Panel: THTL al-Jazani توان حسن
🔴Tanda Kecil Kiamat 65/131: Mesjid Menjadi Tempat Persinggahan
(اتخاذ المساجد طرقا)
Kata-kata Ibn Mas’ood ra:
وأخرجه الطيالسي بلفظ: “إن من أشراط الساعة أن تُتَّخَذ المساجد طُرقاً
“Sesungguhnya salah satu tanda kiamat adalah bila masjid-masjid dianggap sebagai jalanan” HR Tayalisi, dinilai dhaif oleh al-Albani
penguat:
لا تتخذوا المساجد طرقا ، إلا لذكر أو صلاة ) رواه الطبراني في ” المعجم الكبير ” (12/314) ، وفي ” المعجم الأوسط ” (1/14) .
قال الشيخ الألباني رحمه الله : ” هذا سند حسن . رجاله كلهم ثقات ” انتهى .
” السلسلة الصحيحة ” (1001) .
Dari Ibn Umar, Nabi saw bersabda,” Jangan kamu jadikan mesjid tempat singgahan kecuali utk berzikir dan shalat.” HR Tabrani, Mu’jam al-Kabir dan Awsath, dinilai hasan oleh al-Albani, silsilah alsahihah, no 1001.
Syarah:
Akhir zaman, mesjid menjadi pakej pelancongan, rest area atau tempat RnR ketika kembara dan tidak lagi dimakmurkan. Sudah tiba di zaman kita mesjidnya cantik tersergam dengan kos pembinaan berjuta juta. Namun, manusia menjadikan ia sebagai tempat pelancongan agama, tempat singgahan, laluan dan berbangga-bangga dengan seni binanya. Antaranya mesjid Aya Sofia di Turki, TajMahal di India, Mesjid Baitu Rahman di Acheh, dll
Maaf nk tnye.apa hukum melawat Taj Mahal?
Nourel Chinta:
masjid berdekatan dgn TajMahal
THTL al-Jazani توان حسن:
Tak boleh musafir ke mesjid yang dibina kerana kubur
Tapi untuk apresiasi senibena ok
Soalan:
Kalau setakat melawat saja tengok-tengok tempat tak pa la?
THTL al-Jazani توان حسن:
Ok
Niat merubah hukum
Soalan:
Sheikh THTL nak tanya. Ada kawan-kawan di Mesir kata kalau berada di sana tak digalakkan melawat pyramid sebab depa kata tu kubur Firaun. Alasan sebab Firaun seorang yang sombong pada Allah. Apa pendapat Sheikh?
THTL al-Jazani توان حسن:
Boleh untuk melihat orang zalim dengan menangis