Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Qawaid Bid’ah 4: Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah Lebih Baik Dari Keterlaluan dalam...

Qawaid Bid’ah 4: Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah Lebih Baik Dari Keterlaluan dalam Melakukan Bid’ah

737
0
Iklan

Qawaid Bid’ah 4/16: Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah Lebih Baik Dari Keterlaluan dalam Melakukan Bid’ah

(القاعدة الرابعة: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة)

Dalil:

عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.
أخرجه الدارمي “223” واللالكائي “1/55، 88” وغيرهما وهو أثر صحيح

Dari Ibn Mas’ood ra yang berkata:” Bersederhana atau berdikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan Bid’ah.” HR Darimi, sunan, no 223. al-Lalikai, ianya atsar yang sahih.

Syarah:

Sedikit dalam mengerjakan sunnah yang sahih lebih baik dari banyak amalan tapi ia bid’ah

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 2

وعن سعيد بن المسيب: أنه رأى رجلاً يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيهما الركوع والسجود، فنهاه، فقال: يا أبا محمد يعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
أخرجه الخطيب في الفقه والمتفقه “1/147”.

Dari Sa’id bin Musayyab, kibar tabi’iin wafat 94H, telah melihat seorang lelaki melakukan solat sunat fajar lebih dari dua rakaat dengan ruku’ dan sujud yang lama. Lalu Sa’id melarang lelaki tersebut. Lelaki itu menjawab:” Duhai Abu Muhammad, apakah Allah akan mengazab aku kerana solat demikian?” jawab Sa’id,” Tidak, tapi Dia akan mengazabmu kerana melanggar sunnah.” HR Khatib alBaghdadi, Faqih al-Mutafaqqih, 2:147.

Syarah:

Perbuatan lelaki tersebut yang solat menyalahi solat sunat sunat Nabi saw juga termasuk keterlaluan dan menjadi bid’ah.

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 3

وعن سفيان بن عيينة قال: سمعت مالك بن أنس وأتاه رجل فقال:
يا أبا عبد الله من أين أحرم؟ قال: من ذي الحليفة، من حيث أحرم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إني أريد أن أحرم من المسجد من عند القبر، قال: لا تفعل، فإني أخشى عليك الفتنة، فقال: وأي فتنة في هذه؟! إنما هي أميال أزيدها! قال: وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ إني سمعت الله يقول: {فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ} [النور: 63]. (أخرجه الخطيب في الفقيه والمتفقه “1/146” وأبو نعيم في الحلية “6/326” وغيرهما.)

Dari Sufyaan bin Uyainah (tabi’tabiin Kufah, w. 198H), Imam Maalik bin Anas dikunjungi oleh seorang lelaki meminta fatwa darinya,” Wahai Abu Abdillah, dari mana saya patut berihram?” Jawab Imam Maalik, ” daripada Zulhulaifah, kerana dari situlah Nabi berIhram.” lelaki itu menjawab,” saya ingin berihram dari mesjid Nabawi, dari sisi kubur baginda.” Jawab Imam Malik,” Jangan lakukan demikian, nanti kamu ditimpa fitnah.” balas lelaki tersebut, ” fitnah apa, saya cuma tambah beberapa batu (KM) saja dari Zulhulaifah.” Jawab Imam Malik,” Tidak ada fitnah yang lebih besar dari melihat anda telah mendahului Rasulullah dalam melakukan sesuatu kelebihan agama. kemudian Imam malik membaca surah an-Nuur ayat 63 (Maka hendaklah orang-orang yang melanggar ketentuan Rasul itu awas menjaga supaya jangan ditimpakan Tuhan kepada me­reka ujian ataupun ditimpa mereka oleh azab siksa yang pedih.)

Soalan:
Salam syeikh. Atsar Sa’id bin Musayyab di Bahagian 2 tu, maksudnya tak boleh sujud lama ke? Sebab yang saya tahu antara waktu mustajab doa adalah ketika sujud. Boleh jelaskan?
Atau yang menyalahi sunnah adalah solat sunnah fajar lebih dari 2 raka’at?

Maksud atsar Ibn Musayyab ialah perbuatan itu menyalahi sifat solat sunat Fajar nabi saw, yang cuma solat 2 Rakaat, ruku’ dan sujudnya sedang-sedang saja. lelaki tersebut ingin mendahului Nabi dengan melakukan lebih dari dua rakaat dan sujud yang lebih lama dari Nabi. Dengan kata lain, solatlah sebagaimana nabi solat. Jangan lebih, lebih tu tak bagus, ia jadi bid’ah pulok. Nabi lama pada berdiri, sampai bengkak kaki. Itu tak apa.

Ini nak jawab golongan sufi yang solat sunat 1000 rakaat satu hari. solat nisfu Sya’ban 100 rakaat, solat tarawih 46 rakaat, dan sebagainya. Banyak kuantiti melebihi Nabi saw, tapi menjadi bid’ah kerana cuba nak atasi Nabi saw.

Komen dan Soalan