Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 29-30: Sucikah Air Liur Unta dan Air Mani ?

Hadis 29-30: Sucikah Air Liur Unta dan Air Mani ?

697
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadis ke-29

وَعَنْ عَمْرِو بْنِ خَارِجَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ: «خَطَبَنَا النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – بِمِنًى، وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ، وَلُعَابُهَا يَسِيلُ عَلَى كَتِفِي» . أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ.

Dari ‘Amri bin Kharijah رضي الله عنه berkata ” Nabi صلى الله عليه وسلم menyampaikan khutbah kepada kami di Mina dalam keadaan menunggang di atas untanya. Dan ketika itu air liur unta meleleh di atas bahu ku”
Hadith diriwayat oleh Ahmad dan At Tirmidzi dan beliau me-sohih-kannya.
Darjat hadith ini Sohih

Faedah Hadith

1- Hadith ini dalil bagi Tidak Najis Air Liur Unta dan begitu juga segala binatang yang halal di makan dagingnya. Begitu juga segala binatang yang suci masa hidupnya di hukum suci air liurnya.

2- Hadith ini jenis hadith تقرير iaitu sifat taqrir Nabi menetapkan hukum boleh akan sesuatu perkara kerana walaupun tiada larangan atau suruhan darinya. Kerana jika di larang nescaya Nabi akan melarang atau menyuruh basuh bekas air liur unta itu. Di biar satu hukum itu di anggap boleh buat. Kecuali permasalahan hukum tata tertib ibadah mesti ada perintah dulu baru lah dapat di amal.

Seperti usul fiqh “jika ada suruhan,selainnya tidak boleh buat..jika larangan,selainnya boleh buat”

Maka setiap ibadah mesti ikut suruhan sahaja,selain di suruh tertolak. Manakala hukum-hukum selain ibadah jika tiada suruhan atau larangan maka hukum asalnya BOLEH. Sila ambil perhatian masalah ini sebab ramai keliru buat bid’ah kerana tidak faham masalah ini.

3- Juga berlaku ijma’ muslimin mengatakan Suci air liur unta dan segala binatang yang boleh di makan. Selainnya pula di lihat jika ada nas mengatakan ia najis maka baru lah di hukum najis. Zahirnya semua binatang suci air liurnya melainkan ada nas seperti contoh anjing ada nas mengatakan ia Najis.

4- Hadith ini dalil boleh berkhutbah sambil tunggang unta.

Habis di sini, soalan boleh tanya

? Bilik (78) Bagaimana dengan hadits yang melarang kita berkhutbah di atas haiwan tunggangan?

Hindarilah kalian daripada menjadikan belakang haiwan kalian sebagai minbar.

Sesungguhnya Allah Ta`ala telah menaklukkannya untuk kalian, supaya kalian boleh sampai ke negeri yang tidak mampu kalian sampai melainkan dengan kesulitan. Allah juga menjadikan bumi untuk kalian, maka hendaklah kalian penuhi keperluan kalian di atas bumi.

إياكم أن تتخذوا ظهور دوابكم منابر، فإن الله تعالى إنما سخرها لكم لتبلغكم إلى بلد لم تكونوا بالغيه إلا بشق الأنفس، وجعل لكم الأرض فعليها فاقضوا حاجاتكم
Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2567, Al-Baihaqi.

Saya baca syarah hadits ini, maksudnya kalau nak berkhutbah, kena turun ke tanah, jangan membebankan haiwan tunggangan. Jzkk.

Jawapan:
Hadith ini ana kena kaji dulu darjatnya dan permasalahannya.
Cuma jawapan mudah, jika Nabi buat maka hukumnya boleh..dan lagi pula hadith ini berkaitan khutbah di Mina iaitu khutbah raya bahkan khutbah banyak ketika haji antaranya di Arafah, di hari korban, di hari Nafar Awwal 12 Zul hijjah.

? Bilik 79 : Ustaz, kalau nabi berkhutbah maksudnya nabi saw bermusafir pada hari Jumaat kan? soalan saya adakah wajib solat Jumaat kalau bermusafir pada hri Jumaat?

Jawapan:
Ni khutbah di Mina ketika haji. Zahirnya bukan khutbah jumaat. Juga di panggil khutbah ini khutbah hajjatul wada’

? Bilik 79: Maknanya jika ada suruhan kita kena buat yang disuruh dan jika dilarang kita memang kena tinggal terus kan? Begitu?
Ya benar.

Sambung hadith 30

وَعَنْ عَائِشَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا -، قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَغْسِلُ الْمَنِيَّ، ثُمَّ يَخْرُجُ إلَى الصَّلَاةِ فِي ذَلِكَ الثَّوْبِ. وَأَنَا أَنْظُرُ إلَى أَثَرِ الْغَسْلِ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَلِمُسْلِمٍ: «لَقَدْ كُنْت أَفْرُكُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَرْكًا فَيُصَلِّي فِيهِ» . وَفِي لَفْظٍ لَهُ: «لَقَدْ كُنْت أَحُكُّهُ يَابِسًا بِظُفْرِي مِنْ ثَوْبِهِ» .

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها berkata ” pernah Nabi صلى الله عليه وسلم basuh air mani (di pakaiannya). Kemudian dia keluar untuk solat dengan pakaiannya itu. Dan aku melihat ke arah tempat kesan (basah) pada pakaiannya.”
Hadith riwayat muttafaq alaih.
Manakala riwayat Muslim “Benar-benar sungguh aku kutis/garu di pakaian (kawasan bekasan air mani) dan kemudian dia صلى الله عليه وسلم solat dengannya.
Dalam riwayat Muslim yang lain ada lafaz “benar-benar sungguh aku kutis air mani kering pada pakaiannya itu dengan kuku ku”

Faedah hadith,

1- Air mani sejenis air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan kerana melepaskan kemuncak nafsu syahwat.
Asal kejadian manusia mula-mula dari sari tanah, dan kemudian dari air mani seperti dalam Al Quran

‏﴿١٣﴾ ثُمَّ جَعَلْنٰهُ نُطْفَةً فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ

(13) Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
(Al Mu’minun 23:13)

‏﴿١٤﴾ ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخٰلِقِينَ

(14) Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
(Al Mu’minun 23:14)

2- Hadith ini dalil Nabi صلى الله عليه وسلم adalah manusia. Dan manusia itu jenis boleh keluar air mani. Dan Nabi صلى الله عليه وسلم juga berjimak dengan isteri. Dan dari air mani itu asbab mendapat anak keturunan. Dan Nabi صلى الله عليه وسلم jenis manusia yang makan minum sama dengan kita semua. Maka tak patut jika ada manusia yang sanggup syirik pada Allah dengan mengadakan Nabi-Nabi sebagai sekutu Allah.

‏﴿٣٨﴾ وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوٰجًا وَذُرِّيَّةً ۚ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن يَأْتِىَ بِـَٔايَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ

(38) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).
(Ar Ra’du 13:38)

‏﴿٢٠﴾ وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ إِلَّآ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِى ٱلْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

(20) Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
(Al Furqaan 25:20)

3- Ada dua khilaf di kalangan ulama tentang hukum suci atau najis air mani:

A) segala yang keluar dari dua jalan iaitu qubul dan dubur adalah najis. Manakala air mani juga termasuk dalam juga sebagai najis berdalilkan hadith di atas. Cumanya air mani sejenis najis yang ringan. Dapat di basuh dengan air ataupun hanya di garu hingga bersih air mani kering itu. Tapi pilih salah satu cara basuhan adalah wajib. Samada basuh jika basah dan cukup dengan garukan air mani jika mani kering.

B) Sebahagian pendapat ulama mengatakan air mani suci seperti sucinya hingus dan kahak. Kerana dari air mani terciptanya manusia. Jadi jika terkena air mani tidak najis cuma kena basuh atau buangnya kerana kotor atau jijik saja. Antara pendapat kuat dalam pendapat ini. Jika air mani najis, maka sudah tentu Nabi tak dibiarkan begitu saja air maninya jadi kering sehingga ada kala di cuci oleh aisyah.

Masalah syubhah 1 (kekeliruan):
Sebahagian ulama kata air mani suci kerana boleh disucikan dengan di garu atau di buang air mani kering itu.

Jawab syubhah:
Jika paling kurang di garu buang dengan apa saja pun boleh maka ini dalil najis juga kerana tidak di biar najis itu berada pada pakaian. Seperti juga berak boleh di singkirkan najis dengan batu maka air mani pun boleh. Jika tahi itu najis maka air mani juga najis. Jadi syubhah ini tidak kuat untuk di kias hukum suci.
Wallahu a’lam

Syubhah 2:
Setengah ulama pula meletak kategori air mani Nabi sahaja yang tidak najis sebabnya beliau adalah Nabi maka tak mungkin Nabi ada najis. Bahkan ada juga kata air kencing Nabi dan tahi juga tidak najis.

Jawab syubhah 2:
Air mani Nabi ni maksudnya hasil dari Nabi berjimak dengan isterinya. Dan isterinya pula bukan Nabi. Jadi tentu saja air mani Nabi bercampur air mani isterinya. Dan pula tentulah ketika berjimak terkeluar air mazi pula, padahal jumhur ulama mengatakan air mazi adalah najis. Maka di manakah contoh berjimak yang tidak terkeluar air mazi? Manakala air kencing dan tahi Nabi sendiri dalam Hadith sabitnya beliau basuh kencing dan berak. Mana mungkin tidak najis jika beliau sendiri basuh sucikan dari najis itu.

Kesimpulannya bagi ana, jika ia najis sekali pun tetap seolah suci dan jika di hukum suci pula tentu lebih mudah dalam permasalahan ini sehingga tidak rumit kita beramal. Kedua pendapat ada kekuatan dalilnya. Dan juga jika air mani di sini tidak najis mungkin berlaku masalah jika berjimak adakah perlu basuh atau tidak bekasan jimak yang kena pada kedua pasangan. Jadi jika begitu baik basuh juga ataupun boleh dibersihkan dengan digarukan atau dibuang air mani tu. Lebih selamat di basuh atau disingkirkan kesannya..
Wallahu a’lam

4- Antara lain, hadith ini dalil isteri berkhidmat untuk suami.

5- Pakaian tidur Nabi sama dengan pakaian ketika untuk solat. Ini satu sifat sederhana yang di tunjuk oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.

Habis di sini

? Bilik 111 soalan : Bagaimana pula pandangan 4 mazhab berkenaan air mani yang terkena pada pakaian seperti dalam perbincangan ini..

Jawapan: Dua pendapat yang di sebut dlm faedah hadith ke-3 tu dari 4 mazhab dah. Tidak di sebut nama-nama sahaja. Bila belajar hadith mazhab bukan hanya ada 4 bahkan mazhab-mazhab di kalangan semua ulama-ulama hadith di sertakan.

?7⃣9⃣ Ada yang cakap air mani ni boleh keluar hasil dari mimpi juga? Kadang-kadang ada yang keliru sama ada air mazi atau mani

Jawapan: Air mazi ketika naik syahwat, manakala air mani ketika kemuncak melepaskan syahwat. Mimpi basah maka wajib mandi, nanti babnya dalam bab mandi.
in sya Allah

Maksudnya air mani boleh terjadi bukan dari jimak sahaja tapi dari mimpi juga..? betul ka?

Jawapan: Ya benar, kalau basah tu iya la tu. Kena mandi.

?78 Nabi suruh basuh tangan 3 kali bila bangun tidur sebelum ambil wudhu. Tapi dalam hadis tadi, Nabi solat dengan pakaian yang dia buat tidur. Boleh ustaz beri pencerahan. Jkk.

Jawapan: Nabi pakai pakaian sama sebab tu ada kesan basuhan. Basuh tangan tu bab wudhu. Itu pun Nabi buat, pakaian dan wudhu dua perkara berbeza.

? Bilik 119
Sekiranya setelah habis solat baru perasan ade kesan air mazi di pakaian,adakah sah solat tersebut atau harus di ulang semula?

Jawapan:
Mungkin bukan mazi kot? Jika ragu-ragu tak perlu ulang. Asalnya sudah solat maka hukum sudah solat.

? 78. Ia hanya keluar pada kemuncak syahwat. kalau didapati ada tompok kecil dipakaian dalam setelah 2-3 jam mandi hadas maksudnya sah bukan mani? ade kemungkinan lelehan contohnya?

Jawapan:
Biasanya tak keluar kecuali di usik kemaluan tu. Biasa orang melayu suka urut-urut usik kemaluan agar keluar sisa dalam tu, perbuatan tu penyebab penyakit seperti terkeluar mazi atau sisa kencing yang pekat seolah mazi. Seelok jangan buat, biarkan ia keluar seperti biasa dengan tenang, usah waswas duk tengok-tengok kawsan tu sentiasa. Kalau waswas renjiskan air di pakaian setelah kencing.

Jadinya tak wajib mandi,hanya basuh di tempat tu sahaja.. Hukumnya sama dengan perempuan datang istihadhah.
Kelas habis setakat ini sahaja.

Moderator: Akhi Zarith Harith
Alhamdulillah, tamat pengajian untuk malam ini. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kita pada malam ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita.

jutaan terima kasih buat guru kita ustaz Solahuddin kerana sudi kongsikan ilmunya disini..mudah-mudahan Allah ganjarkan kebaikan buat uztaz.

Saya tutup kelas pada malam ini dengan lafaz tasbih kaffarah.
assalamualaikum, selamat malam.
Jzkl kk ustaz solahudin al ayyubi

Jawapan:
Waalaikumussalam
Wallahu a’lam
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Komen dan Soalan