Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Tidak mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ruku’ dan bangkit dari ruku’

Tidak mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ruku’ dan bangkit dari ruku’

1050
0
Iklan

100 Kesalahan dalam solat

7/100.

Tidak mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ruku’ dan bangkit dari ruku’.

Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya (hadits no. 741):

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، ” أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ ، وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ رَفَعَ يَدَيْهِ ” ، وَيَرْفَعُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah bercerita kepada kami Nashr bin `Ali, telah mengkhabarkan kepada kami `Abd Al-A`la, telah bercerita kepada kami `Ubaidullah, daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar, bahawa apabila beliau (Ibn `Umar) memulakan solat, beliau bertakbir, dan mengangkat kedua-dua tangannya, dan apabila ruku`, dan apabila berkata: “Sami`allah li man hamidahu (Allah mendengar orang yang memuji-Nya),” dan apabila bangkit daripada dua raka`at beliau mengangkat kedua-dua tangannya. Ibn `Umar memarfu`kan perbuatan ini kepada Rasulullah ﷺ.

قَالَ أَبُو دَاوُد : الصَّحِيحُ قَوْلُ ابْنِ عُمَرَ لَيْسَ بِمَرْفُوعٍ

Kata Abu Dawud: Pendapat yang shahih adalah ini merupakan kata-kata Ibn `Umar, dan bukannya marfu` (yakni bukannya perbuatan Rasulullah ﷺ).

قَالَ أَبُو دَاوُد : وَرَوَى بَقِيَّةُ أَوَّلَهُ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ ، وَأَسْنَدَهُ وَرَوَاهُ الثَّقَفِيُّ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ وَأَوْقَفَهُ عَلَى ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ فِيهِ : وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ يَرْفَعُهُمَا إِلَى ثَدْيَيْهِ ، وَهَذَا هُوَ الصَّحِيحُ

Kata Abu Dawud: Baqiyyah meriwayatkan bahagian awalnya (tanpa menyebutkan bangkit daripada raka`at kedua) daripada `Ubaidullah secara bersambung (yakni bersambung kepada Rasulullah ﷺ). Sedangkan Ats-Tsaqafi meriwayatkan daripada `Ubaidullah secara mauquf kepada Ibn `Umar dan dalam riwayatnya (yakni riwayat Ats-Tsaqafi daripada `Ubaidullah) disebutkan: “Dan apabila bangkit daripada 2 raka`at, beliau mengangkat kedua-dua tangannya ke paras kedua-dua buah dadanya.” Dan ini adalah benar.

قَالَ أَبُو دَاوُد : وَرَوَاهُ اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ ، وَمَالِكٌ ، وَأَيُّوبُ ، وَابْنُ جُرَيْجٍ مَوْقُوفًا ، وَأَسْنَدَهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَحْدَهُ ، عَنْ أَيُّوبَ ، وَلَمْ يَذْكُرْ أَيُّوبُ ، وَمَالِكٌ الرَّفْعَ : إِذَا قَامَ مِنَ السَّجْدَتَيْنِ ، وَذَكَرَهُ اللَّيْثُ فِي حَدِيثِهِ ، قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ فِيهِ : قُلْتُ لِنَافِعٍ : أَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَجْعَلُ الْأُولَى أَرْفَعَهُنَّ ؟ قَالَ : لَا سَوَاءً ، قُلْتُ : أَشِرْ لِي ؟ فَأَشَارَ إِلَى الثَّدْيَيْنِ أَوْ أَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ

Kata Abu Dawud: Diriwayatkan oleh Al-Laits bin Sa`ad, Malik, Ayyub, dan Ibn Juraij secara mauquf. Sedangkan Hammad bin Salamah seorang sahaja yang meriwayatkannya daripada Ayyub secara marfu`. Malik dan Ayyub tidak memarfu`kan riwayat “apabila bangkit daripada dua sujud”, sedangkan Al-Laits menyebutkan dalam riwayatnya. Kata Ibn Juraij: Aku bertanya kepada Nafi`: “Adakah Ibn `Umar mengangkat kedua-dua tangannya lebih tinggi ketika pertama kali (yakni adakah pada waktu takbirat al-ihram tangan beliau diangkat lebih tinggi berbanding dengan waktu lain)?” Jawab Nafi`: “Tidak, (bahkan pada semua keadaan) sama tinggi.” Kata Ibn Juraij: “Tunjukkan padaku.” Lalu Nafi` menunjukkan ke paras kedua-dua buah dadanya atau lebih rendah daripada paras tersebut.

Kesimpulan:
1. Terdapat perbezaan riwayat dalam bab mengangkat kedua-dua tangan ketika bangkit daripada raka`at kedua. Ada riwayat yang menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah perbuatan Ibn `Umar semata-mata, ada pula riwayat yang menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah perbuatan Rasulullah ﷺ.
2. Abu Dawud menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa itu adalah perbuatan Ibn `Umar.
3. Namun, Al-Bukhari telah meriwayatkan hadits ini secara marfu` kepada Rasulullah ﷺ (hadits no. 739) dan beliau tidak memberikan apa-apa kritikan, bahkan beliau menamakan bab tersebut sebagai: “Bab mengangkat kedua-dua tangan apabila bangkit daripada 2 raka`at.”

Komen dan Soalan