Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Hukum mendahulukan puasa 6 daripada qadha’

Hukum mendahulukan puasa 6 daripada qadha’

167
0
Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
 
88. Hukum mendahulukan puasa 6 daripada qadha’.
 
 مَنْ صامَ رمضانَ . ثُمَّ أَتْبَعَهُ ستًّا مِنْ شوَّالٍ . كانَ كصيامِ الدَّهْرِ
الراوي : أبو أيوب الأنصاري | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1164 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seakan-akan dia berpuasa selama setahun.” – Shahih Muslim, no. 1164.
 
= = = = = = = = = =
 
Penjelasan:
 
1. Sebahagian `ulama’ berpendapat tidak boleh mendahulukan puasa 6 Syawal sebelum qadha’ puasa:
 
(a) Maksud hadits Abu Ayyub di atas adalah seseorang harus menyelesaikan qadha’ puasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian berpuasa 6 Syawal. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda “kemudian mengikutinya”, iaitu harus berturutan; memyempurnakan puasa Ramadhan, kemudian berpuasa pada Syawal.
 
(b) Menunaikan amalan wajib adalah lebih utama daripada menunaikan amalan nafilah (tambahan).
 
2. Sebahagian `ulama’ pula membolehkannya:
 
(a) Perbuatan `A’isyah yang hanya mengqadha’ puasanya dalam bulan Sya`ban, sedangkan beliau adalah isteri Rasulullah ﷺ dan tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal.
 
(b) Waktu untuk puasa 6 Syawal (iaitu hanya pada bulan Syawal sahaja) lebih sempit berbanding dengan waktu untuk qadha’ puasa Ramadhan (yang boleh dikerjakan dalam masa setahun).
 
3. Pendapat yang terpilih adalah:
 
(a) Sesiapa yang mampu menyempurnakan qadha’ puasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian berpuasa pula 6 hari di bulan Syawal, ini adalah yang paling afdhal, dan ini juga mengeluarkannya daripada khilaf.
 
(b) Namun, sekiranya dia tidak yakin mampu menyelesaikan puasa 6 Syawal jika dia mendahulukan qadha’ puasa, maka dia boleh mendahulukan puasa 6 Syawal, semoga Allah memberikannya ganjaran sebagaimana yang dijanjikan dalam hadits Abu Ayyub di atas.
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan