Utama Blog Halaman 257

Fiqh Wanita: Nota ke 59 (Umum)

0

S & J Fiqh Wanita UiTO

Soalan 1

Betul ke kalau orang yang tak mampu solat berdiri (contohnya : sakit lutut) tak boleh solat sambil duduk atas kerusi ? Maksudnya, orang itu perlu solat sambil duduk atas lantai dan lunjurkan kaki ke hadapan ?

Jawapan 1 thtl al-jazani

Solat guna kerusi boleh. masa takbir dan bacaan tu berdiri, bila rukuk dan sujud,  bleh duduk. zaman salaf,  kerusi solat blom ujud

 

 

Soalan 2

Apa hukumnya kita turut serta dalam majlis makan malam bersama keluarga yang menyambut tahun baru cina, selain daripada makan bersama kita juga terlibat dgn aktiviti ” yee sang” iaitu makanan di kumpulkan dlm sebiji pinggan yg besar digaul bersama2 dgn ahli keluarga dgn menggunakan chop stick?

Jawapan 2 thtl al-jazani

CNY tu cultural bukan keagamaan. sambutan tahun baru china. maka bole org islam yg asal china nak ber yeesang dgn familynya yg masih musyrik dlm rangka jaga hubungan dan dakwah.

Dalil: mumtahinah ayat 10

 

 

Soalan 3

Bagaimanakah cara kita menangani atau berhadapan dengan situasi seorang yang bukan islam yang memberi salam? Wajarkah kita memarahinya atau menasihatinya agar tidak memberi salam atau hanya menjawab salamnya. Apakah lafaz yang sesuai?

Jawapan 3 thtl al-jazani

Ada dalil bila non muslim beri salam .

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
AQ an-Nisa 4:86

Ucapan salam mereka dengan ungkapan salam Islam “Assalamu ‘alaikum” tidak terlepas dari dua hal.

Pertama :Mereka jelas-jelas mengucapkan dengan adanya lam yaitu, “Assalamu ‘alaikum (semoga kesejahteraan bagimu), maka kita boleh mengucapkan ‘Alaikumus salam atau wa alaikum (semoga juga bagimu).

Kedua : Jika mereka tidak jelas mengucapkan lam, misalnya mereka mengucapkan, “Assamu ‘alaikum” (semoga kematian menimpamu), maka kita mengucapkan, “wa ‘alaikum” (juga menimpamu). Demikian ini, karena dulu kaum Yahudi pernah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu mengucapkan salam kepada beliau dengan ucapan, “Assamu ‘alaikum”, mereka tidak jelas mengucapkan lam. As-Sam artinya al-maut (kematian), maksudnya mereka mendo’akan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mati. Karena itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengucapkan pada mereka, “wa ‘alaikum”. Jadi, jika mereka mengucapkan, “Assamu ‘alaikum” maka kita membalas dengan ucapan, “wa ‘alaikum”, maksudnya, semoga kematian itu menimpa kalian pula. Demikianlah yang ditunjukkan oleh As-Sunnah.

Adapun memulai salam kepada mereka dengan ucapan salam, maka ini telah dilarang oleh Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam

[Al-Majmu Ats-Tsamin, Syaikh Ibnu Utsaimin,juz 2,hal 97-98)
– http://almanhaj.or.id/content/2006/slash/0/mengucapkan-salam-kepada-orang-kafir-dan-mengucapkan-salam-kepada-muslim-dan-kafir/
Allahua’lam

 

 

Soalan 4

Berkenaan taubat….adakah cukup dengan tinggalkan maksiat dan banyakkan istigfar sahaja dikira taubat atau dikira taubat selepas kita bt solat sunat taubat? Ada beza ke dengan taubat nasuha? Mohon pencerahan.

Jawapan 4

a) Sumber dari Cikgu Rahim

Bab ke-dua: Taubat (Riyadush  Shahilin)
Hukum taubat wajib
Syarat taubat
1 tinggalkan maksiat
2 menyesali perbuatan dosa
3 berazam tidak akan mengulangi lg buat selama2nya.
4 Jika berkait dgn manusia lain  pohon kemaafan, byr ganti rugi dll
wajib bertaubat dari segala dosa.

Taubat titik mula org2 yg menuju akhirat. Taubat merupakan awal dan akhir perjalanan seorang hamba.
permulaan taubat; Penyesalan…
seterusnya, keinginan keras utk berubah dan menghidari keburukan.
maksiat adalah hijab antara hamba dgn Rabbnya. Dia segera menyelamat diri..perasaan harap dan cemas melahirkan taubat nasuha…
Inilah jalan yg benar2 ditempoh oleh org yg benar2 mahu kembali kpdNya.
hamba yg kembali dgn penuh keikhlasan, kemantapan dan keyakinan serta ketaatan..
Ia mengangkat hamba itu ke maqam para wali Allah yg benar2 bertaqwa.
wujudlah dinding penyekat antara dirinya dan syaitan.

b) Jawapan Thtl tentang solat taubat:
Solat taubat

« مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ». ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ

“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.” Kemudian beliau membaca ayat ini: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

” (HR. Tirmidzi no. 406, Abu Daud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395.
mutaqaddimin, hadith ni dha’if. maka solat taubat tak sunah; albani kata sahih, maka ianya sunnah.
Taubat, bisa dgn solat 2 rakaat atau dengan tahajjud atau minta ampun ketika sujud .

 

 

Soalan 5

Saya menerima whatsapp dlm ayat al Quran yg kononnya tidak sampai beberapa jam kehidupan akan berubah…  Spt ayat ini
Kawan kat Mekkah kirim !!! Suroh share !
Baca tau :-
Bismillah hirahmannirahim …  innaka la minal mursalin a’la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira abaa uhum fahum ghaafilun …
Tlg kirim potongan ayat dari Surah Yassin ini minima 13 org … InsyaAllah, selepas  2 jam kamu akan dgr kabar baik & dpt kebahagiaan ! Jgn delete sblm disebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim … 2 jam sdh saya laksanakan ternyata rezki dtg !
Subhanallah !!!    (Ustaz Hasan :  0123152858)
Cuba je buat dulu … jgn cakap mengarut tentang khabaran baik selepas 2 jam tu … anda buat, anda sendiri akan tahu keputusannya kemudian !
Adakah ianya benar?
( sy tdk pernah mengikut krn percaya rezeki dtg nya dr Allah SWT )

Jawapan [Forwarded from Adli Khalim]

Ini namanya Thiyarah. Percaya sial akan menimpa sekiranya sesuatu dilakukan atau ditinggalkan.

Nabi dah jelas kata لا طيارة tiba-tiba ada ostat suruh percaya. Siap tak bagi delete sebelum disebarkan.

 

 

Soalan 6

Siapa hukum menipu untuk jauhkan daripada berlaku perbuatan dosa?

Jawapan [Forwarded from thtl al-jazani توان حسن]

Bab menipu:  dalilnya:
مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Barangsiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim no. 102)
Hukum asal kita kena bercakap benar dalam semua keadaan kecuali terdapat keperluan berbuat demikian. Ini kerana sifat munafiq itu ialah dusta.

Terpaksa menipu utk menjauhkan diri dari perbuatan berdosa  ada keringanannya .
cth tipu sunat, mendamaikan dua saudara yg berkelahi.
cth A dan B gaduh, kawan mereka si C, akan reka cerita agar kedua A n B berdamai
cth lain, rakyat palestine tipu polis israel utk menyelamatkan dari di bom

 

 

Soalan 7
Apakah perbezaan niat dan lafaz niat dalam solat

Jawapan [Forwarded from Adli Khalim]

Niat ialah apa yang diazamkan di qalbu, wajib untuk menjadikan suatu amalan sah.

Lafaz niat ialah apa yang dilafazkan, “nawaitu…, usolli…,” tidak pernah diamalkan oleh Nabi dan golongan yang hidup di kurun terbaik (yakni para sahabat). Para `ulama’ berbeza pendapat dalam lafaz niat, ada yang kata sunat (bukan wajib, bahkan tiada `ulama’ yang mewajibkannya, melainkan sebahagian pihak pada zaman sekarang yang berkeras mempertahankannya, seolah-olah menjadikan amalan ini wajib), ada yang kata harus, ada yang kata bid`ah. Meninggalkannya adalah jauh lebih utama.

Lafaz tu tak wajib.

 

 

Soalan 8

Apakah hukum perempuan yang bersuami bermusafir seorang diri di atas sebab nak cari ilmu dan hukum perempuan bujang bermusafir seorang diri atas sebab nk menuntut ilmu?

Jawapan 8 [Forwarded from thtl al-jazani توان حسن]

Hukum isteri balik kg, balik naik public transport
Kata syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi (Fatawa Mu’asirat jld 2 dan Kayfa nata’amalu ma’a as-sunnah), larangan wanita musafir solo ialah isu sekuriti atau keselamatan. Illat atau sebab larangan adalah keadaan keselamatan. Jika keselamatan terjamin, maka tak adalah larangannya.
dalilnya:
dari jalur ‘Adiy bin Hatim, Nabi saw bersabda kepadanya:
فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ
Trj:
“Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari Hirah (dekat Baghdad di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)’ HR Bukhori.
Ia dimaksudkan ialah public transport, dan yg paling selamat ialah air travel atau kapal terbang dan d Timur Tengah, perempuan di sana musafir seorang diri dengan pengangkutan awam

Nazar Murni Vs Nazar Nak Ubah Taqdir

0

Oleh: THTL al-Jazani

Nazar ni asalnya pengabdian kepada berhala atau dewata bila dewa itu menolongnya.
Contoh: Orang arab, dia datang kepada Lat atau Uzza, dia akan bernazar. Wahai Lat, jika aku dapat anak lelaki aku akan sembelih 100 unta pada musim haji.

Orang Hindu, dia bernazar kepada Dewa Muruga, wahai Muruga, jika anak aku dapat 10A SPM, aku akan membawa kavadi.

Maka bila orang arab masuk Islam, depa teruskan nazar itu kepada Allah.

“Wahai Allah, jika anak aku dapat 10A spm, aku akan posa 7 hari.”

Konsep nazar ni kerana asalnya dalam agama pagan, maka ia dianggap makruh.

NAZAR YANG MURNI

Dalam Islam, kita buat ibadat yang ikhlas.

Dalilnya:

“(Ingatlah) ketika istri Imran berkata: ‘Ya Tuhanhu, sesungguhnya aku telah menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi anak yang saleh dan berkhidmat (di Baitil Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'” (QS. Ali ‘Imran: 35)

Ini nazar yang tulin bukan minta balasan. Kita buka kamus dulu, apa itu NADZAR, start dengan lughah. Ejaan lama, nadzar, ejaan baru, nazar.

Kamus Dewan Edisi Keempat:
Nazar = janji untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (mele­paskan, menunaikan) ~ membuat atau me­nunaikan apa yang telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dalam peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan.

NAZAR NAK UBAH TAKDIR

Nazar dari kaum terdahulu lama sebelum Islam, dari agama pagan kebanyakannya, tak tengok(kah) kat batu caves, juga sambutan st annes festival di Filipina dan Mexico, orang Kristian tunai nazar, mereka menyalibkan diri mereka

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ

Artinya: “Diriwayatkan darilbnu Umar ra, ia berkata: Nabi saw melarang nadzar dan bersabda: “Sesungguhnya ia tidak menolak apa pun (takdir) dan hanya saja ia dikeluarkan dari orang yang kikir/bakhil/kedekut.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Nazar ada dua jenis. Nazar Imran tu yang murni. Nazar jenis kedua, yang ingin merubah takdir.

Ikut hadith tu, Imran tidak ingin merubah takdir. Nazar pagan ialah mereka yang nak ubah takdir.

Soalan: Kalau dah niat. Walaupun tak tercapai perlu bernazar jugalah kan ?

Jawapan:
Tak payahlah, sebab takdir tak berubah. Contoh: Jika saya naik pangkat, saya akan derma lembu sekor kat surau
kalau tak naik pangkat, buat apa kasi lembu. Anda nazar sebab nak ubah takdir. Lembu tu rasuah untuk Tuhan. Sedekah takder masalah.

Beza Sunnah Dengan Hadits

0

Hadits dari sudut bahasa bermaksud kata-kata, dan ia juga boleh bermaksud baru.

Sunnah pula dari sudut bahasa bermaksud jalan dan adat yang diikuti.

Adapun dari sudut teknikal kedua-duanya mempunyai definisi yang sama iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dari bentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

Perbezaan paling ketara adalah dari sudut konteks penggunaan.

Hadits biasanya disebut merujuk kepada teks yang direkod atau disebutkan yang mengandungi sanad dan matan.

Sunnah pula biasanya disebut merujuk kepada aspek praktikal apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda sallaLaahu ‘alaihi wa sallam.

Contoh penggunaan istilah Sunnah dan Hadits:

Membaca bismillah sebelum berwudhu merupakan SUNNAH Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan ini berdasarkan HADITS yang diriwayatkan oleh Anas di dalam Musnad Ahmad, dan lain-lain.

Cuba terbalikkan penggunaan istilah SUNNAH dan HADITS dalam pernyataan di atas, akan kelihatan pelik dan sukar difahami.

Membaca bismillah sebelum berwudhu merupakan HADITS Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan ini berdasarkan SUNNAH yang diriwayatkan oleh Anas di dalam Musnad Ahmad, dan lain-lain.

Sesi Ulangkaji 1: Ilmu Asas Hadis

0

asSalaamu ‘alaikum, terima kasih buat semua yang masih bersama di dalam group ini.

Saya memohon maaf di atas kelemahan saya kerana tidak dapat memberikan komitmen yang baik dalam perkongsian di bilik ini.

Bermula hari ini saya akan variasikan perkongsian dengan perkongsian-perkongsian ringkas, dalam masa yang sama menyambung nota yang lama telah berhenti.

Ahli-ahli yang kelihatan dah lama tak aktif Telegram akan dibuang, dan bagi yang merasakan perlu untuk keluar adalah dialu-alukan.

Perkongsian nota masih lagi berkisar Sebab Pemalsuan Hadits yang Tak Disengajakan, tapi dalam masa yang sama saya akan ulas sedikit perkara-perkara asas sebagai penyegar kembali, malah mungkin untuk ingatkan apa yang dah terlupa.

Antara persoalan-persoalan penting yang sentiasa perlu ditekankan dari semasa ke semasa adalah fokus tujuan mempelajari asas ilmu hadits.

Kerana tak sedikit yang cuba menyelam dari lautan ilmu ini tanpa menyedari kelengkapan dirinya sangat rapuh, ia malah membahayakan dirinya sendiri.
Malah, diri saya sendiri tak pernah merasakan yang saya berada di peringkat yang lebih hebat, kerana masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diingati walaupun di peringkat asas.
Hadits-hadits tentang niat dan ancaman kepada orang-orang yang tidak ikhlas dalam menuntut ilmu sepatutnya menjadi iktibar yang berat buat kita dalam usaha menambah ilmu dan memahami agama ini dengan lebih baik.

Ramai nak bercakap tentang hadits, tapi masih tak dapat beza apa itu hadits dan apa itu sunnah.

Siapa boleh kongsikan apa perbezaan antara hadits dan sunnah dengan ringkas dan mudah difahami?

Jangan salin balik nota-nota saya sebelum ni. Jawab mengikut kefahaman sendiri. Ringkas dan mudah difahami.
Hadits juga merangkumi perbuatan, seperti hadits tentang cara solat, cara haji, dll.

Sunnah juga ada melibatkan perkataan, seperti sunnah membaca bismillah sebelum makan, dll.

Beza Sunnah dan Hadits, bukan ilmu hadis, takde perkataan ilmu pun saya tulis kat atas.

Soalan diringkaskan: Apa beza Sunnah dengan Hadits?

Saya sambung kerja, nanti tengah hari saya respon semula dan kongsikan jawapan kalau ianya masih belum terjawab.

Biarlah Mati Ketika Beramal Soleh

0

Bilik ini
https://telegram.me/joinchat/A0jOFDwXc2ZsoAIRSFHpfA

116. Kelima: Dari Jabir r.a., katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Dibangkitkan setiap hamba itu – dari kuburnya, menurut apa yang ia mati atasnya.” (Riwayat Muslim)

 

Keterangan:

Hadis ini menyerukan setiap manusia muslim lagi mu’min agar senantiasa berbuat kebaikan kepada siapapun, mengerjakan apa-apa yang diredhai Allah, menetapi sunnah-sunnahnya Rasulullah s.a.w. dalam segala waktu, tempat dan keadaan. Juga menyerukan supaya terus menerus memiliki keikhlasan hati dalam mengamalkan segala hal semata-mata untuk Allah Ta’ala jua, baik dalam ucapan ataupun perbuatan. Kepentingannya ialah agar di saat kita ditemui oleh ajal, maka kematian kita pun menetapi keadaan sebagaimana yang tersebut di atas itu, sehingga pada hari kita diba’ats atau dibangunkan dari kubur nanti, keadaan kita pun sebagaimana halnya apa yang kita tetapi sewaktu kita berada di dunia ini.

Semogalah kita memperolehi husnul-khatimah atau penghabisan yang bagus dan terpuji.

«116» الخامس: عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيهِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: تحريضٌ للإِنسان على حسن العمل، وملازمة الهَدْي المحمدي في سائر الأحوال، والإِخلاص لله تعالى في الأقوال والأعمال، ليموت على تلك الحالة الحميدة فيُبعث كذلك، وبالله التوفيق.

Meraih Derajat Tinggi

0

Maukah Anda diberitahu bagaimana mencapai derajat yang sangat tinggi dengan amalan yang ringan?! Jauhkan diri dari sibuk mengurusi
orang lain!! Seorang muslim yang sempurna adalah seorang muslim yang muslim lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya. Di
antara tanda baiknya lslam seseorang, ketikan dia meninggalkan sesuatu yang tidak
bermanfaat untuknya.

Dr Yusuf Al Syubailiy, Riyadh, pengajar fiqh di Ma’had ‘Ali (perguruan tinggi) Hukum.

SUMBER DALIL:

عَنْ أبي هريرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، عن النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : (( مِنْ حُسْنِ إسْلامِ المَرءِ تَرْكُهُ ما لا يَعْنِيهِ )) حديثٌ حَسَنٌ ، رَوَاهُ التِّرمذيُّ وغَيرُهُ

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, dari Nabishallallaahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : “Di antara kebaikan seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan yang lainnya].

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

المسلمُ مَنْ سَلِمَ المسلمون من لسانه ويده

“Orang muslim itu adalah (jika) orang-orang muslim lainnya selamat dari (kejahatan) lidah dan tangannya”.

Diriwayatkan pula oleh Al-Bukhariy 1/9 (no. 10), Muslim 1/48 (no. 41), Abu Dawud (no. 2481), dan Ibnu Hibbaan (no. 196) dari beberapa jalan, dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

SYARAH HADIS:
http://abul-jauzaa.blogspot.my/2009/09/diantara-kebaikan-seseorang-adalah.html?m=1

Sepintas Perihal Thiqah, Perawi Nama Serupa Dan Kenalilah Wahabi Sebenar

0

Telegram.me/KelasHadithDrFathiAlSakandary

THIQAH

Tambahan lafaz dalam hadith daripada seorang thiqah, tidak mesti diterima mutlak, kerana seorang thiqah boleh berbuat silap, dan tidak mesti ditolak mutlak, kerana seorang thiqah sedikit silapnya.

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

 

MUHAMMAD BIN ISMAIL TETAPI BUKAN IMAM AL-BUKHARI

Al-Imam Ibn Majjah meriwayatkan hadith dari ramai yang bernama Muhammad bin Ismail, namun ia bukan al-Bukhari. Usah keliru!

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

 

KENALI WAHABI

Apakah itu Wahabi? Penjelasan oleh mantan Ketua Lajnah al-Azhar al-Syariff:

Terjemahan oleh Abu Amir:

“al-Wahhabiyyah dinisbahkan kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, beliau adalah seorang Muslih (refomer), tersebar (dakwahnya) di Jazirah Arab yang menghadapi kemungkaran dan bid’ah yang menyalahi agama. Beliau telah memberi pemerhatian yang besar untuk mengukuhkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Dahulunya di sana (di Jazirah Arab) terdapat sebagai manusia sebagai contoh yang bertawassul dan mengambil berkat dengan para wali, mereka mensucikan para wali sehingga ke peringkat yang melampau, sehingga menjadikan para wali itu seperti para Nabi atau para wali itu seperti Allah S.W.T., Ini kerana melampau-lampau di dalam kecintaan yang boleh membawa kepada kekufuran. Oleh kerana itu apabila Nabi S.A.W. melihat para sahabat baginda terlampau mencintai baginda – dalam masa yang sama, mencintai baginda itu adalah wajib ke atas kita, kita mencintai baginda dan mencintai Allah S.W.T – akan tetapi melampau-lampau dalam kecintaan adalah perkara yang ditolak, sepertimana apabila baginda melihat para sahabat telah melampaui batas dalam mencintai baginda, lalu baginda bimbang mereka akan mengangkat baginda lebih dari kedudukan sebenarnya, lalu baginda bersabda: “Jangan kamu semua melebih-lebihkan aku sepertimana penganut kristian melebihkan al-Masih ibn Maryam, akan tetapi panggillah aku (sebagai) seorang hamba Allah dan seorang rasulNya.”

Yakni baginda memaksudkan: “Jangan kamu semua memuji-mujiku dengan pujian yang melampau-lampau, sehingga kamu semua memberikan pujian yang tidak berhak kepadaku, seperti yang berlaku kepada orang-orang kristian yang mencantai isa a.s. berlebihan, dan mereka mengagungkan baginda secara melampau, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan. Oleh itu melampau-lampau di dalam kecintaan adalah kemungkaran dan tertolak dengan sepenuhnya. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab memberi tumpuan dalam kerja-kerja islahnya untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T. dan keyakinan bahawa Allahlah yang menciptakan setiap sesuatu, Dia yang maha kaya, yang menghidup dan mematikan. Akan tetapi sebahagian orang hingga sampai ke tahap mengatakan: “Ha… Syeikh ini (wali ini), boleh menyembuhkan penyakit, syiekh ini menurunkan rezeki… inilah melampau-lampau yang membawa kepada kufur. Ini kerana Allah itu menyendiri dalam kekuasaannya, semua perkara berada dalam gengamannya.

Lalu beliau (muhammad bin Abdul Wahhab) melakukan kerja islah ini dan memberi tumpuan yang serius untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Sekalipun begitu, ada sebahagian anak-anak murid dan pengikutnya yang melampau-lampau juga dalam bab tauhid ini, lalu mereka melarang sebahagian perkara kecil sehingga menganggap perkara kecil itu juga menyekutukan Allah. Akan tetapi seperti yang aku nyatakan, melampau-lampau dalam sesuatu perkara membawa kepada kesesatan yang parah. Kita sepatutnya menjadi orang yang adil dan berakal, sebelum kita menghukum sesuatu kita perlu memerhatikan sehingga kita benar-benar faham, ini kerana tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kufur kepada seseorang yang mencintai mana-mana para wali contohnya, ini adalah suatu yang benar-benar memberi kemudharatan. Anda semua sedia maklum hadith Nabi S.A.W.: “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai Kafir, maka kafir itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka.”

http://inilahwahabi.blogspot.my/2009/12/penjelasan-oleh-al-syeikh-atiyah-saqr.html?m=1

Tambahan editor:
Dr Azwira Aziz menerangkan akidah Muhammad Ibn Abdul Wahab
http://abuzamihan.blogspot.my/2010/07/tohmahan-keenam-muhammad-ibn-abd-al_04.html?m=1

Sempurnanya Turun Wahyu Sebelum Wafat Rasulullah SAW

0

115. Keempat: Dari Anas r.a., katanya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla senantiasa mengikutkan terus-sambung menyambung – dalam menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. sebelum wafatnya sehingga beliau itu wafat, di situlah sebahagian besar wahyu diturunkan.” (Muttafaq ‘alaih)

«115» الرابع: عن أنس رضي الله عنه قَالَ: إنَّ اللهَ عز وجل تَابَعَ الوَحيَ عَلَى رسولِ الله صلى الله عليه وسلم قَبلَ وَفَاتهِ حَتَّى تُوُفِّيَ أكْثَرَ مَا كَانَ الوَحْيَ عَلَيِّه. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
الحِكمة في كثرة الوحي عند وفاته صلى الله عليه وسلم، لتكمل الشريعة فلا يبقى مما يوحى إليه بشيء. قال الله تعالى: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا} [المائدة: 3].
وكان خلقه صلى الله عليه وسلم القرآن يعمل بما فيه.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Al-Maidah: 3

Huraian Hadith JAKIM: 

Syariat Islam sudah lengkap dan sempurna selepas wafat Rasulullah SAW .

Syariat Islam merupakan panduan hidup manusia di dunia.

Sempurnanya turun wahyu sebelum wafat SAW.

Aqidah Salaf

0

UiTO: Aqidah Salaf
https://telegram.me/AqidahSalaf
______

Oleh Syaikh ‘Abdussalam bin Salim As Suhaimi

Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah aqidah secara ringkas adalah sebagai berikut:

Membatasi sumber rujukan dalam masalah aqidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih.

Berhujjah dengan hadits-hadits shahih dalam masalah aqidah, baik hadits-hadits tersebut mutawatir mahupun ahad.Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara gaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal.

Tidak menceburkan diri dalam ilmu kalam dan filsafat. Menolak ta’wil yang batil. Menggabungkan seluruh nash yang ada dalam membahas suatu permasalahan [1]

Inilah aqidah yang lurus yang berasal dari sumber yang murni, yaitu Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yang jauh dari hawa nafsu dan syubhat. Orang yang berpegang teguh dengan aqidah yang demikian, maka ia telah mengagungkan nash-nash Qur’an dan Sunnah karena ia mengetahui bahwa apa yang ada di dalamnya itu benar.

Imam Al Barbahari rahimahullah berkata:

واعلم رحمك الله أن الدين إنـما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائـهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئاً يهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه وسلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله

“Ketahuilah saudaraku, semoga Allah merahmatimu, bahwa agama Islam itu datang dari Allah Tabaaraka Wa Ta’ala. Tidak disandarkan pada akal atau pendapat-pendapat seseorang. Janganlah engkau mengikuti sesuatu hanya karena hawa nafsumu. Sehingga akibatnya agamamu terkikis dan akhirnya keluar dari Islam. Engkau tidak memiliki hujjah. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menjelaskan As Sunnah kepada ummatnya, dan juga kepada para sahabatnya. Merekalah (para sahabat) As Sawaadul A’zham. Dan As Sawaadul A’zham itu adalah al haq dan ahlul haq” [2].

Sebelum itu, beliau juga berkata:

والأساس الذي تبني عليه الجماعة وهم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Pondasi dari Al Jama’ah adalah para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Merekalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Barang siapa yang cara beragamanya tidak mengambil dari mereka, akan tersesat dan berbuat bid’ah. Padahal setiap bid’ah itu kesesatan” [3].

Beliau juga berkata:

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : لا عذر لأحد في ضلالة ركبها حسبها هدى ولا في هدى تركه حسبه ضلالة فقد بُينت الأمور وثبتت الحجة وانقطع العذر وذلك أن السنة والجماعة قد أحكما أمر الدين كله وتبين للناس فعلى الناس الإتباع

“Umar bin Al Khattab Radhiallahu’anhu berkata: Tidak ada toleransi bagi seseorang untuk melakukan kesesatan, karena petunjuk telah cukup baginya. Tidaklah seseorang meninggalkan petunjuk agama, kecuali baginya kesesatan. Perkara-perkara agama telah dijelaskan, hujjah sudah ditetapkan, tidak ada lagi toleransi. Karena As Sunnah dan Al Jama’ah telah menetapkan hukum agama seluruhnya serta telah menjelaskannya kepada manusia. Maka bagi manusia hendaknya mengikuti petunjuk mereka” [4].

—

Penerjemah: Yulian Purnama
Artikel Muslim.Or.Id

—

[1] Diringkas oleh syaikh dari kajian kitab Al Minhaj yang diasuh oleh Syaikh Abdullah Al ‘Ubailan. Dan poin-poin ini sudah ma’lum dari pengamatan terhadap manhaj para salafus shalih

[2] Syarhus Sunnah, 1/66.

[3] Syarhus Sunnah, 1/65.

[4] Syarhus Sunnah, 1/66.

Sumber: http://www.almenhaj.net/tawheed/text.php?linkid=7621

Antara Doa Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat

0

Kitab Riyadhus Solihin

114. Ketiga: Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Tidaklah Rasulullah s.a.w. bersembahyang sesuatu shalat setelah turunnya ayat: Idza ja-a nashrullahi walfathu – Apabila telah tiba pertolongan dari Allah dan kemenangan, melainkan dalam shalatnya itu selalu mengucapkan:

Subhanaka rabbana wa bihamdik. Allahummaghfirli – Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu. Ya Allah berilah pengampunan padaku.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat yang tertera dalam kedua kitab shahih – yakni Bukhari dan Muslim, disebutkan dari Aisyah pula demikian:

“Rasulullah s.a.w. itu memperbanyakkan ucapannya dalam ruku’ dan sujudnya iaitu:Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allahummaghf’ir Li – Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan kami dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu. Ya Allah, berikanlah pengampunan padaku,” beliau mengamalkan benar-benar apa-apa yang menjadi isi al-Quran.

Makna: Yata-awwalul Quran ialah mengamalkan apa-apa yang diperintahkan pada beliau itu yang tersebut dalam al-Quran, yakni dalam firman Allah Ta’ala: Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhu,ertinya: Maka maha sucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada TuhanMu dan mohonlah pengampunan kepadaNya.

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Rasulullah s.a.w. itu memperbanyak ucapannya sebelum wafatnya, iaitu: Subhanaka wa bihamdika, astaghfiruka wa atubu ilaik – Maha Suci Engkau dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu, saya mohon pengampunan serta bertaubat kepadaMu.

Aisyah berkata: Saya berkata: “Hai Rasulullah, apakah ertinya kalimat-kalimat yang saya lihat Tuan baru mengucapkannya itu?” Beliau s.a.w. bersabda: “Itu dijadikan sebagai alamat bagiku untuk ummatku, jikalau saya telah melihat alamat tersebut. Itu saya ucapkan apabila telah datang pertolongan dari Allah dan kemenangan.” Beliau membaca surah an-Nashr itu sampai selesai.

Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan:

“Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ucapan: Subhanallah wabihamdih, astaghfirullah wa atubu ilaih – Maha Suci Allah dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaNya, saya mohon pengampunan serta bertaubat kepadaNya.

Aisyah berkata: Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya lihat Tuan selalu memperbanyak ucapan:Subhanallah wa bihamdih, astaghfirullah wa atubu ilaih.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:

“Tuhanku telah memberitahukan kepadaku bahawasanya aku akan melihat sesuatu alamat untuk ummatku. Jikalau saya melihatnya itu, maka aku memperbanyakkan ucapan Subhanallah wa bihamdih astaghfirullah wa atubu ilaih. Kini aku telah melihat alamat tersebut, iaitu jikalau telah datang pertolongan Allah dan kemenangan yakni dengan dibebaskannya kota Makkah. Dan engkau melihat para manusia masuk dalam agama Allah dengan berduyun-duyun. Maka maha sucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhanmu dan mohonlah pengampunan kepadaNya, sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat.”

«114» الثالث: عن عائشة رضي الله عنها، قَالَتْ: مَا صلّى رَسُول الله صلى الله عليه وسلم صلاةً بَعْدَ أنْ نَزَلتْ عَلَيهِ: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} إلا يقول فِيهَا: ((سُبحَانَكَ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية في الصحيحين عنها: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُكْثِرُ أنْ يقُولَ في ركُوعِه وسُجُودهِ: ((سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي))، يَتَأوَّلُ القُرآنَ.
معنى: ((يَتَأَوَّلُ القُرآنَ)) أي يعمل مَا أُمِرَ بِهِ في القرآن في قوله تَعَالَى: {فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ}.
وفي رواية لمسلم: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُكثِرُ أنْ يَقُولَ قَبلَ أنْ يَمُوتَ: {إذا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} … إِلَى آخِرِ السورة.
وفي رواية لَهُ: كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُكثِرُ مِنْ قَولِ: ((سبْحَانَ اللهِ وَبِحَمدِهِ أسْتَغفِرُ اللهَ وأتُوبُ إِلَيْهِ)). قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ، أَراكَ تُكثِرُ مِنْ قَولِ سُبحَانَ اللهِ وَبِحَمدهِ أسْتَغْفِرُ اللهَ وأتُوبُ إِلَيْه؟ فَقَالَ: ((أخبَرَني رَبِّي أنِّي سَأرَى عَلامَةً في أُمَّتي فإذا رَأيْتُها أكْثَرْتُ مِنْ قَولِ: سُبْحَانَ اللهِ وبِحَمدهِ أسْتَغْفرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْه فَقَدْ رَأَيْتُهَا: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} فتح مكّة، {وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللهِ أَفْوَاجًا * فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا})).
في هذا الحديث: مواظبته صلى الله عليه وسلم على التسبيح والتحمد والاستغفار في ركوعه وسجوده، وأشرف أوقاته وأحواله.
وفيه: خضوعه صلى الله عليه وسلم لربه وانطراحه بين يديه، ورؤية التقصير في أداء مقام العبودية، وحق الربوبية.
وفيه: الحث على الازدياد من الخير في أواخر العمر.

Popular

Iklan

Iklan