Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Benarkah orang berjunub tidak boleh melintasi masjid?

Benarkah orang berjunub tidak boleh melintasi masjid?

193
0

“Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci”.
[An-Nisa(4):43]

Boleh sesiapa kongsikan perbezaan fuqaha dalam penafsiran ayat ini dari kitab-kitab tafsir..saya ada baca penafsiran ayat ini tapi saya tidak faham khilaf antara mereka, sesiapa boleh terangkan.

 

Bab Bersetubuh Dan Bukannya Bab Haidh

Junub di sini di tafsir bersetubuh bukan haid…..sebab dalam Muslim orang perempuan berhaid boleh masuk masjid berdalilkan Rasulullah menyuruh Aisyah ambil sejadah dalam masjid.

Diriwayatkan dari Aisyahradhiallahu ‘anha bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepadanya, “Ambilkan sajadah untukku di masjid!” Aisyah mengatakan, “Saya sedang haid.” Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya, haidmu tidak berada di tanganmu.” (HR. Muslim).

 

Asbabun Nuzul (Asbab Ayat Diturunkan)

Ayat an-Nisa: 43 adalah larangan kepada orang mabuk untuk mendekati solat, perintah orang berjunub menjauhi masjid selagi mana belum mandi hadas dan arahan tayamum bagi yang dlm perjalanan.

Asbabun nuzul an-Nisa: 43

Maksud Ali bin Abi Thalib di sini adalah ketika dalam bermusafir lalu dia berjunub, maka dibolehkan untuknya bertayamum dan mendirikan solat.

(Lubabun Nuqul: 57)

Maknanya junub ketika musafir, bila tiada air maka dibolehkan tayamum dan menyempurnakan solat..w/a

 

Perbezaan Tafsiran Ayat Al-Quran

Setahu saya, ada 2 penafsiran untuk ayat 43, surah An-Nisa’:

وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا

Tafsiran pertama:
Orang berjunub tidak boleh masuk masjid, kecuali orang bermusafir yang tidak menemui air untuk. Ayat ini diterjemahkan sebagai: “Dan jangan kalian (hampiri masjid) dalam keadaan berjunub melainkan sekadar melintas sahaja (yakni musafir), sehingga kalian mandi…”

Tafsiran kedua:
Orang berjunub (dan wanita haid) tidak boleh masuk masjid, kecuali sekadar melintas sahaja dan tidak boleh duduk di dalam masjid. Ayat ini diterjemahkan sebagai: “Dan jangan kalian (hampiri masjid) dalam keadaan berjunub melainkan sekadar melintas sahaja (yakni tidak boleh duduk), sehingga kalian mandi…”

Ath-Thabari cenderung kepada pendapat kedua, sebab sambungan ayat tersebut:

وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

“Sekiranya kalian sakit, atau SEDANG BERMUSAFIR, atau salah seorang daripada kalian datang dari tempat buang air, atau kalian saling bersentuhan dengan wanita, dan kalian tidak mendapati air, hendaklah kalian bertayammum dengan tanah yang suci…”

Kalau [ عَابِرِي سَبِيلٍ ] difahami sebagai orang musafir (sebagaimana tafsiran pertama), kenapa Allah mengulang kembali hukum tersebut: “Sekiranya kalian sakit, atau SEDANG BERMUSAFIR…”?

Wallahu a`lam.

Jawapan oleh: Muhammad al-Fateh, Ustaz Adli Khalim dan Ustaz Suhailan Safian

Sumber: http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1271&idto=1271&bk_no=50&ID=1278

Komen dan Soalan