Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Tempat mengerjakan solat `Id

Tempat mengerjakan solat `Id

104
0
Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
 
71. Tempat mengerjakan solat `Id.
 
كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يخرجُ يومَ الفطرِ والأضحى إلى المصلى، فأولُ شيءٍ يبدأُ به الصلاةُ، ثم ينصرفُ، فيقومُ مقابلَ الناسِ، والناسُ جلوسٌ على صفوفِهم ، فيعِظُهم ويوصيهم ويأمرُهم
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري 
الصفحة أو الرقم:  956  | خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
“Rasulullah ﷺ keluar pada hari `Id Al-Fitri dan `Id Al-Adha ke tempat solat. Perkara pertama yang baginda lakukan adalah solat. Setelah baginda selesai, baginda berdiri dan menghadap ke arah orang ramai sedangkan mereka masih duduk dalam saf-saf mereka. Baginda menasihati mereka, berwasiat kepada mereka, dan memerintahkan mereka.” Shahih Al-Bukhari, no. 956.
 
= = = = = = = = = =
 
Penjelasan:
 
1. Menurut An-Nawawi, hadits Abu Sa`id Al-Khudri di atas merupakan dalil bahawa solat `Id sebaik-baiknya dilakukan di tanah lapang dan ini lebih afdhal (lebih utama) daripada mengerjakannya di masjid.
 
2. Namun, sekiranya terdapat suatu keuzuran (seperti hujan, angin kencang), maka dibolehkan untuk mengerjakannya di dalam masjid.
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan