Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Qadha Puasa SiMati

Qadha Puasa SiMati

213
0
Iklan

🔴 Apakah dibolehkan ahli keluarga menqadhakan puasa simati?

Contoh:

Seorang isteri menqadha puasa suaminya.

Ya, isteri boleh menqadhakan puasa suaminya.

Menurut pendapat mazhab Syafi’iy, puasa yang ditinggalkan oleh simati wajib diqadha.

Walau bagaimanapun, perlu diselidiki terlebih dahulu, apakah alasan yang menyebabkan simati tidak berpuasa. Sekiranya ia disebabkan oleh sakit yang tiada harapan untuk sembuh, maka puasa yang ditinggalkan itu tidak perlu diqadha.

Ulasan:

Perkara yang paling mudah untuk mengambil hukum di dalam hal ini ialah dengan menggunakan fiqh sunnah;

1) Semua jenis puasa si mati yang wajib, seperti puasa Ramadhan dan juga puasa nazar, maka wajib bagi ahli waris mengqadha puasanya. Ini adalah mengikut sudut pandangan mazhab Syafi’iy.

2) Hanya puasa nazar yang wajib diqadha oleh waris. Manakala bagi puasa ramadhan, waris hanya wajib membayar fidyah sahaja. Ini adalah fatwa dari mazhab Hanbali atau Arab Saudi.

Dalil hadith:

Fatwa Ibnu Abbas r.a.

Dari Said bin Jubair (iaitu murid Ibnu Abbas), bahawa gurunya pernah mengatakan;

إِذا مرض الرجل في رمضان، ثمّ مات ولم يصم؛ أطعم عنه ولم يكن عليه قضاء، وإن كان عليه نَذْر قضى عنه وليُّه

Terjemahan:

Apabila ada orang sakit ketika ramadhan (kemudian dia tidak puasa), sampai dia mati, belum melunasi hutang puasanya, maka dia membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu diqadha. Namun jika si mayat memiliki hutang puasa nazar, maka walinya harus mengqadhanya.

(HR. Abu Daud 2401 dan di sahihkan Syaikh Al-Albani rhm).

 

Komen dan Soalan