Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.07 #170315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Jaami’ At-Tirmizi

01.08.07 #170315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Jaami’ At-Tirmizi

280
0
Iklan
wpid-img_20150527_015405.jpg
Nota 01.08.07 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
JAAMI’ AT-TIRMIZI (جامع الترمذي) 
 
Nama sebenar kitab ini ialah al-Jaami’ al-Mukhtasar min as-Sunan ‘an RasulilLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam wa Ma’rifatu as-Sahih wa al-Ma’lul wa ma ‘alaihi al-‘Amal. Ada yang menyebutkan namanya sebagai as-Sunan, namun ianya kurang tepat. 
 
Penulis bagi kitab ini, nama sebenarnya, Muhammad ibn ‘Isa ibn Saurah at-Tirmizi as-Sulami. Beliau dilahirkan di Tirmiz pada tahun 200H (ada yang mengatakan 209H), dan meninggal di tempat yang sama pada tahun 279H. 
 
Di antara guru-guru beliau rahimahulLah: 
 
01. Abbas Ibnu Abd al-‘Azim al-‘Ambari (w247H).
02. Abu Hafs ‘Amr ibnu Ali al-Fallas (w249H).
03. Nasr Ibnu Ali al-Jahdhami (w250H).
04. Muhammad Ibnu al-Mutsanna Abu Musa (w252H).
05. Muhammad Ibnu Basysyar Bundar (w252H).
06. Ya’qub Ibnu Ibrahim al-Dawraqi (w252H).
07. Ziyad Ibnu Yahya al-Hasani (w254H).
08. Muhammad Ibnu Ma’mar (w256H).
09. Abu Sa’id al-Ashaj (w257H).
 
Dan ramai lagi. 
 
Seperti yang kita telah maklum, susunan tertib kitab ini adalah mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik ilmu dan disebutkan penilaian status selepas setiap hadits, kecuali sedikit tidak disebutkan. 
 
Jumlah hadits di dalamnya adalah sebanyak 3956 hadits, dan ada yang mengatakan 4051 hadits. Perbezaan kiraan ini berlaku kerana perbezaan naskhah-naskhah yang wujud. 
 
Di antara keunikan Jaami’ at-Tirmizi: 
 
01. Disebutkan syawahid bagi hadits utama satu topik dengan menyebut “وفي الباب عن فلان وفلان”
02. Disebutkan juga status di hujung setiap hadits dengan jelas. 
03. Dalam banyak keadaan, beliau menambah penjelasan tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh pada satu-satu bab/topik. 
04. Ianya lebih mudah difahami berbanding Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Muslim. 
05. Paling sedikit hadits yang berulang di dalamnya. 
06. Hampir kesemua hadits di dalamnya adalah yang disepakati diamalkan, di sisi ahli ilmu. 
07. Terdapatnya istilah-istilah yang hanya Imam at-Tirmizi menggunakannya, seperti Hasan Sahih dan Gharib. 
 
Di antara kitab-kitab utama mensyarahkan Jaami’ at-Tirmizi ialah: 
 
01. ‘Aridhah al-Ahwazi li Syarh at-Tirmizi, oleh al-Asybili (w.543H)
02. Tuhaftul Ahwazi bi Syarhi Jaami’ at-Tirmizi, oleh al-Mubarakfuri (w.1353H)
03. Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmizi, oleh al-Binnawri (w.1397H) 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan