Utama Blog Halaman 318

01.08.08 #180315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan An-Nasaie

0
Nota 01.08.08 Mengenal Kitab-kitab Hadits  
 
Susunan: BroSyarief 
 
SUNAN AN-NASAIE 
 
Nama sebenar bagi Sunan an-Nasaie diperselisihi sama ada Sunan al-Mujtaba atau Sunan al-Sughra. Dan ada juga yang menyebutkan namanya al-Mujtana. 
 
Nama sebenar penulis ialah Ahmad ibn Syu’aib al-Khurasaani al-Nasaie. Dilahirkan di Nasa, berhampiran Khurasan, pada tahun 215H. Kemudian meninggal di Ramlah, Palestin, pada tahun 303H. 
 
Beliau rahimahulLah telah mengembara mencari ilmu ke Iraq, Kufah, Hijaz, Syam, Mesir dan mengambil hadits dari ramai guru, di antaranya: 
 
01. Abu Dawud Sulaiman ibn al-Asy’ats 
02. Muhammad ibn ‘Isa at-Tirmizi 
03. Qutaibah ibn Said 
04. Ishaq ibn Rahawaih 
05. Ishaq ibn Syaahin 
06. al-Haarits ibn Maskin 
 
Dan ramai lagi. 
 
Dikatakan bahawa kitab Sunan ini merupakan hasil permintaan seorang pemimpin di Ramlah, Palestin, setelah diserahkan kepada beliau kitab yang asal, iaitu Sunan al-Kubra. Beliau rahimahulLah diminta untuk mengkhususkan hadits-hadits Sahih sahaja sehingga terhasilnya Sunan as-Sughra atau al-Mujtaba ini. Namun kisah ini dikritik kebenarannya di dalam sebahagian kajian. 
 
Sesuai dengan namanya bermula dengan as-Sunan, susunan topik di dalamnya adalah mengikut bab-bab fiqh. Dan jumlah keseluruhan hadits adalah sebanyak 5761 Hadits mengikut kiraan Syaikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah. 
 
Di antara keistimewaan Sunan an-Nasaie: 
 
01. Paling sedikit hadits Dha’if selepas Shahihayn. 
02. Sangat terperinci dalam penggunaan lafaz-lafaz Tahammul wal-Aada’ (akan
dibincangkan kemudian). 
03. Fokusnya pada penjelasan penilaian tersirat terhadap sesuatu hadits. 
04. Usaha dan fokus dalam mempertimbangkan Mutaba’ah. 
05. Beliau terkadang membuat hukuman terhadap hadits. 
06. Kecenderungan ijtihad fiqh beliau dapat dilihat dari penamaan topik-topik di dalam kitab beliau. 
 
Di antara kitab-kitab syarah kepada Sunan an-Nasaie: 
 
01. Zahru ar-Ruba ‘ala al-Mujtaba, oleh al-Suyuti (w.911H)
02. Syarhu asSindi, oleh Muhammad Sadiq ibn Abd al-Hadi (w.1138H) 
03. Zakhiratul-‘Uqba fi Syarh al-Mujtaba, oleh al-Atsyubi. 
 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Bingkisan Pagi – Nikmat vs Ujian

0

Assalam

Sama-sama kita meraih limpahan nikmat dari Allah sekali lagi.  Sekadar untuk peringatan pada diri sendiri untuk sehari lagi bagi mengimbangi kehidupan antara dunia dan akhirat, moga kita selamat di kedua- duanya. Sesungguhnya keimanan asas kehidupan.  Islam tunjang keperibadian. Ilmu penyuluh jalan.

Bicara Fikrah Islam…

Di kebanyakan sekarang ramai yang bertanyakan, apakah Allah itu zalim..?

Benarkah pernyataan ini??

Sesungguhnya, Dia tidak pernah menzalimi hambaNya. Sekali-kali tidak! tetapi masih wujud dalam kalangan hambaNya yang berbicara tuduhan.

“Allah tidak adil pada aku..kenapa harus aku menderita sedang orang lain bahagia??kenapa??kenapa mesti aku yang menerima nasib sebegini..kenapa bukan dia..?”

Manusia kini dibutakan oleh kabur hasutan syaitan.  Tidakkah mereka sedar betapa berjuta-juta nikmat yang dikurniakan olehNya?? adakah itu masih tidak adil?? adakah itu zalim??

Majoriti manusia buta akan definisi nikmat itu sendiri. Nikmat yang hakikatnya besar konteksnya dikecilkan kepada nikmat harta semata-mata.  Sehingga ada yang berfikir orang yang berharta adalah orang yang Allah sayang.  Allah uji dengan kemisikinan kerana Alah tidak menyayangi.

Masalahnya disini..

Tentang nikmat dan ujian..

Nikmat hakikatnya besar.  Bukan sahaja diukur pada wang ringgit akan tetapi masa lapang juga merupakan nikmat. Bukan semua individu mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga atau pengabdian kepadaNya.  Tidakkah itu nikmat??

Kesihatan juga merupakan nikmat.  Bukan semua individu mendapat kesihatan yang baik. Ada yang menghidap kanser. Ada yang menghidap diabetis dan bermacam-macam lagi.  Tidakkah itu nikmat??

Tidakkah dipanggil nikmat walau miskin tapi sihat. Walau miskin tapi mempunyai banyak masa untuk mengabdikan diri kepadaNya??

Adakah nikmat andai kaya tapi menghidap pelbagai penyakit, langsung tidak mempunyai masa untuk DIA??

Tentang ujian pula.  Ramai manusia yang pandang ujian ini satu perkara yang menyusahkan. Satu perkara yang membebankan.  Padahal hakikatnya ujian dan cabaran itu satu nikmat.

Ujian itu satu nikmat??

Ya, ujian itu memang satu nikmat. Tanda Allah sayang akan hambaNya ialah Allah memberikan ujian. Ujian bukan bermakna Allah zalim ke atas hambaNya, akan tetapi ujian itu tanda Allah sedang menguji keimanan hambaNya.

Kemiskinan itu satu ujian, akan tetapi siapa sangka kekayaan juga merupakan sebuah ujian??Allah menguji hambaNya dalam pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kekurangan harta benda. Ada yang diuji dengan harta yang melimpah ruah.  Ada yang diuji dengan kelaparan.  Ada juga yang diuji dengan kekenyangan..

Persoalannya bukan bagaimana individu itu diuji akan tetapi adakah manusia itu bersabar dan bersyukur??

Sabda Baginda:

“Orang yang beriman itu adalah apabila mendapat nikmat dia bersyukur dan apabbila dia ditimpa ujian dia akan bersabar.”

Adakah kita insan yang sabar??

Adakah kita hambaNya yang bersyukur??

Adakah kita benar-benar beriman??

Suluh Hati.  Muhasabah Diri.

Tabarakallah.

Moga membuka minda pagi ini untuk terus beriman dengan yakin pada Allah swt.

Wassalam.
Nazarudin Che Salleh 

(Kolumnis Uito.org)

Tidak mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ruku’ dan bangkit dari ruku’

0

100 Kesalahan dalam solat

7/100.

Tidak mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ruku’ dan bangkit dari ruku’.

Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya (hadits no. 741):

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، ” أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ ، وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ رَفَعَ يَدَيْهِ ” ، وَيَرْفَعُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah bercerita kepada kami Nashr bin `Ali, telah mengkhabarkan kepada kami `Abd Al-A`la, telah bercerita kepada kami `Ubaidullah, daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar, bahawa apabila beliau (Ibn `Umar) memulakan solat, beliau bertakbir, dan mengangkat kedua-dua tangannya, dan apabila ruku`, dan apabila berkata: “Sami`allah li man hamidahu (Allah mendengar orang yang memuji-Nya),” dan apabila bangkit daripada dua raka`at beliau mengangkat kedua-dua tangannya. Ibn `Umar memarfu`kan perbuatan ini kepada Rasulullah ﷺ.

قَالَ أَبُو دَاوُد : الصَّحِيحُ قَوْلُ ابْنِ عُمَرَ لَيْسَ بِمَرْفُوعٍ

Kata Abu Dawud: Pendapat yang shahih adalah ini merupakan kata-kata Ibn `Umar, dan bukannya marfu` (yakni bukannya perbuatan Rasulullah ﷺ).

قَالَ أَبُو دَاوُد : وَرَوَى بَقِيَّةُ أَوَّلَهُ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ ، وَأَسْنَدَهُ وَرَوَاهُ الثَّقَفِيُّ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ وَأَوْقَفَهُ عَلَى ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ فِيهِ : وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ يَرْفَعُهُمَا إِلَى ثَدْيَيْهِ ، وَهَذَا هُوَ الصَّحِيحُ

Kata Abu Dawud: Baqiyyah meriwayatkan bahagian awalnya (tanpa menyebutkan bangkit daripada raka`at kedua) daripada `Ubaidullah secara bersambung (yakni bersambung kepada Rasulullah ﷺ). Sedangkan Ats-Tsaqafi meriwayatkan daripada `Ubaidullah secara mauquf kepada Ibn `Umar dan dalam riwayatnya (yakni riwayat Ats-Tsaqafi daripada `Ubaidullah) disebutkan: “Dan apabila bangkit daripada 2 raka`at, beliau mengangkat kedua-dua tangannya ke paras kedua-dua buah dadanya.” Dan ini adalah benar.

قَالَ أَبُو دَاوُد : وَرَوَاهُ اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ ، وَمَالِكٌ ، وَأَيُّوبُ ، وَابْنُ جُرَيْجٍ مَوْقُوفًا ، وَأَسْنَدَهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَحْدَهُ ، عَنْ أَيُّوبَ ، وَلَمْ يَذْكُرْ أَيُّوبُ ، وَمَالِكٌ الرَّفْعَ : إِذَا قَامَ مِنَ السَّجْدَتَيْنِ ، وَذَكَرَهُ اللَّيْثُ فِي حَدِيثِهِ ، قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ فِيهِ : قُلْتُ لِنَافِعٍ : أَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَجْعَلُ الْأُولَى أَرْفَعَهُنَّ ؟ قَالَ : لَا سَوَاءً ، قُلْتُ : أَشِرْ لِي ؟ فَأَشَارَ إِلَى الثَّدْيَيْنِ أَوْ أَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ

Kata Abu Dawud: Diriwayatkan oleh Al-Laits bin Sa`ad, Malik, Ayyub, dan Ibn Juraij secara mauquf. Sedangkan Hammad bin Salamah seorang sahaja yang meriwayatkannya daripada Ayyub secara marfu`. Malik dan Ayyub tidak memarfu`kan riwayat “apabila bangkit daripada dua sujud”, sedangkan Al-Laits menyebutkan dalam riwayatnya. Kata Ibn Juraij: Aku bertanya kepada Nafi`: “Adakah Ibn `Umar mengangkat kedua-dua tangannya lebih tinggi ketika pertama kali (yakni adakah pada waktu takbirat al-ihram tangan beliau diangkat lebih tinggi berbanding dengan waktu lain)?” Jawab Nafi`: “Tidak, (bahkan pada semua keadaan) sama tinggi.” Kata Ibn Juraij: “Tunjukkan padaku.” Lalu Nafi` menunjukkan ke paras kedua-dua buah dadanya atau lebih rendah daripada paras tersebut.

Kesimpulan:
1. Terdapat perbezaan riwayat dalam bab mengangkat kedua-dua tangan ketika bangkit daripada raka`at kedua. Ada riwayat yang menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah perbuatan Ibn `Umar semata-mata, ada pula riwayat yang menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah perbuatan Rasulullah ﷺ.
2. Abu Dawud menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa itu adalah perbuatan Ibn `Umar.
3. Namun, Al-Bukhari telah meriwayatkan hadits ini secara marfu` kepada Rasulullah ﷺ (hadits no. 739) dan beliau tidak memberikan apa-apa kritikan, bahkan beliau menamakan bab tersebut sebagai: “Bab mengangkat kedua-dua tangan apabila bangkit daripada 2 raka`at.”

Istisyaq, Siwak dan Seli Janggut ( 1 Sunnah Setiap Hari )

0

100 sunnah

1 sunnah setiap hari

7/100

Bilik 104 Fikratuna

 

Wudhu’

 

1⃣ mengucapkan lafaz basmalah

2⃣ membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali di permulaan wudhu’.

3⃣ mendahulukan berkumur dan istinsyaq sebelum membasuh muka.

4⃣ melakukan intintsar dengan tangan kiri.

 

“Baginda membasuh kedua tapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian berkumur, beristisyaq, beristintsar, lalu membasuh wajah sebanyak tiga kali…”

HR Al-Bukhari dan Muslim.

 

CR

www.uito.org

 

100 Sunnah

1 sunnah setiap hari

8/100

 

Wudhu’ sambungan

 

5⃣ Membanyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yang tidak berpuasa.

6⃣ Berkumur dan beristinsyaq dengan satu tapak tangan, tanpa memisahkan keduanya.

 

ث أدخل يده فتمضمض واستنشق من كفًًٍ واحدٍ

“kemudian baginda memasukkan tangan lalu berkumur dan beristinsyaq dengan satu telapak tangan.”

 

HR Al-Bukhari dan Muslim.

 

CR, www.uito.org

 

CR, www.uito.org

100 sunnah

1 sunnah setiap

9/100

Bilik(113)

 

Wudhu’ …sambungan

 

7⃣ Bersiwak, dan waktu paling tepat adalah ketika berkumur.

 

“Jika bukan kerana khuatir akan memberatkan umatku, nescaya ku perintahkan mereka bersiwak dalam setiap wudhu’ ”

 

HR Ahmad dan An Nasa’i

 

8⃣ Mengusap-usap janggut yang lebat dengan jari-jari tangan yang basah ketika membasuh wajah..

 

“Kebiasaan baginda saw menyela-nyela janggutnya ketika wudhu'”

 

HR At Tirmizi

 

CR

Uito.org

Hindari Salahguna Tawasul Yang Halal

0

🔴 Assalamuaaaikum.. saya ingin bertanya, kalau kita minta orang doakan kita, sebagai contoh katanya: “doakanlah aku, mudah-mudahan aku cepat sembuh”.. adakah ini dikira tawassul juga?

 

 

♻ Ustaz Solah UiTO: Waalaikumussalam

Ya di kira tawassul..tapi tawassul yang boleh..

Cuma masyarakat Malaysia zaman lani kadang-kadang melampau bila minta orang doakan..jika tak melampau maka boleh..

 

Asalkan dia tidak ragu dengan Allah..dia tak  anggap doanya tak maqbul melainkan orang doakan..dia tak buruk sangka pada Allah..dia tidak minta orang lain melainkan dia juga turut berdoa..akidah tauhidnya kukuh dan jenis tak putus asa berdoa sendiri pada Allah..dia tak kata aku sudah doa dah masa minta orang lain doakan..jika cukup syarat-syarat ni boleh la,bukan sunat pun..harus sahaja..harus sahaja..

tapi yang sunatnya minta sendiri kerana berdoa pasti Allah maqbul kan..

 

‏﴿١٨٦﴾ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

 

(186) Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Al Baqarah 2:186)

 

Jika tak cukup syarat maka jangan minta orang doakan..sebab bahaya kepada akidahnya..bahaya kerana mungkin perbuatannya itu asbab kepada syirik akbar..contoh minta dengan orang yang sudah mati..atau minta perkara yang melampau batas syariat..yang tentu saja bahaya boleh kecundang akidah tauhidnya..sebab tu dalam hadith ada sebut orang-orang yang dapat masuk syurga tanpa hisab ialah org yang tak minta orang lain doakan jampi..sebab jika minta maka orang itu dalam dua,samada dia tetap kukuh tauhidnya atau syirik..maka akan di hisab kelak..tapi kalau dia tak minta orang lain, pasti akidah tauhidnya tak goyang..

HADITS ARBA’IN – 1

0

 

 

KEHARUSAN MENGIKHLASKAN

(MEMURNIKAN NIAT)

الحديث الأول

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه ” متفق عليه

Terjemahan:

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

[Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Penjelasan:

  • Hadits ini adalah Hadits shahih yang telah disepakati keshahihannya, ketinggian derajatnya dan didalamnya banyak mengandung manfaat. Imam Bukhari telah meriwayatkannya pada beberapa bab pada kitab shahihnya, juga Imam Muslim telah meriwayatkan hadits ini pada akhir bab Jihad.
  • Hadits ini salah satu pokok penting ajaran islam. Imam Ahmad dan Imam Syafi’i berkata : “Hadits tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu.” Begitu pula kata imam Baihaqi dan lain-lain. Hal itu karena perbuatan manusia terdiri dari niat didalam hati, ucapan dan tindakan. Sedangkan niat merupakan salah satu dari tiga bagian itu.
    Diriwayatkan dari Imam Syafi’i,
    “Hadits ini mencakup tujuh puluh bab fiqih”, sejumlah Ulama’ mengatakan hadits ini mencakup sepertiga ajaran islam.

 

  • Para ulama gemar memulai karangan-karangannya dengan mengutip hadits ini. Di antara mereka yang memulai dengan hadits ini pada kitabnya adalah Imam Bukhari. Abdurrahman bin Mahdi berkata : “bagi setiap penulis buku hendaknya memulai tulisannya dengan hadits ini, untuk mengingatkan para pembacanya agar meluruskan niatnya”.

 

  • Hadits ini dibanding hadits-hadits yang lain adalah hadits yang sangat terkenal, tetapi dilihat dari sumber sanadnya, hadits ini adalah hadits ahad, karena hanya diriwayatkan oleh Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Umar hanya diriwayatkan oleh ‘Alqamah bin Abi Waqash, kemudian hanya diriwayatkan oleh Muhammad bin Ibrahim At Taimi, dan selanjutnya hanya diriwayatkan oleh Yahya bin Sa’id Al Anshari, kemudian barulah menjadi terkenal pada perawi selanjutnya. Lebih dari 200 orang rawi yang meriwayatkan dari Yahya bin Sa’id dan kebanyakan mereka adalah para Imam.

 

  • Hadits ini merupakan salah satu dari hadits-hadits yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata: Dalam hadits tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata : Hadits ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadits ini merupakan sepertiga Islam.

 

  • Hadits ini ada sebabnya, yaitu: ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang konon bernama : “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang hijrah karena Ummu Qais).

42 HADITS ARBA’IN

0

 

 

 

42  Hadith Sahih oleh Imam an-Nawawi

rahimahullah.

Terdapat 42 hadith sahih yang dikumpulkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah. Sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Ia menjadi tumpuan disebabkan kepentingannya sebagai asas utama atau pokok-pokok ajaran dalam agama Islam. Ucapannya ringkas tetapi mampu memberikan makna yang luas dan mendalam bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Ia juga mempunyai bab yang tersendiri bagi memperjelaskan lagi makna hadith yang masih samar.

Pada asalnya, Imam Hafizh Abu ‘Amr bin Shalah rahimahullah (Ibnu Shalah) telah mempelopori pengumpulan 26 hadith yang dikatakan ringkas tetapi dinilai olehnya sebagai asas dalam agama Islam dan mendalam maksudnya. 26 hadith ini dimuatkan di dalam al-haadiits al-Kulliyah (Hadith-hadith yang komprehensif). Kemudian al-Imam an-Nawawi telah menambah lagi hadith-hadith ini menjadikannya 42 hadith dan dimuatkan di dalam Arba’in.

 

Siapakah al-Imam an-Nawawi?

Nama sebenarnya ialah Yahya bin Syarf bin Mari bin Hasan bin Husain bin Hazam. Lahir pada Muharam 631H, di deza Nawa, Barat Daya Damaskus, Syria. Oleh itu sejak kecil dia dipanggil sebagai an-Nawawi. Ayahnya seorang petani dan pedagang yang alim.

Beliau menghafal al-Qur’an sebelum usia baligh. Sangat rajin menuntut ilmu sejak dari kecil lagi. Setiap hari beliau membaca 12 pelajaran dalam bentuk syarah dan komentar. Berjaya menghafal kitab at-Tanbiih fii Furuu’isy-Syaafi’iyah dalam masa lebih kurang empat setengah bulan. Pada tahun yang sama, beliau juga Berjaya menghafal suku daripada kitab al-Muhadzdzab fil Furuu’.

Para ‘ulama mengakui beliau seorang yang zuhud, bermadzhabkan Imam asy-Syafi’i, menjadi contoh dalam hal keta’atan, menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar dan memberi nasihat kepada para penguasa. Oleh itu beliau mendapat gelaran “Muhyiddin” (orang yang menghidupkan agama), namun dirinya tidak menyukai dengan gelaran itu.

Beliau juga dikenali sebagai Abu Zakariya walaupun dia tidak mempunyai anak. Beliau meninggal dunia sebelum sempat berumahtangga pada usia yang muda iaitu semasa berumur 45 tahun di kampung halamannya.

Allah SWT telah memberi keberkatan masa baginya.

Di antara karya beliau ialah;

1. Syarah Shahih Muslim

2. Raudhatuth-Thaalibiin

3. Riyaadhush-Shaalihin

4. Adzkaarul-Munjiyaah min Kalaami Sayyidil-Abraar

5. At-Tibyan fii Hamlatil-Qur’an

6. Al-Arba’in Nawawi

7. Syarah Bukhari

8. Syarah Sunan Abu Daud

9. Tahdziibul-Asmaa’ wal-Lughaat.

 

Pencerahan: Abu Dawud Meragui Mushaf Uthmani ?

1

kontroversi

🔴 Berdasarkan gambar tu betul ke kenyataan ustaz tersebut?

 

1. Sepatutnya kena tanya Ustaz tu sendiri, apa rujukan yang spesifik? Abu Dawud As-Sijistani ni bukannya sebijik je karya beliau.

 

2. Kena pastikan betul ke Abu Dawud yang buat dakwaan tu? Atau Abu Dawud hanya menyebutkan wujudnya dakwaan tu?

 

3. AQ adalah kitab yang terpelihara, dan ini dijanjikan oleh Allah sendiri. Kalau ada mana-mana penyimpangan pasti para `ulama’ akan bising. Adakah Abu Dawud seorang sahaja yang bising tentang ni? Takkan `ulama’ lain tak kritik pasal ni?

 

🔴 Saya dah tanya ustaz tu.. cuma katanya hajjaj anggap uthman telah tersilap. Lepas tu dia dah delete status ni sebab timbul banyak salah faham.

 

Pencarian di internet, memang ada bab “Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah dalam Mushaf `Utsman 11 huruf” dalam kitab tersebut.

 

الْحَجَّاجَ بْنَ يُوسُفَ غَيَّرَ فِي مُصْحَفِ عُثْمَانَ أَحَدَ عَشَرَ حَرْفًا

 

قَالَ:

117 حدثنا عبد الله حدثنا أبو حاتم السجستاني ، حدثنا عباد بن صهيب ، عن عوف بن أبي جميلة ، أن الحجاج بن يوسف غير في مصحف عثمان أحد عشر حرفا قال : كانت في البقرة ( لم يتسن وانظر ) بغير هاء فغيرها لم يتسنه بالهاء ، وكانت في المائدة ( شريعة ومنهاجا ) فغيرها شرعة ومنهاجا ، وكانت في يونس ( هو الذي ينشركم ) فغيره يسيركم ، وكانت في يوسف ( أنا آتيكم بتأويله ) فغيرها أنا أنبئكم بتأويله ، وكانت في المؤمنين ( سيقولون لله لله لله ) ثلاثتهن ، فجعل الأخريين ( الله الله ) ، وكانت في الشعراء في قصة نوح ( من المخرجين ) ، وفي قصة لوط ( من المرجومين ) فغير قصة نوح من المرجومين وقصة لوط من المخرجين ، وكانت الزخرف ( نحن قسمنا بينهم معايشهم ) فغيرها معيشتهم ، وكانت في الذين كفروا ( من ماء غير ياسن ) فغيرها من ماء غير آسن ، وكانت في الحديد ( فالذين آمنوا منكم واتقوا لهم أجر كبير ) ، فغيرها وأنفقوا ، وكانت في إذا الشمس كورت ( وما هو على الغيب بظنين ) فغيرها بضنين “

 

Cuma kitab ni bukan karya Abu Dawud, tapi `Abdullah bin Abi Dawud.

 

Riwayat ini dikritik:

وهذه الرواية ضعيفة جدّاً أو موضوعة ؛ إذ فيها ” عبَّاد بن صهيب ” وهو متروك الحديث . قال علي بن المديني : ذهب حديثه ، وقال البخاري والنسائي وغيرهما : متروك ، وقال ابن حبان : كان قدريّاً داعيةً ، ومع ذلك يروي أشياء إذا سمعها المبتدئ في هذه الصناعة شهد لها بالوضع ، وقال الذهبي : أحد المتروكين . انظر ” ميزان الاعتدال ” للذهبي ( 4 / 28 )

 

Riwayat ini dhaif jiddan atau palsu…

Sumber: http://islamqa.info/ar/23487

 

Dipetik dari:

Bilik (05) Fiqhud Dalil

Jawapan oleh: Ustaz Adli Khalim

01.08.07 #170315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Jaami’ At-Tirmizi

0
wpid-img_20150527_015405.jpg
Nota 01.08.07 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
JAAMI’ AT-TIRMIZI (جامع الترمذي) 
 
Nama sebenar kitab ini ialah al-Jaami’ al-Mukhtasar min as-Sunan ‘an RasulilLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam wa Ma’rifatu as-Sahih wa al-Ma’lul wa ma ‘alaihi al-‘Amal. Ada yang menyebutkan namanya sebagai as-Sunan, namun ianya kurang tepat. 
 
Penulis bagi kitab ini, nama sebenarnya, Muhammad ibn ‘Isa ibn Saurah at-Tirmizi as-Sulami. Beliau dilahirkan di Tirmiz pada tahun 200H (ada yang mengatakan 209H), dan meninggal di tempat yang sama pada tahun 279H. 
 
Di antara guru-guru beliau rahimahulLah: 
 
01. Abbas Ibnu Abd al-‘Azim al-‘Ambari (w247H).
02. Abu Hafs ‘Amr ibnu Ali al-Fallas (w249H).
03. Nasr Ibnu Ali al-Jahdhami (w250H).
04. Muhammad Ibnu al-Mutsanna Abu Musa (w252H).
05. Muhammad Ibnu Basysyar Bundar (w252H).
06. Ya’qub Ibnu Ibrahim al-Dawraqi (w252H).
07. Ziyad Ibnu Yahya al-Hasani (w254H).
08. Muhammad Ibnu Ma’mar (w256H).
09. Abu Sa’id al-Ashaj (w257H).
 
Dan ramai lagi. 
 
Seperti yang kita telah maklum, susunan tertib kitab ini adalah mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik ilmu dan disebutkan penilaian status selepas setiap hadits, kecuali sedikit tidak disebutkan. 
 
Jumlah hadits di dalamnya adalah sebanyak 3956 hadits, dan ada yang mengatakan 4051 hadits. Perbezaan kiraan ini berlaku kerana perbezaan naskhah-naskhah yang wujud. 
 
Di antara keunikan Jaami’ at-Tirmizi: 
 
01. Disebutkan syawahid bagi hadits utama satu topik dengan menyebut “وفي الباب عن فلان وفلان”
02. Disebutkan juga status di hujung setiap hadits dengan jelas. 
03. Dalam banyak keadaan, beliau menambah penjelasan tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh pada satu-satu bab/topik. 
04. Ianya lebih mudah difahami berbanding Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Muslim. 
05. Paling sedikit hadits yang berulang di dalamnya. 
06. Hampir kesemua hadits di dalamnya adalah yang disepakati diamalkan, di sisi ahli ilmu. 
07. Terdapatnya istilah-istilah yang hanya Imam at-Tirmizi menggunakannya, seperti Hasan Sahih dan Gharib. 
 
Di antara kitab-kitab utama mensyarahkan Jaami’ at-Tirmizi ialah: 
 
01. ‘Aridhah al-Ahwazi li Syarh at-Tirmizi, oleh al-Asybili (w.543H)
02. Tuhaftul Ahwazi bi Syarhi Jaami’ at-Tirmizi, oleh al-Mubarakfuri (w.1353H)
03. Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmizi, oleh al-Binnawri (w.1397H) 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Cukup Benarkah Fahaman, Berhala Adalah Tuhan Orang Kafir ?

0

 

Minta tok imam baca doa selamat, adakah termasuk tawasul? Nak sambut Ramadhan, kan buat selalu buat doa selamat, termasuk tawasul tak?

Sambung bab tawasul lagi.

Ada 62 ayat, semuanya tentang haram nya tawasul ini

Tapi kita di Malaysia, seolah-olah macam tawasul ini , tuntutan agama

 

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

[Surat Al-Araf 138]

 

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ

[Surat Ibrahim 35]

 

Hari ini nama-nama yang di tafsir kan bab tawasul

 

وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ۖ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ

[Surat Hud 101]

 

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

[Surat Al-Kahf 4]

 

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

[Surat Az-Zumar 8]

 

وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

[Surat Aal-E-Imran 80]

 

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ

[Surat Ash-Shura 6]

 

Ayat-ayat di atas tentang perkataan-perkataan yang ulama kita tafsir sebagai berhala, tapi maksud sebenarnya lain. Baca dulu kemudian ayah aji akan tafsir. Suruh orang lain berdoa condong pada syirik dalam perantaraan berdoa.

 

Bismillah ArRahman ArRahim. Allahumma Rabbana Zidna ilma. Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim. Amma ba’du.

Dalam kita berugama, perkara yang paling utama ialah tauhid. Ia membezakan antara beriman dan kufur. Mengucap 2 kalimah syahadat ini, adalah asas pada tauhid. Tauhid pula berpaksi pada mengEsakan Allah.

Tauhid mesti tidak syirik. Kalau syirik maka kalimah syahadat batal. Tak berguna lah lagi amal soleh sebab batal kerana syirik. Maka keutamaan nya ialah belajar apa itu syirik yang ada di sebut dalam al-quran.

Ayat 5 al-fatihah, pada kamu sahaja Allah kami sembah dan pada Allah sahaja kami minta pertolongan. Tauhid fil ibadah dan tauhid fil isti anah.

  • Tauhid fil ibadah – Az-zumar, Yunus.
  • Tauhid fil isti anah – Hamim 7 , Hud, Mariam, Toha, 5 juzuk lebih.

Kekeliruan dalam berdoa inilah, kafir segala manusia yang kafir. Kalau awak semua tak belajar Hamim 7, yang Allah beritahu dengan jelas kekeliruan dalam berdoa. Maka tentulah akan ada kekeliruan ini. Surah Hud pula, contoh kekeliruan mereka. Mariam pula cara berdoa dengan betul dan keliru dalam berdoa ini bermula di tawasul.

Soalan: Ayah Aji, apa makna Hamim 7?

Seperti yang dah ayah aji kata, terdapat 62 ayat berkenaan tawasul haram buat. Awak semua perlu jelas sejelasnya, apa itu tawasul – perantaraan. Hamim 7 ialah semua surah yang bermula dengan Hamim yaitu Al-Ghafir/Mukmin, al Fussilat/sajadah, as Syura, Zuhruf, Dukhan, Jasiat dan Ahqaf. 2.5 juzuk menerangkan tauhid dalam berdoa dan syirik dalam berdoa. Tawasul ini adalah bertentangan dengan perintah Allah.

Tawasul ini di hurai dengan cara terperinci dalam Al-Quran tapi kitab-kitab tafsir telah memberi nya pada maksud sembah berhala.

Ayat-ayat tentang jenis-jenis perkataan tawasul yang ada dalam quran. .

1. Berhala

 

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

[Surat Al-Araf 138]

Dan Kami menyeberangkan atau selamatkan bani Israel daripada laut kerana lari daripada ancaman firaun. Maka datang mereka berjumpa satu kaum yang sedang memuja berhala-berhala mereka. Kaum Yahudi kata Nabi Musa as, wahai Musa, jadikan bagi Kami ilahan – tuhan sebagai perantaraan dalam berdoa untuk mereka. Sama seperti untuk mereka tuhan-tuhan macam kaum itu. Nabi Musa as menjawab – sungguh kamu ini kaum yang jahil.

 

Tafsir

Asnam – berhala. Ilah – Tuhan/perantara. Ilahan -tuhan-tuhan/perantara.

Mereka tahu Tuhan hanya satu tapi ilah di situ bermaksud orang, nabi atau wali atau malaikat yang di guna sebagai perantaraan pada berdoa. Mereka berdoa juga tapi kalau melalui perantaraan nabi-nabi, wali-wali dan para malaikat, doa  kami akan lagi makbul.

Berhala-berhala hindu bila ayah aji tanya hindu, itu tuhan awak ke?  Hindu-hindu jawab Tidak. Kamu ingat kami sembah batu ke? Kami yang suruh orang buat dan kalau rosak kami baiki. Ini untuk fokus doa kami saja.

Ayah aji tanya lagi, awak sembah apa?  Mereka jawab kami puja dewa atau deity. Dewa itu tuhan awak ke? Mereka kata Tidak. Habis tuhan awak siapa? Hindu Kelantan kata tuan Allah. Hindu Kuala kangsar kata, Tuhan yang satu tak tahu apa nama. Hindu Kuala Lumpur kata Shiva. Bila tanya, mereka kata Shiva ini yang cipta langit bumi, beri makan pada kita, selesai hajat kita, tapi Shiva wakil pada anak nya Murugan dan Ganisha. Nah berhala hanya untuk fokus doa saja.

Kristian pun sama, bukan nabi Isa a.s itu Tuhan tapi anak saja. Tuhan sebenarnya Allah juga.

Tentang berhala ini guru-guru kita kata tuhan mereka ialah berhala. Hindu kata bukan. Siapa yang salah di sini, guru kita. Mereka ajar kita tuhan orang kafir ialah berhala. Di sini lah bermula kekeliruan kita. Syirik pada Allah guru-guru kita kata makna menduakan Allah. Sembah berhala. Memang sembah berhala itu kufur tapi yang keliru nya , mereka sembah dewa itu, kita yang tak faham.

Mereka sembah nabi Isa itu yang kita tak faham. Semua sembahan, pemujaan itu hanyalah perantaraan saja. Itulah syiriknya. Sembah berhala itu syirik kedua.

Jadi kita dah belajar

  1. Berhala
  2. Ilahan – tuhan-tuhan/dewa

Ayat ini juga berkenaan tuhan-tuhan – ilahan

 

وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ۖ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ

[Surat Hud 101]

Dan tidaklah Kami menzalimi mereka, akan tetapi mereka lah yang menzalimi diri sendiri, tak tahu hal-hal syirik, kerana tak belajar. Maka tak berguna daripada mereka tuhan-tuhan yang mereka buat perantaraan, yang mereka seru selain daripada Allah untuk tujuan rapat diri pada Allah sedekat-dekatnya. Apa-apa sahaja pertolongan atau jaminan daripada azab Allah di akhirat. Tatkala datang perintah Tuhan kamu akan ke neraka kekal. Dan tak menambah pada mereka kecuali kerugian saja yaitu semua amalan hancur. Tak ada satu pun dapat di buat pertimbangan.

 

Ayat ini pula tawasul di sebut sebagai anak.

 

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

[Surat Al-Kahf 4]

Dan hendaklah kamu – orang tahu/pandai tauhid ini. Memberi ancaman atau peringatan pada mereka yang berkata atau berakidah. Allah swt mengambil anak angkat.

 

Tafsir

Contoh anak angkat ialah nabi Isa a.s bagi kristian dan nabi Uzair as bagi yahudi. Anak di sini juga bermaksud perantara dengan Nabi Isa a.s dan Uzair a.s.

Habis situ dulu.

 

Popular

Iklan

Iklan