Utama Blog Halaman 228

Jangan Tertipu!

0

Oleh: Ustaz Abid Muhammad Nur Shakur Annuriyy

Jangan tertipu dengan pakaian Syiah dan Sufiyyah Zanadiqah Batiniyyah. Dengan jubah, serban, suara yang merdu, rentak syaitan, janggut, ibadat, zikir, qasidah, khusyuk dan tangisan ahli bid’ah.

Berkata al-Imam al-Shafi’i

 إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء. ويطير في الهواء فلا تغتروا به، حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة 

Apabila kamu lihat seseorang berjalan di atas air, dan terbang di udara, maka jangan kamu tertipu dengannya hinggalah kamu membentangkan urusannya atas kitab dan sunnah”

Imam Shafi’i telah menamakan kaki gendang, nasyid dan qasidah agama sebagai zanadiqah (puak sesat). Mereka sama sengaja atau tidak meninggalkan al-Kitab dan al-Sunnah.

Terjemahan Ustaz Abu Anas Madani

Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata:

خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن

“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis]

Ulama’ menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:

وما ذكره الشافعي – رضي الله عنه – من أنه من إحداث الزنادقة – فهو كلام إمام خبير بأصول الإسلام؛ فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة…ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع….”.

“Apa yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq….. sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].

Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:

(قَالَ الشَّافِعِيُّ – رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى -): “فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ، وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا، وَالْمَرْأَةُ، لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا؛ وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ، وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ، وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ، وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ، وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا، وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ، وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ، وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ، وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ”. [الأم للشافعي (6/ 226)- الشاملة].

“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)…” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].

Dakwah Rasulullah SAW di Bukit Safa

0

Sejak dari awal lagi di Mekah baginda SAW mengulang-ulang risalah yang sama, dari baginda berseorangan – berjemaah dan sehingga Allah SWT telah menghadiahkan Madinah kepada Rasulallah SAW , risalah / content dakwah baginda SAW adalah Tauhid.

Abu Sufyan RA dalam hadis tersebut telah didakwah oleh Rasulallah SAW dari tahun pertama baginda mendakwah sehinggalah tahun ke dua puluh dakwah baginda SAW, barulah Abu Sufyan (Sakhr) bin Harb bin Umayyah bin Abd Shams bin Abd Manaf memeluk Islam.

 

Siapakah Abu Sufyan ini sehingga beliau dipanggil oleh Raja Rom, yakni pemerintah tertinggi kerajaan Rom, sewaktu beliau di panggil Abu Sufyan adalah ketua bangsa Arab di Mekah.. yakni pada tahun 7H

Abu Sufyan adalah dari Kabilah Qurays Bani Umayyah yang mana di zaman Jahiliyyah mereka adalah pesaing dan musuh utama Bani Hasyim dari segi mahu menguasai kepimpinan dan perdagangan bangsa Quraish.

Umayyah bin Abd Shams memang telah mempunyai hubungan perdagangan yang akrab dengan peniaga Rom, sebelum Rasulallah SAW menerima risalah, Abu Sufyan adalah antara rakan baginda SAW di Mekah.

Semasa semua bangsa Quraish di panggil oleh Rasulallah SAW di bukit Safa, antara yang hadir wakil dari Bani Umayyah adalah Abu Sufyan sendiri.

Mesej Rasulallah SAW dari awal risalah adalah Tiada Ilah selain Allah.

Rasulallah SAW telah dicukupkan dengan akhlak yang terpuji dan peribadi yang baik di kalangan bangsa Arab terutamanya bangsa Quraish. Sepatutnyalah jika dengan akhlaknya bangsa Quraish akan menerima dengan senang apa yang didakwahkan oleh baginda SAW. Tetapi telah berlalu bangsa bangsa yang lalu apabila diseru akan dakwah kepada Allah yang Satu dan tiadalah tuhan selainNya biarpun sesempurna mana penyampainya, akan mendapat pertentangan,

 

Kenapa ? Susah sangatkan pengakuan ini ?Habiskah duit dengan mengaku dan menurut sahaja apa yang disebut..? Hilangkah kuasa dengan mempersaksikan tauhid ?

Allah swt telah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki, di kalangan bani Umayyah di awal dakwah Rasulallah SAW ada yang memeluk İslam dan berhijrah ke Habsyah, antaranya anak Abu Sufyan sendiri yakni Ramlah binti Abu Sufyan RA.

 

Apakah yang menghalang dari Bani Quraish untuk mengucapkan syahadatain .. ?

Syirik? Bisnes? Pengaruh? Kabilah? Adat? Benar, semua itu di simpulkan dengan satu perkataan ‘kepentingan’ atau ‘priority’. Mana yang menjadi priority kita itulah yang di dahulukan.

Suara Tauhid di Bukit Safa

Wahai keluarga terdekat.
Marilah duduk hampir mendekat
Ku khabarkan satu maklumat
ianya tepat lagi bermanfaat

Sembah Dia yang Maha Hebat
Bukan Hubal, Latta, Uzza atau Manat
Mintalah dariNya segala hajat
minta apa sahaja kebaikan dunia akhirat

Wahai rakan rakan dan sahabat
Allah yang Satu tidak berhajat
Bahkan kita faqir tiada qudrat

Wahai İnsan dan Jinniyyat
Dengarlah suara tauhid dari Muhammad (selawat)
Seruan ummat untuk hidayat

Wahai keluarga kerabat terdekat
Allah yang Ahad tidak bersyarikat
Allah yang Ahad dialah As Somaad
Bukit Safa suaramu sampai keramat
tenggelamlah segala syirik dan khurafat.

Ucaplah syahadah Rasulku jamin shafaat
Dakwah ini terbantut dengan celaan Abu Lahab.

“Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin Musa, Telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, Telah menceritakan kepada kami Al A’masy, Telah menceritakan kepada kami Amru bin Murrah, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, radliallahu ‘anhuma, ia berkata;

Ketika turunnya ayat: “”WA ANDZIR ‘ASYIIRATAKAL AQRABIIN WA RAHBATHAKA MINHUMUL MUKHLASHIIN.”” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar hingga naik ke atas bukit Shafa dan menyerukan: “”Wahai sekalian manusia.””

Orang-orang Quraisy pun bertanya, “”Siapakah orang ini?”” akhirnya mereka pun berkumpul kepada beliau. Beliau bersabda: “”Bagaimana pendapat kalian, jika aku mengabarkan bahwa di balik bukit ada pasukan berkuda akan segera keluar (menerkam), apakah kalian akan membenarkanku?””

Mereka menjawab, “”Ya, kami belum pernah mendengar bahwa kamu berdusta.”” Beliau kemudian bersabda: “”Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan bagi kalian bahwa di hadapanku ada adzab yang sangat pedih.””

Maka Abu Lahab pun berkata, “”Celaka kamu wahai Muhammad. Apakah hanya lantaran ini kamu mengumpulkan kami?”” Setelah itu, ia langsung beranjak, dan turunlah firman Allah, “”TABBAT YADAA ABIY LAHABIW WATAB.”” Hari itu, Al A’masy membacanya: “”WA QAD TABBAT (sungguh, ia memang telah celaka).”””

Betapa hebatnya Rasulallah SAW menyampaikan agama.. inilah kehebatan Muhammad SAW.

Mengikut Ahli Sirah Dakwah di Bukit Safa ini terjadi pada tahun ke 2 kenabian, manakala İslamnya Hamzah dan Umar pada tahun ke 3 atau ke 4.

“Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Hushain bin Numair, dari Hushain bin Abdurrahman, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, radliallahu ‘anhuma dia berkata;

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui kami lalu beliau bersabda:

“Telah ditampakkan kepadaku umat-umat, maka aku melihat seorang Nabi lewat bersama satu orang, seorang Nabi bersama dua orang saja, seorang Nabi bersama sekelompok orang dan seorang Nabi tanpa seorang pun bersamanya.

Lalu tiba-tiba ditampakkan kepadaku kumpulan manusia yang banyak memenuhi ufuk, aku berharap mereka adalah ummatku, namun dikatakan padaku; ‘Ini adalah Musa dan kaumnya, lalu di katakanya pula kepadaku; “”Tapi lihatlah di ujung sebelah sana.

Ternyata aku melihat ada sekumpulan orang yang sangat banyak, kemudian dikatakan lagi padaku; ‘Lihat juga yang sebelah sana.’

Ternyata aku juga melihat ada sekumpulan orang yang sangat banyak lagi, lalu dikatakan padaku; ‘Ini adalah umatmu, dan bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk surga tanpa hisab.””

Setelah itu orang-orang bubar dan belum sempat ada penjelasan kepada mereka, sehingga para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam saling membicarakan hal itu, mereka berkata; ”

“Adapun kita dilahirkan dalam kesyirikan akan tetapi kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mungkin mereka adalah para anak cucu kita.”” Lantas peristiwa tersebut sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: “”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak pernah bertathayur (menganggap sial sesuatu hingga tidak jadi beramal), tidak pernah meminta untuk diruqyah dan tidak mau menggunakan Kay (pengobatan dengan besi panas), dan kepada Tuhan merekalah mereka bertawakkal.””

Lalu Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata; “”Apakah aku termasuk di antara mereka, wahai Rasulullah?”” Beliau menjawab: “Ya.” Kemudian yang lainnya berdiri lalu bertanya; “Apakah aku juga termasuk di antara mereka?”

Beliau menjawab: “Ukasyah telah mendahuluimu dalam hal ini.”

 

Tanda Kiamat : Masjid Menjadi Tempat Persinggahan

0

Panel: THTL al-Jazani توان حسن

🔴Tanda Kecil Kiamat 65/131: Mesjid Menjadi Tempat Persinggahan

(اتخاذ المساجد طرقا)

Kata-kata Ibn Mas’ood ra:

وأخرجه الطيالسي بلفظ: “إن من أشراط الساعة أن تُتَّخَذ المساجد طُرقاً

“Sesungguhnya salah satu tanda kiamat adalah bila masjid-masjid dianggap sebagai jalanan” HR Tayalisi, dinilai dhaif oleh al-Albani
penguat:

لا تتخذوا المساجد طرقا ، إلا لذكر أو صلاة ) رواه الطبراني في ” المعجم الكبير ” (12/314) ، وفي ” المعجم الأوسط ” (1/14) .
قال الشيخ الألباني رحمه الله : ” هذا سند حسن . رجاله كلهم ثقات ” انتهى .
” السلسلة الصحيحة ” (1001) .

Dari Ibn Umar, Nabi saw bersabda,” Jangan kamu jadikan mesjid tempat singgahan kecuali utk berzikir dan shalat.” HR Tabrani, Mu’jam al-Kabir dan Awsath, dinilai hasan oleh al-Albani, silsilah alsahihah, no 1001.

Syarah:
Akhir zaman, mesjid menjadi pakej pelancongan, rest area atau tempat RnR ketika kembara dan tidak lagi dimakmurkan. Sudah tiba di zaman kita mesjidnya cantik tersergam dengan kos pembinaan berjuta juta. Namun, manusia menjadikan ia sebagai tempat pelancongan agama, tempat singgahan, laluan dan berbangga-bangga dengan seni binanya. Antaranya mesjid Aya Sofia di Turki, TajMahal di India, Mesjid Baitu Rahman di Acheh, dll

Maaf nk tnye.apa hukum melawat Taj Mahal?

Nourel Chinta:
masjid berdekatan dgn TajMahal

THTL al-Jazani توان حسن:
Tak boleh musafir ke mesjid yang dibina kerana kubur

Tapi untuk apresiasi senibena ok

Soalan:
Kalau setakat melawat saja tengok-tengok tempat tak pa la?

THTL al-Jazani توان حسن:
Ok
Niat merubah hukum

Soalan:
Sheikh THTL nak tanya. Ada kawan-kawan di Mesir kata kalau berada di sana tak digalakkan melawat pyramid sebab depa kata tu kubur Firaun. Alasan sebab Firaun seorang yang sombong pada Allah. Apa pendapat Sheikh?

THTL al-Jazani توان حسن:
Boleh untuk melihat orang zalim dengan menangis

Gagasan Al-Quran : Makna Kejayaan

0

Hari ini kita akan membincangkan Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan.

Kejayaan yang diajar oleh al- Qur’an adalah kejayaan yang benar dan pasti. Manakala kejayaan yang disangkakan manusia di dunia ini adalah kejayaan yang palsu. Akibatnya, manusia akhirnya keletihan dek gelojoh mengejar fatamorgana. [24:39]

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya. [An-Nur :39]

Antara jalan beroleh kejayaan itu ialah menjauhi hal yang sia-sia. [23:3]

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [Al-Mukminun: 3]

 

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hal yang sia-sia itu?

Yang tidak mendatangkan pahala. Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ».

PERTAMA : Ilmu yang tidak bermanfaat

 

Soalan: Apakah kesan ilmu pada diri seseorang?

Khashyah (35:28)

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.[Al-Fatir:28]

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

Mendalami al-Qur’an [2:78]

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.[Al-Baqarah:78]

Tidak mengetahui akan al-Qur’an selain daripada bertaklid kepada penerangan-penerangan yang tidak didasarkan kepada dalil.

Menjadikan Rasul sebagai ikutan [33:21]

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[Al-Ahzab:21]

Berubah (29:26)

۞ فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ ۘ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: “Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.[Al-Ankabut:26]

“Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Mendidik ahli keluarga [39:15]

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

“(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)”. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”[Az-Zumar:15]

“Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, ahli keluarga dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat kelak.”

Melakukan islah. [11:88]

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.[Hud:88]

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

Berkorban [9:111]

۞ إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[At-Taubah:111]

Sabar [46:35]

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulil-Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik – derhaka.[Al-Ahqaf:35]

Istiqamah [41:30]

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.[Al-Fussilat:30]

Inilah kesan ilmu yang bermanfaat. Itulah sebab Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – juga mengajarkan kita supaya berdoa:

اللهم إني أسألك علما نافعا

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

 

Soalan: Apakah kecacatan yang timbul pada amalan seseorang disebabkan ilmu yang salah?

Syirik [62:5]

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.[Al-Jumu’ah:5]

 

Soalan: Dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Siapakah kaum yang zalim?

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.[Luqman:13]

“Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

PERHATIAN: Perbuatan tidak mengambil peduli KitabulLah dan membiarkan diri tidak memahaminya boleh membawa kepada syirik. [7:40-41]

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.[Al-A’raf:40]

لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).[Al-A’raf:41]

Bid’ah [57:27]

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka.[Al-Hadid:27]

Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Sesiapa yg melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada perintah kami, maka amalannya itu tertolak.

Syirik itu mencacatkan tawhid, manakala bid’ah itu mencacatkan amalan. Akibatnya segala amalan yang dibuat di dunia atas sangkaan mendatangkan pahala, di akhirat kelak tiada gunanya dan menjadi debu-debu yang berterbangan. [25:23]

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.[Al-Furqan:23]

 

KEDUA : Doa yang tidak diterima

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.[Al-A’raf:40]

Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit = tidak diperkenankan doa dan tidak diterima amalannya

 

KETIGA: Hati yang keras

Hati menjadi keras kerana syaitan sudah berjaya memperdayakan mereka sehingga mereka memandang amalan mereka yang buruk itu sebagai baik. [6:43]

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.[Al-An’am:43]

Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ».

 

KEEMPAT: Jiwa yang tidak pernah puas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)[At-Takathur:1]

حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur.[At-Takathur:2]

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)![At-Takathur:3]

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [At-Takathur:4]

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).[At-Takathur:5]

لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ

(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.[At-Takathur:6]

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ

Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)![At-Takathur:7]

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)![At-Takathur:8]

Ingatlah, ketamakan kepada dunia mengundang bahaya yang cukup besar. [9:55]

فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).[At-Taubah:55]

Kesimpulan: Antara jalan beroleh kejayaan itu ialah menjauhi hal yang sia-sia. [23:3] Antara yang perlu dijauhi ialah ilmu yang tidak bermanfaat, doa yang tidak didengar, hati yang tidak mahu tunduk patuh dan nafsu yang tidak pernah puas dengan dunia ini. Semoga perbincangan ini bermanfaat buat diri saya dan jua tuan puan sekalian.

 

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين، اللهم اهدنا صراطك المستقيم.

Abdullah Bin Ubai Bin Sahlul Sebelum Islam

0

Panel: Abu Qais
Antara situasi atau perkembangan politik di Madinah ada keadaan kepimpinan dan pengaruh Yahudi, sehinggakan disebut Abdullah bin Ubai bin Salul al Aufi seorang yang berdarah arab dan yahudi di sebelah ibunya, hampir hampir dilantik sebagai Ketua atau Raja Madinah

Maka wujud satu puak yang menyokong kepimpinan Abdullah bin Ubai ini di Madinah.

Sebagai seorang yang bijak dalam siasah Abdullah bin Ubai mengikut tindakan purata penduduk arab Madinah yang memeluk İslam, disamping beliau bersama sama dengan Yahudi dalam hal hal siasah.

Seperti mana Yahudi akan mencari cari keburukan nabi Muhammad SAW bagi menjatuhkan kredibiliti baginda SAW, ianya telah menjadi perangai Yahudi suka mencari cari keburukan.. sehingga disebutkan dalam sahih Al Bukhari bagaimana dahulu Bani İsrail mencari cari keburukan dan aib Nabi Musa, sehingga mereka menyebut kecacatan kemaluan Nabi Musa AS, nauzubillahimin zalik

Diantara kebijaksanaan dan sunnah Rasulallah SAW dalam hal berinteraksi dengan mereka yang masuk İslam kerana kepentingan politik dan kepentingan peribadi, ditunjukkan kepada kita bagaimana selama 9 tahun Rasulallah SAW berurusan dengan Abdullah bin Ubai.

Mainan politik Abdullah bin Ubay

“Telah bercerita kepada kami Muhammad, telah mengabarkan kepada kami Makhlad bin Yazid, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bin Dinar, bahwa dia mendengar Jabir radliallahu ‘anhu berkata; “”Kami pernah berperang bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika itu orang-orang Kaum Muhajirin sudah bergabung dan jumlah mereka semakin banyak. Di antara Kaum Muhajirin itu ada seorang laki- laki yang pandai memainkan senjata lalu dia memukul belakang seorang shahabat Anshar sehingga menjadikan orang Anshar ini sangat marah, lalu dia berseru seraya berkata; “”Wahai Kaum Anshar””. Laki-laki Muhajirin tadi menimpali dan berseru pula; “”Wahai Kaum Muhajirin””. Akhirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam datang dan bersabda: “”Mengapa seruan-seruan kaum jahiliyah masih saja terus dipertahankan? ‘. Kemudian beliau bertanya; “”Apa yang terjadi dengan mereka?””. Lalu beliau diberitahu bahwa ada seorang shahabat Muhajirin yang memukul belakang seorang shahabat Anshar. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Tinggalkanlah seruan itu karena hal semacam itu tercela (buruk) “”.

Setelah itu ‘Abdullah bin Ubbay bin Salul berkata; “”Apakah mereka (Kaum Muhajirin) tengah mengumpulkan kekuatan untuk melawan kami?. Seandainya kita kembali ke Madinah maka orang yang kuat pasti akan mengusir orang yang hina”” (Allah Subhaanahu wa Ta’ala mengabadikan perkataannya ini dalam QS al-Munafiqun ayat 8). Spontan’Umar berkata; “”Tidak sebaiknyakah kita bunuh saja orang tercela ini, wahai Rasulullah!”” Yang dimaksudnya adalah ‘Abdullah bin Ubay bin Salul. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Tidak, agar orang-orang tidak berdalih bahwa dia (Muhammad) membunuh shahabatnya’.”

İni terjadi setelah tamat perang Khaibar tahun ke 7H

“Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair, telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihab, dari ‘Urwah, bahwa Usamah bin Zaid, mengabarkan kepadanya bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengendarai keledai milik beliau, diatasnya ada pelana bersulam beludru Fadaki, sementara Usamah bin Zaid membonceng di belakang beliau ketika hendak menjenguk Sa’ad bin ‘Ubadah sebelum peristiwa Badar,

lalu beliau berjalan dan sempat melintasi suatu majlis yang di majlis tersebut terdapat Abdullah bin Ubay bin Salul, kejadian itu sebelum Abdullah masuk Islam, dan dalam majlis tersebut terdapat pula beberapa orang kaum Muslimin yang bercampur baur dengan orang-orang musyrik, para penyembah patung, dan orang-orang Yahudi, terdapat pula Abdullah bin Rawahah, saat majlis itu dipenuhi kepulan debu keledai, ‘Abdullah bin Ubai menutupi hidungnya dengan selendang sambil berkata: “”Jangan mengepuli kami dengan debu, “” kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan salam pada mereka lalu berhenti dan turun, setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengajak mereka menuju Allah lalu beliau membacakan al-Qur’an kepada mereka. ‘Abdullah bin Ubay berkata kepada beliau: “”Wahai saudara! Sesungguhnya apa yang kamu katakan tidak ada kebaikannya sedikit pun, bila apa yang kau katakan itu benar, maka janganlah kamu mengganggu kami di majlis ini, silahkan kembali ke kendaraan anda, lalu siapa saja dari kami mendatangi anda, silahkan anda bercerita padanya.”” ‘Abdullah bin Rawahah berkata; “”Wahai Rasulullah, bergabunglah dengan kami di majlis ini karena kami menyukai hal itu.”” Kaum muslimin, orang-orang musyrik dan orang-orang Yahudi pun saling mencaci hingga mereka hendak saling menyerang, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam terus menenangkan mereka hingga mereka semuanya diam, kemudian beliau naik kendaraan hingga masuk ke kediaman Sa’d bin ‘Ubadah lalu beliau bersabda: “”Hai Sa’d! Apa kau tidak mendengar ucapan Abu Hubab?”” maksud beliau tentang ucapan ‘Abdullah bin Ubay. Sa’ad berkata; “”Maafkan dia wahai Rasulullah dan berlapang dadalah kepadanya, demi Allah, Allah telah memberi anda apa yang telah diberikan pada anda. Penduduk telaga ini (penduduk Madinah -red) bersepakat untuk memilihnya dan mengangkatnya, namun karena kebenaran yang diberikan kepada anda itu muncul, sehingga menghalangi ia menjabat sebagai pemimpin, maka seperti itulah perbuatannya sebagaimana yang anda lihat.”””

Hadis sebelum İslamnya Abdullah bin Ubai bin Salul

Hadis riwayat Al Bukhari dalam sahihnya

S8: Siapakah Yang Perlu Tarbiyah Golongan Islam Warisan

0

Panel: THTL Al-Jazani

WACANA UITO: Islam Anutan VS Islam Warisan

 

Soalan 8:

Individu atau kumpulan manakah yang patut bertanggungjawab untuk memperbetulkan “Islam Warisan”? Dan individu atau kumpulan sasar manakah yang patut diperbetulkan terlebih dahulu agar tiada lagi “Islam Warisan”?

Islam Warisan adalah mainstream. Secara warisan Islam diwarisi secara trinitas:

Akidah Asyairah Sifat 20, feqahnya syafi’iyah dan tasawwufnya adalah al-Ghazali.

Pintu ijtihad ditutup, tidak boleh orang awam mencari dalil, pindah mazhab dan diwajibkan taqlid. Doktrin ini dipaksakan ke atas orang awam dan mereka tiada pilihan kerana cengkaman institusi warisan keatas mereka melalui istana dan majlis agama dan adat istiadat melayu.

Imam Muhammad Abdul Wahab pada abad ke12 hijrah menghadapi dilemma yang berat untuk merubah islam warisan di Arab Saudi sekarang/hejaz. Akhirnya dakwah salaf dia gagal, dia diusir dari kampungnya hingga dia bergabung dengan kuasa politik Hijaz.

Siapa yang bertanggungjawab? semua yang terkesan dengan dakwah salafiyah bertanggungjawab memurnikan agama, dalilnya:

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa Diantara kamu yang murtad dari agamanya (dari Islam), maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lembut terhadap orang-orang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela …”. (Al-Maaidah : 54).

Hadith:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang karena perintah Allah. Mereka dimenangkan Allah atas musuh mereka. Tidak memberi mudharat kepada mereka orang-orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu.” (HR Muslim)

Hadith 149: Apakah hak Allah, hak badan dan hak keluarga

0

Panel: Cikgu Rahim

149. Dari Abu Juhaifah yaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: “Nabi s.a.w. mempersaudarakan antara Salman dan Abuddarda’ -maksudnya keduanya disuruh berjanji untuk berlaku sebagai saudara.” Salman pada suatu ketika berziarah ke Abuddarda’, ia melihat Ummud Darda’ – isteri Abuddarda’ – mengenakan pakaian yang serba kusut – yakni tidak berhias samasekali, Salman bertanya padanya: “Mengapa saudari berkeadaan sedemikian ini?” Wanita itu menjawab: “Saudaramu yaitu Abuddarda’ itu sudah tidak ada hajatnya lagi pada keduniaan – maksudnya: Sudah meninggalkan keduniaan, baik terhadap wanita atau lain-lain.”

Dalam riwayat Addaraquthni lafaz Fiddunyaa,diganti dengan lafaz Fi nisaid dunyaa, artinya tidak ada hajatnya lagi pada kaum wanita di dunia ini. Sementara itu dalam riwayat Ibnu Khuzaimah ditambah pula dengan kata-kata Yashuumun nahaar wa yaquumullail, artinya: Ia berpuasa pada siang harinya dan terus bersembah – yang pada malam harinya.”

Abuddarda’ lalu datang, kemudian ia membuatkan makanan untuk Salman. Setelah selesai Abuddarda’ berkata kepada Salman:

“Makanlah, karena saya berpuasa.” Salman menjawab: “Saya tidak akan suka makan, sehingga engkaupun suka pula makan.”

Abuddarda’ lalu makan.

Setelah malam tiba, Abuddarda’ mulai bangun. Salman berkata kepadanya: “Tidurlah!” Ia tidur lagi. Tidak lama kemudian bangun lagi dan Salman berkata pula: “Tidurlah!” Kemudian setelah tiba Akhir malam, Salman lalu berkata pada Abuddarda’: “Bangunlah sekarang!” Keduanya terus bersembahyang. Selanjutnya Salman lalu berkata:

“Sesungguhnya untuk Tuhanmu itu ada hak atas dirimu, untuk dirimu sendiri juga ada hak atasmu, untuk keluargamupun ada hak atasmu. Maka berikanlah kepada setiap yang berhak itu akan haknya masing-masing.”

Abuddarda’ – paginya –  mendatangi  Nabi  s.a.w.  kemudian menyebutkan peristiwa semalam itu, lalu Nabi s.a.w. bersabda:

“Salman benar ucapannya.” (Riwayat Bukhari)

Penerangan:

Dengan berdasarkan Hadis di atas, maka syariat Agama Islam memerintahkan kepada kaum Musiimin agar antara seorang dengan yang lainnya bersikap sebagaimana orang-orang yang bersaudara dan semata-mata bukan karena ini atau itu, tetapi hanya untuk mengharapkan keridhaan Tuhan, juga memerintahkan agar saling kunjung-mengunjungi karena Allah, demikian pula bermalam di rumah saudara seagamanya karena Allah pula.

Di samping itu syariat membolehkan seseorang lelaki bercakap-cakap dengan wanita lain yang bukan mahramnya yakni ajnabiyah, bilamana betul-betul ada keperluan yang penting untuk berbuat sedemikian itu.

Selain itu dalam Hadis itu pula terdapat anjuran yang sungguh-sungguh agar antara seorang muslim dengan muslim lainnya, hendaknya gemar nasihat-menasihati dengan cara yang baik, mengingatkan siapa yang lupa dan lalai melaksanakan perintah Allah dan ada pula anjuran untuk gemar mengerjakan shalat malam (shalatuilail) dan lain-lain lagi.

«149» وعن أبي جُحَيْفَة وَهْب بنِ عبد اللهِ رضي الله عنه قَالَ: آخَى النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبي الدَّرْداءِ، فَزارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرداءِ فَرَأى أُمَّ الدَّرداءِ مُتَبَذِّلَةً، فَقَالَ: مَا شَأنُكِ؟ قَالَتْ: أخُوكَ أَبُو الدَّردَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ في الدُّنْيَا، فَجاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا، فَقَالَ لَهُ: كُلْ فَإِنِّي صَائِمٌ، قَالَ: مَا أنا بِآكِلٍ حَتَّى تَأكُلَ فأكل، فَلَمَّا كَانَ اللَّيلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّردَاءِ يَقُومُ فَقَالَ لَهُ: نَمْ، فنام، ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ لَهُ: نَمْ. فَلَمَّا كَانَ من آخِر اللَّيلِ قَالَ سَلْمَانُ: قُم الآن، فَصَلَّيَا جَمِيعًا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ: إنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِنَفْسِكَ عَلَيكَ حَقًّا، وَلأَهْلِكَ عَلَيكَ حَقًّا، فَأعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ، فَأَتَى النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: ((صَدَقَ سَلْمَانُ)). رواه البخاري.
في هذا الحديث: مشروعية المؤاخاة في الله، وزيارة الإخوان، والمبيت عندهم، وجواز مخاطبة الأجنبية للحاجة، والنصح للمسلم، وتنبيه من غفل، وفضل قيام آخر الليل، وجواز النهي عن المستحبات إذا خشي أنَّ ذلك يفضي إلى السآمة والملل، وتفويت الحقوق المطلوبة، وكراهية الحمل على النفس في العبادة، وجواز الفطر من صوم التطوع للحاجة والمصلحة.

Hadits 76: Selepas Bercumbu, Terus Solat Tanpa Perbaharui Wudhuk

0

Panel: Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadits 76

ِوَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى اَلصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ ) أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَضَعَّفَهُ اَلْبُخَارِيّ

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم mencium sesetengah isteri-isterinya, setelah itu dia keluar untuk menunaikan solat tanpa berwudhu (baru).
Diriwayatkan oleh Ahmad dan dinilai lemah oleh Bukhari

Darjat Hadis,

Hadis ini Sohih disohih oleh al Albani, Ahmad Syakir,al Arnauth dan lain-lain.
Sebahagian ulama hadis mendhaifkan hadis ini. Ini kerana didalamnya ada perawi Ibrahim at Taimi meriwayatkan dari Aisyah, dan dia tidak mendengar dari Aisyah. Dan satu jalur lagi riwayat Habib bin Abi Tsabit dari Urwah bin az Zubair, Habib tidak mendengar dari Urwah.
Riwayat ini ada riwayat Mutaabi’ mengukuhkannya. Mutaabi’ nya seperti riwayat al Daarqatni dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya. Sila rujuk Musnad Ahmad ulasan tahqiq oleh Syuaib al Arnauth.

Penerangan

1. Hadis ini dalil secara zahirnya menunjukkan bahawa menyentuh perempuan dengan ciuman atau sebarang sentuhan kulit tidak membatalkan wudhu’.

2. Khilaf ulama tentang makna أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ dalam Al Quran, firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
an Nisa’ 4:43

Ada berpendapat لَامَسْتُمُ dengan maksud sentuhan tangan atau sentuhan kulit ke kulit. Dan ada berpendapat لَامَسْتُمُ dengan maksud kiasan bagi makna bersetubuh.

Dalam masalah hukum menyentuh perempuan batal wudhu atau tidak, ada tiga pendapat;

Pertama: terbatal wudhu secara mutlak samada sentuhan dengan syahwat atau tanpa syahwat. Pendapat ini beranggapan bahawa hadis di atas adalah dhaif, sebab itu mereka mengatakan batal wudhu kerana zahir makna Al Quran di atas.

Kedua: Tidak batal wudhu secara mutlak samada sentuhan dengan syahwat atau tanpa syahwat. Pendapat ini berdalilkan hadis di atas. Kerana, walaupun zahir hadis di atas dhaif tapi ia punyai jalur-jalur lain yang mengukuhkannya. Ini seperti huraian darjat hadis di atas.

Ketiga: Batal wudhu jika menyentuh perempuan dengan syahwat. Manakala jika sentuh tanpa syahwat, maka tidak batal wudhu’. Pendapat ini berdalilkan perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم pernah mencuit kaki Aisyah ketika solat malam dan hadis di atas. Kedua-dua keadaan sentuhan dari hadis-hadis itu menunjukkan bahawa sentuhan tanpa syahwat, dalilnya kerana Nabi صلى الله عليه وسلم teruskan solat tanpa wudhu baru. Jika dengan syahwat sudah tentu Nabi selesaikan hajatnya dulu. Dan jawapan lain antaranya maksud لَامَسْتُمُ itu sendiri dari kalimah bab ملامسة yang bermaksud saling sentuh satu sama lain. Dan makna ini menunjukkan bahawa melakukan mukaddimah jima’ serta menunjukkan bahawa naik syahwat nafsu dan sudah tentu boleh terkeluar air mazi. Manakala jika maknanya adalah bentuk kiasan bagi jimak maka lebih jelas maknanya ke arah naik nafsu syahwat, kerana jimak sudah tentu wajib mandi dan terbatal wudhu. Dan tanda bagi naik syahwat ialah ketika sentuhan hingga menyebabkan terkeluar mazi maka itu lah bukti naik syahwat. Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan kedua-dua makna hadis dan Al Quran. Bahkan dapat diamalkan kedua-dua sudut pandangan.

Habis di sini ulasan hadis..

Ada soalan boleh tanya.

Soalan:
🔴 Khilaf berkenaan batalnya wuduk pabila bersentuhan antara lelaki dengan wanita…
Apa pandangan peribadi ustaz berkenaan bab nim…
Batal @ tidak?

Jawapan:
Seperti pendapat ketiga..

Kematian Pada Akhir Zaman

0

~Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1437H~

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu…”
[Surah al-Jumu’ah 8]

#Pasti, setiap yang hidup akan berjumpa dengan mati. Yang nak mati pun akan mati. Yang tak mau mati pun akan mati juga. Pelbagai cara dan sebab terjadinya kematian di akhir zaman.

#Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra., Nabi saw bersabda:

“Di antara tanda-tanda (dekatnya) hari Kiamat adalah banyak terjadi kematian mendadak” (HR at-Thabrani dalam al-Ausath)

#Untuk pengetahuan kita semua, kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sangat tinggi. Kemalangan jalan raya menjadi punca kematian utama dalam kalangan berusia 15 hingga 29 tahun di seluruh dunia.

#Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 1.25 juta orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia pada setiap tahun dengan Afrika mendahului sebagai benua yang memiliki jalan raya yang paling berbahaya.

#Hampir separuh daripada korban kemalangan jalan raya terdiri daripada pejalan kaki dan penunggang motosikal.

#Bagaimanapun keadaan mati seseorang itu bergantung pada amalannya. Jika dia soleh, nescaya bahagia bakal menjadi miliknya walaupun berkecai jasadnya dijalanraya. Namun jika dia ahli maksiat dan seorang penentang perintah Allah, kesengsaraan bakal ditempuhinya walau mati di atas katil tanpa sebarang luka dibadan.

♡Malang tidak berbau. Ajal maut di tangan Tuhan. Namun, kelalaian adalah berpunca daripada kita sebagai insan yang lemah. Mohonlah keselamatan daripadaNya. Semoga kita meninggal dalam keadaan baik (dijauhi musibah kemalangan) dan soleh♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Bahagianya Luka’ Bin Luka’: Tanda Kiamat Ke 64

0

Panel: THTL al-jazani توان حسن

Tanda Kiamat Kecil 64/131

Orang Paling Bahagia Di Akhir Zaman Ialah Luka’ bin Luka’

(أن يصبح أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع )

Kosa kata “Luka’ bin Luka'” ni adalah orang yang hina dina, bangsat, buruk akhlak, jelik, pelaku maksiat, rendah moral, melambangkan kebodohan dan orang pada usia muda.

Dalil hadith #1:

فعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تذهب الأيام والليالي حتى يكون أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع

Terjemahan: Dari Anas, sabda Nabi saw:
“Siang dan malam tidak akan berlalu sehingga orang yang paling bahgia di dunia ialah Luka’bin Luka’.” HR Tabrani
tahqiq: sahih albani dalam sahihul Jaami’ no 7431
صحيح الجامع”(7431)

Hadith #2:

يوشك أن يغلب على الدنيا لكع بن لكع
رواه أحمد 22543 وصححه الألباني في السلسلة 1505

“Akan tiba masanya dunia didominasi oleh Luka’ bin Luka’ (HR Ahmad, sahih, albani, silsilah al-sahihah, 1505)

Hadith #3 :

لا تذهب الدنيا حتى تصير للكع بن لكع.
رواه البزار وقال الهيثمي : رواه أحمد والبزار ورجال أحمد رجال الصحيح غير كامل بن العلاء وهو ثقة

Dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda:
” Tidak akan berlalunya dunia setelah ia dikuasai oleh Luka’ bin Luka’. (HR al-Bazzar, Ahmad, di nilai sahih oleh al-Haithami sanadnya.)

Syarah:
Akhir dunia akan dikuasai oleh puak atau parti Luka’ bin Luka’. golongan yang bodoh dan tak ada ilmu. Golongan Luka’ ni menguasai ekonomi, politik dan maklumat. Maka mereka mengatur urusan hidup manusia dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira halal dan haram. WA

Popular

Iklan

Iklan