Utama Blog Halaman 234

Bilik Bicara Bersama Ustaz Huzaifah

0

Oleh Ustaz Huzaifah Hadis:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. insyallah hari ni, kita akan sambung balik kelas yang dah lama tertunda. Sorry banyak-banyak atas penundaan itu.

Kita akan gunakan kitab Hilyah Tolibul Ilmi oleh Syeikh Bakar Abu Zaid.

Bilik Bicara Bersama Ustaz Huzaifah

https://telegram.me/joinchat/A0jOFD2HgGYgev42Kv1ohg

73. Tiada Solat Sunat Sebelum Solat `Id

1

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

73. Tiada solat sunat sebelum solat `Id.

أن النبيَّ صلى الله عليه وسلم خرج يومَ الفطرِ ، فصلى ركعتين ، لم يصل قبلَها ولا بعدَها ، ومعه بلالٌ.
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 989 | خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

“Rasulullah ﷺ keluar untuk solat `Id Al-Fitri, lalu baginda solat 2 raka`at, dan tidak lagi solat sebelumnya atau selepasnya, dan bersamanya Bilal.” – Shahih Al-Bukhari, no. 989.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Ucapan Khas Rektor

0

Cikgu Rahim:

السلام عليكم ورحمة الله

1. Syukur kita dapat jalani ibadat puasa selama sebulan dengan izinNya jua.

2. Selepas ini, kita akan berpuasa 6 hari syawal untuk menuruti sunnah nabi saw.

3. Puasa menuruti sunnah akan menjana insan bertaqwa.

4. Sebaik-baij bekalan adalah taqwa.

5. Taqwa itu di dalam dada. Allah tidak pandang rupa dan harta, tetapi Allah pandang niat dan amal.

6. Pada hari kiamat, tidak ada guna harta dan anak, kecuali orang yang berjumpa Allah membawa sekeping hati yang salim.

7. Setiap orang dari kita perlu merasai pengembaraan rohani untuk bertemu Allah SWT.

8. Hidup ini bukan main-main.

9. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan merugilah orang yang mengotori jiwanya.

10. Ya Allah, Engkau pemaaf dan suka memberi maaf.

Maafkan kami.

@cikgurahim
Uito.org

62. Di manakah Ditunaikan Zakat Fitrah?

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

62. Di manakah ditunaikan zakat fitrah?

فرض رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم زكاة الفطرِ طُهرَةً للصائمِ من اللغوِ والرفثِ وطُعْمَةً للمساكينِ من أدَّاها قبلَ الصلاةِ فهي زكاةٌ مقبولَةٌ ومنْ أدَّاها بعدَ الصلاةِ فهيَ صدقةٌ منَ الصدقاتِ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 1609 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Rasulullah ﷺ mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan perkataan kotor, sekali gus untuk memberi makan kepada orang-orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat `Id, maka itu adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat `Id, maka itu hanya sekadar sedekah. – Sunan Abi Dawud, no. 1609.
* hasan menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

أمرنا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بزكاةِ الفطرِ أن تُؤدَّى قبلَ خروجِ الناسِ إلى الصلاةِ قال فكان ابنُ عمرَ يُؤَدِّيها قبلَ ذلك باليومِ واليومينِ
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 1610 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Rasulullah ﷺ memerintahkan kami untuk menunaikan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar ke tempat solat.” Katanya: “Ibn `Umar menunaikannya seharai atau dua hari sebelum hari `Id.” – Sunan Abi Dawud, no. 1610.
* shahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Bagi individu yang berpegang kepada riwayat Ibn `Abbas (iaitu membayar zakat fitrah sebelum solat `Id), isu di manakah zakat fitrah perlu dibayar tidak akan timbul, kerana di bandar mana sahaja dia merayakan `Id, di situlah tempat dia membayar fitrah.

2. Bagi individu yang berpegang kepada riwayat Ibn `Umar (iaitu membayar zakat fitrah sehari atau 2 hari sebelum `Id), isu ini juga tidak akan timbul sekiranya dia merayakan `Id di bandar tempat dia bekerja (misalnya dia bekerja di Kota Bharu, dan akan merayakan `Id di Kota Bharu).

3. Namun, bagi individu yang bekerja di bandar tertentu tetapi ingin merayakan `Id di kampung halaman (misalnya dia bekerja di Setiu, tetapi akan merayakan `Id di Kota Bharu), isu ini pasti akan timbul. Dan para `ulama’ telah berbeza pendapat dalam masalah ini:

(a) Sebahagian `ulama’ berpendapat zakat fitrah ditunaikan di tempat harta itu berada (di Setiu), sama seperti zakat harta yang perlu dikeluarkan di tempat harta itu berada.

(b) Sebahagian `ulama’ pula berpendapat zakat fitrah ditunaikan di tempat individu tersebut berada bermula pada malam `Id sehingga sebelum solat `Id. Inilah pendapat yang lebih tepat. Alasannya adalah zakat fitrah menjadi wajib kerana tibanya `Id, oleh itu seseorang harus menunaikan zakat fitrah di mana sahaja dia berada ketika masuknya Syawal.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Popular

Iklan

Iklan