Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita: MAHAR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

Soal Jawab Fiqh Wanita: MAHAR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

218
0
Iklan

🔴 Bolehkah bakal pengantin perempuan meletakkan mahar perkahwinannya sebanyak RM 2020?

✅Boleh. Kalau dikirakan RM 2020 adalah rendah nilainya.

🔴 Sefahaman saya mahar adalah mas kahwin daripada segi bahasa.

Saya tidak pasti terminologi mahar ini di negara kita sama ada merujuk kepada mas kahwin kerana saya biasa dengar mas kahwin dan belanja. Bagaimana pula dengan mas kahwin yang telah ditetapkan di setiap negeri?

Katakan bakal pengantin perempuan meletakkan mahar RM 2020, manakala mas kahwin mengikut negeri adalah RM 300. Waktu akad nikah nilai yang mana harus disebut?

Daripada segi hukum adakah perlu disebut nilai mahar itu ketika akad?

✅Di Malaysia, terdapat dua jenis mahar ada dua jenis; iaitu mahar Majlis Agama dan mahar uruf atau adat.

Ketika akad, jurunikah akan tanyakan terlebih dahulu, mahar yang mana satu mahu disebut mahar majlis atau kedua duanya.

🔴 Adakah terdapat had untuk meletakkan mas kahwin itu? Jika di Selangor menetapkan RM 300 sebagai mas kahwin, bolehkah kita meletakkan lebih daripada itu contohnya RM 1000?

✅Mahar tiada had, maka mahar untuk negeri Selangor adalah RM 300, jadi tambah sahaja RM 700 menjadi jumlah RM 1,000.

🔴 Maksud saya mas kahwin sahaja RM 1000, harga hantaran lain pula.

✅ Nilai RM 300 sudah ditetapkan, nilai hantaran memang tiada had.

Komen dan Soalan