Utama Blog Halaman 331

Fiqh Wanita 5

0

Soalan 1
Apakah hukum menghadiri majlis yang ada menghidangkan minuman keras tapi tak minum cuma non-muslim saja yang minum?
Jawapan 1 Thtl
Majlis yang ada minuman keras.
Dalil:
Daripada Jabir ra,
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia duduk disuatu hidangan yang ada dihidangkan arak”(HR An-Nasaai,At-Tirmidzi,Ad-Daarimy dan lainnya.Dihukumkan sohih oleh Albany(Al-Irwaa:6/7 no.1949)
Maka sebolehnya dielakkan.

Soalan 2
Apakah amalan Rasulullah SAW bila bangun tidur,minum air terus atau berkumur dulu?
Ada ustaz bagi tahu yang air dalam mulut tu consider najis(air liur basi) dan mesti di basuh dulu sebelum minum air.
Jawapan 2 Thtl
Amalan sunnah sebaik saja bangun tidur
i)Usap wajah dan tangan
ii)Baca doa atau zikir bangun tidur,ada dalam Hisnul Muslim/al-Azkar
iii)Bersiwak atau berus gigi
iv)Istintsar,masukkan air dalam hidung dan keluarkan.
v)Cuci tangan
(Ref :1000 sunnah,Khaled al-Hasany)

Soalan 3
Sepupu saya ada tatoo di paha.Dibuat semasa belajar di England.Boleh kah dia menunaikan haji,jika tatoo masih ada dipahanya.?
Bagaimana seorang muslim yang pernah membuat tatoo ditubuhnya setelah dia insaf,adakah perlu dibuang tatoo tersebut atau biarkan saja?.Sebab membuang tatoo adalah sangat sakit
Jawapan 3 Thtl
Seputar hukum tatoo.
Tatoo=Perbuatan melukis di badan dengan dengan dakwat kekal.Ia haram menurut ijmak dengan dalil laknat,laknat adalah petanda ia adalah kabair atau dosa besar.
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya,melakukan tatoo di wajahnya(mutawashimmah),menghilangkan rambut dari wajahnya,menyambung giginya,demi kecantikkan mereka telah merubah ciptaan Allah.
Jika sudah terlanjur bertatoo kerana kejahilan kemudian insaf:Adapun bagi yang terlanjur bertatoo,ia wajib menghilangkan bekas tatoonya jika tidak memudharatkan (membahayakannya)(lihat fatwa Ibnu Baz:6/531)
Apabila sulit dihilangkan dan sangat menyakitkan serta ia tidak mampu menahan beratnya rasa sakit ketika tatoo cuba dihilangkan,maka cukup bertaubat dan tidak harus menghilangkan karena ini termasuk uzur(lihat al-Muntaqo min fatawa al-Fauzan,Dr Sholih al-Fauzan:75/4)WA

Soalan 4
Bagaimana cara pengurusan uri yang baik mengikut islam?dari sejurus lahir hingga nak menanamnya,ada cara yang spesifik ke?kerana uri dianggap taboo dan dikatakan memangggil hantu syaitan mengikut adat.
Jawapan 4 Thtl
Seputar melupuskan uri.
Uri atau placenta adalah rumah bayi dalam perut ibu dan bertujuan menyalurkan nutrien dan membuang toksin dan waste dari bayi selama 9 bulan dalam kandungan.Ia kelauar bersama bayi dan dianggap organ yang telah mati dan tamat peranannya sebaik saja tali pusat dipotong.
Hukum fiqh keatas tak ada,maka ia dianggap waste atau bahan buangan dan tidak ada petunjuk dari AQ mahupun sunnah mengenai apa yang perlu dilakukan melainkan dilupus dengan selamat dengan dua cara:
i)menuntut dari hospital dan menanamnya tanpa ada ritual tertentu,jika ada,ia adalah khurafat dan bid’ah.
ii)menyerahkan kepada hospital sebagai medical waste(sisa buangan hospital)dan biasanya kontraktor medical waste akan melakukan pembakaran atau incernation.WA

Soalan 5
Sebelum ini thtl ada jawab vaccine di Arab Saudi memang wajib macam di Malaysia jakim tetapkan vaccine tu harus dan tiada pengesahan halal untuk semua jenis vaccine,di Saudi macamana status halal vaccine ada tak?Boleh tak kita menolak untuk vaccinekan anak sebab meragui kandungan vaccine itu?
Jawapan 5 Thtl
Status vaccine ,halal atau haram.
Di Arab Saudi tidak diselidiki status halal vaccine sebab mahzab Hanbali tidak strict dalam urusan perubatan.Kemudian mahzab ini menerima ubat-ubatan dari negara Eropah dan USA sebagai negara ahli kitab.
Maka hukum halal.
“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik.Makanan (sembelihan)orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.(Dan dihalalkan mengahwini)wanita-wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita -wanita yang menjaga kehormatan dia antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu.”(QS.Al-Maidah:5)
Jika makanan dan kahwin pun halal,maka apatah lagi vaccine mereka.

Soalan 6
Adakah wuduk terbatal sekiranya kita menukar pampers anak kita?
Jawapan 6 Thtl
Menukar lampin bayi membatalkan wuduk?
Tidak,membatalkan wuduk ialah berhadath,bukannya menyentuh najis.
Dalam fatwa lajnah Daimah dan Ifta Arab Saudi,dinyatakan.
“Wuduk tidak batal disebabkan mencuci najis,baik yang berada dibadan orang yang wuduk maupun orang lain.”(Majalah Buhuts Islamiyah,jld 22,ms.62)

Soalan 7
Sekiranya kuku jari panjang sikit,apakah kita perlu memastikan wuduk sampai kecelah kuku itu?
Jawapan 7 Thtl
Wuduk dengan kuku jari panjang.
Seandainya dikuku ada kotoran yang menghalang masuknya air atau terdapat cincin yang menutupi,maka wuduknya tidak sah.”(Al-Fiqhu Al-Manhaji hal :55)
Kalau tak ada kotoran,maka tak ada masalah kerana air akan memasukinya sebab sunat fitrah ialah sentiasa pastikan kuku sentiasa dipotong.

Soalan 8
Tukar pampers bayi tidak batal wuduk?kalau tangan tersentuh najis bayi,tak batal wuduk?kalau terkena najis batal wuduk kan?lagi satu kalau dah ada wuduk,tapi nak pakaikan pampers anak,tangan terkena kemaluan dia adakah batal wuduk?
Jawapan 8 Thtl
Sentuh najis tidak batal wuduk.
Ya sentuh najis tidak batal wuduk cuma basuh tangan dengan dettol atau sabun,maka wuduk masih kekal,kerana apa yang membatalkan wuduk ialah najis yang keluar dari badan dan bukan menyentuhnya.
Kita berhadath jika keluar najis bukan sentuh najis.

Soalan 9
Seorang wanita mengalami alahan dan salah satunya tidak boleh telan air sendiri.disebabkn itu kadang-kadang semasa tidur air liur meleleh sampai terkena baju.persoalan adakah air liur itu termasuk dalam kategori najis dan adakah sah dibawa solat bj yg terkena air liur itu?

Jawapan 9 Thtl
Hukum air liur
Ia masalah khilaf:
1. pendapat mazhab Imam Laits, ia tidak najis secara mutlak, juga pendapat hanbali saudi
اللعاب الذي يخرج من النائم أثناء نومه طاهر وليس بنجس
Fatwa Dr Saleh al-Fawzan, air liur yang keluar dari orang yang tidak tidak najis, ia bersih.
2. pendapat al-Muzani dari mazhab syafi’iy, ia najis secara mutlak
3, pendapat pertengahan, ia dilihat kepada sifat air liur tersebut, apakah ada warna, bau yang kuat dan apakah tidurnya lama.
Pendapat Imam Nawawi (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab, Juz : 2 Hal : 551-552 ), ia tidak najis dan ia termasuk Umum al-Balwa (kesulitan yang sulit dihindari manusia).
Maka dalam kes wanita yang ada alahan dan air liur sentiasa keluar, maka dihukumkan tidak najis berpandukan mazhab hanbali dan tarjih Imam Nawawi.

Soalan 10
Isu pemakaian inai dibuat dari kapur dan bahan pewarnanya sejenis pewarna makanan…apakah hukumnya ya
Jawapan 10 Thtl
inai dari kapur dan pewarna makanan
Inai terbaik ni dari extract pokok henna, biasanya dari saudi arabia (Rani brand), juga India dan pakistan.
jika ada yang nak pakai inai tiruan, tak ada masalah. itu pilihan pengguna.

Soalan 11
Bagaimana kaedah terbaik utk bersihkan najis mutawasitah di atas tilam yang tebal dan berat?
Jawapan 11 Thtl
cara bersihkan najis mutawasitah pada tilam yang tebal dan berat
1. guna wet/dry vaccum cleaner, ini terbaik
2. hilangkan ain najis dan curah air dan guna hair dryer
3. hilangkan najis, dan letak table fan dan on utk satu atau dua hari

Soalan 12
Adakah pemakaian sebarang jenis celak mata dikira mengikut sunnah atau hanya jenis material celak yang tertentu yang ada dimaklumkan dlm hadith sahaja yang dikira ikut sunnah? Terima kasih
Jawapan 12 Thtl
jenis celak terbaik
خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.
“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”HR Abu Daud, 3878 dari Ibn Abbas
jika ada yang lain, pastikan ia safe dan tak ada side effect kpd mata

Soalan 13
Adakah memakai kain basahan ketika mandi merupakan sunnah. Mohon sertakan dalil
Jawapan 13 Thtl
mandi pakai kain basahan
Imam Bukhari ada bab dalam sahihnya berjodol: Bab Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik. dalam bab ni imam Bukhari bawa hadith Nabi Musa mandi bogel dan Nabi Ayyub pun mandi bogel keduanya dalam keadaan sendirian. kesimpulan Ibn Hajar, boleh, pakai kain basahan tu adalah lebih baik sebagai Adab dengan Allah. WA

Soalan 14
Adakah menutup kepala ketika masuk tandas merupakan sunnah. Mohon sertakan dalil
Jawapan 14 Thtl
Pakai tutup kepala masuk tandas
Tidak ada hadith sahih dalam bab ni
Nota:
Zaman salaf, kalau mereka buang air bukan dalam toilet, mereka akan tutup kepala..ini dilakukan ketika mereka ekspedisi untuk dakwah atau perang…tujuan: supaya tak dikenali, kalau kita buang air kat tempat open, memang kena tutup kepala…ia diamalkan oleh penduduk tepi pantai kelantan dan terengganu zaman dulu, kalau mereka melepas kat tepi pantai, mereka akan tutup kepala…supaya tak dikacau orang…Salaf juga bawa tombak kecil ketika buang air, supaya mudah nak gali lubang.. kemungkinan dari situlah, maka orang berpendapat sunnahnya tutup kepala…
Zaman sekarang, kata DYQ, dinamakan modern toilet, yang digabungkan dengan bilik mandi, sinki atau bath tub. orang pakai tutup kepala jika mereka nak shower yang tak membasahkan rambut, mereka pakai penutup kepala dari plastik, kat hotel memasang standard item yang dibekalkan dalam bilik air…maka dengan adanya sistem toilet moden hari ini, maka umat Islam tak payah nak tutup kepala atau membawa tiga ketul batu atau membawa tombak semasa buang air.

Soalan 15
adakah hadith tentang perempuan yang di dalam haid, diboleh kan memotong kuku, cukur bulu ketiak,kaki dan ari-ari? Mohon pencerahan tuan thtl?
Jawapan 15
Hukum potong kuku dan rambut dan bulu ketika haid
Tak ada larangan, tak hadits dalam hal ni, maka kembali kepada hukum asal, Harus

01.05.07 #050315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0
 
Nota 01.05.07 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
AL-MUTAABI’ (المتابع) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud: Yang mengikuti, atau yang menepati. 
 
Secara teknikal, ia merujuk kepada sanad lain yang bertemu dengan sanad hadits yang sedang dikaji/dibaca, dari periwayatan sahabat yang sama. 
 
Dan AL-MUTAABI’ (المتابع) atau juga boleh disebutkan sebagai AL-MUTABA’AH (المتابعة), ada dua bentuk: 
 
1) AL-MUTABA’AH AT-TAAMMAH (المتابعة التامة) 
 
Satu hadits secara lafaz atau makna, dari sahabat yang sama, tapi turut diriwayatkan melalui dari satu atau lebih sanad yang lain yang bertemu pada guru mereka secara langsung, yakni pada awal sanad. 
 
Contohnya: 
 
Syu’bah meriwayatkan dari Qatadah, dari Salim, dari Ma’dan, dari Abu Darda’, dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam yang menceritakan tentang surah Al-Ikhlas sebagai 1/3 Al-Quran. 
 
Hadits yang sama secara lafaz atau makna, turut diriwayatkan oleh Sa’id dan juga Abbaan, di mana mereka masing-masing juga mengambil hadits ini dari Qatadah. 
 
Oleh itu, jalur sanad Sa’id dan Abbaan adalah Mutaba’ah bagi Syu’bah, di mana sanad periwayatan mereka bertemu terus pada peringkat guru mereka iaitu Qatadah. 
 
2) AL-MUTABA’AH AL-QASIRAH (المتابعة القاصرة) 
 
Satu hadits secara lafaz atau makna, dari sahabat yang sama, tapi turut diriwayatkan melalui satu atau lebih sanad yang lain di mana sanad-sanad tersebut bertemu di pertengahan sanad, pada guru di atas daripada guru mereka. 
 
Contohnya: 
 
Malik meriwayatkan dari Shalih, dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah, dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menyebut: “Solat difardhukan dua rakaat, dua rakaat..”. 
 
Dan hadits yang sama diriwayatkan oleh Muslim, dari ‘Ali, dari Sufyan, dari Ibn Syihab, dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah, dari Nabi SAW. 
 
Maka Sufyan dan Malik adalah Mutaba’ah dan jalur periwayatan mereka bertemu pada ‘Urwah di tengah-tengah sanad. 
 
ASY-SYAHID (الشاهد) 
 
Hadits yang sama secara lafaz atau makna, dan terdapat sanad atau sanad-sanad yang lain diriwayatkan oleh seorang atau ramai sahabat-sahabat Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam yang lain. (Keyword: Sahabat)
 
Contohnya hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan: “Sesiapa mendengar seseorang mengumumkan barang yang hilang di dalam masjid, maka katakanlah: Semoga Allah tak mengembalikannya kepadamu. Sungguh masjid tidak dihina untuk ini.” 
 
Hadits di atas diriwayatkan oleh sahabat Abu Hurayrah dan juga Buraidah. Oleh itu, mereka masing-masing adalah Syaahid bagi yang lain. Jika ada ramai sahabat lain meriwayatkan, ianya disebut Syawaahid (الشواهد), kata ganda bagi Syaahid. 
 
Tujuan Mutaaba’ah dan Syawahid ini secara umumnya bertujuan untuk membuat kajian perbandingan di antara sanad-sanad atau untuk menambah nilai pada sanad hadits yang sedang dikaji. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.
 
#BroSyariefShares 

01.05.06 #040315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0
 
Susunan: BroSyarief
 
Beberapa istilah berkaitan dengan sanad: 
 
AL-ISNAD (الإسناد) 
 
Secara bahasa ia berasal dari kata akar yang sama dengan Al-Sanad, cuma di atas wazan yang sedikit berbeza menyebabkan maknanya juga sedikit berubah, yakni menyandarkan sesuatu kepada sesuatu. 
 
Adapun secara teknikal ia secara umumnya merujuk kepada makna yang sama dengan Al-Sanad. 
 
AL-TARIQ (الطريق) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud jalan atau laluan. 
 
Secara teknikal, ia juga bermaksud sanad. Seperti kata sebahagian ulama hadits:
 
هَذَا مِنْ طَرِيق الثَّوْرِي
 
“Ini dari jalan (yakni: sanad) ats-Tsauri”
 
AL-WAJH (الوجه) 
 
Secara bahasa ia bermaksud muka, tempat berkumpulnya anggota-anggota deria yang utama. 
 
Secara teknikal, ia juga bermaksud sanad. Dan istilah ini paling banyak digunakan oleh Imam at-Tirmizi, seperti katanya: 
 
هَذَا الْحَدِيث لَا نَعْرِفُه إِلاَّ مِنْ هَذَا الوَجْه 
 
“Hadits ini kami tak mengetahuinya kecuali dari wajah (yakni: sanad) ini” 
 
AL-I’TIBAR (الإعتبار) 
 
Secara bahasa ia bermaksud pembuktian sesuatu dengan membandingkan kepada sesuatu. 
 
Secara teknikal, ia merujuk kepada proses atau usaha mengkaji satu sanad hadits sama ada terdapat sanad lain yang bertemu pada sanad tersebut ataupun tidak. 
 
2 jenis perbandingan sanad ini ialah: 
1) AL-MUTAABI’ (المتابع) 
2) ASY-SYAAHID (الشاهد)
Ini akan dibincangkan dalam nota seterusnya. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
 
#BroSyariefShares

#040315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

 

100 Sunnah – 1 sunnah – 1 hari

0

14/100  –  Siwak

لولا أن أشق على أمتي لأمر تهم بالسواك عند كل صلاةٍ

“Jika bukan kerana khuatirku akan memberatkan umatku, pastilah kuperintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap solat.”

Sehari semalam seorang muslim dapat melakukan sunnah siwak tidak kurang 20 kali; bersiwak setiap kali mengerjakan solat dan masuk rumah. Perkara pertama yang Rasulullah saw lakukan bila masuk ke dalam rumah adalah siwak.

“Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan mengundang keredaan Rabb.”

HR Ahmad.

SYIRIK – Bhg 1 – siri 1

0

HADITH

 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ: 1{الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ} شَقَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالُوا أَيُّنَا لَمْ يَلْبِسْ إِيمَانَهُ بِظُلْمٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّهُ لَيْسَ بِذَاكَ، أَلاَ تَسْمَعُونَ إِلَى قَوْلِ لُقْمَانَ:2 {إِنَّ 3الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ})).

Daripada Abdullah radiyalLahu’anh: katanya: Tatkala turunnya ayat ini: “Orang-orang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman,” para sahabat Nabi sallahuLahu’alayhi wa sallam – ketika itu merasa tidak senang hati.  Kata mereka: “Siapa di antara kita yang tidak bercampur keimanan mereka dengan kezaliman?” Rasulullah sallalLahu alayihi wa sallam – lalu bersabda: Sebenarnya ia bukan begitu.  Apakah kamu tidak pernah mendengar ucapan Luqman: “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sungguh dahsyat.”

MAKNA KALIMAH

Syirik itu ialah mengadakan sekutu bagi Allah Taala – pada rububiyyah dan uluhiyyahNya.  Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu syirik akbar, syirik asghar  dan syirik khafiySyirik akbar ialah syirik yang membawa pelakunya itu terkeluar daripada millah.  Ia terbahagi kepada 4 jenis:

  1. Syirik taat
  2. Syirik mahabbah
  3. Syirik niat
  4. Syirik dakwah

ULASAN HADITH

Allah Jallawa Ala memerintahkan setiap manusia supaya sentiasa mentawhidkanNya dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah hakikat ibadat,iaitu mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan  laranganNya kerana cintakan Allah, mengharapkan balasan syurgaNya dan takutkan seksaanNya.

Justeru itu Dia menurunkan al-Qur’an sebagai panduan hidup:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yag menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (2:185) 

Dan mengutus Rasul sallallahualayhi wa sallam sebagai model teladan:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (33:21)

Keseluruhan ajaran al-Quran menyeru manusia mentawhidkan Allah supaya dapat membebaskan diri daripada zulumat kepada nur:

Alif, Laam, Raa’.  Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. (14:1)

iaitu membebaskan diri daripada zulumat syirik kepada nur tawhid, daripada zulumat bidaah kepada nur Sunnah, daripada zulumat nifaq kepada nur iman, daripada zulumat maksiat kepada nur taqwa.   Demikian juga kesemua Rasul mengajak kaumnya mentawhidkan Allah  supaya menjadi hamba yang tunduk patuh mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi taghut:

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):”Hendaklah kami menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk dan ada pula yang ditimpa kesesatan.  Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-RasulNya. (16:36).  

Oleh itu setiap Muslim hendaklah menerima Allah itu sebagai:

1.  Rabb:  Patutkah seseorang itu mengambil selain daripada Allah sebagai Rabb? Padahal Dialah Rabbal-alamin:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(1:2)

Tuhan yang mencipta dan memerintah petala langit dan bumi serta apa yang ada di  antara  kedua-duanya:

Nabi Musa menjawab: “Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, – kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalan”.(26:24)

Keimanan seseorang itu kepada rububiyyah Allah menuntut iktiqad kepada kesemua afalulLah yang menyediakan segala-galanya demi menjamin kemaslahatan seluruh makhlukNya dalam suatu sistem yang teratur rapi.  Justeru kalimah Rabb itu sendiri adalah bentuk masdar yang bermaksud “mengembangkan sesuatu dari satu keadaan kepada keadaan yang lain sehingga ia menjadi sempurna.”

2.  Ilah:  Patutkah seseorang itu mengambil selain daripada Allah sebagai Ilah:

Nabi Musa berkata lagi:”Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?” (7:140)

Makna Ilah itu ialah ma’bud.  Keimanan seseorang itu kepada uluhiyyah Allah menuntut kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, iaitu penyerahan solatnya, ibadatnya, hidupnya dan matinya hanya kepada Allah:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya). (6:162-163)

3.  Hakim: Patutkah seseorang itu mengambil selain daripada Allah sebagai hakim? Padahal Allah telah menurunkan al-Quran yang memberikan bimbingan yang terperinci bagaimana mengatur kehidupan dunia ini supaya menjadi ibadah dan beroleh pahala di sisiNya:

(Katakanlah wahai Muhammad): “Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?” Dan orang-orang yang kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu. (6:114).

Hukum itu adalah kepunyaan Allah:

Katakanlah: “Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya.  Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa): hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan”. (6:57)

Tidak patut bagi seorang lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman mempunyai pilihan lain selain ketetapan Allah dan RasulNya:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.(33:26)

Apakah hukum jahiliyah itu lebih baik daripada hukum Allah?:

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah. (5:50)

Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah,maka ia tergolong sebagai seorang yang kafir:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (denganya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka di amanahkan memelihara dan menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).  Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (5:44)

zalim:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa di balas dengan jiwa, dan mata di balas dengan mata, dan hidung di balas dengan hidung, dan telinga di balas dengan telinga, dan gigi di balas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah di balas (seimbang).  Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkn Allah, maka mereka itulah orang-orang zalim.(5:45)

dan fasiq:

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah orang-orang yang fasik.(5:47)

4.   Waliy: Patutkah seseorang itu mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung?:

Katakanlah (wahai Muhammad):”Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu.” (6:14) 

padahal Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman:

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (2:157)

Apakah mereka hendak mencari ‘izzah selain Allah:

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman.  Tidaklah patut mereka (orang-orang menafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (4:139)

Golongan yang beriman hendaklah menyerahkan wala’nya kepada Allah dan berlepas diri daripada syirik dan para pendokongnya. Kalimah wala’ itu berpaksi kepada dua makna, iaitu hubb dan nusrah – perasaan cinta dan kasih sayang serta kesediaan berbakti dan berkorban.

________________

1Surah al-An’am 6:82

2Surah Luqman 31:13

3Sahih al-Bukhary [6918]

[Pengarang Rencana”SYIRIK” – Ustaz Baharuddin Ayudin, Semat Qur’an]

 

01.05.05 #030315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0
preview
Nota 01.05.05 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
AL-SANAD AL-‘ALIY (السند العالي)
 
Al-‘Aliy secara bahasa bermaksud tinggi. 
 
Secara teknikal, ia bermaksud sanad yang SEDIKIT jumlah periwayatnya berbanding sanad-sanad yang lain bagi hadits yang sama. 
 
Ingat! Sesuatu hadits tak semestinya mempunyai hanya satu sanad. Boleh jadi ia mempunyai lebih dari satu sanad dan direkodkan di dalam kitab-kitab hadits yang berbeza. 
 
AL-SANAD AL-SAAFIL atau AN-NAAZIL (السند السافل او النازل)
 
Saafil dari sudut bahasa bermaksud rendah. 
 
Secara teknikal, ia bermaksud sanad yang RAMAI jumlah periwayatnya berbanding sanad-sanad yang lain bagi hadits yang sama. 
 
~~~
 
Kelebihan Al-Sanad Al-‘Aliy berbanding Al-Sanad Al-Saafil, ianya lebih berkualiti kerana sedikitnya jumlah periwayat menunjukkan sanadnya pendek, dan kebarangkalian untuk kesilapan berlaku lebih sedikit. 
 
Selain itu, sanad yang paling pendek dan juga yang paling sahih dipanggil Sanad Emas atau Silsilah Zahabiyyah, dan ianya berbeza mengikut seseorang imam dalam bidang hadits. 
 
Menurut Imam Ahmad rahimahullah sanad emas itu adalah riwayat dari Az-Zuhri dari Salim dari bapanya.Sedangkan sanad emas menurut Imam al-Bukhari rahimahullah adalah sanad Malik dari Nafi’ dari Ibnu Umar.

walLaahu a’lam 

 
Ruj: Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

Perbuatan Menyapu Muka Selepas Solat

0

Menyapu muka selepas salam adalah perbuatan BID’AH kerana dilakukan tanpa ada sandaran. Kemungkinan orang melayu melakukan dengan tekun kerana:

1. mereka anggap ianya sunnah yg sahih

2. mereka diberi hadith dan tidak diterangkan bahawa semua hadith itu amat dhaif yang tidak boleh diamalkan

3. mereka tahu hadith lemah tapi hadith lemah yang boleh diamalkan

4. taksub mazhab dan guru yang mengajar mereka

Nusantara mengamalkannya kerana ada dalam kitab utama pondok seperti Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, yang menyebut dalam kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18.

Pendapat yang sahih adalah sapu muka selepas salam dan doa tidak tsabit.

Hadith-hadith meraup muka selepas salam:

إذا صلى مسح بيده اليمنى على رأسه و يقول: بسم الله الذي لا إله غيره الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم و الحزن 

Ertinya : “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian Baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan”  (HR Imam at-Thabrani rh).  Albani, silsilah addhaifah 660, perawi dhaif Katsir bin Salim.

Anas Bin Malik r.a , katanya: 

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن 

Ertinya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya, kemudian berdoa: Aku naik saksi bahawa tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan” Ibnus Sunni rh di dalam “al-Yaum Wal Lailah” (nombor: 110) perawi dhaif salam al-Mada.

Dari Anas Bin Malik r.a, katanya: 

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول: بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم، اللهم بحمدك انصرفت، و بذنبي اعترفت، أعوذ بك من شر ما اقترفت، و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا، و من عذاب الآخرة 

Ertinya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa: Dengan Nama Allah Yang Tiadalah Tuhan melainkan Allah melainkan Dia Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan nyata, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kegusaran, kedukaan dan kesedihan. Ya Allah Ya Tuhanku, dengan memuji-Mu aku beredar, dengan dosaku aku mengakui. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah ku lakukan. Dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada beban bala dunia dan azab akhirat” (HR Imam Abu Nu’aim rh) Imam Abu Nu’aim rh di dalam “akhbar al-Asbahan” (2/104) palsu kerana perawi, Daud bin Muhabir, semua dalam silsilah al-dha’ifah.

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari

0

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari

13/100

Wudhu’ -Sambungan

15.   Solat dua rakaat setelah wudhu’.

“Siapa berwudhu’ seperti wudhu’ku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, tanpa berselang antara keduanya dengan berfikiran yang lain, maka diampunilah dosanya yang lalu.”   HR Al-Bukhari dan Muslim.

Riwayat Muslim daripada jalur Uqbah Ibn Amir diakhiri  dengan:

“Nescaya ia masuk syurga.”
16.   Menyempurna wudhu’.

“Barangsiapa berwudhu’ lantas menyempurnakan wudhu’nya, dosanya keluar dari tubuhnya hingga mengalir dari sela-sela jari-jemarinya.”    HR Muslim.

سورة الطارق ٩

0

[86:9] يَوۡمَ تُبۡلَى ٱلسَّرَآٮِٕرُ

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya) [86:9]

Pada hari itu semua manusia dibangkitkan semula dari kubur dan dihisab segala amalannya. [2:281]

Masing-masing akan diserahkah kitab catitan amalannya dan akan didedahkan segala apa yang tersembunyi selama ini. [18:49]

Pada hari itu ada orang yang wajahnya hitam legam. [3:106]

Ada juga orang yang mukanya berseri-seri pada hari itu. [3:107]

Kata Ibn ‘Abbas:

Ahli bid’ah dan furqah.

Siapakah ahli bid’ah dan furqah. Kata al-Hasan al-Basriy:

Mereka itu adalah golongan munafik.

Tidak mempedulikan al-Qur’an [3:103]

Kewajipan kita terhadap al-Qur’an:

  1. Baca
  2. Faham
  3. Amal
  4. Ajar
  5. Sebar
  6. Sabar

Quran di diturunkan sebagai panduan hidup, semuanya ada di dalamnya perintah dan larangan [2:8]

Kecuali mereka bertawbat [4:146]

Apabila seseorang itu bertawbat, maka hendaklah ia buat tindakan berikut:

  • Islah (belajar dan faham al-Qur’an)
  • Berpegang teguh kpd ajaran al-Qur’an (Amal, ajar)
  • Mengikhlaskan ketaatan kpd Allah (Sebar dan sabar)

Barulah layak masuk dalam kelompok orang-orang yang beriman. Orang-orang yang beriman itulah yang berseri2 wajahnya.

Kata Ibn ‘Abbas:

‘Orang yang mengikut Sunnah Nabi dan jamaah para sahabat dan tabi’in serta orang yang mengikut mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat’

Inilah amalan yang akan kita bawa. Pada hari itu tiada berguna lagi harta benda dan anak pinak. [26:87-89]

Ambil pedulilah al-Qur’an. Jangan abaikannya. Harta benda dan anak pinak yang dimegahkan di dunia ini kelak akan menjadi azab pada Hari Kiamat jika tidak digunakan pada jalan Allah. [9:55-57]

Bangunlah wahai saudara2ku dari tidur yang lena [74:1-2]

Jadilah kamu AnsaralLah. [61:4]

Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya. [47:7]

Kesimpulan: Bagaimana hendak memberatkan timbangan amalan dengan menolong agama Allah? Berilah perhatian yang serius kepada al-Qur’an, iaitu:

  • Baca
  • Faham
  • Amal
  • Ajar
  • Sebar
  • Sabar

Allahumma aj’alnaa minhum

سورة الطارق ٨

0

[86:8] إِنَّهُ ۥ عَلَىٰ رَجۡعِهِۦ لَقَادِرٌ۬

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati) [86:8]

Manusia percaya tentang kehidupan selepas mati di mulut tetapi tidak terjelma dalam bentuk tindakan. [23:115]

Kenapa mereka menjadi orang yang tidak mengambil peduli KitabulLah dan membangkang segala keterangannya setelah percaya bahawa adanya kehidupan selepas mati? [47:8-9]

Jika kita yakin akan kembali kepada Allah, maka ketahuilah harta benda dan anak pinak hanyalah perhiasan dunia, tetapi al-baqiyat as-salihat adalah lebih baik pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46]

As-salihat faedah-faedahnya kekal di sisi Allah apabila seseorang itu meninggal dunia. [19:76]

Amalan-amalan salih itu adalah sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak salih yang mendoakannya.

Membuka sekolah bagi maksud mengembang dan mengajar al-Qur’an secara teratur, bersistem dan dapat diikuti oleh ramai orang adalah sedekah jariyah yang terbaik buat masa sekarang kerana ia mendokong usaha dakwah dan tarbiyah secara lebih serius. Lalu infaq fi sabililLah ini terfokus tujuannya, galakan melakukan sedekah jariyah dapat berjalan. Manakala ilmu yang bermanfaat boleh disumbangkan. Seterusnya usaha melahirkan anak-anak yang salih lebih menampakkan keberhasilannya.

Tugas kita untuk melahirkan golongan rabbaniy (yang hanya mengabdikan diri pada Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna) [3:79]

Jangan risau dan bersangka buruk dengan al-Qur’an. Ia adalah sebuah kitab yang dijamin mudah. [54:17, 22, 32,40]

Oleh itu marilah kita habiskan sisa umur yang masih ada bagi membanyakkan usaha meninggalkan al-baqiyat as-salihat di dunia ini kerana ia adalah lebih besar pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46] serta lebih baik kesudahannya. [19:76]

Popular

Iklan

Iklan