Utama Tazkirah Admin Jangan Tertipu!

Jangan Tertipu!

497
0
Iklan

Oleh: Ustaz Abid Muhammad Nur Shakur Annuriyy

Jangan tertipu dengan pakaian Syiah dan Sufiyyah Zanadiqah Batiniyyah. Dengan jubah, serban, suara yang merdu, rentak syaitan, janggut, ibadat, zikir, qasidah, khusyuk dan tangisan ahli bid’ah.

Berkata al-Imam al-Shafi’i

 إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء. ويطير في الهواء فلا تغتروا به، حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة 

Apabila kamu lihat seseorang berjalan di atas air, dan terbang di udara, maka jangan kamu tertipu dengannya hinggalah kamu membentangkan urusannya atas kitab dan sunnah”

Imam Shafi’i telah menamakan kaki gendang, nasyid dan qasidah agama sebagai zanadiqah (puak sesat). Mereka sama sengaja atau tidak meninggalkan al-Kitab dan al-Sunnah.

Terjemahan Ustaz Abu Anas Madani

Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata:

خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن

“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis]

Ulama’ menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:

وما ذكره الشافعي – رضي الله عنه – من أنه من إحداث الزنادقة – فهو كلام إمام خبير بأصول الإسلام؛ فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة…ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع….”.

“Apa yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq….. sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].

Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:

(قَالَ الشَّافِعِيُّ – رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى -): “فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ، وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا، وَالْمَرْأَةُ، لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا؛ وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ، وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ، وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ، وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ، وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا، وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ، وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ، وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ، وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ”. [الأم للشافعي (6/ 226)- الشاملة].

“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)…” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].

Komen dan Soalan