Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah ISU SEPUTAR BAB NAZAR

ISU SEPUTAR BAB NAZAR

179
0
Iklan
๐Ÿ”ด Benarkah tidak boleh bernazar dengan amal ibadat? Contohnya bernazar kalau anak cemerlang SPM maka dia akan berpuasa setiap hari Khamis selama sebulan. Bernazar seperti itu seolah-olah seseorang itu ingin beribadah hanya setelah dia mendapat apa yang dia hajati.

โœ… Jawapan:

Pertama: Anda harus memahami dengan jelas terlebih dahulu hukum nazar secara umum merentasi semua mazhab.

Kedua: Nazar adalah ibadah sebelum kemunculan Islam lagi, ia diamalkan oleh semua agama, termasuk agama Hindu (nazar membawa kavadi)

Ketiga: Apabila Islam datang, maka nazar dibahagi kepada dua:

1โƒฃ Nazar Mu’allaq

Nazar untuk meraih manfaat daripada Tuhan dengan menawarkan ibadah rasuah; iaitu merasuah Tuhan. Jika Tuhan beri apa yang dipinta, maka barulah hamba itu melakukan ketaatan.

Contoh: “Jika aku dapat 10A dalam SPM, maka wajiblah aku bernazar puasa 5 hari.”

Di sini maksudnya dia merasuah Tuhan; di mana dia hanya akan berpuasa, hanya jika Tuhan menunaikan hajatnya.

๐Ÿ” Kaedah memahami hukum dalam fiqh:

Larangan daripada Nabi ๏ทบ hukumnya adalah makruh.
Manakala larangan daripada Allah โ€Ž๏ทป hukumnya adalah haram.

Ini merupakan kaedah emas yang mesti kita pegang.

โœณ๏ธ Dalil Jumhur yang mengatakan nazar terlarang adalah makruh:

ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุฐู’ุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ุงูŽ ูŠูŽุฑูุฏู‘ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ูŠูุณู’ุชูŽุฎู’ุฑูŽุฌู ุจูู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุจูŽุฎููŠู„ู ยป

โ€œNabi ๏ทบ melarang untuk bernazar, baginda bersabda: โ€˜Nazar sama sekali tidak mampu menolak sesuatu. Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhilโ€™.โ€

(HR. Bukhari No. 6693 dan Muslim No. 1639 dari sanad Ibn Umar ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡)

2โƒฃ Nazar Mutlaq (Nazar tanpa syarat)

Nazar tanpa mengenakan syarat kepada Tuhan.

Untuk sebahagian mazhab Maliki dan Syafi’iy, hukum nazar adalah sunnah.
Maksud sunnah ialah nazar mutlaq, iaitu tanpa mengenakan sebarang syarat kepada Tuhan.

Contoh: “Aku ikhlas bernazar bulan Rejab untuk berpuasa 10 hari”.

Ia adalah sunnah kerana tidak diikat dengan apa-apa syarat. Dalilnya adalah:

ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽู†ู’ููŽู‚ู’ุชูู…ู’ ู…ูู†ู’ ู†ูŽููŽู‚ูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ู†ูŽุฐูŽุฑู’ุชูู…ู’ ู…ูู†ู’ ู†ูŽุฐู’ุฑู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ูู‡ู

โ€œApa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.โ€

[ Al-Baqarah: 270 ]

#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl

Komen dan Soalan