Utama Blog Halaman 41

NUSYUZ BAGI SEORANG SUAMI

0

🔴 Apakah hukumnya seorang suami suka memaki hamun isteri dengan gelaran perempuan sial, perempuan gila dan selainnya?

Nusyuz suami.

Firman Allah ﷻ;

.وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير

“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz daripada suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”. [an-Nisaa’ 4:128]

Nusyuz suami antaranya ialah maki hamun iaitu “verbal abuse” (penderaan lisan).

Sulh* dalam ayat tersebut adalah meminta suami agar menceraikannya.

Nota Tambahan:
*Sulh bermaksud perdamaian.

🔴 Benarkah taraf isteri cuma di kaki suami, umpamanya boleh dipijak-pijak oleh suami?

Taraf isteri di kaki suami adalah adat dan budaya Hindu. Di dalam Islam taraf isteri adalah sama dengan suami cuma suami diberi hak kepimpinan sahaja.

Firman Allah‎ ﷻ:

ولهن مثل الذى عليهن بالمعروف وللرجال عليهن درجة – البقرة 228

“Dan mereka (para isteri) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang sepatutnya. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka.” [al-Baqarah 2:228]

Tujuan perkahwinan adalah untuk cinta mencintai.

Firman Allah ﷻ;

ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة – الروم 21

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan berpasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram, kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.” [ar-Rum 30:21]

Sekiranya perkahwinan tidak ada rasa cinta, ketenteraman, sakinah dan ikatan yang kuat, maka rumahtanggaku boleh menjadi nerakaku. Kita ada pilihan, mengapa hendak menderita hidup bersama lelaki kejam, bukankah lebih baik menjadi janda?

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنسائهم
رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
تحقيق الألباني :حسن صحيح ، الصحيحة  284

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Nabi ﷺ “Kaum Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka, dan yang paling baik di antara semua lelaki adalah yang paling baik kepada isteri-isterinya.” (HR Tirmidzi, beliau berkata Hasan sahih, disahkan oleh Imam al-Albani رحمه الله)

Maka berdasarkan hadith di atas, “benchmark” (penanda aras) untuk ciri-ciri suami adalah:
1) Lelaki terbaik adalah yang terbaik akhlaknya, terserlah dalam kalangan manusia sekelilingnya.
2) Lelaki terbaik akhlaknya pula adalah yang paling baik terhadap isterinya.

Itulah lelaki yang anda perlu cari.

🔴 Saya faham jika seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami, maka hukumnya adalah nusyuz, tetapi apakah hukumnya pula jika selepas bergaduh isteri keluar rumah dengan niat untuk menyelamatkan rumahtangganya, dengan harapan suaminya insaf jika dia berbuat demikian? Ini sebagai langkah terakhir kerana sudah pelbagai cara telah dibuat termasuk menasihati suaminya malangnya langsung tiada kesan.

Benar, hukum asal adalah isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Akan tetapi ketaatan isteri kepada suami bukanlah mutlak jika dia mempunyai sebab.

Dalil hadith:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَة

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka jika ada maksiat yang dilakukan oleh suami, maka boleh keluar dari rumah tanpa izinnya.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 6/2020

0

Bengkak selepas pembedahan

Soalan 1:

Apakah cara untuk mengurangkan bengkak selepas pembedahan seperti dalam gambar?

Jawapan:

Tangan perlu ditinggikan sedikit, bengkak akan surut dengan sendirinya apabila luka pembedahan dan sistem bendalir di tangan tersebut pulih sepenuhnya.

Masalah kesihatan semasa hamil

Soalan 2:

Adakah wanita yang mempunyai masalah tulang belakang (ekor) boleh hamil dengan sempurna? Adakah sakit akan bertambah teruk ketika kandungan membesar atau adakah sebarang komplikasi pada kandungan tersebut?

Jawapan:

Perempuan yang mempunyai masalah tulang belakang akan mengalami komplikasi ketika kandungan mula membesar kerana:

  1. Beratnya bertambah;
  2. Tulang belakang akan hilang lengkung dan menjadi lurus.

Soalan 3:

Isteri saya sedang hamil sekarang tetapi beliau mengadu sakit pada kedua pergelangan tangan serta terdapat benjolan ditempat tersebut seperti gambar di sebelah.

Jawapan:

Kelihatan seperti bengkak tetapi kulit tidak menunjukkan adanya radang di bahagian tersebut.  Sebaiknya bawa berjumpa doktor untuk pengesahan, mungkin pengaruh hormon boleh menyebabkan ‘tendonitis’.

Salah faham mengenai pengambilan ubat kencing manis

Soalan 4:

Pengambilan ubat yang tidak konsisten menyebabkan ramai pesakit kencing manis perlu menjalani dialisis buah pinggang.  Kebanyakan mereka beranggapan buah pinggang akan rosak dengan pengambilan ubat yang disyorkan oleh pihak hospital.  Benarkah kenyataan  yang telah menjadi buah mulut dan turun-menurun itu, doktor?

Jawapan:

Ini merupakan kepercayaan yang tidak benar. Penyakit kencing manis adalah punca utama yang menyebabkan kerosakan pada organ badan seperti buah pinggang, mata dan sistem saraf. Untuk mengelakkan ini berlaku kencing manis perlu dikawal dengan baik, sama ada dengan memakan ubat atau menjaga pemakanan mengikut jadual yang ketat. Jika seseorang itu enggan untuk makan ubat, beliau mesti menjaga diet dengan sempurna dan mengawal paras gula dalam darah setiap hari.

Penginapan di hotel sepanjang wabak Covid-19

Soalan 5:

  1. Adakah aktiviti di kolam renang terbuka dibenarkan dalam keadaan wabak penyakit Covid-19 dan bagaimana pula jika menggunakan kolam renang yang disediakan di hotel?
  2. Adakah selamat menginap di hotel yang pernah dijadikan pusat kuarantin untuk pesakit Covid sebelum ini?

Jawapan:

  1. Kesediaan aktiviti bergantung kepada berapa banyak klorin dalam air tersebut kerana untuk membunuh bakteria dan virus perlukan konsentrasi yang tertentu.
  2. Pihak hotel akan melakukan proses sanitasi dan nyahkuman sebelum beroperasi, oleh itu hotel selamat untuk dibuka kepada orang ramai.

 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-273 hingga Ke-275

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafsir Ayat Ke-273

Allah ‎ﷻ ajar kita untuk memilih tempat infaq dengan terbaik. Infaq yang elok adalah kepada fakir miskin seperti yang telah disebut. Tetapi yang terbaik adalah kepada fakir miskin yang sedang menegakkan agama Allah ‎ﷻ.

لِلفُقَراءِ الَّذينَ أُحصِروا في سَبيلِ اللَّهِ لا يَستَطيعونَ ضَربًا فِي الأَرضِ يَحسَبُهُمُ الجاهِلُ أَغنِياءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعرِفُهُم بِسيمٰهُم لا يَسأَلونَ النّاسَ إِلحافًا ۗ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

لِلفُقَراءِ الَّذينَ أُحصِروا في سَبيلِ اللَّهِ

bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya pada jalan Allah

Infaq terbaik yang boleh kita berikan adalah kepada fakir miskin yang terikat mereka itu di jalan Allah ‎ﷻ.

Ini kerana fakir miskin ada juga yang tidak baik, tidak beriman dan mungkin jadi fakir sebab mereka malas bekerja sahaja. Tetapi ada fakir miskin yang mengajar agama, berdakwah dan kerja-kerja lain dalam agama.

Mereka telah ‘mengikat’ diri mereka di jalan Allah ‎ﷻ sampai tidak ada masa mencari harta. Mungkin mereka telah mewakafkan diri mereka untuk mengajar Al-Qur’an kepada masyarakat atau mengajar hadith kepada manusia. Infaq kepada mereka seperti ini adalah yang terbaik.

لا يَستَطيعونَ ضَربًا فِي الأَرضِ

yang tidak berupaya mengembara di muka bumi untuk mencari rezeki

Mereka tidak sempat ke sana sini untuk mencari rezeki kerana sibuk mengajar. Mereka perlu dibantu kerana kalau mereka sibuk cari pendapatan, mereka akan kurang kerja pada agama.

Kita kena sedar yang mereka itu bukan malas bekerja, tetapi mereka rasa tugas mereka mengajar atau berdakwah itu lebih penting lagi untuk kepentingan masyarakat.

Ada guru agama yang ada kerja dan mereka mengajar separuh masa. Maka mereka seperti ini tidak memerlukan bantuan orang lain. Mereka lebih suka tidak mengambil apa-apa daripada anak murid.

Tetapi ada guru agama yang memang sepenuh hidup mereka mengajar agama. Mereka tidak ada kerja lain. Maka kepada mereka yang sebegini, kenalah bantu mereka. Tidak perlu tunggu mereka meminta.

يَحسَبُهُمُ الجاهِلُ أَغنِياءَ مِنَ التَّعَفُّفِ

orang-orang yang jahil menyangka mereka itu kaya kerana kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Orang yang jahil agama sangka mereka yang mengajar itu kaya raya sebab mereka itu tidak meminta-minta. Yang jahil menyangka, orang yang susah tentulah minta tolong, bukan? Tetapi guru-guru agama itu tidak meminta-minta tolong pun, relaks sahaja nampaknya. Jadi orang jahil sangka: Mereka tidak minta tolong, tentu mereka itu sudah cukup keperluan.

Ingatlah yang mengajar itu tidak meminta-minta dengan orang, tetapi mereka akan berdoa kepada Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ akan bantu mereka kerana Allah ‎ﷻ sudah berjanji untuk beri jalan keluar kepada orang yang bertaqwa.

تَعرِفُهُم بِسيمٰهُم

Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat mereka

Kamu yang mengaji agama akan kenal mereka yang memerlukan pertolongan dengan melihat cara hidup mereka. Lihatlah bagaimana cara mereka pakai, bagaimana cara mereka makan dan sebagainya.

Maka kena sensitiflah sedikit dengan memerhatikan memek muka mereka, pakaian mereka, cara mereka bercakap yang mungkin mereka ada sebut keperluan mereka dengan amat berhalus. Dalam hal ini kena faham-fahamlah.

لا يَسأَلونَ النّاسَ إِلحافًا

mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak.

Mereka tidak meminta kepada manusia dengan cara bersungguh-sungguh. Mereka tidak minta dengan cara yang memalukan. Mereka tidak memalukan diri mereka dengan minta dengan cara yang kuat.

Mungkin mereka beri isyarat sahaja dan kalau dia nampak kita macam berat hendak beri, dia dengan segera kata sebenarnya dia tidak perlukan pun. Mereka yang jahil, akan rasa kalau dia tidak minta bersungguh-sungguh, tentulah dia tidak perlu mana.

Namun Allah ‎ﷻ sudah beritahu sifat mereka – mereka tidak mendesak. Mereka memang memerlukan, tetapi mereka tidak mendesak-desak seperti orang lain. Ini kerana pengharapan mereka telah letakkan pada Allah ‎ﷻ. Tambahan pula dalam kerja mengajar agama ini, takut orang salah faham. Ramai yang jahil menuduh orang yang mengajar agama kerana hendakkan duit masyarakat.

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Allah ‎ﷻ beri lagi motivasi kepada kita untuk infaq dan sedekah. Entah berapa kali Allah ‎ﷻ sudah beritahu. Maka, kena ingatlah perkara ini. Pahala amat banyak bagi mereka yang infaqkan harta mereka di jalan Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-274

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم وَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

الَّذينَ يُنفِقونَ أَموٰلَهُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang,

Maksud siang dan malam itu adalah ‘sentiasa’. Ini mengajar kita bahawa infaq itu perlu dilakukan berterusan. Perlu dilakukan setiap masa dan bukan waktu-waktu tertentu sahaja. Bila ada peluang sahaja, kita jalankan infaq kita. Mata kita sentiasa mencari peluang untuk menolong orang lain.

سِرًّا وَعَلانِيَةً

dengan cara sulit atau terbuka,

Kadang-kadang kita infaq secara senyap dan kadang-kadang kita terpaksa infaq di depan orang yang melihat kita. Kita bukannya sengaja hendak tunjuk tetapi waktu itu memang ada orang lain. Maknanya bila ada peluang sahaja, kita akan infaqkan harta kita sama ada secara senyap atau tidak.

فَلَهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم

mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,

Allah ‎ﷻ menjadikan pahala dari sisi-Nya. Kalau Allah ‎ﷻ kata ia dari sisi-Nya, tentulah ia adalah amat besar sekali. Tidak dapat dibayangkan bagaimana banyaknya pahala itu.

وَلا خَوفٌ عَلَيهِم

dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka,

Mereka tidak perlu ditakuti lagi nasib mereka di akhirat kerana mereka telah banyak bekal.

وَلا هُم يَحزَنونَ

serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka tidak berdukacita semasa meninggalkan dunia kerana mereka akan pergi ke tempat yang lebih baik.

Tafsir Ayat Ke-275

Dalam ayat sebelum ini, Allah ‎ﷻ banyak menyebut tentang infaq iaitu suruhan untuk menghimpun harta kita di akhirat, manakala, di dalam ayat ini pula Allah ‎ﷻ menyebut tentang mereka yang menghimpun harta di dunia dengan cara haram.

Sudahlah himpun harta kemudian tidak infaq (itu pun sudah tidak molek), tetapi masih boleh lagi. Masalahnya sekarang mereka yang disebut dalam ayat ini, mereka himpun harta mereka itu dengan cara haram.

الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْ لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba’”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba’. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba’), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba’ itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba’

‘Makan’ dalam ayat ini maksudnya ambil riba’ kerana yang memberi hutang berlandaskan riba’ itu adalah untuk mereka makan sebenarnya, untuk menjaga perut mereka supaya kenyang sentiasa. Mereka sudah tidak kira kesusahan orang lain.

Mereka ambil keuntungan atas kelemahan dan kesusahan manusia dengan cara melanggar syarak. Mereka buat duit menggunakan duit. Mereka beri pinjam kepada manusia dan minta bayaran yang lebih daripada modal yang diberi. Mereka mendapat kekayaan dengan cara yang haram sedangkan banyak lagi cara halal yang lain.

Pada Zaman Jahiliyyah, jikalau orang yang meminjam tidak dapat membayar selepas waktu yang telah dijanjikan, hutang itu akan digandakan. Kalau tidak bayar juga selepas setahun, akan digandakan sekali lagi.

Makanya, hutang yang asalnya sedikit akan menjadi berganda-ganda. Hutang itu sampaikan boleh jadi turun temurun, kena dibayar oleh anak beranak yang meminjam jika mereka mati tidak sempat bayar semua hutang.

لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ

tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.

Ini adalah keadaan mereka yang mengambil riba’. Keadaan mereka itu macam orang kena rasuk hantu. Memang tidak macam manusia biasa. Rambut kusut masai, jalan huyung hayang. Sudah tidak dapat dinasihatkan lagi kerana mereka tidak dengar nasihat.

Mereka ke sana dan ke sini sebab hendak kutip duit mereka daripada orang yang berhutang dengan mereka. Mereka menjadi bengis sebab hendak kutip hutang daripada orang yang berhutang.

Mereka sentiasa mengira-ngira duit mereka, risau siapa tidak bayar lagi, siapa akan bayar lambat lagi… ada yang sudah mati tidak dapat bayar, ada yang lari, ada yang degil tidak mahu bayar…. kepala mereka asyik pusing memikirkan duit mereka sahaja.

Ayat ini menjadi dalil bahawa memang jin ada merasuk manusia. Memang ia berlaku dan banyak terjadi dalam masyarakat kita. Malangnya ramai menggunakan cara yang salah untuk mengubati pesakit dengan amalan-amalan yang salah. Namun ia adalah perbincangan yang panjang untuk dibincangkan di sini.

Di dunia ini, kalau hendak lihat mereka yang berperangai macam dirasuk syaitan, boleh lihat mereka yang bekerja di Bursa Saham. Kalau tengok masa penutup (“closing time”) bursa, mereka sudah macam orang gila atau seperti monyet yang kepanasan.

ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba’”.

Mereka dikenakan dengan azab itu kerana mereka kata riba’ itu halal sama macam perniagaan biasa. Ini adalah hujah mereka untuk membenarkan apa yang mereka lakukan.

Ini adalah alasan mereka sahaja. Mereka kata mereka cuma menjalankan perniagaan sahaja kerana wang yang mereka beri pinjam itu, kalau mereka laburkan ke tempat lain, mereka akan dapat pulangan juga (kata mereka). Macam-macam lagi hujah bathil mereka untuk membenarkan amalan riba’ mereka itu. Teruk sekali fahaman mereka.

Padahal, tidak sama hutang riba’ dan perniagaan. Perniagaan adalah seorang pembeli memerlukan barang yang dibekalkan oleh penjual. Penjual membekalkan barang yang diperlukan dengan harga modal dicampur dengan untung usahanya menyediakan barang itu. Maka dua-dua pihak akan dapat keperluan masing-masing. Pembeli dapat barang yang diperlukan dan penjual dapat untung.

Mereka berhujah, wang mereka itu kalau mereka niagakan atau dilaburkan, pun akan mendapat duit juga. Jadi mereka kata tidaklah salah kalau mereka beri pinjam dan kemudian dapat pulangan. Ini pun tidak benar kerana kalau niaga, belum tentu dapat untung; dan kalau laburkan, belum tentu dapat pulangan. Sedangkan dalam beri pinjaman riba’, pulangan sudah pasti.

Zaman sekarang, macam tidak boleh lagi untuk mengelak daripada terlibat dengan riba’. Di mana-mana sahaja ada riba’. Untuk beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Yang lebih malang, anak-anak kita masuk universiti pun kena buat pinjaman yang ada riba’ juga. Bila keluar universiti, kerja belum tentu dapat lagi, tetapi sudah mula kena bayar bunga riba’.

Maka untuk menjaga daripada terlibat dengan riba’ ini memerlukan semangat juang yang amat tinggi. Kena sedar yang riba’ itu memang bahaya dan kalau sedar bahayanya riba’, barulah semangat kuat untuk melawan daripada terlibat dengan riba’.

وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Hujah membenarkan riba’ dengan akal itu adalah bathil kerana Allah ‎ﷻ dengan jelas telah mengharamkan riba’. Ia menyusahkan manusia dan menyebabkan masalah ekonomi dunia. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Bayangkan pembelian rumah. Rumah yang boleh dibeli asalnya, menjadi mahal sangat sampai tidak mampu diberi secara tunai. Rumah yang 20 tahun dahulu berharga RM20 ribu, mungkin sekarang sudah berharga sejuta kerana telah dimasukkan dengan unsur riba’.

Ini adalah kerana pembeli pertama akan pinjam wang daripada bank yang mengenakan riba’. Kemudian apabila dia hendak jual, tentu dia akan jual lebih mahal kerana hendak masukkan kos riba’ yang dia telah bayar, termasuk dengan keuntungan. Yang beli pula kena pinjam bank pakai riba’ juga. Kemudian dia pun akan jual dengan harga yang lebih mahal lagi.

Maka rumah yang menjadi keperluan asas manusia menjadi terlalu mahal sangat sampai susah untuk dibeli. Akhirnya mana orang hendak duduk? Oleh kerana terpaksa juga ada rumah, maka ramailah yang hendak tidak hendak, pakai juga sistem riba’. Itulah keburukan riba’ sampai merosakkan ekonomi dunia.

Kajian telah banyak dijalankan untuk menunjukkan bagaimana konsep riba’ itu adalah buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara malah dunia. Kalau dikaji kenapa ada orang yang hidup gelandangan, ekonomi negara runtuh sampai tidak ada pekerjaan dan matawang jadi susut sampai tiada nilai… ia adalah kerana riba’.

Kitalah umat Islam yang kena sampaikan ajaran Allah ‎ﷻ tentang keburukan riba’ ini supaya manusia yang bukan Islam pun boleh tahu. Malah, ada pakar ekonomi yang masuk Islam kerana nampak keburukan riba’ dan melihat bagaimana agama Islam sahaja agama yang menentang riba’.

فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu dia berhenti, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya,

Boleh ambil modal/pokok yang telah diberikan dahulu. Ini kerana semasa ayat ini turun, ada sahabat yang mengamalkan riba’. Tidaklah terus tinggalkan transaksi itu sampai dia kerugian pula. Allah ‎ﷻ tidak menyusahkan. Masih boleh ambil balik wang dia.

Namun hanya ambil yang pokok sahaja. Maksudnya, kalau dia beri pinjam seratus riyal dan peminjam kena bayar 150 riyal, dia boleh ambil balik seratus riyal itu sahaja. Bunga dia tidak boleh ambil.

Satu lagi maksud ayat ini, ‘baginya apa yang lepas’. Maksudnya yang sudah itu, sudahlah. Berhenti sahaja daripada berbuat riba’, tetapi tidaklah perlu diganti balik kepada penghutang yang sudah banyak kamu makan harta mereka.

وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ

dan perkaranya terserahlah kepada Allah.

Terpulanglah kepada Allah ‎ﷻ sama ada akan mengampunkannya atau tidak. Serahkan kepada Allah ‎ﷻ semoga Allah ‎ﷻ ampunkan. Asalkan kita mahu berubah dan bertaubat di atas kesalahan yang lama.

Sama juga macam perbuatan syirik sembah berhala yang kamu lakukan dahulu, minta ampun sahaja. Benda yang sudah dibuat jangan dikenang lagi kerana perkara yang dilakukan dahulu adalah kerana jahil. Sekarang Allah ‎ﷻ sudah beri ilmu, maka taat dan ikutlah ia.

وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ

Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba’ itu) maka itulah ahli neraka,

Ini adalah orang yang degil, liat untuk ikut syariat dan hukum daripada Allah ‎ﷻ. Kalau masih berdegil juga, syariat telah diberikan tetapi masih tidak mahu ikut juga, maka tempat yang layak baginya adalah neraka.

هُم فيها خٰلِدونَ

mereka kekal di dalamnya.

Bukan tinggal di neraka sekejap sahaja, tetapi selama-lamanya, tidak ada harapan untuk diampunkan. Ini adalah amaran yang amat berat sekali. Oleh kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat, maka hukumannya pun berat.

Malangnya, orang kita tidak berapa ambil kisah tentang riba’ kerana ia sudah diamalkan merata-rata. Ini sama seperti amalan bid’ah yang sudah turun temurun diamalkan dalam masyarakat. Kita rasa ia biasa sahaja kerana ia sudah lama diamalkan dan ramai pula yang terlibat, maka kita anggap ia perkara biasa sahaja.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 5/2020

0

Migrain  

Soalan 1:

Apakah kaedah rawatan yang sesuai untuk melegakan kesakitan migrain selain daripada pengambilan ubat-ubatan?

Jawapan:

Senaman dan latihan konsentrasi mungkin boleh membantu melegakan kesakitan serta mengurangkan kekerapan berlakunya migrain.

[Migrain merupakan salah satu penyakit yang selalu berlaku di kalangan masyarakat. Pesakit ini selalunya akan menyatakan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja dan ianya kerap kali berlaku. Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.]

 

Bengkak lutut

Soalan 2:

Lutut saya bengkak dan telah menjalani imbarasan x-ray. Untuk lebih jelas, perlu buat MRRI dan telah diberi suntikan oleh doktor yang merawat, namun saya enggan dibedah.  Bolehkah doktor mencadangkan ubat yang perlu saya ambil sebagai rawatan?

Jawapan:

Tiada cadangan ubat kerana doktor yang merawat telah mengenal pasti penyakit, malah pesakit telahpun mendapat rawatan suntikan untuk melegakan kesakitan.

Soalan 3:

Anak lelaki saya berusia 5 tahun kerap mengadu sakit lutut tanpa sebab kemalangan atau jatuh.  Untuk mengenal pasti masalahnya, ke bahagian manakah perlu dirujuk?

Jawapan:

Boleh pergi ke Jabatan Pesakit Luar dan minta rujuk ke pakar pediatrik.  Amat penting untuk cuba kenal pasti cara dia berjalan sama ada normal atau tidak.

[Bengkak di lutut boleh berlaku kerana banyak sebab. Ini termasuk kerosakan pada tulang rawan lutut, dan keradangan beg artikular. Proses patologi mungkin berkaitan dengan tendon dan ligamen. Oleh itu, sebelum memulakan rawatan, pastikan untuk mengetahui penyebab bengkak yang tepat.

Punca bengkak lutut antaranya ialah:

  • Kecederaan atau trauma
  • Jankitan pada struktur sekitar lutut
  • Arthritis atau radang pada sendi
  • Bursitis

Rawatan yang diberikan akan bergantung kepada punca lutut bengkak. Namun, pada dasarnya, pesakit akan dirawat secara simptomatik dan rawatan yang lebih spesifik akan diberikan bergantung kepada keadaan.]

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-270 hingga Ke-272

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafsir Ayat Ke-270

وَما أَنفَقتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَو نَذَرتُم مِّن نَّذرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعلَمُهُ ۗ وَما لِلظّٰلِمينَ مِن أَنصارٍ

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

وَما أَنفَقتُم مِّن نَّفَقَةٍ

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan daripada infaq

Tidak disebut infaq apa dalam ayat ini. Maka ia boleh merujuk kepada infaq untuk jalan Allah ‎ﷻ atau infaq kepada maksiat.

أَو نَذَرتُم مِّن نَّذرٍ

atau apa sahaja yang kamu nazarkan

Nazar disebut dalam ayat ini kerana nazar pun adik beradik infaq juga sama ada nazar pada jalan Allah ‎ﷻ atau ke jalan maksiat.

Nazar adalah satu janji untuk melakukan sesuatu jikalau sesuatu terjadi. Sebagai contoh, kita bernazar untuk infaq kepada sekolah agama kalau anak kita dapat keputusan yang baik.

فَإِنَّ اللَّهَ يَعلَمُهُ

sesungguhnya Allah mengetahui-Nya

Allah ‎ﷻ hendak beritahu yang apa sahaja yang kita infakkan untuk kebaikan, Allah ‎ﷻ tahu, maka tidak payah sibuk beritahu kepada orang kerana kita harap pahala daripada Allah ‎ﷻ sahaja.

Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan yang kalau kita infaq atau nazar kepada keburukan, pun Allah ‎ﷻ tahu juga.

وَما لِلظّٰلِمينَ مِن أَنصارٍ

orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan yang kalau sesiapa infaq kepada perkara keburukan, Allah ‎ﷻ akan beri balasan azab dan tidak akan ada sesiapa yang dapat menyelamatkan dia.

Tafsir Ayat Ke-271

Kadang-kadang kerana tuntutan semasa, kita kena zahirkan sedekah kita. Terutama kalau zakat wajib. Ini pun bagus juga supaya orang kaya lain pun ikut keluarkan zakat sebab ikut kita. hinggakan ulama’ kata sunat untuk menzahirkan zakat wajib.

Tetapi jika ‘sedekah sunat’, disunatkan untuk merahsiakannya untuk menjaga keikhlasan kerana takut ada timbul suka dalam hati kita kalau ada orang nampak.

إِن تُبدُوا الصَّدَقٰتِ فَنِعِمّا هِيَ ۖ وَإِن تُخفوها وَتُؤتوهَا الفُقَراءَ فَهُوَ خَيرٌ لَّكُم ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُم ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

إِن تُبدُوا الصَّدَقٰتِ فَنِعِمّا هِيَ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik

Ayat ini memberi hukum bahawa boleh untuk kita zahirkan sedekah kita. Kadang-kadang itu adalah sebaik-baik cara tetapi kena tengok keadaan juga.

Kadang-kadang ada suasana yang apabila kita mula keluarkan sedekah, orang lain ada ikut. Ada satu hadith bagaimana semasa Nabi ﷺ di dalam satu majlis dengan para sahabat, telah datang seorang peminta sedekah. Nabi ﷺ suruh mereka membantu peminta sedekah itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang bangun membantu pada mulanya. Namun kemudian seorang sahabat telah bangun dan memberi sedekah kepada lelaki itu. Melihat perbuatan sahabat yang pertama itu, para sahabat yang lain pun mulai bangun dan memberi sedekah kepada lelaki itu.

Maka Rasulullah ﷺ memberitahu yang sahabat yang mula buat itu dapat pahala sedekah sahabat-sahabat yang lain juga.

“Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebenaran) adalah baginya pahala sebagaimana pahala bagi orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan pahala tersebut sedikitpun.” (Sahih Muslim)

وَإِن تُخفوها وَتُؤتوهَا الفُقَراءَ فَهُوَ خَيرٌ لَّكُم

Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu;

Namun kalau kita sembunyikan sedekah itu dan berikan pada tempat yang betul, itu lebih baik kerana hati kita terjaga daripada sifat riak dan ujub.

Memberi pada tempat yang betul adalah lebih baik. Ini penting kerana kadang-kadang manusia beri kepada tempat yang tidak kena. Maka, kita bukan sahaja kena sedekah, tetapi kena pandai memilih tempat pemberian yang sesuai. Dalam ayat ini disebut fakir miskin, kerana mereka antara golongan yang amat memerlukan bantuan daripada orang lain.

وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُم

dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu.

Berkat daripada amalan infak, Allah ‎ﷻ akan tutup dosa-dosa kita. Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat ini, ‘sebahagian’ daripada dosa-dosa kita. Maknanya, bukan semua dosa akan ditutup. Kalau dosa kecil, Allah ‎ﷻ ampunkan terus.

Tetapi kalau dosa besar, Allah ‎ﷻ akan gerakkan hati kita untuk bertaubat. Ini adalah kerana perkataan من maksudnya ‘sebahagian’ dan bukan semua. Dosa-dosa yang besar hendaklah kita minta ampun secara khusus.

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Sama ada kita beri secara zahir atau kita sembunyikan sedekah kita itu, Allah ‎ﷻ tahu. Maka janganlah kita risau sama ada Allah ‎ﷻ balas atau tidak. Tidak perlu kita hendak beritahu kepada orang lain, yang penting Allah ‎ﷻ sudah tahu dan yang kita pentingkan adalah Allah ‎ﷻ sedar apa yang kita lakukan, bukan?

Tafsir Ayat Ke-272

۞ لَيسَ عَلَيكَ هُدِىٰهُم وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَهدي مَن يَشاءُ ۗ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَلِأَنفُسِكُم ۚ وَما تُنفِقونَ إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ اللَّهِ ۚ وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ يُوَفَّ إِلَيكُم وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

لَيسَ عَلَيكَ هُدىٰهُم

Tidaklah ke atas engkau memberi hidayah kepada mereka

Tidak boleh berhenti daripada berbuat baik kalau apa yang kita hendak tidak menjadi. Contohnya, mungkin kita tolong orang supaya dia ikut kita belajar, tetapi dia tetap tidak mahu datang. Atau kita bantu dia kerana kita hendak nasihatkan dia menjadi orang yang baik, tetapi itu tidak terjadi.

Kadangkala kita mungkin rasa sia-sia sahaja kita infaq dan bantu orang dan orang itu tidak jadi seperti yang kita harapkan. Allah ‎ﷻ mengingatkan dalam ayat ini yang janganlah kita sampai berhenti daripada menolong dia.

Ingatlah yang memberikan hidayah bukan atas kuasa kita. Zaman Nabi ﷺ pun jadi macam itu. Sahabat ada yang tolong keluarga mereka yang kafir tetapi mereka tidak mahu juga masuk Islam. Mereka sampai satu ketika sudah tidak mahu hendak tolong keluarga mereka lagi. Jadi Allah ‎ﷻ tegur perbuatan mereka itu. Allah‎ ﷻ mengingatkan yang bukan kita yang beri hidayah kepada orang lain.

وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَهدي مَن يَشاءُ

akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya

Kita hanya boleh sampaikan dakwah sahaja. Kita hanya boleh mengajak sahaja. Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh beri hidayah. Jadi jangan rasa bersalah kalau orang yang kita dakwah itu tidak mahu menerima dakwah itu kerana hidayah dan iman di dalam tangan Allah ‎ﷻ.

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ فَلِأَنفُسِكُم

Dan apa jua harta yang halal yang kamu infaqkan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri

Jangan berhenti daripada infaq termasuk kepada orang yang tidak mengikut ajakan dakwah kita. Ini kerana kalau mereka masih tidak mahu beriman, tidak mahu datang belajar agama, kita masih juga dapat pahala infaq itu. Maka tidaklah sia-sia perbuatan infaq kita itu kerana pahala sudah tertulis.

وَما تُنفِقونَ إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ اللَّهِ

dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah

Hendaklah kita infaq kerana mencari redha Allah ‎ﷻ. Inilah tujuan kita infaq sebenarnya. Maka kalau kita infaq kerana hendak mengubah seseorang, kena ingat balik yang kita infaq itu adalah kerana mencari redha Allah ‎ﷻ, bukannya kerana hendak ubah orang. Ubah orang ke arah kebaikan itu adalah bonus sahaja.

Ayat ini sebenarnya adalah ayat arahan daripada Allah ‎ﷻ walaupun ianya dalam jumlah khabar (pemberitahuan). Nampaknya macam ayat beritahu, tetapi sebenarnya ia adalah ayat suruhan. Macam kita cakap kepada anak-anak kita: “Ingat yer… keluarga kita tidak ada kurang ajar dengan orang tua…” Ayat itu macam ayat beritahu (ayat khabar), tetapi sebenarnya ia adalah ayat suruhan dan peringatan.

وَما تُنفِقوا مِن خَيرٍ يُوَفَّ إِلَيكُم

dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu

Nescaya infaq kita itu akan dibalas dengan baik di akhirat. Pahala infaq tetap akan dapat. Ini adalah janji daripada Allah ‎ﷻ dan kalau Allah ‎ﷻ yang janji, tentu Allah ‎ﷻ akan tepati.

وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

dan kamu tidak akan dizalimi

Maksudnya tidak kurang pahala yang Allah ‎ﷻ balas daripada infaq kita itu. Malah Allah ‎ﷻ beri berlebih-lebih kali ganda lagi.

Contoh bagaimana Allah ‎ﷻ beri lebih lagi kepada kita: Kadang-kadang kita hendak beri kepada orang lain supaya ikut kita belajar, tetapi kadang-kadang Allah ‎ﷻ beri orang lain yang ikut kita.

Maknanya Allah ‎ﷻ menggantikan dengan orang lain. Maka, yang kita infaq itu, kita dapat pahala infaq walaupun dia tidak ikut belajar dan yang ikut belajar itu pun kita dapat pahala dakwah pula.

Allahu a’lam.

KEKELIRUAN ANTARA FESYEN DAN AURAT DI MALAYSIA

0

🔴 Adakah Islam membenarkan untuk memakai mekap secara sederhana dan tidak berlebihan? Adakah hukum tertentu untuk memakai mekap?

Dalil ayat:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. [24:31]

Yang biasa nampak ini maksudnya mengikut uruf.

Yang berlebihan itu dinamakan “tabarruj” (berlebihan dalam berhias).

Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” [Al-Ahzab: 33]

✍️ Tabarruj bermaksud ada niat untuk menzahirkan kecantikan.

Untuk seimbangkan antara penampilan yang biasa atau tabarruj dinamakan daerah syubhah.

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ

Maka barang siapa yang takut terhadap syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.” (HR matan arbain no 6)

🔴 Kalau uruf di Malaysia, majoriti wanita memakai mekap, bezanya tebal atau nipis sahaja. Adakah dikira sebagai tabarruj kalau pakai nipis sahaja?

Tiada penguatkuasaan di Malaysia. Semua itu terserah kepada wanita itu sendiri. Berbeza dengan Arab Saudi yang ada penguatkuasaan. Maka terpulang kepada wanita beriman dengan membaca apa yang ditulis di atas itu.

Matan hadith No. 6

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَان بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الَحرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَّ وِإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ القَلْبُ – رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمٌ

Daripada Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat–yang masih samar–yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka dia boleh terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada penggembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka seluruh jasad akan ikut baik. Jika ia rosak, maka seluruh jasad akan ikut rosak. Ingatlah segumpal daging itu adalah hati (jantung).” (HR. Bukhari No. 2051 dan Muslim No. 1599)

🔴 Saya agak keliru kerana terdapat mereka yang bertudung labuh tetapi memakai mekap. Bolehkah bertudung labuh dan menutup aurat sempurna tetapi memakai mekap pula?

Yang halal itu jelas: menampakkan perhiasan yang biasa
Yang haram: tabarruj
Yang syubhah; “grey areas” (kawasan kelabu): itu yang kena fikir sendiri. Sebab itu Imam Nawawi memasukkan hadith ni dalam Matan arbain an Nawawiyah, supaya kita berjaga-jaga dengan perkara syubhah yang tidak jelas hukumnya.

Oleh kerana itu wanita di Arab Saudi, memang dipaksa untuk memakai abaya hitam, mekap tidak mengapa sebab mereka dikehendaki menutup wajah mereka dengan berniqob, maka tiada lagi syubhah; semuanya adalah Halal Bayyin. Ini adalah menurut fatwa saudi, wanita seluruhnya adalah fitnah.

🔴 Saya masih kurang jelas, apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa itu?

Seperti yang saya katakan tadi, “perhiasan yang biasa” itu adalah syubhah. Ini kerana terdapat pelbagai tafsiran ulama’ terhadap ayat ini. Maka sebab itulah ia menjadi syubhah.

Contoh: perhiasan yang biasa ialah muka dan kedua telapak tangan. Ini jumhur ulama’; maksudnya wanita hanya boleh membuka muka dan telapak tangan sahaja. Maksudnya apa yang ada di muka adalah harus.

💬 Ibn Mas’ud رضي الله عنه berkata; yang biasa itu ialah pakaiannya.
💬 Ibn Abbas رضي الله عنهما pula berkata; inai, celak, gelang tangan adalah perhiasan biasa.
💬 Ibn Athiyah pula mengatakan tidak boleh zahirkan sebarang perhiasan.

Apabila terdapat banyak pendapat, maka ia menjadi syubhah.

Contoh lain adalah aurat lelaki:
💬 Imam Malik رحمه الله berkata aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja.
💬 Imam Syafi’iy رحمه الله pula berpendapat aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut.
💬 Imam Hanbali رحمه الله mengatakan paha bukan aurat.

Maka, kalau mengikut Imam Malik dan Hanbali رحمهما الله, orang lelaki boleh memakai seluar pendek. Kalau ikut Imam Syafi’iy, ia adalah haram.
Maka di sini paha lelaki itu menjadi syubhah.

Anda hendaklah betul-betul memahami hadith matan arbain itu. Hadith tu maksudnya kena ada sifat warak. Warak ini maksudnya hendaklah menjauhi syubhah. Menjauhi syubah itu maksudnya menjauhi apa jua yang tidak jelas halal atau haramnya. Dalam kes ni yang tidak jelas ialah sejauh mana wanita berhias apabila keluar rumah sedangkan dia adalah anak dara atau isteri orang.

Isu kedua, wanita Malaysia dipengaruhi oleh uruf dan oleh industri fesyen dan ikon seperti Neelofa, Aura White, Simplicity dan Jakel. Maka wanita akan menjadi keliru antara tuntutan syarak dan tuntutan fesyen semasa. Kekeliruan itulah yang dinamakan syubhah.

🔴 Adakah berpakaian sebegini dianggap menutup aurat?

✅ Ya, memang “syaria compliance” (mengikut syariat)

 

 

 

 

Saya berikan contoh foto seperti di bawah ini. Mudah mudahan dengan foto ini, dapat membuka minda anda.

1. Menutup aurat sebagai fesyen

2. Menutup aurat patuh syariah

3. Berniqob – menutupi melebihi syarak

4. Bertudung tetapi tabarruj

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-267 hingga Ke-269

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-267

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا أَنفِقوا مِن طَيِّبٰتِ ما كَسَبتُم وَمِمّا أَخرَجنا لَكُم مِّنَ الأَرضِ ۖ وَلا تَيَمَّمُوا الخَبيثَ مِنهُ تُنفِقونَ وَلَستُم بِآخِذيهِ إِلّا أَن تُغمِضوا فيهِ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَميدٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman!

Dengarlah wahai orang-orang yang beriman. Ini adalah ajaran daripada Allah ‎ﷻ tentang cara infak.

أَنفِقوا مِن طَيِّبٰتِ ما كَسَبتُم

Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik,

Ini syarat yang kena ada. Barang yang kita infaq itu mestilah barang yang baik-baik. Barang yang boleh digunakan dan masih boleh dipakai lagi. Boleh digunakan oleh orang yang diberi. Ia juga kenalah sesuai dengan orang yang diberi. Jangan beri baju perempuan kepada orang lelaki, contohnya.

Jangan berikan infaq daripada harta yang haram, contohnya hartanya yang didapati dengan cara yang haram. Malangnya, dalam masyarakat, ada yang dapatkan harta dengan cara haram dan konon hendak bersihkan harta itu, mereka derma sedikit.

Ada juga orang Islam (di negara lain) yang jual arak, selamba sahaja dan sekali sekala mereka akan derma dan sedekah kepada masjid. Sepatutnya tidak boleh diterima infaq itu kalau kita tahu dari mana sumbernya.

وَمِمّا أَخرَجنا لَكُم مِّنَ الأَرضِ

dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Berikanlah daripada sumber rezeki yang Allah ‎ﷻ sendiri yang telah beri kepada kita. Allah ‎ﷻ berikan rezeki yang banyak kepada kita supaya kita dapat salurkan kepada orang lain yang memerlukan.

وَلا تَيَمَّمُوا الخَبيثَ مِنهُ تُنفِقونَ

Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu infaqkan

Jangan sengaja memilih yang buruk daripada barang yang hendak diberi itu. Contohnya, sengaja pilih kambing yang buruk-buruk daripada banyak-banyak kambing atau baju yang buruk-buruk yang kita memang hendak buang pun, yang tidak boleh dipakai lagi.

وَلَستُم بِآخِذيهِ إِلّا أَن تُغمِضوا فيهِ

padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu, kecuali dengan memejamkan mata padanya.

Jangan beri barang yang kita sendiri pun tidak mahu kalau diberi oleh orang. Kita terima pun dengan pejam mata kerana tidak suka dengan apa yang diberi. Maksudnya, barang itu kalau diberikan kepada kita pun, kita tidak mahu terima, tetapi ambil sahaja sebab orang sudah beri.

Atau, pejam mata itu adalah daripada pihak yang memberi kerana dia sendiri malu kepada pemberi. Dia malu sebab dia sendiri tahu barang yang dia beri itu tidak ada nilai. Namun jangan kata: “Tapi aku bagi orang itu ambik!” Kena faham yang orang yang diberi itu kadangkala ambil juga sebab orang sudah beri, ambil jugalah. Itulah maksudnya. Maknanya, buruk sangat benda yang diberikan itu tetapi ambil kerana jaga hati orang yang memberi sahaja.

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَميدٌ

Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Allah ‎ﷻ Maha Kaya dan tidak perlukan infaq kita itu, bukan Allah ‎ﷻ hendak pakai pun. Allah ‎ﷻ suruh infaq itu bukan kerana Dia yang mahu. Tetapi Allah‎ ﷻ hendak beri peluang kepada kita untuk buat dan kumpul pahala.

Allah ‎ﷻ sudah sempurna dan tidak perlukan ibadat kita. Kalau kita tidak buat amal ibadah pun Allah ‎ﷻ tetap mulia. Allah‎ ﷻ beri peluang kepada kita untuk infaq untuk kebaikan kita sebenarnya. Maka, ambillah peluang itu.

Tafsir Ayat Ke-268

Ayat ini memberitahu kita, kalau tidak infaq, termasuk dalam golongan syaitan.

الشَّيطٰنُ يَعِدُكُمُ الفَقرَ وَيَأمُرُكُم بِالفَحشاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغفِرَةً مِّنهُ وَفَضلًا ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَليمٌ

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.

الشَّيطٰنُ يَعِدُكُمُ الفَقرَ

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan

Syaitan bisik kepada kita: [kalau kita beri sedekah, infaq, derma, nanti duit kita akan habis. Keadaan ekonomi susah sekarang, baik simpan duit. Jangan tolong orang sangat… bukan orang tolong kita pun….] dan macam-macam lagi hasutan daripada syaitan supaya kita tidak infak.

وَيَأمُرُكُم بِالفَحشاءِ

dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji

Syaitan hanya menyuruh kepada melakukan perbuatan dosa dan perkara yang memalukan. Dalam ayat ini bermaksud ‘kedekut’ kerana memang kedekut adalah satu sifat yang memalukan. Ini kerana ia suatu sifat yang tidak patut ada pada orang yang baik. Satu dunia tahu yang kedekut adalah sifat yang buruk, hatta orang kafir pun tahu.

Lihatlah dalam ayat ini, disebut syaitan ‘menyuruh’, maknanya memberi arahan kepada manusia. Maknanya, Syaitan sudah boleh beri arahan kepada orang itu. Mula-mula dia hanya boleh bisikkan sahaja tetapi kalau sudah selalu sangat ikut bisikan dan saranan syaitan, sampai satu masa syaitan sudah boleh beri arahan terus.

وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغفِرَةً مِّنهُ

sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya

Allah ‎ﷻ beri keampunan kepada kita apabila kita infaq. Kita tentunya banyak dosa, maka infaq itu dapat membersihkan dosa-dosa kita.

وَفَضلًا

serta kurniaan-Nya.

Maksudnya, Allah ‎ﷻ akan beri taufik kepada kita untuk mengerjakan amal ibadat. Taufik adalah kekuatan untuk melakukan perkara yang Allah ‎ﷻ suruh. Kadang-kadang ada manusia yang hidayah sudah sampai kepada dia – dia tahu dia kena buat amal ibadat, tetapi dia tidak buat kerana dia tidak dapat taufik. Tidak ada kekuatan pada diri dia.

وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.

Allah ‎ﷻ akan balas dengan beri tambahan ganjaran di akhirat. Dia Maha Tahu siapakah yang beri infaq dan Dia akan balas infaq itu dengan pahala yang lebih baik daripada infaq yang kita beri itu. Allah ‎ﷻ boleh beri ganjaran yang berganda-ganda kerana rahmat-Nya amat luas.

Tafsir Ayat Ke-269

يُؤتِي الحِكمَةَ مَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُؤتَ الحِكمَةَ فَقَد أوتِيَ خَيرًا كَثيرًا ۗ وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو الأَلبٰبِ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

يُؤتِي الحِكمَةَ مَن يَشاءُ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya

Orang yang infaq akan diberi kefahaman agama yang benar. Antara yang diberi adalah kefahaman yang betul tentang infaq iaitu kita faham kenapa kita kena infaq.

Kefahaman (ilmu) ini amat penting kerana ramai yang tidak tahu apakah kelebihan dan kepentingan infaq dalam Islam. Ini adalah kerana mereka tidak belajar. Apabila tidak belajar, mereka akan terkesan dengan bisikan syaitan yang menjanjikan kemiskinan kepada mereka kalau mereka infaq. Maka ramai yang tidak infaq.

Hikmah adalah ilmu bermanfaat yang diamalkan. Kalau setakat tahu ilmu sahaja tetapi tidak buat, itu bukan hikmah, itu setakat ilmu sahaja. Sebagai contoh, banyak orang sudah tahu mereka tidak patut membazir tetapi bila dapat gaji, membazir juga.

Bukannya mereka tidak tahu membazir itu tidak elok, tetapi mereka buat juga. Apabila gaji mereka bazirkan, maka mereka sudah tidak ada duit untuk infaq sebab sudah dihabiskan ke tempat yang tidak berfaedah.

وَمَن يُؤتَ الحِكمَةَ فَقَد أوتِيَ خَيرًا كَثيرًا

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.

Amat beruntung sekali mereka yang diberikan dengan hikmah itu. Oleh kerana mereka dapat kefahaman yang betul, maka mereka akan infaq dengan banyak dan hasilnya, mereka akan jadi kaya raya di akhirat. Malah di dunia lagi mereka akan mendapat balasan baik.

وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو الأَلبٰبِ

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Maksud ‘ulul albab’ adalah orang yang sempurna akalnya. Allah‎ ﷻ selalu sebut perkataan ulul albab ini dalam Al-Qur’an. Ia bermaksud orang yang bijak. Surah Ali Imran akan menjelaskan siapakah mereka.

Kita pun boleh jadi ulul albab kalau kita tahu dan kita berusaha untuk mencapai darjat itu. Janganlah kita sangka yang ia adalah kedudukan yang tidak boleh dicapai.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Fiqh Wanita: MAHAR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

0

🔴 Bolehkah bakal pengantin perempuan meletakkan mahar perkahwinannya sebanyak RM 2020?

Boleh. Kalau dikirakan RM 2020 adalah rendah nilainya.

🔴 Sefahaman saya mahar adalah mas kahwin daripada segi bahasa.

Saya tidak pasti terminologi mahar ini di negara kita sama ada merujuk kepada mas kahwin kerana saya biasa dengar mas kahwin dan belanja. Bagaimana pula dengan mas kahwin yang telah ditetapkan di setiap negeri?

Katakan bakal pengantin perempuan meletakkan mahar RM 2020, manakala mas kahwin mengikut negeri adalah RM 300. Waktu akad nikah nilai yang mana harus disebut?

Daripada segi hukum adakah perlu disebut nilai mahar itu ketika akad?

Di Malaysia, terdapat dua jenis mahar ada dua jenis; iaitu mahar Majlis Agama dan mahar uruf atau adat.

Ketika akad, jurunikah akan tanyakan terlebih dahulu, mahar yang mana satu mahu disebut mahar majlis atau kedua duanya.

🔴 Adakah terdapat had untuk meletakkan mas kahwin itu? Jika di Selangor menetapkan RM 300 sebagai mas kahwin, bolehkah kita meletakkan lebih daripada itu contohnya RM 1000?

✅Mahar tiada had, maka mahar untuk negeri Selangor adalah RM 300, jadi tambah sahaja RM 700 menjadi jumlah RM 1,000.

🔴 Maksud saya mas kahwin sahaja RM 1000, harga hantaran lain pula.

✅ Nilai RM 300 sudah ditetapkan, nilai hantaran memang tiada had.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 4/2020

0

Pengambilan telur dalam sehari  

Soalan 1:

Berapa biji pengambilan telur rebus sehari yang sesuai untuk diet bagi yang berusia 40 tahun ke atas?

Jawapan:

Jika tiada menghidap apa-apa penyakit dan aktif, pengambilan 2 hingga 4 biji adalah memadai.

[Memakan sebiji telur dalam sehari merupakan salah satu daripada pelan pemakanan yang sihat kerana ia tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap peningkatan risiko penyakit jantung bagi mereka yang dikategorikan sebagai individu sihat.

Telur bukanlah mengandungi lemak semata-mata kerana kandungan utama bagi telur ialah protein. Oleh itu, anda tidak akan menjadi gemuk sekiranya anda kerap makan telur. Namun, setiap apa yang anda makan, ia perlulah diambil secara berpada-pada dan tidak berlebih-lebihan.]

Alahan Ubat

Soalan 2:

Mohon pencerahan tindakan selanjutnya jika berlaku alahan kerana pengambilan ubat?

Jawapan:

Untuk kepastian, sila ke klinik berjumpa balik doktor yang sama,

[Alahan ubat jarang berlaku tetapi ianya boleh menyebabkan tindak balas daripada kurang berisiko hingga mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk menyemak ubat-ubat yang perlu diambil bagi mengelak kejadian alahan ubat yang boleh mengancam nyawa seperti anafilaksis. Pesakit hendaklah sentiasa memaklumkan anggota kesihatan tentang alahan ubat yang pernah dialami apabila menjalani rawatan atau mendapatkan ubat-ubatan.]

Tanda-tanda Buasir

Soalan 3:

Merujuk kepada keadaan kawan saya yang berpenyakit buasir, beliau ditahan wad kerana kurang darah dan tapak tangannya berwarna kuning.  Adakah tanda-tanda itu ada kena-mengena dengan penyakit buasir?

Jawapan:

Buasir akan selalu berdarah menyebabkan hemoglobin rendah dan tangan kekuningan kerana pucat disebabkan kekurangan darah.

[Pendarahan adalah gejala utama penyakit itu kerana 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila mereka membuang air besar. 

Buasir boleh dibahagikan kepada empat peringkat dan setiap peringkat mempunyai gejala tersendiri:

  • Peringkat pertama selalunya menunjukkan gejala pendarahan ketika pesakit meneran apabila membuang air besar.
  • Peringkat kedua, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk membuang air besar, tetapi naik semula selepas selesai meneran.
  • Peringkat ketiga pula adalah keadaan di mana buasir semakin membengkak dan terkeluar setiap kali membuang air besar, tetapi pesakit hanya perlu memasukkan semula buasir ini dengan jari.
  • Peringkat keempat, kesakitan ketika membuang air besar menjadi semakin teruk dan buasir boleh terkeluar dan ia memerlukan rawatan daripada pakar perubatan.]

Pengambilan ubat penahan sakit bagi pesakit kanser

Soalan 4:

Bolehkah pesakit kanser stage 4 mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit badan?

Jawapan:

Pengambilan ubat tahan sakit mengikut sukatan yang dibenarkan boleh diambil oleh pesakit kanser.

[Kebanyakan pesakit kanser mengalami kesakitan dari tahap sederhana ke teruk yang memerlukan rawatan dengan ubat penahan sakit.  Terdapat beberapa jenis ubat tahan sakit yang digunakan untuk melegakan kesakitan kanser tersebut. Walau bagaimanapun, ubat penahan sakit yang kuat tidak semestinya berkesan mengurangkan kesakitan ataupun sesuai untuk semua orang, oleh itu ubat tersebut perlu diambil atas nasihat doktor yang merawat.]

Bengkak akibat terjatuh atau kemalangan

Soalan 5:

Anak saya terjatuh dari tangga dan mengalami bengkak seperti dalam gambar yang tertera namun tiada gejala muntah-muntah dan masih aktif seperti biasa.  Adakah saya perlu membawanya berjumpa doktor untuk rawatan kerana bengkak yang dialami kebiru-biruan dan sakit apabila ditekan?

Jawapan:

Terdapat pendarahan dibawah kulit itu menyebabkan bahagian yang tercedera berwarna kebiruan.  Itu adalah kerana graviti darah turun ke bawah menyebabkan bahagian atas mata juga jadi lebam. Jika anak aktif dan tidak muntah biasanya tiada apa yang serius.

[Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka itu besar dan membabitkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan serius.  Selain luka, ada juga kecederaan kepada kulit kepala disusuli benjol saja yang boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pendarahan di bawah kulit apabila darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak.

Benjol di kepala yang disebabkan pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh mengambil masa satu hingga dua minggu untuk hilang sepenuhnya. Mangsa mungkin akan rasa sakit di tempat benjolan itu dan mungkin lebih sakit jika benjol ditekan. Tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan itu reda atau berkurang manakala tuaman panas dapat mengurangkan sakit tetapi perlu disusuli tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.]

La Tahzan 211: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Akal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

0

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-1: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Akal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Islam adalah keamanan, maka carilah keamanan.

Keamanan dalam Al-Qur’an:

أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

Mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk [6:82]

الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ

Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan [106:4]
ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ
…barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; [3:97]

Keamanan dalam Hadith:

وعن عُبَيداللَّه بِن مِحْصَنٍ الأَنْصارِيِّ الخَطْمِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه ﷺ: مَنْ أَصبح مِنكُمْ آمِنًا في سِرْبِهِ، مُعَافًى في جَسدِه، عِندهُ قُوتُ يَومِهِ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا بِحذافِيرِها (رواه البخاري في “الأدب المفرد” (رقم/300) والترمذي في “السنن” (2346) وقال : حسن غريب .) وقال الشيخ الألباني، فالحديث حسن . “السلسلة الصحيحة” (رقم/2318)

Hadith ini diriwayatkan oleh Salamah bin ‘Ubaidillah bin Mihshan al-Khathmiy, daripada bapanya رضي الله عنه dan beliau termasuk Sahabat, berkata: ”Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang memasuki waktu pagi hari dalam keadaan aman pada dirinya, sihat jasmaninya dan dia memiliki makanan pada hari itu, maka seolah olah dia diberi dunia dengan berbagai-bagai kenikmatannya.” (HR al Bukhari, adabul Mufrad, no 300, at Termidzi, sunan, 2318, dinilai hasan, Al Albani, as-Silsilah ash-Sahihah 2318, juga Syaikh Salim al-Hilali, Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhush Shalihin (hadith no. 511).

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-2: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Hati, Rumah dan Umat yang Aman

فأمنُ القلبِ : إيمانُه ورسوخُه في معرفةِ الحقِّ ، وامتلاؤُه باليقينِ .
وأمْنُ البيتِ : سلامتُه من الانحرافِ ، وبُعْدُه عنِ الرذيلةِ ، وامتلاؤُهُ بالسكينةِ ، واهتداؤه بالبرهانِ الرَّبّانيِّ .
وأمْنُ الأمةِ : جمْعُها بالحبِّ ، وإقامةُ أمرِها بالعَدْلِ ، ورعايتُها بالشريعةِ .

Hati yang aman ialah keimanan yang mendalam untuk menyelami hakikat kebenaran (Ma’rifah al Haq);
Rumah yang aman ialah rumah jauh daripada penyelewengan, terpelihara daripada aib, rumah yang sakinah (ketenangan) dan dipandu oleh neraca ketuhanan; dan
Umat yang aman ialah umat yang diikat dengan rasa cinta, ditegakkan keadilan dalam urusannya, dan dijaga oleh syariah (hudud).

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-3: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

والخوف عدوُّ الأمنِ * فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفاً يَتَرَقَّبُ * ، * فَلاَ تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Lawan Aman adalah Takut;

Firman Allah ‎ﷻ

فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ ۖ

Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuatir [al Qashash: 21]

فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman [ali Imran: 175]

ولا راحة لخائفٍ ولا أمْن لملحِدٍ ، ولا عيش لمريضٍ .
إنَّما العُمرُ صحَّةٌ وكفافٌ فإذا وليا عن العُمرِ ولَّى

Orang penakut tidak merasa tenang, orang atheis tidak pernah merasa aman, orang sakit tidak pernah merasai hidup.

🎵 Syair Arab:
Sesungguhnya umur itu adalah kesihatan dan kecukupan; Bila keduanya (sihat dan kecukupan) *berpaling, maka umur pun berpaling.”

*berpaling juga membawa maksud waliya, merosot, merudum.

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-4: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

للهِ ما أتْعسَ الدَّنيا ، إنْ صحَّتْ منْ جانبٍ فسدتْ منْ جانبٍ آخر ، إنْ أقبل المالُ مَرِضَ الجسمُ ، وإنْ صحَّ الجسمُ حلَّتِ المصائبُ ، وإنْ صلُح الحالُ واستقام الأمرُ حلَّ الموتُ

Demi Allah, alangkah sengsaranya dunia: jika baik pada satu sisi, rosak pula pada sisi yang lain; jika harta datang, tubuh pula jatuh sakit, jika badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa dan apabila keadaan semakin maju, tiba-tiba kematian menjengah.

خرج الشاعرُ الأعشى منْ ( نجدٍ ) إلى الرسولِ – صلى الله عليه وسلم – يمتدحُه بقصيدةٍ ويسلمُ ، فعرض له أبو سفيان فأعطاهُ مائة ناقةٍ ، على أنْ يترك سفَرَهُ ويعود إلى ديارِهِ ، فأخذ الإبل وعاد ، وركب أحدها فهو جلتْ به ، فسقط على رأسِهِ ، فاندقَّتْ عنقُهُ ، وفارق الحياة ، بلا دينٍ ولا دنيا

Kisah penyair Nejd bernama al-A’syaa* membuat keputusan masuk Islam dan pergi menemui Rasulullah ﷺ di Madinah membawa bersamanya syair-syair indah. Abu Sufyan mengetahui perjalanan al A’sya, maka dia menyekatnya dan menawarkan 100 ekor unta supaya dia membatalkan hasratnya ke Madinah, al A’sya bersetuju menerima 100 ekor unta itu. Namun di tengah jalan unta yang dinaiki melempar dirinya sehingga jatuh tersungkur, patah lehernya dan mati serta merta. Dia gagal mendapatkan agama dan juga dunia.
———————————
* al A’sya merupakan Abu Bashir Maimun Ibn Qais Ibn Jundul bin Syarahbil bin Auf ( ميمون بن قيس بن جندل بن شرحبيل بن عوف) meninggal 6H, penduduk al Yamamah berdekatan Riyadh sekarang, juga dikenali dengan nama Nejd. Dia adalah penyair era arab jahiliyah yang terkenal.

❄️❄️❄️❄️

La Tahzan 211-5: Rasa Aman Perlu di sisi Syara’ dan Aqal (الأمْنُ مطلبٌ شرعيٌّ وعقليٌّ)

Bait-bait indah syair al A’sya yang sepatutnya dibaca di hadapan Nabi ﷺ:

فهي بديعةُ الحُسْنِ يقولُ فيها:
شبابٌ وشيبٌ وافتقارٌ وثروةٌ فللّهِ هذا الدَّهرُ كيف تردَّدا
إذا أنت لمْ ترْحلْ بزادٍ من التُّقى ولاقيت بعد الموتِ منْ قدْ تزوَّدا
ندمْت على أنْ لا تكون كمثْلِهِ وأنَّك لمْ تُرْصِدْ لما كان أرْصدَا

🎵 Pemuda, uban, keperluan dan kekayaan;
Semua ini milik Allah, maka kenapa engkau ragu?
Jika engkau pergi dengan tidak membawa ketaqwaan dan berjumpa dengan orang-orang yang telah membekali diri
Engkau akan menyesal kerana kenapa engkau tidak menjadi seperti dia
dan jika engkau tidak bersiap, maka dia telah pergi….

Popular

Iklan

Iklan