Utama Blog Halaman 258

Tuntutan Solat Berjemaah Walaupun Ketika Perang

0

Tazkirah Harian UiTO

Http://telegram.me/tazkirah

~Tadabbur Kalamullah 2 Muharram 1437H~

وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ…

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu…” [Surah an-Nisa’ 102]

#Ayat ini menunjukkan bahawa semasa berada di medan perang sekalipun, umat Islam diperintah oleh Allah swt untuk menunaikan solat secara berjemaah.

#Jika dalam suasana perang kita di tuntut solat secara berjemaah apatah lagi jika kita berada dalam keadaan aman, maka ia adalah lebih utama dan lebih dituntut.

#Rasulullah saw bersabda: “Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat”
(HR Muslim)

#Daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya solat berjemaah dua 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian” (HR Muslim)

#Umat Islam hari ini tidak menolak kepentingan dan tuntutan solat berjemaah, cuma setakat mana keutamaan mereka melakukannya. Pertembungan antara tuntutan duniawi dgn ukhrawi membuatkan umat Islam pada akhir zaman ini semakin payah melaksanakan solat berjemaah sama ada di masjid mahupun di surau di kejiranan tempat tinggal masing-masing.

#Mari kita hayati kisah dan kata-kata salafussoleh di bawah ini agar menjadi motivasi untuk kita melazimkan diri dengan solat berjemaah di masjid dan surau:

~Disebut dalam Mukasyafah al-Qulub: “Diceritakan bahawa seorang gabenor Iraq, Maimun bin Mahran baru sampai ke masjid, lalu dia diberitahu bahawa jemaah sudah bersurai. Lantas dia berkata: Innalillahi wainna ilaihi rajiun, fadilat solat ini lebih aku sukai daripada satu wilayah Iraq”

~Ibnu Sama’ah berkata (rujuk Siyar A’lam an-Nubala’): “Selama 40 tahun aku tidak pernah terlepas takbir pertama melainkan pada hari ibuku meninggal dunia. Lalu aku solat 25 kali untuk menggantinya”

~Berkata Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi: “Mukmin dengan masjid ibarat ikan di dalam air manakala munafiq dengan masjid pula ibarat burung di dalam sangkar”

♡Sempena tahun baru 1437H ini, marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid dan surau di kawasan kejiranan kita dengan hadir solat berjemaah, berada dalam majlis-majlis ilmu serta menjadikan masjid/surau sebagai rumah pertama kita. Semoga Allah merahmati dunia dan akhirat kita♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Kematangan Ibnu Abbas R.A. Ketika Muda Belia

0
Generated by IJG JPEG Library

Kitab Riyadhus Solihin

Bab Menganjurkan Menambah Kebaikan Pada Akhir Umur

113. Kedua: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Umar r.a. memasukkan diriku dalam barisan sahabat-sahabat tua yang pernah mengikuti perang Badar. Maka sebahagian orang-orang tua itu seolah-olah ada yang merasakan tidak enak dalam jiwanya, lalu berkata: “Mengapa orang ini masuk beserta kita, sedangkan kita mempunyai anak-anak yang sebaya umurnya dengan dia?” Umar kemudian menjawab: “Sebenarnya dia itu sebagaimana yang engkau semua ketahui,” – maksudnya bahawa Ibnu Abbas itu diasuh dalam rumah kenabian dan ia adalah sumber ilmu pengetahuan dan berbagai pendapat yang tepat.”

Selanjutnya pada suatu hari Umar memanggil saya, lalu memasukkan saya bersama-sama dengan para orang tua di atas. Saya tidak mengerti bahawa Umar memanggil saya pada hari itu, melainkan hanya untuk memperlihatkan keadaan saya kepada mereka itu. Umar itu berkata: “Bagaimanakah pendapat saudara-saudara mengenai firman Allah – yang ertinya: “Jikalau telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.” Maka sebahagian para sahabat tua-tua itu berkata: “Maksudnya ialah kita diperintah supaya memuji kepada Allah serta memohonkan pengampunan daripadaNya jikalau kita diberi pertolongan serfa kemenangan.” Sebahagian mereka yang lain diam saja dan tidak mengucapkan sepatah katapun. Umar lalu berkata kepadaku: “Adakah demikian itu pula pendapatmu, hai Ibnu Abbas?” Saya lalu menjawab: “Tidak.” Umar bertanya lagi: “Jadi bagaimanakah pendapatmu?” Saya menjawab: “Itu adalah menunjukkan tentang ajal Rasulullah s.a.w., Allah telah memberi tahukan pada beliau tentang dekat tibanya ajal itu. Jadi Allah berfirman – yang ertinya: “Jikalau telah datang pertolongan dari Allah serta kemenangan,” maka yang sedemikian itu adalah sebagai tanda datangnya ajalmu. Oleh sebab itu maka memaha sucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhanmu dan mohonlah pengampunan padaNya, sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat.”

Umar r.a. lalu berkata: “Memang, saya sendiri tidak mempunyai pendapat selain daripada seperti apa yang telah engkau ucapkan itu.” (Riwayat Bukhari)

«113» الثاني: عن ابن عباس رضي الله عنهما، قَالَ: كَانَ عمر رضي الله عنه يُدْخِلُنِي مَعَ أشْيَاخِ بَدرٍ فكأنَّ بَعْضَهُمْ وَجَدَ في نفسِهِ، فَقَالَ: لِمَ يَدْخُلُ هَذَا معنا ولَنَا أبْنَاءٌ مِثلُهُ؟! فَقَالَ عُمَرُ: إنَّهُ منْ حَيثُ عَلِمْتُمْ! فَدعانِي ذاتَ يَومٍ فَأدْخَلَنِي مَعَهُمْ فما رَأيتُ أَنَّهُ دعاني يَومَئذٍ إلا لِيُرِيَهُمْ، قَالَ: مَا تقُولُون في قولِ الله تعالى: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} [النصر: 1].
فَقَالَ بعضهم: أُمِرْنَا نَحْمَدُ اللهَ وَنَسْتَغْفِرُهُ إِذَا نَصَرنَا وَفَتحَ عَلَيْنَا، وَسَكتَ بَعْضُهُمْ فَلَمْ يَقُلْ شَيئًا. فَقَالَ لي: أَكَذلِكَ تقُول يَا ابنَ عباسٍ؟ فقلت: لا. قَالَ: فما تقول؟ قُلْتُ: هُوَ أجَلُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم أعلَمَهُ لَهُ، قَالَ: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} وذلك علامةُ أجَلِكَ {فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا} [النصر: 3].
فَقَالَ عمر رضي الله عنه: مَا أعلم مِنْهَا إلا مَا تقول. رواه البخاري.
في هذا الحديث: فضل ابن عباس وسِعة علمه، وكمال فهمه، وتأثير لإجابة دعوة النبي صلى الله عليه وسلم أنْ يفقٌهه الله في الدين، ويعلمه التأويل.
فكم من صغير لاحظته عناية ** من الله فاحتاجت إليه الأكابر

Sekilas Tentang Tarikat Bersama Ayah Aji

0

Mohon komen dari ayah aji. Terima kasih.

Ahmad Bazli. Suatu wawancara yang besar.

Ayah aji jawab satu persatu.
1. Tarikat

Tarikat adalah maksud jalan. Daripada tarikat, ia bersandar pada wirid-wirid. Ada wirid daripada hadis sahih, bagus. Tapi ada yang tak sahih atau tak ada hadis, ini masalah.

Allah swt hanya akan beri pahala pada amalan soleh sapertimana Nabi Muhammad Rasulullah saw ajar.

Kalau bukan daripada ajaran Nabi kita saw, siapa pula yang nak beri pahala.

Jika kita kata Allah swt akan beri pahala, maka kita telah berdusta pada Allah.

Ada 60 lebih ayat bab dusta pada Allah.

 

2. Dia kata amalan tarikat tak di tekan pada semua umat islam. Hanya pada orang yang berminat sahaja.

Jawapan.
Islam bukan bab minat atau tak minat. Ia adalah perintah Allah untuk kita ikuti.

Jadi pendapat bab tarikat ini untuk orang berminat sahaja, adalah keliru.

 

3. Dia kata lagi, Rasulullah perturunkan tarikat pada para sahabat nya tapi tak semesti nya di sebarkan.

Jawapan.
Semua bab ugama ini mesti di sebarkan. Tidak ada yang rahsia dalam berugama lslam.

Hadis yang mengatakan tarikat ini itu daripada ajaran nabi saw, tak ada satu pun hadis. Ini dusta pada Nabi saw.

Dusta lagi mengatakan para sahabat tak bolih sebarkan tarikat itu, jika benar ada.

4. Dunia ini akan rosak apabila orang tak berpegang dengan ilmu tasawuf, tak ada hadis tentang perkara itu.

Kerosakan ugama berlaku apabila umat islam melakukan syirik kufur Allah dan bidaah pada ugama Allah.

Tasawuf itu sendiri tak di sebut dalam Quran dan hadis. ..Ia nya datang daripada satu perkataan Quran, yuzakkiihim ; mentazkiahkan mereka ; menyucikan hati mereka.

Menyucikan hati mereka daripada sifat dan akidah syirik kufur pada Allah. Guru-guru perlu ajar murid-murid nya apa itu syirik kufur pada Allah. Apa itu reka-reka pada ugama.

Tetapi kitab tasawuf banyak tumpu pada sifat syirik khofi. Syirik kecil; riyak, ujud, takabbur, hasad, dengki, buruk sangka, cemburu buta, dendam, dan lain-lain.

Syirik-syirik besar tak di ajar, sedangkan syirik besar ini membatalkan iman.

Masuk neraka, kekal.

 

Pengalaman Ayah Aji

Dulu masa Ayah Aji dalam Jahiliah macam mereka juga. Mereka kata yang datang itu wali-wali Allah. Pernah ayah aji sendiri pun jumpa juga. Beratus datang solat dengan Ayah Aji semasa Ayah Aji baca wirid atau bertapa.

Apa nama tarekat Ayah Aji waktu tu? Ada orang yang bertanya tapi saya faham kalau Ayah Aji tak mahu jawab.

Jawapan:
Tarikat Ahmadiah dan wirid ilmu hakikat. Ayat Qursi dan Fatihah, itu sahaja amalan induk ayah aji dulu. Apa yang Ayah Aji amal tak tahu lagi ada orang lain yang amal sebab Ayah Aji dah ganti guru dah waktu itu.

 

Saya baru tahu ada zikir asas bagi setiap tarekat, tarikat ayah aji dulu tu ada juga ke? kenapa perlu zikir asas?

Cerita bab tarikat ini lagi teruk. Amalan al-Kursi dan Fatihah serta al-Ikhlas adalah wirid terbesar daripada amalan-amalan lain. Ayat kursi kali sehari. Al Fatihah kali dan kali sehari. Al Ikhlas kali, 2000 kali, 3000 kali, 4000 kali, 5000 kali, 6000 kali, 7000 kali sehari. Semua itu àyah aji ada ijazah nya, tak termasuk wirid-wirid keramat lain.

Pernah kasyaf macam mereka kata. kasyaf mata dan telinga. Pernah jumpa jin-jin dan raja jin.
Saudara, Ayah Aji tengok macam video screen, begitu jelas terang. Mereka pun nampak begitu juga, itu semua ajaran setan pada guru-guru mereka. Guru-guru merekalah ajar pada kita. Itulah Allah kata dalam Quran. Setan jin dan setan manusia.

Semua mahu bersahabat dengan Ayah Aji tapi tak pernah Ayah Aji nak berkawan dengan nya. Banyak nak tanya hadirin?

Saudara sedang belajar tafsir Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Rasulullah saw daripada orang bekasan ilmu karut itu. Ayah aji tahu apa maksud soalan-soalan mereka, tahu apa mereka nak.

Alhamdulillah. Allah lah yang memberi taufik hidayat Nya pada Ayah Aji sehingga Ayah Sji belajar. Waktu belajar itu, Ayah Aji memang guru ilmu karut macam habib itu. Selawat syifa, tafarjiriah, dan lain-lain semua ada ijazah, dan beri pada murid.

Malu nya Ayah Aji masa Ayah Aji datang pada mereka meminta maaf kerana ngajar ilmu sesat pada mereka. Murid-murid dulu semua tak mahu ikut ajaran tauhid ini. Àyah aji berharap pada Allah supaya mengampuni segala dosa Ayah Aji pada Allah. Ayah Aji berharap dengan beritahu pada pelajar semua, orang lain boleh pelajar-pelajar semua beritahu, janganlah belajar ajaran sesat itu. Sesiapa yang nak tahu detail datanglah jumpa Ayah Aji.

Halalnya Alat Muzik: Tanda Kiamat Ke-49

0

Panel: THTL al-Jazani

☑️49/131 Halalnya Alat Muzik
Hadith

Dalil:

ليكونَنَّ من أمَّتي أقوامٌ ، يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ ، والخمرَ والمعازِفَ ، ……
الراوي : أبو مالك الأشعري / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 5590

“Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat musik (al-ma’aazif). ”
HR Bukhari,kitab Shahih-nya dalam Bab

{ باب ما جاء فيمن يستحل الخمر ويسميه بغير اسمه }

Bab Apa-Apa yang Datang Seputar Orang yang Menghalalkan Khamr dan Menamainya dengan Nama Lain.
Hadith ini sahih, sanadnya bersambung, yang mengatakan hadith ini cacat ialah Imam Ibn Hazm al-Zahiri dan Dr Qardhawi dalam fiqh Musiqi. Namun ittifaq ahli hadith mengatakan hadith ini sahih.

Halalnya Alat Muzik

Maksudnya halal semua jenis muzik dan pakej yang dibawanya. Muzik yang jelas merosakkan seperti hard rock atau rock keras yang liriknya memuja setan, heavy metal, punk, rapp, pop. Kemudian pakejnya penari dan penyanyi wanita yang memakai pakaian seksi. Kemudian muncul program realiti TV untuk mencungkil bakat, seperti Arab Idol, Arab Got Talent, Arab Stars, juga di Malaysia, seperti AF, Mentor, semuanya adalah bukti berlakunya tanda kecil Kiamat, Muzik amat diminati ramai dan merata dan mereka menghalalkannya. Maksud menghalal ialah selesa menonton dan tidak rasa ianya melalaikan dan berdosa bila berlaku pendedahan aurat.

Benarkah orang berjunub tidak boleh melintasi masjid?

0

“Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci”.
[An-Nisa(4):43]

Boleh sesiapa kongsikan perbezaan fuqaha dalam penafsiran ayat ini dari kitab-kitab tafsir..saya ada baca penafsiran ayat ini tapi saya tidak faham khilaf antara mereka, sesiapa boleh terangkan.

 

Bab Bersetubuh Dan Bukannya Bab Haidh

Junub di sini di tafsir bersetubuh bukan haid…..sebab dalam Muslim orang perempuan berhaid boleh masuk masjid berdalilkan Rasulullah menyuruh Aisyah ambil sejadah dalam masjid.

Diriwayatkan dari Aisyahradhiallahu ‘anha bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepadanya, “Ambilkan sajadah untukku di masjid!” Aisyah mengatakan, “Saya sedang haid.” Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya, haidmu tidak berada di tanganmu.” (HR. Muslim).

 

Asbabun Nuzul (Asbab Ayat Diturunkan)

Ayat an-Nisa: 43 adalah larangan kepada orang mabuk untuk mendekati solat, perintah orang berjunub menjauhi masjid selagi mana belum mandi hadas dan arahan tayamum bagi yang dlm perjalanan.

Asbabun nuzul an-Nisa: 43

Maksud Ali bin Abi Thalib di sini adalah ketika dalam bermusafir lalu dia berjunub, maka dibolehkan untuknya bertayamum dan mendirikan solat.

(Lubabun Nuqul: 57)

Maknanya junub ketika musafir, bila tiada air maka dibolehkan tayamum dan menyempurnakan solat..w/a

 

Perbezaan Tafsiran Ayat Al-Quran

Setahu saya, ada 2 penafsiran untuk ayat 43, surah An-Nisa’:

وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا

Tafsiran pertama:
Orang berjunub tidak boleh masuk masjid, kecuali orang bermusafir yang tidak menemui air untuk. Ayat ini diterjemahkan sebagai: “Dan jangan kalian (hampiri masjid) dalam keadaan berjunub melainkan sekadar melintas sahaja (yakni musafir), sehingga kalian mandi…”

Tafsiran kedua:
Orang berjunub (dan wanita haid) tidak boleh masuk masjid, kecuali sekadar melintas sahaja dan tidak boleh duduk di dalam masjid. Ayat ini diterjemahkan sebagai: “Dan jangan kalian (hampiri masjid) dalam keadaan berjunub melainkan sekadar melintas sahaja (yakni tidak boleh duduk), sehingga kalian mandi…”

Ath-Thabari cenderung kepada pendapat kedua, sebab sambungan ayat tersebut:

وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

“Sekiranya kalian sakit, atau SEDANG BERMUSAFIR, atau salah seorang daripada kalian datang dari tempat buang air, atau kalian saling bersentuhan dengan wanita, dan kalian tidak mendapati air, hendaklah kalian bertayammum dengan tanah yang suci…”

Kalau [ عَابِرِي سَبِيلٍ ] difahami sebagai orang musafir (sebagaimana tafsiran pertama), kenapa Allah mengulang kembali hukum tersebut: “Sekiranya kalian sakit, atau SEDANG BERMUSAFIR…”?

Wallahu a`lam.

Jawapan oleh: Muhammad al-Fateh, Ustaz Adli Khalim dan Ustaz Suhailan Safian

Sumber: http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1271&idto=1271&bk_no=50&ID=1278

Qawaid Bid’ah 4: Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah Lebih Baik Dari Keterlaluan dalam Melakukan Bid’ah

0

Qawaid Bid’ah 4/16: Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah Lebih Baik Dari Keterlaluan dalam Melakukan Bid’ah

(القاعدة الرابعة: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة)

Dalil:

عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.
أخرجه الدارمي “223” واللالكائي “1/55، 88” وغيرهما وهو أثر صحيح

Dari Ibn Mas’ood ra yang berkata:” Bersederhana atau berdikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan Bid’ah.” HR Darimi, sunan, no 223. al-Lalikai, ianya atsar yang sahih.

Syarah:

Sedikit dalam mengerjakan sunnah yang sahih lebih baik dari banyak amalan tapi ia bid’ah

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 2

وعن سعيد بن المسيب: أنه رأى رجلاً يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيهما الركوع والسجود، فنهاه، فقال: يا أبا محمد يعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
أخرجه الخطيب في الفقه والمتفقه “1/147”.

Dari Sa’id bin Musayyab, kibar tabi’iin wafat 94H, telah melihat seorang lelaki melakukan solat sunat fajar lebih dari dua rakaat dengan ruku’ dan sujud yang lama. Lalu Sa’id melarang lelaki tersebut. Lelaki itu menjawab:” Duhai Abu Muhammad, apakah Allah akan mengazab aku kerana solat demikian?” jawab Sa’id,” Tidak, tapi Dia akan mengazabmu kerana melanggar sunnah.” HR Khatib alBaghdadi, Faqih al-Mutafaqqih, 2:147.

Syarah:

Perbuatan lelaki tersebut yang solat menyalahi solat sunat sunat Nabi saw juga termasuk keterlaluan dan menjadi bid’ah.

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 3

وعن سفيان بن عيينة قال: سمعت مالك بن أنس وأتاه رجل فقال:
يا أبا عبد الله من أين أحرم؟ قال: من ذي الحليفة، من حيث أحرم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إني أريد أن أحرم من المسجد من عند القبر، قال: لا تفعل، فإني أخشى عليك الفتنة، فقال: وأي فتنة في هذه؟! إنما هي أميال أزيدها! قال: وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ إني سمعت الله يقول: {فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ} [النور: 63]. (أخرجه الخطيب في الفقيه والمتفقه “1/146” وأبو نعيم في الحلية “6/326” وغيرهما.)

Dari Sufyaan bin Uyainah (tabi’tabiin Kufah, w. 198H), Imam Maalik bin Anas dikunjungi oleh seorang lelaki meminta fatwa darinya,” Wahai Abu Abdillah, dari mana saya patut berihram?” Jawab Imam Maalik, ” daripada Zulhulaifah, kerana dari situlah Nabi berIhram.” lelaki itu menjawab,” saya ingin berihram dari mesjid Nabawi, dari sisi kubur baginda.” Jawab Imam Malik,” Jangan lakukan demikian, nanti kamu ditimpa fitnah.” balas lelaki tersebut, ” fitnah apa, saya cuma tambah beberapa batu (KM) saja dari Zulhulaifah.” Jawab Imam Malik,” Tidak ada fitnah yang lebih besar dari melihat anda telah mendahului Rasulullah dalam melakukan sesuatu kelebihan agama. kemudian Imam malik membaca surah an-Nuur ayat 63 (Maka hendaklah orang-orang yang melanggar ketentuan Rasul itu awas menjaga supaya jangan ditimpakan Tuhan kepada me­reka ujian ataupun ditimpa mereka oleh azab siksa yang pedih.)

Soalan:
Salam syeikh. Atsar Sa’id bin Musayyab di Bahagian 2 tu, maksudnya tak boleh sujud lama ke? Sebab yang saya tahu antara waktu mustajab doa adalah ketika sujud. Boleh jelaskan?
Atau yang menyalahi sunnah adalah solat sunnah fajar lebih dari 2 raka’at?

Maksud atsar Ibn Musayyab ialah perbuatan itu menyalahi sifat solat sunat Fajar nabi saw, yang cuma solat 2 Rakaat, ruku’ dan sujudnya sedang-sedang saja. lelaki tersebut ingin mendahului Nabi dengan melakukan lebih dari dua rakaat dan sujud yang lebih lama dari Nabi. Dengan kata lain, solatlah sebagaimana nabi solat. Jangan lebih, lebih tu tak bagus, ia jadi bid’ah pulok. Nabi lama pada berdiri, sampai bengkak kaki. Itu tak apa.

Ini nak jawab golongan sufi yang solat sunat 1000 rakaat satu hari. solat nisfu Sya’ban 100 rakaat, solat tarawih 46 rakaat, dan sebagainya. Banyak kuantiti melebihi Nabi saw, tapi menjadi bid’ah kerana cuba nak atasi Nabi saw.

Umur 60 tahun

0

112. Pertama: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Allah tetap menerima uzur – alasan – seseorang yang diakhirkan ajalnya, sehingga ia berumur enampuluh tahun.” (Riwayat Bukhari)

Para ulama berkata bahwa maknanya itu ialah Allah tidak akan membiarkan-tidak menerima-uzur seseorang yang sudah berumur enampuluh tahun itu, sebab telah dilambatkan oleh Allah sampai masa yang setua itu.

Dikatakan: Azarar rajulu: apabila ia sangat banyak mengemukakan keuzurannya.

وأما الأحاديث فالأول: عن أبي هريرةَ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((أعْذَرَ الله إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أجَلَهُ حَتَّى بَلَغَ سِتِّينَ سَنَةً)). رواه البخاري.
قَالَ العلماء: معناه لَمْ يَتْرُكْ لَهُ عُذرًا إِذْ أمْهَلَهُ هذِهِ المُدَّةَ. يقال: أعْذَرَ الرجُلُ إِذَا بَلَغَ الغايَةَ في العُذْرِ.
المعنى: أنَّ الله تعالى لم يُبْقِ للعبد اعتذارًا. كأن يقول: لو مُدَّ لي في الأجل لفعلت ما أُمرت به. فينبغي له الاستغفار والطاعة، والإقبال على الآخرة بالكلية.

Sunnah-sunnah Sebelum Tidur Yang Berkat

0
Pakistani students of a madrassa, or Islamic school, some sleeping while others study, in a Mosque in Islamabad, Pakistan, Monday, Feb. 24, 2014. Islamic schools form an important function within the Pakistani educational system, providing for many Pakistanis, the only educational institution they attend. (AP Photo/Muhammed Muheisen)

Hadith ke-80

Dari Abu ‘Umarah, yaitu Albara’ bin ‘Azib radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hai Fulan, jikalau engkau bertempat di tempat tidurmu – maksudnya jikalau hendak tidur – maka katakanlah – doa yang artinya:

“Ya Allah, saya menyerahkan diriku padaMu, saya menghadapkan mukaku padaMu, saya menyerahkan urusanku padaMu, saya menempatkan punggungku padaMu, karena loba akan pahalaMu dan takut siksaMu, tiada tempat bersembunyi dan tiada pula tempat keselamatan kecuali kepadaMu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau rasulkan.

Sesungguhnya engkau – hai Fulan, jikalau engkau mati pada malam harimu itu, maka engkau akan mati menetapi kefithrahan – agama Islam -dan jikalau engkau masih dapat berpagi-pagi, – masih tetap hidup sampai pagi harinya, maka engkau dapat memperoleh kebaikan.” (Muttafaq ‘alaih)

«80» السابع: عن أبي عُمَارة البراءِ بن عازب رضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((يَا فُلانُ، إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فراشِكَ، فَقُل:

اللَّهُمَّ أسْلَمتُ نَفْسي إلَيْكَ، وَوَجَّهتُ وَجْهِي إلَيْكَ، وَفَوَّضتُ أَمْري إلَيْكَ، وَأَلجأْتُ ظَهري إلَيْكَ رَغبَةً وَرَهبَةً إلَيْكَ، لا مَلْجَأ وَلا مَنْجَا مِنْكَ إلا إلَيْكَ، آمنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أنْزَلْتَ؛ وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ. فَإِنَّ مِتَّ مِنْ لَيلَتِكَ مِتَّ عَلَى الفِطْرَةِ، وَإِنْ أصْبَحْتَ أَصَبْتَ خَيرًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

Allaahumma ‘aslamtu nafsee ‘ilayka, wa fawwadhtu ‘amree ‘ilayka, wa wajjahtu wajhee ‘ilayka, wa ‘alja’tu dhahree ‘ilayka,
raghbatan wa rahbatan ‘ilayka, laa maalja’ wa laa manja minka ‘illaa ‘ilayka, ‘aamantu bikitaabikal-lathee ‘anzalta wa bi-nabiyyikal-lathee ‘arsalta.

وفي رواية في الصحيحين، عن البراءِ، قَالَ: قَالَ لي رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا أَتَيْتَ مَضْجِعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءكَ للصَّلاةِ، ثُمَّ اضْطَجعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيمَنِ، وَقُلْ… وذَكَرَ نَحْوَهُ ثُمَّ قَالَ: وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ)).
في هذا الحديث: فضل الاستسلام، والتفويض، والالتجاء إلى الله عزَّ وجلّ.

Disebutkan pula dalam kedua kitab shahih – Bukhari dan Muslim, dari Albara’, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada-ku: “Jikalau engkau mendatangi tempat pembaringanmu – maksudnya hendak tidur, maka berwudhu’lah sebagaimana berwudhu’mu untuk bersembahyang, kemudian berbaringlah atas lambung kananmu, kemudian ucapkanlah…….” Lalu diuraikannya sebagaimana yang tertera di atas, selanjutnya pada penutupnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jadikanlah ucapan tersebut di atas itu sebagai penghabisan sesuatu yang engkau ucapkan – maksudnya sehabis berdoa di atas, jangan lagi berkata yang lain-lain.”

#tazkirahUiTO

Beruban Kerana Mendapat Wahyu

0

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

 

Dari Saitama, Jepun

41- حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ شَيْبَانَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ أَبُو بَكْرٍ: يَا رَسُولَ اللهِ، قَدْ شِبْتَ. قَالَ: «شَيَّبَتْنِي هُودٌ، وَالْوَاقِعَةُ، وَالْمُرْسَلَاتُ، وَعَمَّ يَتَسَاءَلُونَ، وَإِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ».

41- Telah bercerita kepada kami Abu Kurayb Muhammad bin Al-`Ala’, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Mu`awiyah bin Hisyam, daripada Syayban, daripada Abi Ishaq, daripada `Ikrimah, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Abu Bakr: Ya Rasula Llah, kamu telah beruban. Dia berkata: «Telah mengubankan saya Hud, dan Al-Waqi`ah, dan Al-Mursalat, dan `Amma yatasa’alun, dan Iza sy-syamsu kuwwirat».

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menunjukkan kata-kata Abu Bakr kepada Nabi apabila dia melihat Nabi telah beruban, seolah-olah dia terkejut melihat kepala Nabi yang beruban. Dapat dilihat di sini bahawa Aba Bakr, sebagai seorang sahabat, dia dapat memerhatikan perubahan pada fizikal Nabi yang merupakan sahabatnya. Ini menunjukkan bahawa Aba Bakr sangat mengambil berat, prihatin dan peka dengan apa yang berlaku kepada orang yang disayanginya.

Hadis ini sebenarnya dapat mengajar kita tentang cinta, iaitu cinta menyebabkan seseorang mengambil berat terhadap kekasih dan orang yang dicintaïnya. Apabila cinta sudah tertanam dalam diri, ia akan lahir dengan bukti, yang terzahir melaluï cara bagaimana seseorang melayan dan berinteraksi dengan orang yang dicintaïnya.

Ramai anak muda, terutama yang besar angan-angannya – tetapi pendek akal dan ilmunya –, mereka menganggap bahawa cinta itu hanya kata-kata. Justeru, mereka mengulang-ulang kata-kata cinta, sehingga ia menggoyangkan iman, maruah dan membutakan hati mereka daripada kebenaran.

Sebaliknya, yang penting dalam cinta, yang penting dan persahabatan yang sejati, yang penting dalam hubungan yang ikhlas dan tulus, ialah seseorang itu dapat mengesan sesuatu kelainan, perbezaan atau perubahan pada diri orang yang dihargaïnya, sebelum dia diberitahu oleh lisan orang itu, atau sebelum lidah orang itu berbicara.

Kelainan, perbezaan atau perubahan itu dapat dikesan – walaupun tanpa diberitahu, malah kadangkala ia ialah hal yang cuba disembunyikan – kerana dia melihat dengan mata hati, dan bukan sekadar bergantung dengan deria sahaja.

Mata hati yang lebih cerah, lebih sensitif, lebih terbuka ‘matanya’, dapat melihat kelainan orang yang dikasihi pada suatu ketika berbanding dengan ketika yang lain, dapat melihat perbezaan – sifat, tingkah laku, perangai, fizikal dan sebagainya – antara keadaan biasa dengan yang luar biasa, serta dapat mengesan perubahan – walaupun yang paling kecil – daripada keadaan sebelumnya.

Lihatlah Aba Bakr dalam hadis ini, dia dapat melihat uban Nabi – yang sedikit, seperti dalam hadis sebelum ini – yang menunjukkan bahawa dia perasan terdapat rambut putih pada kepala Nabi walaupun ia hanya lebih kurang 20 helai.

Seterusnya, Nabi menjawab perkataan Abi Bakr, dengan memberikan penjelasan bahawa uban itu adalah kerana wahyu yang diturunkan, iaitu Surah Hud, Surah Al-Waqi`ah, Surah Al-Mursalat, Surah An-Naba’ dan Surah At-Takwir.

Sebagai penuntut ilmu hadis yang ikhlas, dan sebagai muslim yang benar-benar mencintaï Nabinya, maka setiap kita hendaklah membuka Al-Qur’an – sekarang – dan membaca kelima-lima surah tersebut.

Setelah itu, bagi yang tidak memahami surah-surah itu, dia hendaklah membuka terjemahan – dalam bahasa yang difahaminya – dan membaca terjemahannya.

Kemudian, kita hendaklah cuba membandingkan dan mencari sebab, kenapa surah-surah tersebut telah menyebabkan Nabi beruban.

Adou_Fr berkata: Dan hanya orang yang benar-benar ikhlas mahu menuntut ilmu akan berusaha memenuhi syarat-syaratnya. Dalam hal ini, untuk memahami syarah hadis ini, kita hendaklah membaca dahulu surah-surah tersebut dan berfikir tentang bagaimana ia telah mengubankan Nabi. Jika tidak sanggup untuk membaca surah-surah itu, maka fikirlah semula, adakah anda benar-benar mahu menuntut ilmu, atau hanya menipu diri sendiri?

Dianjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Ketika Umur Matang

0

Dianjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Pada Akhir-akhir Umur

Allah Ta’ala berfirman:

“Bukankah Kami telah memberikan umur yang cukup kepadamu semua. Dalam masa itu orang yang mahu mengerti dapatlah mengambil pengertian dan orang yang memberikan peringatan pun telah datang padamu semua.” (Fathir: 37)

Ibnu Abbas serta para muhaqqiq – ahli penyelidik agama -mengatakan bahawa ertinya umur cukup itu ialah: Bukankah Kami telah memberikan padamu semua umur sampai enam puluh tahun. Penegasan ini dikuatkan pula oleh Hadis yang akan kami sebutkan di belakang Insya Allah. Diterangkan pula oleh ulama-ulama yang lain bahawa maknanya itu ialah lapan belas tahun. Ada pula yang mengatakan empat puluh tahun. Keterangan ini diucapkan oleh Al-hasan, Alkalbi dan Masruq, juga dikutip dari keterangan Ibnu Abbas yang lain. Mereka itu mengutip pula bahawa para ahli Madinah, apabila seseorang dari mereka itu telah mencapai umur empat puluh tahun, maka selalulah ia menghabiskan waktunya untuk beribadat.

Ada pula yang mengatakan bahawa umur cukup itu ertinya ialah jikalau telah baligh.

Adapun firman Allah Ta’ala yang ertinya: “Telah pula datang padamu semua seorang yang bertugas memberikan peringatan.” Ibnu Abbas dan Jumhur ulama mengatakan bahawa yang dimaksud itu ialah Nabi s.a.w. Ada lagi yang menerangkan bahawa maksudnya itu ialah adanya uban. Ini diucapkan oleh ‘Ikrimah, Ibnu ‘Uyainah dan lain-lainnya.

Wallahu a’lam.

 

باب الحث عَلَى الازدياد من الخير في أواخر العمر:
قَالَ الله تَعَالَى: {أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ} [فاطر: 37].
قَالَ ابن عباس والمُحَقِّقُونَ: أَو لَمْ نُعَمِّرْكُمْ سِتِّينَ سَنَةً؟ وَيُؤَيِّدُهُ الحديث الَّذِي سنذْكُرُهُ إنْ شاء الله تَعَالَى، وقيل: معناه ثماني عَشْرَة سَنَةً، وقيل: أرْبَعينَ سَنَةً، قاله الحسن والكلبي ومسروق ونُقِلَ عن ابن عباس أيضًا. وَنَقَلُوا أنَّ أَهْلَ المدينَةِ كانوا إِذَا بَلَغَ أَحَدُهُمْ أربْعينَ سَنَةً تَفَرَّغَ للعِبادَةِ، وقيل: هُوَ البُلُوغُ.
وقوله تَعَالَى: {وجَاءكُمُ النَّذِيرُ} قَالَ ابن عباس والجمهور: هُوَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، وقيل: الشَّيبُ، قاله عِكْرِمَةُ وابن عُيَيْنَة وغيرهما. والله أعلم.

Popular

Iklan

Iklan