01.08.07 #170315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Jaami’ At-Tirmizi
Minta tok imam baca doa selamat, adakah termasuk tawasul? Nak sambut Ramadhan, kan buat selalu buat doa selamat, termasuk tawasul tak?
Sambung bab tawasul lagi.
Ada 62 ayat, semuanya tentang haram nya tawasul ini
Tapi kita di Malaysia, seolah-olah macam tawasul ini , tuntutan agama
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ
[Surat Al-Araf 138]
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
[Surat Ibrahim 35]
Hari ini nama-nama yang di tafsir kan bab tawasul
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ۖ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ
[Surat Hud 101]
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
[Surat Al-Kahf 4]
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
[Surat Az-Zumar 8]
وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
[Surat Aal-E-Imran 80]
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ
[Surat Ash-Shura 6]
Ayat-ayat di atas tentang perkataan-perkataan yang ulama kita tafsir sebagai berhala, tapi maksud sebenarnya lain. Baca dulu kemudian ayah aji akan tafsir. Suruh orang lain berdoa condong pada syirik dalam perantaraan berdoa.
Bismillah ArRahman ArRahim. Allahumma Rabbana Zidna ilma. Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim. Amma ba’du.
Dalam kita berugama, perkara yang paling utama ialah tauhid. Ia membezakan antara beriman dan kufur. Mengucap 2 kalimah syahadat ini, adalah asas pada tauhid. Tauhid pula berpaksi pada mengEsakan Allah.
Tauhid mesti tidak syirik. Kalau syirik maka kalimah syahadat batal. Tak berguna lah lagi amal soleh sebab batal kerana syirik. Maka keutamaan nya ialah belajar apa itu syirik yang ada di sebut dalam al-quran.
Ayat 5 al-fatihah, pada kamu sahaja Allah kami sembah dan pada Allah sahaja kami minta pertolongan. Tauhid fil ibadah dan tauhid fil isti anah.
Kekeliruan dalam berdoa inilah, kafir segala manusia yang kafir. Kalau awak semua tak belajar Hamim 7, yang Allah beritahu dengan jelas kekeliruan dalam berdoa. Maka tentulah akan ada kekeliruan ini. Surah Hud pula, contoh kekeliruan mereka. Mariam pula cara berdoa dengan betul dan keliru dalam berdoa ini bermula di tawasul.
Soalan: Ayah Aji, apa makna Hamim 7?
Seperti yang dah ayah aji kata, terdapat 62 ayat berkenaan tawasul haram buat. Awak semua perlu jelas sejelasnya, apa itu tawasul – perantaraan. Hamim 7 ialah semua surah yang bermula dengan Hamim yaitu Al-Ghafir/Mukmin, al Fussilat/sajadah, as Syura, Zuhruf, Dukhan, Jasiat dan Ahqaf. 2.5 juzuk menerangkan tauhid dalam berdoa dan syirik dalam berdoa. Tawasul ini adalah bertentangan dengan perintah Allah.
Tawasul ini di hurai dengan cara terperinci dalam Al-Quran tapi kitab-kitab tafsir telah memberi nya pada maksud sembah berhala.
Ayat-ayat tentang jenis-jenis perkataan tawasul yang ada dalam quran. .
1. Berhala
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ
[Surat Al-Araf 138]
Dan Kami menyeberangkan atau selamatkan bani Israel daripada laut kerana lari daripada ancaman firaun. Maka datang mereka berjumpa satu kaum yang sedang memuja berhala-berhala mereka. Kaum Yahudi kata Nabi Musa as, wahai Musa, jadikan bagi Kami ilahan – tuhan sebagai perantaraan dalam berdoa untuk mereka. Sama seperti untuk mereka tuhan-tuhan macam kaum itu. Nabi Musa as menjawab – sungguh kamu ini kaum yang jahil.
Tafsir
Asnam – berhala. Ilah – Tuhan/perantara. Ilahan -tuhan-tuhan/perantara.
Mereka tahu Tuhan hanya satu tapi ilah di situ bermaksud orang, nabi atau wali atau malaikat yang di guna sebagai perantaraan pada berdoa. Mereka berdoa juga tapi kalau melalui perantaraan nabi-nabi, wali-wali dan para malaikat, doa kami akan lagi makbul.
Berhala-berhala hindu bila ayah aji tanya hindu, itu tuhan awak ke? Hindu-hindu jawab Tidak. Kamu ingat kami sembah batu ke? Kami yang suruh orang buat dan kalau rosak kami baiki. Ini untuk fokus doa kami saja.
Ayah aji tanya lagi, awak sembah apa? Mereka jawab kami puja dewa atau deity. Dewa itu tuhan awak ke? Mereka kata Tidak. Habis tuhan awak siapa? Hindu Kelantan kata tuan Allah. Hindu Kuala kangsar kata, Tuhan yang satu tak tahu apa nama. Hindu Kuala Lumpur kata Shiva. Bila tanya, mereka kata Shiva ini yang cipta langit bumi, beri makan pada kita, selesai hajat kita, tapi Shiva wakil pada anak nya Murugan dan Ganisha. Nah berhala hanya untuk fokus doa saja.
Kristian pun sama, bukan nabi Isa a.s itu Tuhan tapi anak saja. Tuhan sebenarnya Allah juga.
Tentang berhala ini guru-guru kita kata tuhan mereka ialah berhala. Hindu kata bukan. Siapa yang salah di sini, guru kita. Mereka ajar kita tuhan orang kafir ialah berhala. Di sini lah bermula kekeliruan kita. Syirik pada Allah guru-guru kita kata makna menduakan Allah. Sembah berhala. Memang sembah berhala itu kufur tapi yang keliru nya , mereka sembah dewa itu, kita yang tak faham.
Mereka sembah nabi Isa itu yang kita tak faham. Semua sembahan, pemujaan itu hanyalah perantaraan saja. Itulah syiriknya. Sembah berhala itu syirik kedua.
Jadi kita dah belajar
Ayat ini juga berkenaan tuhan-tuhan – ilahan
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ۖ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ
[Surat Hud 101]
Dan tidaklah Kami menzalimi mereka, akan tetapi mereka lah yang menzalimi diri sendiri, tak tahu hal-hal syirik, kerana tak belajar. Maka tak berguna daripada mereka tuhan-tuhan yang mereka buat perantaraan, yang mereka seru selain daripada Allah untuk tujuan rapat diri pada Allah sedekat-dekatnya. Apa-apa sahaja pertolongan atau jaminan daripada azab Allah di akhirat. Tatkala datang perintah Tuhan kamu akan ke neraka kekal. Dan tak menambah pada mereka kecuali kerugian saja yaitu semua amalan hancur. Tak ada satu pun dapat di buat pertimbangan.
Ayat ini pula tawasul di sebut sebagai anak.
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
[Surat Al-Kahf 4]
Dan hendaklah kamu – orang tahu/pandai tauhid ini. Memberi ancaman atau peringatan pada mereka yang berkata atau berakidah. Allah swt mengambil anak angkat.
Tafsir
Contoh anak angkat ialah nabi Isa a.s bagi kristian dan nabi Uzair as bagi yahudi. Anak di sini juga bermaksud perantara dengan Nabi Isa a.s dan Uzair a.s.
Habis situ dulu.
لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ
[Surat Az-Zumar 16]
(Rombongan-rombongan (Az-Zumar):16 – Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.
Bagaimanakah keadaan kerugian mereka ini?
Di akhirat kelak bagi mereka lapisan-lapisan daripada api dari atas kepala mereka. Api datang berlapis-lapis. Dan juga daripada bawah kaki mereka lapisan-lapisan daripada api. Bila di sebut atas kepala dan di bawah kaki bermakna semua arah. Atas bawah depan belakang kiri kanan. Maknanya di panggang.
Demikian lah Allah menakut-nakutkan kamu hamba-hamba Nya dengan azab api Neraka itu supaya kamu bertakwa pada Allah dengan takut pada Nya dan menjaga tauhid Nya. Sebelum Ayah Aji sambung, tahu kah semua suhu neraka ini agak-agak nya berapa?
Daripada hadis nabi, panas ciptaan alam ialah 1 per 70 panas neraka. Kata NASA, panas matahari agak-agak nya 5 juta celcius. Jika matahari itu zat yang paling panas di alam ini. Supernova lagi panas. Maka panas Neraka ialah 5 x 70 iaitu 350 juta celcius. Kita rebus air agak-agak aje 1000 celcius untuk didih air 100 celcius. Ratio air 1: api 10.
Api neraka 350 juta C. Air minuman ahli neraka 35 juta C. Air di neraka tu bukan mendidih suhu 100C tapi 350,000,000C!!!. Darab 1 per 10 = 35,000,000 C air. Kalau suhu air ini 35 juta C dan matahari 5 juta C. Agak-agak tak meletop matahari jika 1 baldi air neraka di simbah ke matahari. Matahari itu akan meletup jadi debu.
Bayangkan ahli neraka minum air ini. Daripada Al-Quran ia di panggil air yang menghodohkan muka. Daripada hadis dan Al-Quran. Bila air ini di dekatkan ke muka ahli neraka, gugur hidung pipi mata daging muka. Sedangkan kulit muka dah di upgrade ke 42 hasta tebal. Gigi sebatang sebesar bukit uhud. Maknanya badan di perbesarkan. Dengan suhu itu kalau badan ini entah.
Tahu ke pelajar-pelajar ayah aji tentang neraka ni saperti dah beritahu ni??? Jawab seorang-seorang. Masya Allah. Ya Allah macamana ni. Mereka ajar apa pada awak semua selama ini? Apa makna beriman pd hari akhirat?
Itu tak detail tu. Itu air neraka saja. Bukan api neraka lagi. Bukan cara minum lagi. Baru siram atas kepala. Tak mati-mati mereka dalam neraka. Kemudian selepas dibaiki balik kepala orang itu, baru di tuang air ke dalam mulut. Hancur seluruh mulut perut dan tak sempat keluar perut dan cairan malah daging juga hancur jadi macam belon maka pecah belon itu di kaki.
Ya Allah. Selamatkanlah kami daripada neraka. Dengar neraka pun tak mahu. Bau neraka pun tak mahu. Maaf lah ayah aji. Ini makna tak beriman dgn hari akhirat. Apatah lagi bagi yang tidak pernah belajar tafsir. Adakah mereka beriman dengan sebenar-benar iman dengan hari akhirat???
إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ
[Surat Ghafir 71]
Apabila tangan-tangan mereka di ikat pada leher-leher mereka dan (juga kaki – ayat lain) di belit dengan rantai besi panas sampai tak bergerak; mereka pun di seret malaikat – ayat lain dipegang kaki dan muka mereka di seret atas tanah api neraka.
فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
[Surat Ghafir 72]
Kemudian pada air panas itu mereka di celur, macam celur ayam nak di mesin. Agak-agak Ayah Aji Bila dah empok, mereka di panggang ke api atas bawah kiri kanan semua arah.
ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ
[Surat Ghafir 73]
Kemudian selepas di panggang, mereka di tanya oleh Malik Zabaniah. Mana dia nabi-nabi wali-wali malaikat-malaikat yang kamu dulu puja sembah maulud selawat-selawat rekaan joget-joget kerana memuja roh orang mati masa di dunia dulu, mana mereka tak tolong kamu. Yang kamu dulu di dunia menyekutukan Allah dengan mereka-merka ini??
مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ
[Surat Ghafir 74]
Selain daripada Allah dengan tujuan nak rapat pada Allah serapat-rapatnya. Mereka-mereka ahli tawasul jawab. Hilang mereka daripada kami. Bahkan sebenarnya , kami dulu tak fikir sikit pun sewaktu kami seru mereka, tak mengaku mereka puja bukan niat nak syirik pada Allah tapi buat ibadat. Beginilah Allah menyesatkan orang-orang yang engkar tauhid ini daripada jalan benar.
So boleh hadam ke apa ayah aji ajar malam ini? Adakah beroleh menfaat daripada Al Quran ini?
Bab selawat-selawat maulud-maulud qasidah-qasidah ni ada yg merujuk hadis nabi.
Wallahu a’lam
DOA AYAH AJI :
Ya Allah ya Tuhan kami. Kami ni baru saja tahu wahyu Mu, sedikit saja. Kami akui Kamu Allah Tuhan Kami. Ampuni lah segala dosa-dosa kami dan kami bertaubat daripada dosa-dosa kami lakukan kerana kebodohan kami sendiri.
Ya Allah.
Ini semua murid-murid ku yang ramai aku tak pernah jumpa. Soalan-soalan mereka adalah kerana mereka mencari kebenaran Mu. Wahai Allah tuhan ku. Ampuni lah dosa-dosa ku dan dosa-dosa murid-murid ku semua sekali. Begitu juga kedua ibubapa kami anak-anak cucu serta zuriat kami.
Masuklah kami semua ke syurga Mu yang luas nya Langit dan Bumi.
Ameen…Ameen…Ameen…
1.Al-Lahnul Jali, adalah kesalahan pada bacaan lafadz-lafadz al-Qur’an yang menyalahi kaedah tajwid, bahasa Arab khususnya i’rab (perubahan harakat akhir), baik yang dapat mengubah erti atau tidak. Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya HARAM.
2. Al-Lahnul Khafi, adalah kesalahan bacaan lafadz-lafadz al-Qur’an yang menyalahi sebagian kaidah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa Arab, juga tidak mengubah harakat dan tidak pula mengubah erti, seperti kesalahan pada bacaan Idzhar, Ikhfa’, Iqlab dan Idgham. Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya MAKRUH.
Seperti tidak ghunnah atau kurang ghunnah, kurang panjang dalam mad wajib, mad lazim, atau panjang mad yang sama tapi tidak dibaca sekata dalam satu bacaan dll.
Contoh kalimat اولئك, جآء seharusnya dibaca 4 – 5 harakat, namun dibaca 2 harakat saja.
Dan kalimat ان/عم ghunnah-nya 2 – 3 harakat tapi dibaca tanpa ghunnah.

Nota 01.08.06 Mengenal Kitab-kitab Hadits
Assalamualaikum, Saya nak mulakan bab Sifat Solat Nabi saw. Buku rujukan utama adalah buku Fiqh Manhaji Mahzab Syafie.
Kita mulakan terus di mukasurat 283: Rukun Solat.
Penulis sertakan hadis dibawah sebagai dalil Niat adalah rukun pertama untuk ibadat solat ini:-
Dari ‘Umar bin Al Khattob, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, mkaa hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” [HR. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]
Sedikit maklumat tentang hadis ini:
Kembali kepada buku Fiqh Manhaji, mukasurat 283, syeikh menulis:
Dari sumber rujukan berikut, beberapa maklumat tambahan:
Maklumat tambahan terakhir yang saya mahu kita semua baca adalah dari kitab Al Umm, karangan Imam Syafie rh pada mukasurat 155 &156 (Jilid 1, Terbitan Pustaka Azzam).
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, mohon rakan-rakan download dahulu 2 buku di link dibawah ini:
1. Ensiklopedia Solat
2. Fiqh Manhaji
Juga, nasihat kepada diri sendiri & juga rakan2-rakan disini, saya sertakan hadis dibawah untuk sama-sama baca & teliti:
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Amalan itu bergantung dengan niat.
Semoga niat saya & rakan-rakan disini seiring atau selari.
Jika ada rakan-rakan yang mempunyai niat untuk mencari-cari ruang kesalahan & bukan untuk ilmu, maka saya sarankan samada batalkan niat tersebut atau jadi pemerhati sahaja.
Betulkan niat.
[admin]
1. Mari kita kenal penulis-penulis kitab-kitab di atas. Kita mulakan dengan kenal penulis kitab Fiqh Manhaji as Syafie:
a. Dr. Mustofa Al-Khin
b. Dr. Mustofa Al-Bugho
c. Syeikh Ali Asy-Syarbaji
👇 Sila baca dahulu pdf dibawah.
Biodata penulis Fiqh Manhaji Syafie
2. Juga perlu kita semua tahu latarbelakang Imam kita, Imam Syafie rh.
👇Rujuk pdf dibawah:
Imam Syafie Sang Pembela Sunnah dan Hadits Nabi
Atau boleh juga rujuk (juga baca pdf diatas) ebook fiqh manhaji dari mukasurat 21-47.
Bismillah…
Note 55 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
PERMASALAHAN DADAH
1. Pengertian:
Dadah dikenali sebagai Al Mukhaddirat membawa maksud semua jenis dadah yang menyebabkan akal seseorang berkeadaan (biol) sama ada kloroform, candu, ganja atau seumpamanya.
2. Hukum Dadah :
Kerana ia memudharatkan akal dan badan, dan menyebabnan penyakit serta pelbagai implikasi buruk yang diketahui oleh umum.
3. Hukuman Mengambil Dadah :
Ta’zir iaitu hukuman yang jenisnya dab ringan atau beratnya terserah kepada keputusan penghakiman, samada penjara, sebat, celaan atay lain-lain
4. Permasalahan yang Terkecuali :
4.1. Ketika kecemasan atau Dharurat
4.2. Keperluan perubatan.
4.3. Melakukan pembedahan.
Bismillah…
Note 54 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MINUMAN YANG HARAM DAN MEMABUKKAN
1. Hukum Minuman :
Hukuman minuman sama seperti makanan yang asalnya harus dan halal.
Firman Allah SWT :
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.”
Surah Al Baqarah : 29
1.1. Hujan yang turun dari langit, yang terbit dari bumi, air perahan buah-buahan atau buah-buahan dan sebagainya, adalah halal.
2. Minuman yang Haram :
2.1. Minuman yang haram adalah sesuatu yang memudharatkan peminumnya, seperti racun dan sebagainya, kerana ia merosakkan dan membinasakan badan.
2.2. Sesuatu yang najis seperti darah yang mengalir, air kencing dan susu binatang yang tidak halal dagingnya kecuali susu manusia.
2.3. Sesuatu yang mabuk seperti arak, iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.
3. Pengertian Mabuk :
Maksudnya pemikiran terlalu kacau, yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijal dan sepatutnya.
Berdasarkan hadith Jabir RA :
“Apabila banyak benda memabukkan, maka yang sedikitpun adalah haram.”
Riwayat Abu Dawud : 3681
Al Tirmizi : 1866
Ibn Majah : 3393
4. Minuman yang Memabukkan Adalah Najis :
Menurut Mazhab Shafiee, arak dan minuman yang memabukkan adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
“Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji).”
Surah Al Maidah : 90
5. Hikmah Pengharaman Minuman yang Memabukkan :
5.1. Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia, paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain.
5.2. Semua minuman yang memabukan merosakan akal mengakibatkan mereka menjadi lemah dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci dan persengketaan dikalangan umat Islam serta putus hubungan serta hilang rasa kasih sayang.
6. Hukuman Peminum Arak :
6.1. Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan didunia iaitu hukuman hudud.
6.2. Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.
Dari sudut agama hukumnya berdosa.
7. Hukum Had bagi Peminum Arak :
40 kali sebatan dengan syarat yang akan dijelaskan.
Berdasarkan hadith dari Anas RA :
“Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar.”
Riwayat Muslim : 1706
8. Syarat Menthabitkan Hukuman :
8.1. Keterangan yang lengkap. Dua saksi lelaki bagi peminum arak tersebut.
8.2. Pengakuan peminum arak itu sendiri mengakui bahawa dia telaha meminum minuman yang memabukkan.
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan yang dipaksa.”
Riwayat Ibn Majah : 2045
Bismillah…
Note 53 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Makanan Halal dan Haram :
Kaedah syara’ memgetaui sesuatu makanan itu sama ada halal atau haram berdasarkan firman Allah SWT :
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku tidak dapati dalam.apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian, sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana dharurah), sedang ia tidak menginginnya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah Al An’am ; 145
2. Prinsip Pertama :
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal.
2.1. Semua jenis ikan yang hidup dilaut walau apapun namanya kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang Arab. Syara” menguatkan hukumnya halal dan harus dimakan.
Firman Allah SWT :
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Surah Al Maidah : 96
2.2. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, kamben, kuda, seladang, keldai liar, kijanh, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang Arab, yang kemudiannya diakui halal oleh syara’.
Daripada Jabir R.A katanya : “Rasulullah SAW memberi kami makan daging kuda dan menegah kami memakan daging keldai.”
Riwayat Al Tirmizi : 1794
Baghal termasuk dalam kategori keldai kerana baghal ialah kacukan binatang halal dengan binatang haram, iaitu kuda dan keldai. Syara’ menetapkan bahawa bahagian yang haram mengatasi yang halal.
3. Prinsip Kedua :
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang. Selain itu gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan.
4. Prinsip Ketiga :
Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Contohnya ular, kala jengking, gagak, helang, tikus, dan semua binatang yang memudharatkan.
5. Pengecualian Hukum Ketika Dharurat:
Hukum haram makan binatang berdasarka tiga prinsip tersebut, dikecualika ketika manusia ditimpa dharurat.
6. Perkara yang Haram dimakan ;
6.1. Semua jenis serangga, iaitu binatang kecil dan halus yang berkeliaran di bumi seperti semua, lalat, kumbang, ular, ulat-ulat, pijat-pijat, kutu, lipas, cicak dan sebagainya.
6.2. Burung yang haramndimakan ialah burung kakak tua, merak, rakhamah iaitu sejenis burung yang bentuknya seakan-akan burung hering, bughathah iaitu sejenis burung yang berwarna putih yang kecil sedikit helang dan kukunya kurang kuat, khuttuf dan Khuffasy burung lelayang dan kelawar.
6.3. Semua benda yang mutanajjis uang tidak dapat disucikan.
6.4. Sesuatu yang memudharatkan.
7. Perkara yang Halal dimakan ;
7.1. Antara yang halal dimakan ialah burung kasawari, itik, angsa, gagak ladang, merpati liar, merpati berparuh merah, daripada semua jenis merpati yang minum tanpa bernafas, iaitu minum seteguh lepas setegub tanpa menghisap.
7.2. Semua benda yang bersih, tidak memudharatkan, tidak menjijikan dan tidak mencemarkan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, bijirin, telor, keju dan sebagainya.
7.3. Susu binatang yang halal dagingnya. Oleh itu, susu binatang yang tidak halal dagingnya, haram diminum kecuali susu manusia kerana ia bersih dan suci.