa, ‘wali’ adalah entiti yang ‘mahu’ melindungi seseorang. Dalam Al-Qur’an juga, ada disebut satu lagi perkataan daripada kata dasar yang sama dengan wali, iaitu ‘mawla’. Apakah bezanya?

‘Wali’ bermaksud entiti yang ‘mahu’ melindungi dan menolong, sedangkan ‘mawla’ adalah entiti yang benar-benar boleh melindungi dan menolong. Bapa seorang perempuan juga selalu dikatakan sebagai wali. Ini adalah kerana bapa itu adalah pelindung perempuan itu dan dia memang mahu melindungi anaknya pun. Namun begitu, walaupun dia memang mahu melindungi, tetapi apabila datang sesuatu musibah, adakah setiap kali bapa itu dapat melindungi?

Tentu tidak, kerana ada masanya bapanya pun tidak dapat membantu dan melindungi anaknya itu kerana ia adalah di luar kemampuannya, walaupun dia hendak sangat melindungi anaknya itu. Allah ‎ﷻ tidak mengalami masalah ini kerana Allah ‎ﷻ sentiasa sahaja mampu kerana itu Allah ‎ﷻ sahaja mawla.

Kenapa diberi penerangan ini? Kerana dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ memberitahu yang Dia adalah wali kepada orang beriman dan wali kepada orang kafir adalah taghut. Jadi, dua-dua pihak ada wali tetapi nanti dalam surah yang lain, Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa orang-orang beriman ada ‘mawla’, tetapi orang kafir tidak ada ‘mawla’. Jadi, orang beriman akan mendapat kelebihan.

وَالَّذينَ كَفَروا أَولِياؤُهُمُ الطّٰغوتُ

Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut

Pelindung mereka mereka yang kafir adalah taghut. Sebenarnya taghut itu tidak dapat melindungi mereka tetapi mereka sahaja yang sangka pelindung mereka adalah taghut itu. Taghut adalah apa sahaja yang menjauhkan manusia daripada Allah ‎ﷻ. Ini disebut juga dalam [ Nisa’:51 ].

يُخرِجونَهُم مِّنَ النّورِ إِلَى الظُّلُمٰتِ

mereka (taghut) mengeluarkan mereka (orang-orang kafir) dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur).

Taghut itu akan mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Begitulah kadang-kadang manusia ada yang nampak kebenaran Islam, tetapi sekejap sahaja kerana Syaitan akan menarik mengheret mereka ke dalam kegelapan semula.

Bukan orang kafir sahaja ada masalah ini, tetapi orang yang mengaku Muslim pun ada yang mengalami masalah ini. Kalau dia seorang Islam pun, namun kalau dia menjadikan taghut sebagai wali, orang itu akan mengalami masalah ini. Sebab itu kita boleh lihat banyak sekali manusia yang telah dilahirkan Islam tetapi kehidupan mereka tidak melambangkan agama yang suci ini.

Daripada segi susunan bahasa pun berbeza antara wali orang mukmin dan wali kepada orang kafir. Apabila disebut Allah ‎ﷻ sebagai wali, Allah ‎ﷻ disebut dahulu – (Allah ‎ﷻ menjadi mubtada’). Namun apabila disebut wali kepada orang kafir, orang kafir itu yang disebut dahulu – taghut itu hanya menjadi khabar sahaja.

Dalam susunan bahasa Arab, ada perbezaan dalam susunan ini yang tidak dapat difahami kalau kita hanya membaca terjemahan sahaja. Ini memerlukan sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab untuk dapat memahaminya. Ini sudah termasuk dalam Ilmu Balaghah (pemahaman lebih dalam melihat daripada bahasa yang digunakan).

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ

Mereka itulah ahli neraka,

Akhirnya mereka akan masuk ke dalam neraka. Mereka dapat ‘geran’ neraka.

هُم فيها خٰلِدونَ

mereka kekal di dalamnya.

Mereka akan pegang geran neraka itu dan kekal di dalamnya. Mereka tidak akan keluar sampai bila-bila. Ini adalah satu nasib yang amat-amat malang sekali. Semoga kita diselamatkan dari neraka.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-254 dan Ke-255

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafsir Ayat Ke-254

Selepas sebut jihad, Allah ‎ﷻ terus sebut tentang infaq, kerana infaq dan jihad memang berkait rapat.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا أَنفِقوا مِمّا رَزَقنٰكُم مِّن قَبلِ أَن يَأتِيَ يَومٌ لّا بَيعٌ فيهِ وَلا خُلَّةٌ وَلا شَفٰعَةٌ ۗ وَالكٰفِرونَ هُمُ الظّٰلِمونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman!

Kalau kita rasa kita ini orang yang beriman, kita kena dengar dan amalkan ayat ini betul-betul dan kena amalkan apa yang akan disebut nanti.

أَنفِقوا مِمّا رَزَقنٰكُم

infaqkanlah dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu,

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita dalam ayat ini bahawa rezeki yang kita dapat itu adalah daripada pemberian Dia juga. Ada yang kata, Allah ‎ﷻ beri rezeki dengan banyak supaya kita boleh perbanyakan infaq. Maka jangan perasan sangat yang harta dan wang yang kita ada itu hanya untuk kita sahaja.

مِّن قَبلِ أَن يَأتِيَ يَومٌ لّا بَيعٌ فيهِ

sebelum tibanya hari yang tidak ada jual-beli padanya,

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita untuk infaq sebelum datang hari yang usaha kita tidak berguna lagi. Semasa dalam dunia, kita boleh dapat rezeki dengan usaha kita dan dengan pertolongan daripada orang lain. Maka pada waktu inilah yang kita patut infaq kerana nanti bila sudah mati, tidak ada peluang lagi.

Allah ‎ﷻ mengingatkan ada banyak perkara yang kita tidak boleh buat bila kita sudah mati nanti. Semua ini adalah punca-punca untuk dapat pendapatan.

Usaha yang pertama adalah usaha jual beli – berniaga. Disebut berjual-beli di dalam ayat ini kerana berjual-beli atau pun berniaga adalah cara usaha yang paling menguntungkan sekali untuk mendapatkan harta dan punca pendapatan. Selain daripada itu termasuklah usaha lain seperti bekerja dan sebagainya.

وَلا خُلَّةٌ

dan tidak ada kawan

Yang kedua, kita boleh mendapat harta dan pendapatan adalah daripada orang lain iaitu kawan-kawan kita, keluarga kita. Mungkin kita ada kawan yang pemurah dan sanggup bantu dan beri wang kepada kita.

وَلا شَفٰعَةٌ

serta tidak ada pula pertolongan syafaat

Yang ketiga, adalah pertolongan daripada orang-orang yang tidak kenal kita tetapi mereka mempunyai simpati kepada kita. Selalunya kawan rapat kita yang tolong kita; namun ada kalanya, bantuan boleh datang daripada orang lain juga.

Jadi melalui ketiga-tiga cara itu bolehlah kita mendapat harta semasa di dunia. Namun Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan bahawa tiga-tiga cara ini tidak akan ada lagi di akhirat. Oleh itu hendaklah kita infaq semasa di dunia ini lagi supaya ia yang menjadi bekal untuk kita di akhirat nanti.

  1. Sebab di akhirat nanti, tidak ada jual beli. Memang ada yang cuba jual keluarga mereka tetapi tidak diterima nanti.
  2. Di akhirat, kawan-kawan atau kenalan rapat kita langsung tidak dapat tolong kerana mereka pun ada masalah mereka sendiri.

  3. Di akhirat, memang ramai yang mengharapkan.  Ramai juga yang perasan mereka akan dapat syafaat. Sebagai contoh, Bani Israel sangka Nabi mereka akan menyelamatkan mereka sebab kedudukan mereka, tetapi tidak.

Orang kita pun ada masalah kefahaman tentang syafaat ini, kerana mereka sangka Nabi Muhammad ﷺ tentu akan tolong, tetapi tidak semestinya. Hal syafaat ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam ayat-ayat lain.

Ketiga-tiga lafaz yang digunakan: شَفاعَةٌ, خُلَّةٌ ,بَيعٌ, digunakan dalam bentuk yang umum, maksudnya bukanlah menidakkan terus adanya jual beli, persahabatan dan syafaat. Memang ada juga, tetapi dalam bentuk-bentuk yang dibenarkan sahaja.

Sebagai contoh, memang Nabi Muhammad ﷺ akan memberi syafaat di akhirat kelak tetapi tidaklah dalam pemahaman yang banyak difahami oleh masyarakat kita. Nanti apabila sampai ke tempatnya, kita akan berbincang bagaimana jual beli, persahabatan dan syafaat ini akan ada di akhirat kelak.

وَالكٰفِرونَ هُمُ الظّٰلِمونَ

Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Orang-orang yang kufur ingkar (tidak kiralah sama ada non-Muslim atau Muslim sendiri) adalah mereka yang tidak beriman dengan Allah ‎ﷻ dan perasan yang harta yang mereka ada itu adalah hak mereka dan bukan pemberian daripada Allah ‎ﷻ. Mereka tidak mahu beriman dengan ayat ini dan tidak mengeluarkan infaq kerana mereka tidak percaya kepada hari akhirat.

Ramai dalam kalangan mereka ada salah faham yang mereka boleh menyelamatkan diri mereka kerana mereka boleh berjual beli, kerana mereka ada kaitan dengan orang-orang alim atau mereka yang hanya berharap kepada syafaat sahaja.

Tafsir Ayat Ke-255

Ini adalah ayat yang terkenal sebagai Ayat Kursi. Memang ramai yang hafal ayat ini dan diamalkan dalam berbagai-bagai keadaan dan keperluan.

Dalam ayat ini diulangi semula tajuk Tauhid atau Dakwa Surah dalam ayat ini untuk kali yang ketiga. Cuma di dalam ayat ini diberikan Dakwa dahulu kemudian disertakan dalilnya sekali.

Dakwa ayat ini adalah: Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh diminta pertolongan untuk masalah kecil ataupun besar. Dalilnya adalah Sifat-Sifat-Nya yang sempurna yang Allah ‎ﷻ akan sebut satu persatu.

اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ الحَيُّ القَيّومُ ۚ لا تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَومٌ ۚ لَّهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ مَن ذَا الَّذي يَشفَعُ عِندَهُ إِلّا بِإِذنِهِ ۚ يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم ۖ وَلا يُحيطونَ بِشَيءٍ مِّن عِلمِهِ إِلّا بِما شاءَ ۚ وَسِعَ كُرسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ ۖ وَلا يَئودُهُ حِفظُهُما ۚ وَهُوَ العَلِيُّ العَظيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah, dicintai, ditaati dan diibadati) melainkan Dia,

Kita selalu terjemah ayat ini sebagai tidak ada yang layak ‘disembah’ melainkan Allah ‎ﷻ tetapi bukan itu sahaja. Ini kerana ada orang yang beribadah kepada Allah ‎ﷻ tetapi tidak taat kepada-Nya. Tidak lengkap apa yang mereka lakukan.

Sebagai contoh, mereka tidak pernah tinggal salat, mereka pergi mengerjakan ibadah Haji, tetapi mereka tidak taat dalam hal perniagaan berlandaskan riba’. Maknanya mereka tidak taat sepenuhnya kepada Allah ‎ﷻ. Mereka tidak sebenar-benarnya menghambakan diri kepada Allah ‎ﷻ.

Potongan ayat ini hendak mengingatkan kita kembali kepada kalimah syahadah kita yang menjadi pegangan kita seumur hidup. Kita telah menerangkan dengan panjang lebar sebelum ini apakah maksud ‘ilah‘ itu dan tidak perlu diulangi lagi di sini.

Selepas memberitahu Dakwa ayat, Allah ‎ﷻ meneruskan dengan memberikan dalil-dalil kenapa Dia sahaja ilah iaitu sekarang Allah ‎ﷻ akan menceritakan Sifat-sifat-Nya.

الحَيُّ القَيّومُ

Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan

Allah ‎ﷻ sahaja yang Maha Hidup. Selain daripada Allah ‎ﷻ akan mati belaka. Maka, oleh kerana semua selain Allah ‎ﷻ akan mati, kenapa hendak meminta kepada yang akan mati? Itu adalah sia-sia sahaja kerana kalau kita minta pertolongan kepada yang mati, apakah yang dia boleh bantu kita?

Maka hendaklah kita meminta kepada Allah ‎ﷻ yang Maha Hidup dan tidak akan mati-mati, sampai bila-bila pun dan kena tahu bahawa Allah ‎ﷻ sahaja yang sebenar-benar hidup. Walaupun kita lihat makhluk itu hidup, tetapi segala kehidupan yang lain itu adalah kerana Dia sahaja. Kalau Allah ‎ﷻ tidak benarkan makhluk itu hidup, maka makhluk itu akan mati.

Maka bergantunglah kepada Allah ‎ﷻ sahaja, Dzat yang sebenar hidup. Kenapa kita hendak bergantung kepada entiti yang kehidupan dia sendiri pun bergantung kepada Allah ‎ﷻ?

Allah ‎ﷻlah sahaja yang bersedia dan mampu untuk mengurus dan mentadbir untuk segala hamba. Dia sentiasa menjaga segala makhluk supaya makhluk itu dapat terus berdiri. Kalau Allah ‎ﷻ tidak beri sokongan, maka tentu alam ini terus roboh dan berantakan. Maknanya, Allah ‎ﷻ yang jadikan alam dan kemudian Dia meneruskan kewujudan alam ini.

Maknanya Allah ‎ﷻ sentiasa mentadbir alam ini tanpa henti. Bukanlah Allah ‎ﷻ cipta dan jadikan alam ini dan tinggalkan begitu sahaja. Maka kalau ada apa-apa keperluan, kena minta kepada Allah ‎ﷻ kerana Dia juga yang sediakan segala keperluan makhluk.

لا تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَومٌ

Yang tidak ada permulaan rasa mengantuk, dan tidak tidur.

Allah ‎ﷻ tidak ada rasa mengantuk pun. Jangan kata hendak mengantuk, mula hendak mengantuk pun tidak ada. Ini adalah kerana perkataan yang digunakan bukan ‘mengantuk’ tetapi ‘permulaan untuk mengantuk’.

Yang dimaksudkan dengan سِنَةٌ adalah mula-mula rasa mengantuk, kerana kalau ‘mengantuk’, ada perkataan lain yang digunakan dalam Al-Qur’an. Apabila kita mengantuk, orang yang ada di depan kita pun kita sudah tidak berapa cam lagi tetapi sebelum betul-betul mengantuk itu, akan ada rasa hendak mengantuk dan itulah yang dinamak سِنَةٌ. Mengantuk dan mula-mula rasa mengantuk pun tidak ada pada Allah ‎ﷻ.

Ada Ilmu Balaghah dalam ayat ini iaitu tentang takdim (diawalkan) dan ta’khir (diakhirkan). Ada perkataan yang dimulakan dan ada yang dikemudiankan. Allah ‎ﷻ sebut mengantuk dahulu sebab mengantuk datang sebelum tidur.

Allah ‎ﷻ juga tidak pernah tidur. Tidur pun banyak peringkat juga kerana ada tidur-tidur ayam, ada yang tidur nyenyak, dan ada yang ‘tidur mati’. Tidur mati itu sampai kalau kena sepak pun tidak bangun kerana sudah tidur nyenyak sangat. Ada tidur yang lebih lagi hebat iaitu seperti tidur Ashabul Kahfi yang tidur selama lebih 300 tahun.

Semua jenis tidur ini tidak ada langsung pada Allah ‎ﷻ. Bandingkan dengan pengawal keselamatan yang menjaga sesuatu bangunan. Walaupun mereka sepatutnya menjaga bangunan itu tetapi selalunya kita pun tahu yang mereka itu sama ada tidur ataupun mengantuk dan tidak memberikan perhatian yang sepatutnya.

Allah ‎ﷻ tidak begitu, Dia tetap menjaga alam ini kerana Allah ‎ﷻ tidak pernah tidur-tidur. Maka, kerana itu kita boleh berharap kepada Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ sentiasa beri perhatian.

لَّهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Yang memiliki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.

Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa alam ini adalah kepunyaan Dia. Kalau kita ada barang, agaknya cara penjagaan kita kepada barang itu berbeza jikalau barang itu kita punya ataupun orang lain punya?

Tentu ada beza kalau kita menjaga barang orang lain dengan menjaga barang kita. Tentunya kita lebih sayang barang kita dan akan memberi perhatian yang lebih kepadanya. Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini yang alam ini kepunyaan Dia dan dari situ, kita dapat tahu bahawa Allah ‎ﷻ akan menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya.

مَن ذَا الَّذي يَشفَعُ عِندَهُ إِلّا بِإِذنِهِ

Sesiapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izinNya?

Soalan ini adalah soalan retorik. Macam kita cakap kepada orang: “kalau aku tak tolong dia, siapa lagi yang boleh tolong dia?” Allah ‎ﷻ beri soalan ini kerana memang tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi syafaat tanpa izin daripada Allah ‎ﷻ.

Tidak ada, walaupun yang diharapkan syafaat itu adalah daripada Nabi Muhammad ﷺ. Walaupun kita tahu yang baginda akan meminta syafaat untuk manusia tetapi baginda pun tidak berani membuka mulut baginda melainkan setelah diizinkan oleh Allah ‎ﷻ dan baginda pun hanya akan mengatakan perkara-perkara yang dibenarkan oleh Allah ‎ﷻ sahaja.

Kena faham yang keputusan beri syafaat itu bukan hak Nabi ﷺ. Ini kita dapat faham daripada ayat ini. Semua umat Islam baca ayat ini tetapi mereka tidak faham maksudnya. Apakah salah faham mereka? Mereka tidak faham kerana jahil wahyu.

Ramai tidak sedar yang Nabi Muhammad ﷺ hanya boleh memberi syafaat kepada mereka yang dibenarkan menerima syafaat sahaja. Maknanya, Allah ‎ﷻ sahaja yang menentukan siapakah yang boleh terima syafaat itu, bukannya Nabi ﷺ. Maka golongan sesat yang minta syafaat daripada Nabi ﷺ sekarang ini adalah sia-sia sahaja.

Ini kerana baginda bukan dengar pun permintaan kita dan kalau baginda dengar pun, baginda bukan boleh bagi. Maka sia-sia sahajalah nyanyian Ya Hanana golongan Habib yang sentiasa meminta syafaat kepada Rasulullah. Ini termasuk juga dengan permintaan mana-mana golongan pun yang berharap sangat syafaat daripada baginda.

Kenapa baginda tidak dapat beri syafaat kepada kita? Kerana sebelum kita membantu (atau beri syafaat) seseorang dengan meminta pertolongan untuk mereka hendaklah kita tahu kedudukan seseorang itu. Kita bawakan satu contoh di sini untuk mudah faham.

Katakanlah seorang ketua syarikat telah marah kepada seorang pekerja dan dia telah memecat pekerja itu. Mungkin kerana pada pengetahuan ketua itu, pekerja itu telah melakukan satu kesalahan berat. Katakanlah kita tahu keadaan sebenar, yang pekerja itu tidak lakukan pun kesalahan yang dituduh itu, dan kita hendak membantu pekerja yang telah dipecat itu.

Maka kita pun pergilah berjumpa dengan ketua syarikat itu untuk tidak memecat pekerja itu kerana kita kata ada perkara yang ketua syarikat itu tidak tahu. Maka kita pun menjelaskan kepada beliau kedudukan perkara yang sebenar. Maknanya ketua syarikat itu telah membuat keputusan kerana ada perkara yang dia tidak tahu dan kita telah membantu pekerja yang telah dipecat itu dengan menjelaskan kedudukan yang sebenar kerana kita ada maklumat itu.

Tetapi bagaimana kita hendak memberitahu Allah ‎ﷻ kedudukan seseorang yang dimurkai oleh Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ sendiri tahu perkara yang sedang berlaku dan yang telah berlaku. Semua perkara tentang seseorang itu Allah ‎ﷻ ketahui, lalu bagaimana kita hendak hendak rekomen orang itu kepada Allah ‎ﷻ?

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

Allah ‎ﷻ Maha Tahu dengan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Tidak ada yang mengetahui apa yang sedang berlaku dan yang telah berlaku seperti yang ilmu yang ada pada Allah ‎ﷻ. Melainkan sekadar apa yang Allah ‎ﷻ beritahu kepada mereka.

Maka kita tidak dapat hendak rekomen (beri syafaat) untuk sesiapa kepada Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ lebih tahu. Ilmu Allah ‎ﷻ lebih luar daripada kita. Allah ‎ﷻ tahu segala-gala tentang apa-apa perkara pun.

وَلا يُحيطونَ بِشَيءٍ مِّن عِلمِهِ إِلّا بِما شاءَ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki

Ilmu yang ada pada Allah ‎ﷻ tidak dapat diliputi atau difahami oleh manusia. Apa yang Allah ‎ﷻ beri adalah sedikit sahaja kepada manusia. Sebagai contoh, ilmu tentang roh. Allah ‎ﷻ kata Dia beri pengetahuan sedikit sahaja. Begitu juga dengan ilmu-ilmu lain.

Ustz Azlizan, [26.04.20 18:12]
Maka banyak sangat benda yang kita tidak faham. Kadang-kadang manusia mempersoalkan apa yang Allah ‎ﷻ telah takdirkan dan lakukan. Mereka kata kenapa jadi begini dan kenapa jadi begitu? Macamlah Allah ‎ﷻ salah buat keputusan. Kita tidak layak untuk mempersoalkan tindakan Allah ‎ﷻ. Kita tidak tahu kenapa Allah ‎ﷻ buat sesuatu perkara maka hendaklah kita redha sahaja.

وَسِعَ كُرسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ

Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi;

Maha luas kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi. Bila sebut ‘kursi’, mungkin akal kita tertanya, apa maksudnya? Bagaimana rupanya? Kalau besar, berapa besar? Apakah hakikatnya dan macam-macam lagi soalan yang bermain dalam akal fikiran kita.

Jawapannya dalam potongan ayat sebelum ini: iaitu kita tidak dapat menjangkau ilmu itu. Kita tidak akan dapat faham. Bukan dalam jangkauan akal kita yang cetek ini.

وَلا يَئودُهُ حِفظُهُما

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Sebelum Allah ‎ﷻ beritahu yang alam ini semua milik-Nya dan dengan begitu hebat alam ini, tetapi Allah ‎ﷻ tidak rasa berat pun untuk menguruskan segalanya. Qudrat Allah ‎ﷻ tidak dapat dibayangkan oleh akal kita.

Mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ mentadbir alam ini. Maka segala apa yang terjadi adalah dalam jangkauan ilmu Allah ‎ﷻ. Maka tidak ada apa pun tentang kita yang Allah ‎ﷻ tidak tahu. Sebagai contoh, setiap helai daun yang jatuh adalah dalam pengetahuan-Nya dan dalam urusan-Nya. Bukanlah daun itu terjatuh sendiri melainkan dengan izin-Nya juga.

Oleh kerana Allah ‎ﷻ mudah sahaja untuk mentadbir alam ini, maka jangan malu untuk minta kepada Allah ‎ﷻ apa-apa sahaja. Jangan rasa kita memberatkan Allah ‎ﷻ untuk beri apa yang kita minta. Kalau Allah ‎ﷻ berkenan hendak kabulkan permintaan kita itu, mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ untuk beri.

وَهُوَ العَلِيُّ العَظيمُ

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Agung

Kalau langit itu tinggi dan Arash itu lebih tinggi dari langit, Allah ‎ﷻ lebih tinggi daripada Arash itu. Keagungan Allah ‎ﷻ tidak ada tolok bandingnya.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan – Bahagian 1/2020

0

Khasiat sayur-sayuran

Soalan:
Adakah sayur-sayuran yang telah bertukar kekuning-kuningan masih mengandungi khasiat untuk dimakan?

Jawapan:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah kekuning-kuningan dan tersimpan lama dalam peti sejuk masih boleh dimasak dan dimakan tetapi berkemungkinan khasiat dan nutrisinya telah hilang.  Buah-buahan yang telah dipotong tidak elok disimpan kembali ke dalam peti sejuk dan sebaiknya terus dimakan.

Soalan:
Apakah benar dengan minum banyak air kosong, makan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat  membuang kerak pada dinding usus?

Jawapan:
Tiada maklumat tentang dinding usus berkerak, tetapi makan banyak serat dan minum banyak air supaya kerap buang air dan proses detoksifikasi berjalan lancar serta supaya bahan toksik tidak berada lama dalam usus.

Keperluan pengambilan vitamin C

Soalan:

Apakah pengambilan sukatan Vitamin C yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun?

Jawapan:

Pengambilan Vitamin C yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut ialah sebanyak 25mg – 30mg sehari dan ia adalah vitamin yang larut air.

Soalan:

Benarkah pengambilan Vitamin C secara berlebihan baik untuk mereka yang telah disahkan positif Covid-19?

Jawapan:

Kenyataan tersebut masih dalam perdebatan.

Sakit di bahagian dada

Soalan:

Mengapakah saya merasa kesakitan di dada seperti menyucuk?

Jawapan:

Kesakitan seperti menyucuk atau pedih ulu-hati mungkin berpunca dari ketegangan otot antara tulang rusuk, tulang rawan pada tulang rusuk atau mungkin juga kerana gejala gastrik.

Masalah kesuburan

Soalan:

Adakah cara lain untuk mengetahui tahap kesuburan wanita dan lelaki tanpa perlu mendapatkan khidmat doktor di hospital?

Jawapan:

Pesakit dinasihatkan mendapatkan khidmat doktor pakar O&G dan Andrologi di hospital untuk urusan tersebut.

Gegata

Soalan:

Apakah punca Gegata? Pertanyaan daripada seorang ibu mengenai anaknya yang telah diberikan ubat selama 3 hari tetapi masih belum sembuh.  Adakah ubat selain daripada ubat alahan dan ‘calamine cream’ untuk penyakit gegata bagi kanak-kanak?

Jawapan:

Gegata atau urticaria merupakan penyakit alahan.  Pesakit perlu dibawa berjumpa doktor dan jika ruam terlampau banyak, doktor akan memberi suntikan steroid untuk melegakan alahan.

Benjolan belakang telinga

Soalan:

Apakah punca dan penyebab munculnya benjolan di belakang telinga?

Jawapan:

Ada kemungkinan benjolan tersebut adalah kelenjar limfa dan tidak merbahaya jika tiada perubahan saiz.

Penyalit kulit dan alahan

Soalan:

Saya mengalami kegatalan di celah paha dan sering menggaru sehingga berdarah.  Apakah ubat yang sesuai kerana kegatalan tidak reda dengan ubat sapuan biasa yang diberikan oleh klinik?

Jawapan:

Boleh cuba ubat sapuan yang ada antifungal tetapi, jika masih tidak berkurangan perlu berjumpa doktor.

Soalan:

Pertanyaan daripada seorang ibu mengenai jari anaknya seperti di dalam gambar.  Adakah jari anak saya dijangkiti kuman dan apakah ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut?

Jawapan:

Ini adalah penyakit ketuat dan penggunaan ubat duofilm disarankan 2 kali sehari untuk beberapa bulan sehingga tertanggal kulit ketuat tersebut.

Penyakit yang sering dialami oleh kanak-kanak

Soalan:

Anak saya berumur 2 tahun 3 bulan mengalami panas badan tetapi masih aktif seperti biasa.  Saya tidak memberi sebarang ubat demam dan mula cirit-birit lebih kurang 10 kali tanpa meragam.  Adakah anak saya kecacingan? Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sebelum memberinya ubat cacing?

Jawapan:

Cirit-birit tidak semestinya infestasi cacing. Jika mahu memberi ubat cacing tunggu seingga cirit-birit sembuh dan semasa cirit-birit pastikan pengambilan air mencukupi.

Soalan:

Anak saudara saya berumur 6 tahun seringkali hidungnya keluar darah dan telah dibawa berjumpa doktor pakar dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan tiada sebarang masalah. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah anak tersebut dan apa yang menyebabkan hidung kanak-kanak itu sering keluar darah?

Jawapan:

Ini merupakan perkara biasa terutama bagi mereka yang kerap selesema kerana ada satu salur darah arteri di septum hidung terletak betul-betul di bawah kulit yang nipis menyebabkan kerap berlaku pendarahan.

Masalah Frozen Shoulder

Soalan:

Saya merasakan sedang mengalami ‘frozen shoulder’, adakah senaman dapat membantu untuk melegakan kesakitan?

Jawapan:

Benar, senaman ringan boleh mengurangkan kesakitan dan amalan bertunku atau meletakkan pad panas juga dapat membantu untuk meredakan masalah tersebut.

Soalan:

Apakah rawatan yang sesuai untuk ‘Frozen shoulder’ dan bolehkah diurut tempat sakit tersebut?

Jawapan:

Urut mungkin menyebabkan kesakitan yang lebih teruk. Punca ‘frozen shoulder’ adalah disebabkan keradangan pada ligament oleh itu dengan berurut boleh menyebabkan keradangan semakin bertambah.

Popular

Iklan

Iklan