Utama Blog Halaman 330

سورة الطارق ١٢

0

[86:12] وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ

 

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. [86:12]

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh  para petani.

Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20]

Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi. Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63]

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [56:64]

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65]

Sambil berkata: “Sesungguhnya kami kini menanggung kerugian.” [56:66]

Bahkan kami kecewa tidak beroleh sebarang hasil. [56:67]

Kalau begitu, belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur’an – baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

سورة الطارق ١١

0

[86:11]  وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجۡعِ

 

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. [86:11]

Allah – Jalla wa ‘Alā – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. [80:25] Dia belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. [80:26] Dia tumbuhkan pada bumi biji-bijian, [80:27] buah anggur serta sayur-sayuran, [80:28] pohon zaitun dan kurma, [80:29] taman-taman yang menghijau subur, [80:30] pelbagai buah-buahan serta rumput-rumputan, [80:31] untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. [80:32]

Itu semua adalah nikmat adalah nikmat daripada Allah yang bermunculan sesudah turunnya hujan. Sedarkah manusia tentang hakikat ini? [67:30]

Bagaimana pula jika Allah timpakan bumi dengan hujan mencurah-curah tanpa henti. [46:24] yang menghancur leburkan segalanya dengan izin Allah [46:25]

Patut rasa sedap hati dan berasa aman jika azab datang pada waktu malam, semasa tidur? [7:97]

Atau di siang hari, ketika leka bermain-main? [7:98]

Orang-orang rugi. [7:99]

Apabila dalam ketakutan, maka manusia pun pakat berdoa. Apakah doanya diterima? Pintu langit ialah pintu taubat. [7:40]

Tunggulah sampai kucing bertanduk [7:175-176]

Apa patut kita buat?

Org yg mengaku beriman, tetapi tidak memperdulikan kitab Tuhannya dikira sebagai golongan apa? [4:145]

Apa tindakan seterusnya? [4:146]

Perhatian: Selepas bertawbat, perbaiki diri. Bagaimana caranya? Belajar dan faham apa? Al-Qur’an. Selepas belajar dan faham al-Qur’an?

ِApakah yg dimaksudkan dgn tali Allah? [3:103]

Nabi bersabda:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ

Tindakah seterusnya selepas berpegang teguh dengan al-Qur’an? 16:125

Ubah pemikiran masyarakat [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [13:11]

سورة الطارق ١٠

0

[86:10] فَمَا لَهُ ۥ مِن قُوَّةٍ۬ وَلَا نَاصِرٍ۬

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). [86:10]

Saat itu ialah di padang masyar Kenapa ketika itu manusia tiada kekuatan untuk membela diri? [36:65]

Bolehkah harta yang banyak dan anak-anak yang ramai membantunya? [26:88]

Kawan-kawannya? [43:67]

Bolehkan pada hari itu diadakan perundingan dan tawar menawar? [3:91]

Mahukan kita memilih untuk diserahkan catitan amalan di sebelah kiri? [69:25-32]

Setelah diikat dan dibelenggu, orang yang berdosa itu diseret ke neraka? Apakah soalan yang ditanya oleh malaikat penjaganya? Inilah pertanyaan yang manusia terpaksa akur dengan penuh penyesalan:

..Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?.. [39:71]

Justeru ketika di dunia dahulukan mereka tidak acuhkan al-Qur’an [25:30]

Ketika di dunia ini mereka tidak mengikut al-Qur’an sepenuhnya [15:90-91]

Ketika di dunia dahulu mereka sibuk dengan ilmu dunia [10:7] dan mereka ditempatkan di neraka. [10:8]

أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ (مسلم)

Kata Abu Umamah Bahiliy: Aku mendengar Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pendokongnya. (Riwayat Muslim)

Maksud baca = recite, understand and practice

Maksud pendokongnya = orang yang membaca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar. Oleh itu ketika di dunia ini ia tidak berpeluk tubuh dan bertindak memajukan masyarakatnya. Jika ia hanya banyak bercakap tetapi tidak bertindak apa-apa, renungilah ancaman ini. [69:33-37]

اللهم انفعنا وارفعنا بالقرآن الكريم،
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك يا أرحم الراحمين.

Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (2)

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

 

Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan membincangkan Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan (Bahagian 2).

Masih ingatkah lagi kesimpulan ini?

Pada siri (1) minggu lalu kita sudah sampai kepada kesimpulan bahawa kejayaan yang sebenar itu adalah milik orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu´ dalam sembahyangnya,
Surah Al-Mu’minun [23:2]

Siapakah orang-orang yang khusyuk di dalam solat? [29:45]

Perbuatan sumbang terhadap sesama manusia. [17:32]

Apakah perbuatan yang membolehkan seseorang menghampirkan diri kepada zina?

* Antara jawapan yang diberikan pelajar.

Sexy, Maksiat, Khalwat, Nafsu, Aurat
Lelaki and perempuan bukan mahram

Hari ini banyak atau tidak perkara ini berlaku? Perbuatan ini ada di mana? Adakah ia masuk ke rumah kita? Adakah kita sudah ambil langkah-langkah pencegahan dengan menyingkirkannya dari dalam hati kita dan menjauhkannya dari rumah kita?

Ini point pertama. Kalau belum boleh tolak fahsha’, maka salat itu belumlah khusyuk.

Apa pula makna mungkar?

Kehidupan manusia di dunia ini terdiri dari dua hubungan. Iaitu hubungan antara Allah dan manusia.

Perbuatan buruk seseorang kepada sesama manusia disebut sumbang. Kalau dengan Allah pula disebut ‘Syirik’ [34:31]

Dalam ayat ini Allah ada menyebut perkataan orang-orang yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu? Orang-orang yang zalim [31:13]

Apakah maksud kenyataan ini? [34:32-33]

“Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya.

Soalan: Hari ini banyak baca Koran atau al-Qur’an?
Koran tu apa?
👉 Surat khabar.

Ini semua adalah perbuatan syirik kerana ia menyebabkan manusia membelakangkan al-Qur’an dan tidak mempedulikannya. Setuju atau tidak?
Setuju.

AlhamdulilLah, jika semua setuju. Apakah ada makna khusyuk dalam salat bagi orang yang melakukan perbuatan sumbang dan syirik?

Apakah makna khusyuk dalam salat yang selama ini kita fahami? [2:45-46]

Lihat ayat 2:45,
Apa kalimah akhirnya?
Apa pula kalimah di awal ayat 2:46?

Cuba perhatikan apa yang hendak saya sampaikan.

Kaedah: Kalimah (الذين) yang terletak di permulaan surah adalah berfungsi sebagai penerang kepada kalimah sebelumnya.

Apabila ditanya siapakah orang-orang yang khusyuk? Jawabnya ialah: [الذين [2:46

Tujuan akhirat itulah yang menjadikan seseorang itu khusyuk hatinya, bertambah amalnya, sahih niatnya dan ada kekuatan untuk membezakan di antara yang hak dan batil.

Apa makna kenyataan ini?

Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) [29:45]

Tadabbur al-Quran

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam salatnya, iaitu orang yang tidak merosakkan hubungan sesama manusia dengan perbuatan sumbang dan tidak mencacatkan hubungannya dengan Allah menerusi perbuatan syirik. Hubungan yang baik dengan Allah dan hubungan yang baik sesama manusia itu hanya dapat dijelmakan apabila seseorang itu memahami al-Qur’an yang dapat membimbingnya meyakini destinasi sebenar yang ditujuinya, iaitu akhirat. [14:3]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا،
والحمد لله ربّ العالمين.

اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا،
والحمد لله ربّ العالمين.

Ya Allah perbaikilah hal ehwal kaum muslimin kesemuanya,
Ya Allah tunjukilah kami jalan Engkau yang lurus,
Ya Allah jadikanlah al-Qur’an sebagai pemekar hati-hati kami,
Ya Allah ajarilah apa yang kami jahil tentang al-Qur’an ini
Dan peringatkanlah kpd kami daripada al-Quran itu apa yang dilupakan daripada kami,
Segala pujian kesyukuran itu adalah wajib bagi Allah, Rabb bagi sekalian alam.

Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (1)

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد

 

Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan membincangkan tajuk Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan.

Kenapa tajuk ini dipilih?

Justeru Islam adalah agama yang sangat prihatin tentang erti kejayaan dalam hidup. Oleh itu setiap hari kaum Muslimin diseru kepada kejayaan.

حي على الفلاح
Marilah menuju kejayaan.

Lafaz ini diseru sebanyak 15 kali sehari! 10 kali di dalam azan dan 5 kali di dalam iqamah.

Maka cara hendak menyahut seruan supaya menuju kepada kejayaan ialah dengan mendirikan solat.

Bagaimanakah rupa salat yang sepatutnya? [29:45]

Apa yang Allah sebut patut dilakukan sebelum mendirikan salat? [29:45]

Apa makna baca itu?

Baca dan faham. Qira’ah untuk semua jenis bacaan (read). Tilawah untuk al-Qur’an sahaja (recite).

Bagaimana kualiti salat kaum Muslimin hari ini. Adakah mereka faham apa yang mereka baca?

Orang yang baca al-Qur’an, faham dan menerimanya sebagai panduan hidup dikenali sebagai golongan mukminun [23:1]

Apa makna Qad? Pasti. Qad dalam bahasa Arab disebut sebagai adat al-tahqiq. Selain itu ada makna taqrib (hampirlah) seperti disebut qad qamat al-salat (hampirlah salat hendak didirikan)

Kejayaan itu adakah kerana usaha atau anugerah? Anugerah.

Kalau begitu terjemahan yang sesuai untuk ayat [23:1] di atas ialah “Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman.” (Setuju dgn terjemahan ini?)

Apakah asas pertama untuk menjadi orang yang beriman? [27:1-2]

Asas pertama untuk menjadi orang beriman ialah memahami al-Qur’an dan mengamalkannya. Salat itu ialah amalan. Sebelum beramal betulkan pemikiran, iaitu dengan al-Qur’an. Supaya manusia menjadi orang yang mengikhlaskan ketaatannya kerana Allah. (Setuju?) [29:45]

Apakah rukun pertama yang diletakkan oleh al-Imam Hasan a-Banna ketika mentarbiyah ahli al-Ikhwan al-Muslimin? Rukun bay’ah yg pertama dlm jama’ah IM ialah AL-FAHM. Apa-apa usaha yang hendak kita mulai mesti dengan faham, bukan ikut-ikutan.

Apabila kita hendak mentawhidkan Allah, ia mesti bermula dengan faham. [47:19]

Apa makna fa’lam?

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka belajar oleh engkau akan al-Qur’an sampai engkau benar-benar memahami bahawa tiada yang berhak engkau serahkan pengabdian diri melainkan hanya kepada Allah
[setuju?]

Kalau begitu bersyukurlah kepada Allah yang telah menurunkan al-Qur’an [18:1]

Apakah asas pertama untuk menjadi seorang yang beriman?

Al-Qur’an adalah kalamulLah. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah, ia mesti memahami KalamulLah. Apabila ia faham kalamulLah, barulah ia boleh mentawhidkan Allah. Apabila ia sudah mentawhidkan Allah dalam setiap sudut kehidupannya, barulah amalannya diterima Allah. Apabila amalannya diterima Allah, sudah pasti ia beroleh kejayaan dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. [Setuju?]

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

Sekian untuk siri pertama ini. Kita sambung lagi pada minggu hadapan di atas tajuk yang sama.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم

Wacana Siri 4 : Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

0

Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

 

Salam, now live from Gizan City,

Segala puji bg Allah, selawat salam kpd Junjungan dan ahlil bayt, salaf dan khalaf yang ikut manhaj salaf hingga kiamat, waba’du

Fiqh politik atau siasah syariah adalah tajuk yang taboo di kalangan umat, dan kitabnya tidak banyak yang khusus dikarang. Sebab utama ia tidak dikarang kerana suasana politik zaman dulu tidak terbuka seperti zaman moden, di mana IPTA sudah menawarkan course dalam Sains Politik dan sejak itu barulah Politik ni dipelajari secara terbuka tanpa lagi rasa takut kpd penguasa.

Antara dua sahabat saya, antaranya Dr Maszlee Malik, UIAM,phD sains poltik dari Durram, wales dan Dr Mujahid Rawa , phD sains politik dari UM, saya dengan Dr Mujahid memang satu usrah selama 5 tahun ketika saya bersama beliau di Universiti Telekom sekarang MMU. Dari dua ni saya banyak belajar fiqh politik, terutama Dr Mujahid kerana dia memang dibesarkan dalam keluarga mursyid pertama PAS, Ustaz Yusof Rawa dan Dr Maszlee kami ada usrah selama 2 tahun sebelum saya datang ke Saudi Arabia.

Manakala pengalaman politik secara on the ground saya tidak ada, sebab academician, manakala Dr Mujahid selepas resign dari TM, menyertai PAS dan sekarang adalah MP parit buntar dan rata-rata orang parit buntar dan bintang politik beliau amat cerah. Adapun Dr Maszlee, dia academician seperti saya, dia di UIAM, namun pandangan-pandangan beliau dalam politik antara yang dicari oleh media untuk mengupas isu-isu politik semasa. Maka kalau tahu ilmu praktikal politik, wacana yang bagus ialah dari mereka berdua.

Ok, balik kepada topik kita Fiqh Politik dalam AQ dan sunnah

 

Istilah

Fiqh=ilmu amali agama. Politik = mengurus, memimpin rakyat

Maka fiqh politik ialah ilmu untuk mengurus dan mentadbir rakyat untuk kesejahteraan mereka. Manakala dalam islam ialah ilmu untuk mengurus tadbir negara dalam rangka mentaati Allah swt.

 

Isu pertama: politik ni isu akidah atau isu muamalat

Di Saudi arabia, politik adalah isu akidah dan usyul sunnah, manakala jumhur ulamak, ia adalah isu muamalat, yakni hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan penguasa. Isu apakah politik usyul akidah vs muamalat telah melahirkan kelompok salafi syadid, di mana mereka amat keras dalam isu ini kerana menganggapnya sama dengan tauhid dan ini adalah satu kesilapan

Manakala dalam Ikhwan, melalui pengalaman saya dulu dgn mereka, politik adalah Usyul dalam Fikrah sahaja. di mana Ikhwan menetapkan usyup pertama dalam fikrah ialah Islam itu syumul termasuk Politik dan kenegaraaan, manakala PAS juga meletakkan politik sebagai isu usyul agama dan menjadikan politik islami sebagai teras perjuangannya

Jadi, macam mana nak keluar dari isu ini, apakah politik usyul akidah atau termasuk sebahgian fiqh muamalat Islam. Maka kalau kita kembali kpd susunan agama kita, politik bukan usyul akidah, namun, kita hormati khilaf ini.

 

Isu kedua: apa rahsia nabi tidak menunjukkan sistem Politik kpd umatnya, baginda wafat dengan meninggalkan ruang kosong dalam politik, yakni fiqh mengganti baginda sebagai ketua kerajaan. kenapa baginda senyap tanpa menyebutnya?

Kata Qardhawi, ia petanda politik adalah muamalat Islam dan terbuka kepada ijtihad sepenuhnya dan bukan usyul akidah. Bila nabi wafat, tiada wasiat atau petunjuk yang jelas, tapi para salaf meninggalkan jenazah nabi untuk melantik pengganti, menunjukkan ia suatu muamalat yang amat penting. Mereka tinggalkan jenazah nabi selama 3 hari kerana sibuk dengan urusan politik melantik pengganti Nabi nabi wafat isnin dan dimakamkan pada rabu.

Syiah antara yang keluar dari isu ini, mereka mendakwa politik adalah sistem warisan dan nubuwwah, yakni politik adalah penerusan dari ahlil bayt secara wahyu dan kemaksuman, maka syiah telah sesat dalam politik dan ini adalah firqah pertama yang sesat kerana politik kerana mengaitkan politik debgan akidah dan nubuwwah. Manakala Khawarij adalah kelompok kedua selepas syiah yang sesat kerana mereka amat keras dalam politik dan mudah keluar dari ketaatan, aliran khawarij dihidupkan oleh Hizbu Tahrir.

 

Pelantikan Abu Bakar

Dari kewafatan Nabi tanpa wasiat dan sistem politik, maka perlantikan abu Bakar sebagai pemimpin pertama itu adalah asas politik Islam yang dinamakan sistem Khalifah. Khalifah adalah pengganti Nabi dan ketua kerajaan umat Islam yang dipilik oleh rakyat, dibaiah 100% dan pemimpin itu adalah yang terbaik dari semua manusia ketika itu, ini adalah asas suatu sistem politik yang baru yang tidak dikenali sebelum ini.

Kemudian Abu Bakar memilih Umar sebagai putra mahkota secara lantikan terus, ini juga satu cara politik Islam, seterusnya Uthman dipilih oleh satu panel calon dan mereka mengundi secara rahsia. Ini juga sistem politik Islam, dan Ali agak kontroversi, di mana dia mengambil alih kepimpinan berdasarkan ijtihad dirinya sendiri. Ini juga satu metod dalam politik Islam. Maka khalifah ar-rasyidin yang 4 membentuk sistem politik Islam yang ideal, tapi amir muawiyah memutuskan cara itu tidak stabil, maka beliau berijtihad kembali menggunakan sistem lama, iaitu kerajaan dinasti kaum atau kabilah.

Kata shah waliyullah dihlawi, satu zaman dengan imam ben wahab saudi, mengatakan, khalifah rasyidin itu hanya sekali sahaja berlaku dan ia tidak akan berlaku lagi kerana :

Ia ada ciri divine atau kewalian, di mana Abu Bakar dan Umar ada pertalian bapa mertua nabi, Uthman, menantu Nabi kepada dua putrinya, manakala Ali juga adalah menantu. Hubungan melalui perkahwinan itu menjadi 4 khalifah ni tidak lagi dapat wujud sampai bila-bila.

 

Isu ketiga: apakah politik ni ada banyak nas syarak?

Jawabnya tidak banyak, melainkan Islam hanya meletakkan dasar-dasar politik sahaja seperti keadilan, menghapuskan kezaliman dan menetapkan hukum pidana.

Khalifah yang 4 dilantik melalui 4 proses juga menunjukkan politik islam tidak ada cara yang khusus untuk melantik ketua, ini bukti Nabi saw memberi flexibility kepada umatnya dalam politik berbanding akidah dan ibadah di mana Nabi amat ketat sampai toilet pun nabi ajarkan, tapi dalam politik walaupun penting, Nabi biarkan kepada umatnya.

Ini adalah hujah kepada syiah, bahawa tiada wasiat yang Ali telah dilantik tapi sahabat besar telah menghapuskan wasiat tersebut dengan teori konspirasi sahabat. Juga hujah kepada Hizb Tahrir, bahawa sistem khalifah atas minhaj nubuwwah itu hanya wujud 30 tahun sahaja dengan berakhirnya Ali, manakala sistem selepas itu adalah sistem biasa sahaja, yakni monarki.

 

Isu keempat: isu kenegaraan islam

Apakah negara islam atau daulah itu ada definasi yang khusus?

Jawabnya tidak ada, negara Islam ialah simple sahaja, ia didiami oleh orang islam, pemimpinnya islam dan mereka minima mengerjakan rukun Islam 5 waktu dengan aman (albani)

 

Isu kelima

Manakala PAS dan HT, Ikhwan, mendefinasikan daulah islam adalah daulah hakimiyah, iatu mesti khilafah, amir mukminin, kepimpinan ulamak dan tertegakknya Hudud, ini adalah suatu definasi yang diada-adakan.

 

Isu keenam: apakah sistem yang ada menepati politik Islam?

Harus, ini kerana sejak purbakala manusia hanya tahu sistem Diraja, sistem paling kuno, tetapi Islam tidak mengkritik sistem Diraja dan ia kekal sampai sekarang, begitu juga monarki, yang berdasarkan kabilah juga diterima islam, seperti kerajaan saudi, hasyimiah di jordan dan kesultanan brunei dan emirate di GCC

Kesultanan tidak banyak yang dikriik, tapi yang dikritik hebat ialah demokrasi. HT, maudoodi dan ulamak saudi mengharamkan demokrasi secara total tapi tidak mengkritik sistem diraja dan monarki. Manakala ulamak yang menghalalkan demokrasi ialah Dr Muhammad Imarah, Mustafa alZarqa’ dan Dr Qardhawi dan menganggapnya inilah yang terbaik buat masa ini di mana manusia memilih pemimpin yang disukainya melalui undian.

Demokrasi yang dimaksudkan oleh Qardhawi ialah demokrasi terpimpin, bukannya Liberal demokrasi yang dianuti di Barat. Qardhawi mennganggap demokrasi adalah baiah rakyat secara automatik kepada pemimpin dan parti untuk membentuk kerajaan dan ia adalah jalan selamat dari proses menukar kerajaan dengan senjata yang diamalkan di negara arab. Cuma kritik beliau, demokrasi tidak dapat dilaksanakan di negara islam kerana wujudnya penipuan dari SPR dan pemimpin sedia ada, itu musuh demokrasi.

 

Isu ketujuh: ialah demonstrasi

Ada dua aliran, salafi tidak menyukai dan mencela demonstrasi, manakala gerakan islam dan HT anggap ia adalah hak kebebasan dalam Islam dan demokrasi.

Yang sahih: Demonstrasi adalah harus, dlihat kepada tujuan dan cara ia dilaksanakan, apa ada keganasan, merosakkan harta benda dan menyusahkan banyak pihak.

Demi yang pertama berlaku dalam sejarah ialah Nabi suruh sahabat yg mengerjakan tawaf membuka bahu kanan ketika tawaf dan kekal hingga kini sebagai demo kepada quraish akan kekuatan islam.

Demo yang berlaku di kediaman Uthman ra, di mana Uthma tidak melarangnya. Ketika Ali dan Hasan serta Husin masuk menemuinya untuk meminta izin menyuraikan demo tersebut, Uthman kata, biarkan kerana aku tak ada silap, dan aku dah jawab semua soalan mereka. Demo khawarij di kufah seramai 12K kerana membantah Tahkim. Ali hantar Ibn Abbas untuk dialog. Demo aisyah, Talhah dan zubair di mekah kepada pembunuhan Uthman dan demo muawiyah di siffin menuntut darah uthman. Maka demo ni ada asasnya dalam Islam sejak zaman salaf.

 

Isu kelapan: isu fiqh Nasihat kpd penguasa

Apabila berlaku salahguna kuasa oleh pemimpin, maka politik Islam tidak ada cara yang jelas bagaimana nak buat koreksi kepada pemimpin.

Cara salafiyah: fiqh nasihat secara rahsia dengan menarik tangannya dan memberi nasihat secara secara sirii, haram menegur pemimpin secara terbuka. Cara khawaroij dan Hizb Tahrir, semua laku penguasa hendaklah ditegur secara terbuka kerana salaf menegur khalifah secara open. Kata dr qardhawi, fiqh nasihat tarik tangan tidak releven kerana penguasa yang ada sekarang tidak lagi sama dengan penguasa di zaman salaf, mereka mendengar nasihat ulamak. Jadi isu ini lkhilaf bukan mutlak kena tarik tangan dan nasihat. Ia melihat kepada uruf dan keberkesanan

 

Isu kesembilan: Fiqh Taat

Ada dua pendapat yang ketara. fiqh salafiyah, fiqh taat adalah usyul iman atau akidah, siapa yg tidak taat terjejas akidahnya kerana ketaatan kepada pemimpin adalah sebahagian dari dasar tawhid (syaikh Barjas KSA, Muamalat al-Hukkam). Manakala dalam pendapat jumhur, ketaatan kepada ketua bukan isu akidah dan tauhid.

Ketaatan kepada ketua adalah ketaatan bersyarat selagi dalam perkara makruf sahaja. Isu ini menjadi masalah bila ketaatan dianggap akidah, maka siapa yang berada dalam parti pembangkang, maka automatik mereka tidak lagi taat.

 

Isu kesepuluh kedudukan Hizbiyah atau partai politik dalam demokrasi

Sini ada dua pendapat, salafiyah tidak membenarkan parti politik kerana ia akan membiakkan faham khawarij dan terbukti di saudi, tak ada langsung parti politik dan NGO politik. Manakala qardhawi, parti politik adalah harus sebagaimana penubuhan mazhab dan tareqat jika mereka mengikut lunas agama dan peraturan negara dalam berpolitik

 

Soalan :

 

Q1. Mohon pencerahan kenapa ijtihad ali utk ambil alih pimpinan di anggap kontroversi.

Ali dibaiah oleh penduduk Madinah sebaik sahaja uthman terbunuh dan Ali dengan berat hati menerimanya. Cara Ali dibaiah dinamakan baiah satu bandar mewakili semua bandar lain, syriah dan Iraq

 

Q2. Adakah di malaysia sekarang bilamana mufti berkata haram jatuhkan kerajaan maka ianya telah mengambil jalan akidah?

Mufti mana?, Dalam demokrasi, peluang nak jatuhkan kerajaan adalah harus setiap 5 tahun. Maksudnya, haram menjatuhkan kerajaan selain dari peti undi.

 

Q3. Adakah berdemonstrasi itu bersalahan dengan syara`?

Demonstrasi atau muzhaharoh (مظاهرة ) ialah menzahirkan perasaan akan sesuatu kepada pemerintah, baik isteri kepada suaminya, pekerja kepada majikannya dan rakyat jelata kepada pemerintahnya. Ia tidak bercanggah dengan syarak kerana demo adalah suatu media atau alat, ia boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Demo seperti pisau di dapur, ia boleh utk memotong sayur, daging dan buah, pisau yang sama juga dapat digunakan utk membunuh. Maka demo dapat digunakan utk kebaikan dan juga kemusnahan.

Hukumnya: demonstrasi adalah mubah.

Dalilnya banyak:

أفضلُ الجهادِ كلمةُ عدلٍ عند سُلطانٍ جائرٍ – أو أميرٍ جائرٍ – الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : الألباني المصدر : صحيح أبي داود الصفحة أو الرقم: 4344 خلاصة حكم المحدث : صحيح

Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang benar terhadap penguasa atau amir yang zhalim.

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai penolong seorang pun selain Allah sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)

Sample demo:

  1. Semasa melakukan umrah selepas hudhaibiah, para sahabat membuka bahu ketika tawaf, demonstrasi kekuatan kepada org quraish.
  2. Demo di rumah uthman al-affan.
  3. Demo aisyah, zubair dan Talhah kpd kepimpinan Ali di Jamal.
  4. Demo Muawiyah di siffin.
  5. Demo penduduk Madinah kepada perlantikan Yazid.
  6. Demo puak Khawarij di Harurah Kufah, 8000 orang

Rumusan:

  1. Demo yang fasid ialah yang bersifat merusak keamanan.
  2. Demo yang baik ialah jika itulah caranya untuk menyampaikan mesej kepada penguasa yang zalim.

 

Q4. Adakah hadits orang yang sokong pemerintah yang pembohong dan zalim Rasulullah tak mengaku sebagai umat?

إنه سيكونُ عليكم أمراءُ يَظلِمونَ ويَكذِبونَ فمن صدَّقهم بكذِبِهم وأعانهم على ظُلمِهم فليس منِّي ولستُ منه ولا يَرِدُ عليَّ الحَوضَ ومن لم يُصَدِّقْهم بكَذِبِهم ولم يُعِنْهم فهو منِّي وأنا منه وسَيَرِدُ عليَّ الحَوضَ. الراوي : حذيفة بن اليمان المحدث : الهيثمي المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 5/251 خلاصة حكم المحدث : أحد أسانيد البزار رجاله رجال الصحيح ورجال أحمد كذلك

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh”. (HR Imam Ahmad dalam musnadnya. Syeikh Syu’aib al-Arna’uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim, al-Haithami, sahih)

ومَن غشَّنا فليس منَّا. الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم:101

Barangsiapa yang menipu kami, maka ia bukan termasuk golongan kami. HR Muslim, 101

 

Q5. Pemerintahan, maksud dan jenisnya. Apa definisi pemerintah dalam Islam? Pemerintahan dalam konteks Malaysia? Dalam konteks Malaysia , jika berlaku perbezaan antara raja dan kerajaan dipilih, kita wajib taat pada siapa?

a. Definisi Pemerintah dalam Islam. Pemerintahan adalah semua urusan utk memenuhi keperluan/kemaslahatan rakyat. Konsep pemerintahan Islam adalah sebagaimana dijelaskan dalam nash Al-Qur’an, yakni pada surat An-Nisaa’ ayat 58-59. Bahwa pemerintahan Islam berdasarkan kepada tiga aturan penting yakni taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Taat kepada yang memegang kekuasaan di antara umat dan mengembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya, jika terjadi perselisihan dengan pihak yang berkuasa.

b. Pemerintahan dalam kontek Malaysia. Raja berpelembagaan – dwi system: Raja dan Perdana menteri, check n balance. Modelnya ialah UK.

c. Jika berlaku pertembungan antara institusi Raja dan Kerajaan, siapa yang wajib di taati? Jawab : Lihat kepada isu dan sejauh mana jelasnya isu yang menjadi krisis, apa puncanya. Maka jika jelas rakyat boleh mentaati salah satu, sebagaimana ada dua kerajaan di zaman Ali, ada dua kerajaan di zaman yazid bin Muawiyah. ada rakyat yg memihak dan ada rakyat yg berkecuali.

 

Q6. Adakah wujud rukhsah terhadap ketaatan kepada pemerintah? Adakah dikira sebagai khawarij sekiranya tidak mentaati pemerintah?

Memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat…”. (Muhammad Tahir ibn ‘Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun).

Ia akan membawa kekecohan iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik. Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu. Sejarah hitam kafir mengkafir di Malaysia ini adalah hasil dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian. (ruj: drmaza.com)

Manakala salafiyah, kata ia usyul akidah atau usyul sunnah. Yang benar, ia maslahah siyasiyah (kemaslahatan politik) atau rule of thumb, hokum cause n effect. Ia bukan isu rukhsah, kerana rukhsah dalam isu lain. Negara perlukan pemerintah dan pemerintah perlukan ketaatan atau loyalty untuk berfungsi macam kereta perlukan gearbox, kalau tidak, engine tak ada makna walaupun 800 HP. Kerajaan yang kuat memerlukan simple majority rakyat yang taat untuk mampu menjalankan pemerintahan.

b. Isu Khawarij lain, ia adalah suatu aliran kekerasan terhadap pemerintah mereka keluar menentang dengan kekuatan military dan kerajaan diharuskan menghancurkan mereka dengan kekerasan. Maka garis pemisahan antara khawarij dan ketidaktaatan ialah penggunaan senjata terhadap pemerintah yang sah.

 

Q7. Apa hukum kaum Muslimin memilih pemerintah daripada kalangan bukan Muslim? Perlukah kaun Muslimin taat kepada pemerintah kuffar?

Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (Post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:

Ali-Imran [118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai).

Walaubagaimana pun kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa, terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut. Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )

Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :

لا يَنْهَاكُمُ الله عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ الله يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

Jika Muslim sebagai minority dalam negara bukan Islam, memang kena taat sekadar makrufla.

 

Q8. Apakah ciri-ciri pemerintah yang zalim?

Apa maksud zalim:

“Dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” 2:229

Al-Ahzab ayat 72:

“Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”;

Segala sesuatu tindakan atau perbuatan yang melampaui batas, yang tidak lagi sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya.

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.” [Surah al An`am: 129]

Penguasa yang zalim lantaran ia banyak penyimpangan dan pelanggaran, fasiq, korup, otoriter, kesesatan, kufur, menentang hukum Allah Azza wa Jalla. Selalu ada sejak pasca masa-masa khulafa’ur rasyidin hingga sekarang. Mereka memusuhi ulama dan para da’i Islam, bahkan mengejar, mengirim mata-mata, memenjarakan dan membunuhnya, namun ada pula yang justru ‘dibeli’ untuk kepentingan status quonya.

Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan.” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur, 8: 74)

 

Q9. Cara menasihati pemerintah; secara tertutup atau terbuka?

Agama adalah nasehat.” Para sahabat bertanya, “Untuk siapa wahai Rosululloh.” Maka di antara jawaban beliau, “…Untuk para pemimpin kaum muslimin…” (HR. Muslim)

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسَلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَا نِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُو بِهِ، فَإْن قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ
الراوي : عياض بن غنم المحدث : الألباني المصدر : تخريج كتاب السنة. الصفحة أو الرقم: 1097 خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Barangsiapa hendak menasihati pemerintah tentang sesuatu, janganlah dia lakukan dengan terang-terangan. Akan tetapi, hendaknya dia ajak dan menyendiri dengannya. Jika diterima, itulah yang diharapkan. Jika tidak, sungguh ia telah menunaikan apa yang menjadi kewajibannya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya, sahih oleh albani)

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan, albani, sahih).

Cara terbuka atau tertutup dilihat kepada uruf, namun tidak boleh melampaui dan mengaib.

 

Q10. Apakah manhaj politik Islam?

“As-Siayasah” (politik) dialah hakikat Islam, karena makna siyasah sendiri adalah mengatur kemaslahatan umat dengan hal-hal yang tidak bertentangan dengan kitabullah dan Sunnah rasulNya. Dalam merealisasikannya diperlukan suatu manhaj, ilmu ataupun orang-orang yang faham kemaslahatan umat. Para ulama Islam telah mengarang berbagai macam literatur siayasah syar’iyyah (politik dalam syariat Islam) diantaranya: buku al-ahkam as-Sultaniyyah karya al-Imam Al-Mawardi, As-Siyasah As-Syar’Iyyah karya Ibn Taimiyyah dan Abu Ya’la al-Musili dan At-Turuq al-Hukmiyyah karya Ibn Al-Qayyim dan sebagainya yang keseluruhannya menerangkan bahwa Islam memiliki manhaj Politik. Islam merupakan agama seluruh nab atau sunnah

Manhaj politik Islam: Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair, watan ataupun kerajaan dan umat. Usyul Asrin no 1.

risalah Ikhwan, rukun kefahaman

 

Q11. Apa pandangan Islam jika pemerintahan ditadbir melalui sistem demokrasi, sosialis, sistem beraja, teokrasi dan selainnya, tetapi mengekalkan perundangan Islam?

Harus, asalkan ada: fiqh siyâsah adalah sebagai berikut:

  1. Siyâsah Qadlâ`iyyah; keHakiman.
  2. Siyâsah `Idâriyyah; jentera pentadbiran
  3. Siyâsah Mâliyyah;
  4. Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah.

ref: Ibn taymiyah, syaikhul islam, siasah syar’iyah, tahqiq syarh syaikh othaimin

 

Q12. Adakah konsep “less evil” boleh diterima pakai dalam memilih pemerintah?

إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Sesungguhnya tidak masuk surga kecuali jiwa muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan dien ini dengan laki-laki fajir.” 

Ali B. Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

لا يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا : يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم آمنا حتى يأتيه أجله

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk/jahat).”

Ada yang bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar/boleh diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk/jahat)?”

‘Ali menjawab:

“Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.”.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

rumusan, less evil or evil boleh jadi leader dalam Islam

 

Q13. Adakah pemerintahan cara ISIS boleh dijadikan ikutan?

ISIS tidak dikenali siapa di belakangnya kemungkinan al-Qaedah. seluruh negara arab tolak ISIS termasuk Dr Qardhawi, YDP majlis ulama sedunia dan majlis fatwa KSA.

 

Q14. Permasalahan orang Muslim yang menjadi tentera di negara kufar (Contoh: tentera Muslim di England yang berperang dengan negara Islam Turki), apa hukumnya kepada tentera Muslim itu dan kaedah penyelesaiannya?

Tengok perang apa sebab Turki pun eropah.

 

Q15. Bagaimana yang dikatakan sistem khalifah akan muncul kembali di akhir zaman?

Dalil hadith

تكونُ النُّبُوَّةُ فيكم ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةٌ على مِنهاجِ النُّبُوَّةِ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا عاضًّا، فتكونُ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فيكونُ ما شاء اللهُ أن يكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةً على مِنهاجِ نُبُوَّةٍ . ثم سكت . . . الراوي : النعمان بن بشير المحدث : الألباني المصدر : تخريج مشكاة المصابيح الصفحة أو الرقم: 5306 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة، وحسنه الأرناؤوط

“Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Kenabian akan menyertai kalian selama Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkat kenabian itu bila menghendakinya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian dalam waktu Allah menghendakinya. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya. Kemudian akan datang kerajaan yang menggigit dalam waktu yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya dan diganti dengan kerajaan yang memaksakan kehendaknya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian. Lalu Nabi saw diam”. (HR Ahmad)

فيه نظر، وقد نقل العقيلي في الضعفاء(323- ج2/ص66)، وابن عدي في الكامل(525)، كلام الإمام البخاري وقال ابن عدي(525): ولحبيب بن سالم هذه الأحاديث التي أمليتها، قد خولف في أسانيدها، وليس في متون أحاديثه حديثٌ منكر، بل قد اضطرب في أسانيد ما يروى عنه.

Status hadith: hasan di sisi mutaakhirin , antaranya al-Albani dan syaikh Syuaib, dha’if di sisi Mutaqaddimun dengan kalimah dalam sanadnya kena berhati-hati pada perawi habib bin salim menurut al-Bukhari, ibn adiy dan al-Uqaili.

Fiqh hadith: Sistem khalifah tidak lagi muncul kerana kalau anda cermati dalam matannya, dinyatakan oleh Nabi saw ada 5 fasa kepimpinan: nubuwwah, khulafa arrasyidin, dinasti, dan kezaliman dan fasa ke lima, ia muncul kembali. Kata Ibn Rajab, jami’ al Uloom, fasa kelima itu sudha berlalu, yakni zaman Umar Abdul Aziz ra (جامع العلوم والحكم (ج 28 / ص 18

 

Q16. Adakah memang wujud/perlu majlis syura, dan kita lihat di Malaysia, PAS pernah mengadakan dasar pandang ke IRAN secara tidak rasmi, lantas memperkenalkan kepimpinan `ulama’ walaupun kita tahu Syi`ah tersesat

a. Syura mmg ada dalam syariat kita, dalil:

Ibnu al-Arabi al-Maliki mendefinisikannya dengan berkumpul untuk meminta pendapat (dalam suatu permasalahan) dimana peserta syura saling mengeluarkan pendapat yang dimiliki [Ahkam al-Quran 1/297].

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

b. Isu Kepimpinan Ulama dalam PAS.

Adakah konsep kepimpinan Ulama’? Jawabnya ya dalam agama dan tidak dalam leadership atau kepimpinan Negara.

Dalil:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri di antara kalangan kamu.” (An Nisa: 59)

Ulama berselisih akan siapa ulil amri dikalangan kamu. Ada tiga pendapat, ulil amri adalah pemerintah Negara, ini pendapat majority termasuk Imam Syafi’iy, Kedua: ia adalah ulama, ia pendapat Mujahid dan Hasan al-Basri. Manakala pendapat ketiga ialah ulil amri adalah keduanya umara’ + ulama (pemerintah dan ulama) ini pendapat Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim( Ibn Hajar, Fathul Bari, Jld 9). Pendapat Ibn Qayyim ini dipakai oleh Muhammad Abdul Wahab dan dilaksanakan di Saudi Arabia. Ia juga pendapat syaikh Rashid Ridha dalam tafsir al-Manar.

Maka kepimpinan Ulama’ ni memang ada asas bukan syiah sahaja. Syiah mengamalkan konsep wilayatu faqeeh, bermaksud kepimpinan ulamak yang melampaui batas, yakni ulamak yang divine atau ada unsur kesaktian, maksum dan masih menerima wahyu dari Allah SWT. Maka PAS tidak amalkan konsep tersebut melainkan mereka amal pendapat Mujahid dan Hasan Basri. WA

 

Q17. Salahkah menjatuhkan kerajaan/pemerintah sedia ada melalui peti undi?

Tidak, sebab itulah tujuan demokrasi, pergiliran kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah. Apakah Malaysia dapat menyaksikan proses pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat disaksikan, namun di Negara seperti Indonesia, ia sudah mula berlaku. Yang salah ialah menjatuhkan dengan revolusi dan keganasan.

 

Q18. Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem pemerintahan khilafah?

HT atau Hizh Tahrir atau Parti Pembebasan yang diasaskan di Palestine oleh syaikh Taqiyudin anNabhani (w.1977), alumni al-Azhar, di Jurusalem pada tahun 1953. Visi utama HT berbeda dari yang lain ialah Khalifah adalah fardhu ain dan siapa yg tidak menegakkan adalah kafir. Dalil mereka:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (44) [المائدة : 44]

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS Al Maidah : 44)

Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij supaya ditegakkan syariat atau hudud, cuma HT menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.

Kesalahan HT:

  1. Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 4:44, ia satu kesalahan, ayat itu ditujukan khusus kepada Yahudi dan bukan mendirikan khalifah
  2. Bagaimana cara melantik khalifah sekarang? Kerana Nabi tidak menunjukkan jalan utk berbuat demikian. Ini kerana Nabi wafat dalam keadaan tidak ada sebarang wasiat utk jawatan khalifah, jawatan pun Nabi tak sebut apa titlenya.
  3. Tidak wujud system pemerintahan ala khalifah. Yang disyariatkan ialah system Syura bukan khalifah. System syura maksudnya urusan Negara diputuskan oleh gabungan amir dan senat atau majlis syura.
  4. Mereka menggunakan hadith Ahmad, akhir zaman akan wujud khilafah atas minhaj kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang sahih menurut ibn Rajab, fasa kelima minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman khilafah Umar bin abd Aziz.

 

Q19. Apakah sistem pemerintahan yang paling ideal menurut Q&S?

Tidak ada, yang ideal ialah system pemerintahan yang menggunakan system syura

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

Nabi tidak menunjukkan petunjuk siapa pengganti dan Nabi tidak ajar cara melantik successor atau pengganti baginda, ini menunjukkan tiada sistem politik yang ideal dalam Islam.

  1. Abu Bakar ra dipilih melalui syura antara Muhajirin dan Ansar, dua kaum utama Negara islam
  2. Umar ra di pilih melalui lantikan terus oleh pemimpin yg masih memerintah, system putra mahkota
  3. Uthman ra dipilih dari satu panel calon presiden
  4. Ali ra diberi bai’ah oleh penduduk Madinah mewakili seluruh empayar atau commonwealth.
  5. Amir Muawiyah ra menggunapakai sistem Kabilah sebagai parti yang memerintah, pemimpin mesti dari kabilah. Ini diamalkan di Saudi Arabia, pemimpin dari Kabilah al-Saud.

 

Q20. Adakah Islam sebagai agama wahyu memiliki dasar-dasar politik dan pembentukan entiti politik sebagai sebahagian daripada teras ajarannya?

Politik ada dalam Islam, di bawah Muamalat atau fiqh Interaksi dan memiliki dasar-dasar yg jelas:

  1. Amanah
  2. Keadilan
  3. Fiqh Taat
  4. Fiqh Nasihat
  5. Fiqh Syura

Ref: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama` al-Muslim Allazi Nansyuduhu, cet. pertama, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1993).

Dr Salem el-Awaa, naib YDP Majlis Ulama sedunia, Fi Nizam al-siyasi, liDawlah al-Islamiah (في النظام السياسي للدولة الإسلامية، الطبعة الأول)

 

Q21. Islam agama rahmat bagi seluruh alam. Bagaimana keadaan mereka yang belum memeluk Islam mendapat tempat di negara Islam? Adakah mereka diberi hak yang sama seperti mereka yang beragama Islam?

Ini isu yg khilaf, majoriti ahli fiqh menetapkan warga negara bukan Islam mendapat hak yang sama dengan muslim cuma dalam isu jawatan penting seperti Ketua kerajaan dan timbalannya. Antaranya Maudodi, Dr abdul Karim Zaidan dan Dr Qardhawi. Apa yang diamalkan di Malaysia adalah menepati pendapat tersebut dan non-muslim memang memegang jawatan menteri cabinet dan wakil rakyat.

19-2 Dalil ayat yang menjadi punca khilaf:

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik AQ 24:55

Maka jika kekuasaan di tangan Islam maka hendaklah digubal dasar dan system yg menepati kehendak agama, bahawa kepimpinan hendaklah di tangan orang Islam.

 

Q22. Boleh jelaskan tentang konsep bertahaluf secara jelas?

Khilaf di kalangan ulamak politik: Haram menurut prof Muhammad Qutb dan harus menurut Prof Qardhawi dan Dr Munir Ghadban.

1) Tahalluf siasi bermaksud ‘kerjasama politik’ di mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain utk membina sebuah kerajaan. Idea tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: ” Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati.” Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya di Egypt.

2) Perkongsian kuasa ialah perkongsian dalam memerintah sesebuah negara jika parti yang memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3 majoriti) dalam sistem demokrasi.

3) Tahalluf siasi yang dibenarkan syara’ ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syara’, contohnya akidah dan perundangan (hudud). Dalilnya: Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

4) Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang ialah apa yang diamalkan oleh BN di mana UMNO bergabung dgn parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen. Manakala tahaluf siasi dilakukan oleh PAS dengan menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif untuk mendapatkan kuasa politik.

Ruj:

  1. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
  2. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
  3. syarh Risalah Ta’alim oleh Sa’iid Hawa
  4. Fiqh Seerah oleh syaikh Muhammad al-Ghazali
  5. Fiqh Seerah oleh TG Hj Abd Hadi Awang
  6. Qaul qadim di AFN

 

Q23. Boleh bagi contoh politik kerajaan manakah yang menghampiri manhaj politik menurut Q&S setelah kewafatan baginda ﷺ?

30 tahun pertama, zaman Abu bakr, Umar, Uthman dan Ali semuanya ra. Selepas tu zaman ummayah, khususnya era Umar abdul Aziz. Selepas itu era Abbasiah kecuali era Muktazilah. Selepas itu era Othmaniah. Sekarang kerajaan Saudi kerana menjaga tawhid dan hudud kekal di arabia

 

Q24. Apakah keutamaan dalam Q&S apabila sebuah parti Islam & pakatan mesra Islam membentuk kerajaan?

Syarat2 tahalluf:

Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merealisasikan tujuan yang di maksudkan, mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Dasar dari sunnah:

  1. Nabi bersama abu Thalib
  2. Nabi bekerjasama dgn King Negus Ethiopia
  3. Kerjasama dengan beberapa kabilah utk mengukuhkan negara madinah dari serangan Quraish, antaranya Kabilah bani Bakar

 

Q25. Adakah demokrasi yang diamalkan kini sesuai dengan Islam?

Hukum demokrasi. Ada tiga system je di dunia sekarang:

1. Monarki. Sistem satu pemerintah yg tertua dan bersifat absolute, baik system diktator, Raja atau emir. Kuasa milik mutlak satu orang atau sesebuah keluarga.

2. Demokrasi, ini paling popular sudah wujud sejak abad ke 5 SM. Slogannya, dari rakyat kepada rakyat, rakyat pilih penguasa dan perwakilan rakyat dan mereka memperhambakan diri kepada rakyat.

3. Islam adalah antara keduanya: tidak monarki dan tidak demokrasi, pemimpin di beri bai’ah oleh rakyat. Namun sistem politik islam ni tidak berkembang kerana selepas 30 tahun, umat islam menyaksikan sistem politik kembali kepada Monarki. Setelah begitu lama dalam monarki, demokrasi mula mendapat tempat dalam negara OIC.

Sikap ulama terhadap demokrasi ada tiga:

  1. Haram mutlak, seperti Saudi Arabia dan kebanyakan salafiyah dan Maulana Maudoodi
  2. Harus bersyarat seperti Qardhawi, salil el awa
  3. Harus secara mutlak, islam Liberal

Maka demokrasi yang diamalkan di Malaysia masih belum disahkan oleh fuqaha’ demokrasi bersyarat atau demokrasi yg mutlak. Belum ada kajian rasmi setakat ini.

 

Q26. Pada pendapat tuan, adakah menggugurkan prinsip Islam tertentu boleh diterima sebagai satu ‘strategi’ untuk mencapai kemenangan?

Kena perincikan maksud “prinsip” tersebut

 

Q27. Jika kita sorot kembali kepada sirah Nabawiyyah, Rasulullah ﷺ sering mengajak manusia kepada penyembahan Tuhan yang satu. Juga Rasulullah ﷺ sering memberi harapan kepada umat manusia agar sentiasa kembali kepada Allah. Soalannya: Dalam Q&S apakah yang lebih aula: Sentiasa mengajak & mempamerkan keindahan Islam dengan sistem kebajikan, ATAU keutamaan diberikan kepada hukuman?

Materi dakwah Rasulullah saw variasinya mengikut suasana dan siapa yg baginda seru, tapi sentiasa dalam tiga tema:

  • Akidah
  • Syariat
  • Akhlak

dalam surat An-Nahl ayat 125. Artinya :

” Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik, sesengguhnya Tuhanmu Dialah yang maha tahu tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya,

Dr Abdul Kareem Zaidan, Usyul dakwah, Pustaka salam

 

Kelas 2 : Aqidah Salaf

0

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، نشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kebirukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

 

قال تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ) [آل عمران : 102]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

قال جل وعلا : (ِيَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)[ النساء : 1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

 

قال جل ثنائه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا)[ الأحزاب : 70-71]

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

أما بعد :

فإن أصدق الحديث كتاب الله جل وعلا، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-diakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.

وبعد

 

Insha Allah, perkongsian kali ini ana kedepankan 4 point.

 

13) “Dan tidak boleh diiktiqadkan Allah mempunyai mana-mana anggota tubuh, juga ketinggian, lebar, tebal, nipis dan seumpamanya yang mempunyai keserupaan dengan makhluk”. Kalam sebegini tidak terdapat didalam al-Quran dan as-Sunnah, tidak juga terdapat daripada 3 kurun terbaik (as-Salaf as-Soleh). Akan tetapi ia terdapat daripada gaya bahasa golongan al-Mutakallimin.

Sesungguhnya Allah tidak sama dengan makhluk.

Dalil penafian yang Allah tidak sama dengan makhluknya :

قال الله تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ)[الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (رحمه الله) didalam kitab (منهاج السنة النبوة 2/523) :

Jalan generasi Salaf dan para imam-imam mereka menyifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan pada-Nya sendiri dan dengan apa yang Rasul-Nya sifatkan pada-Nya tanpa mengubah makna (تحريف), tanpa menafikan sifat Allah (تعطيل), tanpa menggambarkan rupa bentuk (تكييف), tanpa menyamakan dengan sifat makhluk (تمثيل).

Menetapkan sifat Allah tanpa menyamakan dengan sifat makhluk, menyucikan Allah tanpa menafikan sifat-Nya, menetapkan sifat-Nya dan menafikan dari disamakan dengan makhluk.

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ )

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

Menjawab dakwaan menyamakan Allah dengan makhluk.

 

قال تعالى : (وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Menjawab keatas golongan yang menafikan sifat Allah.

Dan kata-kata mereka dalam bab sifat terdiri daripada 2 :

  1. Sesungguhnya Allah (سبحانه وتعالى) dibersihkan dari sifat kekurangan seperti tidur, lemah, malas, jahil dan selain dari itu. Habis point 13.
  2. Sesungguhnya Allah disifatkan dengan sifat yang sempurna yang tidak bersifat kurang pada-Nya. Dari sudut pengkhususan pada-Nya itu adanya sifat-sifat, tidak menyamakan-Nya dengan sesuatu sifat pun daripada sifat-sifat makhluk.

 

14) Tidak mengatakan : Sesungguhnya Nama-nama Allah bukan Allah seperti yang dikatakan oleh golongan Muktazilah, Khawarij, dan kelompok dari puak yang mengikut hawa nafsu (Ahli Ahwa’).

 

15) Menetapkan bagi Allah itu wajah, mendengar, melihat, mengetahui, berkuasa, kemuliaan dan berkata-kata. Bukan seperti yang dikatakan oleh puak yang menyeleweng daripada golongan muktazilah dan selain daripada itu.

 

قال الله تعالى :(وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ)[الرمن : 27]

Dan akan kekallah Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ )[النساء : 166]

Allah menurunkannya dengan ilmuNya.

 

قال الله تعالى :(وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ )[البقرة : 155]

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

 

قال الله تعالى :(فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ)[فاطر : 10]

Kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ)[الذاريات : 47]

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi).

 

قال الله تعالى :(أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ )[فصلت : 15]

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?

 

قال الله تعالى : ( إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ)[الذاريات : 58]

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

 

16) Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkata-kata.

 

قال تعالى : (وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي)[طه : 39]

Dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

 

قال تعالى :(وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا)[هود : 37]

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami.

 

قال تعالى :(حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّه)[التوبة : 6]

Sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah.

 

قال تعالى :(وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا)[النساء : 164]

Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

 

قال تعالى :(إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ)[النحل : 40]

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: “Jadilah engkau! “, maka menjadilah ia.

 

Satu lagi ayat yang ana ingin menambah yang diambil dari kitab صفات الله عز وجل الواردة في الكتاب والسنة

 

قال تعالى :(إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا)[النساء : 58]

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

17) Mereka berkata sebagaimana umat Islam katakan berhubung penciptaan mereka: apa sahaja yang Allah inginkan, pasti akan terjadi dan apa sahaja yang Allah tidak inginkan, maka tidak akan terjadi sebagaimana firman Allah Ta’ala :

 

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ [الإنسان : 30]

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.

Saya bagi satu contoh dan dibahagikan kepada 2 bahagian :

  1. Jika diberi keizinan oleh Allah, si fulan akan sampai ke tempat pengajian tersebut walau sekuat manapun dugaan yang dihadapi tatkala didalam perjalanan.
  2. Jika Allah tidak mengkehendaki, si fulan tidak akan sampai walau selapang manapun masa yang ada, walau sesihat manapun si fulan.

 

18) Mereka berkata : Tidak ada jalan untuk seseorang itu keluar dari pengetahuan Allah, dan termasuklah perbuatannya, kehendaknya tidak boleh mengatasi kehendak Allah, dan dia tidak boleh menukar ganti ilmu Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, Dia tidak jahil dan tidak juga lupa, dan Allah Maha Berkuasa dan tidak akan boleh diatasi oleh apa-apa sahaja.

 

والله أعلم
والسلام عليكم ورحمة الله

Bidaah dan Kesalahan berada di Masjid

0

Bidaah dan Kesalahan berada  di Masjid

1.  Meninggalkan solat tahiyatul masjid

Abu Qatadah As-Salami meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu semua masuk ke dalam masjid, hendaklah dia menunaikan solat dua rakaat sebelum duduk.” (HR al-Bukhari (444)

Ibnu Hibban menerangkan bahawa solat Tahiyatul Masjid tidak boleh dilakukan setelah duduk.

2.   Tidak membaca doa sewaktu masuk dan keluar masjid

Sesiapa yang hendak masuk ke dalam masjid, disunatkan baginya supaya mendahulukan kaki kanannya dan keluar dengan kaki kirinya.

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw apabila hendak masuk masjid, beliau membaca:

“Dengan nama Allah, ya Allah limpahkanlah selawat kepada Muhammad”

Apabila keluar, Rasulullah saw membaca:

“Dengan nama Allah, ya Allah limpahkanlah selawat kepada Muhammad”

(Ibnu Sina dalam Amal Al-Yaumi wal Lailati, dihasankan  oleh Al-Albani, KalamAth-Thayyib (63)

Dari Abdullah bin Amr, dari Nabi saw bahawa apabila beliau masuk masjid, Rasulullah membaca:

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung, dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang abadi dari syaitan yang terkutuk.”

3.  Masuk Masjid dengan Pakaian Buruk

Allah menyuruh pada hambaNya supaya berhias ketika hendak pergi ke masjid. Allah swt berfirman,

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al-Araf:31)

Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu semua solat, hendaklah ia memakai pakaiannya.  Kerana Allah Ta’ala lebih berhak seseorang yang berhias untukNya.”

(At-Tabrani dari Ibnu Umar, Sahih Al-Jami’ (652)

4.  Keluar dari masjid setelah azan

Dari Abu sya’tsa’, dia berkata, “Kami pernah duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah.  Tidak lama kemudian, muazzin mengumandangkan azan.  Selesai azan, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri dalam masjid dan berjalan.  Seketika itu juga Abu Hurairah terus memerhatikannya sehingga lelaki tersebut keluar dari masjid.  Abu Hurairah pun lantas berkata, “Orang itu telah menentang Abu Qasim r.a.(HR Muslim dari Abu Hurairah (5/219)(hadis no: 258 Al-Masajid)

5.   Meludah di dalam masjid

Nabi saw bersabda,

“Apabila salah seorang dari kamu semua menunaikan solat,sesungguhnya dia sedang berbisik-bisik dengan Rabbnya.  Maka, hendaklah dia tidak meludah di hadapanNya, tidak pula disebelah kanannya.  Akan tetapi,hendaklah ia meludah di sebelah kirinya, yakni di bawah kedua telapak kakinya.”

(Anas (5/55)(hadis no: 54 Al-Masajid)

Rasulullah saw juga bersabda,

“Meludah di masjid itu adalah suatu kesalahan.  Sedangkan kafaratnya adalah memendamkannya.”

(Anas(5/56)(hadis no: 55 Al-Masajid)

6.  Berhadas di masjid

Nabi saw memberitahu, “Malaikat mendoakan orang yang pergi ke masjid menunaikan solat. Malaikat berkata, “Ya Allah, limpahkanlah selawat kepadanya.  Ya Allah, kasihanilah dia selagi dia tidak menganggu serta tidak membuang hadas di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan buang hadas itu?” Rasulullah menjawab, “Kentut” 

(HR Muslim (661) dan Nasa’I (2/55)

7.  Mengumumkan kematian dengan pembesar suara

Antara bidaah yang hukumnya antara makruh dan haram adalah perbuatan yang disebut dengan tabrir, iaitu muazzin membaca ayat dalam surah Al-Insan di atas menara dengan suara kuat ketika berlaku kematian seorang alim.

“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “kafur” (Surah Al-Insan:5)

Dalam kitab As-Salam disebutkan, “Diantara bentuk mengumumkan kematian yang dilarang adalah mengumumkan kematian di atas menara pada zaman ini ketika berlaku kematian ulama.”

8.  Membaca surah Al-Kahfi secara beramai-ramai pada hari Jumaat

Membaca dengan suara kuat dan mengulang-ulang seperti nyanyian kerana boleh menganggu orang yang sedang rukuk, sujud, berzikir,membaca Al-Quran dan bertafakur.  Meninggikan suara dengan menganggap baik gaya bacaan qari tanpa mempedulikan kemuliaan masjid dan kesucian Al-Quran. Ini adalah perbuatan tercela yang tidak diperbolehkan.

9.  Berbual pada waktu malam (berjaga) tentang urusan dunia

Hukumnya makruh untuk membincangkan urusan dunia yang ada, meninggikan suara, ketawa dengan kuat, bertepuk tangan serta bersiul-siul sehingga menganggu orang lain.

Samak bin Harb, berkata,”Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Samrah, “Adakah kamu pernah duduk-duduk bersama Rasulullah saw?” Dia menjawab, “Benar,seringkali beliau tidak bangkit dari tempat solat beliau yang biasa digunakan untuk menunaikan solat subuh atau dhuha sehingga matahari terbit.  Apabila matahari telah terbit, baru beliau bangkit, sedangkan orang disekelilingnya saling berbincang-bincang tentang urusan jahiliah. Mereka juga saling ketawa, sedangkan beliau hanya tersenyum.”

(HR Muslim (670)

10.  Menguatkan suara di dalam masjid

Abu Sa’id Al-Khudri mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah saw sedang beriktikaf di masjid. Beliau mendengar orang menguatkan suara bacaan mereka. Baginda lantas membuka satr (tirai) sambil berkata:”Bukankah kamu semua sedang bermunajat kepada Rabbnya,maka janganlah kamu semua menganggu antara yang lain serta janganlah sebahagian di kalangan kamu meninggikan suara dalam bacaan.”

(Abu Dawud (1203) dan Ahmad (3/94).

01.05.08 #060315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0
preview
 
Nota 01.05.08 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
Kali ini, kita akan mengenal istilah-istilah gelaran kepada mereka yang terlibat dengan periwayatan hadits berdasarkan peringkat-peringkatnya dan kriteria setiap peringkat gelaran. 
 
1. AL-MUSNID (المُسْنِد) 
 
Ini adalah seolah-olah pangkat yang paling rendah sekali dalam penggelaran mereka yang terlibat dalam periwayatan hadits. 
 
Al-Musnid adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja meriwayatkan hadits dengan sanadnya, sama ada dia memahami hadits tersebut dari sudut ilmunya atau tidak. 
 
2. AL-MUHADDITS (المحدث) 
 
Ini adalah gelaran yang pastinya jauh lebih tinggi peringkatnya berbanding Al-Musnid. Dan gelaran ini diberikan kepada mereka yang benar-benar menyibukkan diri dalam kajian hadits, lebih dari sekadar meriwayatkannya. Adapun, definisinya secara butiran lanjut, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama padanya. 
 
Kata as-Subki (w.771H): Al-Muhaddits adalah seseorang yang mengetahui sanad-sanad, dan ‘ilal, dan nama-nama periwayat; mengenal juga Sanad ‘Ali & Sanad Naazil; dan menghafal jumlah yang banyak dari mutun (plural bagi matan); dan telah mendengarkan bacaan hadits Kutub Sittah beserta Musnad Ahmad, Sunan al-Bayhaqi, dan Mu’jam at-Tobrani.. [at-Tadrib ar-Raawi] 
 
3. AL-HAFIZ (الحافظ) 
 
Al-Hafiz dikatakan lebih tinggi dari Al-Muhaddits. Ia mempunyai pengetahuan seperti yang digambarkan untuk al-Muhaddits, dengan tambahan-tambahan yang lebih rumit dan kompleks. 
 
Al-Mizzi (w.742H) menyebutkan: Dia adalah orang yang mengetahui periwayat-periwayat dengan lebih detail. Dia mengetahui latar belakang mereka, hal-ehwal mereka, tempat-tempat mereka, dan banyak lagi. [at-Tadrib ar-Raawi] 
 
4. AL-HUJJAH (الحجة) 
 
Gelaran ini lebih tinggi dari Al-Hafiz di mana orang yang digelar dengan gelaran ini sangat menghafal, dan menekuni, dan mendalami pada apa yang telah dihafal, dari sanad dan matan, sehingga dia menjadi Hujjah di kalangan manusia, secara umum dan khusus. 
 
Antara yang digelar dengan Al-Hujjah ialah Sufyan atsTsauri (w.198H), Sa’id ibn Mansur (w.227H), ad-Daarimi (w.280H), dan selain mereka. 
 
5. AL-HAKIM (الحاكم) 
 
Pastinya peringkat ini lebih tinggi dari Al-Hujjah dan selainnya. Di mana orang yang digelar dengan Al-Hakim, mereka meluas ilmunya tentang kebanyakan hadits-hadits, sanad dan matan; Jarh Ta’dilnya; Sejarah dan kecatatannya; Gharib dan Mukhtalafnya; Nasikh Mansukhnya; Tawfiq untuk yang bertentangan zahirnya; Syarh bagi yang zahirnya mengelirukan, dan tidak terhilang darinya semua ini kecuali sedikit. 
 
Antara yang digelar Al-Hakim ialah Abu ‘Abdillah Muhammad bin Abdullah Al-Hakim (w.405H), penulis ‘Al-Mustadrak ‘ala Sahihayn’, dan selainnya. 
 
6. AMIRUL MUKMININ (أمير المؤمنين) 
 
Gelaran peringkat tertinggi, di mana terkumpul padanya semua ilmu berkaitan hadits dengan mendalam, dan tak terbayangkan. 
 
Antara yang digelar dengan gelaran ini ialah Syu’bah ibn al-Hajjaj (w.160H), al-Bukhari (w.265H), Muslim (w.261H) dan lain-lain lagi. 
 
INGAT! Gelaran-gelaran ini semuanya tidak diletak sendiri oleh orangnya, tetapi semuanya DIBERIKAN oleh sama ada ulama yang sezaman dengannya ataupun yang kemudian. Mereka kebiasaannya tak suka menerima sebarang gelaran kerana tawadhu dan rendah diri di hadapan ilmu. 
 
Dan susunan peringkat ini juga hanya bersifat umum tanpa kesepakatan yang pasti di kalangan para ulama hadits. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares
 
 

Fiqh Wanita 6

0

Soalan 1
Apa hukum wanita menyanyi dan saya pernah juga terbaca yang wanita juga tidak digalakkan untuk menyertai tilawah Al-Quran.Bolehkah?
Jawapan 1 Thtl
Suara wanita bukan aurat,yang aurat suara itu dilunakkan.
” Maka janganlah kamu ‘tunduk’ dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada’penyakit dalam hatinya’ dan ucapkanlah perkataan yang baik.”
Al-Ahzab 32.
Itu yang dilarang.
Apakah boleh wanita memperdengarkan AQ?
Ia bergantung kepada usia rupa paras wanita tersebut dan suaranya.Kalau tarannum dengan ada kelunakan suara,maka ianya boleh sampai kepada haram.
Nyanyian pun sama,kata DYQ, kena lihat pakej nyanyian tersebut:
i)lagu
ii)rupa paras dan usia
iii)Suasana persembahan
iv)Apa tujuan
v)Apakah ia melalaikan manusia dari solat.

Soalan 2
Perempuan menutup aurat tetapi fitnah tetap ada.Kita tidak mengoda tapi tetap tidak dapat lari dari lelaki yang suka mengusik dan mengoda,kenapa jadi macamni syeikh?
Jawapan 2 Thtl
Orang pakai tudung dan tutup aurat ini,Allah kata tak akan dikacau.
Dalil:
“Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin agar mengulurkan atas diri mereka jilbab-jilbab mereka.Yang demikian itu menjadikan mereka,lebih mudah dikenal (sebagai wanita muslimah/wanita merdeka/orang baik-baik)sehingga mereka tidak diganggu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS Al-Ahzab 33:59).
Sebab akhir zaman ini,rosaknya lelaki sampai 50 wanita menyamai 1 lelaki.Maksudnya 50 wanita yang baik hanya ada 1 lelaki baik.

Soalan3
Apakah adab-adab bila nak left sesuatu group?left saja atau beritau atau perlu minta izin?
Bagaimana kalau group tu ada beri faedah tapi didalam berlaku sebaliknya,sebagai ahli group wajar atau tidak untuk left?
Jawapan 3 Thtl
Inform je ,saya nak left kerana ada sebab peribadi,terima kasih.
*orang suka ada slot kosong.
you left,you loose,somebody’s gain.

Soalan 4
Apakah hukum wanita memakai seluar longgar(jeans),ini bagi memudahkan wanita tersebut menjalankan aktiviti termasuk menjaga anak yang aktif,kerana ada orang-orang tua yang mencemuh wanita yang memakai seluar apatah lagi seluar jeans.
Jawapan 4 Thtl
Wanita arab saudi kebanyakkannya pakai jeans tapi mereka pakai abaya diatasnya.Maksudnya jeans tersebut ditutup dengan abaya atau jubah kaler hitam.
Maksudnya wanita memang boleh pakai jeans tapi oleh kerana seluar itu menampakkan shape,maka sebab itu dilarang kecuali pakaian luar cover sebahagian besar jeans tersebut.

Soalan 5
Bagaimana dengan seluar itu memang longgar dan tidak melekap lansung?
Jawapan 5 Thtl
Kalau longgar memang boleh,cuma uruflah,yakni dibenci oleh golongan tua dan mencemuhnya.

Soalan 6
Apa hukum berkongsi link yang menampakkan aurat wanita tetapi bukan islam dalam bentuk gambar atau video?
Jawapan 6 Thtl
Aurat wanita sesama wanita cuma alat sulit sahaja,yakni antara dada dan kemaluan.Maka tidak ada masalah.

Soalan 7
Boleh jelaskan dengan lebih terperinci berkenaan aurat wanita?
Apakah yang dimaksudkan dengan alat sulit sahaja yakni antara dada dan kemaluan?
Jika kita menyusu anak didepan kawan-kawan,maka aurat dibahagian dada terbuka,
Bagaimana pula dengan aurat kita dengan ibu kandung?
Jawapan 7 Thtl
i)Wanita sesama wanita itu tidak ada aurat kecuali aurat yang berat,pusat dan lutut.
Ada khilaf mengenai wanita yang bukan islam.Yang sahih,wanita non-muslim yang baik,sama hukum dengan wanita muslim.
ii)Menyusu depan kawan tak ada masalah,aurat wanita sesama wanita adalah antara pusat dan lutut.Bahagian atas bukan aurat.
iii)Aurat wanita dengan ibu,adik beradik perempuan pun sama,antara pusat dan lutut.
Dalil:
“Dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka,atau saudara-saudara lelaki mereka,atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau perempuan-perempuan(sesama islam).”(Annur:31)

Soalan 8
Apakah hukum seseorang menyembunyikan kandungannya(yang halal)mungkin atas sebab terlalu awal atau tak nak rakan yang lain yang sedang berusaha berkecil hati?
Jawapan 8 Thtl
Hukum sembunyi kehamilan kepada rakan-rakan.
Jawab:
Hukum asal,nikmat Allah itu disiarkan,tanda kita bersyukur.
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu (Muhammad) siarkan.”(AQ.Ad-Dhuhaa:11)
Namun jika masih awal,maka lebih dirahsiakn dulu.Hanya keluarga terdekat sahaja.

Soalan 9
Adakah masakan yang menggunakan susu ibu boleh dimakan oleh ahli keluarga yang lain selain anaknya?
Jawapan 9 Thtl
Penggunaan susu ibu dalam masakan ahli keluarga.
Pertamanya kena mendapat feedback dari ahli keluarga samaada mereka suka atau tidak idea sebegini sebab tidak pernah diamalkan oleh uruf manusia.
Walaupun syarak tidak melarangnya,namun ia melibatkan selera dan citarasa.
Kedua :Dari segi hukum,ahli keluarga yang lain boleh mengkonsumi makanan yang menggunakan susu badan.

Soalan 10
Apakah hukum berbaik-baik dengan jiran non-muslim?
Jawapan 10 Thtl
Jiran non-muslim.
Mereka juga mendapat hak jiran dan perlu didekati untuk dakwah.
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang -orang miskin yang terdekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat dan Ibnu as-Sabil.”(Surah an-Nisa’:ayat 36)

Soalan 11
Doa(Anak menantu kepada ibubapa mertua,anak tiri kepada ibubapa tirinya,anak angkat kepada ibubapa angkatnya,anak saudara kepada makcik dan pakciknya dan anak yatim kepada penjaganya.
Adakah sama dengan anak kandung yang ibubapanya sudah meninggal?
Jawapan 11 Thtl
Isu Doa
Doa boleh saja kepada sesiapa saja tanpa had.
Dalil :
Dari Ummu Darda’ dan Abu Darda’Radhiyallahu anhuma,bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya(muslim lainnya)yang tidak berada dihadapannya akan dikabulkan oleh Allah.Diatas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya.Setiap kali orang muslim itu mendoakn kebaikan bagi saudaranya,nescaya malaikat yang menjaganya akan berkata,”Amin(semoga Allah mengabulkan)dan bagimu hal yang serupa.”( HR Muslim no.2733,Abu Daud no.1534,Ibnu Majah no.2895 dan Ahmad no.21708)

Soalan 12
Ada tak hadith tetang larangan memakai cincin selain dijari manis?pernah baca dulu,tak boleh pakai cincin dijari telunjuk kerana ia menyerupai satu kaum.
Boleh ke lelaki pakai cincin emas putih yang biasanya emas putih 37.5%?
Jawapan 12
Jari mana jika nak pakai cincin.
Disebutkan dalam hadith ‘Ali bin Abi Tholib,ia berkata,
“Rasulullah SAW melarang padaku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.”Ia berisyarat pada jari tengah dan jari setelahnya.(HR Muslim no.2095)yang dilarang jari tengah dan jari telunjuk.Namun untuk kaum wanita,tidak dilarang,jari mana-mana pun boleh, kata Imam Nawawi ,maksudnya makhruh (syarah shahih Muslim,jld 14)
Hukum lelaki pakai emas putih.
Apa takrifan emas putih,emas kuning+nickel dan palladium.
Maka oleh kerana ia telah dicampur dengan emas kuning,maka ia tetap haram untuk lelaki,halal untuk perempuan.(fatwa UZAR)

Soalan 13
Apa hukum wanita bermusafir tanpa mahram
Jawapan 13 Thtl
Seputar wanita musafir tanpa mahram.
Kata Dr Qardhawi,larangan wanita musafir kerana mahram adalah kerana illat.safety atau keselamatan.Jika ia terjamin,maka tiadalah larangannya.Juga dilarang kepada wanita muda dan cantik atau tingginya jenayah dijalan raya seperti rogol dan samun.Ada pun air travel kata Dr Qardhawi,memang boleh wanita travel juga kenderaan awam seperti bas dan keretapi kerana ramai penumpang bersama.(Qardhawi,kaifa nata’amalu ma’a sunnah)

Soalan 14
Apakah hukum minum sambil berdiri?
Jawapan 14 Thtl
Hukum minum berdiri.
Hukum asal seseorang mnum adalah dalam keadaan duduk.Inilah yang afdal,namun boleh dia minum dalam keadaan berdiri.Nabi SAW telah melakukan kedua hal tersebut,yang menunjukkan perkara ini luas.
Fatwa mufti KSA Abdul Aziz bin Baz rumusan :afdal duduk ,boleh saja minum berdiri,ini kerana dalil-dalilnya saling kontradiktif,dan dalam banyak hal,minum sambil duduk tapi ada ketika Baginda minum smbil berdiri.

Soalan 15
Adakah tanggungjawab mengeratkan silahturahim terletak pada bahu ahli keluarga yang paling muda mengikut usia dan pangkat saja?
Bagimana jika anak saudara tidak berkemampuan tetapi ahli keluarga yang lebih tua tidak berusaha untuk walaupun berkemampuan untuk dari segi kesihatan,wang serta masa.
Apa hukum bagi anak saudara tersebut dan ahli keluarga yang lebih tua?
Soalan 15 Thtl
Siapa yang kena jaga silahturahim,ianya free offer
“Daripada Anas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan,maka hendaklah ia menghubungkan silahturahim.” HR Bukhari-Muslim dari Anas.
Maka siapa yang nak murah rezeki dan panjng usia.maka dialah cepat-cepat kena buat dulu,tanpa kira usia dan pangkat.

Soalan 16
Apakah hukum bagi seorang anak yang menjauhkan diri dari ibu yang pilih kasih.Selalu nampak silap dia tapi dalam masa yang sama sianak tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibunya?
Jawapan 16 Thtl
Hukum menjauhi ibu kerana kecil hati.
Pertama maksud derhaka kepada ibu.Derhaka ini kata Imam Nawawi,ialah apa jua yang kita lakukan dan telah menyakiti hati ibu.Kalau ibu menyakiti hati kita ,maka kita kena bersabar.Yang penting kita tidak menyakiti hati mereka berdua.
“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka didunia dengan cara yang baik.”(Surah Luqman,ayat 15)
Kalau dia sakit hati dalam urusan agama,dia suruh kita buat bid’ah atau syirik tak apa.Kerana urusan agama lebih tinggi dari ibubapa.Tapi kita kena sabar dan buat baik pada mereka.

Soalan 17
Saya mempunyai anak istimewa iaitu CP,anak saya berumur 3 thn,dia ada masalah kaki dan tangan keras.Sehingga hari ini,saya belum melaksanakan khitan buat anak saya disebabkan masalah bukaan kaki dia yang keras.Adakah saya perlu melaksanakan khitan tersebut atau tunggu sehingga kaki anak saya lembut baru lakukan tak kira berapa pun umur dia?
Jawapan 17 Thtl
Usia khitan lelaki ,kata Ibn Abbas,tak ada waktu yang spesifik,ianya open sampai baligh.
‘Abdullah bin Abbas ra,
Dari Sa’iid bin Jubair,ia berkata:Ibn Abbas pernah ditanya:”Seperti apa dirimu ketika Nabi SAW wafat?”Ia menjawab:”Aku pada waktu itu telah dkhitankan.Dan mereka(para sahabat)tidaklah mengkhitankan seseorang kecuali setelah ia baligh”(diriwayatkan oleh Al-Bukhari no.6229)

Soalan 18
Apa hukum main alat muzik gitar?
Jawapan 18 Thtl
Hukum main gitar 4 mahzab,Haram.
Dr Qardhawi :
Ada pun alatan muzik seperti gitar,Dr yusof Qardhawi mengatakan haditg-hadith yang menerangkan hukum ini tidak dapat lari dari kecacatan ataupun tidak sahih.
Kesimpulannya gitar itu harus selagi ia digunakan dengan jalan yang betul.(DYQ fiqh al-Musiqi wa ghina)

Soalan 19
Apakah hukum menginaikan rambut warna hitam?
Jawapan 19 Thtl
Boleh,Ini pendapat terbaru Maulana Asri Yusof

Soalan 20
Adakah dagu termasuk wajah atau aurat?
Jawapan 20 Thtl
Ia isu khilaf pada memahami maksud wajah.
“Wajah dalam bahasa arab adalah anggota badan untuk saling berhadap-hadapan.”(Al-Majmu’,1:364)
Dr Wahbah zuhaili dalam fiqh Islami,menyatakan dagu masih wajah wanita dan ia bukan aurat.

Soalan 21
Seorang sahabat kehilangan kasih sayang anak-anaknya kerana ayah dan ibu tiri mereka sering memburukan ibu kandung mereka.
Adakah doa ibu tiri itu lebih di makbuli dari doa seorang ibu tiri?Sebab anak-anaknya lebih menyayangi si ibu tiri kerana sering memberi kemewahan dari segi kewangan dan sibu kandung dari keluarga yang daif dan susah.
Jawapan 21Thtl
Doa siapa lebih makbul.Ibu kandung atau ibu tiri?
Doa ibu kepada anaknya memang mustajab,walaupun anaknya tidak mengasihinya kerana doa adalah urusan dengan Allah bukan urusan dengan anak.
Doa ini makbul jika penuhi syarat dan kondisi doa tersebut.
Doa makbul ini secara umumnya:
i)doa ibu kepada anak maka tak adalah perbahasan ibu kandung atau ibu tiri.
ii)Doa anak soleh kepada ibunya maka tak adalah perbahasan doa anak soleh kepada ibu kandung atau ibu tiri.
Syariat kita tidak memperincikan dengan detail masalah ini.

Soalan 22
Jika kita menderma dan selepas itu kita asyik memikirkan hal derma itu,”Adakah betul dia memerlukan atau mungkin dia menipu kita”
Jika kita derma dan memberitahu kawan kita dan bila kita beritahu kawan adakah ia dikira riak?
Adakah derma kita itu ikhlas?
Jawapan 22 Thtl
Seputar derma.
i)Derma memang kena fikir sebab zaman sekarang begging atau minta sedekah adalah kerjaya profesional.Ada sindiket dibelakangnya termasuk di masjidil Haram dan Nabawi.Sudi memang sentiasa berkerja keras membasmi peminta sedekah di Haram kerana situlah lubuk segala peminta sedekah dan mencemar imej Arab Saudi dan umat islam.
Maka kita kena pastikan derma kita itu sahih dan bukan kepada sindiket.
Maka derma yang baik ialah derma yang kekah atau jariah seperti projek pembinaan masjid baru.
Maka selepas dah sahih kepada siapa yang kita derma,maka jangan fikir lagi sebab ia pergi kepada sasaran yang tepat.
ii)Menceritakan derma kepada orang lain.
Dalil:
“Jika kalian menampakkan sedekah kalian maka itu adalah baik sekali.Dan jika kalian menyembunyikannya dan kalian berikan kepada orang-orang kafir maka menyembunyikannya itu lebih baik bagi kalian.Dan Allah akan menghapuskan dari kalaian sebahagian kesalahan-kesalahan kalian.Allah mengtahui apa yang kalian kerjakan.”(AQ.Al-Baqarah :271)
Kata Ibnu Kahtsir,boleh menceritakan untuk motivasi kepada orang yang sifatnya kedekut tapi yang lebih aula ialah derma secara rahsia.

Soalan 23
Adakah dalil yang tidak menyarankan kita tidur dibawah lampu yang terbuka?
Jawapan 23 Thtl
Seputar tidur tanpa tutup suis lampu.
Dalil:
Dari Abu Musa ra berkata;
“Pada suatu malam terjadi satu kebakaran dirumah salah satu penduduk madinah(ketika penghuninya tertidur)Lalu hal itu dicerikan kepada Nabi SAW,Beliau bersabda:’Sesungguhnya api ini adalah musuh kamu kerana itu apabila kamu hendak tidur,maka padamkan ia lebih dahulu.”(HR Al-Bukhari).
Ilat atau sebab larangan ialah kerana kebakaran ,ini kerana zaman dulu belum ada elektrik,lampu semua jenis yang menggunakan minyak atau lilin.Maka lampu dizaman kita tak ada masalah,ia menggunakan elektrik.

Soalan 24
Pukul 3 pagi semalam saya terjaga sebab anjing menyalak mendayu-dayu tambahan lagi di malam jumaat.Sahih kah,anjing menyalak kerana melihat syaitan dan ayam berkokok kerana melihat malaikat?
Jawapan 24 Thtl
Kokok ayam dan salakan anjing.
“Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok(di waktu malam)mintalah anugerah kepada Allah,sesungguhnya ia melihat malaikat.Tapi apabila engkau mendengar keledai merengek(di waktu malam)mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan,sesungguhnya ia melihat syaitan.”
(HR Bukhari dengan fathul Baari 6/350,Muslim 4/2092 no.2729)
Syarah;
Bukan kokok ayam awal pagi tapi waktu malam.Manakala Malaysia tak ada keledai.
Salakan anjing:
“Jika kalian mendengar lolongan anjing dan rengekan keledai pada malam hari,maka berlindunglah kepada Allah darinya kerana ia melihat apa yang tidak dapat kalian lihat.”(HR Abu Dawud no.5103,Ahmad 3/306,355-356 sahih al-Adabul Mufrad no.937)
Syarah:
Anjing banyak isu,sifatnya yang suka menyalak jadi anjing ini susah nak baca dia menyalak kerana ia dibela untuk menyalak.

Soalan 25
Bolehkah kita mengambil pembantu rumah non muslim yang mana skop tugasnya hanya menjaga anak termasuk memandikan dan memberi makan kepada anak tetapi tidak memasak.
Jawapan 25
Pembantu rumah non-muslim.
Boleh,
Dalil:Dizaman sahabat kebanyakkan pembantu rumah mereka adalah non-muslim yang diperolehi dari tawanan perang

Soalan 26
Ingin bertanya tentang aurat wanita.Sekadar mana yang dibolehkan oleh syarak?
Situasi saya sebagai seorang warden asrama berhadapan dengan pelajar-pelajar perempuan yang terjerit-jerit dan bercakap dengan suara yang kuatsehingga didengar oleh pelajar asrama lelaki.Saya mahu menegur ,namun memerlukan hujah yang mantap dan berkesan serta berhikmah
Jawapan 26 Thtl
Suara Wanita.
Jika warden wanita angkat suara diasrama untuk wanita tak adalah auratnya.Suara wanita menjadi aurat jika ada unsur mengoda.Kalau menjerti kerana tugasan,maka ia tidak aurat.
Dalil:
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara dengan mendayu-dayu sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalm hatinya.”(Al-Ahzab:32)

Soalan 27
Mohon pandangan tentang pergaulan bebas.Adakah bila kita bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai contoh main bola tampar bersam atau mandi bersama dalam kolam renang tanpa bersentuhan dikira tidak menjaga batas syariah?
Jawapan 27 Thtl
Ikhtilath atau pergaulan bebas.
Ikhtilat =pergaulan bebas antara gender baik secara tertutupatau terbuka.
Kata Dr Qardhawi,ikhtilat ini ada dua jenis:
i)Ikhtilat Syariiy
ada tujuan keagamaan,dakwah,kerjaya,pembelajaran,jemputan kahwin,haji dan umrah,ada hajat tertentu kenapa perlu bersama lelaki dengan syarat menjaga aurat,tutur kata,tiada persentuhan.
ii)Ikhtilat tidak patuh syarak
ialah yang tidak perlu,menjatuh maruah,timbul fitnah dan syahwat,tidak ikut adab islam.Maka berain bola tampar dalam public swimming pool adalah ikhtilat yang tidak patuh syarak.

Soalan 28
Apakah maksud ehsan?Adakah berbuat baik sesama manusia digelar ehsan?Contohnya belas ehsan kepada orang -orang tua,wanita mengandung dan kanak-kanak.
Jawapan 28 Thtl
Makna Ihsan
Dari kalimah hasan=baik,bila
Ihsan=sempurna atau excellent atau berkualiti
Maksudnya sempurna dalam ibadat.ikut sunnah sepenuhnya.
Selangor Darul Ehsan=maksudnya selangor sepatutnya negeri yang sempurna,pentadbiran dan kebajikan kod rakyat
Dalil:
“Apakah itu Ihsan?Baginda menjawab:Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya,walupun kamu tidak melihatnya,akan tetapi Allah melihat kamu.”(Hadith Riwayat Bukhari 50,Muslim 9)
Belas Ihsan mkasudnya amat mengambil berat kepada fakir miskin,OKU,wanita pregnant dan sebagainya.

Soalan 29
Apakah hukum memakai contact lens berwarna yang sama sekali tidak sama dengan warna anak mata?contohnya untuk tujuan kosmetik.
Jawapan 29 Thtl
Hukum memakai contact lensse berwarna.
Ada 3 isu contact lense ini:
i)Untuk berfungsi sebagai alat bantuan sama dengan cermin mata.
ii)Untuk membantu mata+kosmetik/kecantikan
iii)Semata-mata kosmetik.
No 2 dan 3 masalah sebab ada 3 hukum.
i)Ia menyerlah kecantikan,lebih mengamcam,maka ia masuk dalam hukum tabarujj(menyerlahkan kecantikan kepada publik)
ii)Pembaziran jika ia bukan keperluan hanya semata kosmetik
iii)Unsur Li Tadlis atau penipuan realiti,maksudnya asal warna mata hitam,tapi bila dia pakai kontek biru,maka matanya kelihatan biru.
Jadi yang selamat dari syubahah ialah kontek lens yang plain bukan berwarna.
Rujukan dari:
Dr Saleh al-Fawzan al-fawzan kibr ulama Saudi Arabia fatwa Ziinatil-Mar’ah hal 49

Soalan 30
Bagaimana dengan pandangan pakai niqab purdah yang colourful.ada yang terang sangat warna macam merah kuning seakan tabarujj pulak?
Jawapan 30 Thtl
Jilbab yang berwarna.
Jilbab=Jubah yang menutup badan
Khimar=kain tudung purdah
Niqab=face weil/tutup wajah
Maka di Malaysia ialah Khimar atau tudung,bukan niqab.Niqab di Arab Saudi ia mesti hitam.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka”(QS An-Nur :31)
Ada 2 isu:
i)Perhiasan
ii)Uruf atau adat sesuatu tempat atau negara.
Maka kalau warna itu termasuk dalam perhiasan ada unsur daya penarik atau ada niat untuk orang tertarik kepadanya,maka ia tidak boleh.
Jika adat atau rata-rata wanita melayu begitu,maka ia tidak mengapa.Amat sulit untuk melihat mana satu perhiasan dan mana satu Uruf atau adat budaya sesuatu negara.Anda fikirlah sendiri.

Soalan 31
Apakah hukum memakai telekung yang berwarna selain putih?
Jawapan 31 Thtl
Telekung berwarna.
Imam Nawawi berkata dalam Riadhus solihin,ia cuma sunnah atau sunat.Ini kerana terdapat hadith:
Abu Daud no.4061,Tirmidzi no.994 dan Ibnu Majah no.3566 bahawa:
“Pakailah oleh kalian pakaian putih kerana itu termasuk pakaian yang paling baik.Dan berilah kafan pada orang mati di antara kalian dengan kain warna putih.”
Ia juga mengelakkan perasaan riak jika pakai warna warni di masjid.Maka putih untuk telekung itu sudah menjadi tradisi Islam.

Soalan 32
Bolehkah kita memberi makan kenduri(contoh majlis Aqiqah)kepada non muslim?
Jawapan 32 Thtl
Hukum menjemput non-muslim ke kenduri akikah
Boleh,
dalilnya
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang Berlaku adil. (QS al-Mumtahanah: 8)
Mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan (QS al-Insan: 8)
ayat di atas adalah mutlak tak ada pembatas kpd non-muslim yg baik

Soalan 33
Apa hukum memandikan bayi dengan susu ibu?Mungkin suami tidak membenarkan punya anak susuan maka daripada terbuang ada baiknya mandikan anak dengan susu ibu tersebut dari susu expired begitu saja.
Jawapan 33 Thtl
Mandian bayi dengan susu ibu
Susu ibu ni tahan lama kalau letak dalam Freezer yg sejuk beku tu.
mengenai mandia bayi dengan susu ibu, ini suatu yg baru. sebab isu utama dalam kehamilan dan kelahiran ialah kebaikan suus ibu kpd bayi, tak ada pasal kebaikan susu ibu kpd mandian baby..
Maka jika ada ibu yg ada banyak air susu, maka tak ada tegahan. sebab semua dikembalikan kpd hukum harus, kecuali ada larangan.

Soalan 34
Apa hukum jika kita mempercayai cakap-cakap orang tua dahulu bahawa jika susu ibu terkena kemaluan bayi kelak anak akan menjadi miang atau lembik kelakiannya?
Jawapan 34 Thtl
susu ibu kena kemaluan baby akan jadi lemah
Kita tidak boleh ikut melainkan ada dalil,
ini arahan AQ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” – Surah Al-Baqarah: Ayat 170
Maka jangan ikut petua lama kecuali kita kena tahu rasionalnya

Soalan 35
Apa hukum kalau wanita memakai celak mata dan maskara?
Jawapan 35 Thtl
wanita memakai maskara dan celak (ithmid)
Yang boleh ialah memakai ithmid atau celak sebab ia perhiasan yg biasa di tanah arab sejak dulu. yang lain spt mascara kalau lebih ke arah menonjolkan kecantkan wanita, maka dilarang atas hukum tabarruj, di mana wanita berusaha keras utk bersolek. Jika waktu malam utk suami, maka tidak dilarang.
Rasulullah bersabda:
إِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ
” Sebaik-baik celak kalian adalah itsmid.Ia menerangkan pandangan dan menumbuhkan bulu mata” H.R.Abu Dawud:3878,An Nasa’iy:5113,Ibnu Majah:3497, albani sahih

Soalan 36
Berapa kali bayi minum hingga kenyang baru dapat status susuan?
Jawapan 36 Thtl
5 kali

Soalan 37
Benarkah jika kita buat rumah,arah toilet(tandas)tidak boleh mengadap kiblat,jadi kena renovate atau bagaimana?
Jawapan 37 Thtl
larangan menghadap kiblat
yang dilarang ialah bila buang di tempat terbuka, zaman salaf, mereka buang air di padang pasir terutama ketika musafir.
dalam rumah yg berdinding tidak ada masalah. Ini pendapat majoriti kecuali Hanafi
(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, 1/554, Hasyiah Ibnu Abidin, 1/107, lihat Al-Mughni, 5/34)
maka keluar dari khilaf ialah kalau boleh elakkan mengadap kiblat, ia ciri-ciri rumah muslim. kalau no choice, maka masih harus ikut Jumhur

Soalan 38
Nabi SAW disusukan ibu susuan sehingga 2 tahun.Sepanjang 2 tahun itu,memang tak makan apa-apa makanan lain?
Jawapan 38 Thtl
Penyusuan dua tahun penuh
Nabi SAW memang menyusu dua tahun penuh tapi tidak dapat dipastikan 100% susu dada atau ada makanan tambahan.
maksud dua tahun dalam ayat ini:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
boleh menyusu full dua tahun tanpa sebarang makanan solid, atau susu badan dua tahun tapi selepas 9 bulan dah start kasi makanan solid sbg tambahan.
Cuma yg berbeda ialah hukum fiqh ke atas kencing baby lelaki:
يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ، ويُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الغُلامِ
“Kencing bayi perempuan dicuci (dibilas) dan kencing bayi laki-laki cukup dipercikkan saja dengan air HR Abu Daud, sahih albani. sahih al-Misykah no 479
المحدث : الألباني
المصدر : تخريج مشكاة المصابيح الصفحة أو الرقم: 479 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Jika menyusu tanpa makanan lain, maka kencingnya hanya dipercik sahaja.

Soalan 39
Apa kita perlu buat kalau adik kita telah mengandung ank luar nikah…salah ke tindakan kita mengasingkan dia dengan tidak berjumpa terus dengan dia?
Jawapan 39 Thtl
Sikap keluarga bila ahli keluarga perempuan didapati hamil
Proses yang pertama ialah kena usahakan nikah dengan segera dengan lelaki yang bertanggungjawab. Ini dinamakan nikah untuk menghindari aib famili.
Dalil:
“dan perempuan zina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina” AQ 24:3
Jika anak lahir, ia masih boleh dibinkan kepada lelaki yang menghamilkannya.

Soalan 39b Tambahan
Ada pendapat mengatakan jika kalau kandungan sudah berusia 6 bulan tidak boleh dinasabkan dengan nama ayah dan dinasabkan dengan nama Abdullah.
Jawapan 39b Tambahan Thtl
Menasabkan anak luar nikah.
Syafiiy:minima kandungan yang boleh dinasabkan ialah selepas kahwin 6 bulan,anak lahir,maka boleh.
Maksudnya kahwin 1 jun,2015,maka jika bayi lahir pada november,2015 boleh dibinkan kepada nama ayahnya.
Mahzab Hanafi:Boleh asalkan suaminya tidak membantah atau ujian DNA membuktikan itu memang ayahnya.
Juga fatwa Perlis,di Perlis boleh didaftarkan jika si ayah tidak menafikan itu bukan anaknya.

Soalan 40
Bagaimana pula hukum kalau bunuh semut?
Jawapan 40 Thtl
Hukum bunuh semut sengaja dan tak sengaja
Semut adalah haiwan yg ada nama surat dalam AQ, namanya al-Naml surah 28. Maka ia bermaksud, semut adalah haiwan yang penting dalam eco-system, nak balance alam sekitar.
Bila semut clash dengan manusia, maksudnya dia menjadikan rumah kita habitatnya, maka ketika itu kita boleh membunuhnya atas hadith:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
“Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membayakan”
(HR Ibnu Majah dan disohihkan al-Albani dalam Irwa’ al-ghalil no. 896)
maka keluarlah kawaid fiqh
الضَرَرَ يُزَالُ
“Semua madharat (bahaya, gangguan) (harus) dihilangkan.”
Maka boleh bunuh dengan sengaja atau tidak sengaja jika mereka mengancam kediaman kita

Soalan 41
Sengaja atau secara tidak sengaja
Jawapan 41 Thtl
hukum bunuh semut sengaja dan tak sengaja
Semut adalah haiwan yg ada nama surat dalam AQ, namanya al-Naml surah 28. Maka ia bermaksud, semut adalah haiwan yg penting dalam eco-system, nak balance alam sekitar.
Bila semut clash dengan manusia, maksudnya dia menjadikan rumah kita habitatnya, maka ketika itu kita boleh membunuhnya atas hadith:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
“Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan”
(HR Ibnu Majah dan disohihkan al-Albani dalam Irwa’ al-ghalil no. 896)
maka keluarlah kawaid fiqh
الضَرَرَ يُزَالُ
“Semua madharat (bahaya, gangguan) (harus) dihilangkan.”
Maka boleh bunuh dengan sengaja atau tidak sengaja jika mereka mengancam kediaman kita

Soalan 42
thtl.. seorang ibu tunggal berhenti kerja kerana menjaga anak istemewanya yg sudah remaja kerana anak mudah tepengaruh dengan benda2 yg tidak elok.. soalannya.. boleh ke ibu tunggal ni mengambil duit elaun bulanan anaknya menampung perbelanjaan makan minum mereka berdua? Mohon pecerahan.
Jawapan 42Thtl
Ibu tunggal memakan hasil elaun anak istimewanya
Harus kerana anak adalah hasil tuaian ibubanya,
dalil
فقال أنتَ ومالُكَ لأبيكَ
الراوي : جابر بن عبدالله المحدث : الألباني
المصدر : إرواء الغليل الصفحة أو الرقم: 3/323 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
dari Jabir ra, Nabi saw bersabda” engkau dan harta engkau milik ayah engkau (termasuk ibu).
maksudnya emak dan ayah boleh manfaatkan harta si anak. (al-Mugni, 5:397)

Popular

Iklan

Iklan