Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadits 76: Selepas Bercumbu, Terus Solat Tanpa Perbaharui Wudhuk

Hadits 76: Selepas Bercumbu, Terus Solat Tanpa Perbaharui Wudhuk

358
0
Iklan

Panel: Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadits 76

ِوَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى اَلصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ ) أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَضَعَّفَهُ اَلْبُخَارِيّ

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم mencium sesetengah isteri-isterinya, setelah itu dia keluar untuk menunaikan solat tanpa berwudhu (baru).
Diriwayatkan oleh Ahmad dan dinilai lemah oleh Bukhari

Darjat Hadis,

Hadis ini Sohih disohih oleh al Albani, Ahmad Syakir,al Arnauth dan lain-lain.
Sebahagian ulama hadis mendhaifkan hadis ini. Ini kerana didalamnya ada perawi Ibrahim at Taimi meriwayatkan dari Aisyah, dan dia tidak mendengar dari Aisyah. Dan satu jalur lagi riwayat Habib bin Abi Tsabit dari Urwah bin az Zubair, Habib tidak mendengar dari Urwah.
Riwayat ini ada riwayat Mutaabi’ mengukuhkannya. Mutaabi’ nya seperti riwayat al Daarqatni dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya. Sila rujuk Musnad Ahmad ulasan tahqiq oleh Syuaib al Arnauth.

Penerangan

1. Hadis ini dalil secara zahirnya menunjukkan bahawa menyentuh perempuan dengan ciuman atau sebarang sentuhan kulit tidak membatalkan wudhu’.

2. Khilaf ulama tentang makna أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ dalam Al Quran, firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
an Nisa’ 4:43

Ada berpendapat لَامَسْتُمُ dengan maksud sentuhan tangan atau sentuhan kulit ke kulit. Dan ada berpendapat لَامَسْتُمُ dengan maksud kiasan bagi makna bersetubuh.

Dalam masalah hukum menyentuh perempuan batal wudhu atau tidak, ada tiga pendapat;

Pertama: terbatal wudhu secara mutlak samada sentuhan dengan syahwat atau tanpa syahwat. Pendapat ini beranggapan bahawa hadis di atas adalah dhaif, sebab itu mereka mengatakan batal wudhu kerana zahir makna Al Quran di atas.

Kedua: Tidak batal wudhu secara mutlak samada sentuhan dengan syahwat atau tanpa syahwat. Pendapat ini berdalilkan hadis di atas. Kerana, walaupun zahir hadis di atas dhaif tapi ia punyai jalur-jalur lain yang mengukuhkannya. Ini seperti huraian darjat hadis di atas.

Ketiga: Batal wudhu jika menyentuh perempuan dengan syahwat. Manakala jika sentuh tanpa syahwat, maka tidak batal wudhu’. Pendapat ini berdalilkan perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم pernah mencuit kaki Aisyah ketika solat malam dan hadis di atas. Kedua-dua keadaan sentuhan dari hadis-hadis itu menunjukkan bahawa sentuhan tanpa syahwat, dalilnya kerana Nabi صلى الله عليه وسلم teruskan solat tanpa wudhu baru. Jika dengan syahwat sudah tentu Nabi selesaikan hajatnya dulu. Dan jawapan lain antaranya maksud لَامَسْتُمُ itu sendiri dari kalimah bab ملامسة yang bermaksud saling sentuh satu sama lain. Dan makna ini menunjukkan bahawa melakukan mukaddimah jima’ serta menunjukkan bahawa naik syahwat nafsu dan sudah tentu boleh terkeluar air mazi. Manakala jika maknanya adalah bentuk kiasan bagi jimak maka lebih jelas maknanya ke arah naik nafsu syahwat, kerana jimak sudah tentu wajib mandi dan terbatal wudhu. Dan tanda bagi naik syahwat ialah ketika sentuhan hingga menyebabkan terkeluar mazi maka itu lah bukti naik syahwat. Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan kedua-dua makna hadis dan Al Quran. Bahkan dapat diamalkan kedua-dua sudut pandangan.

Habis di sini ulasan hadis..

Ada soalan boleh tanya.

Soalan:
🔴 Khilaf berkenaan batalnya wuduk pabila bersentuhan antara lelaki dengan wanita…
Apa pandangan peribadi ustaz berkenaan bab nim…
Batal @ tidak?

Jawapan:
Seperti pendapat ketiga..

Komen dan Soalan