Utama Blog Halaman 276

Hadis 29-30: Sucikah Air Liur Unta dan Air Mani ?

0

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadis ke-29

وَعَنْ عَمْرِو بْنِ خَارِجَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ: «خَطَبَنَا النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – بِمِنًى، وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ، وَلُعَابُهَا يَسِيلُ عَلَى كَتِفِي» . أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ.

Dari ‘Amri bin Kharijah رضي الله عنه berkata ” Nabi صلى الله عليه وسلم menyampaikan khutbah kepada kami di Mina dalam keadaan menunggang di atas untanya. Dan ketika itu air liur unta meleleh di atas bahu ku”
Hadith diriwayat oleh Ahmad dan At Tirmidzi dan beliau me-sohih-kannya.
Darjat hadith ini Sohih

Faedah Hadith

1- Hadith ini dalil bagi Tidak Najis Air Liur Unta dan begitu juga segala binatang yang halal di makan dagingnya. Begitu juga segala binatang yang suci masa hidupnya di hukum suci air liurnya.

2- Hadith ini jenis hadith تقرير iaitu sifat taqrir Nabi menetapkan hukum boleh akan sesuatu perkara kerana walaupun tiada larangan atau suruhan darinya. Kerana jika di larang nescaya Nabi akan melarang atau menyuruh basuh bekas air liur unta itu. Di biar satu hukum itu di anggap boleh buat. Kecuali permasalahan hukum tata tertib ibadah mesti ada perintah dulu baru lah dapat di amal.

Seperti usul fiqh “jika ada suruhan,selainnya tidak boleh buat..jika larangan,selainnya boleh buat”

Maka setiap ibadah mesti ikut suruhan sahaja,selain di suruh tertolak. Manakala hukum-hukum selain ibadah jika tiada suruhan atau larangan maka hukum asalnya BOLEH. Sila ambil perhatian masalah ini sebab ramai keliru buat bid’ah kerana tidak faham masalah ini.

3- Juga berlaku ijma’ muslimin mengatakan Suci air liur unta dan segala binatang yang boleh di makan. Selainnya pula di lihat jika ada nas mengatakan ia najis maka baru lah di hukum najis. Zahirnya semua binatang suci air liurnya melainkan ada nas seperti contoh anjing ada nas mengatakan ia Najis.

4- Hadith ini dalil boleh berkhutbah sambil tunggang unta.

Habis di sini, soalan boleh tanya

? Bilik (78) Bagaimana dengan hadits yang melarang kita berkhutbah di atas haiwan tunggangan?

Hindarilah kalian daripada menjadikan belakang haiwan kalian sebagai minbar.

Sesungguhnya Allah Ta`ala telah menaklukkannya untuk kalian, supaya kalian boleh sampai ke negeri yang tidak mampu kalian sampai melainkan dengan kesulitan. Allah juga menjadikan bumi untuk kalian, maka hendaklah kalian penuhi keperluan kalian di atas bumi.

إياكم أن تتخذوا ظهور دوابكم منابر، فإن الله تعالى إنما سخرها لكم لتبلغكم إلى بلد لم تكونوا بالغيه إلا بشق الأنفس، وجعل لكم الأرض فعليها فاقضوا حاجاتكم
Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2567, Al-Baihaqi.

Saya baca syarah hadits ini, maksudnya kalau nak berkhutbah, kena turun ke tanah, jangan membebankan haiwan tunggangan. Jzkk.

Jawapan:
Hadith ini ana kena kaji dulu darjatnya dan permasalahannya.
Cuma jawapan mudah, jika Nabi buat maka hukumnya boleh..dan lagi pula hadith ini berkaitan khutbah di Mina iaitu khutbah raya bahkan khutbah banyak ketika haji antaranya di Arafah, di hari korban, di hari Nafar Awwal 12 Zul hijjah.

? Bilik 79 : Ustaz, kalau nabi berkhutbah maksudnya nabi saw bermusafir pada hari Jumaat kan? soalan saya adakah wajib solat Jumaat kalau bermusafir pada hri Jumaat?

Jawapan:
Ni khutbah di Mina ketika haji. Zahirnya bukan khutbah jumaat. Juga di panggil khutbah ini khutbah hajjatul wada’

? Bilik 79: Maknanya jika ada suruhan kita kena buat yang disuruh dan jika dilarang kita memang kena tinggal terus kan? Begitu?
Ya benar.

Sambung hadith 30

وَعَنْ عَائِشَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا -، قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَغْسِلُ الْمَنِيَّ، ثُمَّ يَخْرُجُ إلَى الصَّلَاةِ فِي ذَلِكَ الثَّوْبِ. وَأَنَا أَنْظُرُ إلَى أَثَرِ الْغَسْلِ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَلِمُسْلِمٍ: «لَقَدْ كُنْت أَفْرُكُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَرْكًا فَيُصَلِّي فِيهِ» . وَفِي لَفْظٍ لَهُ: «لَقَدْ كُنْت أَحُكُّهُ يَابِسًا بِظُفْرِي مِنْ ثَوْبِهِ» .

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها berkata ” pernah Nabi صلى الله عليه وسلم basuh air mani (di pakaiannya). Kemudian dia keluar untuk solat dengan pakaiannya itu. Dan aku melihat ke arah tempat kesan (basah) pada pakaiannya.”
Hadith riwayat muttafaq alaih.
Manakala riwayat Muslim “Benar-benar sungguh aku kutis/garu di pakaian (kawasan bekasan air mani) dan kemudian dia صلى الله عليه وسلم solat dengannya.
Dalam riwayat Muslim yang lain ada lafaz “benar-benar sungguh aku kutis air mani kering pada pakaiannya itu dengan kuku ku”

Faedah hadith,

1- Air mani sejenis air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan kerana melepaskan kemuncak nafsu syahwat.
Asal kejadian manusia mula-mula dari sari tanah, dan kemudian dari air mani seperti dalam Al Quran

‏﴿١٣﴾ ثُمَّ جَعَلْنٰهُ نُطْفَةً فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ

(13) Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
(Al Mu’minun 23:13)

‏﴿١٤﴾ ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخٰلِقِينَ

(14) Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
(Al Mu’minun 23:14)

2- Hadith ini dalil Nabi صلى الله عليه وسلم adalah manusia. Dan manusia itu jenis boleh keluar air mani. Dan Nabi صلى الله عليه وسلم juga berjimak dengan isteri. Dan dari air mani itu asbab mendapat anak keturunan. Dan Nabi صلى الله عليه وسلم jenis manusia yang makan minum sama dengan kita semua. Maka tak patut jika ada manusia yang sanggup syirik pada Allah dengan mengadakan Nabi-Nabi sebagai sekutu Allah.

‏﴿٣٨﴾ وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوٰجًا وَذُرِّيَّةً ۚ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن يَأْتِىَ بِـَٔايَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ

(38) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).
(Ar Ra’du 13:38)

‏﴿٢٠﴾ وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ إِلَّآ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِى ٱلْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

(20) Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
(Al Furqaan 25:20)

3- Ada dua khilaf di kalangan ulama tentang hukum suci atau najis air mani:

A) segala yang keluar dari dua jalan iaitu qubul dan dubur adalah najis. Manakala air mani juga termasuk dalam juga sebagai najis berdalilkan hadith di atas. Cumanya air mani sejenis najis yang ringan. Dapat di basuh dengan air ataupun hanya di garu hingga bersih air mani kering itu. Tapi pilih salah satu cara basuhan adalah wajib. Samada basuh jika basah dan cukup dengan garukan air mani jika mani kering.

B) Sebahagian pendapat ulama mengatakan air mani suci seperti sucinya hingus dan kahak. Kerana dari air mani terciptanya manusia. Jadi jika terkena air mani tidak najis cuma kena basuh atau buangnya kerana kotor atau jijik saja. Antara pendapat kuat dalam pendapat ini. Jika air mani najis, maka sudah tentu Nabi tak dibiarkan begitu saja air maninya jadi kering sehingga ada kala di cuci oleh aisyah.

Masalah syubhah 1 (kekeliruan):
Sebahagian ulama kata air mani suci kerana boleh disucikan dengan di garu atau di buang air mani kering itu.

Jawab syubhah:
Jika paling kurang di garu buang dengan apa saja pun boleh maka ini dalil najis juga kerana tidak di biar najis itu berada pada pakaian. Seperti juga berak boleh di singkirkan najis dengan batu maka air mani pun boleh. Jika tahi itu najis maka air mani juga najis. Jadi syubhah ini tidak kuat untuk di kias hukum suci.
Wallahu a’lam

Syubhah 2:
Setengah ulama pula meletak kategori air mani Nabi sahaja yang tidak najis sebabnya beliau adalah Nabi maka tak mungkin Nabi ada najis. Bahkan ada juga kata air kencing Nabi dan tahi juga tidak najis.

Jawab syubhah 2:
Air mani Nabi ni maksudnya hasil dari Nabi berjimak dengan isterinya. Dan isterinya pula bukan Nabi. Jadi tentu saja air mani Nabi bercampur air mani isterinya. Dan pula tentulah ketika berjimak terkeluar air mazi pula, padahal jumhur ulama mengatakan air mazi adalah najis. Maka di manakah contoh berjimak yang tidak terkeluar air mazi? Manakala air kencing dan tahi Nabi sendiri dalam Hadith sabitnya beliau basuh kencing dan berak. Mana mungkin tidak najis jika beliau sendiri basuh sucikan dari najis itu.

Kesimpulannya bagi ana, jika ia najis sekali pun tetap seolah suci dan jika di hukum suci pula tentu lebih mudah dalam permasalahan ini sehingga tidak rumit kita beramal. Kedua pendapat ada kekuatan dalilnya. Dan juga jika air mani di sini tidak najis mungkin berlaku masalah jika berjimak adakah perlu basuh atau tidak bekasan jimak yang kena pada kedua pasangan. Jadi jika begitu baik basuh juga ataupun boleh dibersihkan dengan digarukan atau dibuang air mani tu. Lebih selamat di basuh atau disingkirkan kesannya..
Wallahu a’lam

4- Antara lain, hadith ini dalil isteri berkhidmat untuk suami.

5- Pakaian tidur Nabi sama dengan pakaian ketika untuk solat. Ini satu sifat sederhana yang di tunjuk oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.

Habis di sini

? Bilik 111 soalan : Bagaimana pula pandangan 4 mazhab berkenaan air mani yang terkena pada pakaian seperti dalam perbincangan ini..

Jawapan: Dua pendapat yang di sebut dlm faedah hadith ke-3 tu dari 4 mazhab dah. Tidak di sebut nama-nama sahaja. Bila belajar hadith mazhab bukan hanya ada 4 bahkan mazhab-mazhab di kalangan semua ulama-ulama hadith di sertakan.

?7⃣9⃣ Ada yang cakap air mani ni boleh keluar hasil dari mimpi juga? Kadang-kadang ada yang keliru sama ada air mazi atau mani

Jawapan: Air mazi ketika naik syahwat, manakala air mani ketika kemuncak melepaskan syahwat. Mimpi basah maka wajib mandi, nanti babnya dalam bab mandi.
in sya Allah

Maksudnya air mani boleh terjadi bukan dari jimak sahaja tapi dari mimpi juga..? betul ka?

Jawapan: Ya benar, kalau basah tu iya la tu. Kena mandi.

?78 Nabi suruh basuh tangan 3 kali bila bangun tidur sebelum ambil wudhu. Tapi dalam hadis tadi, Nabi solat dengan pakaian yang dia buat tidur. Boleh ustaz beri pencerahan. Jkk.

Jawapan: Nabi pakai pakaian sama sebab tu ada kesan basuhan. Basuh tangan tu bab wudhu. Itu pun Nabi buat, pakaian dan wudhu dua perkara berbeza.

? Bilik 119
Sekiranya setelah habis solat baru perasan ade kesan air mazi di pakaian,adakah sah solat tersebut atau harus di ulang semula?

Jawapan:
Mungkin bukan mazi kot? Jika ragu-ragu tak perlu ulang. Asalnya sudah solat maka hukum sudah solat.

? 78. Ia hanya keluar pada kemuncak syahwat. kalau didapati ada tompok kecil dipakaian dalam setelah 2-3 jam mandi hadas maksudnya sah bukan mani? ade kemungkinan lelehan contohnya?

Jawapan:
Biasanya tak keluar kecuali di usik kemaluan tu. Biasa orang melayu suka urut-urut usik kemaluan agar keluar sisa dalam tu, perbuatan tu penyebab penyakit seperti terkeluar mazi atau sisa kencing yang pekat seolah mazi. Seelok jangan buat, biarkan ia keluar seperti biasa dengan tenang, usah waswas duk tengok-tengok kawsan tu sentiasa. Kalau waswas renjiskan air di pakaian setelah kencing.

Jadinya tak wajib mandi,hanya basuh di tempat tu sahaja.. Hukumnya sama dengan perempuan datang istihadhah.
Kelas habis setakat ini sahaja.

Moderator: Akhi Zarith Harith
Alhamdulillah, tamat pengajian untuk malam ini. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kita pada malam ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita.

jutaan terima kasih buat guru kita ustaz Solahuddin kerana sudi kongsikan ilmunya disini..mudah-mudahan Allah ganjarkan kebaikan buat uztaz.

Saya tutup kelas pada malam ini dengan lafaz tasbih kaffarah.
assalamualaikum, selamat malam.
Jzkl kk ustaz solahudin al ayyubi

Jawapan:
Waalaikumussalam
Wallahu a’lam
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Hadis 60: Apakah Itu Ihsan

0

Adapun Hadis-hadisnya ialah:

60. Pertama: Dari Umar bin Alkhaththab r.a., katanya: “Pada suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah s.a.vv. yakni pada suatu hari, tiba-tiba muncullah di muka kita seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak tampak padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun dari kita semua yang mengenalnya, sehingga duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan kedua lututnya pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya sendiri dan berkata: “Ya Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:

“Islam, iaitu hendaknya engkau menyaksikan bahawa tiada piihan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah pula engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa jalannya ke situ.”

Orang itu berkata: “Tuan benar.”

Kita semua hairan padanya, kerana ia bertanya dan juga membenarkannya. Ia berkata lagi: “Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan – kiamat – dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang baik ataupun yang buruk – semuanya dari Allah jua.”

Orang itu berkata: “Tuan benar.” Kemudian katanya lagi:

“Kemudian beritahukanlah padaku tentang Ihsan.”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Iaitu hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu.”

Ia berkata: “Tuan benar.” Katanya lagi: “Kemudian beritahukanlah padaku tentang hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Iaitu apabila seorang hamba sahaya wanita melahirkan tuan puterinya – maksudnya hamba sahaya itu dikahwin oleh pemiliknya sendiri yang merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan. Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya – dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang-telanjang, miskin-miskin dan sebagai penggembala kambing sama bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang besar – kerana sudah menjadi kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai pembesar-pembesar negara.”
Selanjutnya orang itu berangkat pergi.

Saya – yakni Umar r.a. – berdiam diri beberapa saat lamanya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai Umar, adakah engkau mengetahui siapakah orang yang bertanya tadi?” Saya menjawab: “Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahuinya.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Sesungguhnya orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk memberikan pelajaran tentang agama kepadamu semua.” (Riwayat Muslim)

Makna Talidulamatu rabbatahaa, yakni tuan puterinya. Adapun pengertiannya ialah oleh sebab banyaknya hamba sahaya perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri untuk tuan yang memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri. Tetapi ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-‘Aalah, ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan ertinya waktu yang lama, iaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya.

Keterangan:

Sebabnya Sayidina Umar kehairanan kerana orang yang bertanya itu semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan, tetapi anehnya setelah diberi jawapan, tiba-tiba penanya itu berkata: “Tuan benar,” dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan bahawa penanya itu telah mengerti. Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap setelah diberitahu bahawa yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang kedatangannya memang sengaja hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.

Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal yang penting kita ketahui, iaitu:

(a)  Mendirikan shalat ertinya tidak semata-mata menjalankan shalat saja, tetapi harus dipenuhi pula syarat-syarat serta rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu menurut waktu-waktunya.

(b)  Percaya kepada Allah yakni meyakinkan bahawa Allah itu ada (jadi jangan beranggapan bahawa Allah itu tidak ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat kemuliaan, keagungan dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat kekurangan, kehinaan dan kerendahan.

(c) Malak ialah makhluk Allah yang dibuat daripada nur (cahaya) dan tidak berjejal-jejal seperti cahaya lampu yang memenuhi rumah. Dengan cahaya seribu lampu, belum juga sesak rumah itu. Dengan ini teranglah apa yang dimaksud dalam sebuah Hadis:

Ertinya:

“Bahawasanya Allah itu mempunyai malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang memenuhi dua pertiga alam dan ada yangmemenuhi alam seluruhnya.”

Adapun erti iman kepada malaikat ialah harus percaya bahawa mereka itu benar-benar ada dan bahawa mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Malak itu sebenarnya kata mufrad dan jamaknya berbunyi malaikat.

(d) Percaya kepada kitab-kitab Allah ialah meyakinkan betul-betul bahawa kitab-kitab suci itu adalah firman Allah yang sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya dengan jalan wahyu dan meyakinkan pula bahawa isi yang terkandung di dalamnya ttu semua benar.

(e)   Percaya kepada para Rasul ertinya beri’tikad seteguh-teguhnya bahawa apa yang mereka bawa itu memang sebenarnya dari Allah Ta’ala.

(f)  Hari Akhir ialah hari Kiamat. Iman dengan hari kiamat ertinya mempercayai betul-betul akan terjadinya hari penghabisan itu dan apa saja yang terjadi sesudahnya, misalnya Hasyar (akan dikumpulkannya semua makhluk di padang mahsyar), Hisab (semua amal akan diperhitungkan), Mizan (amal-amal akan ditimbang dalam neraca), menyeberangi jambatan yang disebut Shirath dan kemudian ada yang masuk Jannah (syurga), ada pula yang terus terjun ke (neraka) dan lain-lain hal lagi.

(g)  Qadar ialah ketentuan dari Allah sebelum Allah membuat semua makhluk ini, yang baik mahupun yang jahat. Jadi segala macam adalah dengan kehendak Allah yang telah dipastikan sejak zaman azali dulu iaitu zaman sebelum Allah membuat apa-apa. Tetapi kita jangan lupa berikhtiar, kerana kita telah diberi akal oleh Allah untuk mengusahakan bagaimana jalannya agar kita tetap bernasib baik dan terjauh dari nasib buruk. Kita tetap harus berdaya upaya selama hayat dikandung badan.

(h) Dengan cara ibadat sebagaimana yang terkandung dalam erti kata Ihsan ini, maka tentu akan khusyuklah kita sewaktu
menyembah Allah itu. Kalau dapat seolah-olah tahu pada Allah, ini namanya Mukasyafah (terbuka dari semua tabir yang menutup) dan kalau mengangan-angankan bahawa Allah tetap melihat kita, ini namanya Muraqabah (mengintai-intainya Allah pada kita).

(i) Tanda-tanda yang dimaksud ini ialah tanda-tanda kecil sebab datangnya hari kiamat itu ada tanda-tandanya yang kecil dan ada tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil ertinya datangnya itu masih agak jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah nampak, maka itulah yang menunjukkan bahawa hari kiamat telah sangat dekat sekali saat terjadinya.

(j) Hamba sahaya perempuan melahirkan tuannya – ertinya, banyak sahaya perempuan itu yang dikahwin oleh raja-raja atau pejabat-pejabat tinggi lalu melahirkan anak-anak perempuan sehingga anak-anaknya itu pun akan berkedudukan sebagaimana ayahnya.

(k) Orang yang tak beralas kaki, telanjang, miskin serta penggembala kambing sama bermegah-megah dalam gedung-gedung besar, maksudnya ialah bahawa yang asalnya hanya penggembala yang miskin hingga seolah-olah tak pernah beralas kaki dan pakaiannya hampir-hampir tidak ada (boleh dikata telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri dan mendiami gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya. Dengan demikian, keadaan negeri lalu rosak binasa sebab sesuatu perkara semacam pemerintahan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam sebuah Hadis diterangkan:

Ertinya:

“Apabita sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kerosakannya.”

 Dengan ini tahulah kita bahawa Islam itu mengandungi tiga unsur yang utama yakni:

A. 5 Arkanul Islam, B. 6 Arkanul lman dan C. 2 Arkanul Ihsan.

Ketidakpedulian Sumber Kekayaan Samada Dari Punca Haram Atau Halal : Tanda Kiamat Ke-35

0

Tanda Ke-35/131 Ketidakpedulian Sumber Kekayaan Samada Dari Punca Haram Atau Halal
(عدم المبالاة بمصدر المال من حرام ام من حلال)

Dalil AQ:
“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [AQ:al-Baqarah/2 : 188].

Dalil hadith:

ليَأتينَّ على الناسِ زمانٌ ، لا يُبالي المرءُ بما أخذَ المالَ ، أمن حلالٍ أم من حرامٍ
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 2083

Terjemahan:
“Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk mendapatkan harta, apakah melalui cara yang halal ataukah dengan cara yang haram
HR Bukhari no 2083

Syarah:
Adalah tidak menasabah si muslim yang warak, dia tidak peduli akan isu syubhah, halal dan haram dan dari mana sumber kewangannya, namun di zaman kita tidak lagi demikian, di mana mereka tidak lagi peduli dengan halal dan haram. Misalnya dalam surah alBaqarah 2:188, orang Islam makan harta sesama sendiri dengan jalan haram, zaman kita ni banyak skim cepat kaya, banyak sindiket penipuan khususnya business online dan riba.

Juga hadith Abu Hurairah, akan tiba masanya manusia tidak lagi peduli apa cara untuk mendapatkan harta kekayaan, tipu, rasuah, suapan, sogokan, pecah amanah, penyelewengan kuasa dan kedudukan, judi, riba, jualan arak, rokok, seludupan, curi, GRO, ragut, samun. pesundalan, pelacuran, urutan, dan rompakan. Ia terjadi dengan berleluasa, terutama tokoh-tokoh politik, mereka akan mencuri dan merompak wang rakyat. ?

Hadis 26: Sifat Rambut Nabi Dan Etika Tutur Kata Umat Islam

0

شرح الديارية
لأحاديث الشمائل المحمدية
للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة
(المتوفي سنة 279 هجرية)
Syarhu d-Diyariyyah
Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah
Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 26, Dari Kyouto, Jepun

26- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو قَطَنٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرْبُوعًا، بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، وَكَانَتْ جُمَّتُهُ تَضْرِبُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ.

26- Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Mani`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Qatan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Syu`bah, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata: Rasulu Llah adalah bersaiz sederhana, jauh jarak dua bahunya, dan rambutnya menyentuh cuping dua telinganya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini telah disebut dalam hadis ketiga, dengan tiga rawi yang sama iaitu Syu`bah, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, yang menceritakan tentang sifat tubuh Nabi. Namun, kedua-dua lafaz ini berbeza sedikit dengan penambahan dan pengurangan.

Dalam ilmu hadis, terdapat satu bab iaitu tentang meriwayatkan hadis dengan makna. Hal ini tiada masalah kerana hadis ini bukanlah ucapan Nabi atau lafaz doa yang memerlukan periwayatan lafaz dengan tepat, sebaliknya hanya penceritaan tentang sifat Nabi. Justeru, dua lafaz hadis ini sebenarnya saling menerangkan antara satu lafaz dengan satu lafaz yang lain.

Kadangkala, lafaz sesuatu hadis itu adalah panjang atau sangat panjang, justeru, para rawi hanya menyebut lafaz yang sesuai mengikut konteks semasa, dan ini menyebabkan hadis itu diringkaskan atau dipendekkan.

Contoh mudah ialah apabila seseorang memetik kata-kata, ucapan, atau penulisan orang lain, sudah tentu dia akan memetik bahagian yang diperlukan sahaja tanpa menyertakan keseluruhan kata-kata, ucapan, atau penulisan tersebut. Hal ini mudah difahami bagi mereka yang terlibat dengan penulisan ilmiah, atau para wartawan yang menulis berita.

Namun, satu isu yang penting ialah adakah petikan itu dipetik dengan benar, atau dipetik dengan hawa nafsu? Seringkali kita melihat, mendengar dan membaca tentang ucapan seseorang yang dilaporkan dalam berita atau akhbar, tetapi kemudian orang itu sendiri menafikan laporan tersebut dengan mendakwa bahawa ucapannya diselewengkan makna atau disalah petik. Kerana itu, dalam ilmu hadis, seseorang akan mengulang apa yang ingin diriwayatkan di hadapan gurunya, agar riwayatnya dapat disemak oleh guru tersebut.

Selain itu, kerana itu disyaratkan bahawa ilmu hadis dan agama ini tidak diambil dari tepi jalan atau kedai kopi, melainkan ia diambil daripada perawi yang `adil, yang siqah, yang kuat hafazan, dengan sanad yang bersambung, serta tidak ganjil, dan tidak mempunyaï kecacatan.

Perawi yang `adil ialah yang ta`at dalam beragama, yang sentiasa bertaqwa iaitu menjauhi amalan yang buruk termasuk syirik, fasiq atau bid`ah. Dia hendaklah sentiasa melakukan segala kewajiban agama seperti salat, puasa, dan zakat, serta menjauhi akhlaq yang buruk.

Rawi yang siqah ialah yang dipercayaï dalam agamanya, tidak menipu serta tidak melakukan penyelewengan sesuka hatinya.

Rawi yang kuat hafazan ialah rawi yang dapat mengingati apa yang diriwayatkan dengan tepat, dan riwayatnya sentiasa sama tanpa kesilapan atau campur aduk.

Sanad yang bersambung bermakna rawi itu pernah berguru, atau mendengar kata-kata gurunya, atau menerima ijazah hadis daripada gurunya, sehingga apa yang diriwayatkan itu seolah-olah kata-kata gurunya yang sedang bercakap.

Tidak ganjil bermakna hadis yang diriwayatkannya tidak menyalahi apa yang datang dalam Al-Qur’an atau Sunnah, atau apa yang diriwayatkan oleh rawi yang lain.

Tidak mempunyaï kecacatan bermakna tiada kelemahan dalam apa yang diriwayatkan, atau pada diri rawi itu sendiri, seperti menyembunyikan nama gurunya, salah susunan nama perawi, serta tiada kekeliruan antara rawi yang sama nama atau laqab.

Dewasa ini, dengan perkembangan teknologi komputer, internet serta media sosial, ramai orang yang memetik kata-kata orang lain dengan tidak amanah, kerana mempunyaï niat jahat untuk memalukan atau menjatuhkan maruah orang yang dipetik kata-katanya itu. Justeru, dalam ilmu hadis, orang ini adalah tidak `adil dan tidak siqah. Orang-orang seperti ini hendaklah dijauhi, agar kita kita terselamata daripada fitnah mereka.

Sesetengah orang pula suka memetik dan menyebarkan sesuatu – berita, petikan kata, dan sebagainya – daripada orang yang tidak dikenali. Dalam ilmu hadis, perbuatan sebegini adalah salah kerana menyebarkan sesuatu daripada orang yang majhul – yang tidak dikenali – adalah salah dan tidak bertanggungjawab. Ini disebabkan asas penting dalam ilmu ialah ia hanya boleh disebarkan sekiranya bersumber daripada orang yang `adil dan siqah. Justeru, seseorang yang tidak diketahuï `adalahnya dan siqahnya, kata-kata atau apa-apa yang datang daripada mereka adalah tidak berguna dan terbatal, seperti debu yang berterbangan.

Dan lebih teruk, terdapat sebahagian manusia yang jahil, yang suka menyebarkan khabar, atau berita, atau cerita daripada orang yang dia sendiri tidak kenal, lalu dia menyebut satu kata-kata yang jelas menunjukkan kejahilannya iaitu, “Saya dengar orang ini cakap begitu. Kalau dia bohong, bohonglah saya.”

WaLlahi, ini ialah ucapan orang yang sangat bodoh, yang tidak tahu qadar dirinya yang jahil. Sekiranya dia tahu iaitu apabila dia tidak tahu kebenaran, dia pastinya akan senyap, dan menyelamatkan dirinya di akhirat daripada dosa yang berganda-ganda. Ini ialah contoh seorang perawi yang tertolak kata-kata dan riwayatnya, kerana dia hanya mengutip cerita dan kisah, tanpa memastikan siapa yang menyampaikan, atau kesahihan berita yang didengar. Justeru, kata-katanya tiada nilai dan tidak layak disebarkan.

Sungguh, pengetahuan tentang rawi ini akan menyelamatkan kita dan agama kita dalam zaman teknologi ini. Seseorang yang dikenal selalu mengutip kata-kata orang yang majhul – iaitu tidak dikenal agama, `adil dan siqahnya – maka setiap apa yang datang daripadanya hendaklah diabaikan, dipadam dan tidak disebarkan, walaupun ia mungkin benar. Sebaliknya, seseorang ilmuwan, yang dikenal agama, `adil dan siqahnya, maka baharulah apa yang disampaikan olehnya boleh diambil faedah, atau disebarkan kepada orang lain.

Justeru, tersilaplah orang yang mengutip sampah di jalanan, lalu dia membawakan sampah itu kepada seseorang ilmuwan dan bertanya, adakah antara sampah itu yang sahih dan betul? Sungguh dia tersilap, kerana orang itu harus mengenal bahawa sampah dalam agama, ia tiada nilai langsung, walaupun ia mungkin betul! Seharusnya, dia berpada – iaitu berasa cukup – dengan yang sahih, daripada orang yang betul, barulah dia akan selamat daripada sampah dan kebusukannya.

Maka setiap kita hendaklah tahu di mana dia harus berhenti bercakap dan berhenti menyampaikan, agar kita tidak menyebarkan penipuan dan menjadi penipu dalam agama.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية
Terjemahan dan Syarah oleh
محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري
ADÖULINÉ Lacharouphe
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Himpunan Firman Allah Bab Muraqabah

0

Assalamualaikum,
Bab seterusnya
Muraqqabah (Merasa Diri Diawasi)

Allah Ta’ala berfirman:

“Dialah yang melihatmu ketika engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu di antara orang-orang yang bersujud.”

(asy-Syu’ara’: 218-219)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Dan Dia adalah besertamu di mana saja engkau semua berada.” (al-Hadid: 4)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di langit.”(ali-lmran: 5)

Lagi firmannya Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya Tuhanmu itu nescaya tetap mengintipnya.” (al-Fajar: 14)

Juga firmannya Allah Ta’ala:

“Dia Maha Mengetahui akan kekhianatan mata – maksudnya pandangan mata kepada sesuatu yang diiarang atau kerlingan mata sebagai ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak baik – dan apa saja yang tersembunyi dalam hati.” (al-Mu’min: 19)

Ayat-ayat yang mengenai bab ini banyak sekali dan kiranya dapat dimaklumi.

TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 1)

0

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

هذه ‫#‏وصايا_أثناء_القراءة‬ كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
الجزء (1)
١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد .
#وصايا_أثناء_القراءة

Jangan engkau berikan al-Quran lebihan waktumu, malah khususkan untuknya sela waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن .
#وصايا_أثناء_القراءة

Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti’azah (Bacaan A’udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan akan diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ،
ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau penat dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.
(Bersambung..)

____________
Terjemahan @BroSyarief
Channel Telegram @BroSyariefShares
Disalin dari https://telegram.me/QtoofQuranih
‫#‏صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً‬

Tafsir Surah Al-Ghafir Ayat 20-21

0

Susunan: Ustaz Rosman

Bismillah ArRahman ArRahim
Allahumma Rabbana Zidna ilma
Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim
Amma ba’du

Surah al Ghafir, ayat 20.

وَاللَّهُ يَقْضِي بِالْحَقِّ ۖ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ لَا يَقْضُونَ بِشَيْءٍ ۗ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah – tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat….
Ghafir, ayat 20

Tafsir

Ayat ini tentang keadaan di mahsyar.

Setelah manusia di bawa ke muka pengadilan Allah, semua manusia, jin/setan, serta para malaikat duduk bersaf-saf depan Allah.

Tidaklah Allah bertanya pada mana-mana Rasul, Nabi, wali, orang beriman, serta para malaikat saperti ini.

1. Boleh kah kita mula perbicaraan
2. Kamu para rasul atau para malaikat, duduk sebelah Ku
3. Berapa lama Aku patut bubuh mereka ini dalam neraka
4. Azab macamana patut Aku buat pada mereka.
5. Molek kah orang ini Aku masuk ke syurga dan lain-lain .

Allah swt tak perlu lagi nak tanya apa-apa pada mana-mana makhluk Nya, seoalah-olah Allah tak Tahu, tak Bijaksana.

Tetapi manusia sekarang ni buat Allah macam Allah tak Tahu, dengan suruh para malaikat, nabi, dan wali jadi perantara mereka dalam berdoa pada Allah

Oleh itu Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Dia saja lah yang berkuasa memutuskan keadilan kalangan makhluk dengan seadil-adilnya.

Yaitu.. satu dosa di balas satu saja.. tetapi satu pahala di balas 10x, 700x, malah ada yang lebih lagi….

Hendaklah kamu semua tahu bahawa Allah swt Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Maha Mendengar, apa saja mereka buat, buat pula setakat mana ikhlas nya orang itu. Kerana Allah Maha Mendengar bisikan-bisikan hati manusia

Maha Melihat, tindak tanduk orang engkar tauhid terhadap orang beriman dan tindak tanduk orang beriman terhadap orang engkar.

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah….
Surah Ghafir, ayat 21

Untuk mendapat menghayati kenapa mereka ini berbuat semasa mereka dulu hidup maka

Bab 1
Hendaklah kamu semua bermusafir di muka bumi atau mengkaji bagaimana kah akibat kesudahan orang-orang yang dah mati dulu macam Firaun , kaum Aad, Samut, Madyan, Luth.

Tetapi manusia kaji hal Firaun contohnya, bagaimana keadaan hidup tamaddun mereka, manusia tak kaji kenapa Firaun dan kaum nya hancur. Kita pula sekarang juga tak kaji tapi asyik dok takjud tamaddun Firaun.

Bab 2.
Orang-orang ini dulu lebih gagah kedudukan tentera mereka dan lebih banyak meninggalkan kesan-kesan tamaddun mereka di muka bumi lebih daripada manusia-manusia yang engkar tauhid sekarang pun.

Bab 3.
Maka Allah azab mereka, semua sekali mati bukan kerana tamaddun yang mereka buat tapi kerana dosa-dosa syirik bidaah yang mereka dulu telah lakukan.

Kita pun sama, Allah akan mematikan kita senegara jika kita tak berhenti-henti syirik bidaah pada ugama Allah ini. Allah tak peduli pun kalau Dia nak azabkan.

Soalan:
Apakah cara sedekah pahala yang baik untuk si mati?

Jawapan:

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya….
Surah al-Baqarah (2):42

Duit tahlil, RM 400 ke RM 500, pergi ke masjid kemudian bayar bil elektrik dan air masjid.

Esok pergi ke masjid lain, bayar bil elektrik dan air masjid.

Hadiahkan pahala sedekah itu pada org mati, itu sabit hadis.

Komen: Saranan yang sangat bagus..lepas ni nak ajar mereka-mereka yang nak buat kenduri tahlil ni buat macam tu, kena bertegas untuk tegakkan dakwah, moga Allah beri kekuatan.

Sambung:
Orang Alim ialah orang beriman tak syirik, amal soleh tak bidaah, malah dia khatam tafsir Quran dan hadis nabi saw

Selain daripada tak khatam tafsir Quran dan tak khatam satu kitab besar daripada kutubussittah. Itu orang ulaimun, kurang reti.

Orang yang dalam Quran kata.. orang-orang yang di beri sebahagian daripada kitab. Ini masalah sebenarnya.

Soalan:
Surah apa tu ayah aji tentang orang yang diberi sebahagian kitab?

Jawapan:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ وَهُمْ مُعْرِضُونَ

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). Ali Imran 23

Hadis 59: Jujur Ketika Berurusniaga Membawa Berkah

0

59. Dari Abu Khalid iaitu Hakim bin Hizam r.a., ia masuk Islam di zaman pembebasan Makkah, sedang ayahnya adalah termasuk golongan pembesar-pembesar Quraisy, baik di masa Jahiliyah atau pun di masa Islam, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua orang yang berjual-beli itu dengan kebebasan – yakni boleh menangguhkan jual-belinya atau jadi meneruskannya – selama keduanya itu belum berpisah. Apabila keduanya itu bersikap benar dan menerangkan – cacat-cacatnya, maka diberi berkahlah jual-beli keduanya, tetapi jikalau keduanya itu menyembunyikan – cacat-cacatnya – dan sama-sama berdusta, maka dileburlah keberkahan jual-beli keduanya itu.” (Muttafaq ‘alaih)

Keterangan:

Kata Shidqun yang bererti benar itu, maksudnya tidak hanya benar dalam pembicaraannya saja, tetapi juga benar dalam amal perbuatannya. Jadi benar dalam kedua hal itulah yang menurut sabda Nabi s.a.w. dapat menunjukkan ke jalan kebajikan dan kebajikan ini yang menunjukkan ke jalan menuju syurga.

Secara ringkasnya, seseorang itu baru dapat dikatakan benar, manakala ucapannya sesuai dengan amal perbuatan yang dilakukan, atau dengan kata lain ialah manakala amal perbuatannya itu masih bertentangan dengan ucapannya, tetaplah ia dianggap sebagai manusia yang berdusta atau kadzib. Misalnya seorang yang mengaku beragama Islam, tetapi shalat tidak dilakukan, puasa tidak dikerjakan, bahkan mengucapkan dua kalimat syahadat saja tidak dapat, maka dapatkah orang semacam itu dikatakan benar ucapannya. Tentu tidak dapat. Ia tetap berdusta yang oleh Rasulullah s.a.w. disabdakan bahawa kedustaan itu menunjukkan ke jalan kecurangan dan kecurangan itu menunjukkan ke jalan menuju neraka.

Ar-Rahiq Al-Makhtum – Perjalanan Hidup Insan Agung

0

Baca dan hayatilah kemuliaan garis masa yang terpuji..

40 tahun Rasulallah saw hidup sebagai sosok tubuh dengan sifat manusiawi yang mulia,Al Amiin. Tanpa wahyu tiadalah Islam dan İman. Mereka yang berurusan dengan baginda di waktu itu tiada mendapat manfaat diniyyah sedikit pun.

Ringkasan gambaran bab 6

Lahir -> wadi bani Saad -> perang fijar -> gembala kambing -> berniaga -> berkahwin dengan Saidatina Khadijah ra -> bina semula kaabah -> bertanuth di gua Hirak..

Tempoh 40 tahun, di dalam masa yang sama gambaran yang di sebut dalam ms 1- ms 48 terus berlaku.

Taqliq : perang fijar seperti yang disebut oleh Dr Akram Al Umari dalam Sirah Sahihah nya, tidak sabit Rasulallah saw menyaksikannya. Tiada hadis.

Tiada hadis yang sahih mengenainya Allahu A’LAM

Mengikut ahli sirah perang fijar berlaku ketika umur Rasulallah saw 15 tahun. Adapun samada perang itu disaksikan oleh baginda saw di nafikan oleh ahli hadis seperti nota diatas.

Bila org quote tanah hijaz, sebenarnya apa yang dimaksudkan? Peta hijaz oleh ahli Sirah.

Disebutkan hijaz itu adalah kawasan bermula dari Taif hingga wadi aqiq.

Jika kita berumur lingkungan 35-40 tahun.. tentu terlalu banyak yang boleh kita ceritakan tentang diri kita. Mualif meringkaskan garis waktu 40 tahun itu hanya dalam 13 mukasurat.  40 tahun tetapi hanya 13 muka. Jika kitab asal sekitar 7-8 ms.

Tetapi untuk 23 tahun penulis bermula dari ms 74 hingga akhir.. kurang lebih 600 ms..ini terjemahan kitab asal 400 ms.

Ciri-ciri yang hendak diketengahkan adalah persekitaran keluarga yang penyayang, kebijksanaan dan juga aspek pergaulan dan pengalaman yang luas misalnya dari umur 6 tahun sudah bermusafir ke madinah diwaktu itu. Perjalanan sekitar 500 km di ketika itu satu gambaran kekuatan fizikal..musafir ke Yaman dan Sham juga 1000 km lebih.. ianya pengalaman yang menambah data-data di dalam pemikiran Rasulallah saw. Allahu A’LAM

Persediaan Nabi saw sebelum menerima nubuwwah

Cerita nabi sebelum menjadi Nabi yang diturunkan dalam Al Quran adalah kisah Nabi Musa as. Perkataan Musa sahaja di ulang 136 kali dalam Al Quran.

Lihat ayat Qasas ayat 7-42. Cerita Nabi Musa sebelum diberi nubuwwah.

Bab 6 hingga bab 10.. gambaran Rasulallah saw diberi kehidupan yang baik, akal yang kuat dan hati yang luas.. diberi sifat pengasih dan penyayang.. pada umur 35 tahun mulanya keinginan baginda membentuk kekuatan ruhaniyyah.

Kasih sayang seorang ibu, datuk, bapa saudara dan isteri menjadikansifat kasih sayang terbentuk dalam hati Rasulallah saw.

Allah swt telah memberikan persekitaran yang terbaik kepada Rasulallah saw dikala diluar sana jahiliyyah memekat.. seperti Musa as di besarkan di İstana Firaun, di kala mana diluar İstana pelbagai kemunkaran dan kedurjanaan berlaku Allahu a’lam

Keyatiman Baginda juga menjadikan Baginda seorang insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Mudah empati, mudah faham dan 1001 sifat insani yang lain.

Kalau jumpa anak yatim, kongsilah kisah keyatiman Baginda kepada mereka. Ia bisa mengubat sedih dan rajuk mereka. Lalu menjadi mereka insan yang punya harapan. Kerana manusia paling hebat juga yatim seperti mereka. Allahu A`lam.

Apa yang kita dapat ketika musafir. Gambarkan musafir Rasulallah saw ketika kecil, ketika berniaga dan urusan peribadi dalam tempoh sehingga umur 40 tahun.

Pertemuan dengan Buhaira.. jika diambil metod ahli hadis maka berita itu sangat lemah sanadnya.. begitupun ahli sirah mensahihkan berita ini.. dengan ramainya ahli sirah meriwayatkannya..

Dan mengikut ahli sirah banyak sangat bukti dalam kitab kitab terdahulu menceritakan tentang baginda saw.. dan pengetahuan rahib tersebut bukanlah suatu yang luar biasa, sama seperti pengetahuan Waraqah bin Naufal tentang namus dan tanda tanda seorang nabi. Allahu A’lam

Jika siapa yang pernah baca kitab sirah.. kita akan lihat banyak juga fakta Ibn Ishak yang senada dengan Musa bin Uqbah.

Nabi saw bertahannuth di gua hirak, mengikut satu pendapat ianya amalan mereka yang saleh dan berakhlak di ketika itu.

Jarak di antara Nabi Ibrahim as & Nabi Muhammad saw agak lama & ramai lagi Nabi-nabi lain di antara Baginda. Bagaimana amalan tersebut dapat terpelihara?

Sirah nabi di nusantara. Alhamdulillah.. ianya versi sunni.. cuma masyarakat kita tidak begitu kritis dalam berinterakasi dengan fakta sirah yang sangat dinamik sifatnya.

Bab 6 hingga bab 11

Gambarkan rapatnya kekeluargaan baginda saw dan kaitannya dengan perintah berdakwah.

Bab 7 dibawah naungan wahyu.

Muhammad saw adalah insan pilihan dipilih daripada keturunan Ismail dari nasab kinanah, kabilah berkhidmat dan berkebajikan yakni Quraish, keluarga baik-baik akhlaknya dari  bani Hasyim.. 

Baginda dipilih Allah saw menjadi utusan terakhir untuk ummat sekalian alam.

Menerima wahyu pertama dan mendapatkan verifikasi dari mereka yang alim. Begitulah disiplin ilmu dengar dan sahkan walau perkataan Iqra’ dan beberapa ayat. Allahu A’lam

Bertanyakan kepada Waraqah bin Naufal, apakah yang terjadi dan apakah baginda saw terima.

Waraqah bin Naufal, ianya cadangan isteri baginda Khadijah ra.. telah menjadi tradisi mereka yang alim merujuk kepada yang lebih alim tentang pengajaran kisah ini. Tatkala itu, itulah anggapan Khadijah ra yakni yang lebih arif dan alim adalah Waraqah bin Naufal.

Apa status agama bagi Waraqah bin Naufal? Adakah dia beragama hanif?

Mengikut satu pendapat beliau ahli kitab.

Apa hikmah malaikat jibril a.s. memeluk baginda s.a.w sebanyak tiga kali? Bagaimana psikologi nabi s.a.w pada waktu tu?

Di malam gelap, seorang diri, atas bukit, dalam gua. Tiba-tiba ditegur oleh suatu makhluq pelik dengan mesej yang pelik.

Jadi perlu ada sentuhan fizikal kepada Nabi supaya Nabi tidak anggap ia suatu mimpi. 

Ibarat orang yang ternampak suatu yang pelik, terkejut, lalu dia cubit atau tampar tangannya supaya ia sedar bahawa ia bukan sedang bermimpi.

Dari peristiwa inilah segala perbuatan baginda diwahyukan, ianya di bahagikan dua mengikut ahli ilmu matluw dan ghair matluw.. matluw adalah Al Qur’an.. ghair matluw adalah setiap tindakan baginda yang diwahyu ke dalam akal dan hati baginda saw.. wallahu’alam.

Pupusnya Orang Soleh dan Diangkatnya Orang Yang Hina Dina: Tanda Ke-34

0

Tanda Kiamat Ke-34/131

Pupusnya Orang Soleh dan Diangkatnya Orang Yang Hina Dina (هلاك الوعول و ظهور التحوت)

Dalil hadith:

والَّذي نفسُ محمَّدٍ بيدِه لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى يظهَرَ الفُحشُ والبُخلُ ويُخوَّنَ الأمينُ ويُؤتَمَنَ الخائنُ ويهلِكَ الوُعولُ وتظهَرَ التُّحوتُ ) قالوا : يا رسولَ اللهِ وما الوُعولُ والتُّحوتُ ؟ قال : ( الوُعولُ : وجوهُ النَّاسِ وأشرافُهم والتُّحوتُ : الَّذينَ كانوا تحتَ أقدامِ النَّاس لا يُعلَمُ بهم
الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن حبان
المصدر : صحيح ابن حبان الصفحة أو الرقم: 6844
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 3211 خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه

“Tidaklah akan terjadi hari Qiamat itu, sehingga perbuatan keji dan kebakhilan tampak jelas merajalela, orang yang amanah dianggap khianat, orang yang khianat dipercayai. Orang-orang yang mulia berangsur-angsur tiada dan yang tersisa hanyalah orang-orang yang rendah !. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah ……….. Apa makna “Al- Wa’ulu” dan al-Tahut? Rasulullah menjawab : Al-Wa’ulu adalah para pemimpin dan semulia-mulia manusia, sedangkan Al-Tahut adalah mereka yang kedudukannya rendah di mata manusia”.
(HR al-Hakim dan al-Tabrani, dinilai sahih oleh Ibn Hibban, no 6844 dan albani, silsilah al-dhaifah, no 3211)

Syarah:
Kita menyaksikan tanda-tanda ini sedang berlaku, di mana umat islam kepupusan ulamak, cendikiawan, tokoh, dan hukama’ dan diganti dengan orang-orang yang bodoh, selebriti, ahli maksiat dan manusia yang hina.

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَأْخُذَ اللهُ شَرِيطَتَهُ مِنْ أَهْلِ اْلأَرْضِ فَيَبْقَى فِيهَا عَجَاجَةٌ لاَ يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلاَ يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا
الراوي : عبدالله بن عمرو المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 11/161 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi, sehingga yang tersisa hanyalah orang-orang yang jelek, mereka tidak mengetahui yang baik dan tidak mengingkari yang munkar”
HR Ahmad, sahih, ahmad syakir.

Yang mengisi slot kepimpinan adalah orang yang tidak baik, seperti ahli sukan dan artis disanjung tinggi, kalau anda lihat senarai penerima pingat dan darjah kebesaran, anda akan tertanya-tanya, misalnya bintang datuk untuk shah rukh khan dari India, datuk Jackie chan dari Hong Kong..manusia mengangkat martabat artis, ahli sukan dan tokoh korporat.

Misalnya pengerusi kasino diberi Tan Sri, pengerusi sports Toto juga dianugrahkan Tan Sri.

لا تَذْهَبٌ الدنيا حتى تكونَ لِلُكَعٍ بنِ لُكَعٍ
الراوي : هانئ بن نيار أبو بردة المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/323 خلاصة حكم المحدث : رجاله ثقات‏


Terjemahan:
“Tidak akan lenyap dunia sehingga orang-orang pandir menguasainya. HR Ahmad disahihkan oleh al-haithami. ?

Syed qutub kata dalam tafsirnya fi Dzilal, “manusia kalau dah biasa duduk dalam paya, maka dia tak rasa paya tu busuk”

*paya=swamp

Mohon maklumat:

Tarikat Zikir Nafas

Tareqat Sabah atas nama Persatuan Rahmatan lil Alamin, zikir nafas, kena be careful akan jadi fenomena macam Naqsyabandi Aliyah juga ni. Tareqat Qadiri-Chisti, India mari, DR dia tu tak tahu mana mari.
Tareqat qadiri-chisti Dr ismail kassim dengan ajaran Zikir Nafas ni belum ada detail…Kesesatan sesuatu tareqat perlu masa untuk betul-betul muncul….

FB Zikir Nafas

Popular

Iklan

Iklan