Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Dianjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Ketika Umur Matang

Dianjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Ketika Umur Matang

130
0
Iklan

Dianjurkan Untuk Menambah-nambah Kebaikan Pada Akhir-akhir Umur

Allah Ta’ala berfirman:

“Bukankah Kami telah memberikan umur yang cukup kepadamu semua. Dalam masa itu orang yang mahu mengerti dapatlah mengambil pengertian dan orang yang memberikan peringatan pun telah datang padamu semua.” (Fathir: 37)

Ibnu Abbas serta para muhaqqiq – ahli penyelidik agama -mengatakan bahawa ertinya umur cukup itu ialah: Bukankah Kami telah memberikan padamu semua umur sampai enam puluh tahun. Penegasan ini dikuatkan pula oleh Hadis yang akan kami sebutkan di belakang Insya Allah. Diterangkan pula oleh ulama-ulama yang lain bahawa maknanya itu ialah lapan belas tahun. Ada pula yang mengatakan empat puluh tahun. Keterangan ini diucapkan oleh Al-hasan, Alkalbi dan Masruq, juga dikutip dari keterangan Ibnu Abbas yang lain. Mereka itu mengutip pula bahawa para ahli Madinah, apabila seseorang dari mereka itu telah mencapai umur empat puluh tahun, maka selalulah ia menghabiskan waktunya untuk beribadat.

Ada pula yang mengatakan bahawa umur cukup itu ertinya ialah jikalau telah baligh.

Adapun firman Allah Ta’ala yang ertinya: “Telah pula datang padamu semua seorang yang bertugas memberikan peringatan.” Ibnu Abbas dan Jumhur ulama mengatakan bahawa yang dimaksud itu ialah Nabi s.a.w. Ada lagi yang menerangkan bahawa maksudnya itu ialah adanya uban. Ini diucapkan oleh ‘Ikrimah, Ibnu ‘Uyainah dan lain-lainnya.

Wallahu a’lam.

 

باب الحث عَلَى الازدياد من الخير في أواخر العمر:
قَالَ الله تَعَالَى: {أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ} [فاطر: 37].
قَالَ ابن عباس والمُحَقِّقُونَ: أَو لَمْ نُعَمِّرْكُمْ سِتِّينَ سَنَةً؟ وَيُؤَيِّدُهُ الحديث الَّذِي سنذْكُرُهُ إنْ شاء الله تَعَالَى، وقيل: معناه ثماني عَشْرَة سَنَةً، وقيل: أرْبَعينَ سَنَةً، قاله الحسن والكلبي ومسروق ونُقِلَ عن ابن عباس أيضًا. وَنَقَلُوا أنَّ أَهْلَ المدينَةِ كانوا إِذَا بَلَغَ أَحَدُهُمْ أربْعينَ سَنَةً تَفَرَّغَ للعِبادَةِ، وقيل: هُوَ البُلُوغُ.
وقوله تَعَالَى: {وجَاءكُمُ النَّذِيرُ} قَالَ ابن عباس والجمهور: هُوَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، وقيل: الشَّيبُ، قاله عِكْرِمَةُ وابن عُيَيْنَة وغيرهما. والله أعلم.

Komen dan Soalan