Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Adakah Perlu Bermazhab?

SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Adakah Perlu Bermazhab?

193
0
Iklan

🔴 Adakah wajib kita mengikuti mazhab tertentu dan adakah seseorang rakyat Malaysia boleh mengamalkan mazhab lain selain daripada Mazhab Syafi’iy?

✅ Ini isu manhaj atau sistem beragama, atau metod beragama.

Bagi ‘mainstream’ atau ASWAJA iaitu aliran majoriti di nusantara, wajib bermazhab dengan  salah satu mazhab yang empat. Oleh itu, nusantara memilih Mazhab Syafi’iy dan itulah yang disebut sudah menjadi norma agama, bahawa wajibnya bermazhab.

Fiqh As-Sunnah pula, mazhab tidak wajib, sebab asalnya ia tidak ada atau wujud. Sekiranya wujud, maka sahabat Nabi ï·º yang berjumlah 120,000 orang itu bermazhab apa? Mazhab Hanafi hanya muncul pada tahun 150 Hijrah. Mazhab Syafi’iy pula muncul pada tahun 204 Hijrah.

Yang rajih atau tepat, bermazhab itu harus sahaja kepada orang yang tidak tahu agama, manakala orang yang boleh belajar agama, mazhab tidak wajib ke atasnya.

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan