Utama Blog Halaman 227

TKK 77/131: Merebaknya Zina Yang Dilakukan Secara Terbuka (ظهور الفاحشة والمجاهر بها)

0

Petanda seterusnya ialah merebaknya seks bebas (zina) dan  ia dilakukan secara terbuka, terang-terangan.

Dalil hadith:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,

” tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita.”

(Muttafaq alaih, Bukhari no 79)

ليَكوننَّ مِن أمَّتي قومٌ يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخمرَ والمعازفَ

الراوي : أبو عامر أو أبو مالك الأشعري | المحدث : ابن الصلاح | المصدر : الباعث الحثيث

الصفحة أو الرقم: 1/124 | خلاصة حكم المحدث : ثابت

Dari Abu Malik al-‘Asy’ary ra bahawa Nabi saw bersabda,

” akan muncul dari ummatku golongan yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik.”

(Ibn Solah, al-Ba’ith, 1:124, thabit dari hadith Bukhari)

Syarah Dr Muhammad al-Mubayyadh,

الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة

1. Merebaknya seks bebas/zina kerana perundangan manusia tidak menghukum zina sebagaimana hudud, atau hukumannya tidak keras. Bila perundangan syariah diketepikan atau hukumannya diringankan, maka zina akan berleluasa.

2. Wujudnya kerjaya pekerja seks atau sexual worker atau industry seks, bahkan industri seks adalah kerjaya tertua di dunia. Banyak negara Islam sendiri menghalalkan industry seks secara halus atau paling ketara membenarkan industri hiburan berkembang tanpa kawalan.

Maka kesimpulan, ia sudah ketara sekarang akan merebaknya zina dan gejala bohsia, dan buang bayi sering sekali dipaparkan di kaca media.

TKK 75 & 76: Banyaknya kaum Wanita, Sedikitnya Lelaki (كثرة النساء- و قلة الرجال)

0

Dalil hadith:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,

” tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita.”

(Muttafaq alaih, Bukhari no 79)

 

Syarah:

Khilaf akan dua tanda ini, statistik bilangan gender, 1:50 yakni satu lelaki menyamai 50 perempuan. Ia belum berlaku kata Imam Nawawi kerana ia merujuk kepada statistik akhir zaman yang terjadi banyak peperangan (syarah Muslim, 4:118 dan Imam In Hajar al-Fath, 9:243

 

Namun, menurut dua Imam ini, di zaman dulu pun pernah terjadi, ketika Islam menakluk kawasan yang luas, di mana ramai lelaki di bunuh dan perempuan mereka menjadi hamba sahaya dan satu tentera Islam dapat menguasai sejumlah perempuan.

Begitu juga pada perang dunia 1 dan 2, di mana di Eropah memang statistik kaum wanita lebih ramai kerana lelaki terbunuh dengan jumlah yang besar kerana kerahan tenaga.

Ia juga boleh difahami secara maknawi, dimana rosaknya kaum lelaki sehingga sulitnya kaum wanita ingin mencari lelaki sebagai teman hidupnya.

 

Rumusan:

Pendapat Imam nawawi dan Imam Ibn Hajar, yang paling rajih atau kuat ialah ia berlaku di akhir zaman, di mana akan berlaku banyak perang dan ramai lelaki akan terbunuh.

WaLlahua’lam

TKK 74/131: Kerapnya Gempa Bumi (كثرة الزلازل)

0

Tanda kecil seterusnya ialah banyaknya gempa bumi atau earthquake secara menyeluruh di seluruh dunia dan kesan darinya berupa tsunami dan kemusnahan besar nyawa dan hartabenda. Zaman kita sekarang menyaksikan jumlah gempa lebih banyak dan kerap. Yang paling dahsyat ialah tsunami acheh 2004.

Dalil hadiith:

عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«أمتي أمتة مرحومة لا عذاب عليها في الآخرة جعل الله عذابها في الدنيا القتل والزلازل والفتن> HR Ahmad dan al-Haakim

Terj: Hadith Abu Musa al-Asya’ary ra
” Ummatku adalah umat yang dikasihi Allah, tidak di azab ke atasnya di Akhirat cuma azab di dunia berupa pembunuhan, gempabumi dan fitnah.”

(HR Ahmad dan al-Hakim yang mensahihkannya)

tahqiq:

و قال الحاكم : ” صحيح الإسناد ” ! و وافقه الذهبي !
و قال الحافظ ابن حجر في ” بذل الماعون ” ( 54 / 2 ) : ” سنده حسن

Kata al-Hakim, isnadnya sahih, di setujui oleh az-Zahabi, dihasankan sanadnya oleh Ibn Hajar.

Disebalik pembunuhan dan pembantaian umat Islam, terkena musibah gempa dan fitnah yang berterusan ke atas umat Islam, ia ada rahmat yang besar merupakan azab dan pengampunan di dunia dan mereka tidak di azab di akhirat. Contoh terbaru kes kren tumbang di Mekah, 100 jiwa melayang dan ratusan cedera, mereka mendapat syahid akhirat.

Hadith kedua:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى يقبض العلم وتكثر الزلازل

Jalur Abu Hurayrah ra:
“Tidak terjadi Kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu dan banyaknya berlaku gempa bumi.”

حدثنا أبو اليمان قال أخبرنا شعيب قال أخبرنا أبو الزناد عن عبد الرحمن الأعرج عن أبي هريرة قال

(HR Bukhari no 989)

 

Syarah:

Kata al-Arifi (Asyrat as-Sa’ah), gempa juga merupakan azab kepada manusia, atau hukuman ke atas manusia kerana banyaknya kerosakan dan maksiat yang mereka lakukan.

Hadith ke 3:

Jalur Abdullah bin Hawalah al-Azdy ra:

وعن عبد الله بن حوالة الأزدي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يا ابن حوالة إذا رأيت الخلافة نزلت الأرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام والساعة يؤمئذ أقرب من يدي هذه من رأسك>

(HR Abu Dawud)

Nabi saw bersabda,

” Wahai Ibn Hawalah, jika engkau lihat khilafah muncul di bumi muqadassah (yang disucikan, Baitul Maqdis, Madinah atau Mekah), maka akan banyaklah gempa, pelbagai bala bencana, dan pelbagai fitnah yang dahsyat, saat itu hari Kiamat lebih dekat kemunculannya daripada jari aku dengan kepala dikau.”

(HR Abu Daud, no 2518, bab Jihad, Ahmad, no 22548. dinilai sahih oleh albani, sahih al-jaami’ no 7838)

Rumusan:

Semakin hampir kiamat, tiga serangkai semakin kerap, gempa, bencana alam dan fitnah. 

WaLlahua’lam

Rujukan:

1. نهاية العالم Nihayah al-Alam, syaikh abdul Rahman al-Arifi, KSA

2. الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة

الدكتور: محمد أحمد المبيض alMausoo’ah fi fitan wal malaahim, Dr Muhd Ahmad al-Mubayyadh, Egypt

TKK 73/131: Manusia (muslim saling tidak kenal mengenal (وقوع التناكر بين الناس )

0

Dalil hadith:

فعن حذيقة بن اليمان رضي الله عنه قال:سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الساعة ؟فقال:«علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ولكن سأخبركم بمشارطها وما يكون بين يديها :أن بين يديها فتنة وهرجا »قالوا :يا رسول الله الفتنة قد عرفناها فالهرج ما هو ؟قال:«بلسان الحبشة القتل ويلقى بين الناس التناكر فلا يكاد أحد يعرف أحد>

الراوي : حذيفة بن اليمان | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائ

الصفحة أو الرقم: 7/312 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح

Terj:
Dari Hudzaifah ra, bahawa Nabi saw bersabda: ” Ilmu tentang berlakunya Kiamat hanya pada sisi Tuhanku, waktu terjadinya hanya pada-Nya, namun aku ingin memberitahu akan petanda dan apa yang mendatang. Menjelang Kiamat kelak ada fitnah dan haraj. Mereka bertanya,” fitnah memang kami dah tahu, tapi haraj itu apa?” Jawab baginda,” itu loghat Habsyah, maksudnya pembunuhan dan permusuhan sesama manusia sehingga seolah-olah mereka tidak pernah mengenali satu sama lain.”

(HR Ahmad, di nilai sahih sanadnya oleh al-Haithami, Majma’ 7:312)

Syarah:

Ini tanda yang sedang terjadi, banyaknya fitnah dan haraj (pembunuhan dan permusuhan). Fitnah politik mendominasi kehidupan manusia dengan wujudnya banyak parti dan NGO. Haraj pula banyaknya pembunuhan kejam dan permusuhan. Hari ini kawan, esok dan jadi lawan. Dulu satu partai, sekarang dan keluar partai.

Manusia khususnya muslim tidak lagi kenal mengenal, mereka hanya kenal nickname dalam Facebook, Twitter, Telegram dan Whatapps sahaja. Bersahabat di alam siber dan tidak pernah bertemu di alam nyata. Persahabatan yang rapuh ini adalah petanda kecil Kiamat, sedangkan zaman salaf, mereka benar-benar bersatu di atas dasar keimanan dan mereka merasai kemanisan bersahabat dan bersaudara yang sebenarnya. Semua itu hanya tinggal sejarah sahaja.

TKK 72: Merebaknya Pembohongan ( أشراط الساعة كثرة الكذب)

0

Dalil hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تظهر الفتن ويكثر الكذب وتتقارب الأسواق

Dari jalur Abu Hurayra ra:
bahawa Nabi RasuluLlah saw bersabda,” Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan dekatnya Mall”
HR Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani, al-sahihah, no 2772, Mustafa Adawi, sahih al-Musnad no 272. (رواه أحمد وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2772)

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«يكون في آخر الزمان دجالون كذابون يأتونكم بالأحاديث بما لم تسمعوا أنتم و لا آباؤكم فإياكم وإياهم لا يضلونكم ولا يفتنونكم >

Juga dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda,” Muncul di akhir zaman akan para pendusta membawa berita kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya dan datuk nenek moyang kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka niscaya mereka tidak mampu menyesatkan dan mendatangkan kerusakan kepada kalian.”

(HR Muslim no 11 (islamweb))

عن جابر بن سمرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«إن بين يدي الساعة كذابين فاحذروهم>

Dari Jabir bin Samurah ra, Nabi saw bersabda,” sebelum Kiamat akan muncul para pendusta, maka waspadailah mereka”

(HR Muslim)

Syarah:

Ia berlaku di zaman kita, dengan wujudnya media sosial, maka pendustaan berleluasa menyebarkan semua jenis berita khususnya berita politik. Maka kita kena sentiasa waspada dan ingat peringatan Allah dalam surah Hujurat 49:06.

Kita tidak bersyubahat menjadi mata rantai kepada penyebaran berita palsu melalui FB, Twitter, WA dan Telegram. Dalam keghairahan manusia ingin menjadi whistle blower, mereka tidak sedar mereka menjadi penyebar pendustaan.

TKK 71/131: Mimpi si Mukmin menjadi Benar ( صدق رؤيا المؤمن)

0

Dalil Hadith:

<إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المسلم تكذب وأصدقكم رؤيا أصدقكم حديثا ورؤيا المسلم جزء من خمس وأربعين جزءا من النبوة والرؤيا ثلاث :فالرؤيا الصالحة بشرى من الله ورؤيا تحزين من الشيطان ورؤيا مما يحدث المرء نفسه فإن رأى أحدكم ما يكره فليقم ولينفل ولا يحدث بها أحد من الناس وأحب القيد من النوم أكره الغل القيد ثبات الدين> رواة أحمد مسام وأبو داود والترمذي من حديث أبي هريرة

Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw bersabda;

“Bila zaman sudah semakin pendek (hampir Kiamat), mimpi orang mukmin tidak lagi dusta.Mimpi mereka yang paling benar ialah yang paling benar kata-katanya. Mimpi si muslim pula adalah 1/46 dari kenabian. (ketahuilajh) mimpi itu ada tiga jenis: mimpi dari Allah dalam bentuk berita gembira, mimpi ngeri dari setan dan mimpi mainan akal seseorang. Andaikata salah seorang kalian bermimpi sesuatu yang menakutkan dia, hendaklah dia meludah dan merahsiakannya. Aku suka ikatan dalam tidur dan aku benci akan pengkhianatan, ikatan itu adalah teguh dalam agama.”

(HR Ahmad, Muslim Abu Daud dan Termidzi. Sahih Muslim # 2263 cetakan syarah Nawawi.)

 

Syarah:

1.Mimpi ada tiga jenis, mimpi yang baik dari Allah dalam bentuk berita gembira. Mimpi dari setan berupa kesedihan dan ketakutan dan mimpi mainan akal manusia.

2. Maksud Mimpi adalah 1/46 kenabian adalah kerana mimpi juga adalah perantaran wahyu dari Allah kepada para Nabi saw. Maksudnya ada ketika Allah berkomunikasi dengan para Nabi melalui mimpi, maka sebab itu mimpi menjadi 1/46 kenabian.

3. Akhir zaman, oleh kerana sudah lama terputusnya wahyu, maka  kebanyakan mimpi orang mukmin menjadi benar, untuk memberi hiburan dan berita gembira kepada orang yang beriman.

 

Syarah Ibn Hajar asqolani:

1. Mimpi si mukmin akhir zaman adalah jelas dan tidak perlu kepada ta’bir atau takwil.

2. Mimpi di akhir zaman adalah benar kerana orang mukmin ketika itu asing dan dagang. Mereka menjadi terasing dan minoriti dan sedikit penolong. Maka mimpi akan meneguhkan orang mukmin dalam menghadapi kepayahan dan tribulaso zaman yang rosak. (al-Fath, 19:451).

TKK 70/131: Manusia saling bertolakan untuk dijadikan Imam (sholat) ( تدافع الناس عن الإمامة في الصلاة)

0

Tanda Kiamat kecil juga ialah akan tiba masanya, masjid tidak ada Imam yang layak, sehingga manusia ketika itu saling menolak kedepan antara mereka. Ini kerana manusia dilanda kejahilan dan tidak ada lagi para qari. Kita merasakan ia masih belum berlaku pada masa ini. Namun, petandanya sudah ada, ditakdirkan Imam 1 dan Imam 2 tidak datang masjid, maka ketika itu manusia akan saling bertolakan untuk menjadi Imam.

Dalil hadith

فعن سلامة بنت الحر-رضي الله عنها -أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«إن من أشراط الساعة :أن يتدافع أهل المسجد الإمامة فلا يجدون إماما يصلي بهم >عون المعبود بشرح سنن أبي داود ج2 ص 289 كتاب الصلاة – باب في كراهية التدافع عن الإمامة.

Dari jalur Salaamah binti al-Hurr, bahawa Nabi saw bersabda,” antara petanda dekatnya Kiamat ialah ahli qaryah saling bertolakan untuk dijadikan Imam kerana tidak ada yang mampu.”

(HR Abu Daud, aun al-Ma’bud, 2:289
tahqiq hadith: dinilai hasan oleh Ibn Hajar al-Asqolani)

وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال:«يأتي على الناس زمان يجتمعون فيه ويصلون في المسجد وليس فيهم مؤمن >

رواة الحاكم وقال:«صحيح الإسناد من شرط الشيخين ولم يخرجهما»ووافقة الذهبي في تلخيصة

Dari Ibn mas’ood,
“Akan datang suatu masa, di mana manusia berkumpul di mesjid untuk bershalat, tapi tak ada di kalangan mereka Imam yang mukmin.”

(HR al-Hakim, sahih, disepakati az-Zahabi)

Syarah:

Di Saudi Arabia, ia tidak berlaku lagi kerana pada mushalla yang tidak ada Imam tetap, ada saja Imam yang muncul dan bacaan penduduk di saudi masih baik. Ini kerana tradisi di Saudi yang masih mempertahankan sistem pengajian AQ, maka tidak ada ketandusan qari dan imam sholat. Namun di negara bukan arab, masalah nak jadi Imam solat adalah suatu yang sudah berlaku. Maka tanda kiamat kecil ialah susahnya mencari Imam solat kerana rata-rata umat Islam sudah jahil, dan meninggalkan kelas-kelas pengajian A-Quran dan Hadith.

WaLlahua’lam

Penjajah (Kuffar) Bersekutu Menganyang Umat Islam: Siri Tanda Kiamat

0

Panel: THTL al-Jazani توان حسن

TKK 69/131: Penjajah (kuffar) Bersekutu Menganyang Umat Islam

( تداعي الأمم علي الأمة الإسلامية)

Dalil hadith:

عن ثوبان رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها»فقال قائل :من قلة نجن يومئذ؟قال:«بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن في قلوبكم الوهن» قيل وما الوهن يا رسول الله ؟ قال: « حب الدنيا وكراهية الموت >
حديث صحيح رواه أبو داود وأحمد وصححه الألباني في الصحيحة برقم(958)

Dari Tsauban ra bahawa Nabi saw bersabda,” akan tiba masanya, hampir semua (kuasa besar imprealis) bersekutu untuk menguasai kalian laksana sekumpulan manusia lapar mendatangani talam makanan. Lalu ditanya,” apakah kami ketika itu berjumlah sedikit? Nabi menjawab, tidak, bahkan jumlah kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih ombak di lautan. Dan sungguh-sungguh Allah akan mencabut rasa gentar di hati musuh-musuh kalian, kemudian Allah benar-benar akan melemparkan wahn ke dalam hati-hati kalian,” Maka seseorang berkata : “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Rasulullah menjawab : “Cinta dunia dan benci pada kematian. (HR Ahmad dan Abu Daud, no 4276, disahihkan al-Albani, al-sahihah, no 958, Mustafa Adawi, al-sahih al-musnad, no 381)

Syarah:
Selama 7 abad umat Islam gah dipersada dunia sebagai superpower, namun pada abad ke 7, umat Islam telah goyah dan diserang oleh bangsa Tartar, kemudian berlanjutan hingga perang dunia, di mana kuasa besar seperti Italia, Britain, Perancis dan Germany menyerbu empayar Islam dan menjajah sebahagian besar tanah umat Islam dan membahagi-bahagikan laksana mereka berebut makanan dalam talam. Tanda ini telah zahir di hadapan kita, di mana buat masa ini kita amat lemah walaupun berjumlah 1.4 bilion umat. Kita laksana buih banjir, OIC tidak dapat melindungi umat Islam bila dijajah oleh USA dan Israel. Kita memiliki kuantiti, sedangkan negara Israel dengan penduduk cuma 12 juta memiliki kualiti. Kita juga menghadapi masalah dalaman umat yang parah hingga menyebabkan rasa gerun umat yang lain telah hilang, mereka tidak lagi rasa takut kepada umat Islam. WA

Antara Sifat Insan Berilmu

0

▪ Mujahid bin Jabr rahimahullah berkata:

“Tidak akan dapat mempelajari ilmu bagi orang yang malu dan sombong”
[Fath al-Bari, jld 1 228]

▪ Masruq rahimahullah berkata:

“Cukuplah bagi seseorang itu dianggap berilmu jika dia takutkan Allah. Dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil jika dia merasa kagum dengan ilmunya sendiri”.
[Al-‘Ilm oleh Zuhair bin Harb (9)]

Apakah Itu Talaqqi, Khilaf, Ijma’ Dan Mujtahid?

0

Panel: Ustaz Azlizan Nueq

Dalam mazhab Malik, kalau sentuh dengan bernafsu, baru batal (Wudhuk).

Benar, mazhab syafie ketat dalam hal ini. Tapi dari segi dalil yang sampai kepada kita, sentuh lelaki dan perempuan walau bukan mahram tidak membatalkan wuduk.

Tapi haram sentuh, tetap haram. Kena bezakan hukum. Contohnya, lelaki pakai emas adalah haram. Tapi kalau pakai emas dalam solat, solat tetap sah. Allahu a’lam

Boleh sahaja pegang pendapat yang mengatakan sentuh lelaki perempuan batal wuduk. Kalau sentuh atau tersentuh, ambil semula wuduk 👍. Kerana ada dalil juga untuk pendapat ini. Dan keluar dari khilaf.

S1: Khilaf tu apa makna nya?

Perbezaan pendapat.

S2: Kalau ada beza pendapat, kita boleh ambil antara dua yang berbeza ke?

Kita sebagai manusia yang boleh mengkaji dan menilai hujah dan dalil, kena berusaha untuk memilih manakah pendapat dan hujah yang kuat berdasarkan dalil yang ada.
Tapi dalam masa yang sama, kalau ada yang berlainan pendapat dengan kita, kita terima dan jangan salahkan dia. Asalkan ada dalil.
Kerana untuk khilaf pun, kedua duanya kena ada dalil. Tapi pemahaman dalil berbeza antara satu sama lain. Dari dalil yang sama, boleh keluar beberapa pendapat.

Boleh fahamkah dengan penerangan ringkas ini?

S3: Atau sekejap kita guna pendapat pertama, sekejap kita guna pendapat kedua

J3: Kita pilih pendapat yang kuat. Tapi pegangan kita mungkin berubah dari masa ke semasa.

Ini biasa berlaku. Ulama pun ada bertukar pilihan mereka.

S4: Jadi asalkan kita tahu kenapa kita buat tu bersandarkan dalil, so kita boleh buat dan amal la, ini fahaman sy, correct me if I’m wrong

J4: Ini sudah memudahkan sangat. Kita pilih pendapat yang kuat hasil dari usaha kita mendapatkan fahaman.

Tapi kalau kita tahu ada pendapat yang lain, kita tidak cepat menuduh orang lain.

Sebagai contoh, kalau kita tidak amalkan qunut, tidaklah kita menghukum orang lain sebagai pengamal bidaah pula kalau mengamalkan qunut. Kita senang berlapang dada.

S5: Ok dalam situasi ni, boleh tak saya ambil macam ni, sekiranya saya tersentuh isteri sendiri, saya ambil whuduk balik sebelum solat, tapi bila saya tersentuh isteri sendiri sebelum tido, saya tak ambil whuduk dan saya masih beranggap saya ni dalam keadaan masih berwhuduk

J5: Pilih satu dan stick to it.

S6: Boleh kah saya pilih macam ni, saya pilih sekiranya bersentuh dengan isteri tak batal whuduk, tapi dalam hati ni berkata saya pilih macam ni pasal benda ni menyenangkan saya?

J6: Tidak. Kita bukan pilihan sesuatu pendapat ikut senang atau tidak.

Kita pilih ikut dalil dan hujah. Kalau pilih ikut senang, maka itu bukanlah caranya.

S7: Ok boleh tak situasi macam ni, saya pilih sentuh isteri tak batal because saya ada dengar kawan cakap, ada satu kisah nabi cium dahi Aishah ra lalu mengerjakan solat tanpa ambil whuduk baru, so bagi saya, saya ada dalil sentuh isteri tak batal whuduk

J7: Boleh. Ini dalil.

S8: So saya kena tahu lah kisah tu betul atau tidak, barulah saya boleh jadikan ianya dalil yang betul dan saya boleh pakai, janji dalil tu betul, betul ke pahaman saya ni?

J8: Benar. Begitulah usaha utk mencapai pendapat yang betul.

S9: Yang tak tahu sekarang, ijma’ dan dalil-dalil tafsili. Maaf banyak bertanya.

J9: Ijma adalah apabila sepakat semua ulama Mujtahid dalam sesuatu hukum agama.

Khilaf : Perbezaan pendapat.

Tafsili bermaksud khusus. Ada dalil khusus untuk sesuatu hukum.

Mujtahid adalah ulama yang layak buat ijtihad. Ijtihad pula adalah usaha untuk mencapai sesuatu hukum.

Tidak mengapa rasanya, kalau nak belajar, kami yang ada sedikit sebanyak ilmu ini sanggup membantu.

Istilah bahasa arab memang agak mengelirukan bagi pelajar baru. Lama lama boleh faham. Asalkan ada usaha.

Bacaan sebagai tambahan maklumat. Tetap kena pergi talaqqi di kelas pengajian.

Ada barokah apabila ke kelas pengajian. Boleh bertanya terus kalau tidak faham. Penjelasan secara lisan kadangkala lebih memberi kefahaman.

S10: Talaqqi tu apa?

Kelas di depan guru. Belajar di hadapan guru

S11: Sekiranya saya tengok live streaming tu dikira talaqqi ke?

Tidak pada saya. Kerana talaqqi dari laqiya, berjumpa. Tidak berani nak kata barokah sama macam ke kelas live.

Cuma kalau ada kekangan apa-apa, boleh lah sebagai alternatif.

S12: Adakah perbualan saya dengan Azlizan nueq ni dikira talaqqi juga? Pasal saya tak tahu saya tanya dan dia pun jawab

J12: Tidak. Ini bukan kelas. Ini sebagai penjelasan sahaja.

Apabila dalam kelas, penjelasan lebih teratur. Persoalan yang kita sedang lakukan ini adalah untuk menjelaskan mana-mana yang kurang faham setelah belajar di kelas pengajian. Tidak sama. Kerana takut ada kurang faham. Macam kata pepatah : Half a knowledge is very dangerous.

Popular

Iklan

Iklan