Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Hukum ucapkan tahniah dan memohon maaf pada Hari ‘Id

Hukum ucapkan tahniah dan memohon maaf pada Hari ‘Id

172
0
Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
 
78. Mengucapkan tahniah ketika bertemu orang lain.
 
كنتُ مع أبي أمامةَ الباهليِّ وغيرِه من أصحابِ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ، فكانوا إذا رجعوا من العيدِ يقولُ بعضُهم لبعضٍ : تقبَّل اللهُ منَّا ومنك
الراوي : محمد بن زياد | المحدث : الإمام أحمد | المصدر : المغني
الصفحة أو الرقم: 3/294 | خلاصة حكم المحدث : إسناده جيد
“Aku (Muhammad bin Ziyad) bersama Abu Umamah Al-Bahiliy dan selainnya daripada sahabat-sahabat Nabi ﷺ, apabila mereka pulang daripada solat `Id, mereka mengucapkan kepada satu sama lain: Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada engkau.” – Al-Mughni, 3/294.
* isnadnya jayyid (baik) menurut Ahmad.
 
كان أصحابُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ إذا التقوْا يومَ العيدِ يقولُ بعضُهم لبعضٍ : تقبل اللهُ منَّا ومنكَ
الراوي : جبير بن نفير (تابعي) | المحدث : ابن حجر العسقلاني | المصدر : فتح الباري لابن حجر
الصفحة أو الرقم: 2/517 | خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن
“Sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ apabila bertemu pada hari `Id, mereka mengucapkan kepada satu sama lain: Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada engkau.” – Fath Al-Bari, 2/517.
* isnadnya hasan menurut Ibn Hajar.
 
= = = = = = = = = =
 
Penjelasan:
 
1. Tiada riwayat yang shahih daripada Nabi ﷺ mengucapkan tahniah kepada kaum muslimin pada hari `Id. Namun, terdapat riwayat daripada para sahabatnya dalam masalah ini. Oleh itu, dibolehkan untuk mengucapkan ucapan tersebut (iaitu ucapan تقبل اللهُ منَّا ومنكَ) ataupun ucapan lain yang semakna dengannya, contohnya: Selamat hari raya.
 
= = = = = = = = = =
79. Tidak boleh mengkhususkan memohon maaf pada hari `Id.
 
من كانت عنده مَظلمةٌ لأخيه فليتحلَّلْه منها ، فإنَّه ليس ثَمَّ دينارٌ ولا درهمٌ ، من قبلِ أن يُؤخَذَ لأخيه من حسناتِه ، فإن لم يكُنْ له حسناتٌ أخذ من سيِّئاتِ أخيه فطُرِحت عليه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6534 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
“Sesiapa yang melakukan kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia meminta halal daripadanya (yakni meminta maaf daripadanya), kerana dinar dan dirham tidak lagi bermanfaat (di hari Qiyamah), sebelum diambil kebaikan yang dilakukannya dan diberikan kepada saudaranya. Sekiranya dia tidak lagi mempunyai kebaikan, akan diambil keburukan saudaranya dan diberikan kepadanya.” – Shahih Al-Bukhari, no. 6534.
 
= = = = = = = = = =
 
Penjelasan:
 
1. Terdapat banyak nas Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menganjurkan kita untuk meminta maaf kepada orang lain. Namun, tiada satu pun yang mengajarkan kita untuk meminta maaf hanya pada hari `Id Al-Fitri, sebagaimana yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia.
 
2. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang hanya sempat bertemu saudara dan rakannya pada musim perayaan `Id Al-Fitri, maka dianjurkan untuk memohon maaf pada saat pertama kali mereka berjumpa (tidak sepatutnya menunggu sehingga tiba hari `Id Al-Fitri).
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan