Utama Blog Halaman 275

Rapat dengan kawan, renggang dengan ayah : Tanda Kiamat Ke-41

0

?Tanda Kiamat Ke-41/131
Rapat dengan kawan, renggang dengan ayah (ادناء الأصدقاء واقصاء الأباء )

Dalil hadith:

إذا اتُّخِذَ الفيْءُ دُوَلًا والأمانةُ مغنمًا والزكاةُ مغرمًا وتُعُلِّمَ لغيرِ الدِّينِ وأطاع الرجلُ امرأتَهُ وعقَّ أُمَّهُ وأدنى صديقَهُ وأقصى أباهُ

Terjemahan: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), tunduk lelaki kepada isterinya dan derhaka akan ibunya, lelaki rapat dengan kawan tapi renggang dengan ayah…” takhrij/status hadith, lihat tanda ke-40/131

Syarah:
Ini juga petanda kecil Kiamat, di mana lelaki lebih banyak masa bersosial dengan kawan-kawan dan melupakan ayahnya. tanda-tandanya cuba lihat remaja lebih banyak dengan gadget seperti smartfon, tablet dan notebook. Dan seterusnya dengan kawan-kawan, akhirnya mereka melupakan untuk berbakti kepada ayahnya. ?

Hadith 79: Tawakkal Menjemput Rezeki

0

Hadith ke- 79 kitab Riyadus Solihin.

«79» السادس: عن عُمَر رضي الله عنه قَالَ: سمعتُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا)). رواه الترمذي، وَقالَ: (حديث حسن).
معناه: تَذْهبُ أَوَّلَ النَّهَارِ خِمَاصًا: أي ضَامِرَةَ البُطُونِ مِنَ الجُوعِ، وَتَرجعُ آخِرَ النَّهَارِ بِطَانًا. أَي مُمْتَلِئَةَ البُطُونِ.
أي: لو توكلتم على الله في ذهابكم ومجيئكم وتصرُّفكم لسهّل لكم رزقكم.

79. Keenam: Dari Umar r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, niscayalah Dia akan memberikan rezeki padamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung-burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut penuh berisi.

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Adapun makna Hadis itu ialah bahwa burung-burung itu pada permulaan hari siang, yakni mulai pagi harinya sama pergi dalam keadaan khimash,artinya kosong perutnya, sebab lapar, sedangkan pada akhir siang, yakni pada sore harinya sama kembali dalam keadaan bithaan, artinya perutnya penuh sebab kenyang. Inilah tanda tawakkalnya burung pada Allah.

Hadith 78: Tawakkal Nabi Ketika Dihunus Senjata

0

Hadith ke-78

Dari Jabir r.a. bahawasanya ia berperang bersama Nabi s.a.w. di daerah dekat Najad – yakni perang Dzatur Riqa’. Setelah  Rasulullah  s.a.w.  kembali  – dari  perjalanannya – ia pun kembali pula beserta mereka, kemudian mereka sama memperolehi tidur siang dalam suatu lembah yang banyak pohon durinya. Rasulullah s.a.w. turun dan orang-orang lain pun sama berteduh di bawah pohon. Rasulullah s.a.w. itu turun di bawah pohon samurah kemudian menggantungkan pedangnya di situ.

Kita semua tidur, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. memanggil-manggil kita dan di sisinya ada seorang A’rab – orang Arab dari pergunungan, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Orang ini telah mengacungkan pedangku padaku, sedang saya tidur tadi, kemudian saya bangun, sedangkan pedang itu terhunus di tangannya, ia berkata: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini?” Saya menjawab: “Allah” sampai tiga kali.
Tetapi beliau s.a.w. tidak menghukum orang – yang akan membunuhnya – tadi dan beliau pun duduklah. (Muttafaq ‘alaih)

Dalam sebuah riwayat lagi disebutkan:

Jabir berkata: “Kita semua bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Dzatur Riqa’, kemudian datanglah kita pada pohon yang rendang – nyaman digunakan sebagai tempat berteduh – pohon itu kita biarkan untuk digunakan oleh Rasulullah s.a.w., kemudian datanglah seseorang lelaki dari golongan kaum musyrikin sedangkan pedang Rasulullah s.a.w. digantungkan pada pohon tersebut. Orang itu menghunus pedangnya lalu berkata: “Adakah engkau takut padaku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak.” Orang itu berkata lagi: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini.” Beliau s.a.w. menjawab: “Allah.”
Disebutkan pula dalam riwayat lainnya lagi iaitu riwayat Abu Bakar al-lsma’ili dalam kitab shahihnya demikian:

Orang itu berkata: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini.” Beliau s.a.w. bersabda: “Allah,” kemudian jatuhlah pedang itu dari tangannya.
Selanjutnya pedang itu diambil oleh Rasulullah s.a.w., lalu bersabda: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari padaku ini?” Orang tadi berkata: “Jadilah engkau – hai Muhammad -sebaik-baiknya orang yang dimintai perlindungan.” Rasulullah s.a.w. bersabda pula: “Sukakah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya saya ini utusan Allah?” Ia menjawab: “Tidak suka aku demikian, tetapi saya berjanji padamu bahawa saya tidak akan memerangi lagi padamu dan tidak pula akan menyertai kaum yang memerangi engkau.”

Oleh Rasulullah s.a.w. orang tersebut dilepaskan jalannya -dibebaskan, kemudian ia mendatangi sahabat-sahabatnya lalu berkata: “Saya telah datang padamu sekalian ini dari sisi sebaik-baik manusia – yang dimaksud ialah baharu datang dari Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w.: Ikhtarathas saifa, ertinya mengacungkan pedang dalam keadaan terhunus dan Wa huwa fi yadihi shaltan, ertinya: pedang itu di tangannya sudah terhunus. Lafaz shaltan itu boleh difathahkan shadnya dan boleh pula didhammahkan.

Hadis 77: Tawakkallah seperti hati burung

0

Hadith ke-77
Keempat: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Masuklah ke dalam syurga itu para kaum yang hatinya seperti hati burung.” (Riwayat Muslim)

«77» الرابع: عن أبي هريرةَ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَدْخُلُ الجَنَّةَ أَقْوامٌ أفْئِدَتُهُمْ مِثلُ أفْئِدَةِ الطَّيرِ)). رواه مسلم.
قيل: معناه متوكلون، وقيل: قلوبهم رَقيقَةٌ.
هذا الحديث أصلٌ عظيم في التوكل. وحقيقته: هو الاعتماد على الله عزَّ وجلّ في استجلاب المصالح ودفع المضار.
قال سعيد بن جبير: التوكُّل جماع الإِيمان.
واعلم أنَّ التوكُّل لا ينافي السعي في الأسباب، فإنَّ الطير تغدو في طلب رزقها. وقد قال الله تعالى: {وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلا عَلَى اللهِ رِزْقُهَا} [هود: 6].
قال يوسف بن أسباط: كان يقال: اعمل عمل رجل لا ينجيه إلا عمله، وتوكَّل توكُّل رجل لا يصيبه إلا ما كُتب له.
وفي حديث جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((لن تموتَ نفس حتى تستكمل رزقها، فاتقوا الله وأجملوا في الطلب، خذوا ما حلَّ ودعوا ما حرم)).

Ertinya kata-kata di atas itu disebutkan: Bahawasanya mereka itu sama bertawakkal. Juga dapat diertikan: bahawasanya hati mereka itu lemah lembut.

Kerana hadis tawakkal kepada Nya dan kelembutan hati merupakan salah satu faktor yang memasukkan seseorang ke dalam syurga dan membuatkan mampu memperoleh kemenangan dengan pelbagai kenikmatan.

Kesempurnaan tawakkal diumpamakan dengan burung sebagaimana ditegaskan dalam sabda Rasulullah saw yang berikut ini:

Seandainya kamu semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenarnya tawakkal. Nescaya Dia akan memberi rezeki kepada kamu semua sebagaimana rezeki yang diberikannya kepada burung,
Yang terbang pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali lagi pada petang hari dengan perut penuh makanan.
(HR: Ahmad 205, Ibnu Hibban 2/509, Tirmizi 2344, Ibn Majah 4164).

Hadis 27 dan Manfaat Hadis Syamail Muhammadiyyah

0

Hadis 27, Dari Osaka, Jepun

27- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ: قُلْتُ لِأَنَسٍ: كَيْفَ كَانَ شَعْرُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ وَلَا بِالسَّبْطِ، كَانَ يَبْلُغُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ.

27- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Wahb bin Jarir bin Hazim, dia berkata: Telah bercerita kepada saya bapa saya, daripada Qatadah, dia berkata:

Saya telah berkata kepada Anas: Bagaimanakah rambut Rasuli Llah? Dia berkata: Ia tidak keriting dan tidak lurus. Rambutnya sampai ke cuping dua telinganya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini ialah ulangan untuk hadis pertama, kedua, ketiga, ketujuh, kelapan, kedua puluh empat, dan kedua puluh enam yang lalu.

Di dalam hadis ini, Qatadah yang merupakan seorang tabi`iy, dia bertanya tentang rambut Rasulu Llah kepada Anas bin Malik, yang mempunyaï taraf sahabiy. Tabi`iy ialah orang yang tidak pernah berjumpa dengan Nabi, justeru, dia bertanya perihal sifat Nabi, sebagai untuk memenuhi sifat ingin tahu yang ada pada dirinya.

Sebenarnya soalan ini tidak memberi sebarang faedah kepada dirinya, kerana ia bukan untuk diamalkan, dan bukan juga sebahagian syari`at daripada agama. Namun, atas rasa cinta, dia ingin mengenali siapakah itu Muhammad, dan ciri-cirinya.

Sebelum zaman fotografi, atau internet, wajah seseorang atau paras rupanya hanya boleh digambarkan melaluï kata-kata. Daripada kata-kata itu, seseorang akan berpuas hati, walaupun dia tidak dapat menggambarkan atau membayangkan dengan tepat apa yang disebutkan itu. Justeru, walaupun semua sifat-sifat Nabi dikumpulkan dan dikaji, ia tidak wajar digunakan untuk melukis potret atau dijadikan satu imej fotografi. Maka kerana itu, wujudnya larangan untuk melakonkan watak Nabi di dalam filem, atau menggambarkan Nabi melaluï apa-apa medium sama ada kartun, animasi, dan sebagainya.

Tidak salah ingin tahu tentang paras rupa Nabi, atau paras rupa orang yang dicintaï, tetapi, kata-kata yang digunakan untuk meriwayatkan paras rupa itu, pastinya tidak akan serupa dengan orang sebenar. Tiada kata yang akan cukup untuk menggambarkan sebuah potret atau wajah manusia, dan hal ini perlu diketahuï dengan jelas agar kita tidak terpesong dalam mempelajari syama’il Nabi.

Manusia bersifat ingin tahu, dan sifat ini tidak dilarang dalam Islam. Namun, apakah tindakan yang diambil ekoran daripada sifat ingin tahu itulah yang akan dinilai dan dihisab, kerana ia perlu berpandukan kepada ajaran Al-Qur’an dan Sunnah.

Tidakkah kita melihat di dalam filem, bahawa orang yang bercinta pada zaman dahulu, apabila ditanya tentang kekasihnya, dia akan menceritakan dengan penuh kasih tentang orang yang dicintaïnya? Dan orang yang mendengar akan mendengar dan meriwayatkan cerita itu secara bulat-bulat, walaupun dia sendiri tidak dapat membayangkan watak tersebut!

Justeru, apabila kita membaca hadis syama’il serta sifat-sifat Nabi, yang paling penting ialah kita membacanya dengan hati yang penuh kasih, dan dengan penuh rasa cinta terhadap Nabi, sambil lisan kita tidak putus-putus bersalawat kepada Nabi. Kita hendaklah membacanya seolah-olah kita menceritakan tentang kekasih kita sendiri, yang kita sayangi, yang kita rinduï, yang kita sangat-sangat ingin untuk bertemu dengannya. Maka tersilaplah orang-orang yang gopoh dalam membaca syama’il Nabi, atau yang membacanya sederas shinkansen – kereta api laju di Jepun –, atau yang membacanya dengan hati yang kosong.

Di dalam hadis ini, disebutkan bahawa rawi bernama Wahb bin Jarir telah meriwayatkan hadis ini daripada bapanya iaitu Jarir bin Hazim. Ini satu contoh yang harus menjadi teladan dalam keluarga muslim, iaitu seorang bapa menyampaikan agama dan rasa cinta terhadap Allah dan rasul-Nya kepada anaknya.

Ramai antara bapa zaman ini hanya melihat wang ringgit dan kehidupan material. Justeru, mereka keluar bekerja, dan kemudian melonggokkan wang di hadapan isteri dan anak-anak semata-mata, tanpa ada hubungan ilmu dalam keluarga. Seharusnya seorang bapa mengambil tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu kepada isteri dan anak-anaknya.

Bapa – iaitu seorang lelaki –, dia seharusnya bersalat jama`ah di masjid. Kemudian, dia seharusnya mendengar khutbah Juma`at setiap minggu. Tidakkah perginya dia ke masjid itu seharusnya menjadi satu sumber ilmu buat dirinya dan keluarganya? Betapa ruginya kita pada zaman ini, apabila masjid tidak lagi menjadi sumber ilmu, sebaliknya hanya menjadi tempat gelak ketawa, nyanyian, atau bersembang sahaja!

Ketahuïlah bahawa Islam telah menyediakan ruangan untuk penyebaran ilmu melaluï masjid, antaranya selepas salat jama`ah – sekali sekala – dan khutbah Juma`at – seminggu sekali –. Para imam, para khatib, hendaklah sedar hal ini, dan mereka hendaklah menggunakan ruang berharga tersebut untuk mendidik umat Islam tentang agama dan kehidupan mereka. Para bapa pula, setelah mendengar itu, dia hendaklah balik dan berkongsi ilmu tersebut dengan isteri dan anak-anak, agar setiap umat Islam menjadi umat berilmu, dan tidak jahil tentang agama mereka.

Tugas bapa bukan sahaja memberikan makanan dan minuman kepada si anak, tetapi si bapa harus juga mengisi dada anak dengan ilmu agama. Justeru, si bapa hendaklah meluangkan masa agar dia dapat bersama dengan anak-anaknya, dan pada saat itu, dia bercerita kepada si anak dan mengajar anaknya. Tersilaplah si bapa yang menyerahkan si anak bulat-bulat kepada pihak lain untuk mendidik, dan tersilap juga si bapa yang menyerahkan pendidikan si anak bulat-bulat kepada pihak sekolah. Didiklah anak dengan acuan dan ilmu anda, sementara sekolah cuma menyambung asas yang telah ada.

Jadikanlah para salaf – antaranya para perawi hadis – sebagai rujukan dalam akhlaq dan didikan, semoga Tuhan merahmati kehidupan kita semua.

Hadis 76: Sempurnakan Tawakkal Dengan Doa

0

Hadith ke-76
Bab Tawakkal dan keyakinan

76. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma pula, katanya: “Lafaz: Hasbunallah wa ni’mal wakil,ertinya: Cukuplah Allah itu sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baiknya yang diserahi, itu pernah diucapkan oleh Ibrahim a.s. ketika beliau dilemparkan ke dalam api, Juga pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika orang-orang sama berkata: “Sesungguhnya orang-orang banyak telah berkumpul-bersatu-untuk memerangi engkau,maka takutilah mereka itu,” tetapi ucapan sedemikian itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang beriman melainkan keimanan belaka dan mereka berkata: Hasbunallah wa ni’mal wakil.(Riwayat Bukhari)

Dalam riwayat Bukhari pula dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma disebutkan: Ucapan Nabi Ibrahim yang terakhir sekali ketika beliau dilemparkan ke dalam api iaitu: Hasbiallah wa ni’mal wakil artinya: “Cukuplah Allah itu sebagai penolongku dan Dia adalah sebaik-baiknya yang diserahi.”

6» الثالث: عن ابن عباس رضي الله عنهما أيضًا، قَالَ: حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ، قَالَهَا إِبرَاهيمُ صلى الله عليه وسلم حِينَ أُلقِيَ في النَّارِ، وَقَالَها مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم حِينَ قَالُوا: إنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إيْمانًا وَقَالُوا: حَسْبُنَا الله ونعْمَ الوَكيلُ. رواه البخاري.
وفي رواية لَهُ عن ابن عَبَّاسٍ رضي الله عنهما، قَالَ: كَانَ آخر قَول إبْرَاهِيمَ صلى الله عليه وسلم حِينَ أُلْقِيَ في النَّارِ: حَسْبِي الله ونِعْمَ الوَكِيلُ.
قوله: {حسبنا الله}، أي: هو كافينا. {ونعم الوكيل}، أي: الموكول إليه الأمور.
ورُوي أنَّ إبراهيم صلى الله عليه وسلم لما أرادوا إلقاءه في النار، رفع رأسه إلى السماء فقال: ((اللَّهُمَّ أنت الواحدُ في السماء، وأنا الواحد في الأرض، ليس أحدٌ يعبدك غيري، حسبي الله ونعم الوكيل)). فقال الله عزَّ وجلّ: {يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ} [الأنبياء: 69].

? Keutamaan tawakkal kepada Allah. Sikap ini dianjurkan ketika saat-saat kritis.

Kesempurnaan tawakkal itu adalah ucapan.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Dialah sebaik-baik Pelindung.

? Hendaklah mengikuti jejak para Nabi as dan muqarabbin dengan berdo’a dan bertawakkal.

? Tawakkal kepadaNya termasuk diantara manhaj para Nabi as.

?Musuh-musuh Allah SWT selalu berusaha untuk mencelakai para RasulNya dan para pengikut mereka.

? Pergulatan antara kebenaran dan kebatilan serta para pendukung keduanya sudah berlangsung sejak dahulu.

Takut Bini Dan Derhaka Ibu : Tanda Kiamat Ke-40

0

?Tanda Kiamat Ke-40/131 Takut Bini dan Derhaka kepada Ibu (طاعة الزوجة وعقوق الأم)

Dalil hadith:

إذا اتُّخِذَ الفيْءُ دُوَلًا والأمانةُ مغنمًا والزكاةُ مغرمًا وتُعُلِّمَ لغيرِ الدِّينِ وأطاع الرجلُ امرأتَهُ وعقَّ أُمَّه

Terjemahan: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), tunduk lelaki kepada isterinya dan derhaka akan ibunya…”
HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yang menilainya hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني المصدر : نيل الأوطار
الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره

Syarah:
Di antara tanda kecil kiamat ialah fenomena akhir zaman di mana lelaki derhaka kepada ibunya dan mentaati isterinya. Banyak terjadi, ibubapa ditinggalkan dan lelaki dan keluarganya duduk di tempat yang lain, mereka melancong dan berpiknik dan mengabaikan ibubapa mereka, bahkan ada yang teramak menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua. Fiqh: Jika bertembung antara kasih ibu dan kasih isteri, lelaki hendaklah mengutamakan ibunya, itulah kasih yang abadi.

Dalil hadith:

سألتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ أيُّ النَّاسِ أعظمُ حقًّا على المرأةِ قالَ زوجُها قلتُ فأيُّ النَّاسِ أعظَمُ حقًّا على الرَّجلِ قالَ أمُّهُ
الراوي : عائشة أم المؤمنين المحدث : الهيتمي المكي المصدر : الزواجر
الصفحة أو الرقم: 2/40 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن
أخرجه أحمد والنسائي وصححه الحاكم والبزار بإسناد حسن

“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “Manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “Ibunya .
Hadis Riwayat Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 7353, dia mensahihkannya, al-Bazzar, hasan, dinilai hasan oleh al-haithami al-makki.

Hadis 75: AtasMu Saya Bertawakkal, Ke HadratMu Saya Bertaubat

0

Hadith ke-75

75. Kedua: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda – dalam berdoa:

“Ya Allah, kepadaMulah saya menyerahkan diri, denganMu saya beriman, atasMu saya bertawakkal, ke hadhiratMu saya bertaubat, denganMu saya berbantah – menghadapi musuh-musuh agama.”

“Ya Allah, saya mohon perlindungan dengan kemuliaanMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, kalau sampai Engkau menyesatkan diriku. Engkau Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan semua jin dan manusia pasti mati.”
(Muttafaq ‘alaih)

Hadis di atas itu menurut lafaz Imam Muslim dan diringkaskan dalam lafaz Imam Bukhari.

75» الثاني: عن ابن عباس رضي الله عنهما أيضًا: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَليْك تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بعزَّتِكَ؛ لا إلهَ إلا أَنْتَ أنْ تُضلَّني، أَنْتَ الحَيُّ الَّذِي لا يَمُوتُ، وَالجِنُّ والإنْسُ يَمُوتُونَ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ، وهذا لفظ مسلم واختصره البخاري.

? Kewajipan bertawakkal kepada Allah SWT.
? Segala sesuatu selain Allah SWT akan binasa. Oleh itu ia tidak layak untuk dijadikan sebagai sandaran.
? Disunnahkan mengikuti Nabi saw dalam mengungkapkan kalimat-kalimat yang sempurna dan padat makna, seperti halnya do’a di atas…

Usul Hadis Siri 4 : Kursus (01) Sijil Ulum Hadith UiTO

0

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Usul hadis siri 4

Penjelasan tentang maksud hadis.

Seperti pengajian kita tempohari ada terangkan tentang ta’rif hadis.
———–
Hadis : Apa saja kesan peninggalan hidup Nabi صلى الله عليه وسلم berupa;
1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya
4- sifat dan akhlaknya
5- perjalanan hidupnya, samada sebelum atau selepas diutusnya dia menjadi Nabi.
———-

Hari ni pula kita belajar apa yang jelaskan oleh penulis tentang penjelasan dari ta’rif hadis.

Beliau menulis:

Contoh qauli (perkataan):
Qauli ialah apa yang diberitahu oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dalam setiap aspek perkara yang bersesuaian dengan hukum syariat.

1- Seperti contoh perkataan Nabi صلى الله عليه وسلم

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Semua perbuatan bergantung dengan niat, dan (balasan) bagi setiap orang (bergantung) apa yang diniatkan.
HR Al Bukhari dan Muslim

2- Dan beliau صلى الله عليه وسلم berkata;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَار
َ

“tidak boleh berbuat mudharat dan tidak boleh hal yang menimbulkan mudharat.”

HR ibn Majah, Ahmad

3- Dan beliau صلى الله عليه وسلم berkata;

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُه
ُ

“Ia (laut) adalah suci airnya dan halal bangkainya.”
HR Abu Daud dan lain-lain.

Penjelasan,

Setiap apa yang dipertuturkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dengan perkataan adalah hadis. Hadis qauliy ini lebih jelas makna dan hukumnya berbanding hadis-hadis lain seperti hadis fi’liy atau taqriri. Kerana lebih aman dari sangkaan atau takwilan atau tafsiran maknanya.

Penulis berkata:

Contoh fi’liy (perbuatan).

Fi’liy adalah perbuatan-perbuatan Nabi yang dinukil kepada kita seperti hal wudhu Nabi صلى الله عليه وسلم , tata cara solatnya, manasik hajinya, tetapan hukumnya melalui sumpah dan saksi,dan lain-lain.

Contoh taqriri (penetapan) Nabi صلى الله عليه وسلم ;
Taqriri adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dari perkataan atau perbuatan sahabat melalui cara diamnya Nabi صلى الله عليه وسلم atau beliau tidak mengingkari hal sahabat itu.

Atau persetujuan beliau atau beliau zahirkan sikap menyukai hal itu.

Antara contohnya seperti,

1- Di riwayat dari Abi Said al khudri رضي الله عنه dia berkata;

خَرَجَ رَجُلَانِ فِي سَفَرٍ فَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ وَلَيْسَ مَعَهُمَا مَاءٌ فَتَيَمَّمَا صَعِيدًا طَيِّبًا فَصَلَّيَا ثُمَّ وَجَدَا الْمَاءَ فِي الْوَقْتِ فَأَعَادَ أَحَدُهُمَا الصَّلَاةَ وَالْوُضُوءَ وَلَمْ يُعِدْ الْآخَرُ ثُمَّ أَتَيَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ لِلَّذِي لَمْ يُعِدْ أَصَبْتَ السُّنَّةَ وَأَجْزَأَتْكَ صَلَاتُكَ وَقَالَ لِلَّذِي تَوَضَّأَ وَأَعَادَ لَكَ الْأَجْرُ مَرَّتَيْنِ

Ada dua orang mengadakan perjalanan jauh, lalu waktu solat tiba sementara mereka tidak mempunyai air, maka keduanya bertayammum dengan menggunakan tanah yang bersih dan keduanya solat, kemudian mereka terjumpa air ketika masih dalam masa waktu shalat tersebut, maka salah seorang dari keduanya mengulangi solat dengan berwudhu dan yang seorang lagi pula tidak, kemudian mereka berdua pergi berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menceritakan hal itu, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepada yang tidak mengulang solat: Kamu telah melaksanakan sunnah dan solat kamu sudah sempurna (tidak perlu diulang) , dan beliau bersabda kepada yang berwudhu dan mengulangi solat: Kamu mendapatkan pahala dua kali.(kerana mendapat tambahan pahala ber ijtihad)
HR Abu Daud

2- Dari Mu’az bin Jabal رضي الله عنه sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah berkata kepadanya ketika beliau mengutusnya ke Yaman;

قَالَ كَيْفَ تَقْضِي إِذَا عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ قَالَ أَقْضِي بِكِتَابِ اللَّهِ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي كِتَابِ اللَّهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا فِى كِتَابِ اللَّهِ قَالَ أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو فَضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدْرَهُ وَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّه
ِ

Bagaimana engkau memberikan keputusan apabila ada penetapan hukum yang dihadapkan kepadamu? Mu’adz menjawab, Saya akan memutuskan menggunakan Kitab Allah. Beliau bersabda: Seandainya engkau tidak mendapatkan dalam Kitab Allah? Mu’adz menjawab, Saya akan kembali kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda lagi: Seandainya engkau tidak mendapati di dalam Sunnah Rasulullah serta dalam Kitab Allah? Mu’adz menjawab, Saya akan berijtihad menggunakan pendapat saya, dan saya tidak akan mengurangi. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menepuk dadanya dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepada utusan Rasulullah untuk melakukan apa yang membuat Rasulullah redhainya.
HR Abu Daud

3- Dan seperti diriwayatkan Khalid bin al walid رضي الله عنه pernah makan biawak dhob yang di beri kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tapi beliau tidak memakannya. Lalu dikalangan sahabat bertanya “adakah di haramkan makan ia wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم? Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم berkata;

لَا وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ بِأَرْضِ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُه
ُ

Tidak, kerana ia (biawak dhob itu) tidak ada di kawasan kaumku, maka aku jadi tidak menyukainya (memakannya).
HR Al Bukhari

Penerangan,

1- Melalui hadis-hadis di atas membawa maksud persetujuan Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berlaku satu-satu masalah yang di lalui oleh para sahabat. Semua ini boleh menjadi hukum syariat setelah ada persetujuan dari Nabi صلى الله عليه وسلم . Bahkan hal ini lebih luas ertinya jika sabit sesuatu perkara yang sampai kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Sehinggakan hal makan biawak dhobb pun menjadi halal bukan kerana Nabi tak suka makan bahkan kerana ada penetapan hukum serta persetujuan dari Nabi صلى الله عليه وسلم tentang halalnya itu. Oleh itu sahabat segera bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم kerana khuatir binatang itu diharamkan makan. Lalu Nabi akui perkara itu dibolehkan.

2- Dan begitu juga hal ambil ulangi wudhu dan solat. Berlaku ijtihad masa itu. Dan sah nya berijtihad ketika Nabi صلى الله عليه وسلم masih hidup. Cumanya hal itu di minta kepastian dari Nabi صلى الله عليه وسلم . Maka Nabi jawab seperti hadis di atas. Maksudnya Nabi membenarkan serta memperakui perkara ijtihad yang dilakukan oleh sahabat-sahabat itu. Cuma saja hal ijtihad ada yang tepat ada juga yang tidak tepat. Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم memberi ulasan dan jawapan siapakah yang tepati sunnah dalam hal ijtihad itu.

Penulis berkata;

Contoh sifatnya dan sejarahnya;
Seperti yang banyak di riwayatkan tentang sifat-sifat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan tabiat-tabiat beliau.

Contohnya,

1- Seperti di riwayat dari Abi Ishaq dia berkata “ada seorang lelaki bertanya Al Barra’ ” ; Adakah wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti pedang? Dia kata; tidak, (bahkan) seperti bulan.
HR At Tirmidzi

2- Dari Al Barra’ dalam hadisnya yang lain: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak berkeadaan rendah (tubuhnya) dan beliau tidak juga terlalu tinggi.
HR At Tirmidzi

3- Dari Jarir bin Abdillah Al Bajali berkata; tidak pernah aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم semenjak aku islam melainkan tersenyum wajahnya.
HR At Tirmidzi

Penerangan,

1- Zahirnya hadis-hadis di atas berita yang disampaikan oleh sahabat kepada kita. Bukan Nabi yang kata, bukan perbuatan Nabi, bukan penetapan dari Nabi. Bahkan satu cerita hal keadaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Perkara sebegini di panggil hadis sifati atau syamail Nabi صلى الله عليه وسلم . Hadis-hadis sebegini banyak dalam kitab-kitab hadis.

Pengajian malam ini habis di sini..
Jika ada soalan boleh tanya.

Soalan:
Ustaz…cara perjalanan hidup nabi sebagai seorang arab dari segi pemakaian, pemakanan dan sebagainya dikira sebagai sunnah apa?

Jawapan:
Sunnat adat

? Salam, ustaz Solah. Saya nak tanya tentang pelajaran yang lepas. Ahli hadis tu adakah maksudnya dari kelompok mutaqaddimin dan sesiapa yang mengikuti kaedah mereka? atau sesiapa sahaja yang mempelajari dan mendalami hadis?

Jawapan:

Semua di kalangan yang alim ulum hadis..dulu atau kini.

?Satu lagi ustaz. Berkaitan istilah hadis menurut ahli hadis. Macamana sirah sebelum Nabi SAW dilantik menjadi Nabi, tetap dikira sebagai hadis sedangkan sebelum kenabian, siapa yang nak riwayatkan hadis kerana belum adanya para sahabat?

Jawapan:

Kenapa pula takde sahabat? Sahabat sudah ada cuma masih tak jadi sahabat.. Islam je takde tapi sahabat sudah ada..begitu juga keluarga Nabi,kaum quraisy dan sebagainya,semuanya ada.

Lalu setelah di lantik Nabi,yg beriman di panggil sahabat.orang yang sama saja..jadi berita dari mereka boleh di terima.

?Ustaz, kalau ada 2 hadith sahih yg dilihat seperti bercanggah, adakah akan didahulukan hadith qauliy berbanding fi’liy atau takriri?

Jawapan:

Dua-dua di terima..hukum 2 boleh di satukan..

Hadis 74: Mentera, Jampi Dan Tawakkal

0

74. Pertama: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dipertontonkanlah padaku berbagai ummat, maka saya melihat ada seorang Nabi dan besertanya adalah sekelompok manusia kecil – antara tiga orang sampai sepuluh, ada pula Nabi dan besertanya adalah seorang lelaki atau dua orang saja, bahkan ada pula seorang Nabi yang tidak disertai seseorang pun. Tiba-tiba diperlihatkanlah padaku suatu gerombolan manusia yang besar, lalu saya mengira bahawa mereka itulah ummatku. Lalu dikatakanlah padaku: “Ini adalah Musa dengan kaumnya. Tetapi lihatlah ke ufuk – sesuatu sudut.” Kemudian saya pun melihatnya, lalu saya lihatlah dan tiba-tiba nampaklah di situ suatu gerombolan ummat yang besar juga. Selanjutnya dikatakan pula kepadaku: “Kini lihatlah pula ke ufuk yang lain lagi itu.” Tiba-tiba di situ terdapatlah suatu kelompok yang besar pula, lalu dikatakanlah padaku: “Inilah ummatmu dan beserta mereka itu ada sejumlah tujuh puluh ribu orang yang dapat memasuki syurga tanpa dihisab dan tidak terkena siksa.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bangun dan terus memasuki rumahnya. Orang-orang banyak sama bercakap-cakap mengenai para manusia yang memasuki syurga tanpa dihisab dan tanpa disiksa itu. Sebahagian dari sahabat itu ada yang berkata: “Barangkali mereka itu ialah orang-orang yang telah menjadi sahabat Rasulullah s.a.w.” Sebahagian lagi berkata: “Barangkali mereka itu ialah orang-orang yang dilahirkan di zaman sudah munculnya agama Islam, kemudian tidak pernah mempersekutukan sesuatu dengan Allah.” Banyak lagi sebutan – percakapan-percakapan – mengenai itu yang mereka kemukakan.

Rasulullah s.a.w. lalu keluar menemui mereka kemudian bertanya: “Apakah yang sedang engkau semua percakapkan itu.” Para sahabat memberitahukan hal itu kepada beliau. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:

“Orang-orang yang memasuki syurga tanpa hisab dan siksa itu ialah mereka yang tidak pernah memberi mentera-mentera tidak meminta mentera-mentera dari orang lain – kerana sangatnya bertawakkal kepada Allah, tidak pula merasa akan memperolehi bahaya kerana adanya burung-burung – atau adanya hal yang lain-lain atau ringkasnya meyakini guhon tuhon atau khurafat yang sesat – dan pula sama bertawakkal kepada Tuhannya.”

‘Ukkasyah bin Mihshan al-Asadi, kemudian berkata: “Doakanlah saya – ya Rasulullah – kepada Allah supaya Allah menjadikan saya termasuk golongan mereka itu – tanpa hisab dan siksa dapat memasuki syurga.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Engkau termasuk golongan mereka.” Selanjutnya ada pula orang lain yang berdiri lalu berkata: “Doakanlah saya kepada Allah supaya saya oleh Allah dijadikan termasuk golongan mereka itu pula.” Kemudian beliau bersabda: “Permohonan seperti itu telah didahului oleh ‘Ukkasyah.” (Muttafaq ‘alaih)

«74» فالأول: عن ابن عباس رضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((عُرِضَتْ عَلَيَّ الأُمَمُ، فَرَأيْتُ النَّبيّ ومَعَهُ الرُّهَيطُ، والنبي وَمَعَهُ الرَّجُلُ وَالرَّجُلانِ، والنبيَّ ولَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ إِذْ رُفِعَ لي سَوَادٌ عَظيمٌ فَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ أُمَّتِي فقيلَ لِي: هَذَا مُوسَى وَقَومُهُ، ولكنِ انْظُرْ إِلَى الأُفُقِ، فَنَظَرتُ فَإِذا سَوادٌ عَظِيمٌ، فقيلَ لي: انْظُرْ إِلَى الأفُقِ الآخَرِ، فَإِذَا سَوَادٌ عَظيمٌ، فقيلَ لِي: هذِهِ أُمَّتُكَ وَمَعَهُمْ سَبْعُونَ ألفًا يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِغَيرِ حِسَابٍ ولا عَذَابٍ))، ثُمَّ نَهَضَ فَدخَلَ مَنْزِلَهُ فَخَاضَ النَّاسُ في أُولئكَ الَّذِينَ يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ ولا عَذَابٍ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ: فَلَعَلَّهُمْ الَّذينَ صَحِبوا رسولَ الله صلى الله عليه وسلم، وَقالَ بعْضُهُمْ: فَلَعَلَّهُمْ الَّذِينَ وُلِدُوا في الإِسْلامِ فَلَمْ يُشْرِكُوا بِالله شَيئًا- وذَكَرُوا أشيَاءَ- فَخَرجَ عَلَيْهِمْ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: ((مَا الَّذِي تَخُوضُونَ فِيهِ؟)) فَأَخْبَرُوهُ فقالَ: ((هُمُ الَّذِينَ لا يَرْقُونَ، وَلا يَسْتَرقُونَ، وَلا يَتَطَيَّرُونَ؛ وعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوكَّلُون)) فقامَ عُكَّاشَةُ بنُ محصنٍ، فَقَالَ: ادْعُ الله أنْ يَجْعَلني مِنْهُمْ، فَقَالَ: ((أنْتَ مِنْهُمْ)). ثُمَّ قَامَ رَجُلٌ آخَرُ، فَقَالَ: ادْعُ اللهَ أنْ يَجْعَلنِي مِنْهُمْ، فَقَالَ: ((سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

Lafaz ‘Ukkasyah dengan mendhammahkan ‘ain serta mensyaddahkan kafnya, tetapi boleh pula kafnya itu diringankan, yakni tidak disyaddahkan lalu dibaca ‘Ukasyah. Namun begitu, dengan mensyaddahkan kafnya adalah lebih fasih.

Apa maksud mentera-mentera?

Jampi

 إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi,azimat dan pengasih adalah syirik.”

(Riwayat Ahmad dan ibn Majah. Sahih menurut Syaikh al-Albani)

Di dalam buku terjemahan Bidaah dan Syirik karya kompilasi Dr. Yusof Al-Qardawi dan Muhammad Al-Ghazali, disebutkan: “Kadangkala kita jumpai sebahagian orang yang menggunakan al-Quran sebagai pelindung dirinya, dengan beranggapan bahawa al-Quran tersebut dapat melindungi dari muflis, kalau dia seorang pedagang, atau dapat menolak tamparan kepala, kalau dia seorang pegawai. Ini adalah kekacauan berfikir yang sudah sangat parah. Kalau dia masih beranggapan beriman kepada Allah dan meluhurkan Al-Quran, sesungguhnya itu adalah tanggapan yang SALAH. Hubungan seorang muslim dengan al-Quran adalah mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.”
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Ar-ruqa yang diharamkan ialah yang terdapat padanya pohon pertolongan kepada yang lain dari Allah atau ianya bukan berbahasa Arab yang berkemungkinan terdapat padanya kata-kata kufur atau syirik. Adapun selain dari yang tersebut itu tidaklah mengapa untuk digunakan.”

Menurut al-Imam as-Suyuti rahimahullah: Para ulama telah ijmak (bersepakat) tentang harusnya ar-ruqa ketika wujud tiga syarat:

Hendaklah ianya terdiri dari kalam Allah (ayat al-Quran) atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya.Hendaklah ianya di dalam bahasa Arab dan apa difahami pengertiannya. Hendaklah mengiktiqad dan mempercayai bahawa ar-ruqa itu tidaklah memberi bekas/kesan bahkan dengan takdir Allah.

Popular

Iklan

Iklan