Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Gangguan Bipolar

Soal Jawab Bersama Doktor: Gangguan Bipolar

261
0
Iklan

Soalan:
Apa itu ‘Bipolar Disorder’ atau Gangguan Bipolar?
Jawapan:
Bipolar adalah keadaan seseorang itu ada kalanya tertekan dan ada kalanya terlalu gembira. Ia adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara. Dalam bahasa Melayu adakalanya penyakit ini juga dikenali sebagai kecelaruan dwikutub. Ini kerana terdapat kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami oleh seseorang.

Soalan:
Ada berapa jenis gangguan bipolar?
Jawapan:
Terdapat 3 jenis gangguan bipolar dan semuanya melibatkan perubahan dari segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti:
1) Bipolar I
Ia ditakrifkan melalui penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik. Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.
2) Bipolar II
Orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya satu episod hipomanik yang berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita.
3) Cyclothymia
Pesakit cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.

Soalan:
Apakah penyebab gangguan bipolar?
Jawapan:
Gangguan bipolar mungkin disebabkan oleh:
1) Genetik
Jika ibu bapa atau adik-beradik anda mempunyai gangguan bipolar, anda lebih cenderung untuk mengalami penyakit ini berbanding dengan orang lain. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan orang yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan gangguan bipolar tidak semestinya akan mengidap penyakit bipolar.
2) Otak
Struktur otak anda mungkin memberi kesan kepada risiko untuk menghidap penyakit ini, terutamanya struktur atau fungsi otak yang tidak normal.
3) Faktor persekitaran
Keadaan ini bukan sahaja mengambil kira apa yang ada di dalam tubuh untuk risiko mendapat gangguan bipolar malahan faktor persekitaran luaran juga turut menyumbang. Faktor-faktor ini termasuklah:
• Tekanan melampau
• Pengalaman traumatik
• mengidap penyakit-penyakit lain

Komen dan Soalan