Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tazkirah di Kuburan

Tazkirah di Kuburan

668
0
Iklan

๐Ÿ“š๐Ÿ“–โœ

๐Ÿ”ด Adakah dalil bagi perbuatan membaca tazkirah ringkas, berdoa sambil mengangkat tangan dan muka menghadap kiblat setelah selesai pengebumian jenazah?

โœ…
Dalil hadis:

Dari Uthman bin ‘Affan ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง:

ูƒุงู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅุฐุง ูุฑุบ ู…ู† ุฏูู† ุงู„ู…ูŠุช ูˆู‚ู ุนู„ูŠู‡ ูู‚ุงู„: (ุงุณุชุบูุฑูˆุง ู„ุฃุฎูŠูƒู…, ูˆุณู„ูˆุง ู„ู‡ ุจุงู„ุชุซุจูŠุช, ูุฅู†ู‡ ุงู„ุขู† ูŠุณุฃู„ (ูˆุตุญุญู‡ ุงู„ุฃู„ุจุงู†ูŠ ููŠ ููŠ ุตุญูŠุญ ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ)

โ€œDahulu Nabi ๏ทบ ketika selesai menguburkan mayat, baginda berdiri dan mengatakan, โ€œMintakan ampunan untuk saudara anda semua, dan mohonkan kepadanya keteguhan kerana dia sekarang sedang ditanyaโ€
[Dinyatakan sahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Abi Daud no. 3221]

Tazkirah atau khutbah selepas penguburan tiada nas. Walaupun berpegang kuat dengan sunnah, akan tetapi tazkirah di kubur itu adalah bid’ah. Tidak diamalkan oleh para salaf.

๐Ÿ”ด Benarkah ada hadith Nabi ๏ทบ memberi tazkirah ringkas kepada sahabat secara tidak formal ketika pengebumian jenazah?

โœ…
Ya, ada hadith.
Cuma dalam dua keadaan, kubur belum siap atau jenazah belum sampai.
Maka, ketika ramai orang yang hadir, Nabi ๏ทบ seperti akan memberi tazkirah.

Ini dalil Nabi ๏ทบ memberi tazkirah di kuburan kerana kubur belum siap digali.

Daripada Al-Barra’ bin Azib ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง melaporkan dari perkuburan Baqi’ al-gharqad:

ุฎูŽุฑูŽุฌู’ู†ูŽุง ู…ูŽุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ูููŠ ุฌูŽู†ูŽุงุฒูŽุฉู ุฑูŽุฌูู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑูุŒ ููŽุงู†ู’ุชูŽู‡ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูŠูู„ู’ุญูŽุฏู’,ููŽุฌูŽู„ูŽุณูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฌูŽู„ูŽุณู’ู†ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽู‡ู ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูุกููˆุณูู†ูŽุง ุงู„ุทู‘ูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽูููŠ ูŠูŽุฏูู‡ู ุนููˆุฏูŒ ูŠูŽู†ู’ูƒูุชู ุจูู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ ููŽุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุงุณู’ุชูŽุนููŠุฐููˆุง ุจูุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู -ู…ูŽุฑู‘ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง-โ€ฆ. ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠู’ุซูŽ

โ€œKami keluar bersama Rasulullah ๏ทบ pada acara mengantar jenazah seorang lelaki daripada kaum Ansar. Kami sampai ke kuburan sementara lahadnya belum siap. Rasulullah duduk dan kami pun duduk di sekeliling baginda seakan-akan di atas kepala-kepala kami ada burung. Di tangan baginda ada kayu untuk mencucuk-cucuk di tanah saat berfikir. Kemudian baginda mengangkat kepala dan bersabda, โ€˜Berlindunglah kepada Allah ๏ทป dari azab kubur-dua kali atau tiga kaliโ€™ dan seterusnyaโ€
[Ahmad, Abu Daud, dan Al-Hakim. Al-Hakim: sahih menurut syarat Imam Al-Bukhari dan Muslim, dipersetujui oleh Imam Az-Dzahabi dan Syaikh Al-Albani. Hadith ini dinyatakan sahih pula oleh Ibnu Qayyim dalam Iโ€™lam al-Muwaqqiโ€™in dan Tahdzib as-Sunan Abu Daud].

๐Ÿ”ด Adakah ini bermakna tiada tazkirah selepas pengebumian dan masing-masing memohon ampunan secara bersendirian menghadap kiblat?

โœ…
Ya, benar.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Komen dan Soalan