Utama Blog Halaman 170

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-52 hingga Ke-54

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-52

Dalam ayat ini, Allah SWT sambung penerangan tentang يَومَ يَقومُ الأَشهادُ.dalam ayat sebelum ini.

ومَ لا يَنفَعُ الظّالِمينَ مَعذِرَتُهُم ۖ وَلَهُمُ اللَّعنَةُ وَلَهُم سوءُ الدّارِ

“(Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal”.

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ الظَّالِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ

Hari yang tidak ada manfaat lagi bagi orang-orang zalim dalihan-dalihan mereka.

Dalam ayat ini, orang-orang zalim yang dimaksudkan adalah orang yang melakukan syirik. Di dalam Al-Quran, yang zalim itu tidak bermakna melakukan syirik sahaja ia bermakna juga orang yang telah melakukan dosa yang banyak.

Jadi, ada dua makna perkataan ‘zalim’ yang Allah SWT hendak dalam Al-Quran. Oleh kerana Surah Ghafir ini adalah surah Makkiah, dan ia adalah surah yang memperkatakan tentang aqidah, jadi makna ‘zalim’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang melakukan syirik.

Apa sahaja alasan yang mereka ingin berikan, apa sahaja rekaan mereka hendak guna untuk jawab kepada Allah SWT, tidak ada gunanya lagi. Alasan yang mereka akan beri nanti adalah alasan buat-buat sahaja kerana alasan yang sebenarnya tidak ada. Tidak akan diterima daripada mereka lagi.

Mungkin mereka hendak kata mereka sibuk sampai tidak boleh belajar. Ini adalah alasan yang selalu digunakan oleh manusia apabila mereka diajak untuk belajar agama terutama sekali tafsir Al-Quran. Mereka tidak nampak kepentingan belajar tafsir Al-Quran dan belajar tentang Tauhid, sampaikan mereka jahil tentang Tauhid dan mereka mati dalam fahaman syirik.

Atau apa-apa sahaja alasan mereka tidakkan laku waktu itu. Masa di dunia bolehlah mereka hendak berhujah itu dan ini (contohnya ramai orang buat, ada dalam kitab, benda baik apa salahnya dan macam-macam lagi). Tetapi di hadapan Allah SWT, tidak laku alasan apa pun.

وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ

Dan bagi mereka laknat daripada Allah SWT.

Sepanjang masa mereka akan mendapat laknat itu. Maknanya tidak akan dapat rahmat untuk keluar dari neraka. Tidak ada belas kasihan untuk mereka dari sesiapa sahaja. Ini adalah untuk orang yang telah melakukan syirik.

وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ

Dan bagi mereka tempat tinggal yang paling buruk sekali,

Iaitu neraka. Mereka akan kekal di dalamnya.

Tafsir Ayat Ke-53

Ini adalah ayat Dalil Naqli kepada Dakwa surah dalam ayat ke-14. Allah SWT hendak memberitahu kita bahawa bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang seru tauhid dalam berdoa. Nabi Musa a.s pun buat yang sama juga. Ini disebut kerana Musyrikin Mekah kata apa yang Nabi Muhammad SAW bawa itu adalah benda yang baru. Jadi, Allah SWT beritahu yang ia bukan benda baru pun. Nabi-Nabi dahulu pun cakap benda yang sama juga.

وَلَقَد آتَينا موسَى الهُدىٰ وَأَورَثنا بَني إِسرائيلَ الكِتابَ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat”,

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْهُدَىٰ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Musa itu, petunjuk.

Iaitu kitab Taurat. Dalam Kitab Taurat itu juga ada ajaran Tauhid.

وَأَوْرَثْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ

Dan kami wariskan kitab itu kepada Bani Israil.

Bani Israil mewarisi Kitab Taurat itu dari Nabi Musa a.s. Macam kita juga, mewarisi Al-Quran dari Nabi Muhammad SAW.

Jadi dalam kitab Taurat itu ada petunjuk. Begitu juga dalam Al-Quran, ada petunjuk kepada umat Islam bagi sesiapa yang hendak belajar. Iaitu mereka yang hendak kembali cari jalan benar. Yang ada dalam hati mereka, niat ikhlas untuk mencari jalan yang lurus.

Tafsir Ayat Ke-54

Petunjuk dan peringatan dari kitab tersebut hanya boleh diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Orang yang tidak berakal sempurna tidak berupaya hendak terima ajaran dari Al-Quran.

هُدًى وَذِكرىٰ لِأُولِي الأَلبابِ

Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.

هُدًى

Sebagai hidayah petunjuk

Ilmu dalam Taurat sudah cukup untuk digunakan sebagai petunjuk. Sama juga dengan Al-Quran. Al-Quran sudah cukup sebenarnya kerana semua perkara tentang Tauhid sudah dijelaskan. Ia cukup kepada mereka yang cari petunjuk dalam agama.

وَذِكرىٰ

dan peringatan

Taurat dan juga Al-Quran menjadi satu peringatan yang boleh beri faedah kalau diamalkan. Ia mengingatkan perkara yang kita selalu terlupa.

Oleh kerana itulah kita kena selalu mengaji dan membaca Al-Quran untuk mengingatkan kita. Kita kena sedar yang Syaitan akan selalu berusaha untuk melupakan kita kepada agama, maka kena selalu baca Al-Quran dan selalu muzakarah.

Muzakarah itu dapat mengingatkan kita kepada perkara-perkara yang kita mungkin terlepas pandang. Kalau kita seorang sahaja, mungkin kita terlupa dengan perkara-perkara itu.

لِأُولِي الأَلبابِ

bagi orang-orang yang berakal waras.

Taurat dan Al-Quran itu sudah cukup untuk digunakan sebagai panduan kepada seluruh manusia tetapi yang menerimanya hanyalah mereka yang memiliki fikiran yang waras dalam agama, iaitu golongan Ulul Albab.

Siapakah Ulul Albab ini? Allah SWT telah jelaskan ciri-ciri mereka dalam surah Ali Imran. Secara ringkasnya, mereka itu adalah orang yang berfikir tentang dunia membawa kepada akhirat. Bukanlah maksudnya mereka itu orang yang pandai dalam hal keduniaan sebab orang kafir lagi pandai dari kita berkenaan hal dunia tetapi mereka memikirkan dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Mereka golongan yang hendak tahu kebenaran dan kalau ada keinginan dalam diri mereka, Allah SWT akan bantu dengan berikan jalan itu.

Semoga kita termasuk dalam golongan Ulul Albab ini. Aameen.

 

Allahu a’lam.

Berinteraksi Dengan Group ASWJ

0

Berinteraksi Dengan Group ASWJ

Ada orang masukkan Ayahaji ke group ASWJ. Beratus teks dalam satu jam. Tidak sempat hendak baca berduyun-duyun teks datang lagi.

Ringkasannya ASWJ berpaksi pada:
1. Quran
2. Hadis
3. Ijma’ Ulama
4. Qias.

No 1 dan 2 sangat mudah faham tetapi Ijma’ ulama itu tidak jelas. Bila ditanya, ijma’ ulama ialah pendapat-pendapat ulama-ulama muktabar. Siapakah ulama-ulama muktabar ini? Jawapannya, ulama-ulama ini bermesyuarat dan keluar fatwa akan sesuatu ibadat. Mereka ini ada buat buku. Mereka kata siapalah kita hendak bangkang mereka.

Siapakah ulama-ulama muktabar ini? Mereka menjawab inilah ulama-ulama yang membuat tarekat-tarekat dan wirid-wirid. Mereka inilah guru-guru mursyid.

Ayahaji tanya lagi siapakah ulama-ulama muktabar ini? Mulalah nampak kekeliruan hendak jelaskan siapa mereka.

Ayahaji tanya lagi siapa ulama-ulama muktabar ini. Mulalah mereka sebut Syeikh Kadir Jailani, wali 9, wali itu, wali ini. Mereka tidak sebut mana-mana sahabat Nabi SAW. Bila Ayahaji tanya tentang sahabat-sahabat Nabi mulalah nampak tidak tahu.

Ayahaji tanya, “Bolehkah awak beritahu Ayah Aji 10 orang sahabat Nabi kita SAW?”

Jawapannya tidak sampai 10 orang pun.

Ayahaji tanya, “Siapa sahabiah Nabi SAW. Boleh beri nama 10 orang?”

Tidak boleh hendak beritahu 10 orang.

Bila ditanya untuk berikan nama 10 wali mereka terus boleh bagi nama.

Apa maksud sahabat-sahabat nabi sebagai contoh?

Terpesir mereka!

Beginilah, jikalau kita hendak ‘test’ kereta, kita pergi ke PUSPAKOM. Jika kita hendak tahu mutu sesuatu barang, kita ke SIRIM. Jikalau kita hendak tahu status apa-apa ibadat, kita rujuk pada siapa?

Terpesir. Tidak tahu mereka bagaimana hendak jawab.

Murid-murid Nabi SAW adalah para sahabatnya. Apa syariat/ibadat Nabi SAW ajar pada hadis ada yang para sahabat tidak amal tetapi kebanyakannya mereka amal. Kenapa mereka tidak amal sesuatu itu yang memang daripada hadis sahih? Jawapannya adalah ia khas untuk Nabi SAW bukan untuk umat. Contohnya, Nabi SAW kahwin 9 orang isteri. Para sahabat tidak ikut cara nabi ini kerana mereka tahu itu khas untuk nabi sahaja. Nabi SAW berpuasa dan berbuka pada hari kedua. Para sahabat tidak ikut. Mereka tahu bahawa itu khas untuk Nabi SAW sahaja dan banyak lagi.

Para sahabat tidak akan reka apa-apa ibadat. Tetapi ulama-ulama muktabar boleh mesyuarat untuk mengesahkan sesuatu ibadat.

Seorang sahabat yang sudah sangat tua, hampir buta, dia dibawa murid ke sebuah masjid untuk solat. Bila muazzin telah azan dia baca doa azan dan bila muazzin baca iqamah muazzin pula berkata, “Rapat-rapatkan saf”. Sahabat itu terus kata pada muridnya, “Keluarkan aku daripada masjid ini. Aku tidak solat bersama ahli bid’ah”.

Nah, itu sahabat Nabi kita SAW. Dia tahu dari ajaran Nabi SAW tidak ada doa selepas iqamah, tidak boleh berkata-kata selepas iqamah kecuali imam sahaja. Bila muazzin berkata rapatkan saf itu sudah jadi bid’ah.

Kita sekarang ini, dengan ulama-ulama muktabar ini, boleh baca ayat Qursi, mengucap kalimah syahadah, membaca surah An-Naas, Al-Falaq dan lain-lain sebelum angkat takbir. Malah ulama-ulama muktabar baca doa iqamah lagi.

Maka siapakah ulama-ulama muktabar ini? Merekalah orang-orang yang ahli bid’ah iaitu guru-guru pada ahli bid’ah. Ulama warisatul ambiya ialah ulama-ulama yang buat kerja-kerja Nabi SAW.

1. Mereka mesti tahu tafsir al-Quran.
2. Mereka mesti tahu hadis sunan sittah.
3. Mereka tidak buat syirik.
4. Mereka tidak buat bid’ah.
5. Mereka adalah guru-guru yang mengajar tafsir dan hadis.
6. Mereka tidak akan ambil upah mengajar agama.
7. Bila mereka tidak tahu akan sesuatu mereka akan kata tidak tahu.
8. Mereka akan mengajar apa sahaja perintah Allah walaupun orang ramai tidak suka. Akan beritahu iman, syirik, amal soleh, bid’ah.

Ulama-ulama inilah ulama-ulama waris Nabi SAW. Ulama-ulama ini bila jumpa masalah mereka akan qias pada perbuatan para sahabat, tabiin dan tabi tabiin. Mereka juga qias pada ulama-ulama mazhab. Mereka qias dengan ulama-ulama hadis Bukhari, Muslim dan lain-lain. Mereka tidak akan qias dengan ulama semasa. Mereka rujuk pada yang ‘original’ sahaja.

Soalan
Apakah cerita selepas Ayahaji tanya siapa ulama muktabar dan nama sahabat, mereka terpesir sebab setahu saya ASWJ ini akan ada saja jawapannya. Teringin hendak tahu kalau boleh.

Jawapan
Bila ditanya mereka siapa ulama muktabar, mereka jadi blurr (kabur) saja, tidak tahu. Bila tanya 10 orang nama sahabat mereka tidak boleh beritahu kecuali beberapa orang. Bila tanya 10 orang nama sahabiah, sahabat perempuan, tidak boleh jawab melainkan beberapa orang saja. Bila tanya tok wali boleh beri nama satu. Macamana hendak tahu ‘SIRIM’ bagi agama Islam kalau tidak tahu nama sahabat Nabi SAW pun. Apa yang Nabi SAW ajar sahabat-sahabat akan amal. Itulah ‘SIRIM’nya. Itulah sunnah Nabi kita SAW. Mereka pula tahu hal-hal wali saja. Malah wali-wali yang sudah mati ada tugas-tugas khas kata mereka. Inilah akidah sesat. Orang mati, sudah habis ujian, sudah habis tugas.

Ijma’ ulama

Suatu hari Ayahaji ke masjid Sri Gombak untuk solat. Selepas solat, Ayahaji undur diri ke belakang sebab mereka buat bid’ah selepas solat. Ayahaji perhati mereka. Tiba-tiba datang seorang yang duduk di saf pertama belakang imam, datang jumpa Ayahaji. Ayahaji sedang berdiri dekat kitab-kitab. Dia tanya, “Haji datang daripada mana sebab tidak pernah tengok”. Ayahaji kata, “Dari Kelantan, singgah untuk solat”.

Tiba-tiba mereka bangun dan mula salam ‘itik’, salam berdiri seorang-orang, macam satu bulatan. Salam ini diajar Arqam suatu masa dahulu dan sekarang diamal oleh geng bid’ah.

Ayahaji: Awak siapa?

Orang itu: Saya bilal masjid. Saya juga orang Kelantan. Imam pun orang Kelantan. Ramai jawatankuasa masjid orang Kelantan.

Ayahaji: kenapa mereka salam itik? Adakah diajar Nabi? Adakah akan dapat pahala?

Orang itu terpesir dengan soalan Ayahaji yang datang tiba-tiba. Berubah air muka.

Dia kata: Kami bermesyuarat dengan jawatankuasa semua. Kami buat keputusan bahawa salam begini ada kebaikan.

Ayahaji. Ohhh.. awaklah orang yang bermesyuarat dan baiki agama ini ikut selera awak. Awak pakat-pakat ramai-ramai untuk membenarkan bid’ah!

Orang itu terpesir terdiam.

Ada 3 orang murid-murid Ayahaji bersama-sama Ayah Aji di masjid pada hari itu. Mereka, bila Ayahaji ajukan soalan pertama, sudah mula undur dari sisi Ayahaji. Masa soalan terakhir mereka berada jauh tetapi masih dengar apa Ayahaji kata.

Ijma’ ulama ialah geng-geng bid’ah ini bermesyuarat dan buat keputusan amalan tahlil, talkin, tarekat itu ini boleh diamal. Mereka pula orang-orang ‘alim’ di kalangan ahli bid’ah. Ijma’ ulama adalah ulama ahli bid’ah bermesyuarat membenarkan bid’ah.

Qias pula mereka qias dengan hadis-hadis dhaif dan hadis-hadis palsu dan daripada mimpi-mimpi ahli sufi mereka dan cerita-cerita atau akidah-akidah karut yang di qias pada ulama-ulama ahli bid’ah mereka.

Ahli sunnah pula, ijma’ ulama ialah pada ijma’ para sahabat, ijma’ imam-iman mazhab, ijma’ imam-imam hadis.

Qias ahli sunnah juga kepada mereka (ijma’ ulama) di atas. Kita tidak qias kepada tok kenali, wali 9, Syeikh Kadir, wali-wali kuning, hijau, dan lain-lain.

Semoga cerita-cerita begini memudahkan lagi kefahaman kita, aamiin.

Allahu a’lam.

Mufti Bid’ah, Kriteria Pendakwah dan Lafaz Riddah

0

1. Apa hukumnya mengikuti mufti bid’ah?
Mufti bid’ah.
Fatwa-fatwa dari mufti bukanlah wajib diikuti kerana ia cuma irsyad atau panduan sahaja. Maka penduduk negeri tidak dipaksa mengikuti mufti khususnya dalam urusan furu’ agama.

2. Dari sudut pandangan Al-Quran dan hadis, apakah kriteria dan kelayakan menjadi pendakwah?
Kriteria menjadi da’i atau pendakwah.
1. Memiliki ilmu fiqh dakwah
2. Memiliki akhlak pendakwah.
3. Bekerja dengan pasukan NGO atau jamaah atau JAKIM.
4. Sasaran kumpulan

3. Apa hukumnya jika isteri (kristian memeluk islam) mengatakan terhadap suaminya yang “Muslim asal” selepas bertengkar dengan perkataan “masing-masing punya agama. Kamu agamamu dan aku agamaku”?
Talak/murtad.
Jika isteri mengucapkan kalimah masing-masing punya agama adalah lafaz riddah atau murtad dan impaknya kepada perkahwinan. Di dalam mazhab Malaysia, riddah akan menjatuhkan talak secara otomatik.
Tugas suami, hendaklah menjelaskan kepada isterinya yang masih cetek agama akan impak kata-katanya dan mohon penjelasan sama ada dia ingin murtad dari agama Islam. Jika dia jawab “ya”, maka kena fail kes di Mahkamah Syariah.

Definisi Jahiliah Moden

0

Definisi Jahiliah Moden

Ingatlah! Ramai ustaz-ustaz tidak belajar tafsir Al-Quran dan Hadis. Lebih-lebih lagi ustaz-ustaz tarekat. 98 % daripada yang mengajar di masjid-masjid pun tidak belajar tafsir Al-Quran dan Hadis. Tidak tahu apa yang mereka ajar. Banyak perkara diajar bukan untuk menambah ilmu tetapi bid’ah-bid’ah dan akidah-akidah mereka yang tidak tepat dengan ajaran Nabi kita SAW.

Dua hari lepas, hari Jumaat di Selangor di masjid tempat Ayahaji tinggal, kata khatib kita perlu taat pada Allah SWT dan Rasul SAW. Dia berkata lagi dengan membaca ayat “kalau kamu hendak Allah SWT sayang/kasih pada kamu maka hendaklah kamu ikut aku. Nescaya Allah SWT akan sayang pada kamu”.

Nah, ini tafsir yang tidak tepat. Sepatutnya, jika kamu sayang pada Allah SWT maka hendaklah kamu ikut ajaran aku, Nabi SAW. Ikut aku, iaitu ikut Nabi SAW, tidak sama dengan, ikut ajaran aku. Kita tidak boleh hendak ikut Nabi SAW sebab banyak perkara yang khas utk Nabi SAW. Tetapi yang boleh ialah kita ikuti ajaran Nabi SAW.

Bukankah adat kuno itu adat jahiliah percaya binatang-binatang boleh bawa tuah atau bala. Benda-benda boleh bawa tuah. Benda-benda ada yang keramat. Inilah jahiliah. Inilah musyrikin yang disebut dalam Al-Quran.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Az- Zalzalah – Tafsir Ayat Ke-7 dan Ke-8

0

Tafsir Surah Az-Zalzalah

Pada perbincangan yang lepas, kita telah membincangkan :

1. Sifat bumi yang “tidak sabar” untuk menzahirkan apa yang kita semua telah lakukan.

2. Hendaklah kita berusaha agar tersenarai dalam banyak kumpulan yang turut berjaya semasa melalui sesi pertemuan dengan Allah SWT.

3. Kita dituntut menjaga kualiti amalan dengan berpandukan wahyu Allah SWT, kerana DIA yang mencipta manusia dan DIA jua yang akan menjadi Hakim penentu amal perbuatan kita di atas dunia ini.

Setelah kita mengetahui bahawa amalan kita akan dipertontonkan oleh Allah SWT, maka ayat yang seterusnya bahawa setiap amalan yang dilakukan akan diperincikan / diperlihatkan oleh Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-7:

فَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَرَهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya”.

Ini adalah pengajaran yang penting yang hendak disampaikan. Ia adalah kesimpulan besar dalam surah ini, kerana ada hurf ف ( Fa ) yang terdapat di awal ayat ini ( فَمَن ) yang membawa maksud, siapa yang buat amal baik, dia akan melihat amalnya itu nanti di akhirat.

مِثقالَ

Dari kalimah ث ق ل yang bermaksud : Sesuatu yang digunakan untuk membandingkan berat antara dua perkara.

Pemberat : مِثقالَ.

Dalam bahasa Arab, apabila “bentuk kalimah” yang digunakan bermula dengan م ( Mim ) dan ada huruf ا ( Alif ), selalunya ianya bermaksud “alat’.

Sebagai contoh : مفتاح ( Miftah : Kunci / Alat Pembuka )

Dari asal kalimah Fataha ( bermaksud : buka )

ذَرَّةٍ

Bermaksud : benda paling kecil yang dapat dibayangkan.

Kepada orang Arab dulu, perkara paling kecil yang mereka tahu adalah telur semut, maka kerana itu mereka panggil telur semut itu sebagai Zarah.

ذَرَّةٍ

Juga boleh juga digunakan untuk debu-debu yang kita lihat berterbangan di ruang bilik kita.

Mungkin pada kita ianya kecil sahaja, tetapi mempunyai nilai di sisi Allah SWT. Sepatutnya ini memberi semangat untuk kita melakukan apa sahaja kebaikan meskipun dirasakan kecil atau tidak setanding orang lain.

Mereka yang telah melakukan amal kebaikan semasa di dunia, tidak kira sekecil mana pun akan :

يَرَهُ

Melihatnya (melihat amal kebaikan itu).

Apabila digunakan kalimah يَرَهُ dari kata dasar ر أ ي , ia bermaksud benar-benar melihat dengan mata sendiri.

Rujuk surah [ Fussilat ( 41 ): 30 ]

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”.

  1. Malaikat ulang alik
  2. Tiada sedih / takut
  3. Akhir hayat Allah beri berita gembira dengan Syurga

Semua manusia akan dihisab, meskipun orang yang kafir. Orang kafir akan tetap merasai kedahsyatan mahsyar ( hisab / mizan dan lain ) sebagai penghinaan Allah kepada mereka di mana akhirnya mereka tetap ke neraka.

Orang yang beriman akan bertanya kepada Allah tentang apakah balasan terhadap amal soleh itu dan ini. Menunjukkan nikmat Allah yg sangat luas kpd orang yang berjaya ke dalam Syurga. (mafhum hadis R. Trimidzi – Sahih dengan syawahid ).

Bagaimana pula dengan amal keburukan?

Tafsir Ayat Ke- 8:

وَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.

شَرًّا

Kejahatan.

Dalam ayat sebelum ini, telah diberitahu bagaimana kalau seseorang yang buat amal kebaikan sebesar ذَرَّةٍ pun, dia akan ditunjukkan dengan amalnya itu.

Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan lagi bahawa berbuat amal yang buruk pun, walau sebesar zarah, juga akan diperlihatkan. Maka, berusaha lah kita untuk melakukan apa sahaja untuk selamatkan diri daripada perkara buruk yang mengundang azab Allah SWT.

HR Bukhari ( diriwayatkan dari Adiy secara marfu’ ) :

“اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، وَلَوْ بِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ”

Hindarilah neraka, sekalipun dengan (menyedekahkan) separuh buah kurma, dan sekalipun dengan kalimat yang baik.

Logiknya, separuh buah tamar tidak memberi kenyang kepada sesiapa. Namun, itu lah tarbiah Nabi SAW agar kita tetap membuat kebaikan. Soal natijah lebih baik diserahkan kepada Allah. Tugas kita buat yang terbaik sahaja.

Kebajikan yang paling hebat ialah Al-Birr. Seperti dalil yang terdapat dalam Surah [ Ali Imran (3): 92 ]

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”.

Maksud : Al Birr ialah kebaikan / kebajikan yang kita lakukan yang terbaik, sehingga melepaskan apa yang kita suka dan sayangi.

Tarbiah Nabi SAW ada macam-macam. Kadangkala susah hendak cuci kolam, lebih baik isikan terus air yang bersih. Lama-kelamaan jernih lah air tersebut. Insya Allah. Yang penting bertindak. Jangan jadi seperti NATO ( No Action, Talk Only ).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! [ As-Saff: 2 ].

Ibrah dan Kesimpulan :

1. Allah memulakan surah ini dengan sesuatu yang amat besar – kejadian gempa dan goncangan bumi untuk “mengejutkan” manusia. Namun penghujung surah, Allah kembali mendidik hati manusia secara halus, dengan pujukan beramal sekali pun kecil.

2. Orang beriman mesti terus bermotivasi melakukan kebaikan, tidak kira kecil atau tidak sehebat pandangan manusia umum. Mesti jalan terus!

3. Buat baik walaupun kecil jangan ditinggalkan, juga buat jahat walaupun kecil jangan dilakukan. kelak, semua akan diperlihatkan

Ikhlas dalam berbuat kebaikan dan hanya harap ganjaran pahala daripada Allah.

Tanda orang peroleh petunjuk Al-Quran, ialah terzahir amalannya, kerana jika sekadar ilmu, Abu Jahal pun tahu apakah wahyu yang turun kepada Nabi SAW.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-A’diyat – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Al-A’diyat

Pada perbincangan yang lepas, kita telah membincangkan gaya bahasa Allah SWT. Dengan bersumpah makhluk yang bernama kuda, Allah SWT:

1. Menyuruh kita mengambil iktibar.

2. Permulaan surah yang dramatik, untuk menarik minat pembaca untuk mengetahui mesej dari Allah SWT.

3. Kisah antara binatang yang hebat, menjadi pembakar semangat kepada Muslim untuk mengambil manfaat.

4. Ayat terdahulu kita melihat satu persatu kisah yang hebat dari binatang yang bernama kuda. Namun apakah yang perlu diberi perhatian terhadap nikmat Allah SWT seumpama ini?

Sambungan nanti dalam firman Allah SWT yang seterusnya :

Tafsir Ayat Ke-6

إِنَّ الإِنسانَ لِرَبِّهِ لَكَنودٌ

Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya,

إِنَّ الإِنسانَ

Sesungguhnya manusia itu.

Apakah yang Allah hendak sampaikan tentang manusia itu?

Ada dua perkara yang mungkin iktibar yang boleh diambil dari perihal sumpahan Allah SWT pada ayat pertama hingga ke-5 :

Pertama:

Allah memulakan surah ini dengan qasm ( sumpah ) tentang kuda kerana Allah hendak memberi isyarat, “lihatlah bagaimana kuda itu taat kepada tuan dia, sanggup buat apa sahaja termasuk membahayakan nyawa mereka”.

Tetapi sebaliknya manusia ( yang lebih sempurna kejadian ), tidak taat kepada Tuhannya.

Jika kita fikirkan, apa sangatlah pemberian yang tuan kuda itu berikan kepada kuda sehingga kuda itu taat? Jika dibandingkan dengan apa Allah beri kepada manusia. Namun, walaupun telah mendapat segala nikmat yang hebat-hebat, kebanyakan manusia tetap derhaka.

Kebanyakan manusia tetap derhaka, agaknya berapa peratus?

Jika mengikut perbandingan zaman Nabi Nuh as, yang naik ke atas kapal ( ikut pesan wahyu ) hanya 0.001%. Ahli sejarah tafsirkan manusia zaman tu sekitar 800,000 orang. Naik atas kapal 83 orang = jadi lebih kurang 0.001% sahaja!!.

Kedua:

Ayat ke-6 ini memberi gambaran kepada manusia yang mempunyai sedikit nikmat Allah SWT, tetapi sanggup melampaui batas dan derhaka kepada Allah SWT.

Sebagai contoh jika kita bawakan erti nikmat kenderaan hari ini, berapa ramai yang mampu mendapatkan kenderaan TETAPI “tidak mampu” untuk kembali manfaatkan ke jalan Allah SWT.

Tidak kiralah sama ada dengan cara menggunakan ia untuk mencari ilmu Allah SWT atau menggunakan ia sebagai perantaraan mendekati rumah Allah ( pergi masjid ).

Sebaliknya hari ni, lebih ramai yang terpesona dengan nikmat itu, dicuci, dibelek, dikilatkan “kuda di rumah” sehingga tidak mengenang panggilan azan ( contoh umum).

Melakukan/melaksanakan perintah Allah tidaklah semudah seperti yang diucapkan. Oleh itu Allah bersabarlah:

Sabar : Persediaan dalaman ( memujuk hati untuk jadi hamba Allah ).

Solat : Usaha untuk mengambil tindakan / zahirkan ( bukan sekadar cakap dan tunggu ).

Kerana itu kita belajar Al-Quran, supaya membentuk naluri yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Jika tidak, “naluri” itu akan ikut akal dan kebiasaan manusia biasa.

Huruf ل dalam لَكَنودٌ adalah sebagai penekanan.

كَنودٌ

Ada persamaan dengan kalimah كفور iaitu tidak menghargai kepada segala nikmat yang telah diterima.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan kalimah كَنودٌ itu bermaksud ‘memisahkan diri dari Tuhan’

( manusia, tidak hiraukan Tuhan ).

Meskipun dua perkataan Kanud / Kufur ini hampir sama, saya berpandangan bahawa kalimah Kanud lebih dahsyat. Kerana hanya pada ayat ini Allah SWT gunakan dalam Al Quran.

Kalimah ingkar ( menggunakan Kanud ) hanya terdapat dalam ayat ini.

Kenapa agaknya Allah SWT terlalu murka kepada golongan ini sehingga menggunakan perkataan yang asing? ( Kanud ).

Maka sambungan ayat seterusnya :

Tafsir Ayat Ke-7:

وَإِنَّهُ عَلىٰ ذٰلِكَ لَشَهيدٌ

“Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya”,

Yang boleh difahami, sebenarnya manusia itu memang tahu yang mereka sedang melawan / derhaka kepada Allah.

Kalau kita lihat kalimah شَهيدٌ yang digunakan, tetapi kenapa tidak digunakan kalimah شاهِد ( isim fa’il)?

Ini adalah kerana:

شاهِد – ism faa’il – hanya berlaku sekali sahaja.

شَهيدٌ – Sentiasa melihat apa yang dia sedang lakukan.

Datangnya kalimah syahid dalam sighah mubalaghah.

Menyatakan bahawa dia sendiri menjadi saksi atas segala perbuatannya. Ini seperti yang Allah telah sebut dalam Surah [ Al Qiyamah ( 75 ) : 14 ].

بَلِ الإِنسانُ عَلىٰ نَفسِهِ بَصيرَةٌ

“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri”

Oleh itu pada ayat ini, Allah SWT menjelaskan sifat keingkaran yang dahsyat ( Kanud ), iaitu mereka yang berada dalam kesedaran.

Bererti gambaran orang yang berada dalam suasana yang baik (banyak nikmat), ada ilmu pengetahuan, telah sampai penjelasan semua itu dikatakan golongan yang melampau kederhakaan mereka.

Jika digambarkan dengan nikmat Al-Quran pula, terdapat dalam ayat yang lain, penjelasan Allah SWT mengenai sifat manusia sebegini :

Surah [ Al Kahfi (18) : 54 ]

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya”.

Kanud : golongan yang melampau. Secara tidak langsung, itulah sifat menzalimi diri mereka sendiri.

Ibrah dan kesimpulan :

1. Sambungan ayat ini dari kisah sumpahan ( Kuda Perang ) Allah SWT pada permulaan surah ini, secara tidak langsung memberikan peringatan kepada kita agar berhati-hati agar tidak terpesona dengan nikmat-nikmat pemberian Allah SWT.

2. Sepatutnya orang yang berada dalam kebaikan, perlu menjadi hamba Allah SWT yang terbaik. Namun Allah SWT memberikan peringatan jika berlaku sebaliknya ( ingkar / derhaka ), maka itu satu natijah yang sangat buruk.

3. Kita perlu menjadi seorang yang seimbang pengetahuan dengan amal yang baik. Menyaksikan diri melakukan perbuatan derhaka, tetapi tiada tindakan memperbaiki diri adalah satu jenayah yang besar di sisi Allah SWT.

Beriman pada Al-Quran tetapi gagal mentadabbur ayat-ayatnya juga merupakan sikap ingkar pada Allah. Maka kembali kepada tujuan kita belajar Al-Quran atau sunnah iaitu untuk menjadi hamba Allah yang diredhai. Semoga lebih ramai daripada kita yang mendapat redha Allah SWT, Insya Allah.

Allahu a’lam.

CR: Isu Zikir Menari Dan Mandi Bogel

0

Panel: Cikgu Rahim

Kita bicara tentang fikrah uito dan fikrah yang ada..

Syukur Allah kurniakan islam kepada kita walaupun kita dikelilingi dengan fitnah yang luar biasa.

Abang Jai:
[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH:

[BY : USTAZ ZAMIHAN AL GHARI~ASWAJA].

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.

Sila rujuk penjelasan :

1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/

2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718

3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740

Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)

Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama’ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).

1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)

2. Imam Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin ‘Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang”. [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]

3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)

4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)

5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)

6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,

7. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Abnasi,

8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)

9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )

10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)

11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi (al-Bid’ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)

Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :

1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB – http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html

2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL –
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html

3. ZIKIR BERJOGET – http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html

4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI – http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH – http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html

Wallahua’lam bissawab.

Cikgu Rahim:
Bukan fikrah kita zikir menari..

Fikrah kita merujuk al Quran dan as Sunnah…


100 sunnah
1 sunnah setiap hari
7/100

Wudhu

1⃣ Mengucapkan lafaz basmalah
2⃣ Membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali di permulaan wudhu’.
3⃣ Mendahulukan berkumur dan istinsyaq sebelum membasuh muka.
4⃣ Melakukan intintsar dengan tangan kiri.

“baginda membasuh kedua taoak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian berkumur, beristisyaq, beristintsar, lalu membasuh wajah sebanyak tiga kali…”
HR Al-Bukhari dan Muslim.

5⃣ Membanyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yg tidak berpuasa.
6⃣ Berkumur dan beristinsyaq dengan satu tapak tangan, tanpa memisahkan keduanya.

ث أدخل يده فتمضمض واستنشق من كفًًٍ واحدٍ

“kemudian baginda memasukkan tangan lalu berkumur dab beristinsyaq dengan satu telapak tangan.”

HR Al-Bukhari dan Muslim.

7⃣ Bersiwak, dan waktu paling tepat adalah ketika berkumur.

“Jika bukan krn khuatir akan memberatkan umatku, nescaya ku perintahkan mereka bersiwak dalam setiap wudhu’ “

HR Ahmad dan An Nasa’i

8⃣ Mengusap-usap janggut yang lebat dengan jari-jari tangan yang basah ketika membasuh wajah..

“Kebiasaan baginda saw menyela-nyela janggutnya ketika wudhu'”

HR At Tirmizi

CR
Uito.org

M 84:
Istinsyaq dengan istintsar tu ape CR?

Cikgu Rahim: Masuk dalam hidung dan hembus keluar

9⃣ Cara usap kepala

“Rasulullah saw mengusap kepalanya; Baginda memulai dari bahagian depan lalu ditarik ke bahagian belakang.”
HR Al-Bukhari dan Muslim

1⃣0⃣ Menyela-nyela jari-jari tangan dan kaki.
“Sempurnakanlah wudhu’, dan sela-selalah antara jari-jari(dengan air).”

HR Abu Daud, At Tirmizi, Nasa’i, Ibn Majah

1⃣1⃣ Menambah jumlah bilasan sampai tiga kali ketika membasuh wajah, kedua tangan dan kedua kaki.

1⃣2⃣ Melafazkan dua kalimah syahadah selesai berwudhu’.

“Dibukakan baginya pintu syurga yg jumlahnya lapan, dia boleh masuk dari pintu mana sahaja yg dikehendaki.”
HR Muslim.

CR, uito.org

Abi Fatir:
Kalo ambil wudhu dalam tandas boleh tak??

Cikgu Rahim:
Makruh..jika ada najis..kita pastikan penjagaan kebersihan..

Jika tandas bersih sebab rumah sekarang kadang-kadang bilik air dengan tandas same 1 tempat.

Tandas melayu biasanya kotor..kalau di hotel, penuh air dilantai… 😁

Mohd Ridzuan:
Boleh tak saya tahu apa dalilnya yang menyebabkan makruh….dalil naqli….sebab saya cari topik ni..

Cikgu Rahim:
Dalil..tempat kotor..
Wudhu’ ni ibadah.

Ibadat kena lakukan tempat yang bersih. Perlu naqli lagikah?
Makruh ni bukan tak sah.
Nanti nak kena cari usyul fiqh pulak..

“Makruh berwudhuk di tempat najis. kecuali kerana darurat, dan aman atas dirinya dari percikan air yang ada terjatuh tanah/lantai. Rukhsah (keringanan) ini diberikan kepada mereka yang rumahnya tidak mempunyai tempat berwuduk atau tempat mandi kecuali tandas. Dan Islam bertasamuh (toleransi) di dalam perintah dan larangannya.”
(Al-Feqhul Wadhih, Dr. Muhamad Bakar Ismail, vol 1, hal.59)

Norsiah Mohammed:
👍..Rumh sekarang kamar mandi dan toilet dsekalikan..mesti sediakan selipar di kamar mandi.

Cikgu Rahim:
Selipar 1 penyelesaian. Cuci bilik mandi sentiasa, Anak,-anak kencing merata.

Msaufiali:
Kalau ambik wuduk sambil bertelanjang camne pulok cikgu?

Cikgu Rahim:
Sah, tetapi tak bagus. Wudhu’ ibadat hebat. Berguguran dosa keluar jika kita ambil dengan sempurna.

Mandi bogel tak apa.

K.A.N.D.A.L.I.D:
Takpe ke cikgu? Saya tertanya-tanya adakah benar malaikat lari bila kita mandi tanpa pelapik? Ustaz sekolah bagi tau saya dulu malaikat lari kalau mandi bogel, tak tau la malaikat apa.😰

Cikgu Rahim:
Ada nabi mandi bogel,cuba cek hadith. Maksud nabi tadi, nabi terdahulu.Cuba cek nabi musa dan nabi ayub..

Dari Abu Hurairah, dari Nabi  baginda bersabda : “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”  (Sohih Bukhari No.278. Lihat Fathul Bari Bab 20, hadith No. 278)

Daripada Abu Hurairah ra Nabi SAW bersabda :

بينما أيوب يغتسل عريانا خر عليه رجل جراد من ذهب فجعل يحثي في ثوبه فناداه ربه يا أيوب ألم أكن أغنيك عما ترى قال بلى يا رب ولكن لا غنى لي عن بركتك

Maksudnya : Sewaktu Nabi Ayyub as mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyab, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.” (Sohih Bukhari No. 3211, 7055. Sunan Nasa’i No. 409. Musnad Ahmad bin Hanbal No. 8144)

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-49 hingga Ke-51

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-49

وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِّنَ الْعَذَاب

“Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahanam: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Dia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.

وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ

“Dan berkata orang-orang dalam neraka itu”.

Selepas pemimpin pun kata mereka tidak ada jalan untuk mengeluarkan mereka dari neraka itu, maka mereka telah berpakat untuk sama-sama pergi jumpa Malaikat Penjaga Neraka. Sekarang mereka hendak jumpa ‘warden penjara’ lah pula. Pemimpin dan yang mengikut sama-sama pergi berjumpa.

Sebenarnya hendak minta jumpa malaikat itu pun seribu tahun minta hendak cakap baru malaikat itu boleh bercakap dengan mereka.

لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ

“Kepada penjaga neraka”.

Ini adalah apabila buat rayuan kepada tok guru, dia tidak boleh buat apa, maka mereka pergi merayu kepada malaikat penjaga neraka. Bayangkan kalau kita duduk dalam jel, hendak minta tolong dengan siapa? Dengan wardenlah kerana mereka yang menjaga jel itu. Di neraka nanti, penjaga neraka adalah malaikat yang duduk di dalam neraka.

ادْعُوا رَبَّكُمْ

“Tolonglah doa kepada tuhan kamu”.

Mereka minta malaikat itu yang mintakan bagi pihak mereka sebab mereka sendiri sudah tidak boleh berdoa. Mereka tahu yang doa mereka tidak laku.

Apakah permintaan mereka itu?

يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِّنَ الْعَذَابِ

“Untuk ringankan untuk kami, satu hari sahaja dari azab ini”.

Ada banyak dalam ayat lain, penghuni neraka minta dipulangkan semula ke dunia kerana mereka hendak melakukan amal kebaikan.

Tetapi dalam ayat ini, mereka minta untuk diringankan azab untuk ‘sehari’ sahaja, kerana mereka tahu yang mereka tidak akan dapat keluar. Kalau dapat kurang sehari sahaja pun, bolehlah.

Bayangkan, adakah kita sanggup jadi begini nanti?

Jadi bab syirik ini adalah amat berat sekali. Kalau ada yang beri peringatan, tolong dengarlah. Kalau ada elemen syirik, tinggalkanlah terus, jangan berani hendak buat dengan anggapan tiada syirik, kerana jika ia benar syirik, bagaimana?

Tafsir Ayat Ke-50

Dalam ayat sebelum ini, penghuni neraka telah datang untuk berjumpa dengan Penjaga Neraka dan memohon kepadanya untuk meringankan azab sedikit.

قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا بَلَىٰ قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ

“Malaikat penjaga neraka menjawab: “Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang”. Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja”.

قَالُوا

“Malaikat berkata”:

Ini adalah jawapan dari Malaikat Penjaga Neraka itu. Lama sangat merayu-rayu, malaikat tu toleh jugalah tanya nak apa?

أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُم بِالْبَيِّنَاتِ

“Tidakkah pernah datang kepada kamu rasul kamu bawa bukti?”

Tidakkah ada rasul yang menyampaikan ajaran tauhid kepada kamu semasa kamu hidup di dunia dulu?

Atau kerana kita sekarang sudah tidak ada rasul, ia merujuk kepada guru atau pendakwah yang datang membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada manusia dulu semasa mereka hidup di dunia. Ada tidak? Tidak adakah yang memberi peringatan kepada kamu, sampai kamu masuk ke dalam neraka ini? Tidak adakah guru yang ajar kamu tentang neraka, tentang dosa, tentang syirik dan lain-lain lagi?

Apakah ‘bukti’ yang dimaksudkan? Tentulah bukti dari Al-Quran dan juga hadis yang sahih. Kalau ada yang datang bawa Al-Quran, maka tolonglah dengar dulu.

قَالُوا بَلَىٰ

“Mereka menjawab: “Ya, telah datang”.

Mereka kata “ada”.

Namun, mereka tidak boleh menipu. Mereka kata ada, tetapi mereka tidak dengar dan tidak ikut. Macam kita zaman sekarang, tentu pernah setiap orang diajak untuk mengamalkan tauhid. Tentu ada yang ajar tafsir Al-Quran. Memang ada tetapi sama ada kita perasan atau tidak, mahu terima atau tidak sahaja.

قَالُوا فَادْعُوا

Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka kamu berdoalah sendiri.

Malaikat kata: “kamu doalah sendiri”, kami kerja bukan untuk berdoa bagi kamu. Tugas kami adalah untuk azab kamu. Malaikat pun suruh mereka doa sendiri kerana kalau mereka telah didatangi pendakwah, tentu mereka tahu yang doa kena terus kepada Allah.

Adakah makbul doa mereka? Kerana mungkin ada yang baca ini dan sangka: “Eh ini malaikat yang suruh doa ni, mungkin bolehlah doa waktu itu lagi, mungkin dimakbulkanlah kot… ini malaikat yang bagi cadangan ini. Maka Tuhan perjelaskan supaya tidak ada kekeliruan pula:

وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ

“Dan tidaklah doa orang kafir dalam neraka itu melainkan sia-sia sahaja.”

Memang mereka ada doa terus kepada Allah tetapi tidak lagi diterima. Sia-sia sahaja.

Inilah adalah Idkhal Ilahi (pencelahan Tuhan). Mungkin ada yang tertanya-tanya, oleh kerana malaikat itu sendiri yang suruh doa sendiri, adakah doa mereka akan diterima? Allah jawab, tidak sama sekali. Sia-sia sahaja kerana doa mereka itu tidak akan dilayan.

Tafsir Ayat Ke-51

Ini pula adalah ayat Tasliah – ayat pujukan kepada para Nabi dan penyebar dakwah tauhid kerana bukan senang hendak sebar dakwah – akan kena halang dan akan kena kutuk, bukan?

إِنّا لَنَنصُرُ رُسُلَنا وَالَّذينَ آمَنوا فِي الحَياةِ الدُّنيا وَيَومَ يَقومُ الأَشهادُ

“Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman – dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”.

إِنّا لَنَنصُرُ رُسُلَنا

“Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami”

Dalam ayat ini, Allah berjanji untuk memberi bantuan kepada para Rasul-Nya. Maka jangan risaulah, kena percaya kepada janji Allah ini. Mungkin bantuan itu lambat, tetapi ia pasti datang.

وَالَّذينَ آمَنوا

“dan orang-orang yang beriman”

Bukan sahaja para Rasul mendapat janji Allah ini tetapi orang-orang yang beriman sempurna juga. Mereka itu adalah pewaris yang mewarisi ilmu rasul. Dan mereka menyampaikan Al-Quran kepada orang lain di zaman mereka. Mereka pun akan menghadapi dugaan juga dalam kerja dakwah mereka.

Maka Allah memberi berita gembira kepada mereka.

Ini memberi isyarat bahawa memang kita kena dakwah tauhid ini kepada manusia, tidak boleh lari dari melakukannya.

فِي الحَياةِ الدُّنيا

“dalam kehidupan dunia ini”.

Di dunia lagi mereka akan mendapat bantuan.

Tetapi mungkin timbul persoalan: bagaimana boleh dikatakan yang Allah membantu para Nabi dan orang-orang beriman di dunia ini, sedangkan ramai yang telah menerima dugaan yang amat berat semasa di dunia ini. Malah, para Nabi pun ada yang dihalau dari kampung halaman mereka, malah ada yang sampai dibunuh.

Ada dua jawapan:

Pertama, bukanlah semua Nabi itu dibunuh. Hanya sebahagian kecil sahaja. Samalah juga keadaan dalam dunia ini, memang ada orang yang cacat, tetapi kalau dibandingkan antara yang cacat dan yang sihat, yang sihat itu lebih banyak. Ini adalah kaedah yang Allah gunakan dalam kehidupan (supaya yang sihat dapat menghargai nikmat yang mereka ada apabila mereka tengok orang yang ada kekurangan).

Kedua, Allah akan balas mereka yang telah berbuat jahat kepada para Nabi dan orang beriman itu sama ada pembalasan itu terjadi semasa yang ditindas itu masih hidup lagi, atau setelah tiada.

Sebagai contoh, kekejaman yang dilakukan kepada Nabi Musa oleh Firaun, Allah balas semasa baginda masih hidup lagi; dan ada yang dibalas setelah mereka mati, sebagai contoh dibalas dengan azab kepada pembunuh Nabi Yahya (tapi baginda telah wafat).

Yang pasti, mereka yang melakukan kekejaman kepada wali Allah, mereka tidak akan selamat. Di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan sebuah hadis melalui Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW yang telah bersabda:

“يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ بَارَزَنِي بِالْحَرْبِ”

Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang memusuhi kekasih-Ku, bererti dia terang-terangan menentang-Ku untuk perang.”

Dan tentunya mereka yang berperang dengan Allah tidak akan menang. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat diselamatkan dan diberikan kemenangan demi kemenangan ke atas Musyrikin Mekah yang menentang mereka sampaikan kaum mukmin dapat menakluk Kota Mekah dari tangan mereka.

وَيَومَ يَقومُ الأَشهادُ

“dan pada saat bangkitnya saksi-saksi”

Dan mereka juga akan diberi bantuan pada hari akhirat nanti apabila semua saksi akan bangkit memberikan penyaksian. Para malaikat, para Nabi, pendakwah, amal, malah tubuh badan sendiri akan jadi saksi di akhirat kelak.

Waktu itu, para Nabi, wali dan pendakwah tauhid yang benar akan selamat dan mereka yang menentang akan diberikan dengan balasan yang setimpal.

Tentunya di akhirat nanti, kemenangan dan kemuliaan yang mereka terima akan lebih besar lagi.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Ali ‘Imran: 104)

Allahu a’lam.

Seksa Kubur, Pengkebumian Segera atau Lengah? Dan Bid’ah Lafaz Niat

0

1. Benarkah ada aliran di dalam Islam yang menolak wujudnya seksaan kubur? Hadis juga menyatakan kanak-kanak juga boleh kena seksa kubur?
Himpitan kubur ini akan menimpa semua orang, termasuk anak kecil. Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَوْ أَفْلَتَ أَحَدٌ مِنْ ضَمَّةِ الْقَبْرِ لَنَجَا هَذَا الصَّبِيُّ

Seandainya ada seseorang selamat dari himpitan kubur, maka budak ini pasti selamat [Mu’jam ath-Thabrani dari Abu Ayyub Radhiyallahu anhu dengan sanad shahih dan riwayat ini dinilai shahih oleh Syaikh al-Albani rahimahullah dalam Shahihul Jâmi, 5/56]
Aliran yang menolak azab kubur ialah sekta muktazilah dan parti Hizb Tahrir. Azab kubur atau mini kiamat adalah akidah ahli sunnah wal jamaah.

Dalil utama:

وَحَاقَ بِآَلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آَلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46)

“Dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan Neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat.
(Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras“.” [Al Mu’min: 45-46]

Kanak-kanak kecil tidak dikenakan azab kubur dan Akhirat. Ini juga akidah ahli sunnah wal jamaah. Bahawa kanak-kanak belum baligh yang mati, akan ke Syurga.

2. Di dalam urusan menyegerakan pengkebumian, perlukah disegerakan atau sebenarnya yang Nabi SAW maksudkan itu adalah jangan dilengahkah? Saya selalu melihat senario di mana saudara-mara sudah hampir sampai, tetapi kerana isu menyegerakan pengkebumian jenazah, saudara-mara tidak sempat hendak menjenguk mahupun solat jenazah.
Kena damaikan antara dua hadis. Pertama:

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمْ الله فِيهِ

Terjemahan:
“Tiada seorang muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 orang lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa’at mereka untuknya (yakni bagi jenazah)”. [Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad]
Kedua:

إِذَا وُضِعَتْ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ قَدِّمُونِي قَدِّمُونِي وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَهَا الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Terjemahan:
“Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung) dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”. Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”. Suara itu boleh didengar oleh setiap benda kecuali manusia. Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan. [Bukhari]
Hadis pertama:
Tunggulah sampai boleh kumpulkan 40 orang untuk solat jenazah.
Hadis kedua:
Secepat mungkin.
Untuk menggabungkan hadis di atas, menunggu anak balik, saudara-mara semua sampai bukanlah alasan sebab waktu menziarah adalah ketika sakit, manakala yang lewat boleh mensolati di kuburan.

3. Apakah dikira bid’ah sekiranya melafazkan niat ketika solat atau ibadah yang lain?
Talaffudz Niat
Bid’ah adalah merekacipta sesuatu dalam agama yang tidak ada asal dari Nabi SAW dengan i’tikad agama belum sempurna.
Melafaz niat termasuk dalam bid’ah ibadat kerana tempat niat adalah di hati dan tidak ada seorang salaf pun yang mengajar kepada kita supaya melafaz niat. Solat misalnya dimulakan dengan takbir bukan usalli.

Solat Orang Tertidur, Fasakh Zuriat dan Sentuh Batal Wudhuk?

0

1. Selepas maghrib kami tertidur, sampai terlajak sehingga 10 minit sebelum subuh. Apakah perlu solat Isyak dengan sekadar lakukan yang wajib sahaja supaya boleh sempat menghabiskan Isyak sebelum masuk subuh (dan kemudian solat subuh), atau bolehkah kami solat dengan tenang dalam menunaikan solat Isyak sambil khusyuk (walaupun akan terlepas subuh dalam waktunya)?
Solat orang yang tertidur ialah ketika dia jaga. Maka lakukan secepat mungkin. Jika dapat satu rakaat dalam waktu, maka jika masuk waktu lain, ia masih dianggap mendapat dalam waktunya.

2. Betulkah isteri berhak meminta fasakh jika suami tidak mampu memberi zuriat?
Jika suami disahkan oleh pakar perubatan memang mandul (tidak mampu ereksi, maka isteri berhak memfailkan perceraian sebab salah satu tujuan perkahwinan ialah zuriat. Namun, jika menggunakan teknologi seperti IVF (tabung uji) dan suami mampu membiayainya, maka cuba dulu bayi tabung uji.

3. Semasa mahu pergi solat subuh, doktor lelaki mengambil darah saya untuk ujian darah, maka bersentuhan kulit kami, adakah pahala solat saya berkurangan disebabkan hal itu sekiranya saya mengambil pendapat wudhuk saya tidak batal?
Ia bergantung kepada fiqh yang anda pilih.
• Jika anda memilih pendapat mazhab syafi’iyah, maka batal.
• Jika memilih pendapat Ibn Taymiyah, tidak batal secara mutlak.
• Jika memilih fiqh sunnah, yakni tidak batal, maka pahala tidak berkurang.
Pahala solat dihitung dengan fiqh solat dan khusyu’. Wudhuk tiada masalah.

Popular

Iklan

Iklan