Utama Tazkirah Admin Tuntutan Solat Berjemaah Walaupun Ketika Perang

Tuntutan Solat Berjemaah Walaupun Ketika Perang

596
0
Iklan

Tazkirah Harian UiTO

Http://telegram.me/tazkirah

~Tadabbur Kalamullah 2 Muharram 1437H~

وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ…

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu…” [Surah an-Nisa’ 102]

#Ayat ini menunjukkan bahawa semasa berada di medan perang sekalipun, umat Islam diperintah oleh Allah swt untuk menunaikan solat secara berjemaah.

#Jika dalam suasana perang kita di tuntut solat secara berjemaah apatah lagi jika kita berada dalam keadaan aman, maka ia adalah lebih utama dan lebih dituntut.

#Rasulullah saw bersabda: “Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat”
(HR Muslim)

#Daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya solat berjemaah dua 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian” (HR Muslim)

#Umat Islam hari ini tidak menolak kepentingan dan tuntutan solat berjemaah, cuma setakat mana keutamaan mereka melakukannya. Pertembungan antara tuntutan duniawi dgn ukhrawi membuatkan umat Islam pada akhir zaman ini semakin payah melaksanakan solat berjemaah sama ada di masjid mahupun di surau di kejiranan tempat tinggal masing-masing.

#Mari kita hayati kisah dan kata-kata salafussoleh di bawah ini agar menjadi motivasi untuk kita melazimkan diri dengan solat berjemaah di masjid dan surau:

~Disebut dalam Mukasyafah al-Qulub: “Diceritakan bahawa seorang gabenor Iraq, Maimun bin Mahran baru sampai ke masjid, lalu dia diberitahu bahawa jemaah sudah bersurai. Lantas dia berkata: Innalillahi wainna ilaihi rajiun, fadilat solat ini lebih aku sukai daripada satu wilayah Iraq”

~Ibnu Sama’ah berkata (rujuk Siyar A’lam an-Nubala’): “Selama 40 tahun aku tidak pernah terlepas takbir pertama melainkan pada hari ibuku meninggal dunia. Lalu aku solat 25 kali untuk menggantinya”

~Berkata Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi: “Mukmin dengan masjid ibarat ikan di dalam air manakala munafiq dengan masjid pula ibarat burung di dalam sangkar”

♡Sempena tahun baru 1437H ini, marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid dan surau di kawasan kejiranan kita dengan hadir solat berjemaah, berada dalam majlis-majlis ilmu serta menjadikan masjid/surau sebagai rumah pertama kita. Semoga Allah merahmati dunia dan akhirat kita♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan