Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Antara Ujub dan Izzatun Nafsi

Talbis Iblis: Antara Ujub dan Izzatun Nafsi

245
0
Iklan

Talbis Iblis: Antara Ujub dan Izzatun Nafsi

Ujub hendaklah dibezakan dengan izzatun nafsi (kepecayaan kepada diri sendiri). Keyakinan diri kena ada dalam jiwa seorang Muslim. Kalau tidak, tentulah umat Islam akan lemah, merendah diri sahaja, tidak berani hendak berbuat apa-apa. Kita umat yang mulia maka jangan kita berasa rendah diri. Kita diberi kekuatan oleh Allah ‎ﷻ, maka kena ada keyakinan.

Sebelum kita memulakan sesuatu yang penting, izzatun nafsi kena ada. Cuma kita tetap bergantung kepada Allah ‎ﷻ. Kita kena sedar yang kelebihan yang kita ada itu, diberi oleh Allah ‎ﷻ juga. Bukannya dari kita.

Apabila tidak dapat membezakan mana satu ujub dan mana satu izzatun nafsi, maka akan menyebabkan kemurkaan daripada Allah ‎ﷻ. Lihat ayat [Tawbah:25]

لَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ في مَواطِنَ كَثيرَةٍ ۙ وَيَومَ حُنَينٍ ۙ إِذ أَعجَبَتكُم كَثرَتُكُم فَلَم تُغنِ عَنكُم شَيئًا وَضاقَت عَلَيكُمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت ثُمَّ وَلَّيتُم مُدبِرينَ

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu di waktu kamu menjadi megah kerana banyaknya jumlah(mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.

Ayat ini tentang kekalahan awal umat Islam di Hunain. Ini contoh ujub, bukannya izzatun nafsi.

Sebelum memulakan peperangan, umat Islam yakin yang mereka akan menang kerana umat Islam telah banyak kali menang. Mereka juga berasa oleh kerana bilangan mereka yang banyak, maka tentu pasti mereka menang. Umat Islam pada waktu itu adalah 12 ribu orang sedangkan bilangan musuh hanya 3 ribu sahaja. Mereka sangka mereka akan mendapat kemenangan yang mudah. Inilah sangkaan yang salah.

Ini kerana mereka lupa yang kemenangan diberi oleh Allah ‎ﷻ, bukan kerana sedikit ataupun banyak. Mereka telah meletakkan kejayaan di tangan mereka kerana mereka banyak, maka Allah ‎ﷻ telah menegur mereka dengan memberikan kekalahan kepada mereka di peringkat awal.

Bertempiaran mereka dipecahkan oleh strategi musuh. Bilangan yang ramai entah ke mana. Rasulullah ﷺ ditinggalkan oleh para sahabat.

Baginda sampai kena panggil balik para pejuang yang bertempiaran lari. Waktu itulah baginda suruh Saidina Abbas رضي الله عنه memanggil balik para sahabat. Itu pun dapat kumpul balik lebih kurang 300 orang sahaja. Dengan bilangan yang sedikit inilah (tetapi bergantung harap kepada Allah ‎ﷻ) yang dapat mengembalikan kemenangan kepada tentera Islam.

Komen dan Soalan