Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Manusia Adalah Pelupa

Talbis Iblis: Manusia Adalah Pelupa

539
0
Iklan

Talbis Iblis: Manusia Adalah Pelupa

Bagaimana syaitan boleh berjaya menipu manusia? Syaitan tahu kelemahan utama manusia iaitu pelupa dan selalu lupa.

Memang begitulah sifat manusia dan Allah‎ ﷻ telah sebut dalam [Taha:115]

وَلَقَد عَهِدنا إِلىٰ آدَمَ مِن قَبلُ فَنَسِيَ وَلَم نَجِد لَهُ عَزمًا

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Allah ‎ﷻ sudah beritahu kepada Nabi Adam عليه السلام yang Iblis itu musuh manusia. Awal-awal lagi sudah diberitahu. Namun Adam عليه السلام akhirnya termakan juga dengan pujukan Iblis untuk mendekati pokok larangan. Kisah ini semua sudah tahu.

Kita anak cucu baginda pun begitulah juga. Sering terlupa. Semua sudah tahu Iblis itu musuh kita yang nyata. Semua sudah tahu syaitan sentiasa sahaja hendak menipu kita. Syaitan bukan ada kerja lain, menipu manusia memang adalah “full time profession” mereka tetapi sudah tahu pun masih tertipu juga.

Sudah belajar Talbis Iblis pun belum tentu selamat lagi. Sebab sudah tahu teknik mereka pun, kadang-kadang terlupa.

Jadi, kalau tidak tahu teknik syaitan dengan belajar talbis iblis, maka, tidak tahulah.

Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat Taha itu: “Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.”

Salah satu tafsir potongan ayat ini: Baginda ada keazaman yang kuat untuk ingat yang Iblis itu musuh dan akan menipu baginda.

Bukannya tidak tahu, tetapi keazaman hendak mengingat itu tidak kuat. Maka kita yang sudah belajar cara-cara Iblis ini, untuk selamat adalah kena ada azam hendak ingat apa yang telah belajar. Belajar sahaja tidak cukup, kerana nanti selalu terlupa.

Kita kena sentiasa berhati-hati dengan cara iblis dan syaitan. Syaitan tidak pernah mahu kita selamat.

Namun begitu, harus diingatkan yang syaitan ada juga suruh kita membuat benda baik. Namun niat dia jahat. Maka kena berhati-hati dengan saranan syaitan. Dia mungkin suruh buat benda baik, tetapi kalau ia adalah daripada syaitan, maka itu adalah perangkap.

Contoh: Dia suruh kita post kejayaan kita di FB. Dia bagi alasan: “Alaahhh, ini nak bagi orang lain bersemangat ikut kau.. mereka pun akan ikut juga”.

Akhirnya ada orang puji sana sini, maka, kita sudah menjadi riak.


Soalan:
Disebabkan penyakit pelupa ini lah, syaitan sentiasa mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia?

Jawapan:
Ya, benar.


Soalan:
Sebab itulah selain daripada keazaman yang kuat untuk ingat kita juga harus berkawan rapat dengan kawan-kawan yang baik yang sentiasa mengingatkan kita yang sentiasa lupa ini?

Jawapan:
Ya betul. Untuk bagi ingat kenalah selalu baca Al-Qur’an sebab Al-Qur’an akan ingatkan tentang iblis dan syaitan.

Kena “constant reminder” (peringatan berterusan). Kawan yang baik juga membantu.

Komen dan Soalan