Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.08 #180315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan An-Nasaie

01.08.08 #180315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan An-Nasaie

144
0
Iklan
Nota 01.08.08 Mengenal Kitab-kitab Hadits  
 
Susunan: BroSyarief 
 
SUNAN AN-NASAIE 
 
Nama sebenar bagi Sunan an-Nasaie diperselisihi sama ada Sunan al-Mujtaba atau Sunan al-Sughra. Dan ada juga yang menyebutkan namanya al-Mujtana. 
 
Nama sebenar penulis ialah Ahmad ibn Syu’aib al-Khurasaani al-Nasaie. Dilahirkan di Nasa, berhampiran Khurasan, pada tahun 215H. Kemudian meninggal di Ramlah, Palestin, pada tahun 303H. 
 
Beliau rahimahulLah telah mengembara mencari ilmu ke Iraq, Kufah, Hijaz, Syam, Mesir dan mengambil hadits dari ramai guru, di antaranya: 
 
01. Abu Dawud Sulaiman ibn al-Asy’ats 
02. Muhammad ibn ‘Isa at-Tirmizi 
03. Qutaibah ibn Said 
04. Ishaq ibn Rahawaih 
05. Ishaq ibn Syaahin 
06. al-Haarits ibn Maskin 
 
Dan ramai lagi. 
 
Dikatakan bahawa kitab Sunan ini merupakan hasil permintaan seorang pemimpin di Ramlah, Palestin, setelah diserahkan kepada beliau kitab yang asal, iaitu Sunan al-Kubra. Beliau rahimahulLah diminta untuk mengkhususkan hadits-hadits Sahih sahaja sehingga terhasilnya Sunan as-Sughra atau al-Mujtaba ini. Namun kisah ini dikritik kebenarannya di dalam sebahagian kajian. 
 
Sesuai dengan namanya bermula dengan as-Sunan, susunan topik di dalamnya adalah mengikut bab-bab fiqh. Dan jumlah keseluruhan hadits adalah sebanyak 5761 Hadits mengikut kiraan Syaikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah. 
 
Di antara keistimewaan Sunan an-Nasaie: 
 
01. Paling sedikit hadits Dha’if selepas Shahihayn. 
02. Sangat terperinci dalam penggunaan lafaz-lafaz Tahammul wal-Aada’ (akan
dibincangkan kemudian). 
03. Fokusnya pada penjelasan penilaian tersirat terhadap sesuatu hadits. 
04. Usaha dan fokus dalam mempertimbangkan Mutaba’ah. 
05. Beliau terkadang membuat hukuman terhadap hadits. 
06. Kecenderungan ijtihad fiqh beliau dapat dilihat dari penamaan topik-topik di dalam kitab beliau. 
 
Di antara kitab-kitab syarah kepada Sunan an-Nasaie: 
 
01. Zahru ar-Ruba ‘ala al-Mujtaba, oleh al-Suyuti (w.911H)
02. Syarhu asSindi, oleh Muhammad Sadiq ibn Abd al-Hadi (w.1138H) 
03. Zakhiratul-‘Uqba fi Syarh al-Mujtaba, oleh al-Atsyubi. 
 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan