Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula SnJ Mengenai Wudhu’ Bahagian 2

SnJ Mengenai Wudhu’ Bahagian 2

1098
0
Iklan

โ˜˜ SESI SOAL JAWABโ˜˜
=================

1. Apakah perbezaan di antara menyapu anggota wudhu’ dan membasuh anggota wudhu’?

๐Ÿ”ต Menyapu anggota wudhu’ itu hanya perlu membasahkan tangan kemudian diusap pada anggota wudhu’, manakala membasuh anggota wudhu’ hanya dengan melalukan air pada anggota wudhu’ tersebut.

2. Adakah menyapu kepala beserta telinga dengan sekali sapuan sahaja lebih menepati sunnah?

๐Ÿ”ต Ya, lebih menepati sunnah berdasarkan hadith amalan dan sahabat, memang sekali sahaja.

Dari segi praktikal, memang rambut kita ditutup dengan kopiah dan tudung selepas berwudhu’. Maka tidak perlu dibasahkan rambut sebab nanti akan berkuap.

3. Bolehkah mengambil wudhu’ dengan sekali sapuan atau basuhan pada setiap anggota wudhu’?

๐Ÿ”ต Ya dan itu cara sunnah.

4. Adakah mengusap anggota kepala dengan cara menadah air di tapak tangan lalu disapu ke atas kepala atau hanya basahkan tangan lalu disapu ke atas kepala dan telinga?

๐Ÿ”ต Basahkan tangan kemudian renjis air yang ada pada tangan. Dan sapu anggota kepala sebanyak sekali.

5. Bolehkah membasuh anggota wudhu’ lebih dari sekali?

๐Ÿ”ต Kepala sahaja sekali. Anggota wudhu’ lain boleh sampai tiga kali.

6. Sekiranya saya membasahkan tangan dan menyapu anggota kepala berkemungkinan air sudah kering di tangan semasa hendak menyapu telinga. Bolehkah saya meneruskan menyapu telinga?

๐Ÿ”ต Boleh sahaja, tangan masih di dalam keadaan basah.

Terdapat teknik yang boleh digunakan adalah dengan ibu jari dan jari telunjuk tidak disapu pada kepala. Disimpan untuk telinga.

7.
ุนู† ู„ู‚ูŠุท ุจู† ุตุจุฑุฉ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽุฎู’ุจูุฑู’ู†ูŠู ุนูŽู†ู ุงู’ู„ูˆูุถููˆู’ุกู! ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽุณู’ุจูุบู ุงู’ู„ูˆูุถููˆู’ุกูŽ ูˆูŽ ุฎูŽู„ู‘ูู„ู’ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู’ู„ุฃูŽุตูŽุงุจูุนู ูˆูŽ ุจูŽุงู„ูุบู’ ูู‰ู ุงู’ู„ุงูุณู’ุชูู†ู’ุดูŽุงู‚ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽูƒููˆู’ู†ูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง

Dari Luqaith bin Shabrah radliyallahu anhu berkata, aku bertanya, โ€œWahai Rasulullah khabarkan kepadaku tentang wudhuโ€™!โ€. Baginda menjawab, โ€œSempurnakan wudhuโ€™, sela-selalah jari jemarimu dan bersungguh-sungguhlah di dalam istinsyaq kecuali jika kamu sedang puasaโ€. [an-Nasaโ€™iy: I/ 66, Abu Dawud: 142, Ibnu Majah: 407, Ibnu Khuzaimah: 150, 168, al-Hakim: 537 dan Ahmad: IV/ 33. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Sahih].

Apakah dimaksudkan “jika kamu sedang puasa” dalam hadith tersebut?

๐Ÿ”ต Sekiranya kita sedang berpuasa janganlah menyedut air (istinsyaq) dengan kuat dikhuatiri air boleh masuk ke dalam tekak.

8. Adakah dibolehkan jika ketika berwudhu’ dengan tidak melakukan istinsyaq?

๐Ÿ”ต Pendapat yang rajih adalah wajib melakukan istinsyaq.

9. Adakah betul caranya menyapu kepala menggunakan jari hantu, jari manis dan jari kelingking, manakala jari telunjuk dan ibu jari disimpan untuk mengusap telinga pula?

๐Ÿ”ต Ya betul caranya.

10. Adakah terbatal puasa jika terminum sedikit air ketika melakukan istinsyaq?

๐Ÿ”ต Tidak terbatal puasa tersebut jika tidak disengajakan.

11. Adakah perlu dilakukan serentak ketika menyapu kepala dan telinga?

๐Ÿ”ต Ya, perlu dilakukan secara serentak bukan dilakukan secara satu persatu.

12. Perlukah membasuh anggota badan yang berbalut kerana luka dan sebagainya ketika mengambil wudhu’?

๐Ÿ”ต Tidak perlu. Basuhkan bahagian yang boleh sahaja.

13. Perlukah kita menyapu bahagian tangan yang berbalut akibat cedera ketika berwudhu’ untuk mencukupi syarat berwudhu’?

๐Ÿ”ตMemang terdapat pendapat sebegitu diqiaskan seperti menyapu khuf tetapi sebenarnya tidak perlu pun.

14. Kita seharusnya membasuh anggota tangan kanan dan kiri hingga ke siku apabila berwudhu’. Betulkah cara membasuh tangan kanan dari tapak tangan hingga ke siku manakala tangan kiri dimulai dari siku hingga ke tapak tangan?

๐Ÿ”ต Cara mengambil wudhu’ bagi tangan kiri yang dimulai dari siku hingga ke tapak tangan adalah salah.

15. Kebanyakan tempat berwudhu’ tiada disediakan tempat khas untuk duduk apabila hendak membasuh kaki dan menyebabkan kita kena berdiri untuk mengambil wudhu’. Bagi mereka yang berumur dan agak gemuk, amat sukar buat mereka untuk menyapu keseluruhan kaki (anggota wudhu’) menggunakan tapak tangan mereka untuk meratakan air wudhu’. Bolehkah kita menyela-nyela jari kaki menggunakan jari tangan tetapi bahagian kaki yang lain seperti tapak kaki hanya dijirus air paip yang mengalir tanpa diusap ?

๐Ÿ”ต Buat yang termampu sahaja mana yang boleh. Sekiranya tidak boleh jangan dipaksa kerana Islam tidak memaksa mereka yang tidak mampu. Kalau boleh menyebabkan individu tersebut tergeliat atau terjatuh di tandas maka tidak perlu dibuat seperti itu.

16. Adakah sah wudhu’ kita sekiranya kuku kaki dan tangan panjang serta kotor?

๐Ÿ”ต Sekiranya sedikit sahaja maka dimaafkan kerana pada zaman Nabi tiada pengetip kuku. Maka, jangan disusahkan.

17. Benarkah ada syaitan duduk di bawah kuku sekiranya memelihara kuku sehingga panjang?

๐Ÿ”ต Tidak.

Itu hanya pendapat orang sahaja yang mengatakan syaitan duduk di bawah kuku kita. Sebenarnya syaitan tidak akan duduk di kuku yang panjang tetapi seeloknya kita menjaga kebersihan dengan memotong kuku yang panjang kerana kotoran akan melekat di celah kuku dan masuk di dalam badan ketika kita hendak makan.

18. Benarkah wanita bertudung yang hendak mengambil wudhu’ di kawasan awam, memadai dengan hanya membasahkan tangan dan menyapu tangan di atas tudung pada bahagian atas, pertengahan dan belakang kepala?

๐Ÿ”ต Ya boleh. Sapukan sahaja keseluruhan bahagian atas tudung. Ini berdasarkan qiyas kepada Nabi Muhammad S.A.W โ€Ž๏ทบ di mana Nabi Muhammad S.A.W โ€Ž๏ทบ tidak membuka serban ketika menyapu kepala baginda.

19. Bagaimana pula dengan telinganya?

๐Ÿ”ต Untuk telinganya, sapu keseluruhan atas tudung.

20. Bolehkah kita mengambil wudhu’ tanpa membuka tudung meskipun di kawasan yang tertutup?

๐Ÿ”ต Boleh, kerana Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ hanya menyapu air wudhu’ di atas serban sahaja.

21. Adakah hadith mengenai situasi seperti di atas (menyapu air wudhu’ di atas serban)?

๐Ÿ”ต Dari al-Mughirah bin Syuโ€™bahุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ yang menceritakan;

ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูˆูŽู…ูŽุณูŽุญูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎููู‘ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ูŽุงู…ูŽุฉู

โ€œRasulullah โ€Ž๏ทบ mengambil wudhu’ dan baginda menyapu air ke atas dua khuf dan kain serbannyaโ€ HR Termidzi, dia menilainya hasan sahih.

22. Adakah kepala dan kaki boleh disapu diqiaskan seperti khuf. Bagaimanakah tanggapan sekeliling jika dilakukan di tempat awam?

๐Ÿ”ต Tidak boleh takut pada apa orang kata. Tidak boleh takut kepada orang yang jahil. Mereka sepatutnya belajar.

23. Jika sudah bersugi sebelum berwudhuโ€™, kemudian ketika solat, disedari terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah boleh kita menelannya?

๐Ÿ”ต Jika sisa makanan itu sedikit sahaja, maka boleh ditelan sahaja.

Tetapi jika misalannya sisa makanan itu sebutir nasi, gunakan jari untuk mengeluarkannya. Jangan diludah ke hadapan. Hukumnya adalah haram kerana kita sedang menghadap Allah ketika menunaikan solat yaitu dihadapan kita adalah Allah.

24. Bolehkah kita meludah sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika solat ke sebelah kiri?

๐Ÿ”ต Boleh asalkan tiada orang.

Jika hendak meludah sisa makanan tersebut ke sebelah kiri, pastikan terlebih dahulu tiada orang di situ.

25. Ketika hendak berwudhuโ€™ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut basmallah dan membaca doa masuk tandas di dalam tandas yang terdapat flush?

๐Ÿ”ต Boleh membaca basmallah dan doa masuk tandas di dalam tandas yang mempunyai flush.

26. Bolehkah kita terus mengambil air wudhu’ selepas mandi tanpa mengenakan pakaian dan hanya memakai tuala mandi sahaja?

๐Ÿ”ต Tiada syarat yang meletakkan sah wudhu’ mesti dengan mengenakan pakaian terlebih dahulu kemudian baharulah berwudhu’.

Boleh diteruskan sahaja berwudhu’.

27. Adakah kita perlu menutup aurat ketika solat walaupun kita solat bersendirian? Apakah terdapat batasan aurat antara kita dengan Allah โ€Ž๏ทป?

๐Ÿ”ต Ya. kena menutup aurat ketika solat walaupun bersendirian kerana kita sedang menghadap Allah ๏ทป.

28. Hadith dari Abdullah bin Zaid mengatakan ketika berwudhu’ hendaklah mengusap kepala dari belakang ke hadapan dan seterusnya dari hadapan ke belakang.

Tetapi, bolehkah kita menyapu air wudhu’ dari depan ke belakang dan seterusnya dari belakang ke hadapan?

๐Ÿ”ต Kedua-dua boleh diamalkan dan terdapat di dalam dua lafaz hadith yang sahih.

29. Ada dalam kalangan beberapa ustaz mengatakan sekiranya tidak boleh membasuh atau menyapu air pada anggota wudhu’ disebabkan luka atau berbalut maka hendaklah digantikan dengan bertayamum pada anggota wudhu’ tersebut. Mohon pencerahan?

๐Ÿ”ต Kalau tidak boleh disapu, biarkan.

Kebanyakkan yang diajar di nusantara, kena membasuh bahagian yang boleh, kemudian kena bertayamum pula pada anggota yang tidak boleh terkena air lagi.

Tidak sepatutnya orang sihat hanya dikenakan wudhu’ sahaja sedangkan orang sakit dikenakan wudhu’ dan tayamum sekali.

Sepatutnya orang sakitlah yang kena dimudahkan.

Ini sudah tidak praktikal. Bayangkan tangan dan muka sudah basah kemudian disapu debu tanah pula. Apa yang akan terjadi?

30. Sekiranya anggota wudhu’ tidak boleh terkena air adakah dibolehkan untuk bertayamum?

๐Ÿ”ต Bertayamum dibolehkan sekiranya tidak terdapat air atau keseluruhan anggota wudhu’ tidak boleh terkena air.

Sekiranya hanya sebahagian sahaja boleh terkena air maka basuhlah pada bahagian itu sahaja dan sebahagian lagi (tidak boleh terkena air) itu dimaafkan.

31. Adakah had minimum ditetapkan untuk menyapu kepala?

๐Ÿ”ต Mengikut Mazhab Syafi’iy, had minimum ditetapkan hanya 3 helai rambut. Manakala lain-lain mahzab tiada ketetapannya.

Rajihnya ialah menyapu pada keseluruhan kepala.

32. Adakah bahagian tengkuk juga merupakan sebahagian daripada bahagian yang perlu dibasahkan seperti kepala? .

๐Ÿ”ต Bahagian tengkuk bukanlah anggota wudhu’. Jadi tidak perlu dibasahkan.

33. Apakah hukumnya dan berkurangkah pahala selepas berwudhu’ kemudian menjamah sedikit makanan dan terus bersolat?

๐Ÿ”ต Tidak mengurangkan sedikitpun pahala berwudhu’ dan sunat berkumur sebelum menunaikan solat.

34. Bolehkah dilewatkan membasuh kaki selama 5 minit setelah membasuh anggota wudhu’ yang lain dan apakah hukumnya?

๐Ÿ”ต Ini di namakan hukum muwallat (berturut-turut). Ada yang meletakkan ia sebagai satu syarat di dalam wudhu’.

Boleh di jarakkan masa tetapi jangkamasa diberi adalah selagi bahagian lain yang telah dibasuh masih basah

35. Adakah kita perlu menyapu air wudhu’ di anggota wudhu’ yang berbalut akibat cedera? Bolehkah kita tidak menyapu air wudhu’ di bahagian yang cedera atau tetap menyapu air wudhu’ di atas balutan yang tercedera itu?

๐Ÿ”ต 1. Dibenarkan tidak menyapu bahagian anggota wudhu’ yang berbalut akibat cedera.

2. Ada juga pendapat ulama’ mengatakan perlu menyapu tangan yang basah di atas bahagian yang berbalut seperti qiyas kepada khuf.

36. Adakah perlu menyapu bahagian tangan yang bersimen ketika berwudhu’ seperti cara khuf?

๐Ÿ”ต Boleh disapu dan boleh juga tidak disapu.

37. Sekiranya tapak tangan berbalut akibat cedera kecuali tapak tangan sebelah kiri. Hanya mampu menyapu air wudhu’ dengan cara membasahkan anggota wudhu’ dan menyapu air wudhu di anggota kepala menggunakan tangan kiri. Bagaimanakah cara untuk menyapu air wudhu di telinga sebelah kanan?

๐Ÿ”ต Basahkan tangan dengan air wudhu’ kemudian sapu telinga kanan.

38. Adakah dimaafkan menyapu air wudhu ala-ala kadar dikawasan yang tercedera?

๐Ÿ”ต Ya.

39. Sewaktu di sekolah rendah, saya telah difahamkan bahawa telinga adalah sunat. Disebabkan itu, saya tidak pernah menyapu air wudhu’ di bahagian telinga sampai sekarang. Adakah sah solat saya yang telah lepas?

๐Ÿ”ต Perkara yang telah berlalu kita hanya perlu meminta ampun kepada Allah ๏ทป. Tidak perlu diulang solat tersebut.

40. Adakah kita perlu bertayamun selepas berwudhu’ bagi mereka yang tercedera?

๐Ÿ”ต Itu hanya ajaran ustaz nusantara. Tidak ada di dalam ajaran sunnah.

Sahabat Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ ramai pergi berperang dan mengalami luka lebih banyak daripada kita. Tetapi, tiada dalil yang mengatakan mereka perlu mengambil wudhu’ kemudian bertayamum.

41. Bagi perempuan yang mempunyai anak rambut yang panjang di tepi telinga. Adakah itu termasuk sebahagian daripada muka dan perlu disapu ketika berwudhu’ ?

๐Ÿ”ต Tidak termasuk.Tetapi untuk selamat maka sapukan sekali. Tidaklah sampai kena digunting.

42. Apakah hukum bercakap semasa berwudhu’? Bolehkah menjawab pertanyaan orang semasa kita berwudhu’ kerana risau di anggap sombong?

๐Ÿ”ต Boleh bercakap semasa berwudhu’.

43. Ketika berwudhu’, adakah dibolehkan bercakap tentang perkara yang perlu sahaja atau saja-saja bercakap?

๐Ÿ”ต Keduanya boleh tetapi apabila sedang mengambil wudhu’ lebih baik senyap sekejap.

44. Adakah kita akan kehilangan fadhilat bagi doa wudhu’ sekiranya lambat membaca doa wudhu’ disebabkan ada seseorang yang menegur dan mengajak berbual kemudian kita menjawabnya?

๐Ÿ”ต Masih dapat lagi fadhilat itu. Jangan sahaja memberi ceramah dan selepas itu baru hendak membaca doa.

45. Adakah benar kefahaman saya bahawa untuk menyapu bahagian kepala, hanya menggunakan satu tangan sahaja?

Bahagian telinga pula, baharulah kita membasuh air wudhu’ menggunakan kedua – dua belah tangan?

๐Ÿ”ต Menyapu air wudhu’ di kepala menggunakan dua belah tangan. Begitu juga, dua belah tangan digunakan untuk dua telinga.

46. Apakah kitab dan pengajian yang sedang kita pelajari ini?

๐Ÿ”ต Kitab Ensiklopedia Fiqh Praktis Menurut Al-Qur’an dan As Sunnah dari Syaikh Husain bin ‘Audah al ‘Awaisyah.
Kitab Thaharah Dan Salat.

47. Adakah sah wudhu’ sekiranya kita menggunakan minyak rambut? Malahan ia menyebabkan basuhan angota wudhu’ seterusnya berminyak apabila terkena air. Adakah sah wudhu’ tersebut?

๐Ÿ”ต 1. Kita bukan menyapu rambut tetapi menyapu kepala. Disebabkan kepala mempunyai rambut maka kita menyapu wudhu’ di rambut sahaja.

2. Minyak itu sedikit sahaja dan tidak menjadi penghalang bagi apa pun. Lainlah sekiranya minyak rambut itu minyak tar.

48. Adakah sah wudhu’ sekiranya mewarnai rambut dengan pewarna?

๐Ÿ”ต Sah kerana kita hanya menyapu wudhu’ di kulit kepala, bukannya rambut. Disebabkan rambut berada di atas kulit kepala, maka kita menyapu wudhu’ di atas rambut.

Sebagai langkah lebih selamat, maka gunalah pewarna rambut seperti inai.

Disebabkan ramai yang risau mengenai pewarna rambut ini. Maka, itu adalah jalan penyelesaiannya.

49. Bolehkah kita menggunakan pewarna rambut berwarna hitam yang berjenama Shurah dan mempunyai logo halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)?

๐Ÿ”ต Itu pun sudah baik.

50. Adakah sah mandi hadas jika kita mewarnai rambut ?

๐Ÿ”ต Ya. Kita bukan hendak membasuh rambut, tetapi hendak membasuh kulit kepala.

51. Adakah rambut ini tiada kena mengena dengan wudhu’, walaupun kita menggunakan pewarna rambut yang kalis air?

๐Ÿ”ต Ya. Tetapi bukanlah itu bermakna saya menggalakkannya. Tidak cantikpun jika mewarnakan rambut.

Memang ada pendapat yang mengatakan tidak boleh. Maka, untuk selamat pakailah pewarna rambut yang boleh menyerap air.

Cuma, sekiranya ada muslimah yang berambut perang dan hendak berubah ke arah Islam, tidak perlulah kita berkata kena botakkan rambut dia.

52. Saya masih keliru, adakah sah wudhu’ jika air tidak terkena kulit kepala?

๐Ÿ”ต Sah wudhu’. Apabila mandi wajib baharulah kena dipastikan supaya air terkena kulit kepala.

53. Adakah niat dilakukan sebelum mandi wajib atau semasa hendak menyiram air ke anggota badan? Sebelum ini, ada penceramah memberitahu supaya kena berniat semasa tangan dibasahkan kemudian membasuh bahagian yang sulit dan mengambil wudhu’. Selepas itu, barulah meratakan air diseluruh anggota badan.

๐Ÿ”ต Niat tidak ditetapkan bilakah hendak kena ada sebelum mandi. Yang menetapkan waktu sekian-sekian itulah yang menambah dalam hal agama.

Ustaz lain kata niat kena mahu lain. Ini menandakan yang itu adalah rekaan sahaja. Kalau benar ia diajar oleh nabi, tentu semua sama sahaja.

Bab niat ini memang selalu disusahkan oleh ustaz-ustaz nusantara kita. Sehingga masyarakat menjadi keliru.

Saya terpaksa bercakap kerana kesan dari ajaran mereka inilah telah menyebabkan ramai yang susah hendak berbuat ibadat.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan