Talbis Iblis: Berhati-hati dengan Nafsu
Kita kena berhati-hati dan curiga dengan nafsu kerana nafsu ini adalah kawan baik bagi syaitan.
Syaitan selalu menggunakan nafsu untuk memperdayakan manusia. Ini kerana nafsu memang mahu macam-macam dan senang sahaja syaitan cucuk nafsu itu.
Maka kita kena sentiasa menggunakan akal untuk menilai perbuatan kita. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam kita hendak buat.
Salah satu kehendak nafsu adalah ingin terus hidup senang. Manusia kalau senang, memang hendak kekal senang.
Namun manusia lupa yang perubahan pasti akan berlaku. Keadaan tidak sentiasa sama. Sekali sekala Allah ﷻ akan berikan dugaan dan ujian kepada kita.
Iblis pandai. Dia sudah nampak kelemahan manusia dalam hal ini. Maka dia perasan yang Nabi Adam عليه السلام hendak kekal dalam syurga. Jadi Iblis gunakan titik kelemahan ini.
Iblis datang kepada Nabi Adam عليه السلام dan tawarkan kedudukan ‘kekal’ dalam syurga. Iblis kata kalau hendak kekal, kenalah makan dari pokok itu. Kalau tidak makan, tentu jadi macam dia (Iblis) yang sudah kena keluar dari syurga.
Iblis cucuk: Allah ﷻ memang sudah rancang untuk letak Nabi Adam عليه السلام di dunia. Sebab itu tubuh Adam عليه السلام diambil dari tanah, sudah diajar tentang perkara-perkara yang ada dalam dunia.
Maka Iblis kata yang Allah ﷻ tidak izinkan Nabi Adam عليه السلام makan buah dari pokok itu adalah kerana tidak mahu Nabi Adam عليه السلام kekal dalam syurgalah. Kalau makan dari pokok itu, dia akan kekal dalam syurga dan Allah ﷻ tidak mahu begitu.
Begitulah, Iblis jadi “consultant” yang “con”. Dia buat seolah-olahdia bagi nasihat ke arah kebaikan tetapi sebenarnya dia menipu sahaja. Maka kena berhati-hati dengan nasihat dari syaitan. Nampak macam niat dia baik, tetapi ingatlah yang syaitan tidak akan bagi nasihat untuk kebaikan.
Maka kalau apa-apa sahaja bisikan untuk buat sesuatu, kena periksa dengan dalil dan hukum. Jangan termakan dengan bisikan syaitan untuk keluar dari ketaatan.
Soalan:
Bolehkah kita sebagai manusia ini membezakan antara bisikan syaitan ataupun nafsu sendiri?
Jawapan:
Tidak boleh. Kalau boleh, senang lah hendak selamat. Kalau melawan syariat sahaja, jangan ikut.
Soalan:
Maksudnya bisikannya adalah sama sahaja?
Jawapan:
Ya. Kita tidak dapat hendak bezakan.
Soalan:
Kalau ingin menghalau syaitan ada doanya iaitu dengan ta’awuz. Bagaimana pula doa untuk menghalau nafsu sendiri? Atau hanya boleh kawal sahaja?
Jawapan:
Sebab nafsu tidak boleh dihalau hanya boleh dikawal.
Nafsu bukanlah jahat keseluruhannya. Sebab itu tidak boleh matikan nafsu. Cuma kena penuhi kehendak nafsu yang halal sahaja.
Memang ada doa untuk kebaikan dan berlindung dari hawa nafsu yang mungkar 👇.