Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat SOALJAWAB MENGENAI KESALAHAN DALAM SOLAT / 3

SOALJAWAB MENGENAI KESALAHAN DALAM SOLAT / 3

183
0
Iklan

SOALAN

Bagaimana cara yang betul untuk membersihkan dan menyucikan pesakit wanita sebelum pesakit menunaikan solat?

JAWAPAN

Fiqh taharah untuk orang yang sakit untuk bersolat sama juga dengan orang yang sihat.

1- Pastikan pesakit dalam keadaan bersih dari najis.

2. Pakaian yang bersih dan menutup aurat dengan sempurna.

3. Dalam keadaan berwudhuk.

 

 

SOALAN

Macam mana cara solat bagi pesakit yang tidak boleh duduk lama kerana baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang?

JAWAPAN

Pesakit boleh solat di atas kerusi atau katil. Jika masih berada di hospital, boleh solat di atas katil samada solat sambil berbaring atau katil hospital yang di ubah sendiri.

 

 

SOALAN

Adakah pesakit perlu mengqadha solat yang tertinggal sewaktu beliau terlantar di hospital?

JAWAPAN

Sebetulnya wajib solat di dalam keadaan apa jua, hatta solat dengan berbaring. Jika tidak dilakukan solat dalam ketetapan waktu, menurut pendapat 4 mazhab solat perlu di qadha.

Manakala Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rhm berpendapat tidak boleh di qadha solat melainkan bertaubat nasuha.

 

 

SOALAN

Mohon pandangan berkaitan kata-kata al Hasan Basri ini.

Berkata al Hasan Basri rhm.

“Orang mukmin itu ialah orang yang paling baik amalannya dan yang paling dahsyat ketakutannya kepada Allah.”

“Kalaulah dia(orang mukmin yang demikian itu) membelanjakan emas sepenuh bumi ini di jalan Allah SWT , masih lagi dia tidak akan berasa selamat sehinggalah dia melihat dengan mata kepala sendiri keselamatan itu(syurga dan janji-janji Allah SWT yang lain) dan sentiasa dia akan berkata, ‘aku tidak akan selamat aku tidak akan selamat”

Faedah:

Daripada petikan kata-kata Hasan Basri ini, boleh disimpulkan bahawa orang yang sebenar-benarnya mukmin ialah orang yang banyak membuat kebaikan tetapi masih lagi merasakan diri tidak layak untuk syurga Allah SWT. Ini lah sifat orang mukmin yang sebenarnya.

JAWAPAN

Athar tersebut sahih. Boleh rujuk di dalam kitab Imam Ibnu Jauzi rhm berjudul Adaab al Hasan al Basri Wa Zuhudih Wa Mauidzhah
(آداب الحسن البصري وزهده ومواعظه، ابن الجوزي)

Juga di dalam kitab Sifatu Safwah.

Atsar ini tidak sama statusnya dengan hadith Nabawi al Syarif. Apa yang dikatakan oleh al Hasan Basri yang wafat pada 101 H adalah menterjemah ayat Al-Qur’an.

Firman Allah SWT,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka bergetarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka hanya bertawakal kepada Rabb mereka”
(Al-Anfal: 2)

Dalil hadith:

لَا يُدْخِلُ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ، وَلَا يُجِيرُهُ مِنَ النَّارِ، وَلَا أَنَا إِلَّا بِرَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ

“Tidak ada amalan seorangpun yang dapat memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkannya dari neraka. Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah”
(HR. Muslim no. 2817)

Khabar gembira bahawa kita dimasukkan ke syurga juga disebabkan amal kita.

Firman Allah SWT,

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Itulah surga yang dikaruniakan untuk kalian, disebabkan amal soleh kalian dahulu di dunia”
(Az-Zukhruf :72)

Maka, bersangka baiklah dengan Allah SWT. Walaupun hati anda merasa bimbang, amalan baik anda juga sememangnya menjadi asbab untuk dimasukkan ke syurga.

Dalam urusan agama, ada berita menakutkan.

Apa jua yang dikhabarkan oleh al Hasan Basri, ianya khabar yang menakutkan iaitu amalan tidak membawa ke syurga akan tetapi ada juga berita gembira, hakikatnya amalan soleh anda sememangnya akan membawa anda ke syurga. Ia berdasarkan hukum, sebab dan akibat iaitu ada amal pasti ada balasannya.

 

 

SOALAN

Berkaitan dengan dalil hadith dan Al-Quran di atas, kita dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah SWT dan kerana amal soleh juga?

JAWAPAN

Menurut pendapat Syaikh Ibnu Uthaimin rhm, kita tidak dapat memasuki syurga dengan amalan, kerana amalan kita itu walaupun nampak banyak akan tetapi ditakuti ada banyak cacat celanya dan tidak ikhlas.

Cacat cela yang dimaksudkan disini, contohnya solat, puasa atau haji yang kita lakukan masih tidak sama dengan anjuran atau tatacara Nabi SAW mengerjakannya. Akan tetapi asas hisab untuk dimasukkan ke syurga ialah dengan amalan. Amalan itu yang akan dhisab.

Ulasan:

Maka ianya saling tidak bertentangan. Kita dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT. Bermaksud, walaupun amalan kita banyak, namun ia tidaklah berpadanan dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Sama juga dengan jasa ibubapa kita, sejauh mana kita berbakti kepada keduanya, masih tidak dapat menyamai apa yang mereka berikan kepada kita.

Komen dan Soalan