Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Ujub — Memandang Hina Terhadap Orang Lain

Talbis Iblis: Ujub — Memandang Hina Terhadap Orang Lain

385
0
Iklan

Talbis Iblis: Ujub — Memandang Hina terhadap Orang Lain

Bahaya kalau pandang hina orang yang belum berhijrah menjadi baik lagi. Ini terjadi kalau lupa yang kita dahulu pun bukannya baik. Kita menjadi baik ini pun kerana Allah ‎ﷻ yang bimbing kita. Kalau rasa kita baik kerana diri kita sendiri, maka itulah ghurur (Ujub).

Sepatutnya kita memandang orang lain dengan ‘pandangan rahmah’. Sayang kan dia, kita hendakkan dia jadi baik. Maka kita berusaha untuk bimbing dia.

Bukannya kita melabel dia ‘ahli neraka’, ahli bid’ah, hati ditutup dan lain-lain lagi. Label-label ini kita letak tepi dahulu. Bukan kerja kita untuk melabel orang. Kita kena bertindak sebagai da’ie (pendakwah), bukan qadhi (hakim).

Memang kita nampak dia melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi untuk kita berdakwah dengan dia, bukannya dengan menghina dia, perli dia. Kita cakap perlahan-lahan kepada dia. Semoga dalam banyak-banyak nasihat itu, ada yang tersentuh di hati dia. Kita pun tidak tahu yang mana satu kata-kata yang akan bagi dia “make a turnover”.

Baru-baru ini terbaca kisah seorang rakyat Singapura yang masuk Islam. Dia sudah banyak mengkaji agama-agama lain tetapi hanya agama Islam dia belum kaji lagi. Ada sekali dia ditakdirkan berjumpa kawan dia yang Muslim. Dia kata dia tidak percaya ada Tuhan.

Kawan dia kata: “Kalau camtu, you’re half way to become a Muslim already because syahadah kami satu part kata: ‘There is no god.’ So you’re halfway there”.

Kata-kata itu menyebabkan dia tersentak dan dia mula mengkaji Islam. Akhirnya dia sendiri nampak kebenaran Islam. Apa yang lebih hebat lagi adalah dia sudah mengkaji agama-agama lain dan jelas nampak perbezaan di antara Islam dengan agama lain.

Kesimpulan: kita jadi baik ini pun kerana Allah ‎ﷻ yang bagi peluang kita menjadi baik. Dia kenalkan kita kepada ustaz, kepada kawan, kepada penulisan yang membawa kita ke arah kebaikan. Orang lain mungkin belum lagi. Kita lebih awal sebab dari Dia sahaja. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka.

Komen dan Soalan