Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Gambaran Neraka, Tenung Wanita Cantik, Kencing Kucing

Gambaran Neraka, Tenung Wanita Cantik, Kencing Kucing

25
0
KONGSI

1. Mengenai hadis Nabi SAW yang menyebut Amru bin Luhay mengheret isi perutnya di dalam Neraka, adakah memang dia di dalam Neraka sekarang atau akan datang sebab sekarang masih belum dihisab?
Takhrij:

رأيت عمرو بن عامر الخزاعي يجر قصبه في النار كان أول من سيب السوائب

“Aku melihat Amr bin Amir Al-Khuzai menarik-narik isi perutnya di dalam Neraka. Dan dia adalah orang pertama yang memberikan persembahan berupa saa’ibah kepada berhala.” [Bukhari]
“Aku melihat” itu maksudnya diberi lihat imbasan. Nabi SAW ini mendapat mukjizat boleh melihat sejarah, masa depan dan masa Kiamat. Jangan pelik, kerana beliau adalah Nabi yang memiliki mukjizat.

2. Apakah hukumnya merenung perempuan cantik tetapi bukan dengan pandangan seksual cuma merenung sebab kagum dengan kecantikannya?
Hukum asal:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.” [An Nur: 30]
Hukum asal:
Tidak boleh memandang perempuan tanpa hajat. Kalau terpandang?

وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” يَا عَلِيُّ لا تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ رواه الترمذي 2701 وهو في صحيح الجامع 7953

“Rasulullah SAW berkata kepada Ali RA, “Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), kerana bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)” [Tirmizi, Al-Albani, sahih, sahih Al-Jaami’: 7953]

3. Semasa sedang solat baru perasan kopiah atau songkok terkena sedikit kencing kucing, ada bau sedikit. Apakah batal solat?
Dalil hadis Abu Qatadah Al-Ansari RA,

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

“Kucing itu tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ” [Abu Daud: 75, Tirmizi: 92, An-Nasai: 68, dan Ibnu Majah: 367. Al-Albani sahih].
Maksudnya kucing itu tidak najis bukan mutlak, kecuali najis kencing dan tahinya. Adapun jika songkok anda terkena najis kucing, maka solat anda tidak sah dan perlu diulangi.

Komen dan Soalan