Utama Bilik (110) Tasawwur Qur'aniy Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (1)

Gagasan Al-Qur’an : Makna Kejayaan (1)

370
0
Iklan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد

 

Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (110) Tasawwur Qur’aniy. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan membincangkan tajuk Gagasan al-Qur’an tentang Makna Kejayaan.

Kenapa tajuk ini dipilih?

Justeru Islam adalah agama yang sangat prihatin tentang erti kejayaan dalam hidup. Oleh itu setiap hari kaum Muslimin diseru kepada kejayaan.

حي على الفلاح
Marilah menuju kejayaan.

Lafaz ini diseru sebanyak 15 kali sehari! 10 kali di dalam azan dan 5 kali di dalam iqamah.

Maka cara hendak menyahut seruan supaya menuju kepada kejayaan ialah dengan mendirikan solat.

Bagaimanakah rupa salat yang sepatutnya? [29:45]

Apa yang Allah sebut patut dilakukan sebelum mendirikan salat? [29:45]

Apa makna baca itu?

Baca dan faham. Qira’ah untuk semua jenis bacaan (read). Tilawah untuk al-Qur’an sahaja (recite).

Bagaimana kualiti salat kaum Muslimin hari ini. Adakah mereka faham apa yang mereka baca?

Orang yang baca al-Qur’an, faham dan menerimanya sebagai panduan hidup dikenali sebagai golongan mukminun [23:1]

Apa makna Qad? Pasti. Qad dalam bahasa Arab disebut sebagai adat al-tahqiq. Selain itu ada makna taqrib (hampirlah) seperti disebut qad qamat al-salat (hampirlah salat hendak didirikan)

Kejayaan itu adakah kerana usaha atau anugerah? Anugerah.

Kalau begitu terjemahan yang sesuai untuk ayat [23:1] di atas ialah “Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman.” (Setuju dgn terjemahan ini?)

Apakah asas pertama untuk menjadi orang yang beriman? [27:1-2]

Asas pertama untuk menjadi orang beriman ialah memahami al-Qur’an dan mengamalkannya. Salat itu ialah amalan. Sebelum beramal betulkan pemikiran, iaitu dengan al-Qur’an. Supaya manusia menjadi orang yang mengikhlaskan ketaatannya kerana Allah. (Setuju?) [29:45]

Apakah rukun pertama yang diletakkan oleh al-Imam Hasan a-Banna ketika mentarbiyah ahli al-Ikhwan al-Muslimin? Rukun bay’ah yg pertama dlm jama’ah IM ialah AL-FAHM. Apa-apa usaha yang hendak kita mulai mesti dengan faham, bukan ikut-ikutan.

Apabila kita hendak mentawhidkan Allah, ia mesti bermula dengan faham. [47:19]

Apa makna fa’lam?

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka belajar oleh engkau akan al-Qur’an sampai engkau benar-benar memahami bahawa tiada yang berhak engkau serahkan pengabdian diri melainkan hanya kepada Allah
[setuju?]

Kalau begitu bersyukurlah kepada Allah yang telah menurunkan al-Qur’an [18:1]

Apakah asas pertama untuk menjadi seorang yang beriman?

Al-Qur’an adalah kalamulLah. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah, ia mesti memahami KalamulLah. Apabila ia faham kalamulLah, barulah ia boleh mentawhidkan Allah. Apabila ia sudah mentawhidkan Allah dalam setiap sudut kehidupannya, barulah amalannya diterima Allah. Apabila amalannya diterima Allah, sudah pasti ia beroleh kejayaan dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. [Setuju?]

Kesimpulan: Pasti beroleh kejayaan orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang menjadikan al-Qur’an ini sebagai panduan hidup yang mencorakkan pemikirannya supaya ia dapat memimpin dirinya di atas jalan yang lurus dan dapat keluar daripada zulumat syirik kepada nur tawhid. Inilah asas pertama untuk kita semua belajar dan bekerja ke arah membina suatu umat yang maju. [14:1]

Sekian untuk siri pertama ini. Kita sambung lagi pada minggu hadapan di atas tajuk yang sama.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم أصلح أحوال المسلمين أجمعين،
اللهم اهدنا صراطك المستقيم

Komen dan Soalan