Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Hukum bermain mercun.

Hukum bermain mercun.

500
0
Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
 
85. Hukum bermain mercun.
 
1. Sebagaimana yang telah dimaklumi, bermain mercun terlalu banyak mudharatnya kepada umat Islam, antaranya:
 
(a) Membahayakan keselamatan diri dan orang lain, seperti kes-kes putus jari akibat mercun, kebakaran rumah, dan sebagainya.
 
(b) Mengganggu ketenteraman awam, seperti bunyi letupan yang kuat boleh mengganggu anak-anak kecil, orang sakit, orang tua, orang yang sedang beribadah.
 
(c) Menjurus kepada pembaziran, sama ada masa dan harta.
 
2. Namun, sekiranya mercun atau bunga api yang tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu bentuk perayaan.
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan