Utama Blog Halaman 30

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-125 hingga Ke-129

0

Tafsir Surah Ali-Imran

Tafsir Ayat Ke-125

بَلىٰ ۚ إِن تَصبِروا وَتَتَّقوا وَيَأتوكُم مِّن فَورِهِم هٰذا يُمدِدكُم رَبُّكُم بِخَمسَةِ ءآلٰفٍ مِّنَ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُسَوِّمينَ

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

بَلىٰ

Bahkan

Mengapa tidak? Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ yang sebut tentang bilangan tentera malaikat seramai 3 ribu itu (sebelum Allah ‎ﷻ sebut para malaikat akan diturunkan), dan Allah ‎ﷻ mengiyakan dalam ayat ini. Allahu a’lam.

إِن تَصبِروا وَتَتَّقوا

jika kamu bersabar dan bertaqwa,

Allah ‎ﷻ akan bantu sekiranya tentera Islam itu bersabar dalam taat dan ikut syari’at. Inilah dua syarat yang Allah ‎ﷻ letakkan untuk mendapatkan bantuan-Nya. Allah ‎ﷻ mengingatkan tentang taqwa sentiasa dan tentunya dalam peperangan memerlukan kesabaran yang amat-amat tinggi.

وَيَأتوكُم مِن فَورِهِم هٰذا

dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta,

Dan kalaulah musuh menyerang kamu, jangan takut.

nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

Jangan takut kerana Allah ‎ﷻ boleh menghantar malaikat yang boleh datang dengan serta merta untuk membantu. Para malaikat menunggu sahaja arahan daripada Allah ‎ﷻ. Bukanlah perlu Allah ‎ﷻ memanggil malaikat yang tengah ada kerja lain. Itulah tentera langit.

Allah ‎ﷻ boleh datangkan lima ribu malaikat yang semuanya berseragam cukup dengan kelengkapan perang. Mereka juga datang dengan kuda bertanda (مُسَوِّمينَ). Allahu a’lam bagaimana rupanya.

Memang Allah ‎ﷻ ada menghantar tentera dalam kalangan malaikat. Sebagai contoh, apabila dilihat tentera kafir yang mati di Badr, tidak kelihatan kesan luka pada badan mereka tetapi kesan terbakar. Maknanya mereka mati bukan kerana dibunuh manusia.

Tafsir Ayat Ke-126:

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ لَكُم وَلِتَطمَئِنَّ قُلوبُكُم بِهِ ۗ وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ العَزيزِ الحَكيمِ

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya daripada Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ لَكُم

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu,

Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia akan hantar malaikat itu sebab menjadi berita gembira sahaja kepada tentera Muslimin. Ia untuk memberi semangat kepada mereka. Apabila mereka rasa ada bantuan daripada malaikat, tentu mereka akan rasa lebih kuat. Ia hanya salah satu sahaja cara Allah ﷻ membantu hamba-Nya yang soleh.

وَلِتَطمَئِنَّ قُلوبُكُم بِهِ

dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu

Allah ﷻ hendak senangkan hati umat Islam sahaja kerana jiwa manusia, kalau tahu mereka dalam bilangan yang ramai, baru mereka akan berasa lega dan aman serta yakin akan menang.

وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ العَزيزِ الحَكيمِ

Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya daripada Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ mengingatkan bahawa pertolongan yang sebenarnya adalah daripada Allah ﷻ. Mereka akan tetap menang walaupun tanpa bantuan malaikat itu kerana kemenangan adalah ketetapan daripada Allah ‎ﷻ, bukannya dengan adanya malaikat yang membantu. Kalau Allah ‎ﷻ bantu, tentera Islam akan tetap menang, asalkan memenuhi syarat-syarat yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan.

Allah ‎ﷻ Maha Gagah Perkasa boleh mengalahkan mana-mana musuh. Tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan Allah ﷻ.

Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana dalam mengurus. Kadang-kadang Dia beri malaikat dan kadang-kadang diberi bantuan dengan cara lain. Allah ‎ﷻ sahaja yang tentukan dan cara Allah ‎ﷻ itu cara yang paling tepat.

Tafsir Ayat Ke-127

لِيَقطَعَ طَرَفًا مِّنَ الَّذينَ كَفَروا أَو يَكبِتَهُم فَيَنقَلِبوا خائِبينَ

kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.

لِيَقطَعَ طَرَفًا مِّنَ الَّذينَ كَفَروا

kerana Allah hendak membinasakan satu golongan daripada orang-orang kafir

Tujuan Perang Badr Allah ﷻ takdirkan untuk menghapuskan satu puak daripada orang kafir yang menjadi ketua mereka. 70 orang yang mati daripada kumpulan kafir Musyrikin Mekah itu adalah mereka yang paling kuat menentang Nabi ﷺ. Nanti apabila sudah tiada  ketua yang kuat menentang, maka yang tinggal nanti adalah pengikut-pengikut sahaja.

أَو يَكبِتَهُم

atau menghina mereka

Atau Allah ‎ﷻ hendak mengalahkan mereka walau mereka bilangan ramai. Allah ‎ﷻ hendak memalukan mereka. Bayangkan tentera ramai, tetapi masih tetap kalah juga.

فَيَنقَلِبوا خائِبينَ

supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.

Supaya mereka kembali ke Mekah dengan perasaan yang amat kecewa. Supaya mereka tidak boleh berbangga dengan bangsa Arab yang lain yang mereka berjaya kalahkan Islam.

Sampai sini sahaja kisah Perang Badr. Selepas ini adalah tentang kisah Perang Uhud.

Tafsir Ayat Ke-128

Sekarang kita kembali kepada kisah Perang Uhud. Nabi ﷺ dan sahabat diuji menang pada peringkat awal tetapi kalah di pertengahan. Waktu sedang kalah itu Nabi ﷺ menyatakan kesedihan baginda. Allah‎ ﷻ jawab di dalam ayat ini.

لَيسَ لَكَ مِنَ الأَمرِ شَيءٌ أَو يَتوبَ عَلَيهِم أَو يُعَذِّبَهُم فَإِنَّهُم ظٰلِمونَ

Engkau tidak berhak sedikit pun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

لَيسَ لَكَ مِنَ الأَمرِ شَيءٌ

Engkau tidak berhak dalam urusan sedikit pun,

Allah ‎ﷻ beritahu Nabi ﷺ bahawa baginda tidak ada hak dalam urusan menang kalah, kafir atau memberi hidayah, sedikit pun. Semuanya di tangan Allah ﷻ.

أَو يَتوبَ عَلَيهِم

sama ada Dia menerima taubat mereka

Sama ada Allah ‎ﷻ akan memberi ampun kepada mereka dan mereka masuk Islam atau menghancurkan mereka, itu hak Allah ‎ﷻ. Lihatlah bagaimana dua ketua perang Musyrikin Mekah waktu itu, Abu Sufyan dan Khalid al Walid telah masuk Islam kerana Allah ‎ﷻ telah menerima taubat mereka.

أَو يُعَذِّبَهُم فَإِنَّهُم ظٰلِمونَ

ataupun Dia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

Atau Allah ‎ﷻ hendak kekalkan mereka dalam kufur dan kemudian Allah ‎ﷻ azab mereka di akhirat kelak dengan seburuk-buruk azab. Dan mereka memang layak diazab kerana mereka zalim.

Oleh itu, Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa bukan urusan Nabi ﷺ siapa yang dapat hidayah dan iman. Nabi ﷺ hanya perlu menjalankan tugas baginda sahaja untuk menyampaikan dakwah, memerangi mereka dalam menyampaikan dakwah. Sama ada manusia terima atau tidak, itu hak Allah ‎ﷻ.

Begitu juga dengan kita: kadang-kadang banyak usaha kita lakukan untuk sampaikan dakwah kepada manusia, kita buat tulisan, kita nasihat orang, kita beri ajaran dan sebagainya. Namun sama ada manusia terima atau tidak, itu terpulang kepada Allah ‎ﷻ.

Dalam ayat ini, nampaknya Allah ‎ﷻ telah menegur Nabi ﷺ. Kita kena ingat, Allah ‎ﷻ sahaja yang layak menegur Nabi ﷺ kerana kedudukan Allah ‎ﷻ. Namun, kita kena jaga adab kita. Jangan kita pula hendak kata Nabi Muhammad ﷺ salah dan membuat dosa pula kerana kedudukan kita lebih rendah daripada kedudukan Nabi ﷺ.

Tafsir Ayat Ke-129

Kenapa begitu? Kerana Dia Allah ‎ﷻ. Maka Allah ﷻ boleh buat apa sahaja yang Dia mahu.

وَلِلَّهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۚ يَغفِرُ لِمَن يَشاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَلِلَّهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki kerana alam ini adalah kepunyaan Dia. Siapa kita hendak mempersoalkan apa yang Allah ‎ﷻ lakukan? Bukan sahaja alam, tapi kita ini pun adalah kepunyaan Allah ﷻ juga, bukan? Maka sepertimana kita buat apa sahaja yang kita hendak dengan barang kita, maka begitu jugalah Allah ﷻ boleh buat apa sahaja yang Dia hendak.

يَغفِرُ لِمَن يَشاءُ

Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya,

Allah ‎ﷻ boleh masukkan perasaan hendak meminta ampun kepada sesiapa sahaja. Allah ﷻ juga boleh menggerakkan hati sesiapa sahaja ke dalam Islam dan mengampuni mereka.

Maka kalau kita rasa kita bersalah dan hati kita melakukan istighfar kepada Allah ﷻ, itu adalah satu nikmat yang amat besar. Maknanya Allah ﷻ telah jentik hati kita untuk rasa bersalah dan rasa lembut hati untuk meminta ampun. Maka kalau ada perasaan begitu, maka hendaklah kita cepat-cepat istighfar.

وَيُعَذِّبُ مَن يَشاءُ

dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Atau Allah ‎ﷻ boleh kekalkan mereka dalam kufur dan kemudian Allah akan azab mereka. Terpulang kepada Allah ﷻ. Dan kita tidak boleh hendak persoalkan Allah ﷻ. Kalau Allah ﷻ hendak masukkan semua makhluk ke dalam neraka pun, kita tidak dapat persoalkan.

Tentulah Allah ﷻ tidak begitu, tetapi kalaulah Allah ﷻ hendak buat begitu, kita pun tidak dapat mempersoalkannya. Kita kena sedar kedudukan kita dan Allah ﷻ.

وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah mengingatkan Sifat-Nya yang maha pengampun dalam ayat ini untuk beri isyarat bahawa Allah ampunkan kesilapan Nabi itu. Bukan sahaja kesilapan Nabi Muhammad, kalau kesilapan dan dosa kita pun Allah ﷻ boleh ampunkan.

Allah ﷻ boleh ampunkan kerana sifa-Nya yang Raheem. Allah ﷻ amat sayang kepada makhluk-Nya. Oleh kerana sayang sangat, maka Allah ﷻ mudah untuk ampunkan. Begitu jugalah kalau ada kalangan sahabat atau ahli keluarga kita yang kita sayang, kita mudah untuk maafkan kesilapan mereka terhadap kita, bukan?

Allahu a’lam.

SOAL JAWAB DALAM BICARA SUNNAH THTL: PENCERAHAN MENGENAI AYAT TENTANG ZINA PADA SURAH AN-NUR

0
🔴Ayat tentang zina pada surah an-Nur ayat 2 dimulakan dengan الزَانِيَةُ.

Bolehkah ditafsirkan bahawa Allah ﷻ menyebut perempuan terlebih dahulu, oleh itu, ramainya penzina dalam kalangan perempuan berbanding lelaki? Adakah terdapat sandaran pada kenyataan ini?

Tafsir ada banyak jenis seperti Tafsir Ahkam (fokus kepada hukum hakam, seperti tafsir Ahkam Ibn Al Arabi, ada yang fokus kepada bahasa Arab seperti Tafsir Zamakhsyari, Tafsir Ijma’iy atau sains sosial seperti Tafsir Fi Dzilal).

Maka dalam ayat 2 An-Nuur, anda lebih berminat kepada Tafsir Lughawi, konteks bahasa Arab dan Tafsir Ijtima’iy.

Maka sandaran mereka ialah daripada sudut bahasa Arab, Balaghah, Tatabahasa dan Sains Sosial ialah bagaimana zina itu bermula dan impak kepada jantina.

Zamakhsyari misalnya berkata, dimulakan dengan penzina perempuan kerana:
1. Impak zina lebih dahsyat kepada perempuan, aibnya lebih besar, lebih besar kalau hamil.
2. Hubungkait dengan jantina, zina banyak bermula dengan wanita, manakala jenayah mencuri lebih kepada gender lelaki, dalilnya:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا

Ertinya: “DAN PENCURI LELAKI” serta pencuri perempuan maka (hukumnya) potonglah tangan mereka” [Al-Maidah:38].

Dalil hadith
Daripada Abu Said Al Khudry, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia ini adalah manis lagi hijau. Dan Allah ﷻ melantik kamu sebagai pengganti padanya lalu diperhatikan bagaimanakah tingkah lakumu. Oleh itu takutkan (ujian) dunia dan takutlah juga (ujian) wanita kerana sesungguhnya fitnah (ujian) yang menimpa Bani Isra’il adalah pada wanita (Sahih Muslim no 2742).

3 isu disebut wanita terlebih dahulu dalam ayat zina adalah kerana sebatan yang akan dijatuhkan akan memberi kesan lebih teruk kerana kulit wanita lebih lembut dan sensitive. Maka penguasa perlu berhati-hati dengan kadar pukulan terhadap wanita berbanding kulit lelaki.

Begitulah kalau anda berminat daripada aspek bahasa Arab, memang perlu membaca Tafsir Zamakhsyari.

@SnJFiqhWanita

La Tahzan 235: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

0

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-1: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada sahabat yang perfect (sempurna)

Firman Allah ‎ﷻ:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

[Al A’raf: 199]

لا ينبغي أنْ يزهد فيهِ – أي الأخ- لخُلُقٍ أو خُلُقَيْن ينكرُهما منهُ، إذا رضي سائر أخلاقِه ، وحمِد أكثرَ شِيمِه ، لأنَّ اليسير مغفورٌ ، والكمال مُعوزٌ

Amat tidak patut jika menjauhi saudara kita hanya kerana satu atau dua perangainya yang jelik, sedangkan selebihnya dia baik. Maka satu atau dua kesalahan dia masih dapat dimaafkan kerana kesempurnaan adalah tingkatan yang amat sukar dicapai (oleh sesiapa).

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-2: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Al Kindi

وقدْ قال الكِنْديُّ : كيف تريدُ منْ صديقِك خُلُقاً واحداً ، وهو ذو طبائع أربعٍ . مع أنَّ نفْس الإنسانِ التي هي أخصُّ النفوسِ به ، ومدبَّرةٌ باختيارِه وإرادتِه ، لا تُعطيه قيِادها في كلِّ ما يريدُ ، ولا تُجيبُه إلى طاعتِه في كلِّ ما يجبُ ، فكيف بنفسِ غيرِه ؟!

Berkata Al Kindi (أبو يوسف يعقوب بن إسحاق الكندي, ahli sains Baghdad, w.256H, era Abbasiah) berkata, “Bagaimana anda mengharapkan sahabat anda memiliki suatu bentuk kelakuan yang tunggal, sedangkan jiwa anda sendiri ada 4 tabiat: tabiat memilih, tabiat berkehendak, tidak mematuhi apa yang dihajati oleh tuannya dan tidak mengiyakan apa yang diperintah. Maka bagaimana dengan jiwa orang lain?”

Firman Allah ‎ﷻ:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang Maha Mengetahui tentang orang yang bertaqwa.

[An-Najm: 32]

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-3: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Abu Darda’ رضي الله عنه

وحسْبُك أنْ يكون لك منْ أخيك أكثرُه ، وقدْ قال أبو الدرداءِ – رضي الله عنه – : مُعاتبَةُ الأخِ خَيْرٌ منْ فقْدِه ، منْ لك بأخيك كلِّه ؟!

Cukuplah jika menerima sebahagian besar (tabiat) sahabat anda. Berkata Abu Darda’ رضي الله عنه (sahabat Ansar Madinah, w.32H di Mesir) ; “Mencela/mencerca/mengutuk/memaki/menyalahkan kawan lebih baik daripada kehilangannya. Siapa yang mendapat (seluruh kebaikan) daripada kawannya?”

🎵 Syair Arab berbunyi:

وقال أبو تمامٍ الطائيُّ :
ما غبن المغبون مِثْلُ عقْلِهِ منْ لك يوماً بأخيك كُلِّهِ

Berkata penyair Abu Tamam Al Thai (kelahiran Syria, wafat 231H):

Kerugian yang paling besar, bila seseorang hilang akalnya;
Tiada orang yang mendapat seluruh kebaikan daripada sahabatnya.

Fiqh al-athar:

1⃣ Jika kawan kita berbuat silap terhadap kita, ada dua opsyen, memaki atau mencela atau menyalahkan dia yang boleh menyebabkan kita kehilangan kawan itu.

Maksudnya, kalau kawan membuat kesilapan, “blunder”, kalau kita maki dia, kutuk dia, akan menyebabkan kita akan kehilangannya.

2⃣ Dalam persahabatan, kita tidak akan mendapat 100% kebaikan (sempurna) daripada kawan. Ada kalanya dia akan melakukan kesalahan terhadap kita, maka janganlah disebabkan kesalahan itu, kita mengutuk dan menyalahkannya sebab kalau dia buat silap, kita marah dan maki dia, maka kita akan kehilangan seorang kawan.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-4: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada kawan yang sempurna di atas dunia

وقال بعضُ البلغاءِ : لا يُزهدنَّك في رجلٍ حمدت سيرته ، وارتضيت وتيرته ، وعرفت فَضْله ، وبطنت عقله – عَيْبٌ خفيٌّ ، تحيطُ به كثرةُ فضائلِه ، أو ذنبٌ صغيرٌ تستغفرُ له قوةُ وسائلِه ، فإنك لنْ تجِد – ما بقيت – مُهذَّباً لا يكونُ فيه عيبٌ ، ولا يقعُ منه ذنبٌ

Berkata seorang ahli balaghah, “Janganlah disebabkan oleh satu kesalahan kecil yang sebenarnya boleh ditutupi oleh kebaikannya yang banyak, lantas engkau menjauhi seseorang yang pernah engkau puji, pernah menerima latarbelakangnya, mengetahui kemuliaannya dan kebaikan buah fikirannya. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapat sahabat yang bebas daripada dosa atau kesalahan selamanya”.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-5: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Engkau juga tidak sempurna

فاعتبرْ بنفسك بعدُ ألاَّ تراها بعينِ الرضا ، ولا تجري فيها على حُكمِ الهوى ، فإنَّ في اعتبارِك بها ، واختبارِك لها ، ما يُواسيك مما تطلبُ ، ويعطِفك على منْ يُذنبُ ، وقد قال الشاعرُ :

ومنْ ذا الذي تُرضى سجاياهُ كلُّها كفى المرء نُبلاً أنْ تُعدَّ معايبُهْ

(Kawan-kawanmu bukan manusia sempurna)
Begitu juga dengan dirimu.
Cerminlah dirimu; lihat dengan pandangan positif, jangan menilai dengan hawa nafsu. Sesungguhnya penilaian dan pandangan terhadap dirimu sendiri akan membantu dirimu mendapatkan apa yang dikau hajati dan melunakkan sikapmu terhadap orang lain yang melakukan kesilapan.

🎵 Menurut sebuah syair Arab:

“Tiada seorang pun yang dapat memuaskanmu dengan ada semua sifat (terpuji);
Cukuplah kebijaksanaan seseorang bila dia sanggup menghisab kelemahan dirinya sendiri.”

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-6: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Syair An Naabighah Al Zubyani (النابغة الذبياني)

وقال النابغةُ الذُّبيانيُّ :
ولست بمُسْتبْقٍ أخاً لا تلُمُّهُ على شعثٍ أيُّ الرِّجالِ المهذَّبِ

An Nabighah atau Ziyad bin Mu’awiyah bin Dhabab, w.18 sebelum Hijrah, adalah salah seorang penyair ulung Arab Hijaz.

(توفي سنة ١٨ قبل الهجرة, زياد بن معاوية بن ضباب )

🎵 Beliau melantunkan sebuah syair:

Engkau tidak akan mendapat seorang kawan pun
Yang bebas daripada celaanmu kerana kelemahan yang ada padanya;
Mana ada orang yang bersih daripada kelemahan…

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-7: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Jangan su’ dzan kepada kawan

وقدْ قيل في منثورِ الحِكمِ : لا يُفسِدنَّك الظَّنُّ على صديقٍ قد أصلحك اليقينُ له

Terdapat kata-kata Hikmah:

“Jangan musnahkan persahabatan hanya disebabkan oleh dzon (prasangka) sahaja; pada hal sebelum ini engkau meyakini akan persahabatannya.”

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-8: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Jaafar bin Muhammad

وقال جعفرُ بنُ محمدٍ لابنِه : يا بُنيَّ ، منْ غضب من إخوانِك ثلاث مرَّاتٍ ، فلمْ يقُل فيك سوى الحقِّ ، فاتخِذْه لنفسِك خِلاّ

Pesan Imam Jaafar bin Muhammad (Imam Jaafar Sadiq, imam ke 6 syiah imamiah, w.148H, Madinah) kepada anaknya (Musa al Kazim, Imam syiah no.7), “Wahai anakku, siapa di antara rakan-rakan kamu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali (3X), dan apa yang dikatakan adalah kebenaran, maka jadikan ia teman (sejati).”

Tahqiq:
Tidak diketahui dari mana athar ini diperolehi.

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-9: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Pesan Al Hasan bin Wahab

وقال الحسنُ بنُ وهبٍ : منْ حقوقٍ المودَّةِ أخْذُ عَفْوِ الإخوانِ ، والإغضاءُ عن تقصير إن كان

Al Hasan bin Wahab (penyair berasal dari Syria, wafat di Egypt, 255H) berkata, “Di antara hak-hak al-mawaddah (kasih sayang) ialah memberi maaf terhadap kesalahan kawan dan menutup mata atas kekurangannya (itu pun jika ada).”

Takhrij:

للماوردي
(أدب الدنيا والدين) (ص 174)

Al Mawardi (Baghdad, w.450H)
(Adab Ad Dunia Wa Ddin, ms 174)

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-10: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Athar Amir al Mukminin Ali رضي الله عنه

وقد روي عنْ عليٍّ – رضي اللهُ عنهُ – في قولِه تعالى : * فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ * ، قال : الرِّضا بغيرِ عتابٍ .

Diriwayatkan daripada Ali رضي الله عنه ketika beliau mentafsir ayat “dan maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (* فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ *) ]Al Hijir: 85] sebagai redha (dengan karenah kawan kita) tanpa mencelanya” (Al Mawardi, Adab Ad Dunia Wa Ddin, 188)

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-11: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Syair Ar Rumi tentang sahabat

وقال ابنُ الروميِّ :
همُ الناسُ والدنيا ولابُدَّ منْ قذىً يُلِمُّ بعينٍ أو يُكدِّرُ مشْربا
ومنْ قلّةِ الإنصافِ أنَّك تبتغي الـ ـمُهذَّب في الدنيا ولست المهذَبا

Berkata Ibn Ar Rumi (Abul Hasan Ali bin Al Abbas bin Juraij, w.283, Baghdad, penyair era Abbasiah, أبو الحسن علي بن العباس بن جريج ) dalam sebuah syairnya:

🎵
Manusia dan dunia pasti ada kekurangan
yang tak sedap dipandang mata
memiliki kelemahan yang mencemari jatidirinya;

Tidak patut jika engkau mahukan sahabat yang bersih di dunia ini,
sedangkan engkau sendiri pun terbabas.

Takhrij:
Al Mawardi, Adab Ad Dunia Wa Ddien, 216

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 235-12: Maafkanlah Kesalahan Sahabat (الإغضاءُ عنِ هفواتِ الإخوانِ)

Tiada kawan yang suci

Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا

Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun daripada kamu bersih (daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya.

[An Nur:21]

🎵 Sebuah Syair Arab:

تريدُ مُهذَّباً لا عيب فيه وهلْ عُودٌ يفُوحُ بلا دُخانِ

“Engkau idamkan kawan yang serba sempurna (tanpa kelemahan langsung);
apakah kayu oud (gaharu) bila dibakar tanpa asap?”

Firman Allah ‎ﷻ:

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.

[An Najm: 32]

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu Tebal atau Kabut (خروج الدخان)

0

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu Tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.1 Mukadimah Tanda Jerebu

ومنها ما يتعلق بالسماء والفلك , ومنه الدخان…

* فما المقصود بالدخان؟
* وهل وقعت هذه العلامة؟
* وما الحكمة منها؟

الأصل في هذه العلامة من علامات الساعة قولة عزو جل

Antara Tanda Besar Kiamat yang ada kaitan dengan langit dan cakerawala ialah Jerebu atau asap atau kabut. Isunya di sini adalah:

💬 Apakah maksud jerebu?
💬 Apakah tandanya sudah muncul?
💬 Apakah hikmah di sebalik munculnya jerebu?

Asalnya isu dukhan ini menjadi tanda kiamat daripada ayat berikut:

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ. يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ . رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.

[Ad-Dukhan: 10 – 12]

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.2 Tafsir ayat Ad-Dukhan (Bahagian 1)

🔏 Dukhan bermaksud kabut, kabus, asap tebal atau jerebu

اختلاف العلماء في المراد بالدخان الوارد في الآية على قولين’

Menurut Al Areefi, terdapat khilaf perselisihan ulama’ tentang maksud Ad Dukhan pada ayat tersebut yang menjadi dua pendapat utama:

🔐 Pertama: Aliran Ibn Mas’ud رضي الله عنه (Kabut bukan tanda kiamat yang besar)

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa dukhan (kabut) yang nyata. yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.”

[QS. Ad Dukhan ayat 10 – 11].

ذهب قولهم إلى أن هذا الدخان هو ما أصاب قريشا من الشدة والجوع عندما دعا عليهم النبي صلى الله عليه وسلم حين لم يستجيبوا له, وجعلوا يرفعون أبصارهم إلى السماء فلا يرون إلا مثل الدخان من شدة البلاء , وإلى هذها القول ذهب عبد الله ين مسعود رضي الله عنه وتبعه جماعة من السلف ورجحه ابن جرير الطبري رحمه الله

Mereka berpendapat kabut atau jerebu ialah suatu yang pernah menimpa kaum Quraisy kerana ditimpa bala disebabkan doa Nabi ﷺ kerana menolak dakwah baginda. Ia berlaku ketika para sahabat sudah berhijrah ke Madinah. Ini merupakan pendapat Ibn Mas’ud dan sebahagian kaum salaf.

Berikut pula merupakan kenyataan Imam al Qurthubi رحمه الله:

أن الدخان هو ما أصاب قريشا من الجوع بدعاء النبي صلى الله عليه وسلم . حتى كان الرجل يرى بين السماء والأرض دخانا .قاله ابن مسعود

Ad dukhan adalah khayalan yang menimpa kaum Quraisy ketika mereka mengalami kelaparan ekstrim atas doa Nabi ﷺ sehingga orang-orang ketika itu seperti melihat dukhan (asap) di antara langit dan bumi. Ini adalah pendapat Ibnu Mas’ud. (Tafsir Surah Ad Dukhan)

🖋 Ini merupakan pilihan mufassir Ibn Jarir at Tobari.

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.2 Tafsir ayat Ad-Dukhan (Bahagian 2)

Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه menjadikan dalil Dukhan itu sudah pun berlaku:

كُنَّا عِنْدَ عبدِ اللهِ جُلُوسًا، وَهو مُضْطَجِعٌ بيْنَنَا، فأتَاهُ رَجُلٌ فَقالَ: يا أَبَا عبدِ الرَّحْمَنِ إنَّ قَاصًّا عِنْدَ أَبْوَابِ كِنْدَةَ يَقُصُّ وَيَزْعُمُ، أنَّ آيَةَ الدُّخَانِ تَجِيءُ فَتَأْخُذُ بأَنْفَاسِ الكُفَّارِ، وَيَأْخُذُ المُؤْمِنِينَ منه كَهَيْئَةِ الزُّكَامِ، فَقالَ عبدُ اللهِ: وَجَلَسَ وَهو غَضْبَانُ: يا أَيَّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ، مَن عَلِمَ مِنكُم شيئًا، فَلْيَقُلْ بما يَعْلَمُ، وَمَن لَمْ يَعْلَمْ فَلْيَقُلْ: اللَّهُ أَعْلَمُ، فإنَّه أَعْلَمُ لأَحَدِكُمْ أَنْ يَقُولَ: لِما لا يَعْلَمُ: اللَّهُ أَعْلَمُ، فإنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قالَ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ: {قُلْ ما أَسْأَلُكُمْ عليه مِن أَجْرٍ وَما أَنَا مِنَ المُتَكَلِّفِينَ} إنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ لَمَّا رَأَى مِنَ النَّاسِ إدْبَارًا، فَقالَ: اللَّهُمَّ سَبْعٌ كَسَبْعِ يُوسُفَ قالَ: فأخَذَتْهُمْ سَنَةٌ حَصَّتْ كُلَّ شيءٍ، حتَّى أَكَلُوا الجُلُودَ وَالْمَيْتَةَ مِنَ الجُوعِ، وَيَنْظُرُ إلى السَّمَاءِ أَحَدُهُمْ فَيَرَى كَهَيْئَةِ الدُّخَانِ

Daripada Masruq bin Al Ajda’ yang mengatakan bahawa kami memasuki masjid Kufah yang terletak berdekatan pintu gerbang masuk ke Kindah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang menceritakan kepada teman-temannya tentang makna firman-Nya: “Hari ketika langit membawa kabut yang nyata. [Ad-Dukhan: 10] Tahukah kalian apakah yang dimaksudkan dengan dukhan (kabut) itu? Kabut itu akan datang menjelang hari kiamat, lalu menimpa pendengaran dan penglihatan orang-orang munafik, sedangkan orang-orang mukmin hanya mengalami hal yang seperti pelik saja akibat kabut tersebut.

Masruq melanjutkan kisahnya, bahawa lalu beliau menemui Ibnu Mas’ud رضي الله عنه dan menceritakan kepadanya perkataan lelaki itu. Saat itu Ibnu Mas’ud رضي الله عنه dalam keadaan berbaring, lalu beliau terkejut dan duduk, kemudian berkata bahawa sesungguhnya Allah ‎ﷻ telah berfirman kepada Nabi kalian: Katakanlah (hai Muhammad), “Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.” [ Shad: 86 ].

Sesungguhnya termasuk pengetahuan itu ialah bila seseorang mengatakan terhadap apa yang tidak diketahuinya, bahawa hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui. Aku akan menceritakan hal tersebut kepada kalian. Sesungguhnya orang-orang Quraisy itu ketika menghambat agama Islam dan derhaka kepada Rasulullah ﷺ, maka Rasulullah ﷺ berdoa untuk memberi pelajaran kepada mereka agar mereka ditimpa kemarau seperti kemarau yang terjadi di masa Nabi Yusuf عليه السلام. Maka mereka pun tertimpa kepayahan dan kelaparan sehingga terpaksa mereka memakan tulang belulang dan bangkai. Dan mereka menengadahkan pandangannya ke langit, maka tiada yang mereka lihat kecuali hanya kabut.

🔏 Takhrij:

التخريج : أخرجه البخاي (1007)، ومسلم (2798)، والترمذي (3254) واللفظ له، وأحمد (4206)، والنسائي في ((السنن الكبرى)) (11483)

Muttafaq Alaih Bukhari (1007), Muslim (2798)

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.2 Tafsir ayat Ad-Dukhan (Bahagian 3)

Ibnu Mas’ud رضي الله عنه juga pernah mengatakan,

خَمْسٌ قَدْ مَضَيْنَ اللِّزَامُ وَالرُّومُ وَالْبَطْشَةُ وَالْقَمَرُ وَالدُّخَانُ

Ada lima (5) tanda kiamat yang sudah terjadi: peristiwa al-Lizam, peristiwa perang romawi, al-Bathsyah, terbelahnya bulan, dan Dukhan.”

(HR. Bukhari 4825, Muslim 2798).

🔐 Penjelasan istilah hadith:

1⃣ Lizam bermaksud semua hukuman atau azab telah ditimpakan kepada orang kafir Mekah khususnya di medan Badar. Dalil:

قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ۖ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًا

Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): “Tuhanku tidak mengendahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya? Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu).”

[Al Furqan: 77]

2⃣ Ar Rum
Kekalahan Rum di tangan Farsi. Dalil:

{الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الأرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

Alif Lam Mim. Telah dikalahkan bangsa Romawi di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun (lagi).

[Ar Rum: 1 — 3]

3⃣ Bathshah iaitu hentaman keras atau kekalahan teruk puak Quraish di Perang Badar. Dalil:

يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَىٰ إِنَّا مُنْتَقِمُونَ

(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan

[Al Dukhan: 16]

*⃣ Hentaman adalah pukulan maut, balaghah

4⃣ Al Qamar (Bulan terbelah). Dalil:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ

Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.

[Al Qamar: 1]

Ini merupakan Tanda Kiamat Kecil No. 3 (lihat kitab kami 131 Tanda kecil Kiamat, terbitan Ukhuwah/UiTO, 2020)

6⃣ Ad Dukhan
Kabut yang telah menimpa kaum Quraish

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.2 Tafsir ayat Ad-Dukhan (Bahagian 4)

وذهب كثير من العلماء إلى أن الدخان من الآيات المنتظرة التي لم تأت بعد, وسيقع قرب يوم القيامة , وإلى هذا ذهب علي بن أبي طالب وابن عباس وأبو سعيد الخدري رضي الله عنهم

وقد رجح الحافظ ابن كثير – رحمه الله – هذا الآثار ,بأن قالوا هما دخانان ظهر أحدهما وبقي الآخر الذي سيقع في آخر الزمان ,فأما الآية الأولى التي ظهرت فهي ما كانت قريش تراه كهيئة الدخان ,وهذا الدخان غير الدخان الحقيقي الذي يكون عند ظهور الآيات , التي هي من أشراط الساعة

🔐 Pendapat kedua:
Sebahagian besar (jumhur) ulama’ berpendapat Jerebu atau Kabut adalah tanda Kiamat yang belum terjadi dan akan muncul saat dekatnya Hari Kiamat. Ini pendapat pilihan Ali bin Abi Thalib, Ibn Abbas, Abu Sa’id Al Khudry رضي الله عنه.
Ia dirajihkan (diperkuatkan) oleh al Hafidz Ibn Kathir رحمه الله.

Sebahagian lagi ulama’ berpendapat Kabut itu terjadi dua kali: Kabut pertama yang menimpa kaum Quraisy, kabut kedua akan tiba menjelang Kiamat. Kabut yang menimpa Quraisy bukanlah tanda Kiamat yang besar.

وكان ابن مسعود رضي الله عنه يقول:[ هما دخانان قد مضى أحدهما (10) والذي بقي يملأ ما بين السماء والأرض , ولا يجد المؤمن إلا كالزكمة,وأما الكافر فتثقب مسامعه]

Al Qurthubi رحمه الله menukil pendapat Ibn Mas’ud رضي الله عنه, Kabut ada dua jenis: yang telah berlalu (yang menimpa kaum Quraisy) dan yang akan tiba (di akhir zaman) yang akan memenuhi langit dan bumi, orang mukmin yang terkena kabut akan mendapat selsema, manakala orang kafir seperti telinga ditusuk. (Al Qurthubi, ms 655)

🔏 Rumusan Al Areefi:

والراجح أن الدخان من الآيات المنتظرة التي لم تقع بعد, وهذا هو المفهوم من القرآن , قال الله تعالى :{فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ } أي :يظهر في السماء دخان بين واضح ويراه كل أحد

Pendapat yang rajih (paling kuat) ad-dukhan atau kabut adalah tanda Kiamat yang mendatang (belum terjadi) sesuai dengan firman Allah ‎ﷻ:

{فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ }

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa dukhan (kabut) yang nyata.”

[Ad Dukhan: 10]

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.2 Tafsir ayat Ad-Dukhan (Bahagian 5)

🔐 Pendapat Ketiga:
Manakala ada pendapat ketiga mengenai Ad Dukhan. Ia merupakan pendapat Abdul Rahman Al A’raj رحمه الله, menurut Ibn Kathir رحمه الله (tafsir surah Ad Dukhan ayat 11):

وقال ابن أبي حاتم : حدثنا أبي ، حدثنا جعفر بن مسافر ، حدثنا يحيى بن حسان ، حدثنا ابن لهيعة ، حدثنا عبد الرحمن الأعرج في قوله : ( يوم تأتي السماء بدخان مبين ) قال : كان يوم فتح مكة

Berkata Ibn Abi Hatim, khabar daripada ayahku, daripada Ja’afar bin Musafir, daripada Yahya bin Hasan daripada Ibn Lahi’ah, daripada Abdul Rahman bin Al A’raj, beliau berkata, “Jerebu yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah debu yang meliputi Mekah ketika Fathul Mekah.” (tanda kejayaan Nabi ﷺ dan debu meliputi bandar Mekah kerana ramainya tentera berkuda yang tiba dari Madinah)

Abdul Rahman Al A’raj ialah Abdul Rahman bin Hurmuz Al A’raj, wafat 117H, di Madinah, beliau meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al Khudri, yang mengambil hadith daripadanya ialah Abu Syihab Az Zuhri, Abu Zinad, Saleh bin Kaisan, dll.

💬 Komen Ibn Kathir رحمه الله:

(وهذا القول غريب جدا بل منكر )

Kata-kata ini adalah aneh (gharib) bahkan mungkar.

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.3 Hadith-hadith Ad Dukhan

Hadith pertama: Hadith Huzaifah رضي الله عنه

عن حذيفة رضي الله عنه قال:[ اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر. فقال<<ما تذاكرون؟>>قالوا: نذكر الساعة . قال:<<إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات فذكر: الدخان والدجال…الحديث>>]

Takhrij:

2901 حدثنا أبو خيثمة زهير بن حرب وإسحق بن إبراهيم وابن أبي عمر المكي واللفظ لزهير قال إسحق أخبرنا وقال الآخران حدثنا سفيان بن عيينة عن فرات القزاز عن أبي الطفيل عن حذيفة بن أسيد الغفاري قال اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر فقال ما تذاكرون قالوا نذكر الساعة قال إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات فذكر الدخان والدجال والدابة وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم ويأجوج ومأجوج وثلاثة خسوف خسف بالمشرق وخسف بالمغرب وخسف بجزيرة العرب وآخر ذلك نار تخرج من اليمن تطرد الناس إلى محشرهم

Daripada Hudzaifah bin Usaid Al Ghifari رضي الله عنه, beliau berkata, ‘Rasulullah ﷺ memperhatikan kami sewaktu kami saling berbincang. Baginda bertanya, ‘Apa yang sedang kalian perbincangkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyebutkan hari kiamat.’ Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda.’ Lalu baginda menyebut asap, Dajal, binatang, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (sebelah Barat), turunnya Isa bin Maryam عليه السلام, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pemendapan besar, Mendap di Timur, di Barat, dan di semenanjung Arab. Yang akhir yang demikian itu adalah keluarnya api yang keluar dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka.’

(HR. Muslim No. 2901)

✳️ Hadith ini menjadi dalil 10 Tanda Besar Kiamat dan Imam Mahdi tidak tersenarai sebagai tanda besar. Turutan ini menurut Ibn Hajar Asqolani (Al Fath,10/353)

Tanda pertama ialah Dajjal, ia dinamakan perubahan sosiopolitik atau sosiobudaya, kemudian tanda kedua adalah kewafatan Nabi Isa عليه السلام tanda ketiga ialah terbitnya matahari dari Barat indikasi perubahan jagat raya (kosmos), pintu taubat ditutup dan, keluarnya binatang dan munculnya api dari Yaman.

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.3 Hadith-hadith Ad Dukhan

Hadith kedua: Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (sahih)

* وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال :[ بادروا بالأعمال ستا: طلوع الشمس من مغربها, أة الدخان ,أو الدجال ,أو الدابة, أو خاصة أحدكم, أو أمر العامة

Bersegeralah kalian dalam beramal (sebelum datang) enam perkara: terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, binatang, sesuatu yang khusus untuk kalian (kematian), atau masalah yang umum (hari Kiamat).

(HR Muslim)

Takhrij:
HR Muslim 5375

🔏 Fiqh hadith:
Ia mengenai nasihat Nabi ﷺ untuk segera beramal sebelum datang 6 peristiwa besar iaitu:
1⃣ Terbit matahari dari barat
2⃣ Keluarnya asap/jerebu
3⃣ Keluarnya Al Masih Al Dajjal di Palestin
4⃣ Keluarnya dabbah (haiwan ganjil)
5⃣ Kematian seseorang (khassah)
6⃣ Berlakunya ammah (kiamat)

Hadith ini walaupun tidak dinyatakan kesemua 10 tanda besar kiamat, cuma ingin ditekankan di sini tentang Ad Dukhan sebagai tanda akhir kiamat.

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.3 Hadith-hadith Ad Dukhan

Hadith ketiga: Atsar Ibn Abbas رضي الله عنهما

* وعن عبدالله بن أبي مليكة قال:[ غدوت على ابن عباس رضي الله عنه ذات يوم فقال: ما نمت الليلة حتى أصبحت ,قلت: لم؟ قال: قالوا طلع الكوكب ذو الذئب فخشيت أن يكون الدخان قد طرق, فما نمت حتى أصبحت]

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah (murid Ibn Abbas, tabi’in Mekah, w. 117H di Thaif.) berkata, “Suatu hari aku mengunjungi Ibn Abbas رضي الله عنهما di waktu pagi. Beliau berkata, “Aku tidak tidur sepanjang malam sehingga Subuh.” Aku bertanya, “Mengapa?” Beliau bercerita, “Bintang berekor (meteor) telah terbit. Aku khuatir dukhan telah muncul. Ini yang membuatku tidak boleh tidur hingga ke Subuh.”

Tahqiq:
HR At Tobary (tafsirnya 17/22) Al Haakim, 4/506, beliau kata sahih atas syarat Bukhari Muslim, dipersetujui oleh Az Zahabu.

رواه الطبري في تفسيره (22/17)، والحاكم (4/506). وقال: هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي

والشاهد من الأثر خوف ابن عباس من الدخان ؛على أنه علامة من علامات الساعة

Kegelisahan Ibn Abbas رضي الله عنهما tentang kemunculan Ad Dukhan (jerebu) yang menyebabkan beliau tidak boleh tidur menunjukkan Ad Dukhan adalah salah satu tanda kiamat yang besar.

💭💭💭💭

10.7 Tanda Kiamat Besar No. 7: Munculnya Jerebu tebal atau Kabut (خروج الدخان)

10.7.4 Rumusan Dr Muhammad Al Mubayyadh (Al Mausu’ah Fi Al Fitan Wal Malahim, Mu’asassah Al Mukhtar, Cairo)

1⃣ Apakah Ad Dukhan sudah berlaku atau belum?
Dr al Mubayyad berpendapat, Ad Dukhan yang pernah berlaku di Mekah ketika Nabi ﷺ mendoakan bala agar menimpa kaum Quraish, maka ia adalah Ad Dukhan dalam bentuk Majaz (kiasan) bukan hakikat sebenar Ad Dukhan. Ad Dukhan hakiki adalah tanda besar kiamat dan tidak boleh dibandingkan dengan Ad Dukhan yang menimpa penduduk Mekah.

2⃣ Imam Al Qurthubi رحمه الله berkata, Ibn Mas’ud رضي الله عنه memiliki dua pendapat sebenarnya, Ad Dukhan yang menimpa penduduk Mekah dan Ad Dukhan sebagai tanda besar Kiamat.

3⃣ Pendapat yang mengatakan Ad Dukhan adalah asap yang menimpa penduduk Mekah dulu adalah dhaif.

4⃣ Pendapat yang mengatakan Ad Dukhan bukan tanda kiamat kubra juga pendapat yang dhaif.

5⃣ Ad Dukhan adalah tanda besar kiamat dan itulah hakikat daripada Surah Ad Dukhan.

 

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

0

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil-dalil hadith

Hadith Huzaifah bin Asid al Ghifary رضي الله عنه

عن حذيفة بن أسيد الغفاري رضي الله عنه قال:[ اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر,فقال :<<ما تذاكرون؟>> قالوا:[ نذكر الساعة.قال:<< إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات[فذكر]: الدخان , والدجال, والدابة,وطلوع الشمس من مغربها, ونزول عيسى عليه السلام , ويأجوج ومأجوج , وثلاثة خسوف: خسف بالمشرق: وخشف بالمغرب, وخسف بجزيرة العرب, وآخر ذلك نار تخرج من اليمن تطرد الناس إلى محشرهم>

Takhrij:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Daripada Hudzaifah bin Asid Al Ghifari رضي الله عنه (w.42H) berkata: Rasulullah ﷺ menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan kiamat. Baginda bersabda: “Kiamat tidaklah terjadi sehingga kalian melihat sepuluh tanda-tanda sebelumnya.” Baginda menyebut (1) Jerebu, (2) Dajjal, (3) binatang, (4) terbitnya matahari dari barat, (5) turunnya Isa bin Maryam (6),Ya’juj dan Ma’juj, (7-9) tiga Mendapan; Mendapan di timur, di barat dan di jazirah Arab dan (10) yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menggiring manusia menuju tempat perkumpulan mereka.

(HR Muslim 5162)

Inilah 10 tanda yang disepakati ahli hadith, adapun kronologinya atau turutannya, ulama’ hadith berselisih pendapat.

💬 Urutan 10 tanda Kiamat menurut Ibn Hajar Asqolani رحمه الله:

Pendapat yang paling kuat daripada keseluruhan riwayat bahawa keluarnya Dajjal adalah tanda besar pertama yang mengisyaratkan perubahan keadaan secara umum di muka bumi, hal itu berakhir dengan wafatnya Nabi ‘Isa عليه السلام. Sedangkan terbitnya matahari dari arah barat adalah tanda besar pertama yang mengisyaratkan perubahan alam atas (susunan tata suria), hal itu berakhir dengan datangnya Kiamat, dan saya kira keluarnya binatang besar (dari perut bumi) terjadi pada hari itu di mana matahari terbit dari barat.” Kemudian beliau berkata, “Hikmah dalam hal itu bahawa ketika matahari terbit dari barat, pintu taubat ditutup, lalu binatang besar keluar. Binatang besar ini akan membezakan antara seorang mukmin dan kafir, sebagai penyempurna daripada tujuan penutupan pintu taubat, dan tanda pertama yang mengisyaratkan tegaknya Kiamat adalah api yang mengumpulkan manusia.”
(Fat-hul Baari (XI/353)).

💬 Pendapat At-Thaibi:

At-Thaibi [w.743H] berkata, “Kejadian-kejadian luar biasa tersebut merupakan tanda-tanda Kiamat, sebagai tanda akan dekatnya Kiamat, atau tanda akan terjadinya Kiamat. Yang pertama adalah Dajjal, turunnya Nabi ‘Isa, Ya’-juj Ma’-juj, dan penenggelaman ke dalam bumi. Bahagian kedua adalah asap, terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang, dan api yang mengumpulkan manusia.” (Fathul Bari, ibid)

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil-dalil hadith

Hadith daripada Ummu Salamah Ummul Mukminin رضي الله عنها

حاديث واردة في الخسف عموما:المسافة التي يقع بها الخسف
جاء في بعض الروايات تحيح مكان وسبب أحد الخسوف الثلاثة الكبرى وهو خسف يكون في جزيرة العرب
(حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ صَالِحٍ أَبِي الْخَلِيلِ، عَنْ صَاحِبٍ، لَهُ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ)
عن أم سلمة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :<< يكون اختلاف عند موت خليفة, فيخرج رجل من قريش من أهل المدينة إلى مكة, فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره, فيبايعونه بين الركن والمقام, فيبعثون إليه جيشا من أهل الشام , فإذا كانوا بالبيداء خسف بهم, فإذا بلغ الناس ذلك أتاه أبدال أهل الشام وعصابة أهل العراق فيبايعونه> (أخرجه أبو داود (4286) واللفظ له، وأحمد (26689))

Menurut hadith, salah satu tempat terjadinya “megaslump” (tanah jerlus mega) itu di Jazirah Arab atau Hijaz.

Terjemah hadith Ummu Salamah:
Sanad: Haddathana Muhammad Al Muthanna, daripada Mu’adz bin Hisham daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Saleh Abu Al Khalil daripada sahabat dan Ummu Salamah:

Akan terjadi perselisihan menjelang kematian seorang Khalifah, maka keluarlah seseorang daripada penduduk Madinah lari menuju Mekah, maka datanglah penduduk Mekah dan mengeluarkannya sedangkan dia (Imam Mahdi) dalam keadaan tidak senang (tidak suka), lalu penduduk Mekah membaiatnya di antara rukun dan makam, kemudian datanglah tentera dari Syam lalu pasukan tersebut ditelan bumi di Baida’ antara Mekah dan Madinah. Setelah orang orang melihat hal itu maka ia didatangi oleh orang terbaik dan beberapa kumpulan dari Syria dan Iraq (Levant) untuk berbai’at kepadanya.”

(HR Abu Daud 4286, Ahmad, 26,689)

Tahqiq:
Muhaddith yang kata sahih
Ibn Hibban Al Busyti, sahihnya 6757; Ibn Qayyim, Al Manar Al Munif ms 110, Al Haakim dalam al Mustadrak.
Al Haithami, Majma’ az Zawaid, 7/318

الراوي : أم سلمة أم المؤمنين | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/318 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح

Yang mendhaifkan:
Al Albani, Silsilah Al Dhaifah, 1965, Al Arnaout, tahqiq Musnad Ahmad,

🔏 Jika ia adalah sahih:
Khashaf yang berlaku di Tanah Arab atau Hijaz ialah ketika tentera dari utara datang untuk memerangi Al Mahdi yang berada di kota Mekah, semua tentera itu dibenamkan ke dalam bumi di satu lokasi bernama Baidha’ antara Mekah dan Madinah.

✳️ Peristiwa ini sudah disebut dalam kitab kami, 131 Tanda kecil Kiamat, tanda ke 131 ms 244.

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil-dalil hadith

Hadith Abu Umamah (dhaif)

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< يبيت قوم من هذه الأمة على الطعام وشراب ولهو؛ فيصبحون قد مسخوا خنازير ,وليخسفن بقبائل فيها وفي دور فيها حتى يصبحوا فيقولوا : خسف الليلة ببني فلان , وخسف الليلة بدار بني فلان, وأرسلت عليهم حصباء حجارة, وأرسلت عليهم الريح العقيم فتنسفهم , كما نسفت من كان قبلهم بشربهم الخمر وأكلهم الربا ولبسهم الحرير واتخاذهم القينات وقطيعتهم الرحم. قال: وذكر خصلة أخرى فنسيتها >>] (أخرجه الحاكم # 8637; وقال: حديث صحيح على شرط مسلم لجعفر فأما فرقد فإنهما لم يخرجاه.)

Daripada Abu Umamah (al Bahili) رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, suatu kaum daripada umatku sentiasa makan, minum dan bersenda gurau tatkala terbangun di pagi hari mereka telah berubah menjadi babi dan sungguh akan dibenamkan beberapa kabilah ke dalam bumi beserta apa yang yang ada dalam rumah rumah mereka hingga mereka berkata, “Semalam bani fulan telah dibenamkan, selepas itu bani fulan pula yang dibenamkan, kemudian datang hujan batu, ribut taufan yang menerbangkan mereka semua sebagaimana umat-umat terdahulu yang diazab dengan dosa yang sama (minum arak, memakan riba, lelaki memakai sutera, meminati penyanyi perempuan dan saling memutuskan silaturahim. Kemudian Abu Umamah berkata, ada lagi penyebab yang aku lupa.”

(HR Al-Hakim, No. 8637, beliau menilainya sahih atas syarat Muslim melalui perawi Jaafar bin sulaiman, jika melalui perawi Farqad Al-Subkhi, mereka tidak meriwayatkan).

Sanad Al Haakim.

حدثنا أبو نصر أحمد بن سهل الفقيه ببخارى ثنا أبو عصمة سهل بن المتوكل ثنا محمد بن عبد الله الرقاشي ثنا جعفر بن سليمان ثنا فرقد السبخي عن عاصم بن عمرو عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وآله قال..

Haddatsana Abu Nasr Ahmad bin Sahl, daripada Abu Ashmah Sahl bin Al Mutawakil daripada Muhammad bin Abdullah Al Ruqashi daripada Jaafar bin Sulaiman daripada Farqad Al Subkhi daripada Ashim bin Amru daripada Abu Umamah.

Al Mustadrak No. 8637, Al-Hakim mensahihkannya atas syarat Muslim, disetujui oleh Az-Zahabi.

Tahqiq:
Ibn Hajar Asqolani, dhaif, Ittihaf Al-Maharah 6/235 kerana perawi Farqad As-Subkhi.

يَبيتُ قومٌ مِن هذه الأُمَّةِ على طَعامٍ وشَرابٍ ولَهوٍ فيُصبِحونَ قد مُسِخُوا خَنازِيرَ
الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : ابن حجر العسقلاني | المصدر : إتحاف المهرة

الصفحة أو الرقم: 6/235 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] فرقد وهو ضعيف

Syeikh Muqbil, tahqiq Mustadrak Ala Sahihain, dhaif.
Al Albani, juga dhaif, dhaif At-Targhib 1168

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب
الصفحة أو الرقم: 1168 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil-dalil hadith

Hadith: Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما (sahih)

وعن ابن عمر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< في أمتي خسف ومسخ وقذف> (أخرجه الحاكم وقال: إن كان أبو الزبير سمع من عبد الله بن عمر فإنه صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه)

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Umatku akan mengalami khasaf (tanah terbenam), maskh (berubah bentuk) dan qadzaf (dihujani batu)”.

(HR Al Haakim, perawi Abu Zubair mendengar daripada Ibn Umar, hadith ini sahih atas syarat Muslim tetapi beliau tidak mengeluarkannya)

Tahqiq Al Albani, sahih

في هذِهِ الأمَّةِ خَسْفٌ ، ومَسْخٌ ، وقَذْفٌ ، في أهلِ القدَرِ
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع

الصفحة أو الرقم: 4274 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Al Albani, sahih al Jaami’ no 4274

Didhaifkan oleh Al Wada’iy Ahaadith Mu’allat, daripada perawi Abdullah bin Amru bukan Umar

الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الوادعي | المصدر : أحاديث معلة
الصفحة أو الرقم: 260

🔒 Fiqh hadith:

Kosa kata

🔖 Khasaf bermaksud bumi terbenam atau jerlus disebabkan oleh banyak faktor seperti hentaman meteor, gempa bumi, tsunami dan kenaikan paras laut.

🔖 Masakh bermaksud manusia berubah sama ada menjadi makhluk lain atau berubah maknawi, menjadi semakin kufur atau sadistik (zalim).

🔖 Qadzaf bermaksud tanah runtuh atau hujan batu/ais.

✳️ Lihat tanda kiamat No. 87 (Fenomena Al Masakh), No. 88 (fenomena Khasaf) dan 89 (fenomena Qadzaf) dalam buku terbitan Ukhuwwah, Julai 2020 bertajuk 131 Tanda Kecil KIamat.

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil dalil hadith

Hadith: Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه (sahih)

وعن ابن عمر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< بينا رجل يجر إزاره من الخيلاء خسف به, فهو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة> (رواه البخاري من حديث ابن عمر رضي الله عنه وكذلك رواه البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه)

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata; Nabi ﷺ bersabda atau Abu Qasim bersabda: “Ketika seorang lelaki berjalan dengan menggunakan jubah yang ia kenakan, dan berjalan dengan rasa takjub, lalu ia ditelan (oleh bumi), dan ia akan tetap bergoncang-goncang (di dalam perut bumi) hingga datang hari kiamat.”

(HR Bukhari, No. 5344)

Tahqiq:
Ini adalah di antara kesalahan Dr Al Areefi, kerana hadith ini dalam Bab Pakaian. Imam Bukhari رحمه الله meletakkan hadith ini pada bab Pakaian, seputar isu isbal (lelaki yang melabuhkan kaki pakaiannya kerana sombong). Orang yang isbal akan ditelan bumi, maksudnya apabila mati dan dikuburkan, dia akan diazab kubur. Tiada kaitan dengan peristiwa Bumi tenggelam pada akhir zaman.

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4, 5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil dalil hadith

Hadith: Daripada Anas رضي الله عنه (sahih)

وعن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له :<<يا أنس ,إن الناس يمصرون أمصارا, وإن مصرا منها يقال له البصرة أو البصيرة,فإن أنت مررت بها أو دخلتها فإياك وسباخها وكلاءها وسوقها وباب أمرائها, وعليك بضواحيها فإنه يكون بها خسف وقذف ورجف , وقوم يبيتون يصبحون قردة وخنازير> (رواه أبو داود وصححه الألباني)

Daripada Anas رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, ” Wahai Anas, manusia akan membangunkan bandar, dan salah satu bandar tersebut dinamakan al Basrah atau al Bashirah. Jika kamu memasuki kota tersebut, cuba elakkan kawasan berpaya, tempat bernama Kalla, pasarnya dan pintu pintu gerbang pembesarnya. Hendaklah engkau menginap di pinggir kotanya, kerana di tempat tadi akan berlaku bumi mendap (khasaf), hujan batu (qadzaf), gempa bumi (rajaf) dan satu kaum yang berubah menjadi kera dan babi bila menjelang subuh.

(HR Abu Daud, disahihkan oleh Al Albani).

🔏 Tahqiq Al Albani (sahih)

Sahih Abu Daud, No. 4307

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 4307 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Didhaifkan oleh Ibn Hajar Asqalani, Lisan al mizan, 6/109, perawi Musa bin Anas dhaif.
juga dhaif oleh Syeikh Salim Eid Al Hilali, Mausu’ah Jaadith Al Dhaifah, No. 28,947

Syarah:

Ini suatu yang aneh yang akan berlaku di kota Basrah (pelabuhan utama Iraq, penduduk 2.5 juta), oleh kerana hadithnya khilaf antara sahih dan dhaif, maka tidak perlu mengkajinya.

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4, 5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.2 Dalil dalil hadith

Hadith: Daripada Nafi’ (sahih)

وعن نافع أن رجلا أتى بن عمر – رضي الله عنهما – فقال: إن فلانا يقرؤك السلام . قال:<< إنه بلغني أنه قد أحدث – يعني ابتدع بدعة – فإن كان قد أحدث فلا تقرئه مني السلام؛ فأني سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: يكون في أمتي , أو في هذه الأمة مسخ وخسف وقذف وذلك في أهل القدر (رواه ابن ماجة والترمذي – الصحيح)

Daripada Nafi’ (khadam Ibn Umar رضي الله عنهما) bahawa seorang lelaki masuk menemui Ibn Umar رضي الله عنهما, si fulan itu berkata, “Seorang telah mengirim salam kepada tuan.” Jawab Ibn Umar رضي الله عنهما, “Aku dapat tahu bahawasanya dia (yang mengirim salam) itu adalah seorang ahli bid’ah. Jika benar begitu, maka jangan sampaikan salam dia kepadaku, sebab aku mendengar Nabi ﷺ telah bersabda, “Akan ada daripada umatku, atau umat ini yang berubah rupabentuk (masakh), bumi terbenam (khashaf) dan hujan batu (qadzaf). Ia terjadi kepada ahlil qadar (atau puak sesat Qadariah).”

(HR Ibn Majah, Tirmidzi, beliau mensahihkannya).

🔏 Tahqiq:

رواه الترمذي (2152). وقال: حسن صحيح غريب، وقال ابن القيم في ((تهذيب السنن)) (12/455): أجود ما في الباب، وصححه الألباني في ((صحيح سنن الترمذي)).

HR Tirmidzi no 2152, beliau berkata hasan sahih gharib (indikasi sahih sanadnya dhaif matannya), disahihkan oleh Ibn Qayyim (Tahzib Sunan Abu Daud, 12/455) dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani, sahih Sunan At Tirmidzi.

Syarah:

Hadith ini juga samar-samar maksudnya.

🌋🌋🌋🌋

10.4 -> 10.6 (Tanda Kiamat Besar No. 4,5 dan 6 sekali gus): Tiga Penenggelaman Bumi ( الخسوف الثلاثة)

10.4.3 Penutup atau Epilog

فهذه الأحاديث فيها وقوع أنواع من الخسف في هذه الأمة.
أما الخسوف الثلاثة الكبرى الواقعة في آخر الزمان , فقد تقدم في الحديث الأول بيان مكان أحد هذه الخسوف وسببه, أما الخسفان الآخران وفهما واقعان في آخر الزمان, لكني لم أقف على حديث يدل على مكان أو سبب الخسف لهما, والله تعالى أعلم.

Hadith-hadith yang kami sajikan di atas akan menimpa umat manusia dalam pelbagai bentuk:

Penenggelaman pertama dijelaskan tempatnya dekat Madinah dan sebabnya ialah mereka bergerak menuju Mekah untuk menghancurkan Imam Mahdi yang berlindung di Kaabah. Manakala dua lagi tanah mendap atau jerlus yang akan berlaku di akhir zaman, saya (Dr Al Areefi) tidak menemukan satu hadith pun tentang di mana ia akan berlaku dan kenapa ia berlaku.

10.4.4 Rumusan Dr Muhammad Al Mubayyad, kitabnya Al Mausu’ah Fi Al Fitan Wal Malahim (Ensikplopedia Fitnah dan Huruhara) terbitan al Mu’asasah Al Mukhtar, Cairo, 2007):

1⃣ Terdapat tiga Khasaf (pembenaman bumi): satu di Barat, satu di Timur dan satu di Timur Tengah.

2⃣ Turutannya ialah pembenaman di Barat dan Timur berlaku sebelum pembenaman di Timur Tengah. Ini pembenaman yang terakhir daripada siri tiga pembenaman Mega sebagai Tanda Kiamat yang Besar

3⃣ Ini termasuk Tanda-tanda Kiamat yang kita tidak ada maklumat yang jelas.

 

La Tahzan 234: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

0

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-1: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Firman Allah ‎ﷻ:

رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ 

Allah Redha kepada mereka dan mereka juga redha kepada-Nya.

[Al Maaidah: 119] 

وللرضا ثمراتٌ إيمانيةٌ كثيرةٌ وافرةٌ تنتجُ عنه ، يرتفعُ بها الراضي إلى أعلى المنازلِ ، فيُصبحُ راسخاً في يقيِنه ، ثابتاً في اعتقادِه ، وصادقاً في أقوالِه وأعمالِه وأحوالِه

Keredhaan adalah antara buah-buah keimanan yang melimpah. Orang yang redha akan diangkat kepada kedudukan paling tinggi (di sisi Allah ‎ﷻ), yang membuah keyakinan yang mendalam dan mengakar. Impak keredhaan ialah kejujuran dalam kata-kata, amalan dan perilaku.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-2: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Redha dengan takdir yang ringan dan berat

فتمامُ عبوديِّتِه في جَرَيانِ ما يكرهُهُ من الأحكام عليه
وليس الشأنُ في الرضا بالقضاءِ الملائم للطبيعةِ ، إنما الشأنُ في القضاءِ المُؤْلِمِ المنافِرِ للطَّبْعِ . فليس للعبدِ أنْ يتحكَّم في قضاءِ اللهِ وقدرِه ، فيرضى بما شاء ويرفضُ ما شاء

Kesempurnaan ubudiyah termasuk juga penerimaan terhadap apa yang terasa berat yang telah ditetapkan ke atasnya; Keredhaan terhadap ketentuan Allah ‎ﷻ bukan bermaksud redha terhadap qadha yang ringan sahaja, bahkan terhadap qadha yang berat-berat dan menyakitkan juga. Dia tidak boleh menerima qadha yang dia suka dan benci kepada qadha yang dia tidak suka.

فإنَّ البشر ما كان لهمِ الخِيَرَةُ ، بلْ الخيرةُ اللهِ ، فهو أعْلمُ وأحْكمُ وأجلُّ وأعلى

Manusia tidak diberi hak untuk memilih ketentuan, itu milik Allah ‎ﷻ yang menentukan qadha untuk hamba-Nya kerana sifat Maha mengetahui dan Maha Bijaksana dan Maha Tinggi.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-3: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Saling Meredhai (رضاً برضا )

ولْيَعْلم أنَّ رضاه عن ربِّه سبحانهُ وتعالى في جميعِ الحالاتِ ، يُثمِرُ رضا ربُه عنه ، فإذا رضي عنه بالقليلِ من الرِّزقِ ، رضي ربُّه عنه بالقليلِ من العملِ ، وإذا رضي عنه في جميع الحالاتِ ، واستوتْ عندهُ ، وجدهُ أسْرَعَ شيءٍ إلى رضاهُ إذا ترضَّاه وتملَّقه ؛ ولذلك انظرْ للمُخلصيِن مع قِلَّةِ عملهِم ، كيف رضي اللهُ سعيهم لأنهمْ رضُوا عنهُ ورضي عنهمْ ، بخلافِ المنافقين ، فإنَّ الله ردَّ عملهم قليلهُ وكثيرهُ ؛ لأنهمِ سخِطُوا ما أنزلَ الله وكرهُوا رضوانهُ ، فأحبط أعمالهم

*⃣ Jika hamba redha kepada Allah ‎ﷻ dalam segala hal, Allah ‎ﷻ akan meredhainya juga;
*⃣ Jika hamba redha dengan rezeki yang sedikit, maka Allah ‎ﷻ akan redha (kepadanya) walaupun amal ibadahnya sedikit;
*⃣ Jika hamba redha dengan segala situasi yang dihadapinya dan tetap redha, maka Allah ‎ﷻ akan cepat meredhainya;

⏯ Lihatlah orang yang ikhlas, walaupun ilmunya sedikit, namun Allah ‎ﷻ meredhainya; berbeza dengan orang munafik, Allah ‎ﷻ menolak amalannya kerana dia menolak apa yang diturunkan Allah ‎ﷻ, tidak suka dengan keredhaan Allah ‎ﷻ, maka Allah‎ ﷻ menyia-nyiakan amalan mereka.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-4: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Siapa yang tidak Redha, tidak akan diterima (منْ سخِط فلهُ السُّخْطُ)

والسُّخطُ بابُ الهمِّ والغمِّ والحزنِ ، وشتاتِ القلبِ ، وكسفِ البالِ ، وسُوءِ الحالِ ، والظَّنِّ بالله خلافُ ما هو أهلُه . والرضا يُخلِّصُه منْ ذلك كلِّه ، ويفتحُ له باب جنةِ الدنيا قبل الآخرةِ ، فإنَّ الارتياح النفسيَّ لا يتمُّ بمُعاكسةِ الأقدارِ ومضادَّة القضاءِ ، بل بالتسليمِ والإذعانِ والقبُولِ ، لأنَّ مدبِّر الأمرِ حكيمٌ لا يُتَّهمُ في قضائِه وقدرهِ

*⃣ Menolak redha mengundang keresahan, kesedihan, jiwa kacau, kemurungan dan buruk sangka kepada Allah ‎ﷻ;
*⃣ Sikap redha akan membebaskan hamba (daripada semua penyakit jiwa), membuka pintu syurga dunia sebelum syurga akhirat;
*⃣ Ketenangan jiwa tidak akan tercapai jika melawan takdir, tetapi redha dengan ketentuan Ilahi.
*⃣ Allah ‎ﷻ, Pengatur alam yang Maha Bijaksana tidak boleh dituduh curang dalam menyusun qadha dan qadarnya.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-5: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Iktibar daripada kisah Ibn al Rawandi*

ولا زلتُ أذكرُ قصة ابن الراونديِّ الفيلسوف الذَّكّيِ الملحدِ ، وكان فقيراً ، فرأى عاميّاً جاهلاً مع الدُّورِ والقصورِ والأموالِ الطائلةِ ، فنظر إلى السماءِ وقال : أنا فيلسوفُ الدنيا وأعيشُ فقيراً ، وهذا بليدٌ جاهلٌ ويحيا غنيّاً ، وهذه قِسمةٌ ضِيزى . فما زادهُ اللهُ إلا مقْتاً وذُلاّ وضنْكاً

Aku teringat akan kisah al Rawandi*, ahli falsafah yang hebat tetapi atheis (kufur), dia hidup dalam serba kemiskinan. Suatu hari dia terpandang seorang rakyat biasa memiliki serba kemewahan yang melimpah ruah. Dia melihat ke langit dan menyeru,” Aku ini ahli falsafah taraf dunia tetapi hidup melarat, sedangkan orang jahil itu hidup kaya raya. ini suatu pembahagian yang tidak adil!

Ia hanya mengundang kemurkaan Allah ‎ﷻ serta kehinaan dan kesengsaraan ke atasnya. Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَى وَهُمْ لَا يُنصَرُونَ

“Dan sesungguhnya seksaan akhirat lebih menghinakan dan mereka tidak diberi pertolongan.”

[Fussilat: 16]

_____________________

*⃣ Ibn Al Rawand adalah Abul Hasan Ahmad bin Yahya bin Isyak Al Rawandi, dinisbahkan kepada bandar Rawand di Iran sekarang (أبو الحسن أحمد بن يحيى بن إسحاق الراوندي), dia adalah murtad, berakidah muktazilah dan kemudian menjadi syiah. m. 250H

Rujukan:
Syeikh Abdul Rahman Badawi, Tarikh Al Ilhad Fil Al Islam, ms 89 (sejarah orang murtad/kufur dalam Islam, ms 89)

(عبد الرحمن بدوي، تاريخ الإلحاد في الإسلام، ص 89)

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-6: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Faedah-faedah Keredhaan (فوائدُ الرِّضا)

فالرِّضا يُوجِبُ له الطُّمأنينة ، وبرد القلبِ ، وسكونهُ وقراره وثباتهُ عند اضطرابِ الشُّبهِ والتباسِ والقضايا وكثْرةِ الواردِ ، فيثقُ هذا القلبُ بموعودِ اللهِ وموعودِ رسوله – صلى الله عليه وسلم – ، ويقولُ لسانُ الحالِ

Keredhaan akan membuahkan tama’ninah (ketenangan), hati yang nyaman (cool), tegar menghadapi kegoncangan, kejituan dalam menghadapi pelbagai masalah yang bertindih dan muncul dengan keras sekali…
Hati yang redha akan yakin sepenuhnya dengan janji Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya. Seolah-olah dibisikkan suara halus dari langit…

هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

“Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

[Al-Ahzab: 22]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-7: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Akibat orang yang tidak ada sifat keredhaan

والسخطُ يوجبُ اضطراب قلبِه ، وريبتهُ وانزعاجهُ ، وعَدَمَ قرارِهِ ، ومرضهُ وتمزُّقهُ ، فيبقى قلِقاً ناقِماً ساخِطاً متمرِّداً ، فلسانُ حالِه يقولُ : * مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُوراً *

Adapun orang yang tidak redha, akan bergoncang jiwanya, sentiasa ragu dan cemas, tidak tegar, hati sakit, dan bergelojak, keluh kesah seolah olah ada suara halus yang membisikkan:

Firman Allah ‎ﷻ:

مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُوراً

Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan (apa apa) kepada kami melainkan tipudaya

[Al-Ahzab: 12]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-8: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan dan ketenangan

كما أنّ الرضا يُنزلُ عليه السكينة التي لا أَنْفَعَ له منها ، ومتى نزلتْ عليه السكينةُ ، استقام وصلحتْ أحوالُه ، وصلح بالُه ، والسُّخط يُبعِدُه منها بحسبِ قلَّتِه وكثرتِه ، وإذا ترحَّلتْ عنهُ السكينةُ ، ترحَّل عنه السرورُ والأمْنُ والراحةُ وطِيبُ العيشِ . فمنْ أعْظَمِ نعمِ اللهِ على عبدِه : تنزُّلُ السكينةِ عليهِ . ومنْ أعظمِ أسبابِها : الرضا عنه في جميعِ الحالاتِ

*⃣ Keredhaan akan memberikan ketenangan (sakinah), sesuatu yang amat mahal. Ketenangan menjadikan hati tegar, terkawal dan jernih.

*⃣ Jika menolak keredhaan, ketenangan akan menjauhinya. Bila ketenangan lenyap, maka lenyaplah kegembiraan, keamanan, dan kedamaian.

*⃣ (Antara) kenikmatan terbesar yang Allah ‎ﷻ anugerahkan kepada hamba-Nya adalah ketenangan (sakinah).

⚠️ Bagaimana meraih ketenangan hati?

Sudah tentu dengan sifat redha dengan apa jua keadaan yang anda hadapi.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-9: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Jangan Menentang Tuhanmu (لا تُخاصِم ربَّك)

والرضا يخلِّصُ العبد منْ مُخاصمةِ الربِّ تعالى في أحكامِه وأقضيتِه . فإنَّ السُّخط عليهِ مُخاصمةٌ له فيما لم يرض به العبدُ ، وأصلُ مخاصمةِ إبليس لربِّه : منْ عَدَمِ رضاه بأقْضِيَتِه ، وأحكامِه الدِّينيِة والكونيِة . وإنَّما ألحد منْ ألحدَ ، وجَحِدَ منْ جحد لأنهُ نازعَ ربَّه رداء العظمةِ وإزار الكبرياءِ ، ولم يُذعِنْ لمقامِ الجبروتِ ، فهو يُعطِّلُ الأوامر ، وينتهِكُ المناهي ، ويتسخَّطُ المقادير ، ولم يُذعِنْ للقضاءِ

Redha meluruskan (hati) hamba terhadap susun atur dan ketentuan Tuhannya. Menolak takdir-Nya bermakna menentang Tuhan, ia sama dengan kisah Iblis yang menentang Tuhannya kerana tidak dapat menerima ketetapan Allah ‎ﷻ. Maka orang yang menolak takdir telah melakukan hal yang sama seperti Iblis, di mana Iblis menentang Tuhan atas sifat sombong yakni tidak mahu tunduk kepada aturan Ilahi, telah melanggar larangan, tidak menerima ketentuan dan tidak mahu tunduk kepada qadha ‘ (Allah ‎ﷻ).

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-10: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Takdir Allah ‎ﷻ pasti berlaku dan semuanya adil (حُكْمٌ ماضٍ وقضاءٌ عَدْلٌ)

Sebuah hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه

ماضٍ فيَّ حكمُك ، عَدْلٌ في قضاؤك

“Ketentuan-Mu pasti berlaku pada diriku, pasti adil qadha yang Engkau tetapkan (atas diriku)” *

واللهُ أحكمُ الحاكمين ، وقدْ حرَّ الظلُّمَ على نفسِه ، وليس بظلاَّمٍ للعبيدِ ، وتقدَّس سبحانه وتنزَّه عنْ ظُلْمِ الناسِ ، ولكنّ أنْفُسهم يظلمون

Allah Hakim yang Maha Bijaksana, Allah ‎ﷻ mengharamkan kezaliman ke atas diri-Nya dan ke atas hamba hamba-Nya. Maha suci Allah, selamanya Dia tidak akan menzalimi manusia. Akan tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

وقولُه : ((عَدْلٌ في قضاؤك )) يَعُمُّ قضاء الذنبِ ، وقضاء أثرِهِ وعقوبتِه ، فإنَّ الأمرينِ منْ قضائِه عزَّ وجلَّ ، وهو أعدلُ العادلين في قضائِه بالذنبِ ، وفي قضائِه بعقوبتِه .

Hadith ( عَدْلٌ في قضاؤك) qadha yang Dikau tetapkan atas diriku amat adil bermaksud pengaruh dosa, dan hukuman ke atasnya. Ia adalah dalam wilayah ketentuan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ Pengadil yang maha adil dalam ketentuan dosa dan kibat dari keputusan-Nya.

Takhrij/ Tahqiq

لراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 199 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه أحمد (3712) واللفظ له، وابن حبان (972)، والطبراني (10/210) (10352)

HR Ahmad, 3712, Ibn Hibban, 972, At-Tabrani, Al Kabir, 10,352 dinilai sahih oleh Al Albani, Silsilah Al Sahihah, 199.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-11: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan tidak ada faedahnya (لا فائدة في السُّخطِ)

Hadith Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, Nabi ﷺ telah bersabda kepadanya,

قالَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: يا أبَا هُرَيْرَةَ جَفَّ القَلَمُ بما أنْتَ لَاقٍ فَاخْتَصِ علَى ذلكَ أوْ ذَرْ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري. الصفحة أو الرقم: 5076

Pena telah kering, wahai Abu Hurairah, berkaitan dengan apa yang akan engkau hadapi.”

(HR Bukhari No. 5076)

وعدمُ الرَّضا : إمَّا أنْ يكون لفواتِ ما أخطأهُ ممَّ يحبُّه ويريدهُ ، وإمّا لإصابةٍ بما يكرهُه ويُسخطُه
فقدْ فُرِغَ من القضاءِ ، وانتُهِي من القدرِ ، وكُتِبتِ المقاديرُ ، ورُفِعتِ الأقلامُ ، وجفَّتِ الصُّحُفُ

Ketidakredhaan seseorang disebabkan dia gagal meraih apa yang diidamkan atau ia ditimpa cubaan yang tidak sanggup ditanggungnya…
ketidakredhaan itu tidak ada gunanya lagi….
Qadha telah ditetapkan, qadar telah diputuskan, semua ketetapan telah ditulis, pena telah diangkat, lembaran telahpun kering.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-12: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keselamatan bersama Keredhaan (السلامةُ مع الرِّضا)

والرضا يفتحُ له باب السلامةِ ، فيجعلُ قلبهُ سليماً ، نقيّاً من الغشِّ والدَّغلِ والغلِّ ، ولا ينجو منْ عذابِ اللهِ إلا منْ أتى الله بقلبٍ سليمٍ ، وهو السَّالِمُ من الشُّبهِ ، والشَّكِّ والشِّركِ ، وتلبُّسِ إبليس وجُندِه ، وتخذيلِهِ وتسويفِهِ، ووعْدِه ووعيدِه ، فهذا القلبُ ليس فيهِ إلا اللهُ

Keredhaan membuka pintu keselamatan. Keredhaan menjadikan hati sejahtera, bersih daripada tipudaya, kebusukan dan kedengkian. Hanyasanya orang yang bersih hatinya yang akan selamat daripada azab Allah ‎ﷻ. Hati bersih hati bebas daripada syubhah, keraguan, daripada syirik dan jerat jerat Iblis yang menyesatkan. Firman Allah ‎ﷻ:

*قُلِ اللّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ *

Katakanlah: “Allah-lah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al-Qur’an kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya

[Al-An’am: 91]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-13: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan seperti pepohon

. فالرضا شجرةٌ طيِّبة ، تُسقى بماءِ الإخلاصِ في بستانِ التوحيدِ ، أصلُها الإيمانُ ، وأغصانُها الأعمالُ الصالحةُ ، ولها ثمرةٌ يانِعةٌ حلاوتُها . في الحديثِ

Keredhaan adalah sebatang pokok yang baik (teguh), sering disirami dengan air keikhlasan dan ditanam di kebun tauhid. Akarnya keimanan, dahan-dahannya laksana amal soleh dan buahnya sangat manis. Sebagaimana dalam hadith Al Abbas bin Abdul Muttalib رضي الله عنه:

ذاق طعْم الإيمانِ منْ رضي باللهِ ربّاً ، وبالإسلام ديِناً ، وبحمدٍ نبياً

Akan merasakan kelazatan iman, orang yang redha menjadikan Allah ‎ﷻ sebagai Rabbnya dan Islam sebagai agamanya serta Muhammad sebagai Rasul-Nya.”

(HR. Muslim, 34)

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-14: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan pintu Keraguan (السُّخْطُ بابُ الشَّكِّ)

والسُّخطُ يفتحُ عليهِ باب الشَّكِّ في اللهِ ، وقضائه ، وقدرِه ، وحكمتِهِ وعلمِهِ ، فقلَّ أنْ يَسْلَمَ الساخِطُ منْ شكٍّ يُداخلُ قلبه ، ويتغلغلُ فيه ، وإنْ كان لا يشعرُ به ، فلوْ فتَّش نفسه غاية التفتيشِ ، لوَجَدَ يقينهُ معلولاً مدخولاً ، فإنَّ الرضا واليقين أخوانِ مُصطحبانِ ، والشَّكَّ والسُّخط قرينانِ

Sukhth atau tidak ada sifat redha membuka pintu keraguan terhadap Allah ‎ﷻ, yakni qadha-Nya, Qadar-Nya, Hikmah dan Ilmu-Nya. Orang yang tidak redha pasti ada sifat ragu. Ini kerana ada dua pasangan yang akrab: sama ada Keredhaan berganding dengan keyakinan atau ketidakredhaan berganding dengan keraguan/kerancuan. Sebuah Hadith:

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda, “Jika engkau mampu beramal dengan redha dan yakin, teruskan. Jika engkau tidak mampu, sesungguhnya bersabar menghadapi apa yang tidak disukai (nafsumu) ada banyak kebaikan”. (HR Tirmidzi, dinilai dhaif oleh Syeikh Al Albani, Silsilah Al Dhaifah 5107)

إن استَطَعت أن تعملِ للهِ بالرِّضا مع اليقينِ فافعَل، وإن لم تستَطِعْ ؛ فإنَّ في الصَّبرِ على ما يُكرهُ خيرًا كثيرًا .
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5107 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-15: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan adalah kekayaan dan keamanan (الرِّضا غِنىً وأمْنٌ)

ومنْ ملأ قلبه من الرضا بالقدر ، ملأ اللهُ صدرهُ غِنىً وأمْناً وقناعةً ، وفرَّغ قلبه لمحبَّتِه والإنابِة إليه ، والتَّوكُّلِ عليه . ومنْ فاته حظُّه من الرِّضا ، امتلأ قلبُه بضدِّ ذلك ، واشتغل عمَّا فيه سعادتُه وفلاحُه

Dan barangsiapa yang memenuhi hatinya dengan sifat keredhaan kepada ketentuan Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ akan penuhi hatinya dengan kekayaan, keamanan, serta qana’ah (kecukupan), juga dipenuhi hatinya dengan rasa cinta, inabah (kembali kepada Allah ‎ﷻ) dan tawakkal kepada-Nya.

Sebaliknya orang yang tidak redha (dengan takdir Ilahi), adalah sebaliknya, hatinya dipenuhi kebencian, kederhakaan, keingkaran dan menyibukkan diri dalam urusan yang menyahkan kebahagiaan dan kejayaan.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-16: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Buah Redha adalah Syukur (ثمرةُ الرِّضا الشُّكْرُ)

والرضا يُثمرُ الشكر الذي هو منْ أعلى مقاماتِ الإيمانِ ، بل هو حقيقةُ الإيمانِ . فإنَّ غاية المنازلِ شكرِ المولى ، ولا يشكُرُ اللهُ منْ يرضى بمواهبه وأحكامِه ، وصُنعِه وتدبيرِه ، وأخذِه وعطائِه ، فالشاكرُ أنْعمُ الناسِ بالاً ، وأحسنُهم حالاً

Keredhaan akan membuahkan kesyukuran yang menjadi mercu tanda keimanan. Bahkan ia merupakan hakikat keimanan itu sendiri. Keimanan, bersyukur itu adalah puncaknya. Orang yang tidak redha kepada qadha’ dan qadar Allah ‎ﷻ sebenarnya tidak bersyukur kepada-Nya. Maka bersyukur itu petanda seseorang itu paling menikmati erti kehidupan.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-17: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan adalah Kekufuran (ثمرةُ السُّخطِ الكفرُ )

وإذا فاتهُ الرضا ، كان من الساخطين ، وسلك سُبُل الكافرين . وإنما وقع الحيْفُ في الاعتقاداتِ والخللُ في الدياناتِ مِنْ كوْنٍ كثيرٍ من العبيدِ يريدون أن يكونوا أرباباً ، بلْ يقترحون على ربِّهم ، ويُحِلُّون على مولاهم ما يريدون

Apabila sesorang tidak redha (kepada takdir), maka dia termasuk dalam golongan yang menolak dan mula berjalan di atas jalan kekufuran. Disebabkan oleh penyimpangan dalam iktikadnya dan goyah dalam agama kerana dia keluar daripada sifat hamba dan mengambil tempat Tuhan dalam urusan pengaturan (takdir) menurut apa yang dia kehendaki. Ini melanggar firman Allah ‎ﷻ:

(* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ *)

Wahai orang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.

[Al-Hujurat: 1]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-18: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan adalah Perangkap Syaitan (السُّخطُ مصيدةٌ للشيطانِ)

والشيطانُ إنما يظفرُ بالإنسانِ غالباً عند السخطِ والشهوةِ ، فهناك يصطادُه ، ولاسيَّما إذا استحكم سخطُه ، فإنهُ يقولُ ما لا يُرضي الرَّبَّ ، ويفعلُ ما لا يُرضيه ، وينوي ما لا يُرضيهِ ، ولهذا قال النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – عند موت ابنهِ إبراهيم : (( يحزنُ القلبُ وتدمعُ العينُ ، ولا نقولُ إلا ما يُرضي ربَّنا ))

Syaitan dapat mengalahkan manusia ketika dia tidak redha dan dikuasai hawa nafsunya. Pada masa itu ia menjadi sasaran syaitan. Apabila ketidakredhaan menguasainya, maka mudahlah dia melakukan amalan yang tidak diredhai Tuhan. Sebab itu Nabi ﷺ menuturkan kata-kata ini ketika kewafatan anakandanya Ibrahim…

(إنَّ العَيْنَ تَدْمَعُ، والقَلْبَ يَحْزَنُ، ولَا نَقُولُ إلَّا ما يَرْضَى رَبُّنَا)

“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih, akan tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali (kata-kata) yang diredhai Allah ‎ﷻ (sahaja).” (Muttafaq alaih, daripada Anas, Bukhari, 1303, Muslim 2315).
التخريج : أخرجه البخاري

(1303) بنحوه، ومسلم (2315).

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-19: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Tiga petua meringankan Musibah

ولو لمح العبدُ في القضاءِ بما يراهُ مكروهاً إلى ثلاثةِ أُمورٍ ، لهان عليه المصابُ .
أوَّلها : علمُه بحكمةِ المقدِّرِ جلَّ في علاه ، وأنهُ أخْبَرُ بمصلحةِ العبدِ وما ينفعُه .
ثانيها : أنْ ينظر للأجرِ العظيمِ والثوابِ الجزيلٍ ، كما وعد اللهُ منْ أُصِيب فصبر مِنْ عبادِهِ .
ثالثُها : أن الحُكم والأمر للرَّبِّ ، والتسليم والإذعان للعبد

Apabila seorang hamba merasakan ada ketetapan Allah ‎ﷻ yang tidak disukainya, maka amalkan petua ini, nescaya musibah akan terasa ringan:

1⃣ Ada hikmah yang dirahsiakan oleh Allah ‎ﷻ, Allah ‎ﷻ lebih mengetahui apa maslahah dan manfaat buat hamba;

2⃣ Pasrah dan rela menunggu ganjaran pahala yang besar yang Allah ‎ﷻjanjikan kepada orang yang sabar;

3⃣ Menyedari bahawa keputusan (qadha’ dan qadar) adalah hak mutlak Allah ‎ﷻ, tugas hamba berserah dan tunduk.

Firman Allah ‎ﷻ:

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ

Apakah mereka yang mengagihkan rahmat Allah?

[Al zukhruf: 32]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-20: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan mengusir Hawa Nafsu (الرِّضا يُخرجُ الهوى)

والرضا يُخرجُ الهوى من القلبِ ، فالراضي هواهُ تبعٌ لمرادِ ربِّه منه ، أعني المراد الذي يحبُّه ربُّه ويرضاهُ ، فلا يجتمعُ الرضا واتِّباعُ الهوى في القلبِ أبداً ، وإنْ كان معهُ شُعبةٌ منْ هذا ، وشعبةٌ منْ هذا ، فهو للغالِب عليه منهما

Keredhaan mengusir hawa nafsu dari dalam hati. Orang yang redha mampu menundukkan nafsunya mengikut kehendak Tuhannya.

Keredhaan dan hawa nafsu tidak pernah bersatu dalam satu rongga hati. Jika sekiranya keredhaan mengisi satu ruang dan hawa nafsu mengambil satu ruang yang lain (dalam hati), akhirnya yang berkuasa adalah siapa yang lebih dominan.

Firman Allah ‎ﷻ:

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَى

Dan aku bersegera kepadaMu. Ya Tuhanku, agar Engkau redha.

[Thahaa: 84]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-21: Buah-buah Keredhaan (ثمرات الرضا اليانعة)

Kenalilah Allah (تَعَرَّفْ إلى اللهِ)

Hadith daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما:

عَرَّف إليه في الرَّخاءِ، يَعرِفْك في الشِّدَّةِ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 2803 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Kenalilah Allah ‎ﷻ masa senang, nescaya Allah ‎ﷻ akan kenali anda ketika anda susah.” (HR Ahmad, dinilai sahih oleh Al Arnaout, tahqiq Al Musnad, No. 2803)

Fiqh al hadith:

#⃣ Kenali Allah ( تعرَّفْ إلى اللهِ) bermaksud berusaha mencintai, mendekatkan diri kepada Allah ‎ﷻ dengan jalan mentaatinya, bersyukur, bersabar menghadapi ketentuannya;

#⃣ Ketika senang (في الرخاءِ) bermaksud ketika anda lapang, sihat, usia panjang, aman, dan banyak mendapat nikmat;

#⃣ Allah ‎ﷻ kenali anda saat susah (يعرفْك في الشِّدَّة) bermaksud Allah ‎ﷻ meringankan ujian, membuka jalan keluar daripada masalah, kelegaan daripada kesedihan.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 3/2021

0

Masalah Kesihatan Pada Kanak-Kanak

Soalan 1:

Doktor, adakah suhu badan bayi meningkat kepada 37.3˚C dikategorikan sebagai demam selepas mengambil suntikan imunisasi?

Jawapan:

Demam kategori rendah, tidak perlu diberikan ubat demam kepada bayi.

[Kanak- kanak yang menghidapi simptom demam merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Selain daripada itu,demam merupakan salah satu penyebab utama ibu bapa membawa anak berjumpa dengan doktor.

Ketika suhu badan anak meningkat, kerisauan ibu bapa juga meningkat sama dalam menghadapinya. Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih senang mendapat demam dan selalunya ia disebabkan oleh jangkitan virus yang tidak berbahaya. Kanak-kanak tersebut boleh dijaga di rumah dan akan sembuh selepas 2 ke-3 hari dan badan mereka boleh melawan virus tersebut tanpa sebarang bantuan luar. 

Selalunya anda boleh tahu anak anda demam dengan melihat muka mereka sahaja. Muka mereka akan kelihatan kemerahan-merahan, nampak keletihan, mata yang lesu dan juga kulit yang sedikit pucat.  Dahi dan leher yang panas juga merupakan salah satu simptom demam

Penggunaan termometer juga boleh membantu ibu bapa mengukur suhu badan anak mereka dengan tepat. Definisi demam adalah suhu yang melebihi 37.5 darjah celcius.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang menghidapi demam yang serius. Punca demam seperti itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru ataupun meningitis(jangkitan selaput otak) dan beberapa jenis jangkitan yang lain.]

https://rootofscience.com/blog/2016/kesihatan/perubatan/demam-pada-kanak-kanak-apa-yang-anda-perlu-tahu/

 

Soalan 2:

Doktor, saya merujuk kepada gambar di sebelah berkenaan dengan penyakit tonsil.  Mohon penjelasan bagi gambar yang dibulatkan warna biru, hijau dan ungu itu normal atau ada jangkitan pada tonsil?

Jawapan:

Bulatan ungu menunjukkan ada jangkitan tonsil yang berulang. Bulatan hijau itu ruam yang berkemungkinan disebabkan kulat. Bulatan biru pula seperti ulser, ruam dalam bulatan hijau itu boleh juga seterusnya menjadi ulser.

[Tonsil adalah salah satu struktur yang penting pada tekak. Ia boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan masalah tonsil bengkak ataupun dalam istilah perubatannya dikenali sebagai tonsilitis. Jangkitan kuman yang selalu berlaku adalah disebabkan jangkitan virus diikuti dengan bakteria.

Ketika perkara tersebut berlaku, sel darah putih akan dipanggil untuk berkumpul di bahagian tekak hingga menyebabkan kawasan tersebut menjadi bengkak dan sakit. Inilah punca kepada masalah tonsil bengkak iaitu jangkitan kuman di kawasan tersebut.]

https://thediagnosa.com/tonsil-bengkak-punca-simptom-dan-rawatan/

 

Soalan 3:

Doktor, anak saya berusia 1 tahun 7 bulan mengalami masalah sembelit kerana najisnya tidak keluar dan tidak lepas untuk meneran.  Bahagian duburnya kelihatan ada darah dan nampak bengkak. Anak kerap menangis setiap kali meneran kerana mungkin najis yang keras menyakitkan duburnya.  Adakah saya perlu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera?

Jawapan:

Perlu berjumpa doktor bagi rawatan sembelit dan mendapat ubat yang sesuai untuk melembutkan najisnya.

[Corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa. Ini bermakna suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pergerakan usus sebanyak 1 atau 2 kali sehari. Sementara kanak-kanak lain 2 atau 3 kali sehari sebelum melepaskan najis yang normal.

Kanak-kanak yang mengalami sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap.

Walaupun sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara dan boleh dirawat.]

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/sembelit-dalam-kalangan-kanak-kanak/#gref

 

Pengambilan Vaksin Covid-19 bagi Pesakit Kanser

Soalan 4:

Doktor, adakah pengambilan suntikan Vaksin Covid-19 sesuai untuk pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi?

Jawapan:

Maaf saya pun tidak pasti, tetapi jika mengikut teori pesakit kanser boleh mengambil Vaksin daripada agen hidup yang dilemahkan (Live, attenuated virus).

[Sila rujuk pada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 untuk keterangan lanjut dan Vaksin Covid-19  juga boleh dirujuk melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19]

 

La Tahzan 233: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

0

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-1: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا مَا حَوْلَكُم مِّنَ ٱلْقُرَىٰ وَصَرَّفْنَا ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu

[Al Ahqaf: 27]

(Maksudnya kota tsamud, Aad, Madyan, Lut)

وممَّنْ نُكِب نكبةً داميةً ساحقةً ماحقةً : البرامكةُ ، أُسرةُ الأُسرةُ الأُبَّهةِ والتَّرَفِ والبذْلِ والسَّخاءِ ، وأصبحتْ نكْبتُهم عِبرةً وعظةً ومثلاً ، فإنَّ هارون الرشيد سطا عليهمْ بيْن عشيَّةٍ وضُحاها ، وكانوا في النعيمِ غافلين ، وفي لحافِ الرَّغدِ دافِئين ، وفي بستانِ الترفِ مُنعَّين ، فجاءهم أمرُ اللهِ ضُحىً وهم يلعبون ، على يدِ أقربِ الناسِ إليهم ، فخرَّب دُورهم ، وهدمَ قصورهُم

Ia terjadi kepada keluarga al Baraamikah* yang kaya dan berpengaruh, gemar berfoya-foya dan bergelumang dengan kemewahan. Apa yang terjadi kepada mereka adalah suatu iktibar. Khalifah Harun Al Rashid menghancurkan mereka dalam satu hari sahaja.

______________________________

*⃣ Al Baraamikah adalah keluarga bangsawan di zaman empayar Farsi, mereka memeluk Islam ketika era kerajaan Umayyah menakluk Farsi. Keluarga Al Baraamikah membantu kerajaan Ummayah dan kemudian Abbasiyah, kerana mereka adalah pegawai tadbir yang cekap dan pernah mengurus empayar Farsi yang besar. Namun oleh kerana keluarga Al Baraamikah semakin berpengaruh dan mengancam kerajaan Abbasiyah, maka, Khalifah Harun al Rasyid bertindak menghancurkan dinasti Al Baraamikah. Ia sama dengan kerajaan saud sekarang, yang mengurus kerajaan Al Saud ialah keluarga Kashoggi dan Ben Laden. Keluarga Kashoggi akhirnya dimusnahkan oleh kerajaan Al Saud kerana mengkritik dasar-dasar pentadbiran kerajaan al Saud.

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-2: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Mengimbau kisah-kisah bersama orang yang telah pergi:

روى الترمذيُّ ، عن عطاءٍ ، عنْ عائشة – رضي اللهُ عنها وأرضاها – أنَّها مرَّتْ بقبرِ أخيها عبدِالله الذي دُفن فيه بمكة ، فسلَّمت عليهِ ، وقالتْ : يا عبداللهِ ، ما مثلي ومثُلك إلا كما قال مُتمِّمٌ ثمَّ بكتْ وودَّعتْه

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi daripada Atha’ daripada Aisyah رضي الله عنها, bahawa Aisyah رضي الله عنها pernah melintas kubur saudaranya, Abdullah bin Abu Bakar As Siddiq yang dimakamkan di Mekah (di Habasyi, 12 km dari Mekah), beliau mengucapkan salam kepadanya dan berkata, “Wahai Abdullah, perumpamaan antara diriku dan dirimu sama seperti apa yang diungkapkan oleh Mutammim.” (Mutammim bin Nuwairah, sahabat dan penyair dari Bani Tamim, wafat tahun 30H) menceritakan keakraban Aisyah dengan saudaranya Abdullah. Kemudian Aisyah menangis dan mengucapkan selamat tinggal.

Tahqiq:

723- باب مَا جَاءَ في كَرَاهِيَةِ زِيَارَةِ الْقُبُورِ لِلنّسَاء
ولم يحكم الترمذي على حديث الباب بشيء من الصحة والضعف

Imam Tirmidzi tidak menghukum status hadith (athar) ini sama ada sahih atau dhaif.
Bab 723, Bab apa ada dengan larangan menziarahi kubur terhadap wanita, cetakan Tuhfah Al Ahwazi Syarah Jami Tirmidzi, Al Mubarakfuri.

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-3: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Mengimbau kisah-kisah bersama orang yang telah pergi: bersama Umar Al Khattab رضي الله عنه

وكان عمرُ رضي اللهُ عنهُ يقولُ لمتمِّمِ بن نويرة : يا متمِّم ، والذي نفسي بيده ، لَوَدِدْتُ أني شاعرٌ فأرثي أخي زيداً ، واللهِ ما هبَّتِ الصّبا منْ نجد إلاَّ جاءتني بريحِ زيدٍ . يا متممُ ، إنَّ زيداً أسلم قبلي وهاجرَ وقتل قبلي ، ثمَّ يبكي عمر

Manakala Umar al khattab رضي الله عنه pernah berkata kepada Mutammim bin Nuwairah (sahabat, penyair, w.30H), “Wahai Mutammim, demi Zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya, ingin rasanya aku menjadi seorang penyair untuk aku lantunkan syair duka untuk abang aku Zaid*. Demi Allah, angin sepoi bahasa dari Nejd (kubur Zaid) dan bertiup ke arahku dan membawa bau harumnya. Wahai Mutammim, Zaid terlebih dahulu memeluk Islam daripada aku, dia berhijrah dan terbunuh lebih dahulu daripada aku.” Kemudian Umar رضي الله عنه menangis. (Al Asfahani, Al Aghani, 15/227)

*⃣ Zaid Al Khattab, abang kandung Khalifah Umar رضي الله عنه, wafat syahid di Yamamah (Nejd atau Riyadh sekarang) tahun 12H, dalam peperangan Yamamah, beliau dikuburkan di Nejd dan kuburnya menjadi kubur keramat, ia kemudian dihancurkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab رحمه الله.

SOAL JAWAB DALAM BICARA SUNNAH THTL: KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM MENURUT AL-QUR’AN DAN SUNNAH

0

🔴 Ustaz, mohon pencerahan mengenai saranan daripada riwayat berikut dan status pemimpin yang bagaimanakah yang dilarang dalam hadith tersebut?

Sabda Nabi ﷺ : Tidak beruntung suatu kaum apabila mereka dipimpin oleh seorang wanita.
( HR Bukhari Jilid 3 – 4425 )

Maka selepas pembunuhan Uthmanرضي الله عنه , maka berlaku krisis antara Kem Ali رضي الله عنه dan kem Aisyah رضي االله عنهه maka Aisyah bergerak ke Iraq untuk menuntut pembunuh Uthman رضي الله عنه, maka ketika ini Abu Bakrah رضي الله عنهteringat sabda Nabiﷺ tentang Kisra wanita di Iran (Farsi) dan beliau tidak jadi menyertai pasukan Al Jamal Aisyah kerana percaya dengan kalimah Nabi ﷺ, bahawa pasukan tentera yang dipimpin oleh perempuan akan gagal.

Rumusan:

Kepimpinan wanita dalam Politik Islam ada dua kem:
1. Kem literal atau kem klasik, mereka mengharamkan penglibatan wanita dalam politik dan hadith Abu Bakrah adalah dalil utama
2. Kem maqosyid melihat wanita tidak boleh menjadi pemimpin disebabkan oleh uruf politik dan status wanita pada zaman salaf sedangkan At-Taubah ayat 71 memberi hak sama rata dalam berpolitik kepada kedua-dua gender (jantina).
3. Apa yang Nabi ﷺ sebut tentang Kisra wanita di Farsi adalah bukan hukum, cuma doa Nabiﷺ kerana kezaliman dan ketakburan Farsi dalam menolak dakwah baginda.
4. Banyak negara kini menerima wanita sebagai ketua negara, antaranya New Zealand, Germany, Bangladesh, Swiss, Finland, Norway, Nepal dan antara ketua kerajaan yang masyhur ialah Golda Meir, Perdana Menteri Israel, Margaret Tatcher UK.

Sesi Streamyard Panelis UiTO: Diskusi bersama Doktor- Tips Tingkatkan Imuniti Badan

0

In sya’a Llah, Ahad, 21Feb 2021 jam 10:00 pagi – 11:00 pagi, sesi Streamyard bersama Dr Hafiz Sulaiman berbicara mengenai Tips Meningkatkan Imuniti Badan.

Popular

Iklan

Iklan