Utama Blog Halaman 150

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-31 dan Ke-32

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Ke-31:

Dalam ayat sebelum ini telah disebut apabila orang yang istiqamah akan disambut oleh malaikat.

Ini adalah tentang orang yang baik dan rapat dengan tauhid dan Al-Quran. Jika kita begitu, Allah SWT akan takdirkan malaikat suka dengan kita dan duduk rapat dengan kita semasa di dunia lagi.

Yang jauh dari Allah SWT dan tidak taat, malaikat tidak suka duduk dekat dan syaitan yang akan rapat. Maka manusia kena ikhtiar buat perkara yang malaikat suka. Contohnya, kena selalu duduk di Masjid.

نَحنُ أَولِياؤُكُم فِي الحَياةِ الدُّنيا وَفِي الآخِرَةِ ۖ وَلَكُم فيها ما تَشتَهي أَنفُسُكُم وَلَكُم فيها ما تَدَّعونَ

“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.”

نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Kamilah yang menjaga kamu dulu semasa kamu hidup di dunia.

Ini adalah kata-kata para malaikat yang menyambut ahli syurga itu. Ini adalah sambungan dari ayat sebelum ini.

Lafaz أَوْلِيَاؤُكُمْ datang dari kata asal ‘wali’. Wali adalah mereka yang kita boleh harapkan, yang kita boleh percaya, yang mahu membantu kita, yang rapat dengan kita. Merekalah yang menjadi teman dan sahabat setia semasa di dunia dulu.

Ayat ini menguatkan lagi pendapat yang mengatakan bahawa malaikat-malaikat juga berdamping dengan manusia semasa hidup di dunia lagi, bukan hanya semasa hendak mati dan selepas mati.

Mereka itulah yang gerak kita bangun dari tidur sambil bisikkan kepada kita supaya bangun solat. Mereka jugalah yang beri kita mimpi-mimpi yang baik. Juga beri ilham yang baik-baik. Mereka itu juga memberikan sokongan kepada kita sampai kita rasa yakin dan teguh dalam menghadapi segala kemungkinan apa jua pun. Kalau qarin jin bisikkan perkara yang buruk, maka malaikat membisikkan benda yang baik-baik.

Dalam masa yang sama, syaitan pun boleh buat begitu juga. Maka, ada bisikan baik dan ada bisikan jahat. Hari-hari malaikat dan syaitan akan membisikkan kepada kita.

Bergantung kepada diri kita dan amalan kita. Kalau amalan kita baik, maka malaikatlah yang akan berdamping dengan kita. Begitu juga, kalau amalan kita adalah amalan bidaah dan syirik, yang akan berdamping dengan kita adalah syaitan.

Malaikat-malaikat itulah juga yang menghalau syaitan-syaitan itu dari kacau kita. Kalau malaikat yang berdamping dengan kita, tidaklah berani syaitan datang dekat.

Maka, kenalah buat amalan yang menyebabkan malaikat datang dekat. Itulah amalan-amalan tauhid dan sunnah. Jangan buat amalan bidaah, kerana syaitan suka amalan yang bidaah. Bila kita buat amalan bidaah, syaitan akan duduk dekat sekali dengan kita.

وَفِي الْآخِرَةِ

dan di akhirat

Di akhirat kelak pun malaikat akan jadi penjaga ahli tauhid dan ahli syurga itu. Kita memerlukan bantuan dan teman dari kalangan malaikat di dunia dan juga di akhirat. Itulah teman yang baik. Waktu itu, selain dari malaikat sudah tinggalkan kita bersendirian.

Malaikatlah pendamping manusia yang beriman itu yang menemani mereka semasa mereka bersendirian dalam kubur, ketika tiupan sangkakala, memberikan khabar keamanan pada hari kebangkitan dan perhimpunan serta akan membawa mereka melintasi Titian Sirat dan menyampaikan mereka ke dalam Syurga.

Semoga kita semua diberikan bantuan yang amat diperlukan ini nanti, insya Allah. Namun, untuk mendapatkannya, kenalah amalan ajaran tauhid yang benar. Kena ambil ajaran tauhid dari Al-Quran, kerana tauhid ini diajar dalam Al-Quran. Maka, suka atau tidak memang kena belajar tafsir Al-Quran.

وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ

Dan bagi kamu dalam syurga itu, apa sahaja keinginan syahwat diri mu.

Benda yang kita telah tahu ada dalam syurga dan kita nampak ada dalam syurga, memang akan diberikan kepada kita. Itulah nikmat-nikmat yang tersedia ada dalam syurga yang tidak terkira banyaknya. Semuanya telah tersedia ada dalam syurga.

Ini adalah nikmat-nikmat yang berhubungan dengan jasmani. Umpamanya mahligai-mahligai dan istana, piala emas dan perak, layanan dari bidadari, tempat berteduh yang subur, taman-taman yang indah dan sebagainya.

Ada yang telah diberitahu kepada kita melalui ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW edan ada banyak lagi yang tidak diberitahu kepada kita kerana akal fikiran kita tidak dapat memahaminya. Sampai di syurga baru tahu ada benda-benda itu. Itu pun kita akan dapat juga.

Perkataan تَشْتَهِي berasal dari perkataan ‘syahwat’, iaitu keinginan nafsu kita. Semasa kita di dunia, macam-macam keindahan dunia yang menarik kita, syahwat kita pun mahu, tetapi kita yang beriman tahu bahawa ia salah, maka kita tinggalkan, kita tidak layan keinginan nafsu kita itu.

Bukan kita tidak mahu, tetapi kita tahu ia salah. Seperti keinginan kita kepada lelaki atau perempuan, berehat, makan dengan banyak, wang dan kemewahan dan sebagainya. Itu adalah normal. Maknanya, keinginan kita ada sebenarnya.

Oleh kerana itu kita tahan nafsu kita semasa di dunia, kerana kita tidak mahu sampai melakukan perkara yang dilarang. Disebabkan kita tahan nafsu kita di dunia, Allah SWT akan puaskan nafsu kita di akhirat nanti. Apa sahaja yang kita hendak, Allah SWT akan berikan kepada kita. Kita tahan nafsu itu kerana kita taat kepada Allah SWT.

Di syurga nanti, cakap sahaja hendak apa. Dan kalau tidak cakap pun, kita akan dapat. Dalam hati teringin apa sahaja, akan diberikan. Sebagai contoh, kita nampak burung sedang terbang, terdetik di hati kita untuk makan burung panggang, burung itu akan dipanggang siap untuk kita.

وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ

Dan bagi kamu di dalamnya, apa sahaja yang kamu minta.

Iaitu benda-benda yang kita tidak tahu pun yang ia ada. Apabila dimasukkan ke dalam syurga, akan ditunjukkan kepada ahli syurga benda-benda yang dia tidak tahu kewujudan pun dulu. Ini pun ada dalam syurga, malah banyak lagi, kerana pengetahuan kita tentang alam ini amatlah sedikit – banyak lagi yang kita tidak tahu dari yang kita tahu. Selagi kita nampak dalam pandangan kita itu, semuanya adalah untuk kita. Semuanya berkhidmat untuk kita.

Semasa kita di dunia, berbagai-bagai perkara kita doa kepada Allah SWT. Tetapi ada yang Allah SWT tidak berikan semasa di dunia. Segala apa yang kita doakan semasa di dunia itu, akan diberikan di akhirat kalau Allah SWT tidak berikan semasa kita di dunia dahulu.

Sampaikan, ada riwayat yang mengatakan, apabila di akhirat nanti, ahli syurga akan lihat pemberian Allah SWT sebagai ganti atas doa mereka yang tidak dimakbulkan semasa mereka di dunia. Bukan Allah SWT tidak dengar, cuma Allah SWT tidak beri semasa di dunia. Ganti itu terlebih baik dari apa yang mereka minta, sampaikan mereka berkata: “alangkah baiknya kalau doa kita semasa di dunia dulu tidak ada satu pun dimakbulkan, supaya kita akan mendapat gantinya di akhirat ini.” Kerana ganti yang di akhirat lebih baik lagi dari apa yang mereka doakan.

Begitulah nikmat kehidupan dalam syurga. Kita tidak dapat bayangkan. Apa yang kita tahu adalah maklumat-maklumat yang diberikan kepada kita dalam nas-nas Al-Quran dan hadis yang sahih.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nikmat yang diberikan dalam potongan ayat ini adalah nikmat bersifat rohaniah. Dibandingkan dengan potongan ayat yang sebelumnya yang bersifat jasmaniah.

Oleh itu, nikmat yang akan diberikan kepada ahli syurga ada yang berbentuk jasmaniah dan ada yang berbentuk rohaniah. Kemuncak nikmat yang bersifat rohaniah itu, pertamanya: mendapat keredhaan Allah SWT. Itu adalah satu nikmat yang amat besar sekali.

Dan yang lebih tinggi lagi dari tu adalah: diberi kesempatan menghadap Allah SWT dan menghadap wajah-Nya dan ini adalah kemuncak kebahagiaan dalam syurga. Semoga kita menjadi ahli syurga. Amin.

Tafsir Ayat Ke-32:

نُزُلًا مِن غَفورٍ رَحيمٍ

“(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah SWT Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!”

نُزُلًا

Sebagai satu hidangan tetamu;

Hidangan adalah satu cara menghormati tetamu yang datang. Dari dulu sampai sekarang, beginilah yang kita akan buat. Kalau orang datang rumah kita, makanan pun sudah bukan makanan biasa yang kita makan hari-hari, tetapi kita akan hidangkan makanan yang istimewa, bukan?

Begitulah Allah SWT beritahu yang layanan Allah SWT bukanlah layanan biasa, tetapi layanan untuk melayan tetamu. Semakin besar dan tinggi kedudukan tetamu itu, semakin hebat hidangan yang akan diberikan kepadanya.

Bergantung juga kepada mereka yang menyambut itu. Tidak sama kalau kita pergi ke rumah orang miskin dan orang kaya. Orang miskin akan layan juga kita, tetapi terhad lah apa yang mereka boleh beri kepada kita. Kalau tuan rumah itu adalah orang kaya, maka jamuannya mungkin lebih hebat lagi.

Bayangkan pula kalau kita tetamu Allah SWT? Dan kita pula adalah mereka yang beriman dan tetap istiqamah dalam memegang syariat yang telah ditetapkan-Nya? Bagaimana agaknya jamuan yang akan kita dapat itu? Tidak terbayang dalam akal fikiran kita yang cetek ini.

Apakah maksud نُزُلًا? Ia adalah ‘pembuka selera’. Kerana perkataan itu bermaksud dari segi bahasa adalah ‘tetamu yang baru sampai.’ Apabila telah sampai, duduk sekejap itu bermaksud dia sudah jadi ‘tetamu’, bukan lagi نُزُلًا.

Lalu apa yang kita berikan kepada tetamu kita yang baru sampai? Kita akan berikan minuman ringan dan makanan ringan dahulu. Bagi air sirap, bagi kacang – iaitu makanan yang ringan-ringan sahaja dulu, sebab dia baru sampai, belum masuk bilik tetamu lagi, belum mandi dan bersiap lagi. Lepas semua telah siap sedia, barulah akan dihidangkan dengan makanan, nasi ayam kah, briyani kambing kah dan sebagainya – maksudnya makanan utama.

Oleh itu, apa yang telah disebutkan sebelum ini hanya sebagai ‘pembuka selera’ sahaja. Sesuatu yang diberikan sebelum ‘main course’ diberikan. Sesuatu yang hebat tetapi masih sebagai pembuka selera sahaja. Apa yang Allah SWT akan berikan selepas itu adalah lebih baik lagi, sampai tidak boleh disebut kerana akal manusia yang lemah tidak akan dapat faham.

مِنْ غَفُورٍ

Daripada Dzat yang maha mengampun,

Allah SWT menyebut sifat-Nya dalam ayat ini. Allah SWT telah memberi ampun kepada ahli syurga supaya mereka dapat masuk syurga. Memang kita sebagai manusia, tentunya banyak kesilapan dan dosa yang kita telah lakukan.

Maka, kita tertanya-tanya adakah kita layak masuk syurga Allah SWT yang hebat itu? Maka dalam ayat ini Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa Dia adalah Maha Pengampun. Segala dosa yang kita lakukan itu Allah SWT boleh ampunkan, kalau Allah SWT mahu. Maka, hendaklah kita selalu minta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.

رَحِيمٍ

Yang amat belas kasihan.

Allah SWT tidak sanggup melihat makhluk-Nya yang beriman itu kena azab di neraka. Ketahuilah bahawa Allah SWT amat sayangkan makhluk-Nya yang beriman dan mengamalkan tauhid. Seperti seorang emak sayangkan anak dia, malah lebih lagi 70 kali ganda. Bayangkan seorang emak itu tidak sanggup hendak tengok anak dia masuk penjara walaupun dia tahu anaknya itu seorang yang jahat.

Maka, tidak kan Allah SWT sanggup hendak masukkan makhluk-Nya yang Dia sayang itu ke dalam neraka? Disebabkan Dia sayang kepada makhluk-Nya lah Dia letak sifat-Nya yang Maha Pengampun supaya tidak masuk dalam neraka dan sebaliknya Dia akan masukkan ke dalam syurga dan diberikan segala nikmat dalam syurga itu. Namun, nikmat di syurga itu hanyalah kepada mereka yang beriman.

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ

Perawi Anas bin Malik, dia berkata;

Rasulullah SAW bersabda,

“Pada hari kiamat nanti akan didatangkan penduduk neraka yang ketika di dunia adalah orang yang paling merasakan kesenangan di sana. Kemudian dia dicelupkan di dalam neraka sekali celupan, lantas ditanyakan kepadanya,

‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan sebelum ini?’. Maka dia menjawab, ‘Demi Allah SWT, belum pernah wahai Rabbku!’. Dan didatangkan pula seorang penduduk syurga yang ketika di dunia merupakan orang yang paling merasakan kesusahan di sana kemudian dia dicelupkan ke dalam syurga satu kali celupan. Lalu ditanyakan kepadanya,

‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sebelum ini?’.

Maka dia menjawab, ‘Demi Allah SWT, belum pernah wahai Rabbku, aku belum pernah merasakan kesusahan barang sedikit pun. Dan aku juga tidak pernah melihat kesulitan sama sekali.’.” [HR. Muslim, Kitab Shifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Naar].

Allahu a’lam.

Hypokalemia & Diabetes

0

1. Apakah simptom-simptom ‘hypokalemia -Hypo-K’?Bagaimanakah cara merawatnya?

 ‘Hypo’ -kurang. ‘Kale’ -garam potassium. ‘mia’ -dalam darah. (kekurangan garam ‘potassium’ di dalam darah)

Tanda-tanda ‘hypokalemia’ terlalu subjektif. Jarang doktor membuat diagnosis berdasarkan tanda-tanda. Namun tanda-tanda itu dapat memberi petunjuk bahawa seseorang itu menghidap hypokalemia dan tanda-tanda itu pula bergantung kepada keseriusan. Kebiasaannya pesakit ada mengalami lenguh-lenguh otot, sakit otot atau sembelit.

Bagi kes yang ‘extreme’ pula, jantung boleh menjadi sangat laju. Bahagian ini paling bahaya dan boleh membawa maut.  Ada sesetengah kes, pesakit akan mengalami kelumpuhan khususnya di kedua-dua belah kaki.

Untuk memastikan diagnosis adalah dengan mengambil sampel darah. Jenis rawatan akan bergantung pada keputusan darah. Jika tahap biasa, doktor hanya bagi ubat garam ‘potassium’ atau menyarankan supaya pesakit makan pisang dengan kerap. Ubat yang boleh meningkatkan ‘potassium’ akan dijauhi. Jika kes ‘extreme’ ubat akan dimasukkan ke dalam darah melalui ‘branula’(jarum yang biasa dicucuk ke dalam urat salur darah bagi memudahkan proses memasukkan ubat kepada pesakit setelah dipasangkan).

 

2. Mata kanan saya sentiasa terasa gatal. Adakah ia sejenis penyakit?

Kadang-kadang ‘allergic’ atau ‘eczema’ adalah salah satu punca mata terasa gatal. Cuma soalannya, gatal di bola mata atau di kelopak mata? Walau apa pun sukar untuk saya buat konklusi tanpa memeriksa mata anda.

 

3. Adakah sebarang kesan jika mengamalkan pemakanan ‘weight gain’? Adakah mengamalkan minum air Milo boleh membuat seseorang itu ‘infertile’ (tidak subur)?

Minum air milo tidak menyebabkan ‘infertile’. Pemakanan ‘weight gain’ biasanya tidak ada sebarang masalah tetapi menguruskan badan secara drastik atau ‘extreme’ memang merbahaya.

 

4. ‘MANIAC’ itu penyakit apa?

‘Maniac’ itu bukan istilah perubatan. Ianya adalah bahasa biasa yang bermaksud gila. Tetapi kebiasaannya dikhususkan kepada mereka-mereka yang mengalami penyakit psikiatrik yang menghadapi ‘hallucion’ dan ‘delusion’ sehingga bertindak agresif.

 

5. Apakah yang menyebabkan ‘maniac’ ini berlaku terhadap seseorang?

Saya tidak suka menggunakan istilah ‘maniac’ kerana ia adalah perkataan biasa. Antara penyakit yang boleh menyebabkan ‘maniac’ ini adalah seperti ‘schizophrenia’ dan ‘bipolar disorder’.

 

6. Adakah ‘high sugar’ boleh membawa kepada ‘lost memory’. Contohnya otak mengecut?

‘Prolonged high sugar’, maksudnya diabetes yang tidak terkawal dalam jangka masa yang lama, boleh menyebabkan ‘microinfarct’ (salur darah kecil di otak tersumbat) yang boleh menyebabkan otak mengecut (ini istilah orang awam supaya senang difahami). Maksudnya banyak sel-sel otak telah mati

 

7. Benar kah jika memakan vitamin C dan udang boleh menyebabkan keracunan arsenik? Adakah sebarang kajian saintifik?

Makan vitamin C dan udang menyebabkan keracunan arsenik adalah tidak benar.

06.05.01 Pengajaran (diambil) Pada Umumnya Lafaz, Bukan Pada Khususnya Sebab (Bhg 01)

0

Panel: BroSyarief

Nota seterusnya merujuk kepada topik khas sebagaimana disusun oleh Ust Manna’ Qattan di dalam kitabnya Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, iaitu perbincangan berkaitan kaedah ‘Pengajaran diambil dari umumnya lafaz (sesuatu ayat), bukan dari khususnya sebab (yang menyebabkan ayat tersebut diturunkan).

#281216 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.05.01 Pengajaran (diambil) Pada Umumnya Lafaz, Bukan Pada Khususnya Sebab (Bhg 01) – الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Jika disepakati oleh para ulama, bahawa (ayat tertentu) yang turun bersama sebabnya dalam keadaan bersifat umum, dan (ayat tertentu yang lain pula) yang turun bersama sebab dalam keadaan bersifat khusus; maka pengajaran yang umum akan kekal di atas keumumannya, dan yang khusus kekal di atas kekhususannya.

Contoh bagi yang umum adalah pada ayat berikut:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ

“Mereka bertanya kepadamu tentang keadaan haidh.

قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ

Katakanlah: Ianya kotoran, maka jauhilah wanita ketika (mereka) dalam keadaan haidh,

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ

Dan jangan kalian dekati mereka sehinggalah mereka suci,

فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ

Maka, apabila mereka telah suci, maka datangilah mereka mengikuti apa yang diarahkan kepada kalian, oleh Allah.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Anas – radhiyalLaahu ‘anhu – meriwayatkan, katanya:

أَنَّ الْيَهُودَ، كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ فِيهِمْ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا وَلَمْ يُجَامِعُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ

‘Dahulu, orang-orang Yahudi, sekiranya wanita mereka didatangi haidh, mereka tidak akan memberi mereka makan, dan mereka tidak bergaul dengan wanita itu di dalam rumah (maknanya mereka dikeluarkan dari rumah).

فَسَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ‏{‏ وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ‏}‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ

Maka, sahabat-sahabat Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pun bertanya kepadanya.

Lalu Allahpun menurunkan ayat di atas sehingga ke hujung ayat tersebut.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اصْنَعُوا كُلَّ شَىْءٍ إِلاَّ النِّكَاحَ

RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – pun bersabda:

“Mereka boleh melakukan semua perkara – bersama wanita mereka – kecuali hubungan kelamin.”

[HR Muslim]

Maka, lafaz dan sebab yang umum menjadikan pengajarannya kekal bersifat umum, iaitu suami melayani isteri sebaiknya ketika haidh, tanpa melakukan hubungan kelamin.

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Cara Benar Membakar Lemak Dan Diet

0

1. Jikalau orang yang kurus menghadapi masalah mengantuk bolehkah dikaitkan dengan kolesterol?

Individu kurus yang mengantuk ini selalunya ada beberapa sebab.

  1. Kurang sel darah merah- anemia
  2. Kurang glukos didalam darah – ‘hypoglycemia’
  3. Masalah jantung yang mungkin tidak pernah diperiksa.

Serta banyak lagi sebab lain tetapi jarang berlaku. Boleh layari blog saya di http://drzubaidi.com/blog untuk dapat lebih banyak informasi.

 

2. Dari ‘web’ Doktor Zubaidi:

“Orang yang bersaiz obes juga mudah mengalami masalah yang sama (terlampau mengantuk di siang hari). Banyak kajian menunjukkan jika seseorang mula melakukan riadah dan dapat mengurangkan berat badannya, masalah ‘hypersomnia’ ini akan dapat dirawat tanpa sebarang ubat.”

Memang betul Doktor. Saya obes dan tiga minggu ini saya berkebun (sentiasa berpeluh). Memang badan payah/kurang hendak/rasa letih. Tidur saya kembali normal.

Terima kasih atas perkongsian.

Yang dikatakan riadah yang membakar lemak bukanlah dilihat pada berapa banyak peluh yang keluar tetapi degupan jantung harus melebihi 120 degupan seminit barulah lemak akan dibakar.

Dapatkan teknik yang betul untuk lakukan riadah.

Selalunya kita cadangkan buat senaman aerobik seperti lari laju sehingga degupan jantung 120 degupan selama 5 minit. Kemudian rehat seminit. Lari semula. Buat 3 hingga 5 pusingan.

Jantung kita tidak mampu berdegup 120 degupan seminit untuk jangka masa lama. Otot kita pula akan keletihan kerana tidak cukup oksigen dan nutrien. Oleh sebab itu kita hanya boleh lakukan selama 3 hingga 5 minit sahaja dan diikuti dengan rehat selama 1 minit.

Orang yang telah biasa ber‘jogging’ selalunya tiada masalah. Namun bagi orang yang sudah lama tidak ber‘jogging’ dan berumur 35 tahun ke atas perlulah berhati-hati.

Jikalau rasa tidak selesa pada dada semasa ber‘jogging’ perlu buat ECG (‘electrocardiogram’). Bukan kerana masalah serangan jantung tetapi kita bimbang ‘rhythm’(rentak) degupan jantung tidak sekata boleh menyebabkan kita pitam dan pengsan walaupun kita ‘fit’.

Tujuan ECG adalah untuk melihat fungsi aliran elektrik terus (‘direct current’) di dalam jantung. Jika aliran ini bermasalah ia akan menyebabkan ‘rhythm’ dan denyutan jantung bermasalah.

ECHOCARDIOGRAM pula adalah untuk melihat fungsi otot jantung dan injap. Ia juga dapat menganalisa pengaliran darah di dalam jantung iaitu berapa banyak kuantiti darah yang dikeluarkan dari jantung. Jadi kebocoran atau lubang pada otot jantung dapat dikesan.

 

3. ‘Carbohydrate’ diet itu maknanya kurang makan makanan berkarbohidrat menyebabkan insulin merangsang enzim yang menyebabkan penghasilan lebih banyak kolesterol. Adakah ia benar?

‘Carbohydrate’ diet itu maknanya makan banyak makanan ber’carbohydrate’.

Seperti yang telah saya terangkan, makanan berkolesterol menyumbang 20% hingga 30% sahaja kolesterol di dalam badan.

Secara ‘simple’/ringkasnya banyak ‘carbohydrate’ = tinggi ‘cholesterol’.

Memang zaman dahulu orang percaya bahawa makan banyak ‘cholesterol’ maka darah akan tinggi ‘cholesterol’. Namun kajian terbaru adalah seperti apa yang dinyatakan.

Karbohidrat yang diambil secara berlebihan akan ditukarkan menjadi tisu lemak di dalam badan.

 

4. Saya tidak tahu bagaimana cara hendak kurus. Saya selalu bersenam dan bertani. Makan pula seperti normal tetapi kemungkinan apa yang saya makan tidak kena. Apa nasihat terbaik? Saya risau dengan berat badan sebegini. Umur saya 23 tahun. Berat lebih kurang 100kg. Ketinggian saya adalah 175cm.

Anda masih muda. Jadi lebih senang untuk turunkan berat badan berbanding dengan warga yang ‘matang’. Berat ideal anda sepatutnya 75kg. Anda perlu mengubah apa yang dimakan dan gaya hidup secara menyeluruh. Lebihkan memakan sayur-sayuran. Keperluan Protein 75g/hari. 1 biji telur bersaiz A mengandungi 7g protein

Makan ‘complex carbohydrate’ = 1 kepal sahaja sebanyak 2 kali  sehari.

Telur REBUS boleh diambil 1 hingga 2 biji sehari. Di dalam kuning telur, ada kolesterol tetapi penawarnya adalah ‘lecithin’ yang sedia ada di dalam telur putih. Jika telur digoreng, ia (‘lecithin’) sudah dirosakkan.

‘Exercise’ – ‘aerobics’ dan ‘weight lifting’ untuk membakar lemak dan membina otot.

 

5. Bagaimana pula dengan dada ayam doktor? Adakah protein juga?

Ayam, ikan dan daging pun sumber yang kaya dengan protein tetapi perlu dibuang lemaknya.

 

6. Saya pernah membina otot tetapi telah berhenti. Dalam masa 3 bulan lepas badan saya makin “berkembang” dengan sendiri.

Kemungkinan kerana berhenti membina otot itu yang menyebabkan berat badan bertambah. Walau apa pun, diet dan ‘exercise’ yang betul sangat penting. Tiada jalan singkat.

Perlu konsisten kerana kita menjadi gemuk bukan di dalam tempoh 3 bulan tetapi tahun demi tahun. Oleh itu, untuk kurus pun akan mengambil masa yang sama. Perlu usaha yang gigih dan penuh kesabaran.

Jika hendak kuruskan badan ‘stress management’ juga kena bagus kerana ada orang hilangkan ‘stress’ dengan makan.

 

7. Doktor, katakan lah pagi saya makan telur setengah masak 2 biji dengan air teh. Untuk makan tengahari saya makan nasi sekepal dengan sayur dan ayam seketul. Untuk malam pula saya makan 2 keping roti dengan secawan air kurang manis. Air masak 2 botol 1.5liter dan ‘exercise’ pada petang hari. Bolehkah?

  1. Protein tidak cukup 75g sehari (2 biji telur dan seketul ayam hanya penuhi separuh keperluan harian). Ikan adalah pilihan yang lebih baik daripada ayam dan daging.
  2. Air teh dibancuh bersama gula? ‘Green tea’ tanpa gula lebih baik.
  3. Nasi sekepal untuk tengahari lebih baik tukar kepada nasi beras perang.
  4. Roti putih adalah karbohidrat ringkas dan ia tidak baik untuk badan.
  5. Tiada Protein waktu makan malam? Saya cadangkan makan ikan sebesar/setebal tapak tangan sendiri yang telah dikukus/dibuat sup/panggang.
  6. 3 liter air sudah memadai tetapi jika ada ‘exercise’ atau sedang musim panas, perlu minum lebih.

Lebih baik jika dapat minum “air bersih” 2.5 liter hingga 3 liter sehari.

Jangan makan apa-apa makanan selepas jam 8 malam tetapi boleh minum air kosong. Juga baik jika  diamalkan minum air kosong segelas sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun dari tidur.

Ulat Buku: al-Fiqh al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i

0

Dikongsi Oleh: Syahmuzir Nordzahir

Alhamdulillah, kitab ini sudah ada stok!
Dapatkan segera sebelum kehabisan sekali lagi!

*****
Tawaran Poslaju PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Tawaran 50% Diskaun Poslaju ke Sabah, Sarawak dan Labuan!

Tawaran ini tamat pada 10/11/2017 (Jumaat)
*****

Kitab ini telah diterjemahkan dari karya asal yang bertajuk al-Fiqh al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i. Ia merangkumi pelbagai perkara fiqh berdasarkan madzhab al-Imam asy-Syafi`i dan sangat terkenal di kalangan para ulama dan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama yang bermadzhab feqh asy-Syafi`i.

Ia dihasilkan oleh ashab al-fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji. Kitab yang dihasilkan oleh 3 orang ulama Syria ini selalu menjadi rujukan dan bahan kuliah di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah agama dan masjid-masjid. Ia sangat wajar dimiliki, dibaca dan ditekuni oleh masyarakat negara kita yang majoriti bermadzhabkan madzhab fiqh al-Imam asy-Syafi`i.

==============
KEISTIMEWAAN
==============

Berdasarkan pengamatan Sheikh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri sebagai Pengarah dan Musyrif Lajnah penterjemahan kitab ini, beliau dapati buku ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Berikut ini disenaraikan antara yang telah disebut oleh beliau di dalam muqaddimah kitab ini:

1. Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam feqah al-Shafi`i.
2. Kitab ini menggabungkan pernyataan fiqh dengan dalil-dalil naqli dan aqli.
3. Manhaj dan sistem buku ini dari segi metodologinya adalah sama pada setiap bab dan kitab.
4. Hadith yang dikemukakan dinyatakan nombor hadith, bab bagi hadith tertentu dan turut disertakan takhrijnya.
5. Pengarang juga menyebut sejarah pensyariatan tentang sesuatu perkara seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.
6. Kadang-kadang di dalam terjemahan kitab ini, penulis juga menyebut pendapat fuqaha’ seperti Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali dan lain-lain. Ini menambahkan lagi khazanah ilmiah bertunjangkan fiqh al-Syafi`i.
7. Buku ini dimuqaddimahkan dengan pengenalan fiqh atau disebut dengan Madkhal Am yang mengandungi pengertian, kaitan antara fiqh dan aqidah, sifat fiqh, sumber-sumber fiqh dan juga pengertian istilah ilmu fiqh seperti fardhu, wajib dan lain-lain.
8. Pengarang juga menyebut wajah istidlal atau fiqh hadith yang dapat diambil daripada nas-nas naqli.
9. Kadang-kadang, pengarang menyebut sifat ibadah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang merentasi mazhab seperti cara Rasulullah berwudhu’, ibadah haji Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan lain-lain.
10. Ada kalanya disebut hukum-hukum dan masalah fiqhiyyah di bawah satu-satu tajuk untuk menambahkan lagi kefahaman dan permasalahan fiqh seperti dalam bab talaq, `iddah dan lain-lain.
11. Susunan dan metodologi buku ini menyamai risalah atau tesis Master dan PhD. Ini tidaklah janggal kerana pengarang diasuh dengan sistem tersebut ketika menyiapkan tesis masing-masing. Tidak syak lagi, kesarjanaan mereka terserlah berdasarkan metodologi yang mereka terokai.
12. Pengarang mengemukakan contoh-contoh yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan realiti masa kini bagi memantapkan kefahaman pembacanya.
13. Pengarang juga menyebut hikmah dan asrar berkenaan dengan hukum yang ditaklifkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala atau pensyariatan ibadat. Ini disebut secara khusus di bawah tajuk hikmah.

==============================
MAKLUMAT KITAB TERJEMAHAN BM
==============================

Judul: Al-Fiqh al-Manhaji.
Oleh: Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji.
Penterjemah: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.
Harga: RM229/set

Set ini mengandungi 4 jilid lengkap, iaitu:

1) Ibadat Dalam Fiqh Al-Syafi`i
==> 836 muka surat
==> Berkulit keras
==> Muqaddimah, Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah, Zakat Fitrah, Qurban dan Pengurusan Jenazah, Zakat, Puasa, I`tikaf, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan, Kaffarah.

2) Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi`i
==> 457 muka surat
==> Berkulit keras
==> Nikah & Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut`ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Pelbagai Permasalahan Hukum, Tips Keluarga Bahagia.

3) Muamalat & Kewangan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi`i
==> 477 muka surat
==> Berkulit keras
==> Jual Beli, Khiar, Al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba, Safr, Hutang, Anugerah, Kontrak Sewa, Ji`alah, Al-Sulh, Hiwalah, Syuf`ah, Musaqah, Muzara`ah, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan.

4) Wasiat & Jenayah Dalam Fiqh Al-Syafi`i
==> 692 muka surat
==> Berkulit keras
==> Wakaf, Wasiat, Pemegang Amanah, Ilmu Faraid, Wakalah, Paksaan, Rampasan, Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Qazaf, Minum Arak, Dadah, Mencuri, Hirabah, Serangan, Pemberontak, Murtad, Hukuman Meninggalkan Solat, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pembahagian, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin Utama.

=======================
PERTANYAAN / PEMBELIAN
=======================

Untuk sebarang pertanyaan/urusan pembelian, tuan/puan boleh hubungi nombor berikut:

019 – 382 6408 (En Shah)
019 – 382 6408 (En Shah)
019 – 382 6408 (En Shah)

Atau terus klik pautan berikut untuk menghantar mesej WhatsApp:
https://wasap.my/60193826408
https://wasap.my/60193826408
https://wasap.my/60193826408

Terima kasih 🙂

Kawaid Bid’ah 16/16

0

 

Tidak Semua Pelaku Bid’ah Otomatik jadi Ahli Bid’ah

(القاعدة السادسة عشر: ليس كل من وقع في البدعة صار مبتدعاً)

 

Kata maulana Zakariyyah al-Bakistani, Taudhih Usyul Fiqh ala manhaj ahl hadith, ms 1:216)

لا يحكم على الرجل بكونه مبتدعا بمجرد وقوعه في البدعة، لأنه قد يكون وقع في البدعة بسبب جهل أو خطأ منه وليس عن عمد وقصد، فلا يلزم من وقوعه في البدعة أن يحكم عليه بأنه مبتدع، وإنما يحكم عليه بأنه مبتدع بعد إقامة الحجة عليه وانتفاء الشبهة عن ما فعله، وعلى هذا جرى عمل السلف الصالح، فإنهم يحكمون على الفعل الذي وقع من شخص ما بأنه بدعة ولا يحكمون على الفاعل بأنه مبتدع إلا بعد إقامة الحجة عليه

Tidak boleh mudah menghukum seseorang dengan gelaran ahlil Bid’ah semata-mata dia terjebak dengan amalan bid’ah, kemungkinan dia melakukannya kerana jahil atau tersalah atau disengajakan.
Contoh: Dia melakukan tahlil arwah, kemungkinan dia jahil, atau kerana tekanan dari masyarakat dan keluarga. Ramai orang solat hajat perdana SPM 2015, mungkin kerana dia jahil atau tekanan dari pihak sekolah dan PIBG.
Seseorang boleh dilabel Ahlil Bid’ah bila dia melakukan dengan sengaja dan setelah ditegakkan hujah ke atasnya. Manakala amalan salafus soleh ialah mereka menghukum amalan itu sebagai amalan bid’ah, tapi tidak menghukum orang yang melakukan bid’ah sebagai ahlil bid’ah kerana khuatir dengan unsur-unsur tadi (jahil, tidak sengaja dan tersalah).

 

Syarah: Bid’ah dihukumkan ke atas amalan

tersebut bukan pelakunya.

 

 

TAMAT

Kawaid Bid’ah 15/16

0

 

Maslahah Mursalah bukanlah Bid’ah

(القاعدة الخامسة عشر: المصلحة المرسلة ليست من البدعة في شيء)

 

Kosa kata:

  • Maslahah Mursalah,
    Maslahah bermaksud yang memberi kebaikan dan menolak keburukan kepada manusia.

 

  • Mursalah lepas bebas
    Maslahah Mursalah bermaksud setiap manfaat yang didalamnya terdapat tujuan syarak secara umum, namun tidak terdapat dalil yang secara khusus menerima atau menolaknya.

 

Contoh maslahah mursalah:

1.Pemilihan Abu Bakar ra sebagai khalifah, khalifah amat penting tetapi metod memilih khalifah tidak ada nas.

2.Tindakan Uthman membukukan al-Quran menjadi satu musyhaf standard, sedangkan ia tidak ada suruhan dari Nabi saw.

 

Perbezaan Maslahah Mursalah vs Bid’ah Dhalalah:

 

1.Maslahah Mursalah (MM) terdapat dalil umum dan maslahah bersama untuk menyokongnya, manakala Bid’ah tidak disokong oleh nas.

 

2.Syarak datang untuk mengukuhkan maslahah kepada manusia dan menolak mudharat, manakala bid’ah tidak membawa maslahah bahkan menambah mudharat.

 

3.Maslahah Mursalah (MM) tidak terdapat tuntutan melakukannya pada zaman salaf ATAU tuntutan melakukanya ada tetapi terdapat halangan melakukannya; manakala bid’ah tidak ada halangan dilakukan pada zaman salaf tetapi salaf tidak melakukannya.

قال الشنقيطي في المصالح المرسلة “21”: فالحاصل أن الصحابة رضي الله عنهم كانوا يتعلقون بالمصالح المرسلة التي لم يدل دليل على إلغائها، ولم تعارضها مفسدة راجحة أو مساوية
ولكن التحقيق أن العمل بالمصلحة المرسلة أمر يجب فيه التحفظ وغاية الحذر حتى يتحقق صحة المصلحة عدم معارضتها لمصلحة أرجح منها، أو مفسدة أرجح منها، أو مساوية لها، وعدم تأديتها إلى مفسدة في ثاني حال

Berkata al-Syinqiti (alMasalih, ms 21), para sahabat banyak menggunapakai masolih mursalah selagi tiada dalil yang menghapuskannya dan bertentangan dengan mudharat yang kuat atau sama dengannya. Tapi penggunaan masolih perlu dilakukan dengan ketelitian agar tidak bertembung dengan maslahat yang lebih besar atau bertembung dengan mudharat yang lebih kuat.

Contoh masolih ialah membina penjara, mencetak matawang kertas, menyusun sistem pentadbiran kerajaan menjadi kementerian. Walaupun ia tidak ada pada zaman salaf, tetapi ia menjadi masolih di zaman kini dan ia bukan bid’ah.

 

Rumusan:

Ramai orang keliru antara masolih dengan bid’ah, mereka menyatakan menaiki kereta itu bid’ah, naik haji dengan kapalterbang bid’ah, memasang aircond juga bid’ah.

Yang sebenarnya ia dalam urusan kemaslahatan hidup manusia dan dinamakan masolih mursalah.

 

Diet Tembikai dan Gula

0

1. Salah seorang dari kawan saya mengikuti satu kelas diet. Tidak pasti dengan doktor mana. Katanya untuk kurus, makan tembikai 1kg setiap malam tanpa makan nasi kerana tembikai penuh dengan air dan tinggi kandungan antioksida. Adakah ini benar doktor? Terasa pelik pula.

Makan tembikai 1kg memang banyak air tetapi juga banyak gula yang akan ditukarkan kepada lemak. 1kg tembikai bersamaan 300kcal.

Perbezaan gula di dalam jus buah dengan gula di dalam buah adalah:

a.  Kandungan gula di dalam buah adalah lebih rendah dari jus buah.

b.  Buah mengandungi serat tetapi jus buah tiada. Mungkin peranan serat ada membantu dalam kesihatan tetapi khasiatnya setakat ini saya tidak tahu. Dengan kata lain, makan buah mentah-mentah lebih bagus daripada minum jus buah.

Malah di US, sejak mempromosikan makanan kurang lemak, ramai orang suka minum air jus. Dan sejak dari itu kes obesiti meningkat.

 

2. Doktor, soalannya katakan lah,  gula 50mg ‘high glycemic index’ dengan gula 50mg ‘low glycemic index’. Di antara kedua-duanya adakah ia menyebabkan badan menghasilkan kolesterol dengan kadar yang sama atau berbeza?

Yang ‘high glycemic index’ itu ‘more dangerous’. Makanan yang tinggi ‘glycemic index’ akan menghasilkan ‘insulin surge’ yang lebih cepat mengaktifkan HMG-CoA ‘Reductase’.

Badan kita boleh menghasilkan kolesterol sendiri. Bila insulin tinggi disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi , insulin itu akan turut merangsang sejenis enzim untuk penghasilan lebih banyak kolesterol.

**Terma yang berakhir dengan –“ase” itu biasanya adalah hormon atau enzim.

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-30

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Ke-30

Ayat ini adalah ayat Tabsyir (berita gembira). Ayat ini dan tujuh ayat seterusnya adalah penjelasan tentang mereka yang mempunyai iman yang tinggi. Dengan melakukan dakwah, kita boleh sampai ke tahap ini.

إِنَّ الَّذينَ قالوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ استَقاموا تَتَنَزَّلُ عَلَيهِمُ المَلائِكَةُ أَلّا تَخافوا وَلا تَحزَنوا وَأَبشِروا بِالجَنَّةِ الَّتي كُنتُم توعَدونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah SWT”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka: “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا

Sesungguhnya orang-orang yang berkata

Iaitu yang berkata dengan lidah dan juga hati. Sebab kalau dengan lidah sahaja adalah munafik. Lidah dia kena berkata sepertimana hati dia yakin.

Untuk berkata ini pun kadang-kadang memang sukar, jika kita berada dalam kalangan orang yang tidak sama fikrah (fikiran) mereka dengan kita. Namun, Allah SWT telah memuji mereka yang berani berkata dalam ayat ini.

Apa yang mereka kata?

رَبُّنَا اللَّهُ

Tuhan, Pencipta, Pemelihara kami adalah Allah SWT

‘Rabb’ adalah satu perkataan yang komprehensif. Bukan hanya bermaksud ‘Tuhan’. Secara ringkasnya, rabb bermaksud yang ‘mencipta, memelihara dan menjaga’.

Kita juga mengaku bahawa Allah SWT itu tuan kita dan kita adalah hamba kepada-Nya. Kita akan taat kepada-Nya sahaja. Sepertimana seorang hamba akan taat kepada tuan dia, begitulah kita dengan Allah SWT.

ثُمَّ اسْتَقَامُوا

Kemudian dia tetap dengan kepercayaan kata-katanya itu

Mengucap syahadah mudah sahaja, tetapi untuk tetap mengamalkannya, untuk tetap berdiri di atasnya, adalah susah. Ada sahaja yang menghalang. Mungkin keluarga kita, masyarakat kita, malah macam-macam lagi yang menghalang kita dari tetap atas iman. Maka, kena ada usaha yang gigih untuk terus berpegang dengannya.

Lafaz اسْتَقَامُوا dari perkataan ‘qiyam’, iaitu bermaksud ‘berdiri’. Ini adalah isyarat seorang yang telah bangun berdiri selepas lama tidur dan untuk tetap berdiri walau apa pun yang terjadi. Kita tetap akan kata Allah SWT itu adalah Tuhan kita dan tidak ada ilah-ilah yang lain.

‘Tetap’ itu bukan sahaja untuk amalkan, tetapi kena sebarkan. Dan memang akan kena ujian, namun, walau apa ujian yang sampai, dia akan tetap terus menyampaikan kepada manusia. Sampai mati, bukan sekejap-sekejap sahaja.

Walau apa pun yang terjadi, kita akan hanya sembah Allah SWT sahaja, beribadat kepada Allah SWT sahaja, seru kepada Allah SWT sahaja, tidak akan melakukan perkara syirik walaupun masyarakat sekeliling kita tidak suka, tidak setuju, pandang cemuh pendirian kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berdoa kepada selain dari Allah SWT. Kita akan hanya terus doa kepada Allah SWT sahaja, tanpa melalui perantaraan.

Walau pun masyarakat sekeliling kita bertawassul dengan berbagai-bagai sembahan mereka. Sebagai contoh, setiap hari akan ada orang yang melakukan Majlis Tahlil.

Apa kaitan Majlis Tahlil itu dengan tawassul? Semasa memulakan majlis tahlil itu, tekong tahlil akan memulakan bacaan dengan membaca ‘ila hadratin nabiy, muhammadil mustafa, rasulullahi sollalahu alaihi wassalam, wa ala aalihi, wa ashaabihi…. dan seterusnya’.

Itulah bacaan tawassul – iaitu menggunakan Nabi, keluarga baginda, para sahabat dan sebagainya sebagai perantaraan untuk menyampaikan doa supaya pahala amalan pada majlis tahlil itu diberikan kepada si mati.

Amalan tawassul ‘ila hadratin’ itu juga berleluasa dalam majlis-majlis lain, bukan setakat Majlis Tahlil sahaja. Antaranya, sebelum memulakan zikir-zikir tertentu, ramai yang memulakan zikir mereka dengan bacaan ila hadratin itu.

Kita kena istiqamah dalam menolak amalan-amalan tawassul ini dan amalan-amalan syirik yang lain. Bukanlah senang untuk tidak menghadirkan diri di Majlis Tahlil ini kerana boleh dikatakan semua orang buat. Sikit-sikit Majlis Tahlil. Lalu orang menyangka ini adalah satu ibadat pula dalam agama, sedangnya ia tidak.

Dan masalahnya, yang menghadirinya adalah orang-orang yang dianggap orang sebagai ‘orang agama’ dalam masyarakat – tok imam, tok bilal, qariah masjid, tok lebai, ustaz dan sebagainya. Padahal ia bukanlah satu anjuran dalam agama Islam. Tidak ada langsung contoh amalan ini dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Sedangkan kalau ia baik, tentu baginda dan para sahabat sudah lama melakukannya.

Oleh kerana ia telah dianggap sebagai satu majlis agama Islam, maka kita yang tidak pergi ini pula yang dianggap ‘pelik’. Mereka kata kita tidak bermasyarakat, memutuskan silaturahim dan sebagainya.

Namun, kita hendaklah istiqamah. Tetap teguh tidak menghadiri majlis-majlis bidaah dan syirik sebegini. Biarlah apa orang kata, biarlah apa yang mereka akan ejek kita. Semoga lama kelamaan masyarakat akan faham. Semoga lama kelamaan mereka akan tertanya-tanya kenapa kita tidak menghadiri majlis sebegini. Semoga mereka mencari sebabnya dan mereka bertemu punca kenapa kita tidak mahu menghadiri majlis sebegini. Dan istiqamah ini memang susah. Kerana itu pahalanya amat besar.

Kita jangan pergi supaya mereka pun berat hati untuk menganjurkan Majlis Tahlil dan kalau mereka tidak anjur pun, mereka pun tidak menghadirinya. Lama kelamaan, ‘demand’ untuk Majlis Tahlil pun tidak ada atau berkurangan. Dan semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang jadi pemangkin untuk menghapuskan satu majlis bidaah yang mungkar.

Bagaimana kita hendak buat? Kita tukar kepada majlis agama. Saya pun pernah orang ajak jadi tekong untuk majlis baca doa selamat. Saya kata, OK. Tetapi saya tukar jadi kelas tafsir Al-Quran sebab waktu itu hendak sambut Ramadhan, jadi saya tafsir ayat-ayat tentang puasa. Tetapi, lepas tu tidak ada lagi orang yang menjemput.

Jadi, kena istiqamah. Bagi mereka yang belum lagi mencapai tahap istiqamah ini, mereka akan pergi juga ke majlis ini. Sama ada mereka tahu ia salah atau tidak, kita tidak pasti. Ada kemungkinan, ada yang tidak setuju dengan majlis sebegini, sudah tahu ia bidaah dan salah, tetapi kerana takut dikata orang, takut dipandang serong oleh orang, takut kena ‘chop’ sebagai orang yang tidak bermasyarakat, sebagai pemecah belah masyarakat, mereka pergi akhirnya. Itu belum istiqamah lagi maknanya.

Jadi kalimah istiqamah ini kita mungkin biasa sudah dengar – ia bermaksud: berpegang teguh. Anjuran istiqamah ini pun ada disebut dalam hadis Nabi:

عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

 Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiAllahuanhu dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selain mu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah SWT, kemudian berpegang teguhlah. (Riwayat Muslim).

Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

“Amalan yang paling dicintai Allah SWT adalah amalan yang rutin dilakukan meskipun sedikit”.

(Hadith Shahih, Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat Shahiihul Jaami’ no. 163).

Apakah ganjaran kepada mereka yang istiqamah ini? Apakah yang Allah SWT janjikan?

تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ

Maka akan turun para malaikat ke atasnya;

Iaitu para malaikat menyambutnya semasa dia mati. Allah SWT hendak beri semangat dan sebagai tasliah (pujukan) kepada orang mukmin yang menjalankan tugas sebagai seorang muslim sejati. Ia adalah satu anugerah besar yang Allah SWT beri kepada orang beriman. Ada pendapat yang mengatakan sebanyak 500 malaikat akan sambut roh itu semasa masuk kubur. Mungkin lebih, mungkin kurang, bilangannya tidak penting.

Kepada orang beriman, Allah SWT akan berikan bantuan kepada mereka. Semasa dia hendak mati, Allah SWT akan beri dia nampak beribu-ribu malaikat kepadanya. Apa yang mereka akan kata? Mereka akan memberikan kita berita-berita gembira yang akan menenangkan kita. Semoga kita mendapat anugerah ini apabila kita mati nanti. Amin.

Ada juga yang mengatakan bahawa ayat ini juga bermaksud semasa kita hidup, malaikat akan diturunkan kepada kita untuk memberi semangat kepada kita. Kalau dalam ayat 29 surah ini dan ayat-ayat lain, ada diceritakan bagaimana ada manusia yang tidak beriman sempurna akan ditemani oleh jin dan manusia yang jahat semasa mereka di dunia. Syaitan-syaitan dari golongan jin dan manusia akan membisikkan keburukan kepada mereka – suruh mereka buat perkara yang jahat dan bidaah.

Tetapi, kepada mereka yang beriman dan istiqamah, mereka akan ditemani oleh malaikat. Malaikat itu akan membisikkan perkara yang baik-baik sahaja kepada kita dan memberi semangat kepada kita.

Pendapat ini disokong oleh hadis-hadis Nabi, antaranya:

Dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak Adam dan bagi Malaikat ada pula bisikan. Adapun bisikan syaitan ialah menjanjikan yang buruk-buruk dan mendustakan kebenaran. Dan adapun bisikan malaikat ialah menjanjikan yang benar dan menerima kebenaran dengan jujur. Kalau pernah terdapat demikian, ketahuilah bahawa itu adalah dari Allah SWT, maka pujilah Allah SWT. Dan barang siapa yang mendapat selain itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan.” [Riwayat Tirmidhi dan an-Nasa’i].

أَلَّا تَخَافُوا

Kamu jangan takut;

Inilah kata-kata malaikat itu. Jangan kamu takut tentang apa yang akan kamu hadapi di hadapan nanti.

Memang kita akan takut dan kerana itulah malaikat itu akan beri pujukan dan ketenangan kerana ia telah diuruskan. Jangan takut sama ada kamu akan masuk neraka, kerana kamu akan diselamatkan; Ini penting kerana macam kita pergi ke tempat yang baru, kita akan rasa kekok. Dan sekarang pula adalah negeri akhirat, lagi menakutkan, maka kalau ada yang sambut kita, itu adalah nikmat yang amat besar.

وَلَا تَحْزَنُوا

jangan kamu bimbang

Jangan bimbang akan apa yang akan kamu tinggalkan di rumah dan di dunia. Jangan ingat tentang kereta dan apa semua harta yang ditinggalkan.

Jangan risaukan tentang keluarga kamu – semuanya akan diuruskan. Lagi pun, harta benda dan keluarga itu tidak sama nilainya sama sekali kalau dibandingkan dengan nikmat yang menunggu di alam akhirat nanti.

Jadi, ‘takut’ untuk masa hadapan dan ‘bimbang’ untuk perkara yang sudah lepas. Oleh itu, jangan takut menghadapi alam kubur/akhirat dan jangan bimbang apa yang kamu akan tinggalkan di dunia.

وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ

Dan terimalah khabar gembira

Iaitu mereka dijanjikan dengan syurga. Adakah balasan yang lebih baik dari balasan syurga? Bukan itu kah yang kita sangat-sangat kita harapkan?

Setiap hari kita minta syurga dan sekarang, malaikat janji yang kita akan masuk ke syurga.

Masa di syurga adalah tempat untuk bergembira. Hidup untuk memenuhi keinginan nafsu sahaja. Tidak ada lagi tanggungjawab ibadat yang perlu dipenuhi.

الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

yang dijanjikan kepada kamu dulu.

Dulu semasa di dunia, telah dijanjikan kepada kita semua, kalau buat baik, beriman, tidak buat syirik, maka kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Berkali-kali telah disebut, berkali-kali telah diingatkan kepada kita. Maka, pada hari itu, janji itu akan ditepati. Alangkah indahnya!! Semoga kita semua tergolong dalam golongan ini.

Memang kita tidak patut takut selain kepada Allah SWT tetapi takut di sini adakah sama seperti kita takut kepada perompak dan lain-lain yang berupa ancaman bahaya contohnya sihir? Perlu ke kita takut kepada sihir dan kesan-kesannya? Bagaimana hendak jelaskan kepada mereka yang mengatakan takut kepada Allah SWT juga takut kepada ancaman bahaya yang mereka tidak punya ilmu mengenainya?

Perasaan takut adalah normal dalam diri manusia. Jika langsung tidak ada rasa takut, itu maknanya tiada hati. Orang berani bukan tidak takut, walaupun dia takut, tetapi dia teruskan juga.

Takut kepada jin, sihir adalah perkara ghaib. Perkara-perkara ini tidak perlu takut kerana kita berlindung dengan Allah SWT. Benda kita tidak nampak, hendak takut buat apa?

Contohnya macam lembu hendak langgar kita, itu adalah sebab kita memang nampak maka, patutlah kalau kita takut, bukan?

Allahu a’lam.

Kawaid Bid’ah 14/16

0

 

 

Tidak disyariatkan beribadat dengan perkara yang Harus

(لا يشرع التقرب إلى الله بالمباحات)

 

قال شيخ الإسلام كما في مجموع الفتاوى “11/450 – 451”: فهذا أصل عظيم تجب معرفته والاعتناء به وهو أن المباحات إنما هي تكون مباحة إذا جعلت مباحات، فأما إذا اتخذت واجبات أو مستحبات كان ذلك ديناً لم يشرعه الله، وجعل ما ليس من الواجبات والمستحبات منها بمنزلة جعل ما ليس من المحرمات منها، فلا حرام إلا ما حرمه الله، ولا دين إلا ما شرعه الله، ولهذا عظم ذم الله في القرآن لمن شرع ديناً لم يأذن الله به، ولمن حرم يأذن الله بتحريمه، فإذا كان هذا في المباحات فكيف بالمكروهات أو المحرمات؟!..، ثم قال: وبإهمال هذا الأصل غلط خلق كثير من العلماء والعباد يرون الشيء إذا لم يكن محرما لا ينهى عنه، بل يقال إنه جائز، ولا يفرقون بين اتخاذه ديناً وطاعة وبراً، ودبين استعماله كما تستعمل المباحات المحضة، ومعلوم أن اتخاذه ديناً بالاعتقاد أو الاقتصاد أو بهما أو بالقول أو بالعمل أو بهما من أعظم المحرمات وأكبر السيئات

 

Penjelasan Imam Ibn Taymiyah.

Kata Syaikhul Islam (Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam, 11:450)“apa yang harus kekal harus, ia tidak boleh diubah kepada sesuatu yang wajib atau sunat. Jika amalan harus ditukar kepada sunat atau wajib, maka ia adalah bid’ah atau menjadikan sesuatu itu ibadat yang tidak disyariatkan. Maka, perkara harus, sunat dan wajib diletakkan mengikut apa yang Allah dan Rasul tetapkan, sama seperti yang halal/haram. Ia mesti mengikut apa yang Allah telah tetapkan.

Contoh perkara yang harus dijadikan sunat ialah capal Nabi saw. Memakai selipar adalah perkara harus, begitu juga berkaki ayam. Maka menjadikan capal sebagai perkara yang sunat dan mendekatkan diri kepada Allah adalah sesuatu kebodohan akan syariat dalam menentukan apa yang harus, sunat dan wajib.

Kata Syaikhul Islam: “Ada ulamak menyatakan:” apabila sesuatu amalan itu tidak diharamkan, maka tidak ada tegahan melakukannya, bahkan melakukannya adalah harus; yang sebenarnya, melakukan amalan yang asalnya harus kemudian menjadikan ia amalan agama baik secara niat atau amalan adalah perbuatan bid’ah yang tercela.”

Contoh: tahlil arwah, mereka menyatakan ia adalah amalan yang tidak diharamkan kerana tidak ada tegahan dari al-Quran atau sunnah; kemudian mereka menukar amalan tersebut kepada sedekah dan doa kepada si mati dengan kata lain tahlil arwah sebagai amalan agama.

 

Rumusan:

1. Bid’ah jika menjadikan perkara harus menjadi ibadat sunat atau wajib

2. Bid’ah jika menjadikan sesuatu amalan yang tidak dilarang syarak kepada ibadat

Popular

Iklan

Iklan