Utama Bilik Seminar Mingguan Wacana Siri 4 : Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

Wacana Siri 4 : Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

1144
0
Iklan

Fiqh Politik Menurut Al-Quran & Sunnah

 

Salam, now live from Gizan City,

Segala puji bg Allah, selawat salam kpd Junjungan dan ahlil bayt, salaf dan khalaf yang ikut manhaj salaf hingga kiamat, waba’du

Fiqh politik atau siasah syariah adalah tajuk yang taboo di kalangan umat, dan kitabnya tidak banyak yang khusus dikarang. Sebab utama ia tidak dikarang kerana suasana politik zaman dulu tidak terbuka seperti zaman moden, di mana IPTA sudah menawarkan course dalam Sains Politik dan sejak itu barulah Politik ni dipelajari secara terbuka tanpa lagi rasa takut kpd penguasa.

Antara dua sahabat saya, antaranya Dr Maszlee Malik, UIAM,phD sains poltik dari Durram, wales dan Dr Mujahid Rawa , phD sains politik dari UM, saya dengan Dr Mujahid memang satu usrah selama 5 tahun ketika saya bersama beliau di Universiti Telekom sekarang MMU. Dari dua ni saya banyak belajar fiqh politik, terutama Dr Mujahid kerana dia memang dibesarkan dalam keluarga mursyid pertama PAS, Ustaz Yusof Rawa dan Dr Maszlee kami ada usrah selama 2 tahun sebelum saya datang ke Saudi Arabia.

Manakala pengalaman politik secara on the ground saya tidak ada, sebab academician, manakala Dr Mujahid selepas resign dari TM, menyertai PAS dan sekarang adalah MP parit buntar dan rata-rata orang parit buntar dan bintang politik beliau amat cerah. Adapun Dr Maszlee, dia academician seperti saya, dia di UIAM, namun pandangan-pandangan beliau dalam politik antara yang dicari oleh media untuk mengupas isu-isu politik semasa. Maka kalau tahu ilmu praktikal politik, wacana yang bagus ialah dari mereka berdua.

Ok, balik kepada topik kita Fiqh Politik dalam AQ dan sunnah

 

Istilah

Fiqh=ilmu amali agama. Politik = mengurus, memimpin rakyat

Maka fiqh politik ialah ilmu untuk mengurus dan mentadbir rakyat untuk kesejahteraan mereka. Manakala dalam islam ialah ilmu untuk mengurus tadbir negara dalam rangka mentaati Allah swt.

 

Isu pertama: politik ni isu akidah atau isu muamalat

Di Saudi arabia, politik adalah isu akidah dan usyul sunnah, manakala jumhur ulamak, ia adalah isu muamalat, yakni hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan penguasa. Isu apakah politik usyul akidah vs muamalat telah melahirkan kelompok salafi syadid, di mana mereka amat keras dalam isu ini kerana menganggapnya sama dengan tauhid dan ini adalah satu kesilapan

Manakala dalam Ikhwan, melalui pengalaman saya dulu dgn mereka, politik adalah Usyul dalam Fikrah sahaja. di mana Ikhwan menetapkan usyup pertama dalam fikrah ialah Islam itu syumul termasuk Politik dan kenegaraaan, manakala PAS juga meletakkan politik sebagai isu usyul agama dan menjadikan politik islami sebagai teras perjuangannya

Jadi, macam mana nak keluar dari isu ini, apakah politik usyul akidah atau termasuk sebahgian fiqh muamalat Islam. Maka kalau kita kembali kpd susunan agama kita, politik bukan usyul akidah, namun, kita hormati khilaf ini.

 

Isu kedua: apa rahsia nabi tidak menunjukkan sistem Politik kpd umatnya, baginda wafat dengan meninggalkan ruang kosong dalam politik, yakni fiqh mengganti baginda sebagai ketua kerajaan. kenapa baginda senyap tanpa menyebutnya?

Kata Qardhawi, ia petanda politik adalah muamalat Islam dan terbuka kepada ijtihad sepenuhnya dan bukan usyul akidah. Bila nabi wafat, tiada wasiat atau petunjuk yang jelas, tapi para salaf meninggalkan jenazah nabi untuk melantik pengganti, menunjukkan ia suatu muamalat yang amat penting. Mereka tinggalkan jenazah nabi selama 3 hari kerana sibuk dengan urusan politik melantik pengganti Nabi nabi wafat isnin dan dimakamkan pada rabu.

Syiah antara yang keluar dari isu ini, mereka mendakwa politik adalah sistem warisan dan nubuwwah, yakni politik adalah penerusan dari ahlil bayt secara wahyu dan kemaksuman, maka syiah telah sesat dalam politik dan ini adalah firqah pertama yang sesat kerana politik kerana mengaitkan politik debgan akidah dan nubuwwah. Manakala Khawarij adalah kelompok kedua selepas syiah yang sesat kerana mereka amat keras dalam politik dan mudah keluar dari ketaatan, aliran khawarij dihidupkan oleh Hizbu Tahrir.

 

Pelantikan Abu Bakar

Dari kewafatan Nabi tanpa wasiat dan sistem politik, maka perlantikan abu Bakar sebagai pemimpin pertama itu adalah asas politik Islam yang dinamakan sistem Khalifah. Khalifah adalah pengganti Nabi dan ketua kerajaan umat Islam yang dipilik oleh rakyat, dibaiah 100% dan pemimpin itu adalah yang terbaik dari semua manusia ketika itu, ini adalah asas suatu sistem politik yang baru yang tidak dikenali sebelum ini.

Kemudian Abu Bakar memilih Umar sebagai putra mahkota secara lantikan terus, ini juga satu cara politik Islam, seterusnya Uthman dipilih oleh satu panel calon dan mereka mengundi secara rahsia. Ini juga sistem politik Islam, dan Ali agak kontroversi, di mana dia mengambil alih kepimpinan berdasarkan ijtihad dirinya sendiri. Ini juga satu metod dalam politik Islam. Maka khalifah ar-rasyidin yang 4 membentuk sistem politik Islam yang ideal, tapi amir muawiyah memutuskan cara itu tidak stabil, maka beliau berijtihad kembali menggunakan sistem lama, iaitu kerajaan dinasti kaum atau kabilah.

Kata shah waliyullah dihlawi, satu zaman dengan imam ben wahab saudi, mengatakan, khalifah rasyidin itu hanya sekali sahaja berlaku dan ia tidak akan berlaku lagi kerana :

Ia ada ciri divine atau kewalian, di mana Abu Bakar dan Umar ada pertalian bapa mertua nabi, Uthman, menantu Nabi kepada dua putrinya, manakala Ali juga adalah menantu. Hubungan melalui perkahwinan itu menjadi 4 khalifah ni tidak lagi dapat wujud sampai bila-bila.

 

Isu ketiga: apakah politik ni ada banyak nas syarak?

Jawabnya tidak banyak, melainkan Islam hanya meletakkan dasar-dasar politik sahaja seperti keadilan, menghapuskan kezaliman dan menetapkan hukum pidana.

Khalifah yang 4 dilantik melalui 4 proses juga menunjukkan politik islam tidak ada cara yang khusus untuk melantik ketua, ini bukti Nabi saw memberi flexibility kepada umatnya dalam politik berbanding akidah dan ibadah di mana Nabi amat ketat sampai toilet pun nabi ajarkan, tapi dalam politik walaupun penting, Nabi biarkan kepada umatnya.

Ini adalah hujah kepada syiah, bahawa tiada wasiat yang Ali telah dilantik tapi sahabat besar telah menghapuskan wasiat tersebut dengan teori konspirasi sahabat. Juga hujah kepada Hizb Tahrir, bahawa sistem khalifah atas minhaj nubuwwah itu hanya wujud 30 tahun sahaja dengan berakhirnya Ali, manakala sistem selepas itu adalah sistem biasa sahaja, yakni monarki.

 

Isu keempat: isu kenegaraan islam

Apakah negara islam atau daulah itu ada definasi yang khusus?

Jawabnya tidak ada, negara Islam ialah simple sahaja, ia didiami oleh orang islam, pemimpinnya islam dan mereka minima mengerjakan rukun Islam 5 waktu dengan aman (albani)

 

Isu kelima

Manakala PAS dan HT, Ikhwan, mendefinasikan daulah islam adalah daulah hakimiyah, iatu mesti khilafah, amir mukminin, kepimpinan ulamak dan tertegakknya Hudud, ini adalah suatu definasi yang diada-adakan.

 

Isu keenam: apakah sistem yang ada menepati politik Islam?

Harus, ini kerana sejak purbakala manusia hanya tahu sistem Diraja, sistem paling kuno, tetapi Islam tidak mengkritik sistem Diraja dan ia kekal sampai sekarang, begitu juga monarki, yang berdasarkan kabilah juga diterima islam, seperti kerajaan saudi, hasyimiah di jordan dan kesultanan brunei dan emirate di GCC

Kesultanan tidak banyak yang dikriik, tapi yang dikritik hebat ialah demokrasi. HT, maudoodi dan ulamak saudi mengharamkan demokrasi secara total tapi tidak mengkritik sistem diraja dan monarki. Manakala ulamak yang menghalalkan demokrasi ialah Dr Muhammad Imarah, Mustafa alZarqa’ dan Dr Qardhawi dan menganggapnya inilah yang terbaik buat masa ini di mana manusia memilih pemimpin yang disukainya melalui undian.

Demokrasi yang dimaksudkan oleh Qardhawi ialah demokrasi terpimpin, bukannya Liberal demokrasi yang dianuti di Barat. Qardhawi mennganggap demokrasi adalah baiah rakyat secara automatik kepada pemimpin dan parti untuk membentuk kerajaan dan ia adalah jalan selamat dari proses menukar kerajaan dengan senjata yang diamalkan di negara arab. Cuma kritik beliau, demokrasi tidak dapat dilaksanakan di negara islam kerana wujudnya penipuan dari SPR dan pemimpin sedia ada, itu musuh demokrasi.

 

Isu ketujuh: ialah demonstrasi

Ada dua aliran, salafi tidak menyukai dan mencela demonstrasi, manakala gerakan islam dan HT anggap ia adalah hak kebebasan dalam Islam dan demokrasi.

Yang sahih: Demonstrasi adalah harus, dlihat kepada tujuan dan cara ia dilaksanakan, apa ada keganasan, merosakkan harta benda dan menyusahkan banyak pihak.

Demi yang pertama berlaku dalam sejarah ialah Nabi suruh sahabat yg mengerjakan tawaf membuka bahu kanan ketika tawaf dan kekal hingga kini sebagai demo kepada quraish akan kekuatan islam.

Demo yang berlaku di kediaman Uthman ra, di mana Uthma tidak melarangnya. Ketika Ali dan Hasan serta Husin masuk menemuinya untuk meminta izin menyuraikan demo tersebut, Uthman kata, biarkan kerana aku tak ada silap, dan aku dah jawab semua soalan mereka. Demo khawarij di kufah seramai 12K kerana membantah Tahkim. Ali hantar Ibn Abbas untuk dialog. Demo aisyah, Talhah dan zubair di mekah kepada pembunuhan Uthman dan demo muawiyah di siffin menuntut darah uthman. Maka demo ni ada asasnya dalam Islam sejak zaman salaf.

 

Isu kelapan: isu fiqh Nasihat kpd penguasa

Apabila berlaku salahguna kuasa oleh pemimpin, maka politik Islam tidak ada cara yang jelas bagaimana nak buat koreksi kepada pemimpin.

Cara salafiyah: fiqh nasihat secara rahsia dengan menarik tangannya dan memberi nasihat secara secara sirii, haram menegur pemimpin secara terbuka. Cara khawaroij dan Hizb Tahrir, semua laku penguasa hendaklah ditegur secara terbuka kerana salaf menegur khalifah secara open. Kata dr qardhawi, fiqh nasihat tarik tangan tidak releven kerana penguasa yang ada sekarang tidak lagi sama dengan penguasa di zaman salaf, mereka mendengar nasihat ulamak. Jadi isu ini lkhilaf bukan mutlak kena tarik tangan dan nasihat. Ia melihat kepada uruf dan keberkesanan

 

Isu kesembilan: Fiqh Taat

Ada dua pendapat yang ketara. fiqh salafiyah, fiqh taat adalah usyul iman atau akidah, siapa yg tidak taat terjejas akidahnya kerana ketaatan kepada pemimpin adalah sebahagian dari dasar tawhid (syaikh Barjas KSA, Muamalat al-Hukkam). Manakala dalam pendapat jumhur, ketaatan kepada ketua bukan isu akidah dan tauhid.

Ketaatan kepada ketua adalah ketaatan bersyarat selagi dalam perkara makruf sahaja. Isu ini menjadi masalah bila ketaatan dianggap akidah, maka siapa yang berada dalam parti pembangkang, maka automatik mereka tidak lagi taat.

 

Isu kesepuluh kedudukan Hizbiyah atau partai politik dalam demokrasi

Sini ada dua pendapat, salafiyah tidak membenarkan parti politik kerana ia akan membiakkan faham khawarij dan terbukti di saudi, tak ada langsung parti politik dan NGO politik. Manakala qardhawi, parti politik adalah harus sebagaimana penubuhan mazhab dan tareqat jika mereka mengikut lunas agama dan peraturan negara dalam berpolitik

 

Soalan :

 

Q1. Mohon pencerahan kenapa ijtihad ali utk ambil alih pimpinan di anggap kontroversi.

Ali dibaiah oleh penduduk Madinah sebaik sahaja uthman terbunuh dan Ali dengan berat hati menerimanya. Cara Ali dibaiah dinamakan baiah satu bandar mewakili semua bandar lain, syriah dan Iraq

 

Q2. Adakah di malaysia sekarang bilamana mufti berkata haram jatuhkan kerajaan maka ianya telah mengambil jalan akidah?

Mufti mana?, Dalam demokrasi, peluang nak jatuhkan kerajaan adalah harus setiap 5 tahun. Maksudnya, haram menjatuhkan kerajaan selain dari peti undi.

 

Q3. Adakah berdemonstrasi itu bersalahan dengan syara`?

Demonstrasi atau muzhaharoh (مظاهرة ) ialah menzahirkan perasaan akan sesuatu kepada pemerintah, baik isteri kepada suaminya, pekerja kepada majikannya dan rakyat jelata kepada pemerintahnya. Ia tidak bercanggah dengan syarak kerana demo adalah suatu media atau alat, ia boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Demo seperti pisau di dapur, ia boleh utk memotong sayur, daging dan buah, pisau yang sama juga dapat digunakan utk membunuh. Maka demo dapat digunakan utk kebaikan dan juga kemusnahan.

Hukumnya: demonstrasi adalah mubah.

Dalilnya banyak:

أفضلُ الجهادِ كلمةُ عدلٍ عند سُلطانٍ جائرٍ – أو أميرٍ جائرٍ – الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : الألباني المصدر : صحيح أبي داود الصفحة أو الرقم: 4344 خلاصة حكم المحدث : صحيح

Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang benar terhadap penguasa atau amir yang zhalim.

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai penolong seorang pun selain Allah sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)

Sample demo:

  1. Semasa melakukan umrah selepas hudhaibiah, para sahabat membuka bahu ketika tawaf, demonstrasi kekuatan kepada org quraish.
  2. Demo di rumah uthman al-affan.
  3. Demo aisyah, zubair dan Talhah kpd kepimpinan Ali di Jamal.
  4. Demo Muawiyah di siffin.
  5. Demo penduduk Madinah kepada perlantikan Yazid.
  6. Demo puak Khawarij di Harurah Kufah, 8000 orang

Rumusan:

  1. Demo yang fasid ialah yang bersifat merusak keamanan.
  2. Demo yang baik ialah jika itulah caranya untuk menyampaikan mesej kepada penguasa yang zalim.

 

Q4. Adakah hadits orang yang sokong pemerintah yang pembohong dan zalim Rasulullah tak mengaku sebagai umat?

إنه سيكونُ عليكم أمراءُ يَظلِمونَ ويَكذِبونَ فمن صدَّقهم بكذِبِهم وأعانهم على ظُلمِهم فليس منِّي ولستُ منه ولا يَرِدُ عليَّ الحَوضَ ومن لم يُصَدِّقْهم بكَذِبِهم ولم يُعِنْهم فهو منِّي وأنا منه وسَيَرِدُ عليَّ الحَوضَ. الراوي : حذيفة بن اليمان المحدث : الهيثمي المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 5/251 خلاصة حكم المحدث : أحد أسانيد البزار رجاله رجال الصحيح ورجال أحمد كذلك

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh”. (HR Imam Ahmad dalam musnadnya. Syeikh Syu’aib al-Arna’uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim, al-Haithami, sahih)

ومَن غشَّنا فليس منَّا. الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم:101

Barangsiapa yang menipu kami, maka ia bukan termasuk golongan kami. HR Muslim, 101

 

Q5. Pemerintahan, maksud dan jenisnya. Apa definisi pemerintah dalam Islam? Pemerintahan dalam konteks Malaysia? Dalam konteks Malaysia , jika berlaku perbezaan antara raja dan kerajaan dipilih, kita wajib taat pada siapa?

a. Definisi Pemerintah dalam Islam. Pemerintahan adalah semua urusan utk memenuhi keperluan/kemaslahatan rakyat. Konsep pemerintahan Islam adalah sebagaimana dijelaskan dalam nash Al-Qur’an, yakni pada surat An-Nisaa’ ayat 58-59. Bahwa pemerintahan Islam berdasarkan kepada tiga aturan penting yakni taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Taat kepada yang memegang kekuasaan di antara umat dan mengembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya, jika terjadi perselisihan dengan pihak yang berkuasa.

b. Pemerintahan dalam kontek Malaysia. Raja berpelembagaan – dwi system: Raja dan Perdana menteri, check n balance. Modelnya ialah UK.

c. Jika berlaku pertembungan antara institusi Raja dan Kerajaan, siapa yang wajib di taati? Jawab : Lihat kepada isu dan sejauh mana jelasnya isu yang menjadi krisis, apa puncanya. Maka jika jelas rakyat boleh mentaati salah satu, sebagaimana ada dua kerajaan di zaman Ali, ada dua kerajaan di zaman yazid bin Muawiyah. ada rakyat yg memihak dan ada rakyat yg berkecuali.

 

Q6. Adakah wujud rukhsah terhadap ketaatan kepada pemerintah? Adakah dikira sebagai khawarij sekiranya tidak mentaati pemerintah?

Memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat…”. (Muhammad Tahir ibn ‘Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun).

Ia akan membawa kekecohan iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik. Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu. Sejarah hitam kafir mengkafir di Malaysia ini adalah hasil dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian. (ruj: drmaza.com)

Manakala salafiyah, kata ia usyul akidah atau usyul sunnah. Yang benar, ia maslahah siyasiyah (kemaslahatan politik) atau rule of thumb, hokum cause n effect. Ia bukan isu rukhsah, kerana rukhsah dalam isu lain. Negara perlukan pemerintah dan pemerintah perlukan ketaatan atau loyalty untuk berfungsi macam kereta perlukan gearbox, kalau tidak, engine tak ada makna walaupun 800 HP. Kerajaan yang kuat memerlukan simple majority rakyat yang taat untuk mampu menjalankan pemerintahan.

b. Isu Khawarij lain, ia adalah suatu aliran kekerasan terhadap pemerintah mereka keluar menentang dengan kekuatan military dan kerajaan diharuskan menghancurkan mereka dengan kekerasan. Maka garis pemisahan antara khawarij dan ketidaktaatan ialah penggunaan senjata terhadap pemerintah yang sah.

 

Q7. Apa hukum kaum Muslimin memilih pemerintah daripada kalangan bukan Muslim? Perlukah kaun Muslimin taat kepada pemerintah kuffar?

Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (Post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:

Ali-Imran [118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai).

Walaubagaimana pun kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa, terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut. Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )

Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :

لا يَنْهَاكُمُ الله عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ الله يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

Jika Muslim sebagai minority dalam negara bukan Islam, memang kena taat sekadar makrufla.

 

Q8. Apakah ciri-ciri pemerintah yang zalim?

Apa maksud zalim:

“Dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” 2:229

Al-Ahzab ayat 72:

“Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”;

Segala sesuatu tindakan atau perbuatan yang melampaui batas, yang tidak lagi sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya.

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.” [Surah al An`am: 129]

Penguasa yang zalim lantaran ia banyak penyimpangan dan pelanggaran, fasiq, korup, otoriter, kesesatan, kufur, menentang hukum Allah Azza wa Jalla. Selalu ada sejak pasca masa-masa khulafa’ur rasyidin hingga sekarang. Mereka memusuhi ulama dan para da’i Islam, bahkan mengejar, mengirim mata-mata, memenjarakan dan membunuhnya, namun ada pula yang justru ‘dibeli’ untuk kepentingan status quonya.

Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan.” (Tafsir At Tahrir wat Tanwir karya Ibnu Asyur, 8: 74)

 

Q9. Cara menasihati pemerintah; secara tertutup atau terbuka?

Agama adalah nasehat.” Para sahabat bertanya, “Untuk siapa wahai Rosululloh.” Maka di antara jawaban beliau, “…Untuk para pemimpin kaum muslimin…” (HR. Muslim)

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسَلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَا نِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُو بِهِ، فَإْن قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ
الراوي : عياض بن غنم المحدث : الألباني المصدر : تخريج كتاب السنة. الصفحة أو الرقم: 1097 خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Barangsiapa hendak menasihati pemerintah tentang sesuatu, janganlah dia lakukan dengan terang-terangan. Akan tetapi, hendaknya dia ajak dan menyendiri dengannya. Jika diterima, itulah yang diharapkan. Jika tidak, sungguh ia telah menunaikan apa yang menjadi kewajibannya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya, sahih oleh albani)

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan, albani, sahih).

Cara terbuka atau tertutup dilihat kepada uruf, namun tidak boleh melampaui dan mengaib.

 

Q10. Apakah manhaj politik Islam?

“As-Siayasah” (politik) dialah hakikat Islam, karena makna siyasah sendiri adalah mengatur kemaslahatan umat dengan hal-hal yang tidak bertentangan dengan kitabullah dan Sunnah rasulNya. Dalam merealisasikannya diperlukan suatu manhaj, ilmu ataupun orang-orang yang faham kemaslahatan umat. Para ulama Islam telah mengarang berbagai macam literatur siayasah syar’iyyah (politik dalam syariat Islam) diantaranya: buku al-ahkam as-Sultaniyyah karya al-Imam Al-Mawardi, As-Siyasah As-Syar’Iyyah karya Ibn Taimiyyah dan Abu Ya’la al-Musili dan At-Turuq al-Hukmiyyah karya Ibn Al-Qayyim dan sebagainya yang keseluruhannya menerangkan bahwa Islam memiliki manhaj Politik. Islam merupakan agama seluruh nab atau sunnah

Manhaj politik Islam: Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair, watan ataupun kerajaan dan umat. Usyul Asrin no 1.

risalah Ikhwan, rukun kefahaman

 

Q11. Apa pandangan Islam jika pemerintahan ditadbir melalui sistem demokrasi, sosialis, sistem beraja, teokrasi dan selainnya, tetapi mengekalkan perundangan Islam?

Harus, asalkan ada: fiqh siyâsah adalah sebagai berikut:

  1. Siyâsah Qadlâ`iyyah; keHakiman.
  2. Siyâsah `Idâriyyah; jentera pentadbiran
  3. Siyâsah Mâliyyah;
  4. Siyâsah Dauliyyah/Siyâsah Khârijiyyah.

ref: Ibn taymiyah, syaikhul islam, siasah syar’iyah, tahqiq syarh syaikh othaimin

 

Q12. Adakah konsep “less evil” boleh diterima pakai dalam memilih pemerintah?

إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Sesungguhnya tidak masuk surga kecuali jiwa muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan dien ini dengan laki-laki fajir.” 

Ali B. Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

لا يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا : يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم آمنا حتى يأتيه أجله

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk/jahat).”

Ada yang bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar/boleh diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk/jahat)?”

‘Ali menjawab:

“Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.”.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

rumusan, less evil or evil boleh jadi leader dalam Islam

 

Q13. Adakah pemerintahan cara ISIS boleh dijadikan ikutan?

ISIS tidak dikenali siapa di belakangnya kemungkinan al-Qaedah. seluruh negara arab tolak ISIS termasuk Dr Qardhawi, YDP majlis ulama sedunia dan majlis fatwa KSA.

 

Q14. Permasalahan orang Muslim yang menjadi tentera di negara kufar (Contoh: tentera Muslim di England yang berperang dengan negara Islam Turki), apa hukumnya kepada tentera Muslim itu dan kaedah penyelesaiannya?

Tengok perang apa sebab Turki pun eropah.

 

Q15. Bagaimana yang dikatakan sistem khalifah akan muncul kembali di akhir zaman?

Dalil hadith

تكونُ النُّبُوَّةُ فيكم ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةٌ على مِنهاجِ النُّبُوَّةِ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا عاضًّا، فتكونُ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فيكونُ ما شاء اللهُ أن يكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةً على مِنهاجِ نُبُوَّةٍ . ثم سكت . . . الراوي : النعمان بن بشير المحدث : الألباني المصدر : تخريج مشكاة المصابيح الصفحة أو الرقم: 5306 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة، وحسنه الأرناؤوط

“Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Kenabian akan menyertai kalian selama Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkat kenabian itu bila menghendakinya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian dalam waktu Allah menghendakinya. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya. Kemudian akan datang kerajaan yang menggigit dalam waktu yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya dan diganti dengan kerajaan yang memaksakan kehendaknya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian. Lalu Nabi saw diam”. (HR Ahmad)

فيه نظر، وقد نقل العقيلي في الضعفاء(323- ج2/ص66)، وابن عدي في الكامل(525)، كلام الإمام البخاري وقال ابن عدي(525): ولحبيب بن سالم هذه الأحاديث التي أمليتها، قد خولف في أسانيدها، وليس في متون أحاديثه حديثٌ منكر، بل قد اضطرب في أسانيد ما يروى عنه.

Status hadith: hasan di sisi mutaakhirin , antaranya al-Albani dan syaikh Syuaib, dha’if di sisi Mutaqaddimun dengan kalimah dalam sanadnya kena berhati-hati pada perawi habib bin salim menurut al-Bukhari, ibn adiy dan al-Uqaili.

Fiqh hadith: Sistem khalifah tidak lagi muncul kerana kalau anda cermati dalam matannya, dinyatakan oleh Nabi saw ada 5 fasa kepimpinan: nubuwwah, khulafa arrasyidin, dinasti, dan kezaliman dan fasa ke lima, ia muncul kembali. Kata Ibn Rajab, jami’ al Uloom, fasa kelima itu sudha berlalu, yakni zaman Umar Abdul Aziz ra (جامع العلوم والحكم (ج 28 / ص 18

 

Q16. Adakah memang wujud/perlu majlis syura, dan kita lihat di Malaysia, PAS pernah mengadakan dasar pandang ke IRAN secara tidak rasmi, lantas memperkenalkan kepimpinan `ulama’ walaupun kita tahu Syi`ah tersesat

a. Syura mmg ada dalam syariat kita, dalil:

Ibnu al-Arabi al-Maliki mendefinisikannya dengan berkumpul untuk meminta pendapat (dalam suatu permasalahan) dimana peserta syura saling mengeluarkan pendapat yang dimiliki [Ahkam al-Quran 1/297].

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

b. Isu Kepimpinan Ulama dalam PAS.

Adakah konsep kepimpinan Ulama’? Jawabnya ya dalam agama dan tidak dalam leadership atau kepimpinan Negara.

Dalil:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri di antara kalangan kamu.” (An Nisa: 59)

Ulama berselisih akan siapa ulil amri dikalangan kamu. Ada tiga pendapat, ulil amri adalah pemerintah Negara, ini pendapat majority termasuk Imam Syafi’iy, Kedua: ia adalah ulama, ia pendapat Mujahid dan Hasan al-Basri. Manakala pendapat ketiga ialah ulil amri adalah keduanya umara’ + ulama (pemerintah dan ulama) ini pendapat Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim( Ibn Hajar, Fathul Bari, Jld 9). Pendapat Ibn Qayyim ini dipakai oleh Muhammad Abdul Wahab dan dilaksanakan di Saudi Arabia. Ia juga pendapat syaikh Rashid Ridha dalam tafsir al-Manar.

Maka kepimpinan Ulama’ ni memang ada asas bukan syiah sahaja. Syiah mengamalkan konsep wilayatu faqeeh, bermaksud kepimpinan ulamak yang melampaui batas, yakni ulamak yang divine atau ada unsur kesaktian, maksum dan masih menerima wahyu dari Allah SWT. Maka PAS tidak amalkan konsep tersebut melainkan mereka amal pendapat Mujahid dan Hasan Basri. WA

 

Q17. Salahkah menjatuhkan kerajaan/pemerintah sedia ada melalui peti undi?

Tidak, sebab itulah tujuan demokrasi, pergiliran kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah. Apakah Malaysia dapat menyaksikan proses pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat disaksikan, namun di Negara seperti Indonesia, ia sudah mula berlaku. Yang salah ialah menjatuhkan dengan revolusi dan keganasan.

 

Q18. Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem pemerintahan khilafah?

HT atau Hizh Tahrir atau Parti Pembebasan yang diasaskan di Palestine oleh syaikh Taqiyudin anNabhani (w.1977), alumni al-Azhar, di Jurusalem pada tahun 1953. Visi utama HT berbeda dari yang lain ialah Khalifah adalah fardhu ain dan siapa yg tidak menegakkan adalah kafir. Dalil mereka:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ الله فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (44) [المائدة : 44]

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS Al Maidah : 44)

Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij supaya ditegakkan syariat atau hudud, cuma HT menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.

Kesalahan HT:

  1. Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 4:44, ia satu kesalahan, ayat itu ditujukan khusus kepada Yahudi dan bukan mendirikan khalifah
  2. Bagaimana cara melantik khalifah sekarang? Kerana Nabi tidak menunjukkan jalan utk berbuat demikian. Ini kerana Nabi wafat dalam keadaan tidak ada sebarang wasiat utk jawatan khalifah, jawatan pun Nabi tak sebut apa titlenya.
  3. Tidak wujud system pemerintahan ala khalifah. Yang disyariatkan ialah system Syura bukan khalifah. System syura maksudnya urusan Negara diputuskan oleh gabungan amir dan senat atau majlis syura.
  4. Mereka menggunakan hadith Ahmad, akhir zaman akan wujud khilafah atas minhaj kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang sahih menurut ibn Rajab, fasa kelima minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman khilafah Umar bin abd Aziz.

 

Q19. Apakah sistem pemerintahan yang paling ideal menurut Q&S?

Tidak ada, yang ideal ialah system pemerintahan yang menggunakan system syura

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. [Asy Syura : 36-39].

Nabi tidak menunjukkan petunjuk siapa pengganti dan Nabi tidak ajar cara melantik successor atau pengganti baginda, ini menunjukkan tiada sistem politik yang ideal dalam Islam.

  1. Abu Bakar ra dipilih melalui syura antara Muhajirin dan Ansar, dua kaum utama Negara islam
  2. Umar ra di pilih melalui lantikan terus oleh pemimpin yg masih memerintah, system putra mahkota
  3. Uthman ra dipilih dari satu panel calon presiden
  4. Ali ra diberi bai’ah oleh penduduk Madinah mewakili seluruh empayar atau commonwealth.
  5. Amir Muawiyah ra menggunapakai sistem Kabilah sebagai parti yang memerintah, pemimpin mesti dari kabilah. Ini diamalkan di Saudi Arabia, pemimpin dari Kabilah al-Saud.

 

Q20. Adakah Islam sebagai agama wahyu memiliki dasar-dasar politik dan pembentukan entiti politik sebagai sebahagian daripada teras ajarannya?

Politik ada dalam Islam, di bawah Muamalat atau fiqh Interaksi dan memiliki dasar-dasar yg jelas:

  1. Amanah
  2. Keadilan
  3. Fiqh Taat
  4. Fiqh Nasihat
  5. Fiqh Syura

Ref: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama` al-Muslim Allazi Nansyuduhu, cet. pertama, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1993).

Dr Salem el-Awaa, naib YDP Majlis Ulama sedunia, Fi Nizam al-siyasi, liDawlah al-Islamiah (في النظام السياسي للدولة الإسلامية، الطبعة الأول)

 

Q21. Islam agama rahmat bagi seluruh alam. Bagaimana keadaan mereka yang belum memeluk Islam mendapat tempat di negara Islam? Adakah mereka diberi hak yang sama seperti mereka yang beragama Islam?

Ini isu yg khilaf, majoriti ahli fiqh menetapkan warga negara bukan Islam mendapat hak yang sama dengan muslim cuma dalam isu jawatan penting seperti Ketua kerajaan dan timbalannya. Antaranya Maudodi, Dr abdul Karim Zaidan dan Dr Qardhawi. Apa yang diamalkan di Malaysia adalah menepati pendapat tersebut dan non-muslim memang memegang jawatan menteri cabinet dan wakil rakyat.

19-2 Dalil ayat yang menjadi punca khilaf:

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik AQ 24:55

Maka jika kekuasaan di tangan Islam maka hendaklah digubal dasar dan system yg menepati kehendak agama, bahawa kepimpinan hendaklah di tangan orang Islam.

 

Q22. Boleh jelaskan tentang konsep bertahaluf secara jelas?

Khilaf di kalangan ulamak politik: Haram menurut prof Muhammad Qutb dan harus menurut Prof Qardhawi dan Dr Munir Ghadban.

1) Tahalluf siasi bermaksud ‘kerjasama politik’ di mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain utk membina sebuah kerajaan. Idea tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: ” Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati.” Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya di Egypt.

2) Perkongsian kuasa ialah perkongsian dalam memerintah sesebuah negara jika parti yang memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3 majoriti) dalam sistem demokrasi.

3) Tahalluf siasi yang dibenarkan syara’ ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syara’, contohnya akidah dan perundangan (hudud). Dalilnya: Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

4) Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang ialah apa yang diamalkan oleh BN di mana UMNO bergabung dgn parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen. Manakala tahaluf siasi dilakukan oleh PAS dengan menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif untuk mendapatkan kuasa politik.

Ruj:

  1. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
  2. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
  3. syarh Risalah Ta’alim oleh Sa’iid Hawa
  4. Fiqh Seerah oleh syaikh Muhammad al-Ghazali
  5. Fiqh Seerah oleh TG Hj Abd Hadi Awang
  6. Qaul qadim di AFN

 

Q23. Boleh bagi contoh politik kerajaan manakah yang menghampiri manhaj politik menurut Q&S setelah kewafatan baginda ﷺ?

30 tahun pertama, zaman Abu bakr, Umar, Uthman dan Ali semuanya ra. Selepas tu zaman ummayah, khususnya era Umar abdul Aziz. Selepas itu era Abbasiah kecuali era Muktazilah. Selepas itu era Othmaniah. Sekarang kerajaan Saudi kerana menjaga tawhid dan hudud kekal di arabia

 

Q24. Apakah keutamaan dalam Q&S apabila sebuah parti Islam & pakatan mesra Islam membentuk kerajaan?

Syarat2 tahalluf:

Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merealisasikan tujuan yang di maksudkan, mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Dasar dari sunnah:

  1. Nabi bersama abu Thalib
  2. Nabi bekerjasama dgn King Negus Ethiopia
  3. Kerjasama dengan beberapa kabilah utk mengukuhkan negara madinah dari serangan Quraish, antaranya Kabilah bani Bakar

 

Q25. Adakah demokrasi yang diamalkan kini sesuai dengan Islam?

Hukum demokrasi. Ada tiga system je di dunia sekarang:

1. Monarki. Sistem satu pemerintah yg tertua dan bersifat absolute, baik system diktator, Raja atau emir. Kuasa milik mutlak satu orang atau sesebuah keluarga.

2. Demokrasi, ini paling popular sudah wujud sejak abad ke 5 SM. Slogannya, dari rakyat kepada rakyat, rakyat pilih penguasa dan perwakilan rakyat dan mereka memperhambakan diri kepada rakyat.

3. Islam adalah antara keduanya: tidak monarki dan tidak demokrasi, pemimpin di beri bai’ah oleh rakyat. Namun sistem politik islam ni tidak berkembang kerana selepas 30 tahun, umat islam menyaksikan sistem politik kembali kepada Monarki. Setelah begitu lama dalam monarki, demokrasi mula mendapat tempat dalam negara OIC.

Sikap ulama terhadap demokrasi ada tiga:

  1. Haram mutlak, seperti Saudi Arabia dan kebanyakan salafiyah dan Maulana Maudoodi
  2. Harus bersyarat seperti Qardhawi, salil el awa
  3. Harus secara mutlak, islam Liberal

Maka demokrasi yang diamalkan di Malaysia masih belum disahkan oleh fuqaha’ demokrasi bersyarat atau demokrasi yg mutlak. Belum ada kajian rasmi setakat ini.

 

Q26. Pada pendapat tuan, adakah menggugurkan prinsip Islam tertentu boleh diterima sebagai satu ‘strategi’ untuk mencapai kemenangan?

Kena perincikan maksud “prinsip” tersebut

 

Q27. Jika kita sorot kembali kepada sirah Nabawiyyah, Rasulullah ﷺ sering mengajak manusia kepada penyembahan Tuhan yang satu. Juga Rasulullah ﷺ sering memberi harapan kepada umat manusia agar sentiasa kembali kepada Allah. Soalannya: Dalam Q&S apakah yang lebih aula: Sentiasa mengajak & mempamerkan keindahan Islam dengan sistem kebajikan, ATAU keutamaan diberikan kepada hukuman?

Materi dakwah Rasulullah saw variasinya mengikut suasana dan siapa yg baginda seru, tapi sentiasa dalam tiga tema:

  • Akidah
  • Syariat
  • Akhlak

dalam surat An-Nahl ayat 125. Artinya :

” Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik, sesengguhnya Tuhanmu Dialah yang maha tahu tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya,

Dr Abdul Kareem Zaidan, Usyul dakwah, Pustaka salam

 

Komen dan Soalan