Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Wudhu’ – Sunat dalam Wudhu’

Wudhu’ – Sunat dalam Wudhu’

739
0
Iklan

Kitab : Thaharah
Sunat dalam wudhu’

Perkara-perkara sunat dalam wudhu’

1. Bersiwak

โœ๐ŸปIni berdasarkan dalil sabda Nabi sallallahuโ€™alaihi wa sallam:

ู„ูŽูˆู’ู„ุง ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽุดูู‚ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ู„ุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชูู‡ูู…ู’ ุจูุงู„ุณู‘ููˆูŽุงูƒู ุนูู†ู’ุฏูŽ ูƒูู„ู‘ู ูˆูุถููˆุกู (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ุชุนู„ูŠู‚ุงู‹ ุŒ ูˆุฑูˆุงู‡ ุงุจู† ุฎุฒูŠู…ุฉ ููŠ “ุตุญูŠุญู‡” ุŒ ุฑู‚ู… 140 ูˆุตุญุญู‡ ุงู„ุฃู„ุจุงู†ูŠ ููŠ “ุฅุฑูˆุงุก ุงู„ุบู„ูŠู„” 1/109)

“Jika tidak memberatkan umatku, (pasti) akan aku perintahkan mereka (mempergunakan) siwak pada setiap kali berwudhu.”
(HR. Bukhari secara dan diriwayatkan Ibnu Huzaimah dalam shahihnya, no. 140. Dishahihkan oleh Al-Albany dalam Irwaul Gholil, 1/109)

Apabila Nabi tidak perintahkan, maka ia menjadi sunat. Kalau baginda perintahkan, tentulah ia menjadi wajib bagi kita.Kalau zaman sekarang, pakai berus gigi juga boleh. Tidaklah perlu cari siwak. Namun kalau pakai siwak lagi bagus.

Bilakah siwak ini? Ulama pun berbeza pandangan. Yang banyak diberikan adalah semasa berkumur-kumur kerana waktu itulah mulut dibasuh tetapi kalau hendak siwak sebelum itu boleh juga.

2. Mencuci dua telapak tangan di awal wuduk

โœ๐ŸปDalilnya adalah hadits shahihain dari Abu Hurairoh secara marfuโ€™ :

๏บ‡ู๏บซูŽ๏บ ๏บ๏บณู’๏บ˜ูŽ๏ปดู’๏ป˜ูŽ๏ป†ูŽ ๏บƒูŽ๏บฃูŽ๏บชู๏ป›ู๏ปขู’ ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏ปงูŽ๏ปฎู’๏ปฃู๏ปชู ุŒ ๏ป“ูŽ๏ป ูŽ๏บŽ ๏ปณูŽ๏ปู’๏ปคู๏บฒู’ ๏ปณูŽ๏บชูŽ๏ปฉู ๏ป“ู๏ปฒ ๏บ๏ปŸู’๏บˆู๏ปงูŽ๏บŽ๏บ€ู ๏บฃูŽ๏บ˜ู‘ูŽ๏ปฐ ๏ปณูŽ๏ปู’๏บดู๏ป ูŽ๏ปฌูŽ๏บŽ ๏บ›ูŽ๏ป ูŽ๏บŽ๏บ›ู‹๏บŽ ุŒ ๏ป“ูŽ๏บˆู๏ปงู‘ูŽ๏ปชู ๏ปŸูŽ๏บŽ ๏ปณูŽ๏บชู’๏บญู๏ปฑ ๏บƒูŽ๏ปณู’๏ปฆูŽ ๏บ‘ูŽ๏บŽ๏บ—ูŽ๏บ–ู’ ๏ปณูŽ๏บชู๏ปฉู

โ€œJika kalian bangun tidur, maka janganlah mencelumkan tangannya ke bejana, sebelum mencucinya sebanyak tiga kali, kerana ia tidak tahu dimana tangannya bermalamโ€.

โœ๐ŸปImam Syafiโ€™i dalam โ€œal-Ummโ€ (1/39) berkata :

ูˆุฃุญุจ ุบุณู„ ุงู„ูŠุฏูŠู† ู‚ุจู„ ุฅุฏุฎุงู„ู‡ู…ุง ุงู„ุฅู†ุงุก ู„ู„ูˆุถูˆุก ู„ู„ุณู†ุฉ ู„ุง ู„ู„ูุฑุถ

โ€œaku menyukai (baca mensunahkan) mencuci kedua telapak tangan sebelum dimasukkan ke bejana yang digunakan untuk berwudhu, kerana sunnah bukan kerana wajibโ€.

โœ๐ŸปSama ada tangan itu bersih atau tidak, tetap sunnah membasuh tangan itu. Imam Nawawi berkomentar (1/350) :

ูˆุฃู…ุง ุฃุตู„ ุบุณู„ ุงู„ูƒููŠู† ูุณู†ุฉ ุจู„ุง ุฎู„ุงู

โ€œAdapun hukum mencuci kedua telapak tangan itu sendiri pada asalnya adalah sunnah, tanpa ada perbezaan pendapatโ€.

3. Membasuh sebanyak tiga kali

Kalau basuh sekali sahaja juga sudah sah, tetapi kalau buat dua atau tiga kali, itu adalah sunat.

โœ๐ŸปAbdullah bin Abi Aufa radhiyallahu โ€˜anhu mengatakan,

ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ุซูŽู„ุงูŽุซู‹ุง ุซูŽู„ุงูŽุซู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุณูŽุญูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู‹

Aku melihat Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam berwudhu 3 kali-3kali. Dan beliau mengusap kepala sekali.
(HR. Ibnu Majah 451 dan dishahihkan al-Albani).

4. Doa setelah wudhu’

โœ๐ŸปMembaca doโ€™a setelah berwudhu:

ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู€ู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู‹ุง ุนูŽุจู’ุฏูู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูู‡ู
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ููŠู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽูˆู‘ูŽุงุจููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ููŠู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽุทูŽู‡ู‘ูุฑููŠู’ู†ูŽ
ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏููƒูŽุŒ ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู€ู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŒ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑููƒูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆู’ุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ

Aku bersaksi, bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi, bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang (yang senang) bersuci. Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi, bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu]

5. Solat dua rakaat setelah wuduk

Dianjurkan bagi orang yang berwudhu’ melakukan salat dua rakaat setelah selesai berwudhu.

โœ๐ŸปBerdasarkan sabda Nabi sallallahuโ€™alaihi wa sallam:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽุญูŽุฏู ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู ููŽูŠูุญู’ุณูู†ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกูŽ ูˆูŽูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูŠูู‚ู’ุจูู„ ุจูู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ูˆูŽูˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ูŽุง ุฅูู„ุงู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽุจูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู (ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…ุŒ
ุฑู‚ู… 234)

โ€œTidaklah seseorang berwudhu’ dan menyempurnakan wudhu’nya, lalu salat dua rakaat dengan sepenuh hati dan jiwa melainkan wajib baginya (mendapatkan) surga.”
(HR. Muslim, no. 234)

โœ๐ŸปDiriwayatkan oleh Bukhari, 160 dan Muslim, 22 dari Utsman bin Affan radhiallahuโ€™anhu berkata,

ู…ูŽู†ู’ ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ู†ูŽุญู’ูˆูŽ ูˆูุถููˆุฆููŠ ู‡ูŽุฐูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ููŽุฑูŽูƒูŽุนูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽุง ูŠูุญูŽุฏู‘ูุซู ูููŠู‡ูู…ูŽุง ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู

โ€œBarangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian berdiri melaksanakan dua rakaat dengan tidak mengucapkan pada dirinya, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lalu.โ€

โœ๐ŸปPara ulama yang tergabung dalam Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Iftaโ€™ mengatakan, โ€œKalau seorang muslim berwudhu’ lalu masuk masjid setelah azan zuhur. Kemudian salat dua rakat dengan niat untuk keduanya; tahiyatul masjid, sunat wudhu’ dan sunat Zuhur, maka hal itu diterima untuk ketiganya. Berdasarkan sabda Nabi sallallahuโ€™alaihi wa sallam, โ€œSesungguhnya amalan itu tergantung niat. Dan masing-masing orang tergantung apa yang diniatkan.โ€ Hanya saja, disunnahkan baginya melaksanakan dua rakaat lainnya untuk menyempurnakan rawatib qobliyah zuhur kerana Nabi sallallahuโ€™alaihi wa sallam biasanya selalu salat (sunnah) sebelum zuhur sebanyak empat rakaat.โ€
(Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 7/248-249)

๐Ÿ€SESI SOAL JAWAB KELASโ˜˜๏ธ
=======================

1. Adakah sunnah bersiwak mansuh terhadap orang yang tidak mempunyai gigi.

๐Ÿ”ตTidak sunnah bersiwak untuk orang yang tidak mempunyai gigi. Walaubagaimanapun, masih ada sunnah lain yang boleh diamalkan.

2. Adakah mereka yang memakai gigi palsu mendapat pahala sunnah apabila bersiwak?

๐Ÿ”ตInsyaAllah mereka memperolehi pahala sunnah bersiwak tersebut.

3. Jika menggunakan berus gigi bagi menggantikan kayu siwak, adakah mereka juga mendapat pahala sunnah bersiwak?

๐Ÿ”ตInsyaAllah mendapat pahala siwak juga jika menggunakan berus gigi.

4. Adakah sunnah membasuh tangan selepas bangun daripada tidur ini khusus untuk semua jenis tidur?Tidak kira tidur sekejap mahupun lama, siang mahupun malam.

๐Ÿ”ตYa, kerana apabila seseorang tidur mereka tidak mengetahui apakah yang tangan mereka lakukan.

5. Adakah berteruskan membasuh anggota wudhu’ dengan bilangan sekali sahaja ataupun dua kali sahaja dibolehkan?

๐Ÿ”ตYa dibolehkan.

6. Adakah membasuh tangan selepas bangun daripada tidur itu hanya menggunakan air sahaja atau perlu menggunakana sabun?

๐Ÿ”ตCukup dengan menggunakan air sahaja.

7. Adakah rangkap terakhir doa selepas berwudhu’ itu dari hadith sahih?
“ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏููƒูŽุŒ ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู€ู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŒ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑููƒูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆู’ุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ”

๐Ÿ”ตYa sahih. Hadithnya ialah:

ู…ู† ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏููƒ ุฃุดู‡ุฏ ุฃูŽู† ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุช ุงุณุชุบูุฑูƒ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจ ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒ ูƒุชุจ ูููŠ ุฑู‚ ุซู…ู‘ูŽ ุทุจุน ุจูุทูŽุงุจุน ููŽู„ู… ูŠูƒุณุฑ ุฅูู„ูŽู‰ ูŠูŽูˆู’ู… ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉ

โ€œBarangsiapa yang berwudhu kemudian setelah berwudhu mengucapkan doa,โ€™Subhaanaka allahumma wabihamdika asyhadu an laa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaikaโ€™[Maha suci Engkau ya Allah, segala puji untuk-Mu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu] maka akan ditulis di lembaran berwarna putih kemudian dilekatkan dan tidak akan hancur sampai hari kiamat
(Hadith riwayat. An-Nasaโ€™i dalam โ€˜Amal Yaum wal Lailah no. 30. Dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Sahih Jamiโ€™ no. 6046 dan dan Irwa’ Ghalil, 1/135 dan 2/94)

Doa ini juga dikenali sebagai Tasbih Kaffarah, dibaca apabila menutup sesuatu majlis.

8. Adakah solat wudhu’ ini berasal dari hadith berkenaan perbuatan Bilal bin Rabah โ€ŽุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡?

๐Ÿ”ตYa. Ia tidak dinyatakan di sini kerana bagi mengelakkan kekeliruan berkenaan perbuatan Bilal (solat sunat wudhu’) yang disangka bid’ah tetapi disetujui oleh Nabi.

Maka golongan jahil akan menggalakkan perbuatan bid’ah mereka di sebalik salah faham berkenaan hadith tersebut.

Walhal, jika dilihatkan secara menyeluruh hadith-hadith berkenaan solat sunat wudhu’, ia memang telah diajarkan Nabi dan sebenarnya Bilal tidak membuat bid’ah.

9. Adakah berwudhu’ dengan pada anggota yang wajib sahaja tanpa diikuti perkara sunnah yang lain dianggap sempurna dan sah wudhu’nya?

๐Ÿ”ตSecara zahirnya wudhu’ tersebut sah tetapi masih tidak sempurna kerana meninggalkan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasullullah.

Sunnah-sunnah wudhu’ dilakukan bagi menyempurnakan wudhu’ di samping menutupi kekurangan semasa mengambil wudhu’.

10. Adakah solat sunat wudhu’ ini boleh dilakukan di tempat kerja atau di rumah atau khas di masjid sahaja?

๐Ÿ”ตSolat sunat wudhu’ tidak terikat dengan tempat bahkan ia terikat dengan wudhu’. Apabila sempurnanya wudhu’ maka sunnah untuk mendirikan solat sunat.

11. Melakukan 4 rakaat sesudah mengambil wudhu’ di masjid ketika masuk waktu zohor adakah terdiri daripada 2 rakaat solat sunat wudhu’ dan 2 rakaat solat sunat Tahiyatul masjid?

๐Ÿ”ต4 rakaat tersebut adalah solat sunat qabliyah Zohor.

Apabila ada bertembungan solat sunat seperti solat sunat wudhu’, tahiyatul masjid dan qabliyah, cukup menunaikan salah satunya sahaja (2 rakaat sunat) tetapi oleh kerana qabliyah zohor mempunyai 4 raakat, maka perlu menambah 2 rakaat lagi bagi menyempurnakan solat sunat qabliyah zohor.

12. Adakah solat sunat qabliyah zohor yang dilakukan dua rakaat adalah sunnah?

๐Ÿ”ตYa sunnah melakukan solat sunat qabliyah zohor dua atau empat rakaat.

13. Adakah boleh berlafaz niat dalam bahasa melayu iaitu “sahaja aku solat sebelum zohor…” dan tidak melafazkan “qabliyah zohor”.

๐Ÿ”ตNiat adalah iktikad yang terbit dari hati, maka ia tidak perlu untuk dilafazkan. Melafazkan niat dan penyusunan niat adalah sebahagian perbuatan bid’ah.

14. Adakah boleh menggunakan wudhu’ yang dilakukan untuk solat sunat wudhu’ bagi membaca al-Quran?

๐Ÿ”ตMelakukan amalan sunnah tidak memerlukan pembaharuan wudhu’, cukup satu wudhu’ untuk semuanya. Hanya apabila membezakan solat fardu’, adalah sunnah untuk memperbaharui wudhu’.

15. Solat sunat 4 rakaat perlu dilakukan dengan 2 salam atau 1 salam sahaja?

๐Ÿ”ตSemua solat sunat adalah dilakukan secara dua rakaat dan 1 salam, kecuali solat sunat witir.

16. Adakah pahala solat wanita di rumahnya menyamai solat di masjid?

๐Ÿ”ตYa, sama pahala solatnya.

17. Adakah kita digalakkan sentiasa di dalam keadaan suci dan berwudhu’?

๐Ÿ”ตYa. Sunnah untuk sentiasa dalam keadaan suci dan berwudhu’.

18. Apakah yang perlu dilakukan apabila ketika solat sunnah dua rakaat, terlupa untuk tahiyat akhir dan terus berdiri?

๐Ÿ”ตBoleh sahaja terus duduk kembali untuk tahiyat akhir dan meneruskan solat. Tanpa melakukan sujud sahwi

19. Jika kita mengambil wudhu’ sebanyak sepuluh kali dalam sehari, adakah boleh menunaikan solat sunat wudhu’ bagi setiap kali wudhu’ tersebut?

๐Ÿ”ตYa dibolehkan.

20. Apakah nama khutbah yang di bacakan di awal kelas?

๐Ÿ”ตโ€ŽKhutbah ini dinamakan Khutbah al-Haajah. Ia adalah suatu ucapan yang biasa diucapkan oleh Rasulullah โ€Ž๏ทบ sebelum memulakan ucapan Baginda kepada para sahabatnya.

โ€Žุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูŽ ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ูู‡ู ูˆูŽู†ูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูู‡ู ูˆูŽู†ูŽุนููˆุฐู ุจูู‡ู ู…ูู†ู’ ุดูุฑููˆุฑู ุฃูŽู†ู’ููุณูู†ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽู‡ู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ููŽู„ุงูŽ ู…ูุถูู„ูŽู‘ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูุถู’ู„ูู„ู’ ููŽู„ุงูŽ ู‡ูŽุงุฏูู‰ูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ูŽู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู‹ุง ุนูŽุจู’ุฏูู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู
ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ( ุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐูู‰ ุชูŽุณูŽุงุกูŽู„ููˆู†ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุญูŽุงู…ูŽ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุฑูŽู‚ููŠุจู‹ุง)
(ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุญูŽู‚ูŽู‘ ุชูู‚ูŽุงุชูู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽู…ููˆุชูู†ูŽู‘ ุฅูู„ุงูŽู‘ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ู…ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ)
( ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูˆูŽู‚ููˆู„ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ุงู‹ ุณูŽุฏููŠุฏู‹ุง ูŠูุตู’ู„ูุญู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽุบู’ููุฑู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฐูู†ููˆุจูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูุทูุนู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู’ ููŽุงุฒูŽ ููŽูˆู’ุฒู‹ุง ุนูŽุธููŠู…ู‹ุง.

Maksudnya: Sesungguhnya semua pujian adalah milik Allah. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan memohon keampunanNya. Dan kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan diri kita dan juga dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan Allah akan petunjuk, maka tiada siapa pun yang akan boleh menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan, maka tiada siapa yang boleh memberikannya petunjuk. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.โ€

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan islam.”

โ€œWahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat โ€“ benar (dalam segala perkara), Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.โ€

21. Manakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu di antara bersiwak dan membasuh tangan?

๐Ÿ”ตIanya tidak ditetapkan yang mana dahulu perlu dilakukan. Makanya boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan kesenangan kita.

22. “Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian berdiri melaksanakan dua rakaat dengan tidak mengucapkan pada dirinya, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lalu.โ€

Adakah frasa kata “dosanya” daripada hadith ini bermaksud dosa-dosa kecil?

๐Ÿ”ตYa, hanya dosa-dosa kecil sahaja.

23. Dalam keadaan masa yang suntuk, adakah boleh menghimpunkan solat sunat lain pada waktu selain zohor sebagaimana contoh yang dinyatakan?

๐Ÿ”ตYa dibolehkan jika masa tidak mencukupi. Kadangkala apabila kita sampai ke masjid, hanya cukup masa untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sahaja sebelum imam keluar untuk menunaikan solat fardu berjemaah.

Jika ada masa sebelum itu, maka dibolehkan setiap solat sunat satu per satu.

24. Adakah berdosa apabila sudah terniat untuk berpuasa qadha’ keesokan harinya tetapi apabila sudah sampai esok niat tersebut dibatalkan?

๐Ÿ”ตDibolehkan membatalkan niat sebelum terbit fajar. Apabila sudah terbit fajar, maka tidak boleh kerana puasa qadha’ adalah seperti puasa wajib. Sebagaimana puasa wajib tidak boleh dibatalkan begitu sahaja, maka begitulah juga dengan puasa qadha’. Berbeza dengan puasa sunat.

25. Sekiranya kita datang awal ke masjid, manakah satu solat sunat yang perlu didahulukan selepas mengambil wudhu’?

๐Ÿ”ตSolat sunat yang boleh dilakukan apabila sampai ke masjid dan setelah mengambil wudhu’ mengikut turutan adalah solat sunat wudhu’, tahiyatul masjid dan rawatib (qabliyah).

26. Apakah dalil melakukan solat witir hanya 1 rakaat? Adakah boleh menunaikan solat witir 1 rakaat sahaja?

๐Ÿ”ตTiada hadith Nabi menunaikan solat sebanyak satu rakaat sahaja. Solat witir ditunaikan 3 rakaat sahaja paling sedikit. Walaupun begitu, dibolehkan menunaikan solat witir sebanyak 1 rakaat sahaja apabila waktunya suntuk untuk menunaikan 3 rakaat.

27. Adakah sideburn termasuk anggota wudhu’ dan perlu dibasuh?

๐Ÿ”ตSideburn tidak termasuk sebahagian anggota wudhu’. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, ia perlu dibasahkan sebagaimana melebihkan had siku apabila membasuh tangan.

28. Apakah dalil anjuran untuk menjaga wudhu’ setiap masa dan fadilatnya?

๐Ÿ”ตDari Abu Buraidah โ€ŽุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, Rasulullah โ€Ž๏ทบ di pagi hari memanggil Bilal lalu berkata,

ูŠูŽุง ุจูู„ุงูŽู„ู ุจูู…ูŽ ุณูŽุจูŽู‚ู’ุชูŽู†ูู‰ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ู…ูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฎูŽุดู’ุฎูŽุดูŽุชูŽูƒูŽ ุฃูŽู…ูŽุงู…ูู‰ ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ููŽุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฎูŽุดู’ุฎูŽุดูŽุชูŽูƒูŽ ุฃูŽู…ูŽุงู…ูู‰

โ€œWahai Bilal, kenapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Aku tidaklah masuk syurga sama sekali melainkan aku mendengar suara sandalmu di hadapanku. Aku memasuki syurga di malam hari dan aku dengar suara sandalmu di hadapanku.โ€

Bilal menjawab,

ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุฃูŽุฐู‘ูŽู†ู’ุชู ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุตูŽุงุจูŽู†ูู‰ ุญูŽุฏูŽุซูŒ ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ุชู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู

โ€œWahai Rasulullah, aku biasa tidak meninggalkan solat dua rakaโ€™at sedikit pun. Setiap kali aku berhadas, aku lantas berwudhu’ dan aku membebani diriku dengan solat dua rakaโ€™at setelah itu.โ€ (Hadith riwayat. At-Tirmizi no. 3689 dan Ahmad 5: 354. Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadith tersebut hasan)

Antara fadilat menjaga wudhu’ adalah:-
i. Pahala.
ii. Memudahkan untuk melakukan ibadat setiap masa tanpa halangan.
iii. Jika dia mati, matinya adalah di dalam keadaan berwudhu’.

29. Adakah sentiasa melakukan perkara makruh akan mengurangkan pahala?

๐Ÿ”ตMelakukan perkara yang makruh tidak memperolehi pahala. Makruh dari kalimah karoha (dibenci). Maknanya ia perkara tidak elok. Elakkanlah daripada melakukan perkara makruh.

30. Adakah tidak berdosa jika selalu melakukan perkara makruh?

๐Ÿ”ตAda yang mengatakan makruh itu hampir kepada haram tetapi pendapat ini tidak kuat.

Makruh termasuk di dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadith yang sahih: โ€œYang halal itu jelas, dan yang haram itu jelasโ€œ.

Tidak ada dalil yang menunjukkan suatu yang makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

Walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan di dalam perkara makruh kerana:
i. Ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutamanya hukum larangan.
ii. Jika sikap bermudah-mudah di dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan di dalam perkara haram.

31. Adakah mandi bogel dalam tempat tertutup termasuk perkara yang dilarang?

๐Ÿ”ตBerkenaan dengan mandi secara telanjang, terdapat dalil yang menunjukkan keharusannya. Antaranya hadith Abu Hurairah โ€ŽุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ bahawa Nabi Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh daripada orang ramai. Sabda Nabi โ€Ž๏ทบ:

ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุจูŽู†ููˆ ุฅูุณู’ุฑูŽุงุฆููŠู„ูŽ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ููˆู†ูŽ ุนูุฑูŽุงุฉู‹ุŒ ูŠูŽู†ู’ุธูุฑู ุจูŽุนู’ุถูู‡ูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุจูŽุนู’ุถูุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ู…ููˆุณูŽู‰ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ูŠูŽู…ู’ู†ูŽุนู ู…ููˆุณูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ูŽ ู…ูŽุนูŽู†ูŽุง ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุขุฏูŽุฑูุŒ ููŽุฐูŽู‡ูŽุจูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู‹ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ูุŒ ููŽูˆูŽุถูŽุนูŽ ุซูŽูˆู’ุจูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุญูŽุฌูŽุฑูุŒ ููŽููŽุฑู‘ูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฌูŽุฑู ุจูุซูŽูˆู’ุจูู‡ูุŒ ููŽุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ู…ููˆุณูŽู‰ ูููŠ ุฅูุซู’ุฑูู‡ู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุซูŽูˆู’ุจููŠ ูŠูŽุง ุญูŽุฌูŽุฑูโ€.โ€ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽุธูŽุฑูŽุชู’ ุจูŽู†ููˆ ุฅูุณู’ุฑูŽุงุฆููŠู„ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ููˆุณูŽู‰ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุจูู…ููˆุณูŽู‰ ู…ูู†ู’ ุจูŽุฃู’ุณูโ€.โ€ ูˆูŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุซูŽูˆู’ุจูŽู‡ูุŒ ููŽุทูŽููู‚ูŽ ุจูุงู„ู’ุญูŽุฌูŽุฑู ุถูŽุฑู’ุจู‹ุง

Maksudnya: โ€œDahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :โ€™Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.โ€™ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : โ€˜Hai batu, pakaianku!โ€™. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : โ€˜Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.โ€™ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : โ€œDemi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batuโ€Riwayat al-Bukhari (no: 274)

Begitu juga terdapat hadith sahih menceritakan bahawa Nabi Ayub ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… mandi tanpa seurat benang. Sabda Nabi โ€Ž๏ทบ:

ุจูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฃูŽูŠู‘ููˆุจู ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ุนูุฑู’ูŠูŽุงู†ู‹ุง ููŽุฎูŽุฑู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฌูŽุฑูŽุงุฏูŒ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู‡ูŽุจูุŒ ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽ ุฃูŽูŠู‘ููˆุจู ูŠูŽุญู’ุชูŽุซููŠ ูููŠ ุซูŽูˆู’ุจูู‡ูุŒ ููŽู†ูŽุงุฏูŽุงู‡ู ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ููˆุจูุŒ ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุฃูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽุบู’ู†ูŽูŠู’ุชููƒูŽ ุนูŽู…ู‘ูŽุง ุชูŽุฑูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูŽู„ูŽู‰ ูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููƒูŽ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ู„ุงูŽ ุบูู†ูŽู‰ ุจููŠ ุนูŽู†ู’ ุจูŽุฑูŽูƒูŽุชููƒูŽ โ€

Maksudnya : Sewaktu Nabi Ayyub mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, โ€œWahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?โ€ Ujar Ayyub, โ€œBenar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.โ€ (Riwayat Al-Bukhari no. 279)

Bahkan Imam Al-Bukhari sendiri dalam Sahihnya meletakkan bab Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik.

Komen dan Soalan