Utama Blog Halaman 42

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 4/2020

0

Pengambilan telur dalam sehari  

Soalan 1:

Berapa biji pengambilan telur rebus sehari yang sesuai untuk diet bagi yang berusia 40 tahun ke atas?

Jawapan:

Jika tiada menghidap apa-apa penyakit dan aktif, pengambilan 2 hingga 4 biji adalah memadai.

[Memakan sebiji telur dalam sehari merupakan salah satu daripada pelan pemakanan yang sihat kerana ia tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap peningkatan risiko penyakit jantung bagi mereka yang dikategorikan sebagai individu sihat.

Telur bukanlah mengandungi lemak semata-mata kerana kandungan utama bagi telur ialah protein. Oleh itu, anda tidak akan menjadi gemuk sekiranya anda kerap makan telur. Namun, setiap apa yang anda makan, ia perlulah diambil secara berpada-pada dan tidak berlebih-lebihan.]

Alahan Ubat

Soalan 2:

Mohon pencerahan tindakan selanjutnya jika berlaku alahan kerana pengambilan ubat?

Jawapan:

Untuk kepastian, sila ke klinik berjumpa balik doktor yang sama,

[Alahan ubat jarang berlaku tetapi ianya boleh menyebabkan tindak balas daripada kurang berisiko hingga mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk menyemak ubat-ubat yang perlu diambil bagi mengelak kejadian alahan ubat yang boleh mengancam nyawa seperti anafilaksis. Pesakit hendaklah sentiasa memaklumkan anggota kesihatan tentang alahan ubat yang pernah dialami apabila menjalani rawatan atau mendapatkan ubat-ubatan.]

Tanda-tanda Buasir

Soalan 3:

Merujuk kepada keadaan kawan saya yang berpenyakit buasir, beliau ditahan wad kerana kurang darah dan tapak tangannya berwarna kuning.  Adakah tanda-tanda itu ada kena-mengena dengan penyakit buasir?

Jawapan:

Buasir akan selalu berdarah menyebabkan hemoglobin rendah dan tangan kekuningan kerana pucat disebabkan kekurangan darah.

[Pendarahan adalah gejala utama penyakit itu kerana 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila mereka membuang air besar. 

Buasir boleh dibahagikan kepada empat peringkat dan setiap peringkat mempunyai gejala tersendiri:

  • Peringkat pertama selalunya menunjukkan gejala pendarahan ketika pesakit meneran apabila membuang air besar.
  • Peringkat kedua, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk membuang air besar, tetapi naik semula selepas selesai meneran.
  • Peringkat ketiga pula adalah keadaan di mana buasir semakin membengkak dan terkeluar setiap kali membuang air besar, tetapi pesakit hanya perlu memasukkan semula buasir ini dengan jari.
  • Peringkat keempat, kesakitan ketika membuang air besar menjadi semakin teruk dan buasir boleh terkeluar dan ia memerlukan rawatan daripada pakar perubatan.]

Pengambilan ubat penahan sakit bagi pesakit kanser

Soalan 4:

Bolehkah pesakit kanser stage 4 mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit badan?

Jawapan:

Pengambilan ubat tahan sakit mengikut sukatan yang dibenarkan boleh diambil oleh pesakit kanser.

[Kebanyakan pesakit kanser mengalami kesakitan dari tahap sederhana ke teruk yang memerlukan rawatan dengan ubat penahan sakit.  Terdapat beberapa jenis ubat tahan sakit yang digunakan untuk melegakan kesakitan kanser tersebut. Walau bagaimanapun, ubat penahan sakit yang kuat tidak semestinya berkesan mengurangkan kesakitan ataupun sesuai untuk semua orang, oleh itu ubat tersebut perlu diambil atas nasihat doktor yang merawat.]

Bengkak akibat terjatuh atau kemalangan

Soalan 5:

Anak saya terjatuh dari tangga dan mengalami bengkak seperti dalam gambar yang tertera namun tiada gejala muntah-muntah dan masih aktif seperti biasa.  Adakah saya perlu membawanya berjumpa doktor untuk rawatan kerana bengkak yang dialami kebiru-biruan dan sakit apabila ditekan?

Jawapan:

Terdapat pendarahan dibawah kulit itu menyebabkan bahagian yang tercedera berwarna kebiruan.  Itu adalah kerana graviti darah turun ke bawah menyebabkan bahagian atas mata juga jadi lebam. Jika anak aktif dan tidak muntah biasanya tiada apa yang serius.

[Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka itu besar dan membabitkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan serius.  Selain luka, ada juga kecederaan kepada kulit kepala disusuli benjol saja yang boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pendarahan di bawah kulit apabila darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak.

Benjol di kepala yang disebabkan pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh mengambil masa satu hingga dua minggu untuk hilang sepenuhnya. Mangsa mungkin akan rasa sakit di tempat benjolan itu dan mungkin lebih sakit jika benjol ditekan. Tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan itu reda atau berkurang manakala tuaman panas dapat mengurangkan sakit tetapi perlu disusuli tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.]

La Tahzan 211: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Akal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

0

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-1: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Akal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Islam adalah keamanan, maka carilah keamanan.

Keamanan dalam Al-Qur’an:

أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

Mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk [6:82]

الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ

Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan [106:4]
ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ
…barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; [3:97]

Keamanan dalam Hadith:

وعن عُبَيداللَّه بِن مِحْصَنٍ الأَنْصارِيِّ الخَطْمِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه ﷺ: مَنْ أَصبح مِنكُمْ آمِنًا في سِرْبِهِ، مُعَافًى في جَسدِه، عِندهُ قُوتُ يَومِهِ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا بِحذافِيرِها (رواه البخاري في “الأدب المفرد” (رقم/300) والترمذي في “السنن” (2346) وقال : حسن غريب .) وقال الشيخ الألباني، فالحديث حسن . “السلسلة الصحيحة” (رقم/2318)

Hadith ini diriwayatkan oleh Salamah bin ‘Ubaidillah bin Mihshan al-Khathmiy, daripada bapanya رضي الله عنه dan beliau termasuk Sahabat, berkata: ”Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang memasuki waktu pagi hari dalam keadaan aman pada dirinya, sihat jasmaninya dan dia memiliki makanan pada hari itu, maka seolah olah dia diberi dunia dengan berbagai-bagai kenikmatannya.” (HR al Bukhari, adabul Mufrad, no 300, at Termidzi, sunan, 2318, dinilai hasan, Al Albani, as-Silsilah ash-Sahihah 2318, juga Syaikh Salim al-Hilali, Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhush Shalihin (hadith no. 511).

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-2: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Hati, Rumah dan Umat yang Aman

فأمنُ القلبِ : إيمانُه ورسوخُه في معرفةِ الحقِّ ، وامتلاؤُه باليقينِ .
وأمْنُ البيتِ : سلامتُه من الانحرافِ ، وبُعْدُه عنِ الرذيلةِ ، وامتلاؤُهُ بالسكينةِ ، واهتداؤه بالبرهانِ الرَّبّانيِّ .
وأمْنُ الأمةِ : جمْعُها بالحبِّ ، وإقامةُ أمرِها بالعَدْلِ ، ورعايتُها بالشريعةِ .

Hati yang aman ialah keimanan yang mendalam untuk menyelami hakikat kebenaran (Ma’rifah al Haq);
Rumah yang aman ialah rumah jauh daripada penyelewengan, terpelihara daripada aib, rumah yang sakinah (ketenangan) dan dipandu oleh neraca ketuhanan; dan
Umat yang aman ialah umat yang diikat dengan rasa cinta, ditegakkan keadilan dalam urusannya, dan dijaga oleh syariah (hudud).

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-3: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

والخوف عدوُّ الأمنِ * فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفاً يَتَرَقَّبُ * ، * فَلاَ تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Lawan Aman adalah Takut;

Firman Allah ‎ﷻ

فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ ۖ

Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuatir [al Qashash: 21]

فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman [ali Imran: 175]

ولا راحة لخائفٍ ولا أمْن لملحِدٍ ، ولا عيش لمريضٍ .
إنَّما العُمرُ صحَّةٌ وكفافٌ فإذا وليا عن العُمرِ ولَّى

Orang penakut tidak merasa tenang, orang atheis tidak pernah merasa aman, orang sakit tidak pernah merasai hidup.

🎵 Syair Arab:
Sesungguhnya umur itu adalah kesihatan dan kecukupan; Bila keduanya (sihat dan kecukupan) *berpaling, maka umur pun berpaling.”

*berpaling juga membawa maksud waliya, merosot, merudum.

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-4: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

للهِ ما أتْعسَ الدَّنيا ، إنْ صحَّتْ منْ جانبٍ فسدتْ منْ جانبٍ آخر ، إنْ أقبل المالُ مَرِضَ الجسمُ ، وإنْ صحَّ الجسمُ حلَّتِ المصائبُ ، وإنْ صلُح الحالُ واستقام الأمرُ حلَّ الموتُ

Demi Allah, alangkah sengsaranya dunia: jika baik pada satu sisi, rosak pula pada sisi yang lain; jika harta datang, tubuh pula jatuh sakit, jika badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa dan apabila keadaan semakin maju, tiba-tiba kematian menjengah.

خرج الشاعرُ الأعشى منْ ( نجدٍ ) إلى الرسولِ – صلى الله عليه وسلم – يمتدحُه بقصيدةٍ ويسلمُ ، فعرض له أبو سفيان فأعطاهُ مائة ناقةٍ ، على أنْ يترك سفَرَهُ ويعود إلى ديارِهِ ، فأخذ الإبل وعاد ، وركب أحدها فهو جلتْ به ، فسقط على رأسِهِ ، فاندقَّتْ عنقُهُ ، وفارق الحياة ، بلا دينٍ ولا دنيا

Kisah penyair Nejd bernama al-A’syaa* membuat keputusan masuk Islam dan pergi menemui Rasulullah ﷺ di Madinah membawa bersamanya syair-syair indah. Abu Sufyan mengetahui perjalanan al A’sya, maka dia menyekatnya dan menawarkan 100 ekor unta supaya dia membatalkan hasratnya ke Madinah, al A’sya bersetuju menerima 100 ekor unta itu. Namun di tengah jalan unta yang dinaiki melempar dirinya sehingga jatuh tersungkur, patah lehernya dan mati serta merta. Dia gagal mendapatkan agama dan juga dunia.
———————————
* al A’sya merupakan Abu Bashir Maimun Ibn Qais Ibn Jundul bin Syarahbil bin Auf ( ميمون بن قيس بن جندل بن شرحبيل بن عوف) meninggal 6H, penduduk al Yamamah berdekatan Riyadh sekarang, juga dikenali dengan nama Nejd. Dia adalah penyair era arab jahiliyah yang terkenal.

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-5: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Bait-bait indah syair al A’sya yang sepatutnya dibaca di hadapan Nabi ﷺ:

فهي بديعةُ الحُسْنِ يقولُ فيها:
شبابٌ وشيبٌ وافتقارٌ وثروةٌ فللّهِ هذا الدَّهرُ كيف تردَّدا
إذا أنت لمْ ترْحلْ بزادٍ من التُّقى ولاقيت بعد الموتِ منْ قدْ تزوَّدا
ندمْت على أنْ لا تكون كمثْلِهِ وأنَّك لمْ تُرْصِدْ لما كان أرْصدَا

🎵 Pemuda, uban, keperluan dan kekayaan;
Semua ini milik Allah, maka kenapa engkau ragu?
Jika engkau pergi dengan tidak membawa ketaqwaan dan berjumpa dengan orang-orang yang telah membekali diri
Engkau akan menyesal kerana kenapa engkau tidak menjadi seperti dia
dan jika engkau tidak bersiap, maka dia telah pergi….

La Tahzan 210: Perlunya Sahabat Sejati (لابدَّ منْ صاحبٍ)

0

🌱🌱🌱🌱

La Tahzan 210: Perlunya Sahabat Sejati (لابدَّ منْ صاحبٍ)

إنَّ منْ أسبابِ السعادةِ أنْ تجد منْ تنفعُك صُحبتُه ، وتُسعدُك رفقتُه . (( أين المتحابُّون في جلالي ، اليوم أُظِلُّهمْ في ظِلِّي يوم لا ظِلَّ إلا ظلِّي )) .
(( ورجلانِ تحابَّا في اللهِ ، اجتمعا عليهِ وتفرَّقا عليِه ))

Bahawa sahabat sejati mendatangkan kebahagiaan. Sebagaimana dua hadith Nabawi asy-Syarif:

حديث أبي هريرة قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله تعالى يقول يوم القيامة: أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي (أخرجه مسلم، كتاب البر والصلة والآداب، باب في فضل الحب في الله، (4/ 1988)، رقم: (2566).)

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala berfirman di hari kiamat: “Di manakah orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku?, hari ini Ku-naungi mereka di bawah naungan-Ku, di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku”. (HR. Muslim no 2566)

حديث أبي هريرة عن النبي ﷺ قال ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه (أخرجه البخاري، كتاب الأذان،رقم: (660)، ومسلم، كتاب الزكاة، (2/ 715)، رقم: (1031).)

Daripada Abu Hurairah (Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya): …Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga.” (HR Bukhari, no 660; Muslim no 1031)

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-263 hingga Ke-266

0

Tafsir Surah All-Baqarah
Tafsir Ayat Ke-263

۞ قَولٌ مَّعروفٌ وَمَغفِرَةٌ خَيرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتبَعُها أَذًى ۗ وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَليمٌ

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

قَولٌ مَّعروفٌ وَمَغفِرَةٌ خَيرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتبَعُها أَذًى

Perkataan yang baik dan kemaafan adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati.

Berkata baik lebih baik daripada beri Infaq tetapi diiringi dengan kata-kata nista. Ada orang yang tidak ada duit hendak beri. Mungkin dia tiada langsung barang untuk diberikan. Maka sekurang-kurangnya beri ucapan baik yang boleh beri pahala.

Atau dia katakan sebegini: ‘Minta maaf sebab saya tak boleh beri sekarang, nanti kalau ada, saya beri yer…. Saya doakan supaya masalah awak selesai segera…. ” Katakan dengan perkataan sebegitu dan yang sebagainya. Orang yang terdesak itu pun sejuk sedikit mendengarnya walaupun tidak dapat apa yang dia perlukan daripada kita. Maknanya, kita kena minta maaf kepada orang yang kita tidak dapat beri itu.

وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Allah ‎ﷻ Maha Kaya maksudnya Allah ‎ﷻ tidak memerlukan pemberian infaq daripada kita. Bukan boleh menambahkan kekayaan Allah ‎ﷻ pun kalau kita infaq. Tetapi Allah ‎ﷻ mahu kita beri infaq itu sebab ia adalah kebaikan untuk kita. Allah ‎ﷻ hendak beri pahala yang banyak kepada kita, tetapi kenalah kita berikan infaq itu dahulu supaya Allah ‎ﷻ boleh balas.

Kalimah حَليمٌ maksudnya Allah ‎ﷻ tidak tergesa-gesa hendak menghukum kita. Entah berapa banyak kesalahan yang kita lakukan, tetapi tidaklah Allah‎ ﷻ terus azab kita sekarang.

Tafsir Ayat Ke-264

Sekarang disebut syarat kena beriman dan jangan riak.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُبطِلوا صَدَقٰتِكُم بِالمَنِّ وَالأَذىٰ كَالَّذي يُنفِقُ مالَهُ رِئَاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفوانٍ عَلَيهِ تُرابٌ فَأَصابَهُ وابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلدًا ۖ لّا يَقدِرونَ عَلىٰ شَيءٍ مِّمّا كَسَبوا ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكٰفِرينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman!

Kena dengar baik-baik kalau kita anggap diri kita orang yang beriman. Kena dengar sekarang syarat lain untuk Infaq diterima.

لا تُبطِلوا صَدَقٰتِكُم بِالمَنِّ وَالأَذىٰ

Jangan batalkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit dan (kelakuan yang) menyakiti,

Jangan batalkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

كَالَّذي يُنفِقُ مالَهُ رِئَاءَ النّاسِ

seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak)

Sekarang Allah ‎ﷻ tunjukkan perbandingan iaitu kalau kita ungkit dan sakiti hati orang yang diberi Infaq itu, ia adalah sama dengan riak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Kalau riak, pahala tidak sampai; kalau ungkit dan menyakiti pun tidak sampai juga.

وَلا يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Kalau orang yang beri Infaq itu pun ada amalan dan fahaman syirik pun, pahala infaq dan sedekah dia tidak sampai. Itulah sebabnya kalau orang kafir banyak sedekah, ia tidak memberi pahala kepada mereka di akhirat kelak.

Memang kita pun tahu yang ramai orang kafir yang baik-baik dan mereka banyak derma ke arah kebaikan. Allah ‎ﷻ akan balas perbuatan baik mereka itu di dunia lagi, tetapi mereka tidak ada bahagian di akhirat. Nanti di akhirat kalau mereka tanya manakah pahala infaq dan sedekah mereka, Allah ‎ﷻ akan beritahu yang Dia telah balas semuanya di dunia lagi.

Sebab itulah kalau kita lihat orang kafir yang banyak derma, mereka akan dapat banyak lagi rezeki. Semakin banyak mereka derma dan tolong orang, semakin banyak rezeki mereka. Ini kerana Allah ‎ﷻ balas terus derma mereka semasa di dunia lagi.

فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفوانٍ عَلَيهِ تُرابٌ

Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,

Allah ‎ﷻ berikan perumpamaan batu besar yang licin. Atas batu itu pula ada pasir. Apabila batu itu licin, mudah pasir itu hendak hilang. Begitulah pahala orang yang infaq tetapi tidak cukup syarat. Pahala mereka akan hilang begitu sahaja.

فَأَصابَهُ وابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلدًا

kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin

Sudahlah batu itu licin dan senang pasir itu untuk hilang, hujan lebat pula menimpa batu itu. Maka akan kosonglah batu itu.

Allah ‎ﷻ berikan perumpamaan dengan mudah supaya manusia boleh faham. Tidak ada langsung pahala untuk orang yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah‎ ﷻ seperti yang telah disebut sebelum ini. Orang lain nampak banyak dia infaq, tetapi sebenarnya sudah hilang segala pahala.

لّا يَقدِرونَ عَلىٰ شَيءٍ مِّمّا كَسَبوا

mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan.

Mereka tidak mampu ambil balasan kerana semuanya telah batal.

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكٰفِرينَ

Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Allah ‎ﷻ beri isyarat bahawa perbuatan mereka ini adalah kufur. Infaq tetapi tidak mengikut syarat yang Allah ‎ﷻ berikan. Mereka sebenarnya menidakkan Allah ‎ﷻ yang berikan rezeki kepada mereka.

Kita kena sedar yang ‘kufur’ adalah satu sifat sebenarnya. Walaupun seseorang itu mengaku Muslim, tetapi kalau buat sesuatu tidak mengikut syarat, menidakkan kehendak Allah ‎ﷻ, maka itu adalah perbuatan kufur. Tidaklah dia terus kafir, tetapi dia telah melakukan perbuatan kufur.

Tafsir Ayat Ke-265

Masih lagi membicarakan tentang syarat-syarat dalam mengeluarkan infak.

وَمَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُمُ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ وَتَثبيتًا مِّن أَنفُسِهِم كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبوَةٍ أَصابَها وابِلٌ فَآتَت أُكُلَها ضِعفَينِ فَإِن لَّم يُصِبها وابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

وَمَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُمُ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah

Allah ‎ﷻ hendak memberitahu perumpamaan mereka yang infaq itu. Daripada ayat ini, kita tahu yang infaq itu mesti kerana hendak mencari redha ilahi. Maksudnya tujuan Infaq itu antara lain adalah untuk menggembirakan Allah ‎ﷻ.

Oleh itu, niat semasa mengeluarkan infaq itu kenalah betul. Ia mesti ikhlas kerana Allah ‎ﷻ. Jangan sebab hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan niat-niat lain yang salah.

وَتَثبيتًا مِّن أَنفُسِهِم

dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul daripada jiwa mereka,

Infaq itu boleh meneguhkan hati. Orang yang mengeluarkan Infaq itu adalah kerana mereka yakin yang akhirat itu ada dan mereka yakin yang infaq mereka itu akan dapat balasannya di akhirat kelak.

Jadi kena latih diri kita untuk dapat keyakinan ini. Mungkin pada awalnya, kita tidak dapat rasa begitu. Namun lama kelamaan, kita terus infaq, perasaan itu akan datang. Mungkin kita mulakan dengan Infaq yang sedikit, dan Allah‎ ﷻ akan kuatkan jiwa kita. Lama kelamaan kita akan biasa untuk infaq yang besar.

Apabila kita yakin yang kita akan dapat balasan di akhirat kelak, maka kesannya, kita akan rasa senang hati untuk mengeluarkan infaq. Oleh itu, kesimpulannya, kita keluarkan infaq itu supaya hati teguh dengan agama. Dengan sebab infaq, Allah ‎ﷻ akan kuatkan jiwa kita atas agama.

كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبوَةٍ أَصابَها وابِلٌ

adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat,

Perumpamaan yang Allah ‎ﷻ beri: bayangkan satu tanah kebun yang berada di kawasan tanah tinggi. Apabila ia tinggi, ia tidak ditenggelami air. Ia adalah tanah yang subur, dan Allah ‎ﷻ beri pula hujan lebat yang akan menyuburkan tanah itu lagi. Tanah tinggi yang tidak kontang dan sentiasa dilimpahkan dengan hujan lebat memang menjadi tanah yang sangat subur.

فَآتَت أُكُلَها ضِعفَينِ

lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda

Tanah itu kerana amat subur, akan keluarkan hasil yang berganda dan dapat air hujan yang banyak pula.

فَإِن لَّم يُصِبها وابِلٌ فَطَلٌّ

Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun cukup

Kalau tidak dapat hujan lebat pun, cukup dengan hujan renyai-renyai kerana tanah memang sudah subur. Maknanya kalau amalan dibuat kerana Allah ‎ﷻ dan hati gembira semasa melakukannya, infaq sedikit pun sudah dapat pahala yang banyak dan kalau buat lebih banyak, berlebihan lagi.

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Ayat ini diakhiri dengan lafaz تَعْمَلُونَ dahulu. Selalu تَعْمَلُونَ digandingkan dengan kalimah بَصِيرٌ. Akan tetapi susunannya berubah-ubah. Kadang-kadang Allah ‎ﷻ dahulukan lafaz بَصِيرٌ sebelum lafaz تَعْمَلُونَ.

Apabila kita kaji, kita nampak apabila ayat itu berkenaan dengan amal perbuatan manusia, potongan ayat itu akan dimulakan dengan perkataan تَعْمَلُونَ (yang kamu perbuat) kerana perbuatan itu adalah amalan fizikal. Macam ayat ini, ia adalah tentang infaq, dan infaq adalah perbuatan fizikal, maka dimulakan dengan perkataan تَعْمَلُونَ.

Tetapi jikalau ayat itu adalah tentang amalan hati, Allah ‎ﷻ akan mulakan dengan perkataan بَصِيرٌ sebelum تَعْمَلُونَ kerana Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa Dia nampak apakah niat hati kita dahulu.

Ma sha Allah…. Senang bila tahu untuk kita hafal Al-Qur’an. Sebab kadang-kadang bertukar dan kalau tidak tahu formula ini, kalau sedang membaca Al-Qur’an daripada hafalan, ada masa akan tersangkut kerana kita terlupa susunan. Dengan tahu formula ini, kalau ayat itu sedang memperkatakan amalan fizikal, maka kita tahu susunannya seperti susunan dalam ayat ini.

Tafsir Ayat Ke-266

Ini pula keterbalikan daripada orang sebelum ini. Allah ‎ﷻ hendak menceritakan jenis orang yang tidak ada ikhlas semasa melakukan infak. Ini juga adalah ayat perumpamaan.

أَيَوَدُّ أَحَدُكُم أَن تَكونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخيلٍ وَأَعنابٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ لَهُ فيها مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ وَأَصابَهُ الكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفاءُ فَأَصابَها إِعصارٌ فيهِ نارٌ فَاحتَرَقَت ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيٰتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang dia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

أَيَوَدُّ أَحَدُكُم أَن تَكونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخيلٍ وَأَعنابٍ

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun daripada pokok tamar (kurma) dan anggur,

Allah ‎ﷻ beri perumpamaan lagi. Bayangkan seseorang yang ada kebun kurma dan juga kebun anggur. Kalau sebut kebun tamar, itu biasa sahaja kerana tamar adalah makanan ruji mereka. Tetapi apabila disebut kebun anggur, itu dikira sebagai hebat. Allah ‎ﷻ suruh kita bayangkan seorang lelaki yang ada kebun yang ada tamar dan anggur. Bukan satu kebun, tetapi dua kebun dia ada.

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Kebun itu ada anak sungai pula yang boleh beri air kepada kebun itu. Ini adalah sesuatu yang amat hebat kerana ayat ini mula diturunkan di Tanah Arab yang bukan mudah untuk mendapatkan air. Namun kebun yang disebut dalam ayat ini ada sistem pengairannya yang tersendiri. Jadi ini bukan kebun biasa-biasa.

لَهُ فيها مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ

dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan,

Selain kurma dan anggur, ada pula tanaman buah-buahan lain. Itu adalah tanaman sampingan yang boleh tambah pendapatan kepada tuan punya kebun itu. Jadi, secara ringkasnya, hebatlah kebun itu.

Itulah perumpamaan kepada infaq yang kita telah keluarkan. Ia adalah sesuatu yang amat hebat, yang akan memberi hasil kepada kita di masa kita tua nanti. Balasan dan hasil berganda-ganda.

وَأَصابَهُ الكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفاءُ

sedang dia sudah tua dan mempunyai zuriat yang masih kecil,

Sekarang bayangkan apabila telah sampai masa tuanya, dan dia ada anak tetapi mereka masih lagi kecil-kecil. Dia sudah lama usaha kebunnya itu. Sekarang dia sudah tua dan anak-anaknya tidak dapat diharapkan lagi kerana masih kecil. Mereka pun belum besar lagi jadi mereka bergantung kepadanya.

Jadi dia memang amat mengharapkan hasil daripada kebunnya itu untuk kelangsungan hidupnya dan zuriatnya. Namun apa yang terjadi?

فَأَصابَها إِعصارٌ فيهِ نارٌ فَاحتَرَقَت

lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia

Tiba-tiba kebun itu ditimpa taufan. Ia adalah angin kuat yang ada api yang dipanggil Taufan Belati. Habis semuanya. Hasil kebun-kebunnya yang hebat itu sudah tiada lagi. Tanah pun sudah hancur kiranya.

Dia pula sudah tua dan tidak mampu hendak bercucuk tanam lagi seperti semasa dia muda-muda dahulu. Dia sangka dia boleh makan hasil kebun dia di masa tua, tetapi sekarang sudah habis semuanya.

Begitulah perumpamaan keadaan pahala infaqnya di akhirat nanti. Segala Infaqnya di dunia itu tidak ada nilai, kerana sudah batal. Dia sangka dia Infaq  banyak dan boleh banyak pahala menantinya di akhirat, namun tidak ada langsung.

Ayat ini juga sebagai isyarat bahawa kalau harta dunia tidak pasti akan kekal selama-lamanya, tetapi Infaq  kita akan kekal di akhirat. Maka jangan harap sangat kepada harta dunia. Jangan sangka apa yang kita ada itu akan kekal. Jangan berharap sangat dengan dunia, kerana Allah ‎ﷻ boleh tarik bila-bila masa sahaja.

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيٰتِ لَعَلَّكُم تَتَفَكَّرونَ

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir

Allah ‎ﷻ beri contoh bandingan yang mudah difahami dan mudah dibayang-bayangkan oleh akal, supaya manusia boleh faham. Semoga manusia boleh berfikir apakah jenis infaq yang Allah ‎ﷻ hendak daripada kita supaya kita senang ambil pengajaran dan didik hati kita ke arah kebaikan.

  • Allah a’lam.

Soal Jawab: Tentang pahala amal kepada orang yang telah mati

0

🔴 Setelah kita bersadaqah, adakah sampai pahala yang diniatkan untuk mak, ayah, anak dan suami atau atas nama ramai orang sama ada untuk orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia?

🔷 Secara umumnya, pahala ini diperolehi ketika kita hidup sahaja. Dalilnya:

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

” Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. ” [An-Najm: 39]

Fiqh ayat, semasa masih hidup, seseorang perlu bersadaqah sebanyak-banyaknya. Setelah mati, hartanya akan kembali kepada ‘family’ (keluarga). Pengecualian hanya untuk anak si mati:

إِنَّ أَطْـيَبَ مَـا أَكَـلَ الرَّجُلُ مِـنْ كَـسْبِهِ ، وَإِنَّ وَلَـدَهُ مِنْ كَسْبِـهِ

“Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah daripada hasil usahanya sendiri, dan sesungguhnya anaknya adalah hasil usahanya.” (HR Tirmizi: 1358, hasan sahih)

Maka, yang ‘valid’ (sah) hanyalah pahala sadaqah si anak kepada si mati iaitu ibubapanya sahaja. Justeru itu, sadaqah pahala isteri kepada suami atau sadaqah pahala si fulan kepada orang lain yang bukan keluarganya, tidaklah sampai. Demikianlah kata Imam al Syaukani di dalam kitab Nail al-Authar.

🔴 Bolehkah kita berdoa supaya dimurahkan lagi rezeki selepas bersadaqah?

🔷 Tidak perlu berdoa kerana sadaqah tidak mengurangkan harta.

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه

“Daripada Rasulullah ﷺ bersabda: “Sadaqah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah ﷻ, melainkan Allahﷻ akan mengangkat darjatnya.” (HR Muslim: 4689)

Fiqh hadith, harta tidak berkurang selepas disadaqahkan, malah ia menjadi simpanan di akhirat, baki harta yang ada akan menjadi berkat.

🔴 Bagaimana pula jika kita berdoa untuk orang lain? Adakah doanya sampai?

🔷 Doanya sampai. Sila rujuk hadith yang saya selalu berikan.

“Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sadaqah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: قال رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم: “مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ”.

رواه مسلم

“Daripada Abu Darda’ رضي الله عنه bahawa dia mendengar Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)

🔴 Jika orang tua bersadaqah dan meniatkan pahala tersebut untuk anaknya yang sudah meninggal dunia, apakah pahalanya sampai?

🔷 Isu ini terbalik. Fiqh membincangkan anak yang bersadaqah kepada arwah ‘parents’ (ibubapa). Jika ‘parents’ usia panjang, boleh sahaja jika dia hendak bersadaqah untuk anaknya yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Perkara ini berkait dengan bab hibah pula.

🔴 Bolehkah kita mewaqafkan Al-Qur’an untuk arwah keluarga? Kita waqafkan kepada individu yang mengajar mengaji dan anak-anak yang belajar Al-Qur’an.

🔷 Bersadaqah atas nama si mati memang boleh. Dalil:

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها :

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمّـِيْ افْـتُـلِـتَتْ نَـفْسُهَا (وَلَـمْ تُوْصِ) فَـأَظُنَّـهَا لَوْ تَـكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، فَـهَلْ لَـهَا أَجْـرٌ إِنْ تَـصَدَّقْتُ عَنْهَا (وَلِـيْ أَجْـرٌ)؟ قَالَ: «نَعَمْ» (فَـتَـصَدَّقَ عَـنْـهَا).

“Bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ, “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara tiba-tiba (dan tidak memberikan wasiat), dan aku mengira jika dia boleh berbicara maka dia akan bersadaqah, apakah dia memperoleh pahala jika aku bersadaqah atas namanya (dan aku pun mendapatkan pahala)? Baginda menjawab, “Ya, (maka bersadaqahlah untuknya).” (Bukhari Muslim)

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-260 hingga Ke-262

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafisr Ayat Ke-260

Sebelum ini telah disebut ayat-ayat tentang Tauhid. Bagi mereka yang sudah ada akidah tauhid, Allah ‎ﷻ akan ajar mereka untuk menguatkan akidah dengan berbagai-bagai cara supaya mereka semakin beriman dan semakin kukuh iman.

وَإِذ قالَ إِبرٰهِـۧمُ رَبِّ أَرِني كَيفَ تُحيِي المَوتىٰ ۖ قالَ أَوَلَم تُؤمِن ۖ قالَ بَلىٰ وَلٰكِن لِّيَطمَئِنَّ قَلبي ۖ قالَ فَخُذ أَربَعَةً مِّنَ الطَّيرِ فَصُرهُنَّ إِلَيكَ ثُمَّ اجعَل عَلىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنهُنَّ جُزءًا ثُمَّ ادعُهُنَّ يَأتينَكَ سَعيًا ۚ وَاعلَم أَنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”. Allah berfirman: “(Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

وَإِذ قالَ إِبرٰهِـۧمُ رَبِّ أَرِني كَيفَ تُحيِي المَوتىٰ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?”

Permintaan Nabi Ibrahim عليه السلام ini adalah kerana baginda hendak melihat bagaimana cara Allah ‎ﷻ menghidupkan makhluk yang telah mati. Baginda hanya hendak tahu cara sahaja, kerana Nabi Ibrahim عليه السلام tentunya sudah yakin.

قالَ أَوَلَم تُؤمِن

Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya?

Allah ‎ﷻ tanya itu sebagai pengukuhan kepada kita bahawa Nabi Ibrahim عليه السلام yakin, cuma hendak tahu sahaja. Dengan pertanyaan Allah ‎ﷻ ini, dan jawapan yang diberikan oleh baginda, tahulah kita yang baginda hendak tahu sahaja dan supaya mengukuhkan iman baginda.

قالَ بَلىٰ وَلٰكِن لِّيَطمَئِنَّ قَلبي

Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi supaya tenteram hatiku

Tujuan Nabi Ibrahim عليه السلام tanya itu adalah supaya tenang dan teguh hati baginda dengan melihat cara dihidupkan makhluk yang telah mati.

Oleh itu, dari sini kita dapat tahu yang ‘yakin’ dan ‘teguh hati’ adalah dua perkara berbeza. Kita boleh dapat keteguhan itu dengan bermacam-macam cara. Kadang-kadang kita dapat sesuatu maklumat dalam mimpi. Kadang-kadang dengan kejadian yang terjadi kepada orang lain.

Atau kadang-kadang selepas kita mendengar ceramah atau buku yang menyentuh hati kita. Ada yang mendapatnya setelah belajar tafsir Al-Qur’an kerana dengan faham lebih mendalam, dapat meneguhkan iman seseorang juga.

Macam-macam cara Allah ‎ﷻ boleh berikan keteguhan hati kepada manusia. Akan tetapi kepada para Nabi, mereka ditunjukkan dengan perkara-perkara ajaib seperti yang kita akan baca sebentar lagi. Ini kerana kedudukan mereka lain daripads kita dan mereka memerlukan keteguhan hati yang lebih lagi kerana mereka berhadapan dengan tentangan yang amat besar daripada kaum mereka.

قالَ فَخُذ أَربَعَةً مِّنَ الطَّيرِ

Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung,

Ini boleh jadi apa-apa jenis burung sahaja. Jenis burung itu tidak penting. Tidak perlu dicari apakah jenis-jenis burung itu. Walaupun memang ada disebut dalam kitab-kitab tafsir, tetapi kita tidak ulangkan di sini kerana ia maklumat yang tidak penting.

فَصُرهُنَّ إِلَيكَ

kemudian jinakkanlah kepada kamu

Ada dua terjemah kepada potongan ayat ini:

  1. Pelihara burung-burung itu sampai mereka jinak. Maka Nabi Ibrahim عليه السلام kena beri makan sampai jinak. Ini kerana apabila kita beri binatang seperti burung makan, burung-burung itu akan jinak dengan kita. Kemudian selepas itu kalau dipanggil mereka akan datang. Maka Allah ‎ﷻ suruh Nabi Ibrahim عليه السلام jinakkan burung-burung itu kepada baginda.
  2. Ia boleh bermaksud cincang. Iaitu Allah ‎ﷻ suruh Nabi Ibrahim عليه السلام cincang burung-burung itu, gaulkan sekali.

ثُمَّ اجعَل عَلىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنهُنَّ جُزءًا

Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.

Setelah digaul sekali, pecahkan kepada empat bahagian dan letak setiap satu di empat-empat bukit itu.

ثُمَّ ادعُهُنَّ يَأتينَكَ سَعيًا

Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera

Burung-burung itu akan dihidupkan semula oleh Allah ‎ﷻ dan akan datang kepada Nabi Ibrahim عليه السلام setelah dipanggil oleh baginda. Nabi Ibrahim عليه السلام sudah menjinakkan burung-burung itu kepada baginda, maka apabila dipanggil, mereka akan datang.

وَاعلَم أَنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja. Maka sekarang Nabi Ibrahim عليه السلام boleh nampak sendiri dengan mata baginda bagaimana Allah ‎ﷻ memang mampu untuk menghidupkan makhluk yang telah mati. Walaupun telah dihancurkan, namun mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ hendak menghidupkan kembali makhluk itu kembali seperti asal.

Tafsir Ayat Ke-261

Kembali membicarakan mengenai infaq. Ini adalah perkara yang paling baik kita boleh lakukan dengan harta kita. Nanti kita akan belajar perkara paling buruk dengan harta kita, iaitu riba’.

Di antara infaq dan riba itu ada perkara yang diharuskan, iaitu perniagaan dan pinjaman sesama manusia. Jadi Allah ‎ﷻ cerita tentang yang bagus, yang dilarang dan yang harus dilakukan dengan wang dan harta kita.

Apakah kaitan ayat ini dengan ayat-ayat sebelum ini? Sebelum ini adalah ayat-ayat tentang mereka yang percaya kepada Allah ‎ﷻ dan Hari Akhirat dengan sebenar-benarnya. Sekarang Allah ‎ﷻ beri isyarat bahawa mereka yang percaya sungguh, akan melabur untuk akhirat. Itulah sekarang disebutkan tentang infaq, pelaburan jangka panjang yang paling menguntungkan.

Ayat yang kita akan belajar sebentar lagi ini mengenai kelebihan infaq. Dalam ayat-ayat seterusnya nanti akan diberikan syarat diterima infaq itu. Ada lapan syarat semua sekali.

Allah ‎ﷻ hendak hamba-Nya mengumpulkan sebanyak mungkin amal kebaikan untuk dihantar ke akhirat sebagai simpanan kita. Ini kerana kita hidup di dunia sekali sahaja dan waktu inilah sahaja peluang untuk berbuat kebaikan. Tidak ada peluang kedua. Kalau tanpa Al-Qur’an yang beritahu kepada kita kelebihan ini, kita tidak akan dapat tahu.

مَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم في سَبيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَت سَبعَ سَنابِلَ في كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضٰعِفُ لِمَن يَشاءُ ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَليمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

مَثَلُ الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم في سَبيلِ اللَّهِ

Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,

Perkara yang paling baik dalam infaq adalah keluarkan harta kita untuk mengembangkan dakwah tentang tauhid kepada manusia. Kalau kita keluarkan duit untuk kebaikan pun memang sudah dapat pahala. Lebih-lebih lagi yang melibatkan semua urusan yang melibatkan agama Islam.

Hatta beri makan kepada binatang, pun akan dapat pahala tetapi yang paling baik adalah dalam infaq atas ‘jalan Allah ‎ﷻ’, iaitu untuk menyampaikan dakwah kepada manusia. Termasuk dalam perkara itu adalah infaq kepada jihad perang.

كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَت سَبعَ سَنابِلَ

ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;

Allah ‎ﷻ memberi perumpamaan infaq kita itu seperti pohon supaya kita dapat bayangkan. Bayangkan sekarang satu pohon yang membuahkan hasil seumpama satu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai.

Allah ‎ﷻ menggunakan contoh tanaman sebab apabila kita bercucuk tanam, kita tidak melihat hasilnya dengan segera, bukan? Begitu juga dengan infaq itu. Kita hanya boleh lihat di akhirat kelak. Ada juga yang kita dapat di dunia, tetapi selalunya kita tidak perasan balasan yang Allah ‎ﷻ telah berikan.

في كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ

tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Pada setiap satu tangkai daripada pohon itu pula mengeluarkan seratus biji. Maka 1 x 7 x 100 = 700. Bayangkan kalau satu jadi 700! Maknanya kalau kita beri seringgit, Allah‎ ﷻ gandakan infak kita itu dengan pahala seumpama kita beri 700 ringgit!

Perniagaan Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh untung sebegini dan untung pula yang berkekalan. Tidak macam untung di dunia sebab di dunia tidak berkekalan.

وَاللَّهُ يُضٰعِفُ لِمَن يَشاءُ

Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya,

Allah ‎ﷻ boleh melipatgandakan lagi pahala infaq kita itu, mengikut keikhlasan dan susah payah (musyaqqah) dalam infaq kita itu. Ini kerana ada orang yang ikhlasnya tidak sama. Ada orang susah hendak beri infaq tetapi dia keluarkan juga wang untuk jalan Allah ‎ﷻ. Tidak sama infaq seorang kerani yang tidak berduit sangat dengan infaq seorang jutawan.

Allah ‎ﷻ boleh gandakan infaq kita itu sampai menjadi sejuta pahala atau tidak ada had. Itulah kelebihan yang Allah ‎ﷻ berikan kepada mereka yang infaq mengikut kadar masing-masing. Kalau dalam dunia, tidak akan dapat gandaan seperti ini. Kalau kita kerja makan gaji, buat kerja dalam susah pun akan sama sahaja, majikan tidak tambah gaji pun.

وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَليمٌ

Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Maha luas maksudnya Allah ‎ﷻ boleh bagi gandaan banyak mana pun kerana tidak ada had kepada Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh beri apa sahaja yang Dia hendak.

Allah ‎ﷻ Maha Tahu keikhlasan hamba-Nya dalam infaq itu. Orang yang menerima tidak tahu ikhlas atau tidak pemberi itu. Orang yang beri itu pun mungkin tidak tahu dia ikhlas atau tidak tetapi Allah ‎ﷻ maha tahu apa yang ada dalam hati orang.

Tafsir Ayat 262

Dalam kita menjalankan suruhan infaq ini, kena juga ikut syarat yang Allah ‎ﷻ tetapkan. Ada 8 syarat yang Allah ‎ﷻ tetapkan. Daripada 8 syarat itu, 4 kena ada, dan 4 kena tiada:

Pertama, tidak boleh ada syirik. Kalau kita infaq banyak mana pun, tetapi ada syirik dalam diri kita, sia-sia sahaja kerana pahala tidak diberikan langsung.

Kedua, dalam kita infaq itu, jangan riak.

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم في سَبيلِ اللَّهِ ثُمَّ لا يُتبِعونَ ما أَنفَقوا مَنًّا وَلا أَذًى ۙ لَّهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم وَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم في سَبيلِ اللَّهِ

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,

Sekarang Allah ‎ﷻ hendak memberitahu apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi supaya infaq kita kepada jalan Allah ‎ﷻ itu berkekalan. Ini supaya infaq kita itu tidak jadi sia-sia.

ثُمَّ لا يُتبِعونَ ما أَنفَقوا مَنًّا

kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mengungkit

Syarat yang ketiga dalam infak ini adalah jangan ungkit pemberian kita itu untuk hina dan rendahkan orang. Sebab boleh kalau hendak sebut untuk beri galakan kepada orang lain tetapi jangan kita ungkit sebab hendak hina atau jatuhkan martabat orang lain.

Kita jangan ungkit supaya pahala infaq itu berkekalan. مَنًّا adalah perbuatan ungkit pemberian untuk hina dan rendahkan orang lain. Sebagai contoh, kita ada tolong seseorang yang dalam kesusahan, sampai dia boleh bangkit balik. Tetapi katakanlah sampai suatu masa, kita berbalah dengan dia.

Bila sudah berbalah, macam-macam boleh keluar. Sampai keluar lafaz daripada mulut kita: “Kamu ni, kalau aku tak tolong dulu entah jadi apa pun aku tak tau.” Bila kita sebut macam itu, terus musnah pahala Infaq itu. Maksudnya, batal pahala itu. Masa kita beri infak itu, kita dapat pahala tetapi apabila kita ungkit sahaja untuk menghina dia, terus batal pahala infaq itu.

وَلا أَذًى

dan tidak pula menyakiti

Syarat keempat yang tidak boleh ada semasa dan selepas kita infaq adalah: tidak boleh menyakiti hati orang yang diberi infaq itu. Jangan kita sebut sesuatu perkataan untuk menyakiti hati dia. Atau, kita buat sesuatu yang boleh sakitkan hati d

Contohnya, selepas kita beri, kita arah dia, paksa dia buat benda yang dia tidak suka. Mungkin dia buat juga sebab kita sudah beri duit kepada dia, tetapi dalam hati dia tidak suka dan redha, dan dia lakukan apa yang kita suruh itu dengan rasa sakit hati.

لَّهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم

bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka,

Kalau mereka memenuhi semua syarat-syarat itu, barulah akan dapat pahala dan kekal pahala itu sampai ke akhir hayat mereka.

وَلا خَوفٌ عَلَيهِم

dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka,

Mereka tidak akan takut untuk menghadapi akhirat kerana mereka ada bekal. Allah ‎ﷻ akan beri kesenangan kepada mereka di akhirat kelak.

وَلا هُم يَحزَنونَ

dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka tidak akan berdukacita untuk meninggalkan dunia kerana mereka tahu bahawa apa yang mereka tuju itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Kita telah sebut 4 syarat yang tidak boleh ada dalam infaq. Empat syarat yang perlu ada pula:

  1. Pertama: Barang pemberian itu mesti halal. Jangan hina hukum Allah ‎ﷻ dengan Infaq pakai benda yang haram. Benda haram tidak boleh digunakan untuk kebaikan. Contohnya, jangan kita beri duit hasil riba’.
  2. Kedua, barang itu mesti baik. Sebagai contoh, jangan beri nasi basi tetapi berilah nasi yang boleh dimakan. Maksudnya, beri benda yang boleh digunakan lagi dan barang yang sesuai digunakan oleh yang hendak menerimanya. Contohnya, jangan beri baju perempuan kepada lelaki.

Barang yang diberi itu tidak semestinya benda yang baru, tetapi pastikan ia boleh dipakai. Senang sahaja untuk kita kenal pasti sama ada ia boleh dipakai atau tidak: kalau barang itu diberikan kepada kita, kita pun senang hati untuk terima.

  1. Ketiga: kita Infaq itu kerana mencari redha ilahi.
  • Keempat: kena ada perasaan gembira semasa memberi infaq. Ada orang yang beri infaq, tetapi dia rasa macam rugi sebab terpaksa beri. Atau dia mungkin terkilan pula selepas dia beri infaq itu.

  • Maknanya dia tidak yakin dengan janji Allah ‎ﷻ yang Allah ‎ﷻ akan balas infaq itu dengan berganda-ganda di akhirat kelak dan di dunia, sebab itu dia tidak suka dan menyesal. Perasaan suka ini akan datang kalau kita percaya dengan balasan yang kita akan dapat dengan infaq itu.

    Allahu a’lam.

     

     

    Ustz Azlizan, [11.05.20 14:54]
    Maka kita kena usaha supaya kita dapat jadi suka semasa memberi itu. Kena didik hati kita. Perasaan ini tidaklah datang sendiri tetapi harus dididik. Kena selalu baca ayat-ayat kelebihan infak supaya hati kita terdidik untuk suka infak.

    La Tahzan 209: Saya katakan: Akulah di hadapan pintu (قلتُ : بالبابِ أنا)

    0

    🦋🦋🦋🦋

    La Tahzan 209-1: Saya katakan: Akulah di hadapan pintu (قلتُ : بالبابِ أنا)

    Ia mengenai sebuah syair penyair ulung Farsi, Sa’di al Syirazi di bilik mesyuarat utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) di New York, USA.

    Beliau adalah Abu Muhammad Muslehuddin bin Abdullah Sa’di Syairazi,(ابومحمد مُصلِح‌الدین بن عَبدُالله سعدی شیرازی), atau lebih dikenali dengan Sa’di al Syirazi, wafat 691H atau 1292M di kota Syiraz, Iran. Maulidnya 20 April adalah cuti umum di Iran sekarang. Berikut adalah syair beliau di dewan mesyuarat utama PBB:

    العربية:
    بنو آدم جسد واحد
    إلى عنصر واحد عائد
    إذا مس عضواً أليم السقام
    فسائر أعضائه لاتنام
    إذا انت للناس لم تألم
    فكيف تسميت بالآدمي

    🎼 Edisi Bahasa Malaysia
    Anak-anak Adam adalah bahagian tubuh satu sama lain,
    yang telah diciptakan daripada satu intipati.
    Ketika kesakitan menimpa satu bahagian tubuh,
    Bahagian tubuh yang lain turut merasakannya.
    Jika engkau tidak bersimpati dengan penderitaan orang lain,
    engkau tidak layak disebut manusia.”

    🎼 Edisi Bahasa Inggeris
    Human beings are members of a whole,
    since in their creation they are of one essence.
    When the conditions of the time brings a member (limb) to pain,
    The other members (limbs) will suffer from discomfort.
    You, who are indifferent to the misery of others,
    it is not fitting that they should call you a human being.”

    IMG_20200716_155159_820

    Syair Sa’di Syirazi di Pintu Masuk bangunan PBB

    🦋🦋🦋🦋

    La Tahzan 209-2: Saya katakan: Akulah di hadapan pintu (قلتُ : بالبابِ أنا)

    Sambungan syair Sa’di al Syirazi (w.691H, Syiraz, Iran)

    Carilah sahabat setia

    قال لي المحبوبُ لمَّا زرتُهُ منْ ببابي قلتُ بالبابِ أنا
    قال لي أخطأت تعريف الهوى حينما فرَّقت فيه بيْنَنَا

    🎵 Saat aku menziarahi kekasihku (sahabat karibku), dia berkata kepada aku
    “Siapa di sebalik pintu itu?” Lantas aku jawab, “Di sebalik pintu hanyalah aku.”
    Dia berkata, “Kamu keliru dalam pengertian cinta,
    kerana dalam ungkapanmu, kamu pisahkan antara aku dan kamu.”

    ✒ Maksud syair itu ialah sahabat setia tidak lagi dipisahkan oleh apa jua tabir pemisah, saat dia mengetuk pintu atau memberi salam sudah dikenali.

    🦋🦋🦋🦋

    La Tahzan 209-3: Saya katakan: Akulah di hadapan pintu (قلتُ : بالبابِ أنا)

    Carilah sahabat setia

    لابُدَّ للعبد منْ أخٍ مفيدٍ يأنسُ إليه ، ويرتاحُ إليه ، ويُشاركُه أفراحهُ وأتراحهُ ، ويبادلُه ودّاً بودٍّ . * وَاجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي{29} هَارُونَ أَخِي{30} اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي{31} وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي{32} كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً{33} وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً *

    Setiap manusia harus punya teman setia untuk berkongsi suka dan duka. Sebagaimana Musa عليه السلام dan sahabatnya Harun (Moses and Aaron) dalam surah [Thaha: 29 — 33]

    Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong daripada keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; “Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, “Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, “Supaya kami sentiasa beribadat dan memuji-Mu, “Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingati-Mu.

    🦋🦋🦋🦋

    La Tahzan 209-4: Saya katakan: Akulah di hadapan pintu (قلتُ : بالبابِ أنا)

    Carilah sahabat setia

    ولابدُّ منْ شكوى إلى ذي قرابةٍ يُواسيك أو يُسلِيك أو يَتَوجَّعُ
    * بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ * ، * كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ * ، * وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ * ، * إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ *

    🎵 Syair Arab:
    Engkau perlu teman rapat untuk curahan hatimu,
    Dia akan menasihatimu, menghiburkanmu
    atau berkongsi suka dan duka.”

    Firman Allah ‎ﷻ:

    Sebahagian menjadi pembantu kepada yang lain [9:71]

    Seakan-akan mereka binaan yang kukuh [61: 4]

    Allah yang menyatukan hati-hati mereka [8:63]

    Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara [49:10]IMG_20200716_155635_388

    At-Tazkirah Qurthubi: Bab Delegasi Malakul Maut sebelum Kematian

    0

    At-Tazkirah Qurthubi (w.671H)

    Kod 15: Bab Delegasi Malakul Maut Sebelum Kematian Terjadi (باب ما جاء في رسل ملك الموت قبل الوفاة )

    15-1: Khabar Riwayat Ibn Jauzi رحمه الله:

    ورد في الخبر : أن بعض الأنبياء عليهم السلام قال لملك الموت عليه السلام : أمالك رسول تقدمه بين يديك ليكون الناس على حذر منك ؟ قال : نعم لي و الله رسل كثيرة من الإعلال و الأمراض و الشيب و الهموم و تغير السمع و البصر ، فإذا لم يتذكر من نزل به و لم يتب ، فإذا قبضته ناديته : ألم أقدم إليك رسولاً بعد رسول و نذيراً بعد نذير ؟ فأنا الرسول الذي ليس بعدي رسول ، و أنا النذير الذي ليس بعدي نذير

    Terdapat suatu khabar bahawa salah seorang Nabi (tidak dinyatakan siapa Nabi tersebut) bertanya kepada Malakul Maut*, “Apakah kamu mempunyai utusan (delegasi) yang datang sebelum kamu supaya manusia bersiap siaga menerima kedatanganmu?” Jawab Malakul maut, “Benar, kami ada banyak utusan dalam bentuk gangguan dan penyakit, juga uban, berkurangnya penglihatan dan pendengaran. Jika dia ditimpa semua itu masih belum sedar dan bertaubat, maka ketika aku sudah datang untuk mencabut nyawanya, maka aku menyerunya,” Bukankah aku sudah menghantar utusan demi utusan kepadamu untuk memperingatimu? Aku adalah utusan yang muktamad, aku adalah peringatan terakhir, tiada lagi utusan dan peringatan selepasku.”

    ——————————-

    • Malakul maut. Adakah dia memiliki nama khas atau nama umum sahaja?

    1⃣ Isu nama Malakul Maut, menurut ahli hadith seperti Ibn Kathir, al Munawi, al Albani, Syeikh Ben Baz, Ibn Uthaimin; nama khas malakul maut sebagai Izrail atau Israel adalah tidak sahih, bahkan ia adalah Israeliyat.

    2⃣ Adakah Malakul Maut itu satu jabatan khas atau portfolio yang disertai oleh ramai malaikat. Ini menurut pendapat yang lebih sahih.

    Dalilnya:

    حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ

    “… Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh Malaikat-Malaikat Kami dan Malaikat-Malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipannya”  [ Al An’am: 61 ]

    ✏️ Malakul maut itu disebut secara jamak (plural). Inilah pendapat Syeikh Ibn Uthaimin ( As Syarhul Mumti VI:114)

    15-1: Khabar Riwayat Ibn Jauzi رحمه الله : (Bahagian 2)

    فما من يوم تطلع فيه شمس و لا تغرب إلا و ملك الموت ينادي : يا أبناء الأربعين ، هذا وقت أخذ الزاد ، أذهانكم حاضرة و أعضاؤكم قوية شداد . يا أبناء الخمسين قد دنا و قت الأخذ و الحصاد . با ابناء الستين نسيتم العقاب و غفلتم عن رد الجواب فما لكم من نصير أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر و جاءكم النذير ذكره أبو الفرج ابن الجوزي في كتاب روضة المشتاق و الطريق إلى الملك الخلاق .

    “Tidak ada satu hari pun selagi matahari masih terbit dan terbenam, melainkan Malakul Maut akan berseru, “Wahai orang orang yang berusia 40’an, inilah saatnya kamu mula mengumpul bekalan, selagi akal masih waras dan fizik yang masih kuat. Wahai orang yang berusia 50’an, sudah masa menuai hasil. Wahai orang orang 60’an, kamu telah melupakan hukuman Allahﷻ, lalai untuk menjawabnya. “

    Firman Allah‎ ﷻ

    (أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ
    وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ)

    Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (Apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun. [ Faatir: 37 ]
    —————————-

    • Dinukil oleh Abul Faraj Ibn AlJawzi (w.597H), Raudhah al Mustaq wa at Toriq ila al Malik al Khallaq, ms 60. Ulasan Muhaqqiq Dr Saddiq Ibrahim, tidak ada sumber riwayatnya. (Dhaif)

    15-2: Hadith al Bukhari رحمه الله

    و في البخاري ، عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي قال : أعذر الله إلى امرىء أخر أجله حتى بلغ ستين سنة يقال أعذر في الأمر أي بالغ فيه أي اعذر غاية الإعذار بعبده و أكبر الأعذار إلى بني آدم بعثة الرسل إليهم ليتم حجته عليهم (صحيح البخاري كتاب الرقاق باب من بلغ ستين سنة، فقد أعذر الله إليه في العمر حديث رقم 6082)

    Dalam sahih al Bukhari رحمه الله (No 6082) daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Nabi ﷺ, “Allah ﷻ telah banyak memberi ruang memohon maaf (keampunan) kepada yang diberi tangguh ajalnya sampai mencecah 60’an.”

    Kata al Qurthubi رحمه الله:

    (أعذر في الأمر )

    Iaitu memberi banyak ruang untuk meminta maaf, seluas-luasnya, termasuk juga pakej diutusnya para Rasul, maka sempurnalah alasan untuk menghukum manusia dengan dilanjutkan usia dan diutuskan para Rasul. Firman Allah ‎ﷻ:

    وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا

    …..Dan Kami tidak akan
    mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul [ Al-Isra’: 15 ]

    15-3: Firman Allah‎ ﷻ

    قال و جاءكم النذير قيل : هو القرآن . و قيل : هو الرسل إليهم . و عن ابن عباس و عكرمة و سفيان و وكيع و الحسين بن الفضل و الفراء و الطبري قالوا : هو الشيب فإنه يأتي في سن الاكتهال . فهو علامة لمفارقته سن الصبا الذي هو سن اللهو و اللعب
    Firman Allah ﷻ

    (وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ)-

    Dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?

    [Fathir:37]

    Dikatakan “peringatan” itu adalah Al-Qur’an. Pendapat lain ia bermaksud perutusan Rasul. Manakala Ibn Abbas, Ikrimah (murid Ibn Abbas, w.104H), Sufyan (bin Uyainah, w.198H Kufah), Waqi’ (w. 197H, Kufah) al Husin bin Fadhl (w. 282H, Kufah) , al Farra’ (w. 207H, Kufah) dan at Tobary (tafsir Tobari, 10:419), peringatan itu adalah datangnya uban. Uban datang ketika tua, menandakan berlalunya masa muda seseorang.

    15-4: Kisah Israeliyat Nabi Daud عليه السلام

    و روي أن ملك الموت دخل على داود عليه السلام فقال من أنت ؟ فقال من لا يهاب الملوك و لاتمنع منه القصور و لا يقبل الرشا ، قال : فإذا أنت ملك الموت قال : نعم . قال : أتيتني و لم أستعد بعد ؟ قال يا دواد أين فلان قريبك ؟ أين فلان جارك ؟ قال : مات ، قال أما كان لك في هؤلاء عبرة لتستعد

    Dalam sebuah riwayat (Israeliyat), ketika Malakul Maut masuk menemui Nabi Daud عليه السلام (King David), maka Nabi Daud عليه السلام bertanya, “Siapa kamu?” Malakul Maut menjawab, “Aku yang tidak pernah takut kepada raja-raja, tidak boleh dihalang oleh istana dan tidak boleh dirasuah.” Maka Daud عليه السلام berkata, “Jika begitu, kamu adalah Malakul Maut.” Dia menjawab, “Ya, betul.” Daud عليه السلام pun berkata, “Kenapa kamu datang sedangkan aku belum lagi bersedia?” Jawab Malaikat, “Hai Daud عليه السلام, manakah kerabatmu? Manakah tetangga kamu? Jawab Daud عليه السلام,” Mereka telah pun meninggal dunia.” Secara sinis Malaikat berkata, “Tidakkah kamu mengambil ibrah (pengajaran) daripada kematian mereka dan tidak melakukan persiapan?” (Atsar Riwayat al Zamakhsyari, Rabi’ al Abrar, 4:186)

    Tahqiq: Dr Sadiq Ibrahim, Dhaif, Israeliyat.

    Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 3/2020

    0

    Permasalahan Sendi dan Tulang

     Soalan 1:

    Apakah penyakit Osteoporosis? Bagaimanakah cara untuk mengetahui seseorang itu menghidapi penyakit tersebut?

    Jawapan:

    Sesorang boleh dikesan menghidapi Osteoprosis jika ada kesakitan pada tulang dan mudah patah.  Tulang pesakit juga akan kelihatan kurang padat melalui ujian imbasan x-ray.

    Soalan 2:

    Mengapa lutut saya seakan berbunyi ketika mencangkung, sakit bila berada dalam kawasan sejuk seperti bilik yang berhawa dingin malah merasa sakit ketika menaiki tangga?  Apakah ubat yang boleh meredakan kesakitan dan masalah lutut saya?

    Jawapan:

    Kebiasaannya orang yang sudah berusia atau warga emas yang sering mengalami sakit lutut.  Jika orang yang masih muda mengalami sakit lutut, kemungkinan besar disebabkan oleh kecederaan kecil yang berulang.  Untuk melegakan kesakitan, boleh cuba guna ‘yoga mat’ sebagai pelapik.

    Soalan 3:

    • Bolehkah cakera tulang belakang yang sudah rosak pulih dengan sendiri? Saya mengalami kerosakan pada L5 akibat jatuh kerana terlibat dalam kemalangan.
    • Apakah ada acara untuk sembuh dari masalah tersebut?

     Jawapan:

    • Kerosakan pada cakera tulang belakang ‘L5’ tidak akan pulih dengan sendirinya.
    • Untuk sembuh perlu melakukan fisioterapi termasuk ‘lumbar traction’ atau pembedahan rekonstruktif di hospital.

    Soalan 4:

    Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit di rusuk kanan sementara menunggu tarikh temujanji dengan doktor kerana saya mengalami kesakitan semasa bernafas terutama apabila batuk atau bersin?

    Jawapan:

    Pengambilan ubat tahan sakit boleh meredakan kesakitan tetapi adalah penting untuk mengetahui punca sakit yang melibatkan tulang rusuk dan disarankan untuk berjumpa doktor lebih awal.

    Permasalahan Alahan

    Soalan 5:

    Saya mengalami alahan yang teruk dan setiap kali alahan saya akan bersin tanpa henti, gatal-gatal pada badan, hidung juga akan berair seperti selesema dan tersumbat sehingga mengganggu aliran pernafasan.  Bolehkah doktor syorkan ubat alahan yang agak kuat untuk masalah penyakit saya.

    Jawapan:

    Disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan minta doktor ubat sembur hidung untuk mengelakkan kesukaran bernafas kerana hidung yang tersumbat.

    Permasalahan Haid

    Soalan 6:

    Benarkah meminum  air gas dan berais merbahaya bagi wanita yang sedang haid?

    Jawapan:

    Tidak benar.

    Soalan 7:

    Saya berusia 19 tahun tetapi sehingga kini saya masih belum didatangi haid / amenorrhea primer.  Adakah jika tidak dirawat boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan?

    Jawapan:

    Perlu mendapatkan konsultansi daripada doktor untuk mengetahui punca tidak didatangi haid.  Merbahaya atau mudarat adalah bergantung kepada penyebab kes primary amaenorrhoea yang dialami oleh pesakit.

    Persoalan lain yang melibatkan masalah kesihatan

    Soalan 8:

    • Adakah jika kerap buang air kecil merupakan petanda atau gejala sesuatu penyakit?
    • Berapa liter yang terbaik untuk pengeluaran air kencing seharian?

    Jawapan:

    • Mungkin ada penyakit dan mungkin juga tiada sebarang masalah kesihatan tetapi cuba pastikan tahap gula dalam darah dan sukat air kencing untuk mengetahui berapa liter dalam sehari.
    • Sebaiknya pengeluaran air kencing seharian adalah dalam 1 hingga 2 liter.

    Soalan 9:

    Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh WHO, benarkah Covid-19 boleh tersebar menerusi udara lebih dari jarak dua meter?

    Jawapan:

    Jika dilihat daripada cara transmisi virus daripada kontak rapat, ia tidak seperti yang dinyatakan dalam kajian. Jika seperti kajian sudah pasti ramai lagi yang akan mendapat jangkitan. Dengan kaedah sekarang kadar jangkitan boleh dikurangkan dengan begitu berkesan.

    Soalan 10:

    Apakah cara pengambilan buah-buahan yang terbaik sama ada makan buah-buahhan mentah atau dikisar menjadi jus?

    Jawapan:

    Khasiat yang sama jika diminum dengan hampasnya.

    La Tahzan 208: Doa orang yang Dizalimi (دعوة المظلوم)

    0

    🍃🍂🍃🍂

    La Tahzan 208-1: Doa orang yang Dizalimi (دعوة المظلوم)

    قال إبراهيمُ التيميُّ : إنَّ الرجل ليظلمُني فأرحَمُهُ

    Berkata Ibrahim al Taimi*: Jika ada orang yang menzalimi daku, maka aku akan memaafkannya.”
    —————————-
    * Ibrahim at Taimi, tabi’in Kufah, wafat 92H adalah mangsa kekejaman al Hajjaj bin Yusof, Gabenor Iraq yang kejam

    🍃🍂🍃🍂

    La Tahzan 208-2: Doa orang yang Dizalimi (دعوة المظلوم)

    وسُرقتْ دنانيرُ لرجلٍ صالح منْ خراسان ، فجعل يبكي ، فقال له الفضيلُ : لِم تبكي ؟ قال : ذكرتُ أنَّ الله سوف يجمعُني بهذا السارقِ يوم القيامةِ ، فبكيتُ رحمةً له

    Di Khurasan* ada seorang lelaki soleh telah kecurian wang dinarnya. Beliau menangis kerana kehilangan wang tersebut, lalu disapa oleh Fudhail** “Kenapa kamu menangis?” Orang soleh itu menjawab, “Aku menangis kerana pada hari Kiamat nanti, dia akan dikumpulkan bersama pencuri tersebut dan aku kasihan kepadanya (akan menerima hukuman kerana mencuri duitnya)”.
    —————————
    *Khurasan adalah wilayah yang terletak di Iran sekarang.
    **Fudhail ialah Fudhail bin Iyadh, Abid haramain, w. 187H, kelahiran Samarkhand dan membesar di Khurasan. Pada akhir usia, beliau menetap di Mekah dan wafat di sana.

    Popular

    Iklan

    Iklan